You are on page 1of 18

Topik  Alat

Pentaksiran
3
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan dua kaedah mengumpul data berkenaan kanak-kanak;

2. Mengenal pasti alat pentaksiran yang boleh digunakan oleh penjaga


dan guru di kelas prasekolah; dan

3. Mengenal pasti alat pentaksiran lisan yang boleh digunakan di dalam


kelas prasekolah.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar soalan daripada ibu bapa mengenai anak mereka,
seperti berikut:

Ibu : Bagaimana anak saya jatuh? Di mana dan bilakah ini berlaku?
Guru A : Eh.......................saya akan selidik..........
Guru B : Saya baru nampak....................

Ramai orang mengetahui tentang kemalangan itu tetapi mereka hanya tahu
sedikit sahaja. Apakah patut dilakukan oleh penjaga atau guru supaya soalan
seperti yang diajukan oleh ibu tadi boleh dijawab?

Topik ini akan menerangkan bagaimana maklumat itu dikumpulkan dan apakah
alat pentaksiran lisan dan pemerhatian yang digunakan. Setiap alat pentaksiran
dibincangkan dari sudut matlamat, kelebihan dan kelemahan.
AKTIVITI 2.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

3.1 PENGUMPULAN MAKLUMAT/


PENGAMBILAN DATA
Pengumpulan maklumat adalah penting kerana ia menjadi asas kepada
pentaksiran. Semua maklumat mesti direkodkan dengan nama dan tarikh. Ini akan
membolehkan guru mengambil tindakan lanjutan. Maklumat berkenaaan
perkembangan kanak-kanak boleh diperoleh melalui pemerhatian, senarai
semakan, gambar, rekod bertulis dan hasil kerja kanak-kanak. Segala yang
dikumpulkan boleh menjadi koleksi lengkap yang boleh dijadikan bahan untuk
menilai kanak-kanak.

Dua pendekatan boleh diambil, iaitu:

(a) Pendekatan langsung; dan

(b) Pendekatan tidak langsung.

Sekarang mari kita mempelajari kedua-dua pendekatan ini dengan lebih lanjut.

(a) Pendekatan Langsung


Ini adalah bentuk pengumpulan maklumat yang mengenal pasti tingkah laku
sebenar kanak-kanak. Pendekatan secara langsung atau spontan dibuat
dengan memerhatikan kanak-kanak tanpa gangguan di dalam persekitaran
semula jadi tanpa menukar suasana yang sedia ada; setiap tingkah laku kanak-
kanak diambil kira serta waktu ia berlaku. Perkembangan direkodkan secara
spontan.

Kadangkala, ada peristiwa yang tidak dijangka berlaku dan ini memberikan
peluang untuk merekodkan perkembangan tingkah laku luar biasa yang tidak
pernah dilihat sebelumnya. Contohnya, seorang kanak-kanak yang tidak
pernah bercakap atau menyuarakan apa-apa sebelum ini, tiba-tiba
memberikan respons apabila guru bertanya, „Siapakah ingin berenang di
dalam kolam hari ini?‰ kerana dia suka berenang. Oleh itu, perkembangan
bahasa diperhatikan secara tidak langsung pada masa ini dan mesti
direkodkan untuk rujukan. Rajah 3.1 memaparkan perbualan pada waktu
pagi antara guru dan kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  35

Rajah 3.1: Perbualan pada waktu pagi

(b) Pendekatan Tidak Langsung


Ini melibatkan pemerhatian berstruktur yang tingkah laku kanak-kanak
diperhatikan oleh penjaga atau guru mengikut suatu prosedur di dalam
persekitaran yang disediakan yang kondusif bagi mencungkil tingkah laku
yang diperhatikan. Pentaksiran dibuat dengan memerhatikan jenis
perkembangan atau pembelajaran spesifik yang berlaku. Misalnya,
perkembangan yang dijangka semasa kanak-kanak bermain dengan blok
(lihat Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Kanak-kanak bermain dengan blok

Kedua-dua pendekatan digunakan dalam mentaksir kanak-kanak. Ini adalah


kerana ada kalanya pentaksiran perlu diulang beberapa kali dan ini akan
membosankan kanak-kanak. Jika pentaksiran dilakukan menggunakan pelbagai
teknik, pencapaian kanak-kanak akan dipertingkatkan. Pentaksiran dalam suasana
semula jadi adalah lebih tenang. Ini kerana kanak-kanak berkelakuan semula jadi
tanpa merasa tertekan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

Apakah yang mesti dilakukan dengan maklumat yang diperoleh? Penjaga dan guru
mesti menyediakan laporan tentang apa yang diperhatikan dan didengar sebagai
bukti perkembangan setiap kanak-kanak.

3.2 ALAT PEMERHATIAN


Terdapat pelbagai alat pentaksiran yang digunakan dalam pemerhatian. Pemilihan
dibuat bergantung pada matlamat, aktiviti dan lokasi proses pemerhatian tersebut.

Alat ini boleh dikategorikan di bawah maklumat, pensampelan, skala pengukuran


dan senarai semak. Setiap kategori mempunyai kaedah tersendiri seperti
ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Contoh pemerhatian

Alat pentaksiran dalam bentuk petikan atau penjelasan digunakan secara meluas
oleh guru. Dua kaedah tersebut adalah rekod anekdot dan rekod berterusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  37

3.2.1 Rekod Anekdot


Dalam pengajaran harian di taman asuhan kanak-kanak atau prasekolah, anda
mungkin memerhatikan tingkah laku yang tidak dijangka dalam kalangan kanak-
kanak. Rekod yang dibuat oleh anda tentang peristiwa sebegini disebut rekod
anekdot. Ia nota yang dibuat oleh guru secara tidak rasmi tentang peristiwa yang
berkaitan dengan perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah, dan sebagainya.

Rekod dibuat berdasarkan pemerhatian yang bertumpu kepada individu. Catatan


dibuat berkenaan peristiwa yang berlaku tanpa dirancang. Nota singkat dicatat
tentang tingkah laku positif atau negatif. Anda mesti mengelak daripada
menggunakan perkataan yang mengelirukan seperti pandai, nakal, tidak beradab,
baik dan cemerlang.

Gunakan perkataan yang singkat tetapi tepat seperti yang berikut:

(a) Mengambil bahagian secara aktif;

(b) Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan suatu tugas; dan

(c) Mengalami masalah bercakap.

Rekod secara ringkas apa-apa peristiwa yang penting dalam aspek perkembangan
kanak-kanak yang boleh dijadikan titik rujukan bagi tingkah laku pada masa
hadapan. Rekod anekdot menghuraikan maklumat tentang tingkah laku atau
peristiwa pada suatu masa yang tertentu. Ia menerangkan apa-apa kejadian atau
peristiwa dalam masa yang sangat singkat ă sesingkat satu saat atau minit. Rekod
anekdot juga memastikan maklumat tentang sesuatu peristiwa itu direkodkan: bila,
mana, siapa dan apa yang berlaku. Laporan individu ini boleh dikongsi dengan ibu
bapa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

Contoh rekod anekdot:

Jadual 3.1 memaparkan kelebihan dan kelemahan rekod anekdot.

Jadual 3.1: Kelebihan dan Kelemahan Rekod Anekdot

Kelebihan Kelemahan
 Latihan khas tidak diperlukan untuk  Ia tidak memberikan gambaran jelas
pemerhatian. kerana apa-apa peristiwa atau kejadian
 Pemerhatian bersifat terbuka. adalah menarik hanya kepada
pemerhati.
 Pemerhati boleh merekod apa sahaja
yang diperhatikan.  Ia sangat bergantung pada ingatan
pemerhati kerana suatu peristiwa itu
 Pemerhati boleh menyaksikan direkodkan hanya selepas ia berlaku.
peristiwa dan kejadian yang tidak
dijangka pada bila-bila masa.  Peristiwa itu mungkin disalahfaham.
 Pemerhati boleh melihat dan  Sukar untuk menganalisis suatu
merekodkan tingkah laku yang peristiwa itu dan membuktikannya
tampak. secara saintifik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  39

Merekodkan pemerhatian adalah sangat penting kerana peristiwa, pergerakan atau


ucapan akan berlaku dengan cepat. Yang berikut ialah panduan merekodkan
pemerhatian supaya pemerhatian anda adalah tepat. Maklumat yang mesti
direkodkan adalah:

(a) Ekspresi muka;

(b) Bahan interaktif;

(c) Interaksi dengan rakan sebaya dan guru;

(d) Pergerakan badan;

(e) Bahasa gerak-geri;

(f) Bahasa lisan; dan

(g) Rentang perhatian.

3.2.2 Rekod Berterusan/Rekod Semasa


Ini ialah peralatan untuk merekodkan tingkah laku kanak-kanak dan berbentuk
penjelasan atau cerita. Rekod berterusan melaporkan semua pemerhatian yang
dibuat khusus terhadap seorang atau sekumpulan kanak-kanak apabila suatu
peristiwa berlaku. Setiap tingkah laku dan perbualan direkodkan semasa
pemerhatian.

Pemerhatian spesifik ini biasanya dijalankan selama 5 atau 10 minit. Catatan dibuat
tentang tingkah laku yang khusus semasa waktu yang khusus. Rekod ini boleh
digunakan untuk menilai perkembangan dari segi fizikal, sosial, emosi, bahasa,
konsep diri, rentang perhatian, kebolehan menyelesaikan masalah, ingatan dan stail
pembelajaran. Anda boleh menggunakan perkembangan bahasa terutamanya
dalam aspek pembacaan untuk direkodkan. Tumpukan kepada bidang
pembelajaran yang khusus untuk melihat perkembangan dalam setiap bidang yang
terlibat. Tulis secara jelas dengan memberikan perhatian kepada kemahiran atau
perkembangan yang diperhatikan.

Contoh rekod berterusan:

Nama kanak-kanak: Muhammad Nazriel Haziq bin Nasaruddin


Tarikh : 8 Julai 2013
Masa : 9.00 pagi.- 9.10 pagi
Nama guru : Rosazizi binti Abd Rahim

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

Pemerhatian Komen

Jadual 3.2 memaparkan kelebihan dan kelemahan rekod berterusan atau semasa.

Jadual 3.2: Kelebihan dan Kelemahan Rekod Berterusan atau Semasa

Kelebihan Kelemahan
 Rekod keseluruhan akan mengandungi  Ia mengambil masa.
banyak maklumat dan tidak akan  Sukar untuk merekodkan semua yang
terbatas kepada satu peristiwa, episod diperhatikan dalam suatu masa tanpa
atau tingkah laku. meninggalkan suatu perkara lain yang
 Oleh sebab ia bersifat terbuka, ia penting.
membolehkan pemerhati untuk  Pemerhati menggunakan pendekatan
merekodkan semua yang dilihat dan langsung dari suatu jarak daripada
tidak terbatas kepada pemerhatian satu kanak-kanak yang diperhatikan dan
tingkah laku yang khusus sahaja. untuk suatu tempoh yang lama.
 Ia lebih tepat kerana catatan dibuat  Ia mungkin sukar untuk pemerhati
semasa pemerhatian sedang dibuat. untuk berkelakuan seperti biasa agar
 Pemerhati tidak memerlukan apa-apa kanak-kanak tersebut tidak merasa
latihan khas. seperti mereka diperhatikan.

SEMAK KENDIRI 3.1

Pilih seorang kanak-kanak (2 hingga 6 tahun); cuba perhatikannya


selama 10 minit dan rekodkan apa yang boleh. Perhatikan ekspresi
mukanya, interaksi dengan rakan sebaya dan guru, pergerakan, bahasa
gerak-geri, bahasa lisan dan rentang perhatian kanak-kanak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  41

3.2.3 Pensampelan
Ini ialah satu cara memerhatikan sampel tingkah laku spesifik untuk mengetahui
berapa kerap, berapa lama dan bila tingkah laku itu berlaku. Rekod sampel masa
boleh dibahagikan kepada:

(a) Sampel masa; dan

(b) Sampel peristiwa.

Mari kita lihat kedua-dua sampel ini.

(a) Sampel Masa


Penerangan mengenai sampel masa adalah seperti yang berikut:

(i) Mengikut kaedah ini, pemerhati mencatat kekerapan berlakunya suatu


tingkah laku yang khusus dalam suatu tempoh.

(ii) Ia melibatkan pemerhatian suatu tingkah laku khusus seorang atau


sekumpulan kanak-kanak.

(iii) Kaedah ini merupakan cara yang mudah untuk menyelidik tingkah laku
satu atau dua kanak-kanak pada masa yang sama.

(iv) Pemerhati akan duduk bersebelahan dengan kedua kanak-kanak yang


sedang diperhatikan.

(v) Pemerhatian dibuat untuk beberapa minit, iaitu untuk tempoh tiga
hingga lima minit setiap kali. Ini akan membolehkan satu minit untuk
pemerhatian dan dua minit untuk pencatatan.

Contoh Borang

Masa Pemerhatian Komen/Kekerapan


0.00 Halim (H): Julia (J)
0.05 Halim (H): Julia (J)
0.10 Halim (H): Julia (J)
Implikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

(b) Sampel Peristiwa


Kaedah ini sesuai untuk memerhatikan tingkah laku bermasalah dalam
kalangan kanak-kanak.

(i) Kaedah pemerhatian ini memberikan maklumat yang berguna sebagai


asas untuk pemerhatian tingkah laku bermasalah dan penyelesaiannya.

(ii) Kaedah ini menumpukan secara khusus pada peristiwa di mana suatu
tingkah laku spesifik berlaku.

(iii) Biasanya seorang kanak-kanak diperhatikan selama 15 saat dan


pencatatan dibuat untuk 30 saat. Selepas itu, proses itu beralih kepada
kanak-kanak yang lain pula.

(iv) Tingkah laku direkodkan dengan mudah.

(v) Tingkah laku berulang dalam kalangan kanak-kanak seperti senyum


boleh direkodkan hanya dengan huruf S dan menangis sebagai N.

Jadual 3.3 memaparkan kelebihan dan kelemahan pensampelan.

Jadual 3.3: Kelebihan dan Kelemahan Rekod Pensampelan

Kelebihan Kelemahan
 Mengambil masa yang singkat dan  Ia bukan kaedah terbuka dan banyak
melibatkan kurang kerja berbanding maklumat penting yang akan
dengan pentaksiran berterusan. tertinggal.
 Lebih objektif dan terkawal kerapan  Ia tidak menghuraikan tingkah laku,
tingkah laku spesifik itu dikenal pasti. sebab dan kesan kerana lebih
 Membolehkan pemerhati untuk bertumpu kepada masa (bila dan
mengumpul data dan memerhatikan berapa kerap tingkah laku itu berlaku).
tingkah laku sekumpulan kanak-  Ada kemungkinan berlakunya berat
kanak pada masa yang sama. sebelah (bias).
 Jika tingkah laku yang ingin  Bertumpu kepada kekerapan suatu
diperhatikan itu berlaku dalam tingkah laku.
tempoh pemerhatian, kaedah ini akan  Selalu bertumpu pada tingkah laku
menghasilkan maklumat yang negatif yang mungkin mempengaruhi
berguna. pentaksiran kanak-kanak tersebut.
 Memberikan keputusan kuantitatif
yang bermanfaat untuk analisis
statistik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  43

3.2.4 Skala Pengukuran


Skala pengukuran ialah lagi satu alat untuk merekodkan tingkah laku kanak-
kanak. Ia menilai kemahiran atau amalan berdasarkan satu skala yang
menunjukkan tahap kemajuan dan prestasi daripada tingkah laku yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak. Skala itu menentukan kedudukan tingkah laku
yang diperhatikan. Setiap tingkah laku dinilai daripada yang paling rendah
kepada yang paling tinggi ataupun sebaliknya.

Pemerhati mesti cermat dalam memberikan skor untuk setiap perkara yang
diperhatikan. Pemerhatian mesti dilakukan beberapa kali untuk memperoleh
keputusan yang lebih tepat. Anda boleh menggunakan skala untuk kanak-kanak
sebagai individu, kumpulan atau kelas. Skala yang digunakan boleh dijelaskan
seperti yang berikut:

(a) Skala Nombor


Contoh:
4 ă Cemerlang
3 ă Baik
2 ă Biasa
1 ă Perlukan perhatian

(b) Skala Abjad


Contoh:
A ă Cemerlang
B ă Baik
C ă Memuaskan

(c) Skala Grafik

Contoh:

1 2 3 4 5

Amat Kerap Kadangkala Jarang Tidak pernah


kerap

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

(d) Skala Semantik


Ini juga dikenali sebagai skala Osgood. Ia mempunyai tujuh titik untuk
menunjukkan perbezaan.

Gembira 1----1----1----1----1----1----1-----1 Sedih

Contoh borang menggunakan skala pengukuran untuk satu individu:

Nama: Amin bin Som Pernyataan


Membaca abjad B Bawa kad imbas balik ke rumah.
Membaca frasa B
Membaca ayat pendek C

Contoh borang menggunakan skala pengukuran untuk satu kumpulan:

Membaling
Menyambut
Nama/Kemahiran bola dengan Menyepak bola
bola
tepat
Asmah Ahmad B A C
Choon Ah Nim A A A
Maryanne C B A
Zulihsan A B A

Jadual 3.4 memaparkan kelebihan dan kelemahan skala pengukuran.

Jadual 3.4: Kelebihan dan Kelemahan Skala Pengukuran

Kelebihan Kelemahan
 Pemerhatian boleh dibuat ke atas  Sukar untuk membezakan kategori
beberapa kanak-kanak pada masa kemahiran.
yang sama.  Perbezaan tidak nyata antara kelas
 Mudah dan cepat diisi. dalam skala. Contohnya, perbezaan
 Boleh memerhatikan banyak aktiviti/ antara A dan B tidak ditentukan
tingkah laku. dengan jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  45

SEMAK KENDIRI 3.2

Anda memerhatikan sekumpulan budak lelaki bermain di sudut


drama. Apakah jenis skala yang akan anda gunakan untuk menilai
mereka? Berikan contoh skala yang anda akan gunakan. Bincangkan
dengan rakan anda.

3.2.5 Senarai Semak


Kaedah pemerhatian ini merujuk kepada senarai tingkah laku atau perkembangan
kanak-kanak. Ini kaedah yang paling mudah untuk merekodkan perkembangan
kanak-kanak. Senarai semak atau inventori mesti berdasarkan matlamat dan
perkembangan yang boleh dihubung kait dengan kemahiran yang diperhatikan.
Senarai semak biasanya disusun secara berjujukan.

Pemerhati mesti memastikan tingkah laku yang diperhatikan sebenarnya berlaku.


Senarai semak tidak menunjukkan takat kemajuan dalam hasil pembelajaran atau
tingkah laku kanak-kanak. Pemerhatian mesti dilakukan beberapa kali untuk
mendapatkan keputusan atau maklumat yang boleh dipercayai. Senarai semak
boleh digunakan dalam banyak cara bergantung pada matlamat dan objektif
proses pemerhatian.

Untuk pentaksiran individu, adalah mungkin untuk menggunakan senarai semak


yang berbeza tetapi jika semua kanak-kanak dalam suatu kumpulan atau kelas
akan diperhatikan, satu senarai semak akan digunakan. Ia adalah penting untuk
mencatatkan tarikh dan waktu tingkah laku diperhatikan.

Contoh senarai semak untuk satu individu:

Nama: Amin bin Som Ya/Tidak


Membaca abjad /
Membaca frasa /
Membaca ayat pendek X

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

Contoh senarai semak untuk satu kumpulan atau kelas:

Membaling
Menyambut Menyepak
Nama/Kemahiran bola dengan
bola bola
tepat
Asmah Ahmad / / X
Choon Ah Nim / / /
Maryanne / X /
Zulihsan / / /

Jadual 3.5 memaparkan kelebihan dan kelemahan senarai semak.

Jadual 3.5: Kelebihan dan Kelemahan senarai semak

Kelebihan Kelemahan
 Mudah dan berkesan.  Maklumat yang diperoleh tidak
 Boleh memerhatikan beberapa kanak- terperinci.
kanak pada satu masa.  Tidak memberikan tahap pelaksanaan.
 Memberikan gambaran jelas tentang  Tidak menerangkan bagaimana
perkembangan kanak-kanak. perkembangan berlaku.
 Bergantung hanya pada senarai semak
yang disediakan.

3.3 ALAT PENTAKSIRAN


Peralatan pentaksiran lisan boleh dipelbagaikan untuk:

(a) Menentukan kemajuan dan pencapaian kanak-kanak dengan mendengar


dan bercakap secara sopan;

(b) Memperoleh maklumat serta-merta berkenaan pemahaman dan


pengetahuan kanak-kanak;

(c) Menentukan kemahiran membaca dan ingatan; dan

(d) Menilai kemahiran menyanyi berirama dengan sebutan yang betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  47

Pentaksiran lisan boleh dijalankan menerusi aktiviti seperti:

(a) Soalan dan jawapan;

(b) Perbincangan;

(c) Bacaan doa;

(d) Nyanyian;

(e) Bercerita; dan

(f) Membaca dengan kuat.

Kanak-kanak akan memberi tindak balas yang baik jika guru mempelbagaikan
ilustrasi, bahan dan soalan (lihat Rajah 3.4). Ilustrasi dan bahan alternatif akan
merangsang kanak-kanak untuk menjana idea. Soalan boleh digubah untuk
merangsang kanak-kanak untuk berfikir. Bandingkan dua jenis soalan berikut ă
soalan tertutup dan soalan terbuka.

Contoh soalan tertutup:

(a) „Sudahkah awak makan pagi ini?‰

(b) „Awak tidak sihat hari ini?‰

Contoh soalan terbuka:

(a) „Apakah yang awak makan pagi ini?‰

(b) Kenapakah awak nampak penat hari ini?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

Rajah 3.4: Guru menggunakan bantuan/bahan pengajaran

Pastikan bahan bacaan yang digunakan adalah sesuai untuk tahap kebolehan
kanak-kanak. Guru mesti memperkenalkan soalan terlebih dahulu dan kemudian
memanggil nama kanak-kanak untuk menjawab soalan yang ditanya. Elakkan
jawapan berkelompok daripada kanak-kanak. Puji kanak-kanak yang
memberikan jawapan yang betul. Anda mesti membimbing kanak-kanak
daripada memberikan jawapan yang salah. Anda boleh menggunakan senarai
semak untuk mencatat pemerhatian lisan.

Jadual 3.6 memaparkan kelebihan dan kelemahan pentaksiran lisan.

Jadual 3.6: Kelebihan dan Kelemahan Pentaksiran Lisan

Kelebihan Kelemahan
 Boleh membantu kanak-kanak yang  Kanak-kanak yang sama akan
pendiam. menjawab semua soalan.
 Menggalakkan kanak-kanak untuk  Sukar untuk mengingati apa yang
berfikir. disebut oleh semua kanak-kanak.
 Melihat kanak-kanak berinteraksi  Guru mesti kreatif dan bersungguh-
antara satu sama lain. sungguh dalam menyediakan bahan
 Topik yang sesuai boleh dibincangkan yang diperlukan.
bersama.

AKTIVITI 3.1

Jelaskan bagaimana anda akan menilai perbualan kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN  49

 Pengumpulan data semasa kanak-kanak berada di prasekolah boleh


dijalankan secara langsung ataupun tidak langsung.

 Pemerhatian kanak-kanak lebih berkesan apabila mereka berada dalam


keadaan semula jadi.

 Yang berikut ialah rumusan matlamat alat pemerhatian:

Kaedah Matlamat/Objektif
Rekod anekdot  Mentaksir tingkah laku spesifik untuk merekodkan
dan merancang untuk seorang kanak-kanak.
Rekod berterusan  Memahami sebab dan kesan tingkah laku spesifik
untuk tujuan perbandingan dan bagi merancang untuk
individu.
Sampel masa/peristiwa  Mengubah apa-apa tingkah laku dan menganalisis
kanak-kanak.
Skala pengukuran  Mentaksir kekuatan tingkah laku yang ditunjukkan.
 Mengenal pasti penyelesaian dan merancang untuk
individu.
Senarai semak  Memastikan kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu
tingkah laku.
 Merancang dan menunjukkan perkembangan seorang
kanak-kanak.

 Penjaga dan guru boleh membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dan


memperbaiki perkembangan bahasa dengan menyediakan bahan-bahan,
ilustrasi dan peralatan soalan yang pelbagai.

Pendekatan langsung Peralatan pemerhatian


Pendekatan tidak langsung Rekod anekdot
Pensampelan masa Rekod berterusan/semasa
Pensampelan peristiwa Senarai semak
Peralatan lisan Skala pengukuran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 ALAT PENTAKSIRAN

Beaty, J. (2004). Observing development of the young child (Ed. ke-6).


Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

Wortham, S. C. (2005). Assessment in early childhood education (Ed. ke-4).


New York, NY: Prentice Hall.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like