You are on page 1of 7

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERUNDANGAN DI MALAYSIA

1.1 PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG


1.1.1 Definisi undang-undang
 Undang-undang ialah suatu peraturan terhadap sesuatu perbuatan untuk
mencapai keadilan . Contoh , perbuatan mencuri adalah satu kesalahan
jenayah menurut undang-undang secular dan undang-undang Islam
 Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana
hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar
pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk
memastikan satu keputusan yang adil.
 Undang-undang adalah satu badan peraturan
 Undang-undang sebagai panduan tingkah laku manusia.Ia merangkumi etika
moral, peraturan yang menerangkan kesalahan seperti larangan merokok
 Undang-undang mestilah dikuatkuasakan dan penguatkuasaan akan dijalankan
oleh sesebuah negeri atau badan perundangan seperti Polis Diraja Malaysia
 Kandungan undang-undang mestilah sesuai dengan keadaan semasa .
 Undang –undang yang dikuat kuasa mestilah adil dan saksama

Definisi berdasarkan ahli falsafah undang-undang

 Sir John Salmond – Undang-undang ialah sesuatu peraturan mengenai


tingkahlaku manusia yang dikenakan dan dikuatkuasakan terhadap setiap ahli
di dalam sesebuah Negara yang digubal oleh badan perundangan dan
dikuatkuasakan oleh badan kehakiman
 Kelsen – undang-undang merupakan hubungan satu peraturan dengan
peraturan yang lain sehinggalah ia menjadi kumpulan undang-undang
tertinggi
 Austin – Undang-undang ialah satu perintah daripada sesorang yang berkuasa
kepada seorang yang lemah. Perintah ini di kuatkuasa kan oleh sanksi
merangkumi hukuman penjara , denda ,pembayaran gantirugi , injunksi dan
dikri pelaksanaan spesifik.
1.1.2 Undang-undang, Keadilan dan Etika
Undang-undang
Merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan
perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak
seseorang serta mewujudkan keharmonian social
Keadilan
Keadilan ialah memberikan hak kepada mereka yang berhak sama ada individu atau
kumpulan manusia sebagai contoh hak untuk mendapatkan pendidikan, hak untuk
memiliki sesuatu , hak untuk mengeluarkan pendapat dan sebagainya
Keadilan merujuk kepada suatu keadaan, tuntutan dan keutamaan
 Keadaan – Menyatakan bahawa semua pihak memperoleh apa yang menjadi
hak mereka .Misalnya di sesebuah Negara semua orang diperlakukan secara
adil tanpa mengira agama atau bangsa
 Tuntutan – menuntut agar keadaan adil itu diciptakan dengan mengambil
tindakan yang diperlukan ataupun dengan menjauhkan diri dari tindakan yang
tidak adil
 Keutamaan – Adalah sikap dan tekad untuk melakukan apa yang adil
Etika
Adalah  suatu norma atau aturan yang dipakai sebagai pedoman dalam

berperilaku di masyarakat bagi seseorang terkait dengan sifat baik dan buruk.

Etika juga adalah suatu ilmu tentang kesusilaan dan perilaku manusia di dalam

pergaulannya dengan sesama yang menyangkut prinsip dan aturan tentang

tingkah laku yang benar. Dengan kata lain, etika adalah kewaijban dan

tanggungjawab moral setiap orang dalam berperilaku di masyarakat.

Secara etimologis, kata etika berasal dari bahasa Yunani kuno,

yaitu “Ethikos” yang artinya timbul dari suatu kebiasaan. Dalam hal ini

etika memiliki sudut pandang normatif dimana objeknya adalah manusia

dan perbuatannya.

1.2 UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


 Perlembagaan Persekutuan (PP) merupakan perlembagaan bertulis di
Malaysia. PP telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1957.
 PP digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh:
1. Lord Reid,
2. Sir Ivor Jenning (Britain)
3. Sir William Mckell (Australia)
4. B. Malik (India) 
5. Hakim A. Hamid (Pakistan) 
 PP digubal berdasarkan 131 memorandum
 PP merupakan sumber segala perundangan yang telah dikanunkan tetapi boleh
dipinda. PP dipinda oleh parlimen dari semasa ke semasa supaya relevan dan
sesuai dengan keperluan semasa.
 PP mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan
yang teratur.
 PP memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan
sebelum hari Merdeka dan undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak
sebelum Hari Malaysia.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan 

 PP merupakan undang-undang tertinggi Malaysia


 Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif
mendapat kuasa daripada PP.
 Yang di-Pertuan Agong juga menjalankan kuasanya mengikut PP.
 Undang-undang berlawanan dengan PP hendaklah terbatal setakat mana
undang-undang itu berawanan dengan PP.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

PP terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara.


Bahagia Butir-butir Perkara
n
1 Negeri-negeri, agama, dan undang-undang Persekutuan 1-4
2 Kebebasan asasi 5-13
3 Kewarganegaraan 14-31
4 Persekutuan 32-69
5 Negeri-negeri 70-72
6 Perhubungan antara persekutuan dengan Negeri-negeri 73-95E
7 Peruntukan-peruntukan kewangan 96-112E
8 Pilihan raya 113-120
9 Kehakiman 121-131A
10 Perkhidmatan awam 142-148
11 Kuasa-kuasa Khas menentang kuasa subvertif dan kuasa- 149-151
kuasa darurat
12 Am dan pelbagai 152-160
12A Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak 161-161H
13 Peruntukan sementara dan peralihan 162-180
14 Pengecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya 181
15 Prosiding terhadap yang di-Pertuan agong dan Raja-raja 182-183

Ciri-ciri Kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan


 Malaysia mengamalkan sisten kerajaan Persekutuan (Kerajaaan Persekutuan +
Kerajaan Negeri)
 Malaysia mempunyai raja berperlembagaan
 Mengamalkan demokrasi berparlimen dan parlimen bercorak Westminster
 Mempunyai parlimen dwidewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara
 Mengutamakan ketertinggian perlembagaan

Kebebasan Asasi Warganegara Malaysia

1. Kebebasan diri
 Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atu dilucutkan kebebasan
dirinyabkecuali menurut undang-undang.
 Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 2 jam
kecuali selepas dibawa kehadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah
tahanan.
 Seseorang warganegra yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu
dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah dibenarkan berunding dengan
peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguam itu
 Jika ditahan oleh pihak polis tidak mengikut habeas corpus daripada mahkamah
untuk melepaskan dirinya.

2. Pengabdian dan kerja paksa 

 Tiada warganegara yang boleh ditahan sebagai abdi 


 Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boelh dengan undang-undang,
membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara. 

3. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa 


kebelakangan dan perbicaraan berulang 

 Tiada warganegara boelh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketingaglan yang
tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undangvpada maas perbuatan atau ketinggalan
itu dilakukan
 Warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan
dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu. 

4. Sama rata 

 Semua warganegara adalah sama rata di sisi udang-undang dan berhak untuk
mendapatkan perlindungan yang sama rata. 
 Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum,
keturunan, atau tempat lahir. 

5.Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

 Tiada warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki


Persekutuan. 
 Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan kebebasan di seluruh
Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. 

6.Kebebasan bercakap berhimpun dan menubuhkan persatuan

 Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkn fikirannya


 Setiap warganegra bebas untuk berhimpun dengan aman
 Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan

7.Kebebasan agama 

 Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya

8. Hak-hak berkenaan dengan pendidikan 

 Tidak boleh ada diskriminasi terhadap amna-mana warganegara berdasarkana


gama, kaum, keturunan, atau tempat lahir. 
 Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan
institusi untuk pendidikan kanank-kanak dalam kumpulan itu sendiri. 

9. Hak terhadap harta 

 Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-


undang 
 Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau
menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi
1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

1.3.1 Undang-undang Awam

 Undang-undang awam ialah undang-undang yang menghubungkan antara individu


dan Negara
 Undang-undang perlembagaan – Menyediakan hak individu dalam sebuah
Negara.Membincangkan persoalan keluhuran perlembagaan dan bidang kuasa tiga
jentera pentadbiran Negara iaitu eksekutif,legislative dan kehakiman.
 Undang-undang jenayah – Mengkodifikasikan beberapa kesalahan yang dilakukan
oleh individu terhadap negaranya.Matlamat utamanya ialah menghukum pesalah dan
mengurangkan jenayah.Kesalahan jenayah adalah kesalahan terhadap Negara di mana
hukumannya disediakan oleh Negara dan tindakan diambil oleh Pegawai
Pendakwaraya.

1.3.2 Undang-undang persendirian

 Undang-undang persendirian berurusan dengan perhubungan antara individu-


individu.Tindakan diambil atas permintaan individu berkenaan.
 Tujuan undang-undang ini ialah untuk memberikan ganti rugi kepada pihak-pihak
yang tercedera, membolehkan harta diambil alih semula dan menguatkuasakan
tanggungjawab kontrak dan amanah.
 Pihak yang memulakan sesuatu dirujuk sebagai pihak yang menuntut atau plaintif
 Pihak yang didakwa adalah pihak kena tuntut atau defendan
 Undang-undang kontrak- ialah satu perjanjian mengikat pihak-pihak yang terlibat
secara undang-undang yang boleh dikuatkuasakan apabila memenuhi elemen seperti
tawaran, penerimaan tawaran, balasan , niat untuk mewujudkan hubungan kontrak di
sisi undang-undang kerelaan , keupayaan dan tidak ada unsur paksaan , salah nyataan
atau dipengaruhi
 Undang-undang tort – Berkenaan dengan prinsip tanggungjawab sivil dimana
sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu akan menyebabkan kerugian atau
kecederaan kepada orang lain
 Undang-undang amanah – berkaitan dengan tanggungjawab ekuiti yang mengikat
pemegang amanah terhadap sesuatu harta yang telah diamanahkan kepadanya untuk
kebaikan penerima amanah

1.3.3 Undang-undang Antarabangsa

 Ialah undang-undang yang mengawal dan menghubungkan antara Negara.


 Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang antarabangsa persendirian dan undang-
undang antarabangsa awam.
 Undang-undang antarabangsa persendirian- juga dikenali konflik undang-undang
adalah berkenaan pemakaian beberapa undang-undang kebangsaan kepada fakta kes
yang berkenaan
 Undang-undang antarabangsa awam – membincangkan tentang urusan antara
Negara -negara
 Antara undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah mengenai
penggunaan laluan antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa lepas dan hak asasi
manusia. Mahkamah keadilan antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar
kes-kes mengenai hak-hak asasi manusia.

You might also like