You are on page 1of 6

04/09/2021, 14:19 Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj Rabbani

Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj


Rabbani
September 3, 2021

Oleh DR WAN ADLI WAN RAMLI

Ketua Jabatan Akidah Universiti Malaya

DASAR Manhaj Rabbani akan diteruskan dan diperkasakan oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menurut laporan berita.

Penerusan dan pemerkasaan ini sangat wajar kerana Rabbani adalah konsep yang
bersumberkan wahyu serta terdiri daripada beberapa elemen yang sesuai sebagai suatu
dasar pemerintahan negara.

Sebahagian elemen tersebut telah pun dinyatakan oleh pemimpin negara. Walau
bagaimanapun, rujukan terhadap karya para ulama yang lebih muktabar menunjukkan lebih
banyak elemen yang wajar dicambahkan untuk mensyarahkan konsep Rabbani, seterusnya
menggayakan aplikasinya dalam Dasar Manhaj Rabbani.

Elemen dalam dasar Manhaj Rabbani

Beberapa elemen dalam konsep Rabbani telah dinyatakan oleh mantan pemimpin negara.
Misalnya, ketika berucap mengenai tema Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan
Tahun 1442H/2020M, iaitu “Ummah Rabbani Negara Harmoni”, mantan Perdana Menteri
merujuk kepada Rasulullah s.a.w sebagai “contoh ikutan yang baik,” dan “merupakan sebaik-
baik teladan yang memiliki sifat-sifat Rabbani dan akhlak terpuji, yang tiada tolok bandingnya
dan menjadi rujukan dalam kehidupan manusia.”

Berbeza dengan penekanan ini, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) sebaliknya dilaporkan menyatakan bahawa Manhaj Rabbani berpaksikan tiga ciri
utama, thaqafah (keilmuan), ruhaniyyah (kerohanian) dan da‘wah (aktivisme).

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/03/elemen-pemerintahan-dalam-dasar-manhaj-rabbani/ 1/6
04/09/2021, 14:19 Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj Rabbani

Dilaporkan juga bahawa teras dasar itu adalah Maqasid Insaniyyah Rabbaniyyah.

Di sini, konsep Rabbani ini telah dicampur dengan konsep Maqasid Syariah. Di samping tiga
paksi utama di atas, dilaporkan pula bahawa Manhaj Rabbani menjadikan tujuh prinsip utama
sebagai hala tuju.

Tujuh prinsip yang juga menjadi hala tuju ini adalah pertama Rahmat iaitu membabitkan
pentadbiran yang membawa mesej kasih sayang, kesusilaan dan kecaknaan merentas
agama dan bangsa. Kedua, Aman iaitu pentadbiran yang membawa mesej kesederhanaan
atau wasatiyyah Islam, menolak ekstremisme (ifrat) dan pemikiran liberal Muslim (tafrit) serta
menyeru kepada keharmonian antara agama dan fiqh ta‘ayush (co-existence)

Ketiga bertuhan iaitu pentadbiran yang menjadikan nilai-nilai agama berteraskan Maqasid
Syariah sebagai paksi dalam merancang segala dasar, kaedah pelaksanaan dan solusi
permasalahan.

Keempat bakti iaitu pentadbiran yang menekankan kebajikan, kemanusiaan dan bakti kepada
ummah merentasi agama dan bangsa.

Kelima, adil iaitu pentadbiran yang menjunjung tinggi prinsip-prinsip perundangan dalam
menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan Perlembagaan
Persekutuan.

Keenam, nurani iaitu pentadbiran yang mengangkat nilai kerohanian dan logik bertunjangkan
wahyu dalam mendepani apa jua cabaran semasa.

Ketujuh insani iaitu pentadbiran yang mempertahankan fitrah kemanusiaan dan kemuliaan
insan (karamah insaniyyah).

Tujuh prinsip hala tuju ini, walaupun dijelaskan bahawa ia adalah terjemahan daripada setiap
huruf dalam perkataan R-A-B-B-A-N-I, tetapi harus diulas bahawa konsep “Bertuhan” hanya
berada di kedudukan atau susunan ketiga, sedangkan ia adalah perkara paling tunjang dalam
ajaran Islam.

Begitu pun, apabila diteliti pula huraiannya, sekali lagi berlaku campur-aduk dengan konsep
Maqasid Syariah, yang tidak berhubung secara langsung dengan kalimah “Bertuhan”.

Dalam suatu maklumat lain mengenai konsep Rabbani, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia menyatakan bahawa ia adalah “suatu motivasi kepada ummah untuk
meletakkan nilai “Rabbani” iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa
jua keadaan dan situasi getir dan sukar.”

Penjelasan ini disambung lagi dengan keterangan bahawa “Manhaj Rabbani membawa
maksud bagaimana cara atau jalan untuk menjadikan ummah meletakkan Allah SWT sebagai
keutamaan dan panduan dalam segala amalan, perbuatan dan matlamat hidup serta
diniatkan semata-mata kerana-Nya.”

Semua maklumat mengenai konsep Rabbani di atas, berbeza pula dengan prinsip Rabbani
dalam kertas Urus Tadbir Rabbani ke Arah Pencapaian Maqasid Syariah, yang dibicarakan

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/03/elemen-pemerintahan-dalam-dasar-manhaj-rabbani/ 2/6
04/09/2021, 14:19 Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj Rabbani

dalam suatu wacana anjuran Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
yang bertemakan “Maqasid Syariah Asas Manhaj Rabbani.”

Dalam kertas ini, enam elemen dibincangkan sebagai prinsip Rabbani, iaitu
pertanggungjawaban (akauntabiliti), ketelusan, keadilan, integriti, persamaan, dan kebebasan.

Apabila ditinjau, prinsip persamaan yang digambarkan seolah-olah bertentangan dengan


kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, perkara 153.

Demikian juga, prinsip yang dinamakan kebebasan diisi dengan konsep dakwah, amar makruf
nahi mungkar, menghukum kesalahan dan nasihat. Tambahan lagi, penjelasan yang
dikemukakan tidak mengikat semua prinsip tersebut kepada peristilahan Rabbani dalam
wahyu.

Selain kepelbagaian yang amat sangat daripada aspek konseptual di atas, maklumat
mengenai Manhaj Rabbani juga didapati bercampur aduk dengan Maqasid Syariah.

Ketika mempersidangkan Dasar Manhaj Rabbani, didapati Maqasid Syariah yang diletakkan
sebagai nilai asas dalam tadbir urus, prinsip panduan, amalan standard, kerangka strategik,
prinsip inisiatif baharu berimpak tinggi, prinsip kepada penzahiran implementasi.

Dalam perkara ini, boleh diberikan komentar bahawa bukan sesuatu yang salah dan buruk
untuk mensintesiskan atau membina hibrid daripada pelbagai konsep yang memang
semuanya Syar‘i.

Namun, wajar disusun semuanya secara teratur. Jika betul konsep Rabbani hendak dijadikan
suatu manhaj iaitu proses dan konsep Maqasid Syariah adalah maqasid atau objektifnya,
maka konsep yang sesuai perlu diletakkan di tempatnya sama ada sebagai nilai asas dalam
tadbir urus, prinsip panduan, amalan standard, kerangka strategik, prinsip inisiatif baharu
berimpak tinggi, atau prinsip kepada penzahiran implementasi.

Atas kefahaman ini, perlu diakui bahawa sekurang-kurangnya, amalan standard mesti diisi
dengan konsep Manhaj Rabbani, bukan Maqasid Syariah.

Dalam menilai ketidakjituan konseptual ini, adalah batil pula jika “pengenalan Dasar Manhaj
Rabbani [yang] merupakan kesinambungan kepada Dasar-dasar terdahulu” dihubungkan
dengan konsep Hifz al-Din menurut Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, Hifz al-Din kononnya “bermakna agama lain terpelihara dari sudut
kewujudannya” melalui suatu gimnastik rasionalisasi beralasan bahawa “prinsip universal
Islam ialah tiada paksaan dan untuk melaksanakannya Allah menetapkan kewujudan agama
lain sepanjang sejarah manusia,” tanpa mempedulikan hakikat keredaan atau kemurkaan
Allah SWT dalam Iradat-Nya.

Dengan kata lain, apa yang dikehendaki Mujahid bukan sekadar kebebasan beragama, tetapi
pemeliharaan dan penjagaan terhadap agama selain Islam agar agama itu terus wujud, tidak
pupus.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/03/elemen-pemerintahan-dalam-dasar-manhaj-rabbani/ 3/6
04/09/2021, 14:19 Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj Rabbani

Contohnya, katakan suatu agama bukan Islam tertentu telah semakin diabaikan oleh manusia
seluruhnya, katakan lagi tinggal seorang sahaja yang beragama tersebut, maka Mujahid
hendak memelihara dan menjaga agar orang itu tidak meninggalkan agamanya, malah kalau
orang itu sudah tua, Mujahid hendak agama tersebut dianuti oleh orang lain yang lebih muda,
agar agama tersebut terus wujud.

Semua kekarutan ini kononnya atas alasan hendak melaksanakan ketetapan Allah SWT yang
mewujudkan agama lain sepanjang sejarah manusia.

Setakat ini, dapat dirumuskan bahawa masih ada beberapa isu yang perlu dijelaskan.

Antara yang utamanya adalah kejituan konsep Manhaj Rabbani itu sendiri. Masalah ini perlu
disedari memandangkan kepelbagaian maklumat yang ada dan tersebar mengenai konsep ini
bersumberkan ucapan dan kenyataan pemimpin negara dan agensi agama.

Elemen dalam Konsep Rabbani menurut Ahli Tafsir

Kejituan sesuatu idea dan konsep keagamaan menuntut rujukan kepada sumber utama iaitu
al-Qur’an. Apabila diselidik secara objektif, pelbagai konsep dan idea boleh diekstrak daripada
wahyu seperti Rabbani, Falah (qad aflaha al-mukminun), ‘Ibad al-Rahman (wa ‘ibad al-
Rahman alladhina…) dan sebagainya.

Dalam semua konsep ini, sudah tentu tidak dapat dinafikan elemen Rasulullah sebagai
teladan, keilmuan, kerohanian, aktivisme, rahmat, aman, bertuhan, bakti, adil, nurani, insani,
Allah SWT sebagai segala-galanya, tanggung jawab, telus, integriti, persamaan, kebebasan,
ilmu, amal, ikhlas dan sebagainya.

Malah, jika dilihat daripada perspektif bersepadu, mungkin boleh dikatakan bahawa konsep
Rabbani adalah ‘ubudiyyah yang membawa al-falah atau kejayaan, manakala ‘Ibad al-
Rahman adalah hamba yang Rabbani dan berjaya, sedangkan al-Falah adalah ‘Ibad al-
Rabbani.

Namun, satu perkara lain yang berkemungkinan besar tidak dapat dinafikan juga adalah
perbezaan elemen yang boleh jadi ditekankan dalam konsep berkenaan dan teks sumbernya,
jika dianalisis dan diteliti secara mendalam.

Elemen yang berbeza ini, seterusnya, dapat diandaikan lebih sesuai dan relevan diaplikasikan
dalam konteks tertentu, berbanding jika diimplementasikan tanpa idealisme analitis.

Dengan itu, mencampur-adukkan pelbagai konsep wahyu, mengakibatkan kesempitan


sumber intelektual bagi sarjana mengekstrak panduan tekstual yang relevan dengan keadaan
kontekstual yang dihadapi manusia.

Berlandaskan kesedaran ini, tinjauan awal terhadap konsep Rabbani memperlihatkan bahawa
beberapa elemen dibincangkan oleh para ulama dan sarjana Islam dalam menghuraikan
konsep Rabbani.

Antaranya adalah ilmu, amal, ikhlas, kebergantungan mutlak kepada Allah SWT, tarbiah dan
sebagainya.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/03/elemen-pemerintahan-dalam-dasar-manhaj-rabbani/ 4/6
04/09/2021, 14:19 Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj Rabbani

Walau bagaimanapun, dalam konteks membincangkan Dasar Manhaj Rabbani, dirasakan


elemen yang sepatutnya ditonjolkan adalah pemerintahan, kepemimpinan, urus tadbir dan
perundangan. Idea ini adalah bersumberkan syarahan beberapa ahli tafsir terhadap kalimah
rabbaniyyin dalam al-Qur’an, surah Ali ‘Imran (3), ayat 79.

“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan
hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai:
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan
menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang
Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna),
kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu
mempelajarinya.

Contohnya, Abu Ja‘far al-Tabari, yang meriwayat tiga tafsir terhadap kalimah rabbaniyyin,
antaranya hum wulat al-nas wa qadatuhum, akhirnya merumuskan bahawa:

‫ وهو الذي‬،‫ الذي يرُّب الناس‬:‫ وأن الربـانـّي الـمنسوب إلـى الَّر َّبـان‬، ‫وأولـى األقوال عندي بـالصواب فـي الربـانـيـين أنهم جمع ربـانـّي‬
‫ ويقوم بها‬،‫يصلـح أمورهم ويربها‬.

Maksudnya: Pendapat yang lebih betul pada pandanganku mengenai (maksud) al-
Rabbaniyyin adalah ia kata jamak bagi Rabbani, dan Rabbani adalah bernisbah kepada
ketua, iaitu yang mengetuai orang ramai, dan yang memperbaiki urusan mereka dan
memerintah dan mendirikan urusan tersebut.

Tambahan lagi, Fakhr al-Din al-Razi, yang mengemukakan empat tafsir terhadap kalimah
rabbaniyyin, menyatakan juga bahawa:

،‫ ال أدعوكم إلى أن تكونوا عبادًا لي‬:‫ ومعنى اآلية على هذا التقدير‬.‫فالربانيون هم والة األمة والعلماء… وهما الفريقان اللذان يطاعان‬
‫ولكن أدعوكم إلى أن تكونوا ملوكًا وعلماء باستعمالكم أمر هللا تعالى ومواظبتكم على طاعته‬.

Maksudnya: Maka al-Rabbaniyyun adalah pemerintah ummah dan ulama… dan kedua-dua
golongan ini adalah yang ditaati. Dan makna ayat [al-Qur’an, surah Ali ‘Imran (3), ayat 79]
mengikut tafsiran ini: Aku tidak menyuruh kamu menjadi abdi penyembahku, sebaliknya aku
menyuruh kamu menjadi pemerintah dan ulama melalui pelaksanaan kamu terhadap perintah
Allah Ta‘ala dan ketekunan kamu dalam ketaatan terhadap-Nya.

Dalam dua nukilan di atas, dua ahli tafsir hebat sepakat meriwayatkan dan mengemukakan
antara elemen yang terkandung dalam konsep Rabbani adalah pemerintahan, kepemimpinan,
urus tadbir dan perundangan.

Jika demikian, elemen ini yang wajar diberikan fokus dan perhatian dalam membina Dasar
Manhaj Rabbani, tanpa menafikan elemen lain seperti ilmu, amal, ikhlas, tarbiah dan
sebagainya.

Di samping itu, didapati ada juga ahli tafsir yang tidak mengekstrak elemen pemerintahan
dalam syarahan mereka terhadap istilah Rabbani. Contohnya, Sa‘id Hawwa mentafsirkan
bahawa ungkapan kunu rabbaniyyin dalam al-Qur’an, surah Ali ‘Imran (3), ayat 79, menyeru
manusia menjadi ulama, hukama, orang yang lemah lembut (hulama’ – juga tidak lekas
marah, penyabar) dan orang yang bertakwa (atqiya’) melalui mempelajari dan mengajar al-
Qur’an.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/03/elemen-pemerintahan-dalam-dasar-manhaj-rabbani/ 5/6
04/09/2021, 14:19 Elemen pemerintahan dalam dasar Manhaj Rabbani

Sifat mereka ini adalah berpegang kuat dengan agama Allah dan mentaati-Nya melalui ilmu,
kefahaman (fiqh) dan kesabaran (hilm), serta juga merupakan ahli ibadat.

Tafsiran ini, sudah tentu tidak menafikan elemen Rabbani yang ditafsirkan oleh ahli tafsir yang
lebih muktabar di atas. Demikian juga, ia tidak bermaksud Sa‘id Hawwa menafikan atau
bahkan jahil mengenai kekayaan elemen dalam tafsiran konsep Rabbani.

Perbincangan di atas merujuk kepada satu ayat sahaja,


sedangkan ada dua lagi ayat yang juga mesti dikaji. Justeru,
pembentangan ini sudah tentu menuntut suatu penyelidikan
dilaksanakan demi mencambahkan dan kemudian menjitukan
konsep Rabbani dan elemennya yang wajar, sesuai dan
utama bagi menjadi teras kepada Dasar Manhaj Rabbani.

Ini selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri dilaporkan


merujuk kepada peranan cendekiawan dan sarjana Islam di
universiti dalam merealisasikan Dasar Manhaj Rabbani,
melalui kolaborasi pintar, seminar, persidangan, dan dialog
universiti-industri berdasarkan kajian penyelidikan. Dr Wan Adli Wan Ramli

Penutup

Pelbagai konsep dalam Islam telah diangkat sebagai dasar dalam pemerintahan kerajaan di
Malaysia yang silih berganti. Antara pelbagai konsep lalu, dirasakan konsep Rabbani paling
sesuatu kerana ia mengandungi dan terdiri daripada elemen pemerintahan, kepemimpinan,
urus tadbir dan perundangan, tanpa menafikan elemen lain seperti ilmu, amal, ikhlas, tarbiah,
Rasulullah sebagai teladan, keilmuan, kerohanian, aktivisme, rahmat, aman, bertuhan, bakti,
adil, nurani, insani, Allah SWT sebagai segala-galanya, tanggung jawab, telus, integriti,
persamaan, kebebasan dan sebagainya.

Selain itu, berdasarkan sintesis dan susunan sedia ada, konsep Rabbani boleh sahaja
dijadikan suatu manhaj iaitu proses ke arah konsep Maqasid Syariah yang merupakan
maqasid atau objektifnya. Oleh itu, suatu penyelidikan lanjut wajar dilaksanakan. –
HARAKAHDAILY 3/9/2021

share & sebarkan:

    

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/03/elemen-pemerintahan-dalam-dasar-manhaj-rabbani/ 6/6

You might also like