You are on page 1of 6

Kod Kertas IKBN.A1.11.03.

2(T) Page 1 of 6

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP A1

DUTI 11. PAPAN SUIS

TASK 11.03 KOMPONEN-KOMPONEN

SUB TASK 11.03.2 GEGANTI PERLINDUNGAN

MENGENALI SEMUA KOMPONEN -KOMPONEN PAPAN


OBJEKTIF SUIS
PENCAPAIAN PIAWAI DAN MEMAHAMI FUNGSI SETIAP SATUNYA SUPAYA MUDAH
DIKENDALIKAN.

TAJUK GEGANTI PERLINDUNGAN

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :


TUJUAN
Pengenalan tentang ciri-ciri geganti perlindungan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.2(T) Page 2 of 6

GEGANTI PERLINDUNGAN.

Pengenalan

Sistem perlindungan merupakan sistem yang dipasang secara integrasi di dalam sistem
elektrik bagi mengesan kerosakan atau mengesan kuantiti elektrik pada tahap yang tertentu agar
selamat dogunakan. Terdapat pelbagai sistem perlindungan di dalam sistem elektrik daripada
sistem penjanaan hinggalah kepada sistem pengagihan.Terdapat pelbagai sistem perlindungan
yang berkonsepkan kepada kualiti elektrik kepada pengguna diperkenalkan yang perlu dilaraskan
dengan menggunakan komputer disamping sistem penunjuk dan pengawalan seperti scada
digunakan.

Bagi sistem perlindungan pengagihan terdapat 2 sistem perlindungan utama digunakan

iaitu :-

I. Sistem perlindungan beban lampau.


II. Sistem perlindungan rosak bumi.

Sistem Perlindungan Beban Lampau.

Sistem perlindungan beban lampau lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan


perlindungan bagi mengelakkan arus yang optima masuk ke beban. Peralatan yang dimaksudkan
di sini ialah seperti fius, pemutus litar, geganti dan sebagainya.Penetuan kadaran peralatan yang
berkesan perlu dilakukan bagi mendapat kefungsian yang efektif peralatan berkenaan.

Sistem Perlindungan Rosak Bumi.

Sistem Perlindungan Rosak Bumi lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan


perlindungan berkenaan bagi mengelakkan arus bocor kepada pengadang berlogam yang akan
menyebabkan pengguna mengalami renjatan elektrik apabila tersentuh dengan pengadang
berkenaan. Peralatan yang dimaksudkan ialah Pemutus Litar Bocor bumi (PLBB). Pemutus litar
Arus Baki (RCD), Geganti Bocor Bumi (ELR), Geganti Rosak Bumi (EFR) dan sebagainya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.2(T) Page 3 of 6

Kefungsian geganti Perlindungan.

 Ia akan menghasilkan bunyi kepada penggera atau menutup litar bekalan secara automatik
apabila terdapat kuantiti elektrik yang tidak normal berlaku di dalam litar berkenaan. Ini
termasuklah beban lampau, voltan rendah, peningkatan suhu, ketidakseimbanagn , kuasa
balikan, bawah frekuensi, litar pintas dan sebagainya.
 Peringkatan fungsi geganti hanya tertumpu pada bahagian yang dilindungi sahaja bergantung
kepada saiz kuantiti elektrik yang perlu dilindungi.Apabila berlaku keadaan tidak normal pada
sesuatu zon,litar atau kawasan hanya bahagian berkenaan sahaja yang dilindungi bagi
menghalang kerosakan yang lebih besar lagi berlaku.Ini akan mengelakkan bencana dan kos
yang lebih besar.
 Kerja-kerja senggaraan dan pembaikan menjadi lebih mudah dan berkesan pada sistem
berkenaan.

 Pemisahan (trip) yang dilakukan oleh geganti hanya melibatkan bahagian yang mengalami
kerosakan tanpa mempengaruhi operasi bahagian normal yang lain.

 Apabila pemisahan bahagian yang rosak dilakukan secara cepat dan berkesan, ia dapat
memperbaiki kepada kestabilan sistem yang ada.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.2(T) Page 4 of 6

Terma-terma Geganti Perlindungan.

1. Deskriminasi
Merupakan rekabentuk perlindungan yang berhubung kait dengan geganti dan perkakasan
yang bergabung di dalam sistem bagi memastikan ketidaknormalan kuantiti elektrik di dalam
sistem. Tahap diskriminasi di dalam sesuatu sistem perlindungan adalah berbeza-beza
bergantung kepada kecil atau besar saiz yang hendak dilindungi dan perkara yang hendk
dilindungi pada sistem berkenaan.Ia berhubung rapat dengan arus kerosakan (I fault) dan
masa pemisahan bekalan ke beban yang mengalami kerosakan.

Masa pemisahan kerosakan = Masa geganti beroperasi + Masa penutupan litar oleh
pemutus litar.

2. Kepekaan.
Kepekaan geganti perlindungan merujuk kepada nilai kuantiti pergerakkan yang kecil di mana
operasi perlindungan bermula. Ia berhubungkait dengan nilai minima arus rosak pada bahagian
yang dilindungi. Pemilihan kepekaan peralatan perlindungan banyak berhubungkait dengan
diskriminasi dan tujuannya. Formula faktor kepekaan secara amnya seperti di bawah :

Ks = Is/Io

Di mana : Ks – Faktor kepekaan


Is – Arus litar pintas di dalam zon perlindungan minima.
Io – Arus operasi perlindungan minima.

Pemilihan kepekaan pula dibuat melalui pertimbangan berikut :-


 Perlindungan tidak boleh beroperasi pada beban penuh.
 Nilai operasi primer diperlukan dan perlindungan tunggu sedia (back up) yang
berhubungkait dengan kadar diskriminasi.

3. Kestabilan

Kestabilan merupakan kualiti di dalam sistem perlindungan dengan ciri-ciri yang diperlukan .
Sistem perlindungan senantiasa di dalam operasi dan stabil di dalam keadaan tertentu seperti
gangguan di dalam sistem, kerosakan, fana dan sebagainya. Bagi mendapat kekesanan
kestabilan, pegubahan yang tertentu perlu dilakukan di dalam rekabentuk geganti dan skim
geganti berkenaan.

Sebagai contoh :
Bised differential protection relay bagi perlindungan alatubah kuasa adalah lebih stabil
sekiranya dibandingkan dengan plain differential protection relay.

4. Keupayaan .

Keupayaan bermaksud kesanggupan atau kebolehan peralatan untuk melakukan kerja


mengikut kepada kefungsiannya. Ini bermaksud geganti perlindungan tersebut tidak boleh
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.2(T) Page 5 of 6

gagal untuk beroperasi akibat daripada kegagalan zon perlindungannya. Komponen-komponen


perlindungannya tidak sepatutnya rosak atau sistem perlindungan tersebut tidak sepatutnya
beroperasi pada keadaan yang tidak diperlukan.
Keupayaan sistem perlindungan dikenalpasti melalui data statistik dan penganalisaan data
semasa kerja-kerja senggaraan dan pembaikan dijalankan.

Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi keupayaan geganti perlindungan ialah :

 Mutu kualiti komponen yang digunakan oleh pembuat


 Pemilihan dan rekaan sistem perlindungan yang dilakukan.
 Kualiti kerja-kerja senggaraan yang dijalankan terhadap sistem berkenaan.
 Tegasan yang ujud samada daripada dalam dan luaran pada sistem berkenaan.

Oleh yang demikian keupayaan sistem perlindungan berhubungkait dengan setiap keupayaan
komponen di dalamnya seperti pemutus litar, geganti, alatubah arus dan voltan, kabel pendua, liat
pemutus, sistem bateri dan sebagainya.

5. Kesesuaian.

Disebabkan terdapat pelbagai ketidaknormalan dan penghasilan perlindungan ini dapat


mengatasi setiap keadaan yang tidak normal tersebut, kesesuaian sesuatu alat perlindungan
tersebut dengan alat perlindungan lain adalah terbatas. Kesesuaian alat perlindungan diukur
mengikut kepada pelbagai aspek iaitu :-
I. Kadar perlindungan yang perlu dilindung.
II. Keadaan dan tempat yang perlu dilindung.
III. Kemungkinan keadaan yang tidak normal akibat daripada kesan dalaman atau luaran.
IV. Kos peralatan yang terlibat
V. Keberterusan bekalan dan kekesanannya akibat kerosakan pada peralatan.

Kesesuaian sistem perlindungan perlu dipastikan semasa perancangan skim perlindungan dibuat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.2(T) Page 6 of 6

Jenis – jenis geganti.

Terdapat 2 jenis geganti secara umumnya digunakan di dalam pepasangan elektrik iaitu :-

I. Geganti elektromegnetik
II. Geganti statik.

Geganti Elektromagnetik.

Geganti elektromagnetik merupakan geganti yang telah lama digunakan. Ia sering digunakan
pada pepasangan yang kecil kerana harganya agak murah jika dibandingkan dengan geganti
statik.Ia mempunyai satu atau lebih gelung, elemen penggerak, sistem sesentuh dan sebagainya.
Operasi sesuatu geganti bergantung kepada keupayaan daya kilas untuk beroperasi seperti
formula di bawah:

E = Fo – Fr

Dimana : E - daya bersih operasi

Fo – Daya operasi

Fr – Daya mengekang (restraining force)

Di dalam geganti elektromagnetik, konsep elektromekanikal perlu dipertimbangkan di dalam


proses daya kilas operasi yang dihasilkan oleh daya tarikan elektromagnetik, aruhan magnetik dan
kesan suhu yang dihasilkan oleh arus elektrik. Daya mengekang kebiasaannya dihasilkan oleh
tegasan pegas (spring) yang terdapat pada ceper elektromagnetik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)

You might also like