You are on page 1of 2

WAN MUHAMMAD IZZAT AKIF BIN MOHD NASIR

D20192091924

SOALAN KUIZ PPC1 CUR2011 (A2022)

1. Terangkan apakah peranan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam bidang tugas
bantuan awal pertolongan cemas kepada orang awam di negara ini.

- Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam.


- Melatih ahli-ahli dalam pertolongan cemas dan rawatan.
- Membantu mengurangkan kesakitan/kecederaan yang dialami oleh
mangsa.
- Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa.
- Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan.
- Memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum bantuan/ambulans
tiba.

2. Sila jelaskan apakah itu Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa


(UUKA) dan bilakah UUKA diguna pakai?

- Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu


badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata
dan kaedah peperangan. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah
manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Ianya juga
dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang
konflik bersenjata.
- Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) melibatkan dua
keadaan. Antaranya, konflik bersenjata antarabangsa seperti konflik
yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara dan konflik
bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara seperti konflik antara
kerajaan dengan kumpulan pemberontak. Oleh itu, Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) digunapakai ke atas semua pihak
yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang
memulakannya.
3. Terangkan secara ringkas Prinsip Asas dalam Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC).

- Sebagai sebuah persatuan yang berbentuk bantuan kemanusiaan,


Palang Merah menggunakan prinsip-prinsip tertentu untuk menyalurkan
bantuannya. Terdapat tujuh Prinsip Asas Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa ini telah diterimapakai secara rasmi semasa
Persidangan Palang Merah Antarabangsa ke-20 yang diadakan di Vienna,
Austria pada tahun 1965. Antaranya ialah kemanusiaan, saksama, berkecuali,
kebebasan, perkhidmatan sukarela, bersatu dan kesejagatan. Prinsip
kemanusiaan ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan
wujudnya sikap hormat-menghormati sesama manusia. Seterusnya, prinsip
saksama pula, meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan
kes yang paling memerlukan. Selain itu, prinsip berkecuali untuk
mempertahankan kepercayaan yang ada padanya, ia tidak menyebelahi mana-
mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik,
perkauman, agama atau ideologi. Di samping itu, pergerakan palang merah
dan bulan sabit merah juga merupakan sebuah pergerakan yang bebas. Oleh
itu, pergerakan palang merah dan bulan sabit merah adalah satu badan
sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. Prinsip bersatu hanya
terdapat satu persatuan bulan sabit merah atau persatuan palangmerah di
dalam sesebuah negara. ia adalah terbuka kepada sesiapayang ingin menjadi
ahli manakala prinsip kesejagatan pergerakan palang merah dan bulan sabit
merah adalah sebuah pergerakan antarabangsa. Persatuan-persatuan di
peringkat kebangsaan mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang
saksama untuk menolong antara satu sama lain.

SOALAN TAMAT

You might also like