You are on page 1of 4

SMK SUNGAI ARA

11900 BAYAN LEPAS P.PINANG

KERTAS KERJA

BAJU CHEF DAN BAJU PENYAJIAN


UNTUK PELAJAR-PELAJAR
KATERING DAN PENYAJIAN (KP)

TAHUN 2011

DISEDIAKAN OLEH: PENYELARAS KP


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA

PERMOHONAN SUMBANGAN BAJU CHEF DAN BAJU PENYAJIAN


PELAJAR-PELAJAR KATERING DAN PENYAJIAN

TAHUN 2011

1. Pengenalan

Katering dan Penyajian (KP) ialah satu daripada mata pelajaran elektif
vokasional yang memberi peluang kepada pelajar menguasai bidang
pengendalian dan penyajian makanan dengan mengamalkan budaya kerja
yang baik dan selamat. Memandangkan para pelajar terlibat secara langsung
dengan kerja-kerja amali di dalam bilik masakan dan bilik penyajian, maka
pemakaian baju chef dan baju penyajian dilihat amat perlu kerana pakaian
yang tidak sesuai merupakan salah satu dari punca terjadinya kemalangan di
dalam bilik masakan dan dilihat amat janggal jika tidak dipakai semasa
melakukan aktiviti penyajian. Disamping itu, keadaan ekonomi keluarga yang
rata-ratanya berpendapatan rendah menyebabkan ibubapa tidak mampu
untuk menampung kos membeli baju chef dan baju penyajian untuk
kegunaan anak-anak mereka di sekolah.

2. Matlamat

Pakaian yang bersesuaian iaitu baju khas yang dipakai oleh pelajar-pelajar
yang menjalankan kerja-kerja amali di bilik masakan amatlah perlu untuk
keseragaman dan keselamatan diri pelajar dan menggelakkan terjadinya
kemalangan yang tidak diingini.

3. Objektif

 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang penyajian


makanan semasa melakukan kerja-kerja amali.
 Memastikan keselamatan diri pelajar-pelajar terjamin dengan memakai
pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja yang mereka lakukan.
 Membina kenyakinan diri dan memudahkan pelajar untuk menjalankan
kerja-kerja amali.
 Menggelakkan dari baju sekolah kotor dan tercemar jika tidak memakai
pakaian yang bersesuaian.

4. Kumpulan Sasaran

Pelajar-pelajar Tingkatan 4 – 20 orang pelajar dan Tingkatan 5- 18 orang


pelajar.
2
5. Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah


1 Baju Chef Pelajar Ting 4&5
Bilangan Pelajar=38 Orang 38 x RM40= RM1520.00
(anggaran harga sehelai ialah RM40)

2 Baju Penyajian Pelajar Ting 4&5


Bilangan Pelajar=38 Orang 38 x RM20= RM760.00
(anggaran harga sehelai ialah RM20)

JUMLAH KESELURUHAN RM2280.00

Contoh Baju Chef Pelajar,

Pandangan Hadapan Pandangan Belakang

Contoh Baju Penyajian Pelajar,

Pandangan Hadapan Pandangan Belakang

3
6. Penutup

Dengan sumbangan dari pihak Maybank diharap pelajar-pelajar ini dapat


belajar dengan sempurna serta menyuntik semangat ingin berjaya dalam
kehidupan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama
dan negara.

Disediakan oleh,

....................................................
(Pn. Azlina Bt Arshad)
Penyelaras Katering Dan Penyajian,
SMK Sg Ara

Disemak oleh,

.........................................
(Pn Siti Latifah bt Abd Jalil)
Ketua Bidang Teknik Dan Vokasional
SMK Sg Ara

You might also like