You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU TG.

4 PASIF --AKTIF 9/3/2021

Kita tidak dapat menafikan bahawa gajet dan media sosial merupakan fokus utama dalam
kalangan hampir semua anak muda pada zaman ini. ✔
Instagram, Twitter mahupun Facebook sememangnya menyebabkan ketagihan ramai orang
lantaran platform komunikasinya yang interaktif, bebas dan rangkaiannya melangkau segenap
benua. ✔
Pakar Psikatri, Pusat Perubatan Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr.Rozanizam Zakaria
turut melontarkan pandangan mengenai kesan media sosial terhadap masyarakat. ✔

Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyebarkan ideologi Rukuun Negara kepada
generasi muda dalam tempoh lebih lima dasawarsa. ✔
BAHASA MELAYU TG.4 PASIF --AKTIF 9/3/2021

Kita membuat penerangan melalui penyebaran risalah, pameran, filem dokumentari, tayangan
video dan buku oleh pakar. ✔
Kementerian Pendidikan Malaysia menerapkan ideologi Rukun Negara dalam sistem pendidikan
secara formal dalam Pendidikan Moral dan subjek Sejarah. ✔

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.

(i) Bahawa kamera keselamatan amat penting tidak dapat kita nafikan untuk membantu mengawal,
memantau dan menyelesaikan banyak kes jenayah di negara ini. Sebelum ini, (2) banyak kes jenayah
dapat diselesaikan polis dengan bantuan kamera keselamatan atau paling tidak pun rakaman
daripada kamera keselamatan dapat membantu siasatan pihak berkuasa. Terkini, tular video (3) tiga
ekor kucing dibunuh oleh seorang remaja lelaki dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh di
sebuah premis dobi di Kuala Lumpur.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Kuala Lumpur Bandar Selamat
Oleh Fatimah Abdullah
Dewan Masyarakat, Bil 09/2020,hlm.20)
Kita tidak dapat menafikan bahawa kamera keselamatan amat penting. ✔
Polis dapat menyelesaikan banyak kes jenayah dengan bantuan kamera keselamatan. ✔
Seorang remaja lelaki membunuh tiga ekor kucing dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh
di sebuah premis dobi di Kuala Lumpur. ✔

You might also like