You are on page 1of 3

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

(School of Humanities)

PANDUAN UMUM PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SEJARAH


(General guidelines for history program final exam)

SEMESTER 1 (SIDANG AKADEMIK 2020/2021)

Soalan Peperiksaan (Exam questions)


1. Semua soalan peperiksaan adalah dalam bentuk OPEN BOOK
EXAMINATION.
(All questions are in OPEN BOOK EXAMINATION format)
2. Sila baca dengan teliti arahan yang disediakan dalam kertas soalan sebelum
menjawab peperiksaan.
(Please read carefully all the instructions in the question paper before start
answering)
3. Calon akan dibekalkan dengan DUA (2) SET soalan. Pilih dan jawab hanya
SATU (1) set sahaja. Soalan-soalan tidak dibenarkan dicampur aduk antara
SET A dengan SET B.
(Candidate will be provided with TWO set of exam questions. Choose only
ONE (1) set to be answered. Candidate is not permitted to mix the SET A and
SET B questions)
4. Soalan peperiksaan akan dimuat naik dalam portal E-Learning USM pada hari
peperiksaan dan calon akan dibekalkan dengan kata kunci (password) untuk
membuka kertas soalan LIMA (5) minit sebelum peperiksaan bermula.
(All questions will be uploaded in the USM E-Learning Portal during the exam
day. Candidate will be provided with the password to open the question paper
five minute before the exam begins)

Rujukan (References)
5. Calon dibenarkan membuat rujukan daripada mana-mana sumber yang
autoritatif semasa menjawab peperiksaan. Walau bagaimanapun calon tidak
perlu menyertakan rujukan, nota kaki, nota hujung, peta, bibliografi, lampiran,
dokumen arkib dan sebagainya dalam skrip jawapan.
(All candidates are permitted to refer to any authoritative sources when
answering the questions. Nevertheless, candidate is not required to write
references, foot notes, end notes, map, bibliography, appendix, archival
documents in the answer script)

PEPERIKSAAN AKHIR SEJARAH SEMESTER 1 2020/2021/PPIK(DRMHZ) 1


Pemarkahan dan pengredan (Marking and Grading)
6. Markah yang baik akan dipertimbangkan untuk jawapan yang mempunyai
hujahan kritis atau analisis aras tinggi serta disokong oleh contoh/bukti yang
relevan dan bukannya kepada jawapan bersifat ingatan (memorization)
semata-mata.
(A good mark will be considered for a critical argument or high level of
analytical answer supported with relevant examples/evidences and not to the
memorization level of answer)

Skrip jawapan (Answer script)


7. Calon dikehendaki menyerahkan semua jawapan dalam tempoh DUA
PULUH EMPAT JAM (24 jam) dari masa peperiksaan bermula. Calon yang
menyerahkan jawapan selepas tempoh 24 jam akan diberi gred GAGAL.
(All candidates must submit their answer script within 24 hours after the
exam started. Those who submitted after the cut off time will be given fail
grade)
8. Semua jawapan hendaklah dimuat naik ke portal E-Learning USM. Sekiranya
calon mempunyai masalah mengakses portal E-Learning USM, calon
dibenarkan untuk email semua skrip jawapan kepada pemeriksa dalam
tempoh 24 jam.
(All answer scripts must be uploaded in the USM E-learning portal. However,
for candidates who are unable to access the E-learning portal, they can email
the answer script to the respective examiners within 24 hours)
9. Format jawapan hendaklah ditaip menggunakan font 12, Times New Roman
atau Arial, single spacing dan setiap halaman ditandakan dengan nombor
halaman.
(The answer format is font 12, Times New Roman or Arial style, single
spacing and must be numbered in all pages)
10.Calon wajib menaip nama dan nombor matrik pada skrip jawapan.
(It is compulsory to the candidate to write name and matric number in answer
script)
11. Had jawapan bagi setiap soalan ditetapkan maksimum LIMA (5) halaman
sahaja atau maksimum 20 halaman untuk keseluruhan skrip jawapan.
(The limit of answer is maximum five (5) pages for each question or 20
pages for the whole answer script)
12. Setiap soalan mempunyai wajaran markah yang sama.
(All answers comprise equal weight of marks)
13. Calon dikehendaki menghantar hanya SATU (1) set skrip jawapan sahaja.
Semua jawapan yang telah dihantar dianggap muktamad dan tidak boleh
dikembalikan semula. Sebarang rayuan untuk penghantaran semula skrip
jawapan tidak akan dipertimbangkan.

PEPERIKSAAN AKHIR SEJARAH SEMESTER 1 2020/2021/PPIK(DRMHZ) 2


(Candidate is required to submit only ONE (1) set of answer script. The script
submitted is consider final and no resubmission will be accepted)
14. Semua skrip jawapan adalah dalam bentuk WORD atau PDF.
(All answers must be written in WORD or PDF format)

Plagiarisme (Plagiarism)
15. Calon dilarang sama sekali daripada melakukan sebarang tindakan atau
cubaan plagiarisme. Sekiranya calon didapati melakukan tindakan atau
cubaan plagiarisme, calon akan digagalkan dan dikenakan tindakan tatatertib.
(Candidate is prohibited to commit or attempt to commit plagiarism. Any case
of plagiarism or attempting plagiarism, if found guilty will be given fail grade,
subsequently stiff disciplinary action will be imposed)
16. Jika bacaan Turnitin (ujian plagiarisme) menunjukkan score melebihi 30
peratus, jawapan akan ditolak dan calon akan digagalkan.
(If the Turnitin Test [plagiarism test] score above 30 percent, the answer
script will be rejected, and candidate will be given fail grade)

*** Nota (Notes)


i. Panduan Umum Peperiksaan Akhir Program Sejarah ini hendaklah dibaca
bersama ARAHAN UMUM PEPERIKSAAN DALAM TALIAN
(ASINKRONUS) UNTUK CALON yang telah disediakan oleh Unit
Peperiksaan USM.
(This general guideline must be read together with GENERAL
INSTRUCTIONS OF ONLINE EXAMINATION (ASYNCHRONOUS) FOR
CANDIDATES provided by the Exam Unit)

ii. Sebarang perubahan atau informasi tambahan akan dimaklumkan kepada


calon sepanjang tempoh peperiksaan. Sekiranya calon mempunyai
sebarang kemusykilan tentang panduan umum ini, sila berhubung terus
dengan pensyarah kursus masing-masing atau melalui email kepada
Pengerusi Rancangan Sejarah di alamat hasrul74@usm.my .
(Candidates will be notified any changes or any additional information
during the exam process. If candidate require further information, please
do not hesitate to contact the respective lecturers or email to the
chairperson of history program at hasrul74@usm.my)

PEPERIKSAAN AKHIR SEJARAH SEMESTER 1 2020/2021/PPIK(DRMHZ) 3

You might also like