You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MEMOHON PERUNTUKAN MEWUJUDKAN GALERI


SEJARAH
SK KLIA

1.0 PENDAHULUAN
Unit Panitia Sejarah SK KLIA bercadang untuk mewujudkan galeri sejarah bagi bacaan
dan pameran untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah murid-murid SK KLIA selain
sebagai tempat memaparkan pelbagai bahan sejarah dan info-info penting sejarah. Di samping
itu, pembinaan galeri tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti- aktiviti yang memerlukan murid-murid membuat
rujukan mengenai info-info penting sejarah dan sejarah penubuhan SK KLIA.

2.0 LATAR BELAKANG


Cadangan tempat di mana galeri ini akan diwujudkan ialah di bawah tangga menuju ke tingkat
atas pejabat dan bilik guru sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti panitia Sejarah yang dirancangkan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.
3.2 Memaparkan info-info penting mengenai subjek Sejarah dan sejarah penubuhan SK
KLIA.

4.0 RASIONAL
4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid SK KLIA pada waktu yang terluang
untuk membaca info-info penting yang patut diketahui.
4.2 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahan tradisional.
4.3 Memupuk sikap menghargai nilai sejarah kepada semua murid SK KLIA.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk murid-murid SK KLIA yang
akan belajar subjek Sejarah.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk rujukan murid-murid mengenai info-info penting
bahan Sejarah.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Dinding RM250
Cat RM100
Kabinet gantung RM100
Pagar RM200
Bunga RM150
Kayu Playwood RM100
Kayu Wainscoting RM100
Pasu bunga besar RM100
Bahan-bahan sejarah
(Wau, pasu seramik, keris, nyiru, gadang dll) RM300
Jumlah RM1400

8.0. RUMUSAN
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan panitia Sejarah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak panitia Sejarah dan sekolah memohon sumbangan daripada
pihak PIBG dan yang berkenaan untuk merealisasikan projek ini demi kepentingan pembelajaran
murid-murid SK KLIA.

Disediakan oleh:

…………………………………
(SALHAWATI YUSOF)
Setiausaha Panitia Sejarah
Disokong oleh:

……………………………
(NORMA BT EDROS)
Guru Besar SK KLIA

You might also like