You are on page 1of 4

PANDUAN

Kepentingan Urutan
Selepas bersalin
Dikalangan ibu Bersalin
Mengikut Tradisional
Melayu Modern.

Panduan untuk berurut melayu tradisional/moden


selepas bersalin.
Menjaga diri dan berurut selepas bersalin adalah sama
penting dengan menjaga bayi baru lahir. Dengan amalan
berpantang dan berurut bagi kaum ibu Cina, Melayu dan
India, kebanyakan Ibu faham tentang penjagaan dan
urutan tradisional/moden yang diperlukan untuk
membantu mereka sembuh dan pulih selepas bersalin.
Sama ada si ibu pilih untuk mengamalkan amalan
berpantang sepenuhnya, berikut adalah panduan untuk
pulih daripada bersalin dengan urutan melayu
tradisional/moden.
.
BERURUT SEPEPAS BERSALIN.
Duduk di bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur ,Petaling Jaya dan lain-lain
bandar, memang sukar untuk cari tukang urut selepas bersalin. Tidak sama macam di
kampung, boleh cari perkhidmatan bidan urut bila-bila masa. Tapi, bukan senang nak cari
tukang urut tradisional di bandar seperti di kampung yang arif tentang urutan tradisional
atau moden untuk si ibu selepas bersalin.

KEBAIKAN BERURUT SELEPAS BERSALIN.


Kebaikan urut selepas bersalin yang pertama, ia dapat melegakan rasa sakit badan.Ingat,
cuma melegakan. Sakit masih ada. Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang
amat memenatkan. Ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya
bahagian bawah abdomen, belakang dan pinggang.Sejurus selepas bersalin, anda
sebenarnya masih terus mengerahkan tenaga untuk menjaga serta menyusukan
bayi.Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak
selesa pada awalnya.Urut selepas bersalin, jika dibuat dengan betul, dapat membantu anda
untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot,
sengal urat, dan lesu.
BERURUT MENGURANGKAN TEKANAN.
Bahasa mudahnya, meroyan. Seperti yang disebutkan di atas, urutan dapat membantu ibu
yang lepas bersalin relaks dan memberikan ketenangan. Selain sentuhan, aroma daripada
minyak herba juga membantu deria anda untuk berasa lebih damai dan segar.Apabila
kurang stres, ibu akan lebih yakin mengurus bayi dan mampu menjaga kesihatan diri
dengan baik. Dengan ini, risiko meroyan atau dalam bahasa sainstifik iaitu(postnatal
depression) dapat dikurangkan.

KELEBIHAN BERURUT SELEPAS BERSALIN.


Berurut selepas bersalin oleh ahli terapi yang disahkan dan berpengalaman amat membantu
untuk ibu baharu. Ia dapat membantu rahim anda mengecut kepada saiz sebelum bersalin,
mengurangkan retensi air dan melegakan kesakitan. Teknik yang salah boleh menyebabkan
pendarahan lebih jadi pastikan ahli terapi benar-benar berpengalaman.
Jika mengalami pembedahan Caesarean, si ibu harus tunggu 2 bulan supaya luka sembuh dan
mendapat kebenaran daripada doktor sebelum berurut. Selain begitu banyak manfaat yang
diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urutan tradisional/moden melayu
selepas bersalin juga mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. Luka-
luka dan bengkak juga boleh hilang dengan urutan yang konsisten. Lagi cepat pulih, lagi
sedap badan.
URUTAN TRADISIONAL/MODEN MELAYU.
Untuk wanita atau ibu yang baru bersalin, mungkin belum biasa dengan rutin pemulihan
tradisional/moden yang antaranya melibatkan urut bersalin, secara mendalam tentang
urut bersalin, namun kebanyakannya menunjukkan hasil positif dan selamat.
Harapan untuk ibu adalah kekal bertenaga dan sihat, ada beberapa terapi yang
disediakan :

1) URUTAN BERTUNGKU (urutan tuam panas).


2) URUTAN HERBA.
3) URUTAN MINYAK AROMATERAPI.
4) URUTAN PAYUDARA.
5) BENGKUNG TRADISIONAL/MODEN MELAYU.
6) RAWATAN BERTANGAS.
7) MANDIAN HERBA.
8) BERPILIS.

You might also like