You are on page 1of 6

PROJEK BUKU

SKRAP
(MENEROKA TUMBUH-TUMBUHAN DI
SEKELILING KITA)

15
Nama Projek : Meneroka tumbuh-tumbuhan di sekeling

Objektif :

1) Murid dapat membanding beza jenis, saiz, warna, bentuk, dan ciri-ciri daun
dan bunga.

2) Murid dapat mengenalpasti ciri-ciri bunga yang mereka kaji dalam aktiviti
pertama (warna, saiz,dan bentuk )

3) Murid dapat menamakan struktur-struktur yang terdapat pada tumbuhan/pokok


bunga yang dipilih (Batang, daun, akar dan bunga)

4) Murid dapat membanding beza jenis kulit kayu pokok-pokok.

5) Murid dapat membanding beza antara warna daun dan bunga yang berada di pokok
(hidup) dan yang telah disimpan di dalam buku tebal (mati) dan keperluan air untuk
hidup.

Konsep Sains :

Konsep Matematik : Pengelasan, padanan satu dengan satu, penerokaan,


pengukuran, ramalan.

Tempoh perlaksanaan : Seminggu

Langkah-langkah :

1) Perancangan :

Murid akan disediakan satu set buku skrap dan terdapat beberapa bahagian dalam
buku skrap tersebut. Antara bahagian yang terdapat dalam buku tersebut ialah
bahagian pertama iaitu :

- Bahagian pertama : Murid mengkaji tumbuh-tumbuhan iaitu ciri-ciri daun dan bunga
yang terdapat pada sekeliling mereka. (Daun dan bunga akan diletakkan dalam buku
tebal sebelum ditampal dalam buku skrap)

Lihat Lampiran 1

16
- Bahagian kedua : Murid akan melukis gambar daun dan bunga yang telah dikaji oleh
murid semasa bahagian pertama dan namakan daun dan bunga dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.(Hasil lukisan akan dimasukkan dalam buku skrap)

Lihat Lampiran 2

- Bahagian ketiga : Murid akan belajar mengenai struktur bunga dan belajar menyanyi
lagu-lagu berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok bunga. (Lirik lagu akan
ditampal dalam buku skrap)

Lihat Lampiran 3

- Bahagian keempat : Melukis kulit kayu bagi pokok di sekeliling kawasan sekeliling dan
namakan pokok tersebut. (Hasil lukisan akan di letakkan dalam buku skrap)

Lihat Lampiran 4

- Bahagian kelima ; Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun dan bunga yang
telah disimpan di dalam buku tebal(mati) daun dan bunga yang hidup.

Lihat Lampiran 5

2) Pelaksanaan :

Murid-murid akan melaksanakan sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancang mengikut masa


yang ditetapkan oleh guru sepanjang seminggu ini. Guru dapat memilih untuk
melaksanakan aktiviti-aktivit ini pada masa yang diingini.

Aktiviti Hari Tarikh Masa


Lampiran 1 Isnin 8/3/2010
Lampiran 2 Selasa 9/3/2010
Lampiran 3 Rabu 10/3/2010
Lampiran 4 khamis 11/3/2010
Lampiran 5 Jumaat 12/3/2010

3) Penilaian :

17
Murid-murid akan diberikan lembaran kerja untuk menilai sama ada mereka dapat
menguasai sesuatu kemahiran yang ingin diajar atau tidak dan murid-murid akan disoal
beberapa soalan untuk menguji kefahaman mereka pada setiap akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Langkah-langkah Keselamatan :

1) Murid-murid akan diawasi oleh guru dan pembantu prasekolah sepanjang aktiviti
dijalankan di luar kelas.

2) Murid-murid tidak dibenarkan untuk memegang tumbuh-tumbuhan yang berbahaya


seperti tumbuhan berduri iaitu pokok ros, kaktus dan sebagainya.

3) Murid-murid hanya dibenarkan untuk berada dalam kawasan yang akan ditetapkan
oleh guru semasa menjalankan aktiviti di luar kelas.

4) Pengunaan peralatan tajam seperti gunting yang akan digunakan untuk menggunting
daun dan bunga akan diawasi oleh guru dan pembantu.

5) Guru dan pembantu perlu pastikan kawasan sekeling bersih dan terhindar daripada
sebarang penyakit berjangkit

6) Murid akan membasuh tangan dan selepas menjalankan aktiviti di luar kelas atau
sebarang aktiviti yang mengotorkan mereka.

7) Guru mengingatkan murid agar mengamalkan nilai murni, sikap tolak ansur, sabar,
dan mengikut giliran semasa aktiviti dijalankan.

Prinsip-prinsip pembelajaran National Council Teaching Mathematics:

1) Perkongsian

2) Kurikulum

3) Pengajaran

4) Pembelajaran

18
5) Pentaksiran

6) Teknologi

Proses piawai National Council Teaching Mathematics:

1) Penyelesaian masalah

2) Sebab akibat/ penaakulan

3) Komunikasi

4) Hubungan

5) Gambaran

Pendekatan yang digunakan : pendekatan projek

Kemahiran Proses Sains :

1) Memerhati

2) Membanding beza

3) Mengelas

4) Mengukur dan menggunakan nombor

5) Membuat eksperimen

6) Membuat ramalan

7) Membuat inferens

8) Komunikasi

Konsep asas dan sikap sains yang diajar :

19
1) Ciri-ciri tumbuhan (daun dan bunga) seperti warna, bentuk, saiz, bau, dan
sebagainya.

2) Ciri-ciri yang terdapat pada bunga-(ros, cempaka, matahari)

3) Struktur asas tumbuhan iaitu seperti pokok bunga ros.

4) Struktur kulit kayu (bark) adalah berbeza mengikut pokok

5) Warna daun dan bunga akan berubah selepas beberapa hari disimpan.

Mata Pelajaran lain yang diintergrasi :

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Muzik, Moral, Matematik dan Sains.

Bahan dan peralatan :

Buku skrap, pembaris, pelekat, lembaran kerja, gunting, kertas warna, kanta pembesar,
buku tebal, pensil warna, radio, speaker, komputer, LCD, cd lagu, tayangan slide show,

20

You might also like