You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKUS

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


36750 CHIKUS, PERAK

KERTAS
CADANGAN
KELAS ABAD KE 21
Pendahuluan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke
21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki
beberapa aspek tertentu.  Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira
dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar.

Matlamat :

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi
maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia  seperti
'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran
pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui amalan pengajaran
yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang dekat dengan murid
melalui capaian internet.

Sasaran :

1. Semua guru SK Chikus


2. Semua murid SK Chikus
3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga
Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan penggunaan peta
pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.
1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada
pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman
pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran,
ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini
memberi penekanan khusus terhadap kelas yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdP yang berlangsung, membina ruang autonomi
pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis
dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di
dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui penggunaan alat
berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan pelbagai aras (merujuk kepada Bloom's
Revised Taxonomy) untuk membantu merangsang pemikiran murid.

3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan meningkatkan
minat murid-murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan sesuatu
tajuk bahasa yang boleh dilayari dari internet dan laman-laman web yang tersedia. Guru-guru boleh
membantu murid-murid mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid-murid ya ng agak mahir
tentunya dapat pula membantu  rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya meringankan
bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara- perkara yang lebih penting. Penglibatan
aktif murid sebenarnya dapat mememudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta penting
seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan cepat. Setiap kelas di SK Chikus telah dilengkapi dengan
sebuah TV. Walau bagaimanapun, saiz TV yang agak kecil menyebabkan murid yang berada di belakang
kelas tidak dapat melihat dengan jelas. Sehubungan dengan itu, penggunaan projector LCD mini
diharapkan dapat membantu mengatasi masalah ini.
Aggaran Perbelanjaan

1. Keceriaan Kelas

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Keceriaan kelas ( 6 kelas x RM100) RM600

2 Langsir (6 kelas x RM100) RM600

Jumlah RM1200

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Kit i-THINK (6 kelas x RM50) RM300

2 Bekas peta i-THINK (6 kelas x RM40) RM240

3 Papan i–Think (6 kelas x RM20) RM120

4 Carta i-THINK RM300

Jumlah RM920

3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Mini LCD projector (6 kelas x RM350) RM2100

2 Kabel HDMI 5m (6 kelas x RM60) RM360

3 Speaker (6 kelas x RM 80) RM480

Jumlah RM2940

Jumlah keseluruhan : RM1200 + RM920 + RM2940 = RM5060

Penutup :
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada agensi-agensi luar
terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat. Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi
luar dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Chikus ke arah mencapai Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat.

Surat memohon sumbangan

Bagi menyahut cabaran ini, pihak sekolah telah mengorak langkah ke hadapan untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran kelas abad ke-21. Pihak sekolah telah mencapai status Sekolah Kluster Kecemerlangan
pada tahun 2014 dan telah diangkat sebagai salah satu calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2015.
Selain daripada itu, SK Chikus juga telah dipilih sebagai sekolah penanda aras kelas abad ke 21 bagi daerah Hilir
Perak.

You might also like