You are on page 1of 2

Prof. Madya Dr.

Hussin Abdullah,
Pengarah Pusat KOK,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok,
Kedah. 19 OKTOBER 2019

Yang Berusaha Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMINJAM KHEMAH BESAR

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kor Suksis UUM bakal mengikuti kursus tahunan iaitu
Pasukan Gerakan Am (PGA) yang akan diadakan pada:

Tarikh : 27 Oktober sehingga 2 November 2019


Peserta : 68 orang pelatih Kor Suksis
Tempat : Kem PGA Machang, Kelantan
Pengiring : 5 orang jurulatih

3. Oleh itu, pihak Kor Suksis UUM ingin memohon untuk meminjam khemah besar
daripada pihak tuan sebanyak 10 unit untuk digunakan pada kursus tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan pertimbangan dan jasa baik tuan untuk
meluluskan permohonan ini.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“KEDAH AMAN MAKMUR- HARAPAN BERSAMA MEMAKMURKAN KEDAH”


“ILMU, BUDI, BAKTI.”

Yang menjalankan tugas,

...........................................
ASP SHARIF BIN TAIN
Penyelaras,
Kor Suksis UUM
No. Tel: 0165626006

You might also like