You are on page 1of 7

PdPR

BAHASA MELAYU
PENULISAN

BAHAGIAN B
MEMBINA ULASAN
Disediakan oleh
Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Siol Kanan
Kuching

2021

A. FORMULA MENJAWAB SOALAN MEMBINA ULASAN


1. Terdapat pelbagai bentuk bahan rangsangan yang boleh disoaln
dalam soalan MEMBINA ULASAN. Antaranya termasuklah petikan,
poster, jadual, iklan, puisi, atur cara majlis dan sebagainya.
2. Fokus bagi soalan membina ulasan lebihtertumpu kepada idea sekali
gus menguji tahap kemahiran menulis dan kemahiran membaca yang
dikuasai oleh murid.
3. Ulasan yang baik mestilah mempunyai isi atau idea tersurat dan
tersirat yang relevan dengan bahan.
4. Bagi menghasilkan ulasan yang cemerlang, murid boleh
menggunakan Teknik P2M2SK, iaitu Pendahuluan, Misalnya,
manakala, Selain itu, Seterusnya dan Kesimpulannya.
5. Murid-murid juga boleh menggunakan Teknik PASAK, iaitu
Penfahuluan, Antara, Selain itu, Akhir sekali dan Kesimpulannya
bagi menghasilkan ulasan yang cemerlang.
6. Perhatikan contoh formula cara-cara membina ulasan di bawah ini.
B. LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB SOALAN MEMBINA ULASAN
1. Murid perlu mencari tema utama dan menyenaraikan idea yang
terdapat dalam bahan rangsangan yang dikemukakan.

Contoh Soalan :
Petikan di bawah ini berkaitan dengan Hari Keusahawanan
Sekolah. Tulis ulasan tentang kebaikan hari keusahawanan tersebut
dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 perkataan.

2. Kemudian, bina rangka jawapan dan ayat lengkap yang


mengandungi idea yang diberikan.
3. Murid boleh membina satu atau lebih perenggan tentang tajuk yang
dikehendaki. Ulasan yang baik perlu ada pendahuluan ringkas, isi-isi,
dan penutup ringkas.
4. Murid perlu memastikan ulasan yang ditulis berkait dengan tajuk
soalan.
5. Selain idea yang diperoleh terus daripada bahan rangsangan, idea yang
tersirat juga boleh dinyatakan bagi menyokong dan mengukuhkan
idea sedia ada (idea tersurat).

C. SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan

Pandemik COVID-19 merupakan sejenis virus yang menyebabkan jangkitan


pada saluran pernafasan.
Berdasarkan gambar-gambar di bawah ini, tulis ulasan tentang langkah-
langkah mencegah pandemik COVID-19 dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Arahan kepada murid.


Murid-murid dikehendaki menyalin:
A. Soalan tugasan: Pandemik COVID-19 merupakan sejenis virus yang
menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan.

Berdasarkan gambar-gambar di bawah ini, tulis ulasan tentang


langkah-langkah mencegah pandemik COVID-19 dalam bentuk
perenggan.
B. Rangka Jawapan (di bawah)

C. Jawapan karangan yang telah dilengkap isi.

Murid-murid diminta menghantar tugasan masing-masing mengikut arahan


guru Bahasa Melayu masing-masing.

Rangka Jawapan

1. Pendahuluan – Langkah-langkah mencegah pandemic COVID-19.


2. Tutup mulut dan hidung – menggunakan tisu – batuk atau bersin
3. Kerap cuci tangan – gunakan sanitasi tangan
4. Memakai pelitup muka – tempat awam
5. Mengamalkan penjarakan fizikal – tidak bersentuhan
6. Penutup – Kesimpulan

Saranan jawapan

Selain berkesan berulang hendaklah samping


perlu bersihnya Kesimpulannya menggunakan
Seterusnya melanda bersentuhan

Jawapan

Gambar-gambar tersebut menunjukkan langkah-langkah yang


___(1)___ dilakukan untuk mencegah pandemik COVID-19.
Antara langkahnya termasuklah kita ___(2)___ menutup mulut
dan hidung ___(3)___ tisu apabila batuk dan bersin. ___(4)___ itu, kita
mestilah kerap mencuci tangan dengan ___(5)___ atau gunakan sanitasi
tangan. Jika kita kerap mencuci tangan segala kuman dan bakteria
dapat dibasmi dengan lebih ___(6)___. Di ___(7)___ itu, kita disarankan
memakai pelitup muka setiap kali ke tempat awam. Kita tidak
digalakkan menggunakan pelitup muka secara ___(8)___ kali.
___(9)___, kita perlulah mengamalkan penjarakan fizikal setiap kali
berada di tempat awam supaya tidak ___(10)___ antara satu dengan
yang lain.
___(11)___, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita
mestilah mengamalkan langkah-langkah tersebut bagi memutuskan
rantaian pandemik COVID-19 yang ___(12)___ negara kita ini.

You might also like