You are on page 1of 2

4 (a) Pokok bakau

Pokok bakau dapat hidup di kawasan air bertakung dan dapat menyesuaikan
diri di kawasan tanah berlumpur yang kekurangan oksigen. Pokok bakau juga
dapat hidup di air payau. Akar pokok bakau terdiri daripada akar ceracak,
akar jangkang dan akar banir. Akar pokok bakau mempunyai kebolehan
menapis garam yang berlebihan yang terkandung di dalam air payau. Pokok
bakau juga mempunyai liang-liang mikro pada akarnya yang merembeskan
garam yang berlebihan. Akar jangkang tumbuh di bawah pangkal batang
pokok dan masuk ke dalam air, manakala akar ceracak ialah akar pernafasan
yang tumbuh di kawasan berlumpur. Kedua-dua ciri ini membolehkan akar
pokok bakau bernafas dalam keadaan tenggelam di dalam air pada waktu air
pasang. Akar ini juga dapat melindungi pokok bakau daripada termusnah
akibat banjir atau ombak yang besar. Pokok bakau jugamempunyai kaedah
pembiakan yang unik, biji benih pokok bakau akan mula tumbuh semasa
masih berada di pokok induk. Biji benih kemudiannya akan jatuh ke atas air
dan terapung sehingga air surut dan menjadi cetek untuk bercambah di atas
tanah. Hal ini penting untuk memelihara kelangsungan spesies pokok bakau
dalam keadaan persekitaran yang melampau.
(b) Buaya
Buaya dapat menyesuaikan dirinya di kawasan paya. Hidung, mata dan
telinganya terletak di bahagian atas kepala supaya ia dapat mendengar,
melihat, bernafas ketika seluruh tubuh terendam dalam air. Ciri-ciri ini
juga memudahkan buaya mencari mangsa. Apabila buaya tenggelamkan
dirinya di dalam air, terdapat lapisan kulit yangmenutupi telinganya
daripada dimasuki air. Selain itu, juga terdapat selaput bertulang pada
tekaknya yang membolehkan buaya makan dan bernafas ketika di dalam
air tanpa lemas.

You might also like