You are on page 1of 15

Bab 1

ASAS KEUSAHAWANAN
Pengenalan
Keusahawanan di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru diperkenalkan atau pun suatu bidang
baru yang diterokai. Aspek pembangunan keusahawanan di Malaysia telah lama mendapat perhatian
daripada pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan. Buktinya, dalam Dasar Ekonomi Baharu yang
diperkenalkan oleh Datuk Abdul Razak pada tahun 1971, pembangunan keusahawanan Bumiputera
telah menjadi satu agenda yang penting dalam memastikan penyertaan aktif Bumiputera dalam
membangunkan ekonomi negara. Dasar keusahawanan ini seterusnya ditambah baik semasa
perlaksanaan Wawasan 2020 dan dasar-dasar yang terkemudian.

Tidak hanya terhad kepada golongan dewasa sahaja, dasar pembangunan keusahawanan telah
diperkenalkan di Institut Pengajian Tinggi bertujuan untuk menggalakkkan dan memantapakan
pembangunan keusahawanan yang lebih sistematik dan holistik. Usaha ini dijalankan bagi melahirkan
modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawan disamping
melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi
ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian
status negara maju menjelang 2020.

1.1 TEORI DAN KONSEP ASAS KEUSAHAWANAN


1.1.1 Definisi Keusahawanan, Usahawan dan Peniaga
Keusahawanan
Terdapat pelbagai definisi yang merujuk kepada keusahawanan. Salah satunya adalah keusahawanan
merupakan suatu proses merebut peluang perniagaan dalam persekitaran yang penuh risiko. Selain
itu, keusahawanan juga dapat ditakrifkan sebagai proses menghasilkan sesuatu produk baru yang
bernilai dengan menumpukan masa dan usaha seseorang dengan mengambil kira sumber kewangan
sedia ada, risiko dan seterusnya mampu mendatangkan ganjaran dalam bentuk wang dan ganjaran
dalam memenuhi kepuasan serta kebebasan individu tersebut.

Keusahawanan bukan sahaja melibatkan proses yang menjurus kepada penubuhan sesebuah entiti
perniagaan malahan merangkumi pembangunan dan kemajuan terhadap badan entiti tersebut. Topik-
topik dalam keusahawanan turut memberi perhatian kepada tingkah laku dalam keusahawanan,
penubuhan bisnes yang dinamik dan lain-lain lagi. Hal ini selari dengan definisi keusahawanan oleh
Kuratko dan Hodgetts (1995) yang mendefinisikan keusahawanan melibatkan penciptaan usaha niaga
baharu melalui empat dimensi utama yang melibatkan individu, organisasi, persekitaran dan proses
serta dibantu oleh suatu rangkaian kerjasama yang komprehensif yang terdiri daripada pihak kerajaan,
institusi pendidikan dan institusi-institusi lain yang berkaitan.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
Keusahawanan juga merujuk kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang usahawan dalam menjana
idea-idea baharu untuk sesuatu perniagaan. Jeffrey A. Thomas menyatakan bahawa keusahawanan
sebagai suatu tindakan kreatif seseorang dalam membangunkan sesuatu yang bernilai daripada
sesuatu yang tidak bernilai. Daripada definisi ini sebenarnya, keusahawanan tidaklah terhad kepada
organisasi perniagaan sahaja, tetapi boleh dipraktikan oleh organisasi bukan perniagaan seperti
organisasi yang menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
Berdasarkan beberapa definsi yang diberikan di atas, dapat disimpulkan bahawa cabang ilmu
keusahawanan adalah luas dan merangkumi pelbagai aspek serta tidak hanya terhad kepada dunia
perniagaan.

Usahawan
Istilah usahawan dikatakan berasal dari perkataan Perancis, entreprende, yang bermaksud untuk
mencuba atau untuk mengusaha. Berdasarkan perkataan ini, usahawan merujuk kepada individu yang
mengusahakan dan menjalankan suatu perusahaan dengan menerokai atau mencipta sesuatu yang
baru.

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi 4, usahawan berasal daripada perkataan usaha. Usaha
bermaksud daya upaya untuk mencapai sesuatu manakala usahawan bermaksud orang
mengusahakan sesuatu perusahaan atau pekerjaan. Istilah usahawan atau dalam Bahasa Inggeris
disebut sebagai, entrepreneurs berasal dari perkataan Perancis, entreprendre yang membawa maksud
untuk memikul atau untuk mencuba.

Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini telah mentakrifkan definisi usahawan berbeza mengikut
pandangan mereka. Walaupun definisi-definisi yang telah diutarakan berbeza, kita akan melihat
beberapa definisi.

Richard Cantillon (1775)


Usahawan merujuk kepada individu yang memikul risiko dalam membentuk perusahaan yang baru.

Kuratko dan Hodgetts (2001)


Usahawan adalah individu yang mengatur, mengurus dan mengandai risiko dalam perniagaan.

Zimmerer dan Scarborough (2008)


Usahawan ialah individu yang mencipta perusahaan baru dengan menghadapi ketidakpastian dengan
tujuan untuk mendapat keuntungan dengan mengenal pasti dan memanfaatkan peluang dan
menggunakan sumber yang diperlukan untuk merebut peluang tersebut.

Louis Jacques Fillion (2011)


Usahawan memulakan, melaksanakan dan membangunkan projek dengan menggunakan sumber yang
terhad dengan tujuan untuk menghasilkan keuntungan yang dapat dilaburkan semula untuk
pembangunan projek tersbut pada masa datang.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
Daripada beberapa contoh definisi di atas, kita dapat lihat bahawa, usahawan adalah individu yang
mempunyai ciri-ciri keusahawanan pada tahap yang tinggi seperti kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan sesuatu yang baru, kesediaan menghadapi risiko, mempunyai tanggungjawab sosial dan
lain-lain lagi. Ciri-ciri keusahawanan akan dibincangkan kemudian.

Peniaga
Istilah peniaga dan usahawan adalah merupakan dua istilah yang berbeza walaupun kedua-dua istilah
ini sering kali dikaitkan dan ditukar ganti.

Peniaga adalah individu yang menceburi bidang perniagaan sekadar hanya untuk mendapatkan
keuntungan semta-mata dan tidak menunjukkan keinginan yang tinggi untuk mengembangkan
perniagaan yang sedang diusahakan.

Peniaga lebih cenderung untuk melakukan aktiviti jual beli sahaja tanpa adanya inisiatif untuk
menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pembaharuan dan tanpa inisiatif untuk berusaha
memajukan perniagaannya yang dijalankan ke tahap yang lebih maju. Hal ini bererti, peniaga hanya
mementingkan keuntungan dengan membeli barang-barang pada harga yang rendah dan
kemudiannya menjual barang tersebut pada harga yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, peniaga tidak
menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang ketara seperti seorang usahawan.

1.1.2 Perbezaan Antara Usahawan dan Peniaga


Perbezaan antara seorang usahawan dan seorang peniaga dapat dipecahkan kepada beberapa
kategori iaitu masa, norma perkerjaan, kuasa untuk membuat keputusan, komitmen pekerjaan, risiko
dan akhir sekali matlamat.

Masa
Seorang peniaga menggunakan masa untuk membeli dan menjual semula produk. Seorang usahawan
pula menggunakan masa sepenuhnya untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan sterusnya
menghasilkan idea-idea baru dalam memperbaharui dan menambahbaik produk.

Norma Perkerjaan
Peniaga melihat cabaran sebagai sesuatu yang normal dan biasa yang menyebabkannya menjadi sukar
untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan. Bagi seorang usahawan, pasaran yang mencabar adalah
merupakan suatu cabaran yang perlu ditangani dengan teliti dalam usaha untuk terus bertahan dalam
perniagaan. Disebabkan ini, seorang usahawan lebih fleksibel terhadap perubahan dan
menambahbaik produk.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
Kuasa Untuk Membuat Keputusan
Seorang peniaga kebiasaannya mengikut keputusan yang telah ditetapkan oleh orang lain dan hanya
melabur dalam pasaran yang telah diuji dan disahkan kebolehpasarannya. Berdasarakn kepada hal ini,
seorang peniaga hanya menumbang komitmen yang sedikit terhadap penghasilan produk atau servis
yang baru dan hanya menjual produk yang telah sedia ada di pasaran. Seorang usahawan pula
membuat keputusan sendiri dan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan produk serta berinovatif.
Produk yang dihasilkan mampu menembusi pasaran yang belum pernah diuji dan disahkan
kebolehpasarannya.

Komitmen Perkerjaan
Peniaga kebiasaannya tidak berminat terhadap sebarang perubahan dan penemuan baru dalam
teknologi. Seorang usahawan pula akan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini untuk
meningkatkan kreativiti dan produktiviti dirinya.

Risiko
Seorang peniaga membeli produk pada harga yang rendah dan menjual semula produk tersebut pada
harga yang tinggi. Oleh itu, peniaga kebiasaannya adalah orang yang mengambil risiko yang rendah
kerana tujuan utamanya adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Seorang usahawan adalah
individu yang sanggup menanggung risiko untuk memulakan perniagaan dengan mengambil kira kesan
dan manfaat dalam membuat keputusan.

Matlamat
Peniaga menceburi bidang perniagaan adalah untuk memperolehi keuntungan bagi meneruskan
kelangsungan hidup. Seorang usahawan memulakan perniagaan dan komited dalam mengembangkan
perniagaan tersebut untuk memenuhi matlamat diri dan memperolehi kepuasan diri. Seorang peniaga
berusaha untuk mendapatkan keuntungan manakala bagi seorang usahawan mementingkan kejayaan
dan kepuasan peribadi berbanding keuntungan.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
USAHAWAN PENIAGA

• Aktiviti untuk keuntungan, sumbangan • Mementingkan keuntungan daripada


kepada masyarakat dan negara aktiviti perniagaan

• Cipta suatu yang baharu, buat • Hanya menjalankan aktiviti jual beli,
pembaharuan produk untuk penuhi tiada pembaharuan dan
keperluan pelanggan pengubahsuaian produk

• Sanggup terima risiko untuk memajukan • Kurang sanggup hadapi risiko oleh itu
perniagaan perniagaan tidak berkembang

• Berpandangan jauh, cuba rebut peluang,


• Mudah berpuas hati dengan apa yang
bercita-cita tinggi, gigih dan yakin pada
ada
diri

• Seorang peniaga tidak semestinya


• Seorang usahawan juga seorang peniaga
seorang usahawan.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
1.1.3 Ciri-ciri Usahawan
Ciri utama usahawan merupakan set tingkahlaku yang menyumbang kepada kejayaan seseorang
usahawan berjaya. Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan
berjaya.

NO. CIRI-CIRI USAHAWAN KETERANGAN

Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan


1. KREATIF
mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli.
Kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau
2. INOVATIF pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau
memperbaiki mutu sesuatu produk.
Usahawan harus mempunyai sikap bertanggungjawab
3. BERTANGGUNGJAWAB yang tinggi di dalam segala urusan perniagaan,
terutamanya kepada para pelanggan.
Mesti berani menanggung risiko akibat ketidaktentuan
BERANI MENGAMBIL
4. permintaan ke atas barang yang dikeluarkan/ perniagaan
RISIKO
yang dijalankan.
Usahawan cekal dalam menghadapi cabaran dan tidak
5. GIGIH akan mudah tergugat dengan sebarang masalah yang
melanda.
Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari
BIJAK MEREBUT
6. untuk direbut dan dimanfaatkan oleh seseorang bagi
PELUANG
mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan.
Mahir menguruskan kedudukan kewangan agar
BIJAK MENGURUS
7. mencapai matlamat kewangan bagi memenuhi
KEWANGAN
keperluan dan kehendak masyarakat.
Memiliki wawasan yang jauh kehadapan, melihat apa
8. BERPANDANGAN JAUH yang tidak dapat dilihat oleh orang lain dan menjangka
apa yang tidak dijangka oleh orang lain.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
1.1.4 Teknik Kreativiti dan Jenis Inovasi
Teknik Kreativiti
Dalam modul ini, kita akan mempelajari teknik berfikir secara kreatif menggunakan model pemikiran
kreatif terancang. Diharapakan dengan mempelajari teknik, kita akan dapat memanfaatkan dan
seterusnya mengapplikasi teknik ini dalam menghasilkan idea keusahawanan. Model ini menerangkan
pemikiran kreativiti yang berlaku adalah secara terancang dan juga secara bersistematik. Terdapat
empat fasa dalam model ini; fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa pembangunan dan fasa tindakan.

PERSEDIAAN Analisis IMAGINASI

Pemerhatian Penerbitan

Tinggal
Penambahbaikan
Bersama

Implementasi Pengukuhan

TINDAKAN Penilaian PEMBANGUNAN

FASA 1 : PERSEDIAAN
Fasa ini adalah merupakan fasa persediaan untuk berkreativiti.

PEMERHATIAN
Pemerhatian adalah suatu tingkah laku memerhati atau melihat dengan penuh minat dan bermakna.
Tumpuan yang tinggi dan perhatian yang serius akan diberikan terhadap sesuatu perkara yang
menarik perhatian individu tersebut. Contohnya adalah kita berminat terhadap perusahaan kedai
makan dan berkeinginan untuk menarik ramai pelanggan datang ke kedai. Kita seterusnya akan
melihat contoh-contoh daripada kedai makan atau restoran yang lebih berjaya daripada pelbagai
aspek seperti perkhidmatan, menu makanan, kebersihan, suasana kedai dan sebagainya.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
ANALISIS
Analisis secara anatikal dan kritikal akan dilakukan setelah selesai pemerhatian dilakukan. Terdapat
banyak pendekatan yang boleh dilakukan bagi menyesuaikan dengan permasalahan yang difikirkan.
Salah satunya adalah menggunakan analisis S.W.O.T.

FASA 2 : IMAGINASI
Fasa ini adalah bayangan yang dihasilkan di dalam minda terhadap sesuatu fenomena. Kelebihan
berimaginasi adalah supaya kita dapat meluaskan lagi paradigma pemikiran dan persepsi. Hal ini
penting bagi membuat ramalan, hipotesis dan andaian terhadap sesuatu yang mungkin berlaku pada
masa akan datang.

PENERBITAN
Setelah pemerhatian dan analisis telah dilakukan, minda akan menghasilkan idea-idea kreatif. Dalam
konteks ini, perkara yang penting adalah kualiti idea tersebut supaya idea-idea yang bernas dan baik
dapat dipilih untuk diketengahkan bagi permasalahan yang telah difikirkan.

PENAMBAHBAIKAN
Untuk menghasilkan idea-idea yang bernas dan baik, penambahbaikan terhadap idea-idea yang telah
diterbitkan pada tahap sebelumnya perlu dilakukan. Adalah sukar untuk melaksanakan bermacam-
macam idea dalam suatu masa. Oleh itu, penambahbaikan boleh dilakukan dengan menyisipkan idea
sampingan kepada idea utama.

FASA 3 : PEMBANGUNAN
Fasa ini menekankan cara untuk sesuatu idea yang telah dihasilkan dapat dikomersialkan,
diketengahkan dan dimajukan.

PENGUKUHAN
Pada peringkat ini, individu tersebut telah mengenal pasti dan memilih idea utama disamping idea
sisipian yang ingin dilaksanakan.

PENILAIAN
Setelah mengenalpasti dan memilih idea yang ingin diketengahkan, penilaian akan hendaklah
dilakukan daripada segenap aspek. Hal ini bagi memastikan idea-idea tersebut benar-benar boleh
dilaksanakan dan risiko yang dihadapi pada tahap yang terkawal sama ada untuk jangka masa pendek
mahupun jangka masa panjang.

FASA 4 : TINDAKAN
Fasa ini adalah fasa yang membuktikan sama ada idea yang telah dipilih itu adalah merupakan idea
yang benar-beanr boleh diketengahkan ataupun tidak.

IMPLEMENTASI

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
Proses ini melibatkan kemampuan individu tersebut untuk memasarkan idea. Semangat, keyakinan
yang tinggi dan usaha yang gigih perlu ada untuk mengetengahkan idea tersebut.

TINGGAL BERSAMA
Idea adalah bersifat dinamik. Jadi, idea memerlukan pelbagai perubahan dalam pelbagai dimensi dan
perspektif. Oleh itu, dengan tinggal bersama, kita akan menyedari dan dapat mengenal pasti segala
perubahan baru terhadap idea asal.

Selain daripada proses kreativiti di atas terdapat juga proses kreativit oleh Kuratko dan Hodgetts (2004)
seperti berikut.

Latar belakang atau pengumpulan maklumat


Peringkat ini melibatkan proses penyelidikan dan pengumpulan maklumat. Pengumpulan maklumat
ini boleh diperolehi melalui pembacaan majalah, surat khabar atau jurnal, perbualan dengan orang
yang sama bidang kerjanya, menghadiri seminar, bengkel dan sebagainya. Selain itu, maklumat juga
boleh diperolehi menerusi pendidikan formal atau tidak formal.

Proses inkubasi
Peringkat kedua ini, usahawan membiarkan minda mereka bebas dan tidak terikat dengan memikirkan
belenggu masalah yang dihadapi. Mereka akan melibatkan diri dengan aktiviti riadah, membaca buku
yang tiada kena mengena dengan masalah atau persoalan tersebut.

Pengalaman idea
Pada peringkat ini, usahawan akan mendapat jawapan yang sesuai kepada permasalahannya. Sesuatu
idea dikatakan wujud atau datang semasa seseorang itu sedang sibuk melakukan sesuatu kerja yang
tiada kaitan dengan permasalahan yang difikirkan secara berperingkat mahupun secara mendadak.
Peringkat ini juga dikenali sebagai “faktor eureka”.

Penilaian dan pelaksanaan


Pada peringkat akhir, usahawan sudah dapat mengenal pasti idea yang boleh dijalankan berasaskan
kemahiran yang terdapat pada diri dalam usaha menyelesaikan sebarang masalah. Semasa pada
peringkat pengalaman idea, terdapat banyak idea-idea kasar yang diajana. Seorang usahawan
perlulah menilai, mengubah dan menguji idea-idea tersebut sebelum dapat dilaksanakan dengan
kancar.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
Jenis Inovasi
Rekaan (invention)
Mereka cipta sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru. Produk atau perkhidmatan yang
dihasilkan selalunya merupakan yang terkini atau tidak pernah dihasilkan.

Perluasan (extension)
Inovasi ini berlaku apabila terdapat pengembangan terhadap sesuatu produk, perkhidmatan atau
proses yang telah wujud.

Penyalinan (duplication)
Inovasi jenis ini adalah pengolahan dengan menyalin semula produk, perkhidmatan atau proses yang
telah wujud dan ditambah ciri-ciri baru demi meningkatkan persaingan sesuatu produk, perkhidmatan
atau proses.

Sintesis (synthesis)
Inovasi ini adalah dengan menggabungkan konsep atau faktor yang sedia ada dan menghasilkan
rumusan baru. Ini melibatkan penggunaan beberapa idea baru dan penyesuaian item yang sedia ada
yang seterusnya akan membentuk apliaksi yang baru.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
1.2 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN
1.2.1 Kepentingan Keusahawanan Kepada Individu
Kemajuan Diri
Seorang usahawan perlulah memaksimumkan kemampuan dan kebolehan diri dan kredibiliti untuk
menghadapi sebarang cabaran dan halangan untuk berjaya dalam hidup. Seorang usahawan tidak
boleh berpuas hati dengan kejayaan semasa dan sepatutnya terus berusaha memaksimumkan
kemahiran dan kebolehan untuk memajukan perniagaannya. Usahawan tersebut perlulah berterusan
menganalisis produk, persaingan pasaran, masalah dan peluang dari pandangan yang holistik dan
menyeluruh. Hal ini disebabkan oleh risiko yang dihadapi oleh seorang usahawan, maka dia hendaklah
sentiasa bersedia dengan segala strategi dan taktik untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan
yang paling penting adalah untuk mengubah risiko kepada peluang yang akan menguntungan
perniagaan.

Mengawal Hala Tuju Hidup


Kejayaan dan kegagalan seseorang usahawan bergantung pada dirinya sendiri. Sesetengah tindakan
keusahawanan membantu usahawan untuk mengenal pasti hala tuju hidup seperti:
- memperoleh kebebasan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas
- memaksimumkan manfaat yang diperoleh daripada peluang yang direbut
- bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja yang telah dilaksanakan
- menentukan sasaran kerja sendiri
- memaksimumkan penggunaan sumber
- tidak terikat dengan sistem dan peraturan

Peluang Untuk Memaksimumkan Potensi Diri


Penglibatan dalam dunia keusahawanan membolehkan seseorang usahawan untuk memaksimumkan
kemahiran dan keupayaan individu. Hal ini bermaksud individu tersebut akan mengatasi batasan dan
aktiviti berulang yang terikat dengan kebiasaan. Seorang usahawan akan menggunakan kekuatan
kreativiti dan inovasi untuk mengatasi cabaran dan melihat peluang di sebalik halangan. Hal ini
disebabkan seseorang usahawan tidak akan berpuas hati dengan kejayaan semasa dan akan berusaha
untuk memperbaiki diri supaya bersedia untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik.

Peluang Untuk Memperoleh Ganjaran Kewangan yang Tidak Terhad


Ganjaran kewangan adalah bukti kepada usaha yang berterusan dalam perniagaan oleh seseorang
usahawan. Ganjaran ini menggambarkan kejayaan, usaha keras, kepintaran dan kreativiti dalam
berurusan dengan aktiviti perniagaan. Ganjaran kewangan bukanlah tujuan utama dalam
keusahawanan tetapi ianya tetap merupakan satu kayu ukur kepada kejayaan seorang usahawan.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
1.2.2 Kepentingan Keusahawanan Kepada Masyarakat
Menawarkan Peluang Pekerjaan
Secara asasnya, peluang pekerjaan akan diwujudkan apabila perniagaan yang ditubuhkan memerlukan
tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti penyediaan produk, penghantaran,
membekal bahan mentah dan lain-lain lagi. Selain itu, usahawan juga tidak terhad kepada
menyediakan peluang pekerjaan malahan dapat menyediakan latihan yang komprehensif bagi
melahirkan lebih ramai moadal insan yang produktif dan berkualiti tinggi serta mempunyai kemahiran,
kepakaran, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceburi. Secar tidak langsung, dengan
memberi latihan kepada individu yang berminat, maka akan lahirlah lebih ramai usahawan.

Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat


Peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh usahawan seterusnya dapat membantu masyarakat
menigkatkan pendapatan seharian mereka. Pendapatan yagn diperolehi pula akan digunakan untuk
membeli keperluan harian dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Usahawan juga berperanan
untuk menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti mengikut keperluan semasa. Pendapatan yang
diterima akan digunakan untuk membeli produk-produk tersebut yang akhirnya dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat.

Mempelbagaikan Barang dan Perkhidmatan Dalam Pasaran


Usahawan berperanan menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pasaran. Usahawan akan sentiasa mencuba dan berusaha mengkaji
keperluan masyarakat yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Daripada hasil kajian yang
terperinci, pemikiran kreatif dan inoavatif, usahawan berkemampuan untuk menghasilkan produk
yang berkualiti dan akan berlaku pengubahsuaian terhadap barangan sedia ada yang lebih mapan dan
selari dengan peredaran masa.

Menjalankan Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarkat


Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan secara langsung seorang usahawn juga mempunyai
tanggungajwab sosial terhadap masyarakat.Tanggungjawab sosial bermaksud suatu bentuk kebajikan
oleh sesebuah organisasi bukan hanya sekadar untuk menghasilkan atau menyediakan produk dan
perkhidmatan malahan turut serta dalam memberikan sumbangan positif dalam menjaga
kesejahteraan komuniti. Contohnya seorang usahawan dapt menghulurkan bantuan kewangan
kepada rumah-rumah kebajikan atau memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Menjadi Sumber Inspirasi atau Model Kepada Masyarakat


Seorang usahawan yang berjaya sudah semestinya akan menjadi sumber inspirasi kepada insan-insan
yang ingin atau pun sedang menceburi bidang keusahawanan. Sumbangan ini walaupun kecil atau
dilakukan bukan secara langsung, sekurang-kurangnya dapat membuka mata masyarakat dan
menaikkan semangat mereka dalam menceburkan diri dalam bidang keusahwanan.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
1.2.3 Kepentingan keusahawanan Kepada Negara
Meningkatkan Pendapatan Negara
Keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah perniagaan akan dikenakan cukai perniagaan pada kadar
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain dariapada entiti perniagaan, pekerja yang memperolehi
pendapatan juga akan dikenakan cukai mengikut tahap pendapatan mereka. Hasil kutipan cukai ini
akan digunakan untuk memacu ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup rakyat dan memastikan
tahap pertumbuhan ekonomi yang mapan dengan melakasanakan projek-projek yang berkaitan.

Mewujudkan Peluang Pekerjaan


Seperti dinyatakan pada bahagian peranan keusahawanan kepada masyarakat, sesebuah oraganisasi
perniagaan akan memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi. Oleh itu, keusahawanan dapat
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di luar sektor kerajaan. Hal ini seterusnya dapat
membantu dalam mengurangkan kadar penggangguran kepada tahap yang rendah. Bukan itu sahaja,
malahan pendapatan yang diperolehi oleh pekerja akan membantu dalam meningkatkan kuasa beli
pengguna. Secara relatifnya, permintaan terhadap barangan akan meningkat apabila pembeli
mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

Membangunkan Industri Sokongan


Bagi memastikan organisasi perniagaan yang besar dapat membekalkan produk atau perkhidmatan
dengan lancar dan teratur lazimnya organisasi-organisasi ini memerlukan khidmat industri sokongan
untuk membantu mereka. Usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan digalakkan
untuk memainkan peranan secara aktif dalam membantu membangunkan industri sokongan ke arah
industri yang lebih produktif dan berdaya saing. Industri sokongan adalah seperti industri yang
membekalkan bahan mentah, pengangkutan, perundingan dan sebagainya.

Mempelbagaikan Ekonomi Negara


Seseorang usahawan tidak hanya akan menceburkan diri dalam satu bidang industri perniagaan
sahaja. Seseorang usahawan mungkin boleh terlibat dengan pelbagai sektor dalam satu-satu masa
seperti pertanian, perikanan, perkhidmatan, hartanah, pelaburan, insurans dan sebagainya.
Kepelbagaian ini secara tidak langsung dapat membantu menarik pelabur-pelabur asing untuk
menanam modal di dalam negara dan seterusnya dapat mengembangkan lagi potensi-potensi sektor-
sektor tersebut. Hal ini seterusnya dapat membantu mengurangkan kebergantungan negara dalam
sekotr tertentu sahaja bagi menarik pelaburan dari luar negara.

Pemindahan Teknologi Moden


Pemindahan teknologi boleh berlaku apabila usahawan-usahawan dalam sesebuah organisasi
membeli teknologi moden dari luar negara untuk menghasilkan keluaran. Dengan adanya teknologi
moden dari luar negara, kualiti dan kuantiti produk dapat ditingkatkan dan menggalakkan persaingan
sihat antara usahawan dalam negara.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
1.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEUSAHAWANAN

Galakkan Kerajaan
Seseorang individu yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan mungkin terjadi dengan adanya
galakkan dariapda kerajaan. Galakkan yang dimaksudkan adalah bukan hanya sekadar saranan atau
permintaan kerajaan terhadap rakyatnya tetapi termasuk juga dalam menyediakan menyediakan
kemudahan seperti kemudahan pinjaman, subsidi dan lain-lain lagi. Kempen dan dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan juga dapat mempengaruhi individu dalam menceburkan diri dalam bidang
ini.

Teknologi Moden
Perkembangan teknologi pada zaman ini adalah sangat positif dan berlaku dengan sangat pesat.
Perkembangan ini boleh diguna pakai oleh ramai individu dalam membangunkan potensi
keusahawanan dalam diri untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Sebagai contoh, dalam bidang
pertanian, sistem fertigasi adalah satu sistem yang menarik minat ramai orang awam untuk
menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Peluang Pasaran
Pada masa kini, cita rasa dan kehendak pengguna adalah pelbagai daripada aspek pemakanan,
pemakaian, penggunaan gadget, pembelajaran dan sebagainya. Kepelbagaian inilah yang dapat
memberi peluang kepada para uasahawan/individu yang mempunyai semagat keusahawanan untuk
menembusi pasaran permintaan. Sebagai contoh mudah, kesedaran pengguna pada masa kini yang
memberikan perhatian yang lebih terhadap status halal sesuatu produk melonjakkan industri halal
dalam pelbagai bidang.

Suri Teladan (Role Model)


Usahawan-usahawan pada masa kini terutamanya usahawan bergelar jutawan dikenali oleh
masyarakat. Kejayaan-kajayaan yang dikecapi oleh mereka telah membuka mata dan minda individu
untuk terlibat sama dalam menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Bukan setakat itu, sifat-
sifat keusahawanan yang ditonjolkan oleh usahawan-usahawan ini dijadikan suri teladan oleh individu-
individu yang baru bertapak dalam bidang ini. Malahan, ada usahawan-usahawan yang telah bertapak
kukuh dalam industri masing-masing menjadi mentor kepada usahawan-usahawan baru.

Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan di sini bukanlah bermaksud terletak di bahu pihak institusi pendidikan sahaja seperti
sekolah, kolej dan universiti, tetapi juga dapat diperolehi daripada organisasi-organisasi awam dan
swasta. Penyediaan latihan, kursus keusahawanan dan program berkaitan dapat membekalkan
individu dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang bermanfaat dalam bidang yang ingin diceburi.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.
Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran adalah kos yang perlu ditanggung oleh untuk menghasilkan produk/perkhidmatan.
Contohnya seperti kos bahan mentah, bayaran gaji dan sewa bangunan. Terdapat individu yang
tertarik untuk menapak dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh kos yang rendah. Terdapat
sesetengah produk hanya memerlukan kos yang rendah untuk dihasilkan tetapi dapat memberikan
pulangan yang lumayan.

Pengalaman dan Kemahiran


Pengalaman dan kemahiran yang diperolehi sepanjang hidup individu sama ada diperolehi secara
formal atau tidak menjadi pemangkin untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Pengalaman atau kemahiran tersebut boleh dijadikan asas untuk menjadi seorang usahawan yang
berkaya kelak.

RUJUKAN
1. Hamed, Abu Bakar (2005) Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Penerbit Universiti
Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9833282237
2. Aman, S. H., Shah, Shafie, S. Z., & Teik, C. S., Lan. (2017). Entrepreneurship (4th ed.). Shah
Alam, Selangor: Oxford Fajar.
3. R. M., & Mokhtar, P. (2017). Pengajian Perniagaan: Keusahawanan (2nd ed.). Shah Alam,
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4. Hashim, N., Keat, O. Y., Hj Din, M. S., Hee, H. C., Ahmad, S., Bakar, H., . . . Md. Hussain, M. N.
(2009). PPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN. Sintok, Kedah: Pusat Pendidikan Profesional dan
Lanjutan UUM. Retrieved from:
https://www.academia.edu/15291910/Modul_SADE1013_Asas_Keusahawanan
5. Mokhtar. P. (2017). Pengajian Perniagaan: Perniagaan (2nd ed.). Shah Alam, Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

INI ADALAH NOTA RINGKAS SAHAJA UNTUK UES 2012. UNTUK NOTA TAMBAHAN BOLEH RUJUK
MANA-MANA SUMBER RUJUKAN YANG BERKAITAN.

You might also like