You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) THAMBOOSAMY PILLAI

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KEEMPAT 2019

Tarikh : 26.11.2019

Hari : Selasa

Masa : 8.00am-12.00pm

Tempat : Bilik Gerakan ( Seperti dilampirkan)

Pengerusi : Pn.V.Pama

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru besar selaku pengerusi panitia Matematik mengalukan-alukan


kehadiran guru-guru dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir
ke Mesyuarat Panitia Matematik yang keempat bagi tahun 2019.

1.2 Ketua Panitia Matematik telah mengedarkan minit panitia yang ketiga
tahun 2019.

Makluman: Guru Besar,Ketua Panitia Matematik, Guru-Guru Matematik

2.0 UCAPAN PENGERUSI

2.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum mengalu-alukan kehadiran guru-guru


pada Mesyuarat Panitia Matematik yang keempat ini.

2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dalam menjayakan
program- program yang dijalankan sepanjang tahun 2019.

Makluman: Panitia Matematik, Guru Matematik

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Minit mesyuarat 3/2019 dibentangkan oleh pengerusi.

3.2 Minit mesyuarat tersebut telah dicadangkan oleh Pn.Thevanay dan


disokong oleh Pn. Malathi.
Tindakan: Setiausaha Panitia Matematik

4.0 Pembentangan Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2019 (PAT) dan UPSR

4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru- guru yang telah merekod
kelulusan yang penuh 100% dalam matapelajaran Matematik.

4.2 Guru-guru Matematik diminta untuk mengalakkan murid untuk membuat


Pembetulan berdasarkan PAT 2019.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
Makluman: Pengerusi, Guru Matematik

5.0 Kekuatan dan kelemahan PAT dan UPSR 2019

5.1 Post Mortem telah pun dijalankan untuk PAT dan UPSR 2019. Secara
keseluruhannya ada peningkatan dalam keputusan Matematik.

5.2 Guru-guru Matematik telah berbincang kekuatan dan kelemahan murid


dalam PAT Matematik.

5.2 Guru-guru Matematik berbincang tentang tindakan susulan yang perlu


diambil untuk meningkatkan prestasi.

Makluman: Semua guru Matematik

6.0 DSKP dan RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2019

6.1 Pengerusi meminta semua guru yang mengajar matapelajaran Matematik


supaya memulangkan DSKP dan Rancangan Tahunan kepadanya
sebelum 29 November 2019 supaya memudahkan pengagihan dokumen
pada tahun 2020.

Tindakan: Ketua Panitia Matematik, Guru-guru Matematik

7.0 Penangguhan Minit Mesyuarat

7.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan


ucapan terima kasih oleh pengerusi.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


______________ ________________ ______________
(Cik S. Kaviarasi) (Pn.Malarkodi) (Pn V.Pama)
Ketua Panitia Matematik GPK Tadbiran Guru Besar

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00

You might also like