You are on page 1of 13

PBKK3043

TUGASAN PERBINCANGAN 2 & 3

MOHAMAD AKMAL BIN YAHYA


MUHAMMAD ADIB AZHARI BIN SAMSOL
MUHAMMAD SUHAID IRFAN MOHD SHAFIE
NURKHADIJAH BINTI JALIL
SHAFINAZ BINTI IDRIS
SITI NUR ZUKHAIDAH BINTI MIOR YAHYA
TUGASAN 2:
Tingkah Laku Ahli Kelompok Yang
Menghalang Perkembangan
Kelompok
1. Tidak menghormati ahli kelompok lain

Ahli kelompok yang tidak menghormati ahli yang lain akan


menyebabkan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok tidak lancar. Hal
ini kerana provokasi yang dibuat oleh individu ini mengganggu emosi
ahli lain, seterusnya ahli lain tidak dapat fokus dalam sesi kaunselinng
yang dilakukan. Oleh yang demikian, guru bimbingan dan kaunseling
haruslah bijak mengawal situasi semasa sesi bimbngan dan kaunseling
kelompok
2. Menyampuk ketika ahli lain berkongsi
pendapat

Ahli 1: saya ingin berkongsi pengalaman dimana semasa kecil saya


pernah mengalami trauma hampir dilanggar oleh kereta. Ibi bapa saya
ketika itu….
Ahli 2: eh, saya pun pernah. Masa tu saya hendak melintas jalan bla bla
bla,,,,,

Situasi diatas akan menyebabkan ahli 1 enggan mengambil bahagian


kerana dia meraskan ahli 2 suka menyampuk ketika orang lain
bercakap.
3. Ahli enggan / elak melibatkan diri dalam
aktiviti kumpulan

● Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan


kepada tiga kumpulan yang besar iaitu Ekstrovert, Introvert & Ambivert.
● Ahli kumpulan yang mempunyai tret personaliti Introvert akan menonjolkan
ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif dan kurang
bersedia untuk menanggung risiko. Oleh itu, mereka akan cuba untuk tidak
turut serta dalam aktiviti kumpulan.
● Selain itu, ahli mungkin merasakan aktiviti yang dilakasanakan hanya
membuang masa mereka.
4. Ahli suka mendapatkan perhatian

● Ahli bertindak hiperaktif, membuat bising dengan bercakap atau gelak


secara kuat dan bingit, melakukan pergerakan yang tidak perlu serta
mengganggu ahli kelompok seperti tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk
dengan alasan bergurau.
● Tingkah laku ini akan membuatkan ahli kelompok yang lain akan berasa
tidak selesa semasa sepanjang sesi dijalankan jika guru kaunseling tidak
menasihati mereka yang melakukan tingkah laku tersebut.
5. Ahli kelompok bersikap bias
Sesetengah ahli kelompok mungkin terdiri daripada pelbagai etnik seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya.

Mungkin akan berlakunya silang budaya iaitu ketidakesefahaman kerana


tradisi dan adat berbeza yang menyebabkan ahli memilih untuk
mendengar secara aktif bagi ahli dari bangsa yang sama.

Ahli anti atau tidak selesa dengan ahli berbagai bangsa menyebabkan
mereka gemar duduk bersebelahan dengan bangsa mereka sahaja.

Kuantiti ahli daripada bangsa yang banyak mungkin tidak mengambil


pusing pendapat atau pandangan yang diutarakan oleh ahli kelompok yang
berlainan bangsa dan hanya bergaul dengan ahli kelompok yang sama
bangsa.
6. Perkauman antara ahli kelompok

Setiap individu mempunyai nilai dan budaya yang berbeza. Konflik akan
timbul apabila ahli kelompok datang dari pelbagai latar belakang dan
pengalaman yang berbeza dari segi budaya, tahap sosioekonomi, agama,
etnik dan kepercayaan.

Konflik timbul apabila ada ahli yang membicarakan soal persetubuhan


haram, penggunaan alkohol serta lesbian dan gay. Jadi disebabkan inilah
tercetusnya konflik antara kaum dan menganggu perkembangan
kelompok.
7. Ahli kelompok membahan/mengungkit/
membuka aib/memecah rahsia
● Terdapat ahli yang suka membuka aib ahli lain tanpa kebenaran ahli tersebut.
Dalam sesi kaunseling, ahli kelompok dibenarkan untuk meluahkan namun ahli
lain tidak boleh menjatuhkan aib, mengungkit, membahan pengalaman yang
telah diceritakan ahli lain di dalam sesi atau di luar sesi.

● Ahli yang “dibahan” akan merasa malu dan terasa hati dan akhirnya tidak
mahu mengikuti sesi kaunseling kelompok seterusnya.

● Kerahsiaan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dan perlu diberi


penjelasan yang terperinci atau mendalam kepada ahli kelompok semasa
peringkat penstrukturan dilakukan. Ini kerana kerahsiaan dalam kaunseling
kelompok sangat sukar untuk dikawal kerana jumlah ahli yang ramai, sudah
tentunya pemimpin tidak dapat memberi jaminan terhadap kerahsiaan dalam
pelaksanaan kelompok.
TUGASAN 3:
Senaraikan kesan jika pemimpin
kelompok tidak mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang berkesan
● Sesi kelompok akan menjadi tidak teratur dan huru-hara
● Boleh mendatangkan pertelingkahan sesama ahli
● Masa sesi akan menjadi sangat lama atau terlalu pendek
● Sesi kelompok tidak akan mencapai objektif yang ditetapkan
● Berlaku percanggahan cara dan pendekatan dalam memimpin kelompok.
● kelompok yang wujud tidak mempunyai struktur yang jelas dan peranan
pemimpin tiada langsung.
● pemimpin kelompok melakukan salah amalan
● Isu Dwi Hubungan antara pemimpin kelompok dengan ahli
● Seseorang pemimpin akan mengalami konflik sama ada perlu atau tidak
untuk membuat pendedahan kendiri
● Timbul konflik antara pemimpin dan ahli dan ia tidak dapat diselesaikan.
Contohnya pemimpin telah jatuh hati pada ahlinya.
● Ahli kelompok tidak akan menghormati pemimpin kelompok dalam sesi itu
Kesimpulan

Kepimpinan dalam kelompok memainkan peranan yang besar untuk menjayakan


sesebuah kelompok. Pelbagai cara,gaya dan pendekatan yang digunakan oleh
pemimpin kelompok untuk menjayakan kelompok yang dipimpinnya. Isu-isu yang
dibincangkan dan diketengahkan dalam kertas kerja ini boleh memberikan kesan
ke atas sama ada berjaya atau gagal. Oleh itu seorang pemimpin perlu bertindak
dengan sebaik mungkin supaya mereka mampu mengendalikan kelompok
dengan berkesan dan mencapai matlamatnya
TERIMA
KASIH

You might also like