You are on page 1of 32

PENJAGAAN MESRA IBU

(MOTHER FRIENDLY CARE)


• Kelahiran merupakan
satu proses yang normal,
sihat dan semulajadi.

• Setiap ibu dan bayi


dikurniakan kebolehan
dan kemampuan secara
semulajadi untuk melalui
proses kelahiran.
Setiap ibu hamil perlu
diberi keyakinan bahawa
mereka mampu untuk
melalui proses kelahiran
dengan selamat dan
boleh menjaga bayi
yang dilahirkan dengan
baik, serta dibantu oleh
individu yang
Berkemahiran dalam
melalui proses ini.
Yang Berlaku Kini ….
Kebanyakan ibu
mendapati amalan-
amalan yang dilakukan
ketika proses
kelahiran dan
melahirkan anak pada
masa kini adalah
kurang selesa dan
kadang kala
menyakitkan.
Amalan Penjagaan Mesra Ibu
• Penjagaan mesra ibu adalah satu kaedah penjagaan
bagi ibu hamil yang akan melalui proses kelahiran dan
selepas bersalin. Kaedah ini meliputi amalan-amalan
yang dilakukan semasa proses kelahiran
• Ia merupakan satu model baru yang disokong dengan
bukti dan kajian saintifik.
• Ia bertujuan membantu ibu berasa lebih tenang, rasa
lebih yakin, rasa disokong, dan membolehkan ibu
lebih bersedia untuk berinteraksi dengan bayinya
yang baru lahir.
• Ini seterusnya dapat membantu ibu memulakan
penyusuan susu ibu secepat mungkin selepas
kelahiran.
Prinsip yang digunakan
adalah mengendalikan
setiap ibu yang melalui
proses kelahiran ini
secara individu, dengan
penuh prihatin, sabar
dan hormat akan hak dan
keperluan ibu tersebut.
Penjagaan Mesra Ibu
5 Prinsip Penjagaan Mesra Ibu :-
1. Ibu digalakkan untuk mempunyai peneman ketika bersalin.
2. Ibu boleh makan dan minum ketika melalui proses kelahiran.
3. Ibu boleh bergerak dan berjalan ketika melalui proses
kelahiran dan boleh memilih posisi kelahiran yang diingini.
4. Ibu digalakkan untuk menggunakan kaedah penahan sakit
tanpa ubat-ubatan (kecuali atas permintaan ibu).
5. Mengelakkan penggunaan secara rutin kaedah invasif seperti
episiotomi, memecahkan selaput ketuban, mempercepatkan
proses kelahiran (induction of labour) dan pembedahan
Caesarean (kecuali jika perlu).
Penjagaan Mesra Ibu
1. Ibu digalakkan mempunyai peneman ketika
bersalin.
• Pilihan Peneman :
suami, ibu, ibu mertua, adik beradik perempuan, anak
perempuan yang sudah besar, kawan perempuan.
• Tugas Peneman :
– Untuk memberikan sokongan emosi dan fizikal
– Memberi galakan untuk membantu ibu melalui proses
kelahiran.
– Urutan lembut pada bahagian belakang badan ibu
– Membantu ibu bergerak atau berjalan
– Membantu ibu melalui proses sentuhan kulit ke kulit dengan
bayi yang dilahirkan
Penjagaan Mesra Ibu
2. Ibu boleh makan dan minum ketika melalui
proses kelahiran.
- Ibu boleh mengambil sedikit minuman yang dapat
memberikan tenaga – cth air masak, milo, jus buah. Minum
sedikit demi sedikit pada satu masa.
- Ibu boleh mengambil makanan yang ringan - cth buah, roti
dan biskut untuk memberi tenaga (kecuali ibu yang akan
melalui proses kelahiran Caesarean).
- Ini dapat mengelakkan ibu daripada dehidrasi dan
mengalami ketosis yang boleh menyebabkan bayi
mengalami fetal distress.
- Jika wujud komplikasi, ibu tidak dibenarkan pada
perkara di atas dan akan dimaklumkan.
Penjagaan Mesra Ibu
3. Ibu boleh bergerak dan berjalan ketika melalui
proses kelahiran dan boleh memilih posisi
kelahiran yang diingini.
- Ibu digalakkan bergerak dan berjalan ketika proses
kelahiran - membantu mempercepatkan proses
kelahiran.
- Posisi kelahiran yang ibu boleh pilih :
 semi-lithotomy
 squat (separa mencangkung)
 melutut
 berbaring di sisi
Lithotomy

Semi-lithotomy
Squat

Melutut
Berbaring di sisi
Penjagaan Mesra Ibu
4. Ibu digalakkan untuk menggunakan kaedah
penahan sakit tanpa ubat-ubatan (kecuali atas
permintaan ibu).
- Ibu boleh menggunakan kaedah penahan sakit
tanpa ubat-ubatan seperti :-
 sokongan secara verbal dan fizikal oleh peneman semasa
proses kelahiran
 mandi dengan air suam
 urutan lembut pada belakang badan
 tuam / demah dengan air suam
 digalakkan berjalan atau move about (bergerak setempat )
pada katil
• Ubat penahan sakit boleh menyebabkan bayi yang
dilahirkan kurang peka pada persekitarannya
disebabkan rasa mengantuk dan bayi selalunya
akan tertidur lama selepas dilahirkan.
Penjagaan Mesra Ibu
5. Mengelakkan penggunaan secara rutin kaedah
invasif seperti episiotomi, memecahkan selaput
ketuban, mempercepatkan proses kelahiran (induction
of labour) dan pembedahan caesarean (kecuali jika
perlu).
- Selalunya proses kelahiran sememangnya
menyakitkan. Penggunaan kaedah di atas akan
menambahkan lagi rasa sakit yang dialami oleh ibu
ketika bersalin.
- Ini boleh menyebabkan ibu rasa kurang yakin pada
kemampuan dirinya untuk melahirkan anak dengan
selamat.
- Jika wujud komplikasi dan perlunya perkara di atas
dilakukan, ibu akan dimaklumkan.
Penjagaan Mesra Ibu

• Prinsip penjagaan ini hanya ditawarkan kepada ibu-


ibu hamil yang berisiko rendah.
• Ini bagi mengurangkan jangkaan komplikasi yang
mungkin dihadapi oleh ibu tersebut dalam proses
kelahiran.
• Pihak hospital berhak untuk menentukan sama
ada ibu hamil tersebut layak untuk ditawarkan
kaedah penjagaan ini atau sebaliknya.
• Semuanya bergantung pada keadaan ibu semasa
proses kelahiran tersebut.
Selepas kelahiran …..
Sentuhan Kulit ke Kulit (Skin To skin Contact)
TERIMA KASIH

You might also like