Penulisan Akademik Pbkk3113 Bimbingan Dan Kaunseling Kerjaya

You might also like

You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

PBKK 3113
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA

Nama : KHARRSYEENNIE A/P MANOGARAN


No. K/P : 000728-08-0286
Angka Giliran : 2019112340171
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT
Nama Pensyarah : PN. NURULAINI BINTI MOSHIDI
Tarikh Hantar : 15.3.2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


PENGHARGAAN
Bersyukur saya pada hari ini kerana dapat menyiapkan tugasan yang

telah diberikan oleh pensyarah . Sesungguhnya jasa baik yang telah diberikan

oleh beliau sepanjang membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini amat

dihargai.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah ,Pn, Nurulaini binti Moshidi , Saya ingin berterima kasih kepada beliau

kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan memberi penerangan secara

terperinci mengenai tugasan yang diberikan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ahli

keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan

bagi menyelesaikan tugasan ini. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada

secara langsung atau tidak langsung dan memberi sokongan yang padu untuk

saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sekian, terima kasih.


PENULISAN AKADEMIK- TUGASAN 1
TUGASAN 1
Jelaskan sejarah dan teori perkembangan kerjaya yang bersesuaian dengan isu di atas.
Kemudian analisis isu tersebut dengan memperincikan dari aspek kepentingan
pendidikan kerjaya serta cabaran yang dihadapi dalam pendidikan kerjaya.

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia telah memberi impak
yang sangat serius bukan sahaja kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan,
pendidikan, terutamanya kepada pekerjaan. Covid-19 juga menjadi satu cabaran
terbesar buat graduan baharu dalam pasaran pekerjaan. Berdasarkan kajian dari
Khazanah Research Institute (KRI), keluaran graduan warganegara Malaysia pada
tahun 2018 ialah sebanyak 290,282 orang dan 17% daripadanya melanjutkan
pengajian dan meningkatkan kemahiran. Selebihnya, seramai 241,000 graduan
memasuki pasaran buruh.

Terdapat beberapa teori perkembangan kerjaya yang bersesuaian dengan isu


ini. Antaranya ialah, teori perkembangan kerjaya Super. Teori ini diperkenalkan oleh
Donald E. Super pada tahun 1952. Teori ini adalah kembangan daripada Ginzberg
(1951). Super membuatkannya lebih kompleks melalui menambahkan beberapa
aspek sosial, perkembangan dan juga psikologi. Teori beliau berfokuskan konsep-
konsep kendiri individu yang dikenali sebagai konsep kendiri kerjaya. Pembentukan
konsep kendiri adalah satu proses semasa individu melihat perbezaan dirinya dengan
orang lain. Manakala, ia juga menterjemahkan konsep kendiri iaitu menterjemahkan
konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan serta pelaksanaan konsep kendiri iaitu
keperluan latihan profesional bagi satu-satu kerjaya yang telah dipilih.

Menurut Super penggunaan pendekatan lebih penting daripada penggunaan


teori dan juga pernah mencadangkan bahawa pendekatan yang dibawanya bolehlah
diberikan nama differential iaitu perbezaan, development iaitu perkembangan dan
social phenomenological psychology iaitu fenomena psikologi sosial. beliau juga
membahagikan kepada beberapa peringkan menurut pendekatannya. Hal ini kerana,
menurut Super konsep kendiri penting dalam penilaian seseorang individu itu terhadap
dirinya. Mereka akan mengenal diri mereka dari aspek kematangan fizikal, mental,
emosi, potensi diri, bakat semula jadi, minat, nilai, kendiri moral dan etika, kendiri
keluarga dan, kendiri sosial, tingkah laku dan kepuasan kendiri itu sendiri. Peringkat
yang paling sesuai kepada isu ini adalah peringkat penerokaan. Peringkat ini bermula
pada umur 15 hingga 24 tahun. Melalui peringkat ini, individu akan mencuba melalui
pengalaman kerja, minat dan juga pembelajaran. Mereka juga akan mencuba
mengumpulkan maklumat pekerjaan yang relevan serta menacri pemilihan kerjaya
dan kemahiran yang berkaitan.

Terdapat juga pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pendidikan kerjaya.


Antaranya ialah,sikap tidak mahu mengambil tahu. Hal ini kerana, terdapat kalangan
pelajar yang tidak mengambil berat tentang masa depan mereka. Mereka juga tidak
mementingkan pendidikan kerjaya semasa memilih bidang pengajian. Terdapat
juga kalangan murid tidak mahu tahu tentang minat mereka . Hal ini kerana, terdapat
kalangan pelajar dipaksa oleh ahli keluarga ataupun mereka tidak mampu
menuruskan dengan pengajian yang sesuai untuk mereka. Justeru, halangan ini
mulanya dari awal memilihan bidang pengajian .

Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam pendidikan kerjaya ialah pendidikan ini
tidak begitu terkenal dalam kalangan masyarakat. Ada juga gologan masyarakat yang
tidak tahu mereka boleh mencari minat mereka ataupun kerjaya yang sesuai untuk
mereka melalui ujian – ujian yang terkandung dalam pendidikan kerjaya. Hal ini kerana,
masyarakat sekarang sering memilih kerjayanya mengikut populariti dan juga skop
kerjaya tetapi tidak mementingkan bakat dan minat mereka untuk sesuati kerjaya yang
ingin diceburi.

Secara umum, terdapat juga kepentingan-kepentingan terhadap pendidikan


kerjaya kepada graduan kerana Covid-19 juga menjadi satu cabaran terbesar buat
graduan baharu dalam pasaran pekerjaan. Yang dominan ialah, menyediakan
graduan yang berkompeten, berinovatif dan memenuhi keperluan pasaran kerja
adalah sesuatu yang penting bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran dan
pengetahuan tentang pasaran pekerjaan. Pembangunan pelajar tidak hanya dilihat
kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi mempunyai kemahiran dan
kualiti yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan. Hal ini kerana, ekonomi
negara kini semakin merosot. Oleh itu, graduan yang yang kompeten, berinovatif dan
memenuhi keperluan sahaja diberi kepentingan pada masa kini. Contohnya , doctor,
juru sains d.an sebagainya yang terlibat dalam bidang kesihatan.

Menyedarkan graduan mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang


pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa graduan mendapat
panduan yang betul mengenai “career planning’’. Semakin banyak maklumat yang
diperolehi oleh seseorang berkaitan kerjaya yang dipilih maka akan menjadikan
perancangan kerjaya mereka lebih baik. Secara khususnya, membuat perancangan
kerjaya memerlukan maklumat tentang pekerjaan yang sedang dipertimbangkan dari
pelbagai aspek yang releven seperti keperluan negara terutamannya semasa
pendemik ini. Contohnya pada Pandemik Covid-19 ini “frontliners” amat pentingan
untuk menangani wabak ini dalam negara kita.

Kesimpulannya, kaunselor perlu cakna dalam membantu para pelajar untuk


membuat keputusan kerjaya. Kaunselor perlu memberi pendidikan kerjaya sebanyak
yang mampu dengan bantuan atau kerjasama daripada pihak yang berkaitan seperti
pengurusan akademik, ibu bapa dan individu itu sendiri. Aplikasi teori kerjaya juga
perlu dititikberatkan dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling kerjaya ini. Hal ini
kerana, pendidikan kerjaya sangat membantu dan juga amat penting bagi memilih
kerjaya yang sesuai untuk masa yang akan data.
Rujukan
Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad. (2010). Bimbingan dan
kerjaya:konsep dan amalan kontemporari. Universiti teknologi Malaysia.
Noraini Ismail. (2015). Pendidikan Kerjaya KKC 6023. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sharf, S. R. (2010). Applying career development theory to
counseling (5th Ed.). Belmont,CA. Brooks / Cole.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan kerjaya: teori dan praktis. Universiti
Putra Malaysia: Serdang.
Zunker, V.G. (2006). Career counselling : A holistic approach. (7th Ed.). Belmont,CA.
: Brooks / Cole.

Amla Mohd Salleh. 2010. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi.
Penerbit UKM.

Abdullah Mat Rashid & Ab.Rahim Bakar. 2009. Career Development Interventions
Implemented by Secondary School Counsellors in Malaysia.Universiti Putra
Malaysia.

Ahmad Esa, Sahila Suadi & Noraishah Daud. 2013. Persepsi Pelajar Terhadap
Program Kerjaya di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Prosiding
Persidangan Antarabangsa dan Pertandingan Inovasi Kaunseling dan
Pendidikan.

Hassan Hushin & Mohd Earmee Sofian. 2011. Pembinaan Modul Program
Pembangunan Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Jamaludin Ahmad & Mohamad Safuan Rosli. 2013. Memperkasa Motivasi Pencapaian
Pelajar Kolej Kediaman Melalui Pendekatan Modul Motivasi. Seminar Pasca
Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2013)

Madinah Mohd Yusof, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mahidin Awang Itam. 2011.
Pelaksanaan Transisi Kerjaya di Program Pendidikan Vokasional Pelajar
Pekak di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.

Nor Fadila Mohd Amin & Azman Ripin. 2010. Kesediaan Kerjaya di Kalangan Pelajar
Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Nurziatul Adawiyah Dolah & Ahmad Esa. 2012. Penerapan Kemahiran Penyelesaian
Masalah Menerusi Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM. Prosiding Seminar
Pendidikan Pasca Ijazah.

Poh Li,Lau, Aqeel Khan, Haslee Sharil Abdullah & Fong Peng, Chew. 2011. The
Effectiveness of Career Exploration Programme for High School Students.
International Conference on Humanities, Society and Culture. IACSIT Press.
Singapore

Siti Amely Jumaat, Siti Zarina Mohd Muji, Ida Laila Ahmad, Zarina Tukiran, Jamaluddin
Jalani, Khalid Isa, Norfaiza Fuad, Masnani Mohamed & Shamsul Mohamad.
2008.
Lampiran
Thursday, November 24, 2016

TEORI DONALD E. SUPER


TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

1.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA


1.1 Peringkat Pertumbuhan
Peringkat ini berlaku antara umur 0-14 tahun. Pada waktu ini , individu dirujuk kepada
perkembangan fizikal dan psikologikalnya. Pada peringkat ini , individu dikatakan
membentuk sikap dan makanisme tingkah lakunya yang akan menjadi kompenan
penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.Dalam pada itu, pengalaman akan
memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan
digunakan untuk membuat pemilihan terakhir (Sidek Mohd Noah. 2002:99).
Pada peringkat ini bermula apabila individu mendapat kesedaran bahawa
perkerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan. Hal ini bermula pada peringkat fantasi
dengan pemilihan yang ditunjukkan selalunya tidak realistik dan berhubung rapat
dengan cara hidup bermain-main. Sebagai contoh anak-anak ingin menjadi
angkasawan, superman, batman dan idola-idola yang difikirkan popular, gagah,
menarik, pandai, menawan hati perempuan atau lelaki dan sebagainya. Pemilihan
seperti ini dilihat sebagai kabur, bersifat sementara dan tidak begitu bererti bagi
individu pada jangka masa panjang (Sidek Mohd Noah. 2002:99-100).
Tambahan lagi, menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010:
18) individu membentuk konsep kendiri melalui pengaruh keluarga dan persekitaran
sekolah. Pada masaa ini kanak-kanak membentuk kehendak dan fantasi yang nyata,
minat dan kebolehan yang ketara sekali. Mereka juga berani menceburkan diri dalam
aktiviti sosial. Super telah memperincikan kepada tiga bahagian pada peringkat
pertumbuhan iaitu :
a) Fantasi (4 sehingga 10 tahun): Kehendak adalah dominan dan peranan
yang dimainkan dalam fantasi adalah penting.
b) Minat (11 sehingga 12 tahun) : Suka dan gemar adalah penentuan
aspirasi dan aktiviti yang utama.
c) Keupayaan (13 sehingga 14 tahun): Remaja mula membuat
pertimbangan antara kehendak dengan kemampuan diri mereka.

Sharf (2010: 223-224) menyatakan penyataan Super (1955)


dalam bukunya bahawa , “Stages of adolescent career development
arise from the stages of curiosity and fantasies in childhood. Super
believed that at about 7 years old, children ceased to make fantasy
choice and instead tend to base their choice on interests. In particular,
Super observed that many choices of young boys are related in some
way to their fathers’ careers. Starting around the age of 8 years
old, development of interest begins to replace occupational fantasies. At
the age at 11 years old, children develop a sense of their capacities , a
view a ability to master certain skills .At 11 years old also , the ability to
judge their competencies was limited but beginning to become to become
more important to them. 11-14 years old more likely to accurately assess
their own abilities than they would have been able to two years before.”

1.2 Peringkat Penerokaan


Pada peringkat ini berlaku antara umur 15 sehingga 24 tahun. Pada peringkat ini
terbahagi kepada dua fas iaitu tentetif dan realistic. Pada fasa tentatif, ketika dalam
penerokaan, individu mula menyempitkan pemilihannyakepada beberapa
kemungkinan. Perkara ini disebabkan oleh beberapa ketidak pastian tentang keupayaan,
latihan yang disediakan, peluang pekerjaan, senarai pemilihan yang mungkin juga
terhad dan sempit (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Pada fasa realistik pula, masih dalam peringkat penerokaan , individu akan
lebih menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang boleh dicapai
olehnya dan dapat pula memberikan kesempatan atau peluang-peluang yang baik dan
dirasakan lebih mustahak kepadanya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 18), pada
peringkat ini super menyatakan bahawa individu cuba mendapatkan banyak maklumat
tentang kerjaya di sekolah, meneroka jenis kerjaya, membuat kerja sambilan pada masa
lapang dan menilai semula kemampuan diri dari segi percubaan peranan. Pada
peringkat ini, individu telah mengenalpasti dan membuat satu pilihan kerjaya yang tepat
dan dibahgikan kepada tiga iaitu:
a) Pemilihan cadangan (15 sehingga 17 tahun): kehendak, minat,
kebolehan, nilai dan peluang diambil kira. Pemilihan cadangan akan
diambil kira dan dicuba dalam fantasi, perbincangan, kursus, kerja dan
sebagainya.
b) Peralihan (18 sehingga 21 tahun) : Remaja mula mengambil kira faktor
reality ketika memasuki alam pekerjaan , cuba mendapatkan latihan dan
pendidikan dan mula mencari konsep-konsep kendiri.
c) Percubaan (22 sehingga 24 tahun)

1.3 Peringkat Pengukuhan


Peringkat ini berlaku antara umur 25 sehingga 44 tahun. Peringkat ini pula terbahagi
kepada dua fasa iaitu fasa percubaan dan fasa stabil. Pada fasa percubaan, individu mula
memperlihatkan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman bekerja. Pada
masa ini individu mula mencuba, meninjau dan menilai untuk memastikan pemilihan
dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan
(Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Pada peringkat ini, individu mungkin sudah menjawat jawatan satu perkerjaan
dengan satu perasaan bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jika kerjayanya itu
tidak bersesuaian. Secara beransur-ansur, individu mula menimba pengalaman dan
bertambah cekap dan akhirnya menjadi fasa stabil. Dari sinilah , aspek perkerjaan
dibawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan itu kemudiannya diterima sebagai
sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya. Bgai sesetengah orang, tahun-
tahun inilah yang merupakan tahun yang paling kreatif bagi dirinya (Sidek Mohd Noah.
2002:100).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19), pada
peringkat ini , individu sudah mempunyai pekerjaan tetap dan sesuai. Pada peringkat
ini juga individu menjalankan usaha untuk mendapatkan jawatan tetap dalam bidang
pekerjaannya. Berikut ialah bahagian peringkat pengekalan atau kemantapan:
a) Bahagian percubaan (25 sehingga 30 tahun) : Bidang pekerjaan yang
dipilih mungkin tidak sesuai, satu atau dua pertukaran dibuat untuk
mencari pekerjaan yang sesuai atau terdapat kerja yang dirasakan tidak
sesuai.
b) Kestabilan (31-44 tahun) : Corak kerjaya dirasakan jelas, beberapa
usaha dibuat untuk mendapatkan kestabilan dan membentuk tempat
kerja yang selamat.
1.4 Peringkat Pengekalan atau pemeliharaan
Peringakt ini berlaku antara umur 45 hingga 64. Peringkat ini dicirikan dengan individu
cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Disebabkan
pekerjaan dan konsep kendirinya mempunyai hubungan yang erat, maka perubahan dan
penyesuaian akan terus berlaku. Individu akan meneruskan situasi kerja yang dapat
memberikan kepuasan yang lebih kepada dirinya. Individu juga akan melihat kembali
atau mengubah keadaan atau aspek yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan
dirinya. Walaubagaimanapun hal ini tidaklah sampai terus mengeluarkan individu
tersebut dari dunia pekerjaannya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19), Di
peringkat ini, perkerjaan menjadi serius, beberapa usaha dibuat untuk menuju ke arah
kemantapan. Kerja asas telah dibuat, proses penyesuaian ini mengikut garisan
pemantapan bagi memperbaiki kedudukan dalam pekerjaan.
1.5 Peringkat Penurunan
Pada peringkat in berlaku apabila individu berumur 65 tahu ke atas. Peringkat in
dikaitkan dengan waktu hamper pencen atau bersara dengan penekanan individu pada
kerja, berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang minimum.
Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, aktiviti kerja mula bertukar dari
ataske bawah. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut-sangkut, tugas mula berubah
atau bentuk kerja mula bertukar bagi menyesuaikan kebolehan-kebolehan yang mula
menunjukkan penurunan (Sidek Mohd Noah. 2002:101).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19) kebolehan
fizikal dan mental mula berkurangan. Seterusnya peranan baru dibentuk. Pada mulanya
terdapat beberapa penglibatan yang terpilih kemudian sebagai pemerhati sahaja.
Penurunan berlaku semasa seseorang bersara sepenuhnya dan kadangkala berlaku pada
akhir waktu peringkat kemantapan. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut, tugas
mula berdalih atau bentuk kerja mula ditukarkan bagi menyamakan dengan kebolehan
penurunan.Namun, ramai juga yang menyambung kerja sambilan atau menggantikan
kerja sepenuh masa.Penetapan had umur menyebabkan berlaku perubahan pada diri
individu. Perubahan ini mungkin tidak sama antara seorang individu dengan seorang
individu lain.
Peringkat-peringkat perkembangan Super ini membentuk satu rangka untuk
tingkah laku dan sikap kerjaya yang dinyatakan menerusi lima aktiviti yang
kemudiannya dikenali sebagai tugas-tugas perkembangan kerjaya. Peringkat ini dapat
dinyatakan seperti di bawah.

Tugas –tugas umur Sifat-sifat umum


perkembangan kerjaya
Kristalisasi 14-18 Tahun Dalam proses membentuk satu matlamat umum
kerjaya menerusi sumber-sumber kesedaran, minat,
nilai-nilai dan merancang kerjaya yang
dikehendakinya.
pengkhususan 18-21 Tahun Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan-
cadangan kerjaya kepada pemilihan satu kerjaya
tertentu.
Pelaksanaan 21-24 Tahun Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat
dan terus memasuki bidang kerjaya
kestabilan 24-35 Tahun Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh
pengalaman kerjanya yang sebenar dan menggunakan
bakat untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu suatu
yang paling tepat.
Pengukuhan > 35 Tahun Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya
yang berlanjutan status , dan senioriti.

2.0 CORAK PELANGI KERJAYA KEHIDUPAN

Super (1980) memerihalkan rajah pelangi kerjaya kehidupan. Rajah grafik dua
dimensi ini membentangkan satu dimensi membujur jangka hayat yang dikenali
sebagai “maxicycle” dan sejajar dengan peringkat kehidupan utama iaitu
“minicycles” . Dengan rajah tersebut menekankan perbezaan peranan yang dimainkan
oleh setiap individu semasa jangka hayatnya dan pengaruh peranan-peranan ini
terhadap gaya hidup serta kerjaya. Peranan tipikal bagi kebanyakan orang termasuklah
kanak-kanak, pelajar, warganegara, pekerja, pasangan, pembuat rumah, ibu bapa dan
individu yang sudah pencen. Peranan - peranan ini menekankan aspek sepanjang hayat
perkembangan kerjaya (Sidek Mohd Noah. 2002:103 dan Zunker 2006:58).
Shaf, S. R. (2010: 253) juga menjelaskan penyataan super dalam bukunya
“Super rainbow shows how the roles may very within the lifetime of an individual. Each
arc represents a role in life. The thinker the shaded area more important”. Super and
Nevill (1986) explain “ The Person portrayed in this rainbow finished college at the
age 22, went at once to work, married at age 26, became parents at age 27,
intermittently attended school school part time until returning full time at age
47,suffered the loss of parents at age 57, retired at 67, was widowed at 78, and died at
age 81”.
Demikian itu, corak pelangi kehidupan ini sangat penting dalam menetapkan
peringkat umur dengan konsep kendiri klien yang perlu dicapai. Kerjaya yang tidak
sesuai dengan peringkat umur perlu dinilai semula dan mencari ruang-ruang yang perlu
diterokai agar pencapaian konsep kendiri dalam kerjaya dapat dicapai sesuai dengan
peringkat umur klien.
3.0 PINTU GERBANG PENENTU KERJAYA
Super(1990) telah membangunkan Model Archway kerana beliau mahu
menggambarkan dengan lebih jelas faktor-faktor biologi, psikologi, dan sosio-ekonomi
dalam pilihan kerjaya dan pembangunan. Tiang kanan dan kiri Model Archway
mencerminkan asas biografi dan geografi perkembangan manusia. Lajur masyarakat
pada tiang geografi mencerminkan pembolehubah seperti keluarga, sekolah, rakan
sebaya, ekonomi, pasaran kerja dan dasar sosial. Lajur personaliti pada tiang biografi
mencerminkan pembolehubah seperti nilai, minat , kecerdasan, kebolehan am dan asas.
Ia berperanan membawa konsep kendiri, pembelajaran sosial dan membuat
keputusan (Sidek Mohd Noah. 2002:103 dan Zunker 2006:58-59).

RUMUSAN

Teori perkembangan super merupakan teori yang paling komprehensif. Super menjadi
pengasas kepada model perkembangan kerjaya tetapi akhirnya menghasilkan teori yang
berkaitan dengan peranan hidup manusia. Elemen seperti konsep kendiri , kematangan
kerjaya dan nilai pekerjaan itu sendiri dipercayai membentuk suatu teori yang lebih
komprehensif. Antara sumbangan besar super yang boleh dimanfaatkan oleh
masyarakat sejagat iaitu kewujudan alat ukur Career Development Inventory (CDI)
iaitu bertujuan menilai unsur-unsur tertentu yang berkaitan dengan kematangan kerjaya
dan Guided Career Exploration ( GCE)pula digunakan. Justeru, teori super sangat
sesuai untuk diaplikasikan pada setiap peringkat umur dan menjadi suatu panduan yang
khusus kepada para kaunselor untuk mengenali kerjaya setiap peringkat umur mengikut
konsep kendiri klien dengan lebih tetap dan efektif

You might also like