You are on page 1of 16

PENDEKATAN REGGIO EMILIA: PROVOKASI DAN KERJASAMA

DENGAN PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK DI AMERIKA


SYARIKAT.
Oleh: Zailani Zakaria & Asiah Munajam (2013).

Pendahuluan
Usia awal kanak-kanak merupakan masa emas (golden ages), di
mana 80% perkembangan otak kanak-kanak mencapai
kesempurnaan. Pada masa ini kanak-kanak  harus dirangsang
dengan baik untuk membangunkan kecerdasan pelbagai.
Perkembangan dunia pendidikan mula membuat orang dewasa
sedar akan pentingnya pendidikan kanak-kanak sejak awal dan
pelbagai sekolah juga menggunakan pelbagai model pendekatan
pembelajaran untuk menarik perhatian kanak-kanak. Salah satu
pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah Pendekatan
Reggio Emilia.
          Pendekatan Reggio Emilia bagi pendidikan awal kanak-
kanak telah menarik perhatian pendidik, penyelidik dan sesiapa
saja yang tertarik pada pendidikan awal kanak-kanak dengan
amalan yang terbaik. Bahkan Persatuan Antarabangsa bagi
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (NAEYC) telah menyemak
semula dari amalan yang sesuai dengan tahap perkembangan
(DAP). Garis panduan ini juga disertakan contoh-contoh dari
pendekatan Reggio Emilia. Ketika ini, Pendekatan Reggio
Emilia telah diterima pakai di Amerika Syarikat, Britain, New
Zealand, Australia dan banyak negara lain.
          Pada tahun 1988 muncul dua orang tokoh yang sinonim
dengan pendekatan Reggio Emilia ialah Lella Gandini dan Baji
Rankin. Lella Gandini merupakan seorang penulis dan guru
berbangsa Itali. Beliau melanjutkan pelajaran hingga ke
peringkat Phd. Kemudian beliau telah dilantik sebagai penasihat
kepada pendekatan Reggio Emilia dalam Program Pendidikan
Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat. Lella juga seorang
penulis dan editor kepada  penerbitan dalam Bahasa Inggeris
dan Itali mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Cerita
Rakyat Itali. Baji Rankin pula merupakan seorang Pengarah
Eksekutif NMAEYC, agensi peneraju bagi T.E.A.C.H.  Early
Childhood, New Mexico. Baji mengkaji Pendekatan Reggio
Emilia dan komited membina  program pendidikan awal kanak- 
kanak.
          Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa kanak-kanak
belajar melalui interaksi dengan orang lain, termasuk ibu bapa,
kakitangan dan rakan-rakan di persekitaran pembelajaran yang
aktif. Pendekatan Reggio Emilia melihat anak-anak mempunyai
sikap berdaya saing, kreatif, ingin tahu, imaginasi, intensif dan
mempunyai keinginan untuk berinteraksi dan berkomunikasi
dengan orang lain.

Susur galur perkembangan REA di Amerika Syarikat


Pada tahun 1988, Persidangan Tahunan National Association for
the Education of Young Children (NAEYC) telah diadakan dan
dihadiri seramai 25 peserta khusus untuk membincangkan
pendidikan dan penjagaan awal menurut perspektif Itali. Lella
Gandini & Baji Rankin memberi input berkaitan sebuah bandar
kecil di Utara Itali, Reggio Emilia yang membangunkan
pendekatan tersendiri untuk pendidikan dan penjagaan awal
kanak-kanak (1 tahun – usia prasekolah). Siri pameran bergerak
diadakan di New England, New York dan Massachusetts.
          Kemudian pada tahun 1990, Filippini, seorang pendidik
Itali telah berkongsi idea baru mengajar kanak-kanak dalam
Persidangan NAEYC di Washington DC. Respon daripada
orang ramai agar REA dapat dilihat dan didengar secara lebih
mendalam. Pada hari ini, REA menjadi sumber rujukan dalam
pendidikan dan penjaga awal kanak-kanak kepada Amerika
Syarikat dan negara-negara lain di dunia.

Sejarah Awal Reggio Emilia di Amerika Syarikat


Pada tahun 1987, REA tiba di Amerika Syarikat melalui
pameran bergerak. 1988,Pembentangan REA di Persidangan
Tahunan NAEYC.1990,Pendidik awal kanak-kanak Amerika
Syarikat melawat Regio Emilia dan mempelajari tentang REA
dan pada tahun 1991 Prasekolah RE diiktiraf oleh  Majalah
‘Newsweek’ sebagai ‘The Best  in The World” sehingga
penghujung tahun 90-an REA masih menjadi pendebatan utama
di antara AS guru, pengarah program, pendidik awal kanak-
kanak, penggubal dasar kerajaan, dan ahli-ahli pertubuhan
kebangsaan yang terlibat dengan pendidikan dan penjagaan awal
kanak-kanak.

Sejarah Pendekatan Reggio Emilia


Kaedah atau pendekatan pendidikan Reggio Emilia Approach
(REA), terutama untuk kanak-kanak  berbeza daripada
pendekatan konvensional.  Pendekatan REA ini komited dan
mencipta keadaan pembelajaran yang menggalakkan dan
memudahkan kanak-kanak untuk membina kekuatan berfikir
sendiri melalui penggabungan seluruh bahasa ekspresi,
komunikasi, dan kognitif (Edward & Forman, 1993). REA ini
adalah sebuah sistem yang kompleks, namun sangat menarik
perhatian dunia pendidikan kanak-kanak selama 50 tahun
terakhir ini. Pendekatan Reggio Emilia boleh dipandang sebagai
sumber atau inspirasi untuk membantu pendidik, orang dewasa,
dan kanak-kanak ketika mereka bekerjasama untuk
membangunkan program pendidikan mereka sendiri.
          REA diasaskan oleh Loris Malaguzzi dan penduduk di
kawasan sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia
Kedua. Saat itu, kerana jumlah pekerja lelaki berkurangan akibat
perang, para wanita terpaksa menjadi tenaga kerja di kilang-
kilang dan industri. Ditambah dengan keadaan yang penuh
dengan  kehancuran dan kemusnahan harta benda, penduduk
Reggio Emilia merasa perlu ada pendekatan baru terhadap cara
mengajar anak-anak mereka. Mereka merasa bahawa pada
tahun-tahun awal perkembangan kanak-kanak mereka
membentuk diri mereka sebagai seorang individu. Bermula dari
pemikiran inilah lalu diciptakan sebuah program yang berprinsip
rasa hormat, tanggungjawab dan kebersamaan melalui
penerokaan di dalam persekitaran yang menyokong dan
memperkaya minat kanak-kanak.

Kurikulum  REA
 Visi Reggio Emilia tentang kanak-kanak sebagai pelajar yang
berkebolehan  telah menghasilkan kanak-kanak yang cerdas
mengikut model kurikulum REA ini. Kurikulum yang dibina
adalah berdasarkan kepada kepentingan kanak-kanak. Topik
untuk kajian diambil daripada perbualan kanak-kanak,
masyarakat atau keluarga melalui peristiwa, serta kepentingan
yang diketahui kanak-kanak misalnya takungan air, bayangan,
dinosaur, dan lain-lain lagi.. Pasukan perancangan adalah
komponen penting dalam membuat kurikulum. Guru
bekerjasama untuk merumuskan hipotesis tentang kemungkinan
arah dari suatu projek, bahan-bahan yang diperlukan, dan
mungkin orang dewasa dan sokongan serta penglibatan
masyarakat.
          Kurikulum ini bertujuan untuk kemajuan kanak- kanak
tetapi kurang ruang lingkup dan urutan. Guru mengikuti
kepentingan kanak-kanak dan tidak memberikan arahan fokus
dalam memberikan pengajaran. Pendekatan Reggio Emila
mempunyai keyakinan yang kuat bahawa kanak-kanak belajar
melalui interaksi dengan orang lain, termasuk ibu bapa,
kakitangan dan rakan-rakan di persekitaran belajar yang ramah.
          Kanak-kanak digalakkan untuk menggambarkan
pemahaman mereka melalui salah satu dari bahasa simbolik,
termasuk gambar, patung, bermain drama, dan menulis. Mereka
bekerja bersama-sama menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul. Guru sebagai pemudah cara dan kemudian mengamati
perdebatan mengenai sejauh mana kanak-kanak mampu
menyelesaikan masalah. Semakan gambar (dan idea) dilakukan
jika perlu, dan guru membiarkan kanak-kanak untuk mengulangi
kegiatan dan mengubah setiap hasil kerja dalam tujuan kolektif
pemahaman topik yang lebih baik. Guru terlibat dalam proses
penerokaan dan penilaian, dan memerhatikan semua hasil
perkembangan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah
mengikut pemahaman mereka.
          Teras kurikulum Reggio Emilia adalah perancangan
projek sebagai hasil dari minat kanak-kanak terhadap sesuatu
perkara. Projek ini terhasil dari pengalaman pertama yang
dirancang oleh guru untuk membantu kanak-kanak menjelajah
adat budaya mereka atau persekitaran fizikal sekitar mereka atau
hasil dari kejadian spontan seperti idea kanak-kanak atau soalan
kepada guru. Hampir setiap pengalaman yang membangkitkan
minat kanak-kanak boleh menjadi asas projek. Projek dilakukan
secara mendalam dan terperinci, menggunakan variasi dalam
kaedah penyelidikan dan sebuah gambaran pilihan dan sebuah
bentuk grafik. Untuk melengkapkan proses penyiasatan atau
penyelidikan melalui projek jangka panjang ini adalah kreativiti
kanak-kanak dalam menggunakan bahan untuk menunjukkan
dan menyampaikan pembelajaran mereka, menggunakan bahasa.
          Setiap langkah aktiviti kanak-kanak, guru memerhati,
berbincang dan menafsirkan bersama hasil pemerhatian mereka,
yang seterusnya membuat pilihan yang baru untuk ditawarkan
kepada kanak-kanak. Dengan membincangkan dalam kumpulan
dan memerhati semula pengalaman-pengalaman dan idea-idea
kanak-kanak akan membesar dengan pemahaman mereka.
          (Dengan catatan bahawa banyak perkara terjadi di dalam
kelas selain melakukan projek, sementara projeknya sendiri
memerlukan sebahagian waktu dalam sehari. Waktu lain
dihabiskan dalam aktiviti prasekolah tradisional, misalnya
permainan drama dalam ruang yang sebenar, permainan angka,
waktu membaca, menulis, bermain dengan penuh semangat ,
tanggung jawab di sekolah dan hanya bercakap dengan rakan-
rakan).

Sokongan dan Penglibatan Orang Dewasa


Reggio Emilia menganggap kanak-kanak adalah  penting dalam
masyarakat. Penglibatan masyarakat juga diperlukan sebagai
ahli jawatankuasa sekolah yang memberikan pengaruh ketara
pada polisi kerajaan dan daerah.
          Ibu bapa sebagai 'cermin peranan masyarakat', baik di
peringkat sekolah mahupun peringkat kelas. Ibu bapa
diharapkan menyertai dalam perbincangan tentang polisi
sekolah, perkembangan kanak-kanak, kurikulum perancangan
dan penilaian. Kerana majoriti ibu bapa yang bekerja pada siang
hari, pertemuan diadakan di malam hari sehingga semua dapat
ikut menyertai.
Beberapa Ciri Utama Awal Kanak-Kanak dalam Program
Reggio Emilia:
 1. Peranan persekitaran sebagai guru ketiga
a. Dalam pendekatan Reggio Emilia, para pendidik sangat
prihatin dengan apa yang ada di persekitaran sekolah mereka
dan dalam mengajar kanak-kanak. Oleh kerana itu, perhatian
yang sangat besar diberikan untuk  ruang kelas. Hal ini sering
merujuk pada persekitaran sebagai guru ketiga.
b. Keindahan estetika dalam kelas-kelas dianggap sebagai
bahagian penting sebagai wujud dan menghargai kanak-kanak
serta persekitaran pembelajaran mereka.
c. Suasana kelas yang ceria.
d. Guru mengatur persekitaran yang menggalakkan kanak-kanak
untuk melakukan penerokaan yang panjang dan penyelesaian
masalah, dibuat dalam kelompok kecil, di mana terdapat
kerjasama dan persaingan.
e. Dokumentasi hasil kerja kanak-kanak, tanaman, dan koleksi
yang telah mereka buat dipamerkan dalam kelas.

2. Beberapa Bahasa Simbolik Kanak-kanak


a. Seni digunakan sebagai bahasa simbolik yang akan digunakan
untuk mengekspresikan pemahaman mereka dalam projek yang
telah mereka lakukan.
b. Sesuai dengan teori Howard Gardner mengenai kecerdasan
majmuk, pendekatan Reggio Emilia menggunakan integrasi seni
grafik sebagai alat untuk mengembangkan kecerdasan linguistik,
sosial, dan kognitif.
c. Persembahan konsep dan hipotesis dalam beberapa bentuk
seperti cetak, seni, pembinaan, drama, muzik, dilihat sebagai hal
yang penting untuk pemahaman anak-anak.
3. Dokumentasi bersistematik dan kolektif
a. Mendokumentasikan dan memaparkan hasil kerja kanak-
kanak, di mana kanak-kanak mengekspresikan, membangun,
dan membina perasaan serta idea-idea dan pemahaman mereka
b. Serupa dengan pendekatan portfolio, dokumentasi hasil kerja
kanak-kanak dalam proses perkembangan dipandang sebagai
alat penting dalam proses pembelajaran untuk kanak-kanak,
guru, dan ibu bapa.
c. Gambar kanak-kanak terlibat dalam pengalaman, kata-kata
mereka apabila mereka  membincangkan apa yang mereka
lakukan, perasaan, pemikiran, tafsiran pengalaman kanak-kanak
melalui media visual dipaparkan sebagai persembahan grafik
dinamik pembelajaran.
d. Guru bertindak sebagai perakam  untuk kanak-kanak,
membantu mereka melayari dan meninjau kembali kata-kata dan
tindakan dengan  menunjukkan apa yang telah mereka pelajari.

4. Projek jangka panjang


a. Menyokong dan memperkayakan anak-anak melalui projek
jangka pendek (satu minggu) dan jangka panjang (sepanjang
tahun sekolah), di mana dalam mengerjakan projek ini kanak-
kanak akan memberi respons, dirakam, bermain, meneroka,
membina dan menguji hipotesis, dan menyatakan  apa yang
terjadi.
b. Projek yang berpusat pada kanak-kanak, mengikut minat
mereka, akan menambah wawasan baru.
c. Selama projek berlangsung, guru membantu kanak-kanak
membuat keputusan tentang arah kajian, cara-cara kumpulan
akan melakukan penyelidikan terhadap topik, media perwakilan
yang akan menunjukkan dan memaparkan topik.
5. Guru sebagai penyelidik
a. Peranan guru dalam pendekatan Reggio Emilia sangat
kompleks. Bekerja sebagai wakil guru, peranan yang pertama
dan utama adalah belajar bersama kanak-kanak. Guru adalah
penyelidik, sumber daya dan panduan apabila guru
meminjamkan kemahiran mereka kepada kanak-kanak.
b. Peranan guru menjadi pendidik yang mendengar, melihat, dan
mendokumentasikan pekerjaan dan pertumbuhan kanak-kanak
di dalam kelas dan merangsang pemikiran anak-anak.
c. Guru mempunyai komitmen untuk menggambarkan
bagaimana akan mengajar.
d. Di kelas, guru bekerja berpasangan dan kerjasama, berkongsi
maklumat dan memerhati bersama pembantu.

6. Hubungan Rumah dengan Sekolah


a. Kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat yang interaktif 
serta bekerja sama.
b. Komunikasi dan interaksi dapat memperdalam penyelidikan
kanakk-anak dan membina teori tentang dunia di sekitar mereka
c. Program dalam pendekatan Reggio Emilia adalah berpusat
pada keluarga. Visi dari pendidikan didasarkan pada hubungan
yang memberi tumpuan pada setiap kanak-kanak dalam
kaitannya dengan orang lain dan berusaha untuk menghidupkan
dan menyokong hubungan timbal balik kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain, keluarga, guru, masyarakat, dan alam
sekitar.

Prinsip Pembelajaran
Pendidikan berdasarkan pada komunikasi dalam hubungan guru
-kanak-kanak, ibu bapa – kanak-kanak, guru -  ibu bapa. Hal ini
mewujudkan persekitaran belajar yang sangat kaya bagi semua
pihak yang terlibat. Dalam pendekatan Reggio Emilia, guru
adalah seorang penyelidik dan sekolah dipandang sebagai
tempat kajian  dan berkongsi pembinaan nilai dan makna.

Pendekatan Reggio Emilia banyak diterima sebagai program


pra-sekolah.

A. Prinsip-prinsip Reggio Emilia yang


berpusat pada kanak-kanak.
1. Kanak-kanak harus mempunyai kawalan atas pembelajaran
mereka.
2. Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman
menyentuh, bergerak, mendengar dan                melihat.
3. Kanak-kanak mempunyai hubungan yang rapat dengan
kanak-kanak lain
4. Kanak-kanak harus mempunyai peluang untuk
mengekspresikan diri.

B. Pendekatan Reggio Emilia memerhatikan perkembangan


kanak-kanak dan hubungannya dengan persekitaran
mereka.
Ia dibahagikan kepada tiga iaitu:
a. Peranan persekitaran fizikal
Tujuan utama dalam perancangan ruang baru dan
pengubahsuaian yang lama merangkumi integrasi dari  kelas
masing-masing dengan  sekolah, dan sekolah dengan
masyarakat. Pentingnya persekitaran hidup terletak pada
keyakinan bahawa anak-anak boleh mewujudkan makna terbaik
dan memahami dunia mereka melalui persekitaran yang
menyokong; kompleks, pelbagai, berterusan, dan mengubah
hubungan antara manusia, dunia pengalaman, idea-idea dan
banyak cara untuk mengungkapkan idea. Ruang atau tempat
yang digunakan dan segala sesuatu harus boleh menarik dan
mengundang minat kanak-kanak namun tetap mengandungi
unsur pendidikan. Kanak-kanak dan ibu bapa juga bekerja sama
untuk mengumpulkan dan menguruskan bahan-bahan permainan
di sekitar persekitaran yang akan digunakan.
b. Peranan alam sekitar sebagai guru
Dalam REA, para pendidik sangat memperhatikan persekitaran
sekolah kerana persekitaran sekolah ini juga berperanan sebagai
mendidik para pelajar. Penampilan dan keadaan kelas pun
akhirnya menjadi keutamaan tersendiri pula. Bahkan,
persekitaran sekolah sering disebut sebagai guru ketiga.
Keindahan dan keceriaan persekitaran di dalam sekolah
dianggap sebagai bahagian penting dari rasa hormat kepada
pelajar dan persekitaran pembelajaran mereka.
          Suasana di dalam kelas ceria dan penuh dengan
kegembiraan. Guru mengatur agar persekitaran belajar
menggalak dan mencabar pelajar dalam eksplorasi dan
penyelesaian masalah, biasanya dalam kelompok-kelompok
kecil di mana kerjasama dan perbezaan pendapat bercampur
namun tetap menyenangkan.
          Hasil kerja kanak-kanak, atau tanaman yang mereka
tanaman, atau koleksi barangan yang dikumpulkan kanak-kanak
dari alam dipaparkan di kelas dan persekitaran sekolah agar
boleh dilihat oleh pelajar, guru dan ibu bapa. Terdapat kawasan
bersama atau serba guna di sekolah yang boleh digunakan oleh
kanak-kanak untuk pelbagai aktiviti seperti pementasan drama
atau hanya berkumpul dengan kanak-kanak dari kelas lain untuk
belajar bersama.
C. Ibu bapa merupakan komponen penting dalam pendekatan
ini.
Ibu bapa dipandang sebagai rakan kongsi, penyumbang untuk
anak-anak mereka. Guru menghormati setiap ibu bapa sebagai
guru pertama dan melibatkan mereka dalam setiap aspek
kurikulum. Hal ini dapat dilihat melalui penyertaan ibu bapa di
dalam kelas. Program Reggio Emilia menggabungkan prinsip-
prinsip dalam mengasuh kanak-kanak dan kehidupan rumah.

Peranan Guru dalam Pendekatan Reggio


Emilia:
a) Membina pengetahuan dan pemahaman kanak-kanak.
b) Menggalakkan agar kanak-kanak mengeluarkan idea-idea,
cara menyelesaikan masalah dan konflik.
c) Guru digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak belajar
dengan aktiviti perancangan dan pelajaran berdasarkan
kepentingan kanak-kanak, mengajukan soalan untuk lebih
memahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama
kanak-kanak, bukannya duduk diam dan mengamati kanak-
kanak belajar.
d) Menetapkan kelas dan benda-benda yang ada di kelas agar
menjadi tempat yang menyenangkan.
e) Menetapkan jenis barang-barang di kelas agar dapat
membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai benda-
benda yang akan digunakan.
f) mendokumentasikan perkembangan kanak-kanak melalui
visual, videotape, tape recorder, dan portfolio.
g) Apabila melakukan projek dengan kanak-kanak, guru juga
dapat memperluaskan kanak-kanak belajar dengan
mengumpulkan data seperti gambar, nota, video, dan perbualan
yang boleh dimainkan semula di waktu lain.
h) Membantu kanak-kanak melihat hubungan yang ada antara
pembelajaran dan pengalaman yang di dapatnya.
i) Guru perlu tetap aktif, sentiasa bersama dalam kegiatan
kanak-kanak untuk membantu memastikan bahawa kanak-kanak
memahami dengan jelas apa yang sedang;diajar.
j) Membantu kanak-kanak mengekspresikan pengetahuan yang
mereka dapatkan atau miliki melalui bentuk-bentuk
persembahan.
k) Membentuk hubungan yang baik dengan guru-guru lain dan
para ibu bapa.

Objektif Pembelajaran Dalam Pendekatan


Reggio Emilia:
a) Menghubungkan kekuatan idea-idea dan hak-hak kanak-
kanak, potensi, dan sumber-sumber yang seringkali terabai.
b) Memperkenalkan kajian, penyelidikan, eksperimen dalam
pembelajaran dengan konteks pembelajaran yang aktif,
konstruktif dan kreatif.
c) Meningkatkan profesionalisme guru, menyokong suatu
kesedaran yang tinggi terhadap nilai-nilai kerjasama dan
kebermaknaan hubungan antara kanak-kanak dan keluarganya.
d) Menjadikan topik utama dari nilai-nilai penyelidikan,
pemerhatian, interpretasi dan dokumentasi dari pengetahuan
yang dibina dari proses berfikir kanak-kanak.
e) mengatur kunjungan terbimbing ke dalam program
pendidikan, pameran budaya, seminar, dan kursus-kursus dalam
issue pendidikan dan budaya awal kanak-kanak
Struktur Program
Tidak semua kanak-kanak diharapkan dapat melakukan perkara
yang sama dan perbuatan  merekalah yang dinilai. Mereka
melakukan aktiviti dalam kumpulan-kumpulan kecil, sendiri, di
dalam atau di luar, atau di tengah bilik atau di serambi.
          Di persekitaran prasekolah, kanak-kanak dibahagi dalam
kelas-kelas. Satu kelas terdiri daripada 25 kanak-kanak dengan 2
guru pendamping. Kumpulan ini terdiri dari kanak-kanak, guru-
guru, dan keluarganya yang terlibat bersama untuk 3 tahun masa
sekolah. Kenaikan tingkat kelas setiap tahun sesuai dengan
keperluan kanak-kanak yang semakin bertambah dan berdasar
pada minat kanak-kanak.
          Ketika pelaksanaan projek berkembang, guru-guru
berhati-hati dalam membuat kelompok-kelompok kecil,
biasanya tidak lebih dari 5 orang. Mereka percaya bahawa
melakukan aktiviti  dalam kumpulan kecil membolehkan kanak-
kanak untuk memahami rentak dan gaya berkomunikasi. Konflik
yang berlaku tanpa kawan sebaya-perlawanan,  pembinaan
semula idea-idea dan hipotesis-hipotesis-terlihat tidak hanya
sebagai kegiatan belajar sosialisasi tapi sebagai sebahagian dari
proses kognitif.

Keceriaan Kelas:
Banyak perhatian diberikan untuk paparan dan keadaan kelas
dalam pendekatan Reggio Emilia. Tujuannya adalah untuk
mencipta suasana yang menyenangkan, di mana kanak-kanak,
keluarga dan guru merasa difahami dan santai. Persekitaran
dipandang sebagai unsur penting daripada pendidikan dan
merupakan cermin dari budaya sekolah dari masa ke masa.
Fokus pada persekitaran mewakili atau merupakan cermin
kepada  nilai-nilai estetika, organisasi, perhatian, komunikasi
dan interaksi.

Atelier (Makmal)
Salah satu inovasi utama dari pendekatan Reggio Emilia adalah
Atelier, sebuah studio dan makmal sekolah. Atelier adalah
tempat untuk bereksperimen dengan bahasa visual tertentu atau
pun gabungan, dengan atau tanpa kombinasi dengan bahasa
verbal. Ada mini-ateliers di sebelah setiap kelas, yang digunakan
untuk projek-projek sambungan. Ateliers ini dilengkapi dengan
tanah liat, kawat, cat, pena, kertas, manik-manik, kerang dan
pelbagai bahan kitar semula  yang digunakan oleh kanak-kanak
dalam jangka pendek mahupun projek-projek jangka panjang
dengan tujuan untuk mengekspresikan seratus bahasa kanak-
kanak.
          Tujuan keceriaan kelas Reggio Emilia adalah proses
belajar dilakukan dalam suasana bermain yang menyenangkan,
tanpa tekanan dan paksaan, dan anak-anak berada dalam
lingkungan eksplorasi yang sangat kaya. Mereka menjadi
seniman, ahli sejarah, penyelidik, dan lain-lain, kegiatan yang
membuktikan bahawa sebenarnya - apabila diberi kesempatan
kanak-kanak akan menunjukkan kepintaran mereka.

Kesimpulan
Teras kurikulum Reggio Emilia adalah perancangan projek
sebagai hasil dari minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.
Projek ini terhasil dari pengalaman pertama yang dirancang oleh
guru untuk membantu kanak-kanak menjelajah adat budaya
mereka atau persekitaran fizikal sekitar mereka atau hasil dari
kejadian spontan seperti idea kanak-kanak atau soalan kepada
guru. Prinsip pembelajaran Reggio Emilio terdiri dari 3 asas
utama iaitu pendidikan yang berpusat pada anak dan
memperhatikan perkembangan kanak-kanak serta hubungannya
dengan persekitaran mereka yang dibahagikan kepada dua iaitu
peranan persekitaran fizikal dan peranan persekitaran sebagai
guru.
          Selain itu, ibu bapa juga merupakan komponen penting
dalam pendekatan Reggio Emilia di mana dalam penyusunan
kelas yang berasaskan Reggio Emilia, proses belajar dilakukan
dalam suasana bermain yang menyenangkan, tanpa tekanan dan
paksaan, dan kanak-kanak berada dalam lingkungan eksplorasi
yang sangat banyak. Mereka menjadi seniman, ahli sejarah,
penyelidik, dan lain-lain aktiviti yang membuktikan bahawa
sebenarnya - apabila diberi kesempatan kepada kanak-kanak,
mereka akan menunjukkan kepintaran mereka.

Sumber Rujukan: 

Roopnarine, J.L. & Johnson, J.E. 2005. Approaches to


Early Chilhood Education. 4th edition. Ohio: Prentice Hall. 

You might also like