You are on page 1of 1

PENGENALAN

Transformasi sistem pendidikan negara pada alaf baharu ini dapat dijelaskan
sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara. Oleh hal yang demikian,
penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebuah alternatif bagi memberikan
penekanan terhadap kemajuan sistem pendidikan yang ditetapkan di negara kita.
Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2013) bahan bantu mengajar ialah
kelengkapan atau peralatan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi
pelajaran ketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan
bahan bantu mengajar amatlah penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang aktif di dalam bilik darjah. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran membantu untuk meningkatkan
kualiti pelaksanaan proses tersebut yang guru perlu laksanakan. Menurut Noor
Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan yang
signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
kefahaman murid terhadap konsep yang diajarkan oleh guru. Penggunaan bahan
bantu mengajar bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid terhadap isi
pelajaran, malah mampu meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk
terlibat secara aktif.

Rujukan :

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2013). Pengajaran dan Penyelidikan.


https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?
type=publication&row=ODU5Mzg%3D

Noor Azlan & Nurdalina. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan
Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik.
https://people.utm.my/corrienna/files/2012/09/Proposal_circle-kit.pdf

You might also like