You are on page 1of 3

BORANG MINIT CURAI

(Taklimat / Mesyuarat)
PERKARA Taklimat Pelaksanaan Program TARIKH 24 Mei 2021
Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium
(IPIM) kepada JPN, Panitia Sejarah
dan Guru Sejarah di Negeri Johor
RUJ. FAIL SKSM.600-3/2 ( ) MASA 2.30-4.30 ptg
TEMPAT Secara atas Talian (Zoom Meet) ANJURAN JPN Johor
KEHADIRAN :
1. Noremardiana binti Nordin (Ketua Panitia Sejarah)
2. Hajah Asiah binti Jawahir (Guru Sejarah)

BIL PERKARA / ISU TINDAKAN /


MAKLUMAN
1 - Taklimat dilaksanakan secara atas talian (Zoom Meet) melalui
pautan:
http://zoom.us/j/91485930851?pwd=U2RIV1AoSkRpcENIYTNLNjlBa Makluman
TRnQT09

- Ucapan alu-aluan oleh:


Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim
Pengarah Jabatan Muzium Malaysia

- Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan satu Program


Pendidikan Muzium Membaca yang dilaksanakan oleh guru-guru
Malaysia, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Merupakan satu program untuk menambah minat murid terhadap
sejarah, budaya dan warisan negara di kalangan pelajar, guru serta
siswa pendidik melalui pembelajaran di Intitusi Muzium.
- Merupakan sistem sokongan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dengan menggunakan rancangan Pendidikan
Muzium berdasarkan koleksi yang dirangka khusus untuk DSKP
Sejarah serta RPH mata pelajaran Sejarah.
- Para pelajar akan melawat muzium dan sekaligus mengikuti pdp di
Muzium.
- Menariknya ialah para guru berpeluang melaksanakan PdP di Muzium
sepertimana dalam bilik darjah.
- Para pelajar secra langsung akan diberi pendedahan dan kemudahan
untuk mengakses kepada artifak bagi membantu membina kefahaman
yang lebih komprehensif terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru.
- Program ini dikhususkan untuk pelajar tahap 2 di sekolah rendah serta
pelajar tingkatan 1,2 dan 3 di sekolah menengah di 40 buah muzium di
seluruh negara.
- Program IPIM telah diperkukuhkan melalui paparan video-video bagi
menyokong PdP di sekolah atau PdP di rumah.
2 Taklimat tentang Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) oleh:
Makluman
Cik Umi Salmah
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

- Aktiviti uji rintis Program IPIM telah dilaksanakan pada awal tahun 2015.
- Murid-murid di sekitar Kuala lumpur telah melaksanakan aktiviti PdP di
muzium serta jelajah di muzium seperti menampi padi, menangkap ikan,
dan aktiviti dalam ruang legar di galeri B.
- Galeri di Muzium Negara ibarat melihat kepada kurikulum Sejarah.

Tujuan
- Untuk memaklumkan kepada warga KPM dan warga Jabatan Muzium
Malaysia (JMM) berhubung Pelaksanaan Program IPIM yang
melibatkan kerjasama antara KPM dengan JMM.

Pengenalan
- Program IPIM adalah kerjasama antar KPM dengan JMM
mengaplikasikan konsep kerjasama antara kementerian dalam
memanfaat bahan di Muzium untuk memartabatkan pendidikan negara.

Objektif
- Memupuk minat dan mencintai sejarah khazanah negara dalam
kalangan murid, guru dan siswa pendidik melalui pembelajaran di
institusi muzium.
- Menjadikan institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang mantap, merangkumi sistem penyampaian
yang berkualiti dalam usaha peningkatan kemenjadian murid.
- Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan
pengalaman sebenar.

Terma dan syarat


- Pelaksanaan IPIM adalah pada bulam Mac hingga Ogos setiap tahun.
- Setiap permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan dari
tarikh sesi pelaksanaan.
- Program IPIM hanya dilaksanakan pada hari persekolahan mengikut
kalendar akademik KPM.
- Pada peringkat awal ditawarkan untuk mata pelajaran Sejarah.
- Pihak sekolah hendaklah memaklumkan pembatalan sesi kepada pihak
muzium sekurang-kurangnya 14 hari tempoh bekerja.
- Pihak muzium tidak akan menanggung sebarang kerugian kos
perjalanan yang ditanggung oleh pihak sekolah.

Pelaksanaan Program IPIM- Norma Baharu


- Guru merancang dan melaksanakan PdP secara dalam talian.
- Lawatan berpandu melalui paparan video
- Aktiviti Hands on-video dan kendiri

Nama Pencatat : NOREMARDIANA BINTI NORDIN Tarikh


Disediakan :
13 Jun 2021

You might also like