You are on page 1of 3

Perubahan Pembangunan Bandar Kota Kinabalu 1980-2000

Kota Kinabalu merupakan sebuah pusat pentadbiran bagi ‘The British North Borneo
Chartered Company’ (BNBCC) selepas Pulau Gaya. Penemuan Kota Kinabalu ataupun
Jesselton sebagai pusat pentadbiran BNBCC diperolehi daripada lawatan Penguasa Tanah
British iaitu Tuan Henry Walker yang telah melawat Jesselton pada bulan Julai 1899. 1 Sejak
daripada peristiwa itu, akhirnya Kota Kinabalu menjadi pusat pentadbiran sehinggalah ke
hari ini. Pengisytiharan Kota Kinabalu menjadi sebuah pusat pentadbiran memberi kesan
kepada arus pembangunan yang terdapat di Kota Kinabalu pada hari ini.

Selepas penyertaan Sabah ke dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963,


pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan persekutuan dalam membentuk
pembangunan di Sabah khususnya di Kota Kinabalu. Selari dengan perkembangan pusat-
pusat bandar di Sabah, berlaku peningkatan bilangan penduduk yang tinggal di kawasan
bandar. Pada tahun 1980, sebanyak lebih kurang 20 peratus penduduk Sabah yang tinggal
di kawasan-kawasan bandar di Sabah. Meskipun jumlah peratusan penduduk Sabah yang
tinggal di kawasan bandar adalah sedikit, namun jumlah ini menunjukkan peningkatan
daripada tahun sebelumnya.2

Namun demikian, pada tahun 1990 dijangkakan aras pembandaran di Sabah akan
meningkat kepada 25.6 peratus.3 Pertambahan peratusan aras pembandaran di Sabah yang
turut melibatkan bandaraya Kota Kinabalu disebabkan oleh pertambahan semulajadi
penduduk bandar itu sendiri dan kemasukan migran dari desa serta perluasan kawasan
pentadbiran bandar. Justeru itu, proses migrasi dari desa ke bandar serta perluasan
kawasan pentadbiran mampu meningkatkan lagi jumlah peratusan penduduk di kawasan
bandar. Sebagai contoh, jumlah penduduk di kawasan Kota Kinabalu semakin bertambah
daripada tahun ke tahun akibat daripada proses penghijrahan (migrasi) penduduk daripada
kawasan di sekitarnya. Peningkatan jumlah penduduk di Kota Kinabalu dapat dilihat
berdasarkan jadual di bawah.

1
Kota Kinabalu: Ke Alaf Baru Towards A New Millenium, Kerajaan Negeri Sabah, 2000, hlm. 19.
2
Abdul Samad Hadi. (ed), Pembandaran dan Transformasi Bandar Negeri Sabah, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia-Yayasan Sabah, 1990, hlm. 3.
3
Ibid., hlm. 5.
Jadual

Peningkatan Penduduk Bandar Kota Kinabalu Berbanding dengan Bandar


Sandakan 1960-1980

Bandar Tahun Peningkatan 1980 Peningkatan


1960 1970 % %
Kota Kinabalu 21,719 40,939 88.49 83,800 51.15
Sandakan 28,806 42,413 47.24 92,800 54.30
Sumber: Banci Penduduk, 1960; 1970; SRPS, 1983. (Dipetik daripada buku Abdul Samad
Hadi. (ed), Pembandaran dan Transformasi Bandar Negeri Sabah, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah, 1990.)

Menerusi jadual yang dinyatakan di atas yang berkaitan pertambahan penduduk di


bandar Kota Kinabalu jelas sekali menunjukkan bahawa berlaku pertambahan penduduk
hampir setiap tahun di Kota Kinabalu antara tahun 1960 sehingga tahun 1980. Pertambahan
pesat penduduk di Kota Kinabalu juga membuktikan bahawa proses penghijraan lebih
tertumpu ke Kota Kinabalu. Hal ini kerana, Kota Kinabalu merupakan pusat pentadbiran bagi
negeri Sabah serta sebuah bandar yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada
penduduk Sabah. Tambahan lagi, peranan Kota Kinabalu sebagai pusat pentadbiran juga
menyediakan pelbagai perkhidmatan dan fungsi kepada penduduknya. 4 Oleh yang demikian,
tidak hairanlah jika berlakunya pertambahan penduduk di Kota Kinabalu dari tahun ke tahun
kerana Kota Kinabalu mampu menarik penduduk di Sabah untuk melakukan penghijrahan.

Selain itu, jika dilihat dari perkembangan ekonomi di Kota Kinabalu selepas
menyertai pembentukan Malaysia menunjukkan perubahan yang positif. Hal ini kerana, di
Sabah khususnya di Kota Kinabalu telah mengalami perkembangan yang pesat dalam sektor
perindustrian. Sektor perindustrian amat penting bagi mengelakkan kebergantungan Negeri
Sabah terhadap sumber semulajadi seperti keluaran hutan dan komoditi utama yang lain. 5
Selain daripada perkembangan sektor perindustrian di Kota Kinabalu, pusat-pusat
perdagangan khususnya tempat membeli-belah tumbuh bagai cendawan di sekitar Kota
Kinabalu. Namun demikian, pusat-pusat membeli belah lebih dimonopoli oleh masyarakat
Cina sekitar tahun 1990-an. Antara pusat membeli belah yang terawal di Kota Kinabalu ialah
Centre Point, Kompleks Karamunsing, Wisma Merdeka, Asia City, Api-api Centre, Gaya
Centre, Wawasan Plaza dan Wisma Sedco. 6

4
Ibid., hlm. 35-37.
5
Op., Cit, Kota Kinabalu Ke Alaf Baru, hlm. 51.
6
Ibid., hlm. 53.
Walaupun kemunculan golongan masyarakat yang lain agak lewat dalam sektor
perniagaan di Kota Kinabalu, namun penglibatan mereka dalam sektor perniagaan turut
mampu menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi bagi Negeri Sabah. Penulisan yang
berkaitan dengan penglibatan masyarakat lain selain masyarakat Cina dalam bidang
perniagaan adalah amat sukar untuk dijumpai. Meskipun penulisan berkaitan penglibatan
masyarakat lain selain daripada masyarakat Cina dalam menjalankan aktiviti perniagaan
sukar untuk diperolehi, namun mereka turut menjalankan aktiviti pernigaan di Kota
Kinabalu.

Bagi masyarakat Bugis, tempoh masa penglibatan mereka dalam aktiviti perniagaan
di Kota Kinabalu amat sukar untuk ditentukan. Hal ini kerana, tiada sebarang dokumen
bertulis yang dijumpai tentang penglibatan masyarakat Bugis dalam kegiatan perniagaan di
Kota Kinabalu. Oleh yang demikian, kaedah temubual dilakukan terhadap peniaga-peniaga
yang terdiri daripada masyarakat Bugis untuk mendapatkan maklumat tersebut.

You might also like