You are on page 1of 238

MPU3122

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU3122
TAMADUN ISLAM
DAN TAMADUN ASIA
Dr Ghazali Darusalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Ghazali Darusalam


Universiti Malaya

Penyederhana: Dr Azhar Mad Aros


Universiti Malaya

Mohd Jamaludin Muhammad


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2017 (MPU3123, April 2014)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2017, MPU3122
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxvi

Topik 1 Pengenalan Ilmu 1


1.1 Konsep Tamadun 2
1.2 Ciri-ciri Tamadun 4
1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan Kota 5
(Urbanisasi)
1.2.2 Pembahagian Kerja Secara Kolektif 5
1.2.3 Stratifikasi dan Organisasi Sosial 6
1.2.4 Tulisan dan Komunikasi 6
1.2.5 Sistem Agama dan Kepercayaan 7
1.2.6 Penggantian Kehidupan Nomad kepada Kehidupan 8
Moden melalui Kemajuan Sains dan Teknologi
1.2.7 Kesenian dan Estetika 8
1.3 Prinsip Tamadun 10
1.4 Matlamat Tamadun 12
1.5 Sumber Tamadun 13
1.6 Perbezaan dan Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan 14
1.7 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun 15
Rumusan 18
Kata Kunci 19
Rujukan 19

Topik 2 Tamadun Islam 20


2.1 Definisi Tamadun Islam 21
2.2 Konsep Tamadun Islam 24
2.3 Asas Tamadun Islam 25
2.4 Keistimewaan Tamadun Islam 29
2.5 Sumber Pembinaan Tamadun Islam 30
2.6 Matlamat Tamadun Islam 34
Rumusan 37
Kata Kunci 38
Rujukan 38

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Sumbangan Tamadun Islam terhadap Kesejahteraan Hidup 42


Insan Sejagat
3.1 Sumbangan dalam Bidang Sosial 44
3.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 45
3.3 Sumbangan dalam Bidang Perubatan 46
3.4 Sumbangan dalam Bidang Matematik 47
3.5 Sumbangan dalam Bidang Astronomi 48
3.6 Sumbangan dalam Bidang Seni Muzik 49
3.7 Sumbangan dalam Bidang Seni Bina 51
3.8 Sumbangan dalam Bidang Seni Kaligrafi 54
3.9 Sumbangan dalam Bidang Seni Sastera 55
3.10 Sumbangan dalam Bidang Politik 57
3.11 Sumbangan dalam Bidang Sejarah 57
3.12 Sumbangan dalam Bidang Geografi 58
3.13 Sumbangan dalam Bidang Industri 59
3.14 Sumbangan dalam Bidang Pertanian 60
3.15 Sumbangan dalam Bidang Zoologi 61
3.16 Sumbangan dalam Bidang Fizik dan Falsafah 62
Rumusan 63
Kata Kunci 64
Rujukan 64

Topik 4 Tamadun Melayu 66


4.1 Konsep Tamadun Melayu 67
4.2 Pembentukan Tamadun Melayu 68
4.3 Ciri-ciri Tamadun Melayu 71
4.4 Hubungan Tamadun Melayu dengan Islam 72
4.5 Tamadun Melayu Asas Tamadun Malaysia 73
4.5.1 Pengamalan Agama Islam 74
4.5.2 Penerapan Nilai Jati Diri 74
4.5.3 Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya 75
4.5.4 Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan 75
4.5.5 Pembinaan Pembangunan Ekonomi 76
4.5.6 Pembinaan Institusi Pendidikan 77
4.6 Tamadun Melayu di Alam Nusantara 78
Rumusan 81
Kata Kunci 81
Rujukan 81

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Sumbangan dan Hasil Pencapaian Tamadun Melayu terhadap 83


Peradaban Dunia
5.1 Pencapaian Tamadun Melayu 84
5.1.1 Sumbangan dalam Pembentukan Kerajaan dan 85
Sistem Pemerintahan
5.1.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 87
5.1.3 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan 88
5.1.4 Hasil Pencapaian dalam Bidang Perundangan 90
5.1.5 Hasil Pencapaian dalam Fahaman Beragama dan 91
Adat Istiadat
5.1.6 Hasil Pencapaian dalam Bidang Komunikasi 92
5.1.7 Hasil Pencapaian dalam Bidang Bahasa, Tulisan, 93
Persuratan dan Sastera
5.1.8 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kemahiran 95
Pembuatan
5.1.9 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kesenian 97
5.1.10 Hasil Pencapaian dalam Sains dan Teknologi 97
Rumusan 98
Kata Kunci 99
Rujukan 99

Topik 6 Tamadun China 101


6.1 Kemunculan Tamadun China 102
6.2 Pembentukan Tamadun China 103
6.3 Zaman Pembentukan Tamadun China 106
6.4 Unsur Tamadun China 108
6.5 Hubungan Tamadun China dan Kebudayaan 114
6.6 Hubungan Tamadun China dengan Tamadun Melayu 116
6.7 Peranan Tamadun China dalam Pembinaan Budaya 118
Malaysia
Rumusan 122
Kata Kunci 123
Rujukan 123

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 7 Tamadun China dan Sumbangannya terhadap Peradaban 125


Dunia
7.1 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 126
7.2 Sumbangan dalam Bidang Ketenteraan 127
7.3 Sumbangan dalam Bidang Pertanian 128
7.4 Sumbangan dalam Bidang Perusahaan 129
7.5 Sumbangan dalam Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran 130
7.6 Sumbangan dalam Bidang Kebudayaan dan Perayaan 131
7.7 Sumbangan dalam Bidang Kemasyarakatan 133
7.8 Sumbangan dalam Bidang Sains dan Teknologi 133
7.9 Sumbangan dalam Bidang Kesusasteraan dan Penciptaan 135
Kalendar
7.10 Sumbangan dalam Bidang Perundangan 136
7.11 Sumbangan dalam Bidang Politik 137
7.12 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan 137
7.13 Sumbangan dalam Bidang Perubatan 138
7.14 Sumbangan dalam Bidang Astronomi 139
7.15 Sumbangan dalam Bidang Matematik 140
7.16 Sumbangan dalam Bidang Falsafah, Agama dan 141
Kepercayaan
7.17 Sumbangan dalam Sistem Tulisan 145
7.18 Sumbangan dalam Bidang Kesenian 146
Rumusan 151
Kata Kunci 151
Rujukan 152

Topik 8 Tamadun India 153


8.1 Pembentukan Tamadun India 154
8.1.1 Zaman Lembah Indus (1500S.M.) 154
8.1.2 Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan Islam 161
(dari 1000 hingga 1756M)
8.1.3 Zaman Tamadun India Moden (dari 1750 hingga 163
1947M)
8.2 Nilai Tamadun India 165
8.3 Ciri-ciri Utama Tamadun India 170
8.4 Keistimewaan Tamadun India 172
8.5 Hubungan Tamadun India dengan Tamadun Negara Lain 173
8.6 Hubungan Tamadun India dengan Kebudayaan 173
Rumusan 175
Kata Kunci 176
Rujukan 176

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Sumbangan Tamadun India terhadap Peradaban Dunia 178


9.1 Sumbangan dalam Sistem Sosial dan Kekeluargaan 179
9.2 Sumbangan dalam Bidang Sastera 182
9.3 Sumbangan dalam Bidang Falsafah 186
9.4 Sumbangan dalam Bidang Bahasa 188
9.5 Sumbangan dalam Bidang Sains 189
9.6 Sumbangan dalam Bidang Ilmu Perubatan 192
9.7 Sumbangan dalam Pelbagai Cabang Seni 192
9.8 Sumbangan dalam Kepercayaan Beragama 195
Rumusan 197
Kata Kunci 197
Rujukan 198

Topik 10 Isu Semasa dan Masa Hadapan Berkaitan dengan Tamadun 199
10.1 Persamaan dan Perbezaan Tamadun Melayu, China dan 200
India
10.2 Keilmuan Asas Kesinambungan Peradaban Manusia 203
10.3 Sistem Nilai dan Jatuh Bangunnya Tamadun 205
10.4 Pertembungan Tamadun Barat dan Timur serta 212
Impaknya terhadap Pascamodenisme
10.5 Realiti Globalisasi dan Cabaran Abad Ke-21 214
10.6 Pengaruh Isme Barat terhadap Tamadun Asia 215
10.7 Persefahaman antara Pelbagai Tamadun Menjana Kesatuan 216
Rumusan 217
Kata Kunci 218
Rujukan 218

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU3122 Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah salah satu kursus yang
ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 2 jam
kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana
Muda di Open Universiti Malaysia.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai dua jam kredit memerlukan masa selama 80 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 2


perbincangan awal

Membaca modul 35

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial bersemuka/dalam talian 10

Perbincangan atas talian 9

Ulang kaji 9

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 15

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 80

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan peranan nilai ketamadunan dalam pembentukan sistem


nilai masyarakat Malaysia;

2. Mempamerkan kebolehan komunikasi sosial dalam kepelbagaian landskap


budaya; dan

3. Menghubung kait elemen ketamadunan dengan isu kemasyarakatan


semasa.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan ke atas rentetan sejarah kewujudan manusia di


dunia ini sejak sepuluh ribu tahun sebelum masihi turut membawa kepada
penemuan yang mengkagumkan daripada pelbagai hasil Âman-madeÊ yang
datangnya daripada sesuatu bangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 memperkenalkan terminologi tamadun Islam amat sinonim dengan


konsep madaniyyat, hadharah, thaqafah dan umran. Keempat-empat istilah inilah
yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ini khususnya
dari segi konsep asas, keistimewaan dan sumber tamadunnya.

Topik 3 membincangkan keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah


memberikan sumbangan yang amat besar di dalam pembentukan sejarah
ketamadunan manusia.

Topik 4 menerangkan pembentukan tamadun Melayu yang berteraskan kepada


agama Islam, adat dan budaya, sama ada berlangsung secara defusi dan integrasi
antara lingkungan etnik dan geografi di nusantara.

Topik 5 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu


terhadap peradaban dunia seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya, sains
dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga hari
ini.

Topik 6 menerangkan pembentukan tamadun China banyak dipengaruhi oleh


kebudayaan dalamannya bermula daripada kepelbagaian etnik, perkahwinan,
upacara keagamaan , bahasa dan sebagainya.

Topik 7 menghuraikan kegemilangan tamadun China dalam beberapa bidang


seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan
teknologi, sosial, falsafah, kesusasteraan, perundangan, perubatan, matematik
dan perekonomian.

Topik 8 membincangkan perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula


di sekitar Mohenjodaro di Harrapa sekitar lembah Sungai Indus yang berkembang
sejak 2500S.M.

Topik 9 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang


dilihat daripada pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan,
pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan
kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian, falsafah,
seni bina dan sebagainya.

Topik 10 membincangkan isu semasa seperti realiti dan impak daripada arus
globalisasi dan jajaan isme atau ideologi barat zaman post-modernism kepada
masa hadapan sesuatu tamadun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia adalah kursus
berstatus wajib MQA.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim, & Syed Idrus Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam.
Kuala Lumpur, Malaysia:Fajar Bakti.

Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pusataka.

Bahree, P. (1977). The Hindu world. Kuala Lumpur, Malaysia: KL Silver Burdett
Company.

Basham, A. L. (1967). The wonder that was India. (3rd ed.). London, England:
Sidgwick & Jackson.

Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala


Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.

Mahayudin Yassin. (2004).Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.

Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antrabangsa. Petaling Jaya,


Malaysia: Pelanduk.

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun


India. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Stutley, M. (1985). Hinduisme. England: England The Aquarian Press.

Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan sejarah sains. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
Ilmu
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud tamadun;
2. Menghuraikan konsep, ciri, prinsip, matlamat dan sumber tamadun;
3. Menganalisis perbezaan dan hubungan tamadun dengan kebudayaan;
dan
4. Menilai persamaan dan perbezaan antara tamadun.

 PENGENALAN
Seorang sarjana bernama Courtland Canby (1980) telah menyenaraikan rentetan
tamadun manusia yang bermula sejak 10,000S.M. Ia bermula di Timur Tengah
pada zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti tamadun
Mesir (SabaÊ dan SamarraÊ), Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi,
China, India dan Semenanjung Arab. Pembinaan tamadun dan peradaban oleh
bangsa dan negara berkenaan berlaku secara evolusi yang didukung oleh para
sarjananya yang memiliki keilmuan yang tinggi sehingga dapat menyumbangkan
hasil kesarjanaan mereka kepada keperluan bangsa dan negaranya. Sejarah
kewujudan manusia di dunia ini juga turut membawa kepada penemuan yang
mengagumkan daripada pelbagai hasil Âman-madeÊ yang datangnya daripada
sesuatu bangsa. Setiap negara dan bangsa memiliki tamadunnya tersendiri yang
berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana mereka. Pembentukan tamadun
berasaskan kepada ilmu dan kesarjanaan. Sejarah juga telah membuktikan kepada
kita bahawa sewaktu memuncaknya sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan
kehadiran bagitu ramai para cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan
yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

Tamadun Barat moden yang sedang kita saksikan sekarang merupakan


peradaban baru yang begitu dikagumi oleh seluruh penghuni dunia. Ia juga tidak
terlepas daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin diterapkan oleh
tamadun tersebut. Tetapi malangnya tamadun moden kini, sama ada yang muncul
di dunia Barat mahu pun di sebelah Timur, rata-rata tidak bertunjangkan kepada
sistem nilai moral dan agama. Akhirnya kita menyaksikan dua aspek yang
terpecah dan terpisah, di mana pembangunan material nampaknya begitu hebat
pada satu sisi, manakala pada sisi yang lain pembangunan rohaninya kelihatan
terabai. Ketidakseimbangan ini menyebabkan sesuatu tamadun yang dimiliki oleh
sesebuah bangsa dan negara lambat launnya akan hancur. Peperangan,
perbalahan etnik dan agama, ketamakan kuasa politik dan perebutan sumber
ekonomi menjadi punca runtuhnya sesebuah tamadun yang telah dibina sekian
lama.

1.1 KONSEP TAMADUN


Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis
Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Sesetengah
sarjana pula berpendapat Ibn Khaldunlah yang mula-mula memperkenalkan
istilah ÂtamadunÊ yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari sudut etimologi dalam
Bahasa Inggeris, tamadun selari dengan perkataan civilization. Perkataan ini
diambil daripada bahasa Latin ÂcivitasÊ yang bererti bandar atau city, atau proses
urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan ciri
asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar. Civilization juga
bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia
di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di
peringkat negara. Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam
buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.

Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan,


kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama
pengertiannya dengan perkataan ÂtamadunÊ ialah perkataan ÂperadabanÊ yang
membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani).

Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan,


kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia.
Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran yang tinggi peradabannya. Tokoh-tokoh Barat (Eropah) seperti Max
Weber, Dancy Ribeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell dan David Rodnick (sarjana
Sains Kemasyarakatan) melihat konsep tamadun daripada perspektif material
(kebendaan) semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  3

mana kebudayaan mencakupi aspek bahasa, cara berfikir, agama, adat resam,
kepercayaan dan kesenian. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran (lihat
Rajah 1.1).

Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) seperti Ibn Khaldun, Muhammad al-Bahi,


Syed Muhammad Naquib al-Attas dan M.A.J Beg pula mengatakan bahawa
tamadun bukan berdasarkan kepada aspek material semata-mata atau akal fikiran
sahaja, sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek kerohanian (agama)
iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan kebudayaan yang
bertentangan dengan al-Quran dan hadis adalah bukan tamadun dan kebudayaan
Islam. Menurut mereka, tamadun adalah kesepaduan pencapaian manusia dalam
aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni
bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, perundangan dan politik.
Tamadun menurut mereka adalah beberapa situasi dan kondisi yang melebihi
daripada apa yang ada dalam konteks kemajuan. Dengan itu tamadun membawa
makna segala kemajuan dan perkembangan yang mencakupi kegiatan manusia
yang meliputi semua aspek kebudayaan, keilmuan dan agama manusia.

Rajah 1.1: Tamadun Mesir purba dari perspektif material


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=
1C2RNRC_enMY509MY509&sourc

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Jelaskan perbezaan konsep tamadun daripada sudut pandangan


Zurji Zaidan dan Ibnu Khaldun.

2. Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun daripada


perspektif Barat dan Timur?

1.2 CIRI-CIRI TAMADUN


Dari dekad ke abad, manusia menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk
menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam persektiaran. Perubahan ini
bergantung kepada pencapaian keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Proses
pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia
dalam kedua-dua aspek ini. Perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat
dilihat dalam sebuah negara yang bertamadun. Rajah 1.2 menunjukkan ciri-ciri
tamadun yang dapat dilihat dalam sesebuah negara. Setiap ciri tersebut akan
diikuti dengan penjelasan dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 1.2: Ciri-ciri sesebuah tamadun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  5

1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan


Kota (Urbanisasi)
Ciri utama kelahiran tamadun ialah kehidupan manusia ketika itu yang hidup
lebih teratur dan bersistematik. Mereka ingin memastikan bekalan makanan
mereka mencukupi dan berterusan. Pada masa ini, manusia menetap di suatu
tempat. Mereka memilih persisiran sungai sebagai penempatan kerana lembah
sungai yang subur amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi pengeluaran
makanan. Selain itu, sungai juga amat kaya dengan sumber bekalan makanan.
Manusia juga boleh menggunakan sungai sebagai salah satu jalan pengangkutan.
Dengan adanya bekalan air yang mencukupi, ia memainkan peranan yang penting
dalam menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan,
perikanan dan perdagangan.

Dari perusahaan pertanian mereka berkembang dari segi penanaman,


penyimpanan bahan makanan dan penternakan binatang. Masyarakat ketika ini,
lebih maju dan berdaya saing dalam mencipta peralatan baru seperti cangkul
untuk memudahkan aktiviti pertanian. Mereka juga turut membina empangan
dengan menggunakan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran
makanan untuk menampung keperluan asas kehidupan. Contohnya, penempatan
awal bermula di Mesir sejak tahun 7,000 Sebelum Masihi lagi. Kesinambungan
daripada berlakunya Revolusi Pertanian, akhirnya membawa kepada
kemunculan banyak bandar baru. Antara bandar yang muncul ketika ini ialah
Memphis, Dhilkah dan Thebes.

1.2.2 Pembahagian Kerja Secara Kolektif


Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia, setiap anggota masyarakat
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, pengkhususan
pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran menjadi
amalan mereka. Kewujudan pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, penternak,
dan nelayan menjadikan kehidupan masyarakat ketika ini seimbang dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Barangan atau produk dihasilkan oleh ahli
komuniti ini secara tidak langsung membawa kepada proses pertukaran antara
barang dengan barang sesama mereka bagi memenuhi tuntutan keperluan
seharian.

Proses pertukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai sistem barter. Ketika
itu, penggunaan mata wang masih belum berkembang. Sistem barter inilah yang
menjadi asas kepada aktiviti perdagangan yang berlaku pada zaman tersebut.
Sebagai contoh, tamadun China mengkhusus dalam pengeluaran kain sutera.
Hasil daripada kepelbagaian pengkhususan pekerjaan ini akan mempercepatkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. Kesannya, hubungan dengan


tamadun luar akan berlaku dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan,
teknologi dan budaya antara masyarakat.

1.2.3 Stratifikasi dan Organisasi Sosial


Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang
mencakupi pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula
daripada sebuah keluarga kecil kemudiannya ia menjadi sebuah masyarakat yang
kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid adalah secara stratifikasi
(bersusun lapis). Pemimpin atau raja menggunakan unsur relegi (agama) dan
magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengiktirafan
sebagai pemerintah. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja
menduduki kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan yang
memainkan peranan sebagai pentadbir. Golongan teknokratik menjadi pemimpin
diikuti oleh pembesar istana dan seterusnya ahli agama, golongan pendeta dan
paling rendah adalah golongan rakyat.

Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan


dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa serta
harta benda. Contoh kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan
masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi.

1.2.4 Tulisan dan Komunikasi


Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan
ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun. Hasilnya dapat dilihat
sehingga ke hari ini. Pada awalnya tulisan dipahat dalam bentuk gambar, simbol
atau berbentuk pepaku. Tulisan ini digunakan untuk menceritakan kisah dan
peristiwa sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan alat bagi melahirkan idea
secara kronologi seperti perundangan, pengetahuan serta memudahkan
pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada zaman itu.

Bahasa amat penting untuk tujuan komunikasi dan penyebaran ilmu pengetahuan
dalam sesebuah masyarakat dan juga menjadi medium antara sesebuah
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tulisan pula amat penting untuk tujuan
urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan
hal keagamaan. Oleh sebab itu, bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling
penting untuk menyampai, memperkembang serta mencatatkan idea pemikiran
manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  7

Sistem bahasa dan tulisan adalah alat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. Contoh tulisan awal
ialah tulisan Heiroglyphic iaitu tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan
cantik, halus dan penuh kesenian pada makam dan batu. Tulisan Cuneiform pula
tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada
kepingan tanah liat oleh masyarakat Mesopotamia untuk merekodkan tentang
kegiatan perdagangan. Sistem tulisan berbentuk pepaku pula dihasilkan oleh
orang Sumeria. Tulisan Piktograf (huruf berbentuk gambar) pula telah dicipta oleh
masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi. Tulisan Histogram
merupakan tulisan yang berbentuk simbol terkenal dalam masyarakat Cina.

1.2.5 Sistem Agama dan Kepercayaan


Menganuti sesuatu agama adalah fitrah manusia. Manusia memerlukan agama
supaya ia mengetahui matlamat hidup agar tidak tersasar daripada destinasi yang
ingin ditujuinya. Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan
perkara yang dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun. Pada awal
ketamadunan, masyarakat mengamalkan kepercayaan secara berevolusi bermula
daripada naturalisme atau penyembahan alam semula jadi seperti pokok, batu
dan sebagainya, berunsur kepada kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa
terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling seperti roh, kemudiannya
dinamisme iaitu penyembahan kepada unsur supernatural seperti matahari, api,
angin dan petir yang dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi
menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Dari semasa ke semasa, secara
evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama yang menjadi pegangan hidup
mereka (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Evolusi agama dan kepercayaan tamadun awal

Selain itu, terdapat amalan politeisme iaitu penyembahan banyak Tuhan seperti
menyembah dewa dewi yang mana dewa dewi juga dipercayai mempengaruhi
kehidupan seharian manusia. Mereka mempercayai jika tidak disembah, dewa
dewi ini akan marah dan boleh mendatangkan malapetaka seperti banjir serta
kemarau. Amalan Politeisme ini diamalkan ketika zaman tamadun Indus yang
mana mereka menyembah dewi bermuka tiga. Masyarakat tamadun
Mesopotamia juga mempunyai kepercayaan bahawa terdapat penyembahan
dewa dewi. Ia banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat oleh
masyarakat Zeus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

1.2.6 Penggantian Kehidupan Nomad kepada


Kehidupan Moden melalui Kemajuan Sains dan
Teknologi
Pentaakulan pemikiran dan keilmuan yang tinggi melambangkan kemajuan sains
dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Kreativiti dan peningkatan
inovatif dalam penciptaan teknologi dan pembinaan dibuat bertujuan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan manusia. Masyarakat awal adalah
golongan nomad yang sentiasa berpindah randah dengan membuka kawasan
pertanian dan penternakan baru. Pada zaman itu mereka sudah pandai mencipta
peralatan pertanian seperti parang, bajak dan cangkul yang kemudiannya maju
setapak dengan mencipta kincir air, roda, kapal, empangan, terusan dan peralatan
peperangan. Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan
dan pengangkutan. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat
bergantung kepada ketinggian sains dan teknologi. Kehidupan nomadik beralih
kepada kehidupan yang lebih moden dengan penciptaan yang lebih hebat seperti
robotik, komputer, telefon dan sebagainya.

1.2.7 Kesenian dan Estetika


Setiap unsur kesenian memiliki nilai estetika (lihat Rajah 1.4). Nilai estetika adalah
perasaan indah yang dapat dirasakan jauh ke dalam jiwa manusia. Hal ini dapat
dilihat dari segi seni lagu, seni tari, seni bina, seni ukir, lukisan, kraf dan sastera.
Contohnya, dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang
menceritakan keperwiraan bangsanya iaitu Illiad dan Odyssey. Homer juga
banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
Keindahan seni lukisan Leonardo da Vinci, keindahan seni muzik oleh Mozart dan
kelunakan taranum al-Quran adalah contoh kesenian estetika yang
melambangkan ketinggian sesebuah tamadun yang dicipta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  9

Rajah 1.4: Keindahan seni bina masjid kini akan menjadi


nilai estetika untuk rujukan di tamadun akan datang
Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz
=1C2RNRC_enMY509MY509&sourc

AKTIVITI 1.1

Dengan merujuk kepada satu tamadun tertentu dan secara


berkumpulan, bincangkan ciri-ciri tamadun yang boleh didapati dan
bentangkannya di dalam kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

1.3 PRINSIP TAMADUN


Subtopik ini akan membincangkan prinsip tamadun yang mencakupi pelbagai
aspek seperti yang diringkaskan dalam Rajah 1.5. Setiap prinsip tersebut akan
dijelaskan lagi dalam perenggan berikutnya.

Rajah 1.5: Prinsip tamadun

(a) Sosioekonomi
Sosioekonomi merupakan prinsip paling asas dalam mewujudkan sebuah
tamadun. Ini supaya manusia boleh menjalani kehidupan mereka dengan
lebih sistematik. Sosioekonomi menggambarkan bagaimana sesebuah
masyarakat melaksanakan aktiviti perekonomian berdasarkan sesuatu etnik
dan kaum. Pada asalnya sesuatu kaum melambangkan kegiatan penguasaan
perekonomiannya seperti kaum Cina dengan perniagaannya, masyarakat
India dengan perladangan estetnya dan kaum Melayu sinonim dengan
pertanian. Pendidikan dan keilmuan telah mengubah persepsi ini di mana
pada zaman pasca modernisme tiada lagi berlaku penguasaan ekonomi
berasaskan kaum, sebaliknya semua kaum bebas menjalankan kegiatan
perekonomian mengikut kebolehan dan minat mereka. Kebijaksanaan
sesuatu kaum dalam menguasai dan memonopolikan perekonomian
melambangkan ketinggian keilmuan dan kemahiran dalam mencipta
ketamadunan bangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  11

(b) Interaksi Manusia dengan Alam


Manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk terus
hidup. Interaksi dengan alam pula hendaklah dibudayakan secara
kolektif. Pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman akan
terhasil daripada interaksi antara manusia dengan alam. Bermula dengan
memahami dan menerokai alam, manusia dapat mengeluarkan isi alam
untuk dimanfaatkan bagi mengisi keperluan kehidupan manusia.
Penciptaan peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan hasil mahsul
bumi menunjukkan kebijaksanaan manusia dalam menggunakan teknologi
yang menjadi salah satu prinsip tamadun.

(c) Daya Kreativiti Manusia


Manusia diberi akal dan pancaindera untuk berfikir serta mencari jalan
penyelesaian. Daya cipta manusia yang tinggi melambangkan tamadun
sesebuah bangsa. Bangsa Mesir contohnya telah membina piramid yang
begitu unik sekali yang tidak dapat ditandingi dengan teknologi moden
masa kini. Tiada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat menandingi
ketinggian tamadun mereka yang hebat pada zaman itu.

(d) Persaingan Manusia


Setiap manusia mempunyai kehendak masing-masing. Manusia perlu
berhadapan dengan dua batasan bagi memenuhi kehendaknya, iaitu
keupayaan diri sendiri dan batasan sumber yang diperlukan. Ini
menyebabkan manusia terpaksa bersaing antara satu sama lain. Dalam
persaingan manusia sudah tentunya mereka saling berlumba-lumba untuk
menghasilkan sesuatu idea dan penciptaan akhirnya memberi manfaat
kepada individu lain. Penciptaan dan inovasi baru inilah salah satu prinsip
tamadun.

(e) Peminjaman Kepakaran


Manusia mempunyai keupayaan diri masing-masing dan kemungkinan
berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, pertukaran kerjasama dan bantuan
diperlukan. Perkongsian idea atau kepakaran akan membantu menjimatkan
tenaga, jarak dan masa.

SEMAK KENDIRI 1.2

Apakah perbezaan antara ciri-ciri dan prinsip sesuatu tamadun?


Senaraikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

1.4 MATLAMAT TAMADUN


Tamadun mempunyai pelbagai matlamat dan setiap matlamat ini membezakan
suatu tamadun dengan tamadun yang lain. Jadual 1.1 menjelaskan beberapa
matlamat tamadun dengan lebih terperinci.

Jadual 1.1: Matlamat Sesuatu Tamadun

Matlamat Tamadun Penjelasan

Ilmu pengetahuan Ilmu merupakan kekuatan ekstrinsik dan intrinsik sesuatu


bangsa. Bangsa Yunan yang hidup 2000 tahun yang lalu
sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga daripada
kalangan mereka inilah lahir ahli falsafah yang terkemuka
seperti Plato, Socrates, Hippocratic yang telah mempengaruhi
bangsa-bangsa lain di Eropah dan dunia Arab.

Pencapaian material Tamadun yang dibangunkan daripada pencapaian


kebendaan melalui pelbagai sektor ekonomi seperti
pertanian, perindustrian, perkapalan, penternakan dan
sebagainya boleh memberikan kehidupan yang sempurna
kepada manusia.

Pengamalan agama, Tamadun yang tinggi juga terbina daripada individu yang
moral dan akhlak konsisten mengamalkan agama dan nilai moral serta akhlak.
Setiap tamadun menghendaki setiap insan atau bangsa bukan
sahaja perlu memiliki agama bahkan diwajibkan untuk
melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala tegahan
sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah (pemimpin) di
dunia ini.

Kesejahteraan hidup Segala penciptaan terbaru hasil daripada kreativiti dan


inovasi sesuatu bangsa telah memberikan kesejahteraan
kepada kehidupan manusia sejagat. Penciptaan komputer
dan gajet terbaharu contohnya memudahkan manusia
melakukan tugas dengan cepat dan dapat berkomunikasi
tanpa sempadan ruang dan masa.

AKTIVITI 1.2

Merujuk kepada prinsip dan matlamat tamadun yang telah


dibincangkan, berikan contoh sesuai yang diambil dari tamadun
tertentu. Bincang dan bentangkan di kelas bersama tutor dan rakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  13

1.5 SUMBER TAMADUN


Semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Jadual 1.2
menunjukkan sumber asas sesuatu tamadun.

Jadual 1.2: Sumber Tamadun

Sumber Tamadun Penjelasan

Ilmu Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu pengetahuan


yang mengangkat darjat ketinggian manusia berbanding
dengan maklukNya yang lain. Dengan ilmulah manusia
membina tamadun dan peradaban melalui pelbagai penciptaan
yang sangat maju.

Pemikiran Tamadun awal manusia seperti tamadun Yunan, Babylonia,


Sumero-Assyro-Mesopotamia dan Mesir berkembang seiring
dengan perkembangan pemikiran, peradaban, kebudayaan dan
pembangunan bangsa mereka. Melalui pemikiran yang tinggi
mereka dapat membina monumen yang dikagumi sehingga hari
ini.

Material Kebendaan adalah asas bagi pembinaan sesebuah negara, tanpa


sumber dan hasil bumi yang ada manusia tidak dapat
membangunkan negara. Semakin kaya hasil bumi sesebuah
negara maka semakin tinggi kualiti tamadun yang dicipta.

Agama Agama dapat membentuk peribadi dan komuniti yang memiliki


personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk
membentuk sebuah masyarakat, negara atau bangsa.

SEMAK KENDIRI 1.3

Berikan contoh terperinci tamadun yang dibangunkan dengan sumber


yang telah dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

1.6 PERBEZAAN DAN HUBUNGAN TAMADUN


DENGAN KEBUDAYAAN
Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan dari
sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna.
Kebolehan manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga
disebutkan sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi
menunjukkan ÂeliteÊ sesuatu masyarakat atau negara.

Menurut Kamus Dewan (1970), perkataan tamadun bermaksud kebudayaan,


peradaban dan kemajuan. Dari segi penggunaan, peradaban adalah sinonim
dengan tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan
mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna,
maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks
penggunaannya.

Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat manusia dicirikan sebagai


masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk
kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya (termasuk persekitaran
sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan
terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang
dipaparkan dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua


keadaan berikut:

(a) Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh


budaya. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu
tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka kini jauh
berbeza dari dahulu. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan
pula merupakan pengaruh budaya kerana telah mengalami banyak
perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

(b) Tamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan budaya.
Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya
selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam
misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah
yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu
berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab
sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam. Budaya
sesesuatu tamadun biasanya terikat dengan kedudukan geografi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  15

1.7 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA


TAMADUN
Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu
tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh
dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh,
persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza
daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta
(Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun
manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam,
Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik
tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh


persoalan etika berikut dikemukakan:

(a) Alam Sekitar


Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama,
alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga
alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian
memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara
bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara
alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan
dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan
ini, namun tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam
sekitar.

(b) Keluarga
Tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas
pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi warisan
turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan
kaum perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut konfusianisme, kesetiaan
dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan
penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep
kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih
sayang dan hormat-menghormati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

(c) Komuniti
Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti
dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa
nilai dan norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping
itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal
kepada anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat
diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti
mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan
Buddhisme.

(d) Kerajaan
Falsafah tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau
akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab
kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat
raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun silam. Dalam
tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan
beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga
dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang
saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi,
al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan
yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja
kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun
tradisional.

(e) Ekonomi
Dalam tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks
ÂMoral SemestaÊ (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep
hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu
daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan
halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan
akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang
boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud
kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep
ÂwangÊ, ÂkeuntunganÊ, ÂganjaranÊ dan ÂpasaranÊ sangat dipengaruhi oleh
pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna
tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk penyelewengan yang lain
seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  17

(f) Pendidikan
Dalam tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk
pembinaan sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses
pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner
being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian,
Hinduisme dan agama lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai
dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui
pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza
dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid
memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam
ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat
dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

(g) Kesihatan
Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan
dalam tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta
sesebuah agama. Sifat yang penting dalam konsep kesihatan tamadun
tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna
suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi
oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling
berhubungan. Menurut konsep holistik, mengubati penyakit bermakna
memulihkan keseimbangan seseorang dan dengan melalui proses ini,
keharmonian dapat dipulihkan dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya
mencapai keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa


teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam
tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu,
dalam persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi
wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan
dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya
mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan
keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan dasar
berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh
manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih
saksama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

SEMAK KENDIRI 1.4

Melalui aktiviti berkumpulan jelaskan:

(a) Perbezaan dan hubungan antara peradaban dan tamadun; dan

(b) Cari persamaan dan perbezaan ciri-ciri tamadun yang dimiliki


oleh sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.

 Perbezaan pendapat mengenai definisi tamaduan antara sarjana Barat dan


Timur dilihat dari sudut etimologi. Barat lebih memfokuskan kepada maksud
kebendaan dengan pembentukan bandar sebagai kayu ukur pemodenan,
kemajuan, peradaban dan perubahan, manakala sarjana Timur pula
mentakrifkan tamadun dari sudut pandangan kerohanian dengan impak
akhlak, moral, keimanan, hidup dalam peraturan dan perundangan syariat di
samping tidak menolak aspek materi.

 Dari segi ciri-ciri tamadun ianya mencakupi aspek urbanisasi, sosial,


pekerjaan, bahasa, komunikasi, agama dan kepercayaan, sains dan teknologi
dan seni estetika sebagai manifestasi kandungan tamadun yang perlu
ditunjukkan oleh sesuatu bangsa.

 Interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan


ketinggian keilmuan mengisi prinsip tamadun itu sendiri.

 Matlamat tamadun adalah untuk memperlihatkan kehebatan hasil penciptaan


manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping pengamalan terhadap
agama bagi menjamin kesejahteran hidup manusia.

 Sumber tamadun diambil daripada ilmu, pemikiran, material dan agama.

 Perbezaan antara tamadun dengan kebudayaan amat ketara jika dilihat dari
segi maksud antara dua etimologinya. Tamadun memberi pengaruh yang
berkekalan sepanjang zaman, bersifat universal dan merentasi sempadan
geografi, manakala kebudayaan lebih bersifat sementara dan sentiasa berubah
mengikut perubahan sesuatu kaum.

 Setiap bangsa dan negara memiliki tamadunnya yang tersendiri dan


senantiasa dikongsi bersama secara sejagat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  19

Animisme Perubahan
Dinamisme Politeisme
Estetika Sosio ekonomi
Falsafah Stratifikasi
Kemajuan Tamadun
Naturalisme Transformasi
Pemodenan Urbanisasi
Peradaban

Bell, C. (1973). Civilization and old friends. Chicago: The University of Chicago
Press.

Ibn Khaldun, & Abd. Rahman Ibn Khaldun. (1960). Muqaddimah Ibn Khaldun,
Qaherah: Dar al-Kutub al-Arabiyah.

Kamus Dewan. (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Taba. (1994). Pengenalan tamadun Islam, al-QurÊan dan ideologi masa
kini. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Abdul Jabar Beg. (1980). Islam and western concept of civilization.
Kuala Lumpur: The Universiti of Malaya Press.

Renfew, C. (1972). Before civilization. London: The Chaucer Press.

Ribeiro, D. (1968). The civilization process. Washington, WA: Smithsonian


Institution Press.

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam: Fahaman agama dan asas
akhlak. Kuala Lumpur: ABIM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
Islam
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep dan asas tamadun Islam;
2. Menilai keistimewaan tamadun Islam;
3. Menganalisis sumber tamadun Islam; dan
4. Menyenaraikan hasil karya dan monumen yang terdapat dalam
tamadun Islam.

 PENGENALAN
Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia
berdasarkan kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad. Tamadun
yang dibina adalah hasil dari sumbangan para sarjana yang telah menggarap ilmu
yang tinggi hasil dari sistem pendidikan yang telah dilalui. Menurut Roziah Sidik
(2011), kehebatan tamadun Islam sering dikaitkan dengan pelbagai faktor.
Antaranya ialah peranan aktif semua pihak termasuk pemerintah dan orang
perseorangan melalui kegiatan penterjemahan, seni bina, monumen dan
perpustakaan, naungan yang diberikan kepada saintis, hubungan dengan negara
luar, faktor bahasa Arab dan juga faktor ekonomi. Namun, pada hakikatnya
banyak lagi faktor lain yang turut menyumbang kepada kehebatan tamadun
tersebut. Kolaborasi antara muslim dan non-muslim misalnya turut memberikan
sumbangan, lebih-lebih lagi apabila banyak nama besar yang menggerakkan
aktiviti penterjemahan khususnya teks perubatan Greek yang dihasilkan oleh
Hippocrates dan Galen ke dalam bahasa Syria dan bahasa Arab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  21

Satu lagi perkara yang turut wajar diberi pertimbangan sebagai antara faktor yang
menonjolkan lagi kehebatan tamadun Islam ialah aspek penguasaan ilmu. Islam
bukan hanya terhad kepada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh sarjana yang
menggerakkan tamadun tersebut sahaja, bahkan turut meliputi penguasaan ilmu
dari pelbagai aspek lain serta hubung kait penguasaan ilmu dari tamadun
terdahulu yang ketara menerusi keupayaan menghasilkan karya asli dalam
bidang yang diceburi. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan
tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Selama berabad-abad
tamadun Islam telah mencipta the golden age yang kemudiannya menerangi Barat
yang pada waktu itu berada dalam the dark age of Europe sebegitu lama.

2.1 DEFINISI TAMADUN ISLAM


Perkataan ÂtamadunÊ berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti
pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu
kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan maddana juga membawa
pengertian hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati
kehidupan yang maju (Mustafa et al., 1990). Menurut Mustapha Kamal, Ahmad
Kassim dan Zahiah Haris @ Harith (2012), perkataan tamadun telah melahirkan
beberapa perkataan lain yang dapat menjelaskan lagi maksud yang diungkapkan.
Dalam dunia penulisan Arab, terdapat beberapa istilah yang pernah digunakan
selain istilah tamadun itu sendiri, antaranya madaniyah, umran, hadharah, dan
thaqafah (Abdul Rahim et al., 1995). Manakala Beg, M.A.J (1980) menjelaskan
sebelum kemunculan perkataan tamadun, sudah ada tiga perkataan lain yang
pernah digunakan iaitu madaniyah, umran, dan hadharah.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks
tamadun Islam. Antara istilah tersebut ialah ÂMadaniyahÊ, ÂTamadunÊ, dan
ÂHadharahÊ. Ibn Khaldun (2006) menjelaskan tamadun Islam sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus
dan mempunyai nilai syumuliah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972) juga telah memberikan takrifan tamadun
Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ini
bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu
bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan
dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu
dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan
umat dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (mengesakan
Allah s.w.t.). Manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

di bawah pemerintahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian


tamadun Islam. Antara sumbangan golongan minoriti bukan Islam ialah
menterjemahkan buku daripada tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab
dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak
bertentangan dengan prinsip Islam.

Sekarang kita akan membincangkan lebih lanjut lagi tiga istilah yg dikaitkan
dengan tamadun pada awal tadi, iaitu umran, hadharah dan madaniyah.

(a) al-Umran
Ibn Khaldun pada abad ke-14 adalah sarjana Islam yang mula-mula
memperkenalkan etimologi umran dalam mentakrifkan tamadun. Perkataan
ini terus digunakan sehingga abad ke-19. Ibn Khaldun (2006) menggunakan
istilah umran yang bermaksud bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan
tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang
subur dan maju. Menurut Ibn Khaldun (2006) lagi, umran merangkumi
perkembangan dan pembangunan masyarakat yang memiliki pegangan
agama yang kuat, sistem kenegaraan yang teratur, sistem perundangan yang
tersusun rapi dan pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai
kepakaran. Umran dalam maksud yang lebih sempurna ialah suatu kawasan
yang didiami dan diusahakan dan berkembang subur, aman makmur dan
ditadbir secara baik dan sistematik.

Perkataan umran juga dikaitkan dengan ibu kota atau bandar yang telah
didirikan oleh raja pada zaman pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah
perkataan bunyan juga merujuk kepada maksud tamadun tetapi dalam
maksud yang lebih spesifik kepada struktur dan kerja pembinaan sesuatu
bangunan sahaja (Beg, 1980). Dengan kata lain, tamadun atau umran adalah
suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek kemajuan dalam
masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia dan akhirat.

(b) al-Hadharah
Ibn Khaldun (2006) turut memperkenalkan perkataan hadharah dalam
kitabnya, Al Muqaddimah. Perkataan ini bermaksud sekumpulan manusia
yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah
pertanian, atau suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang
diusahakan. Penggunaan perkataan hadharah mula diperkenalkan pada
abad ke-14 dan penggunaannya menjadi popular pada abad ke-20. Pada
masa itu istilah Hadharah mengalami perubahan maksudnya dan
penggunaannya dalam bentuk yang lebih meluas dengan merujuk kepada
pembangunan wilayah, bandar dan kampung yang sudah mengalami
perubahan dari segi penggunaan tanah, pemikiran masyarakat, akhlak atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  23

moral dan kehidupan masyarakat adalah dalam bentuk yang lebih moden
dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg, 1980).

Mengikut Malik Bennabi (2003), hadharah mengandungi dua pengertian


iaitu:

(i) Pengertian yang objektif ă himpunan kemajuan dalam bidang ilmu


pengetahuan, teknikal dan perundangan yang dipindahkan dari satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat; dan

(ii) Pengertian yang subjektif ă suatu peringkat perkembangan kehidupan


manusia yang lebih maju dan lebih bermoral atau digambarkan
sebagai kehidupan yang ideal dan bergantung kepada kedudukan
masa, tempat dan nilai yang dianuti.

Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini dimaksudkan


kepada aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan sosial dalam
kehidupan sesuatu masyarakat. Ia lebih ketara dalam bidang ilmu
pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan, peraturan moral
dan adat resam, budi pekerti dan kepercayaan agama atau dengan kata lain,
perkembangan peradaban dalam masyarakat.

(c) al-Madaniyah
Perkataan madaniyah telah diperkenalkan oleh al-Farabi pada abad ke-11.
Perkataan ini berasal daripada kata terbitan ÂMadinahÊ yang bermaksud
kota. Madaniyah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syaraÊ dan
akhlak (Beg, 1980). Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini,
perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup di bandar dan kota
dipanggil ÂMudunÊ yang memiliki ciri-ciri tamadun. Perkataan maddana
membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran atau
hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan
yang maju (Mustafa et al., 1990).

Muhammad Farid Wajdi dan Sheikh Muhammad Abduh menjelaskan


perkataan madaniyah diambil daripada perkataan ÂmadinahÊ atau ÂcityÊ dan
perkaitannya dengan tamadun adalah kerana kebiasaannya bandar adalah
induk tamadun atau tamadun asalnya berkembang di bandar. Beg (1980)
menjelaskan madaniyah sebagai gambaran ketinggian dalam kehidupan
kebendaan dalam sesuatu masyarakat khususnya dalam aspek
pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan
kemudahan infrastruktur dan wujudnya pelbagai keperluan hidup yang
asasi dan tidak asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

hiburan. Keperluan ini mestilah mempunyai pelbagai keperluan kewangan


serta kemampuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Justeru itu, penekanan
yang diberikan oleh al-madaniyah adalah lebih bersifat kebendaan dan
keperluan lahiriah manusia. Ketamadunan sesuatu umat dalam konteks ini
adalah bergantung kepada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi dan
pembangunannya (Mustapha, 2012).

SEMAK KENDIRI 2.1

Dengan membuat perbandingan, bezakan istilah yang merangkumi


maksud tamadun Islam seperti madaniyah, hadharah dan umran.

AKTIVITI 2.1

Buat satu kumpulan kecil bagi membincangkan signifikan konsep ilmu


yang menjadi asas pembentukan sesebuah tamadun. Kemudian
bentangkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

2.2 KONSEP TAMADUN ISLAM


Konsep tamadun Islam merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan
sesebuah masyarakat agar dapat menguasai pelbagai bidang kemajuan terutama
dalam bidang kesenian dan seni bina. Konsep tamadun Islam tidak hanya terbatas
dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral, berbanding
dengan konsep tamadun Barat yang mementingkan pembangunan lahiriah iaitu
kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun Barat menolak
tentang kemajuan rohaniah.

Tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu Ilahi melalui sumber al-Quran dan
as-Sunnah. As-Sunnah merupakan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menjelas,
menerang dan menegaskan serta menyokong isi kandungan al-Quran.
Kandungan kedua-dua sumber Islam ini diamalkan oleh seluruh umat Islam di
dunia ini tanpa membezakan ras, etnik, kaum, bangsa dan negara. Ini bermakna,
tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa,
budaya atau bersifat kebangsaan atau reginal semata mata. Al-Quran dan Sunnah
juga menjadi syariah dan perlu dipatuhi sepanjang masa walaupun zaman
berganti zaman. Ianya tetap kekal hingga ke hari kiamat. Justeru itu, tamadun
Islam tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  25

pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh umatnya di seluruh dunia. Tamadun
Islam tidak pernah mengetepikan hak-hak bangsa atau agama lain sebaliknya
tetap mengambil kira akan hak-hak mereka selagi mereka tidak menimbulkan
ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun Islam dan agama
Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, bahawa tamadun Islam boleh menjamin akan
kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua umat yang bernaung di
bawahnya kerana Islam itu merupakan agama yang syumul tanpa menindas dan
mengancam golongan bukan Islam.

Tamadun Islam berbeza daripada tamadun lain di dunia ini kerana ianya
merupakan tamadun yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan
berkekalan. Tamadun selain daripada tamadun Islam hanya lebih merupakan
kepada kebudayaan yang mana ianya mempunyai jangka hayat yang pendek serta
sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya ianya
dimonopoli oleh golongan tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka
sendiri yang akhirnya akan ditolak oleh golongan lain atau generasi yang
berikutnya.

2.3 ASAS TAMADUN ISLAM


Tamadun Islam menitikberatkan empat asas seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.1. Setiap asas itu akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 2.1: Asas-asas Tamadun Islam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

(a) Akidah
Akidah merupakan asas kelahiran tamadun Islam di mana ia berasaskan
tauhid. Akidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti
kepercayaan atau keyakinan. Menurut etimologi bahasa Arab, ÂaqidahÊ
terbitan daripada ÂaqadaÊ (ikatan atau simpulan). Akidah merupakan
prasyarat kepada pembentukan peradaban manusia (lihat Rajah 2.2). Istilah
akidah ialah mengakui kekuasaan Allah s.w.t. dan membenarkan
keseluruhan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh keyakinan yang
mutlak. Secara tidak langsung seseorang yang bergelar Muslim perlu
mempercayai dengan hati tentang kewujudan Allah dan dibuktikan melalui
pengamatan serta berfikir tentang kejadian alam. Secara prinsipnya, sebagai
Muslim, tidak ada perbezaan antara manusia sama ada bangsa, keturunan
dan warna kulit di sisi Allah melainkan perbezaan daripada aspek iman.
Akidah merupakan mekanisme yang menyatukan umat Islam di dunia ini.
Akidah Islam adalah prasyarat yang mesti ada dalam tamadun Islam.
Pendidikan pada era Rasulullah s.a.w. ini agak berbeza dengan yang
sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu. Aktiviti pembetulan akidah
dan pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh Baginda di Mekah
adalah proses pertama ke arah pembentukan sebuah tamadun Islam yang
syumul. Program peningkatan tamadun umat Islam ini diteruskan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. di Madinah dengan memperbanyakkan lagi institusi
pendidikan. Baginda telah menjadikan masjid di sekitar Madinah sebagai
pusat pendidikan dan pembelajaran di samping kegiatan lain (Ismail, 1999).

(b) Syariah
Syariah membawa maksud undang-undang Allah s.w.t. yang mana ia
mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan
manusia bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di
akhirat. Umat yang bertamadun adalah umat yang hidup menurut hukum
dan peraturan sama ada ia datang daripada peraturan Ilahi yang disebut
sebagai syariah (syariat) atau apa sahaja perundangan yang datang daripada
adat (dari sesebuah kaum) atau perundangan daripada perlembagaan
negara.

(c) Akhlak
Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab ÂkhuluqÊ. Ia membawa
maksud budi pekerti, perangai, sikap, agama atau tabiat seseorang. Akhlak
boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu akhlak baik (Mahmudah) seperti
jujur, sabar, ikhlas, benar, pemurah dan akhlak buruk (Mazmumah) seperti
hasad, riyak, takabbur dan ujub. Menurut Imam al-Ghazali (1939), akhlak
ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia untuk
menghasilkan tingkah laku yang baik. Menurut perspektif Islam, baik dan
buruk adalah menurut ketentuan syarak. Akhlak Islam hendaklah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  27

berdasarkan kepada al-Quran, al-Hadis dan pendapat ulamak. Perkaitan


akhlak dengan tamadun Islam adalah jelas ă akhlak melambangkan
keperibadian dan tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah
peradaban. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia yang paling
sempurna dan ideal dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh umat
manusia. Sifat Baginda yang tinggi budi pekerti, adab yang mulia,
berintegriti, pemalu dan sebagainya diakui oleh umat Islam bahkan diiktiraf
oleh pihak lawan. Keperibadian Baginda yang mulia telah melemahkan
musuh Islam apabila berdepan dengannya.

(d) Ilmu
Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban
manusia. Kepentingan ilmu ini boleh dilihat dengan jelas di dalam surah
al-Alaq, ayat 1 yang bermaksud:

„Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta


(sekalian makhluk).‰

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang
pendidikan. Perkataan iqraÊ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibril
a.s. berulang-ulang kali kepada Rasulullah s.a.w. menegaskan supaya umat
manusia belajar, mengkaji, dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih
mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya
menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad, 2002). Berdasarkan ayat ini juga,
ulamak membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu adalah
wajib, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Kejadian
Allah s.w.t. yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam,
memerlukan manusia menggunakan akalnya dan memperoleh pengetahuan
yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru itu,
Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan untuk menuntut
ilmu secara berterusan. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu
tergolong dalam umat yang cerdas dan terhindar dari kejahilan. Inilah ayat
pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan ia merupakan rahmat Allah
yang terbesar untuk umat manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak


menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting
kekuatan sesuatu tamadun. Tidak dinafikan juga bahawa ilmu merupakan
faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Kehormatan dan kemuliaan diri,
keluarga, bangsa, agama dan negara juga terletak pada kekuatan ilmu setiap
individu di dalam masyarakat. Ilmu yang bermanfaat akan menjadikan
setiap individu muslim itu maju, berdaya saing dan berkembang di atas
landasan syariah seperti mana yang telah ditunjukkan pada zaman awal
Islam (Zakaria Stapa, et al., 2012).

Rajah 2.2: Institusi masjid adalah tempat pembinaan akidah dan akhlak muslim
Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_
enMY509MY509&source

AKTIVITI 2.2

Pada pendapat anda, asas tamadun Islam yang manakah paling utama?
Bincangkan bersama rakan-rakan dengan memberikan contoh dan
penjelasan yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  29

2.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM


Keistimewaan tamadun Islam ialah ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
sesuai dengan sifat ajaran Islam. Ia tentunya berbeza dengan tamadun bangsa atau
agama lain di dunia ini.

Berikut adalah keistimewaan tamadun Islam:

(a) Bersumberkan al-Quran dan Sunah;

(b) Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan;

(c) Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama;

(d) Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia; dan

(e) Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.

Kesyumulan atau sifat global tamadun Islam boleh diterangkan seperti berikut:

„Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya dapat
mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi
setiap persoalan dunia dan akhirat.‰

Islam adalah addin bagi setiap zaman dan tempat. Risalah Islam adalah risalah
sejagat, untuk semua manusia seutuhnya, di mana ia mencakupi ke setiap
peringkat kehidupan. Hanya tamadun Islam sahaja yang bersifat integrated
dengan memadukan nilai duniawi dan ukhrawi atau memadukan unsur material
dan spiritual.

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang unik kerana mempunyai tiga
dimensi hubungan yang sangat erat iaitu:

(a) Menghubungkan manusia dengan Tuhan;

(b) Menghubungkan manusia dengan manusia; dan

(c) Menghubungkan manusia dengan alam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

2.5 SUMBER PEMBINAAN TAMADUN ISLAM


Sumber bermaksud tempat pengambilan, tempat rujukan atau punca daripada
mana datangnya sesuatu perkara. Terdapat sembilan sumber dalam tamadun
Islam (rujuk Rajah 2.3). Setiap sumber ini akan dijelaskan lagi dalam subtopik yang
selanjutnya.

Rajah 2.3: Sumber pembinaan tamadun Islam

(a) Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun Islam (lihat
Rajah 2.4). Al-Quran adalah sumber hukum yang paling utama yang
diberikan Allah s.w.t. untuk manusia. Al-Quran juga adalah Kalam Allah
yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah tauladan, sumber rujukan
ilmu dan sebagainya. Kebenaran al-Quran adalah muktamad kerana ia
bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. Al-Quran juga
adalah mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w. Ia merupakan wahyu Allah s.w.t.
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan
malaikat Jibril a.s. Al-Quran mengandungi syariah Islam yang merangkumi
semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya.
Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber utama dalam pembinaan
tamadun Islam. Ini kerana setiap tamadun yang berlaku memerlukan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Wahyu yang pertama
dengan jelas dan nyata telah menyarankan agar manusia berusaha untuk
membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf, mencari dan
meningkatkan pengetahuan dalam kalangan umatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  31

Al-Quran adalah kalam suci yang yang mengandungi nilai mukjizat yang
tinggi sama ada dariisudut akidah, syariah, akhlak dan moral,
bahasa,spersejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam
semesta dan sebagainya. Kandungan al-Quran sangat sesuai diamalkan
sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahappmanusia dan
ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk
mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat kepada
mereka untuk meneroka di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan
yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas yang telah ditetapkan.

Rajah 2.4: Al-Quran adalah asas sumber tamadun Islam


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_
enMY509MY509&source

(b) Sunnah
Sunnah dianggap sebagai wahyu yang kedua selepas al-Quran yang juga
merupakan sumber tamadun Islam yang penting. Ianya berfungsi sebagai
penjelas kepada al-Quran serta memperkukuhkan kedudukan dan peranan
al-Quran. Sunnah adalah setiap perkara meliputi pengakuan, perkataan,
perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Sunnah
berperanan sebagai pentafsir al-Quran serta menjelaskan perkara yang
terkandung di dalam al-Quran. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam
untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.
Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran
dan Sunnah. Daripada al-Quran dan Sunnah dicerakinkan akidah, syariah
dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia.
Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para ulama selepas
Baginda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

(c) Akal atau Pemikiran


Akal atau pemikiran pula adalah sumber pembinaan tamadun Islam yang
kedua terpenting selepas al-Quran dan Sunnah. Ini kerana ilmu
pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat
membentuk dan melahirkan sesuatu yang baharu dan menghasilkan
tamadun. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan
menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Namun sekiranya
akal digunakan untuk mereka cipta sesuatu yang boleh merosakkan
keselamatan agama, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda,
maka ia boleh merosak dan memusnahkan tamadun manusia.

(d) Ijmak
Ijmak adalah persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad s.a.w. selepas kewafatan Baginda untuk mengeluarkan hukum
atau fatwa bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Ini selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam surah an-NisaÊ, ayat 59 yang
bermaksud:

„Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka


kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.‰

(e) Qias
Qias bermaksud penetapan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang
lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi Âillah.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hasyr, ayat 2 yang bermaksud:

„Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang


mempunyai pandangan.‰

(f) Ijtihad
Sekiranya terdapat beberapa permasalahan baharu yang melibatkan
permasalahan hidup umat Islam sejagat sedangkan al-Quran dan hadis
hanya menyebut dalil secara umum mengenai sesuatu isu tersebut maka
Mujtahidin dibenarkan untuk berijtihad atau mengemukakan pendapat bagi
menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang melibatkan umat Islam.
Mujtahidin adalah sekumpulan pakar atau pemikir Islam yang sangat tinggi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  33

keilmuan dan akhlaknya yang diberikan autoriti dalam mengeluarkan fatwa


atau pendapat.

(g) Tamadun Lain dan Penemuan Baharu


Penemuan baharu dalam berbagai bidang hasil penyelidikan boleh dijadikan
sumber tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak
melanggar prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima
untuk tamadun Islam. Contohnya bentuk bangunan yang melambangkan
sesuatu bangsa boleh diterima dalam tamadun Islam setelah diubah sesuai
dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak ciptaan baharu
dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam
di Sepanyol.

Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen tamadun daripada Greek,


Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber tamadun Islam
Abbasiyah. Sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan
tamadun baharu. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
diterima sebagai sumber tamadun.

Menurut Osman Bakar (1998), elemen dalam tamadun lain contohnya


tamadun Asia haruslah dilihat sebagai faktor pelengkap dan pengukuh
kepada tamadun Islam sendiri. Keunggulan tamadun lain yang wujud pada
tamadun Melayu, India, China dan Jepun menjadi faktor penyumbang
kepada usaha meningkatkan kefahaman dan rasa perghargaan terhadap
sejarah pembudayaan masing-masing.

(h) Penemuan dan Penciptaan Baharu


Allah s.w.t. menganugerahkan kepada setiap hambaNya dengan bakat
tertentu. Kepelbagaian bakat yang ada pada manusia membolehkan mereka
mereka cipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat Islam telah
berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan akidah, syarak dan
akhlak serta bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti teknologi
pelayaran, penyelidikan angkasa lepas (falak), pertanian, saliran, timbangan,
perubatan, dan lain-lain (Mustapha Kamal Ahmad Kassim & Zahiah Haris
@ Harith, 2012). Kreativiti umat Islam meliputi penghasilan baharu dalam
bidang sains dan teknologi. Penemuan ini adalah hasil daripada
penyelidikan, penjelajahan, dan penerokaan seluruh alam dari bumi
hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan sebahagian
sunnatullah atau undang-undang Allah. Akhirnya, segala penemuan ini
akan menghasilkan penciptaan baharu yang juga anugerah Allah terhadap
manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

(i) Pengubahsuaian dan Penyempurnaan Semula


Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir
tamadun Islam. Umpamanya, setelah wilayah Islam berkembang luas, umat
Islam terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi mutunya seperti
tamadun Rom dan Parsi (Iran). Mereka telah melalui pencapaian yang tinggi
seperti dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan, dan
pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan lain, melainkan mempelajari dan
menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu mereka melakukan
pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuai dengan akidah,
syarak dan akhlak Islam. Inilah beberapa keistimewaan dan uniknya sumber
tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber sahaja, iaitu
sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai sumber
yang disebut di atas.

SEMAK KENDIRI 2.2

Mengapakah al-Quran dikatakan sebagai sumber utama pembinaan


tamadun Islam berbanding sumber lain.

2.6 MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Islam adalah agama fitrah, agama yang selaras dengan fikiran yang sihat serta
sentiasa selari dengan peredaran zaman. Addin Islam juga bersendikan tamadun
yang tinggi yang dijelaskan dalam kitab suci al-Quran sebagai addin yang luas
dan menjadi pedoman bagi seluruh kehidupan manusia kerana Islam adalah
agama berilmu, beradab, dinamik dan progresif. Islam adalah addin yang telah
membentuk tamadunnya yang istimewa dan mempunyai perbezaan dengan
tamadun sebelumnya (tamadun Mesapotamia) atau selepasnya (tamadun Barat).
Tamadun Islam mempunyai matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep
addin yang mencakupi cara hidup manusia yang serba lengkap di alam ini.

Terdapat enam matlamat tamadun Islam iaitu (Ghazali Darusalam, 2001):

(a) Hubungan manusia dengan Penciptanya (Allah s.w.t.);

(b) Hubungan manusia dengan manusia;

(c) Hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat, jin, syaitan);

(d) Hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  35

(e) Hubungan manusia dengan alam jamadat (benda-benda tegar); dan

(f) Hubungan manusia dengan alam hayawaniat (haiwan).

Rajah 2.5 berikut menggambarkan hubungan tamadun Islam dalam konteks


addin.

Rajah 2.5: Hubungan tamadun Islam dalam konteks addin

Di sini, kita boleh lihat bahawa lima hubungan iaitu hubungan antara manusia
dengan manusia, manusia dengan alam ghaibat, manusia dengan alam nabatat,
manusia dengan alam jamadat dan manusia dengan alam hayawaniat merupakan
interaksi manusia secara alami yang bersifat ÂsyumulÊ atau ÂholistikÊ. Kelima-lima
hubungan ini hendaklah berpaksikan kepada hubungan manusia dengan
Penciptanya (Allah s.w.t.).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

SEMAK KENDIRI 2.3

Beri pendapat anda mengenai hubungan berikut:

Culture Civilization
Alam Nature
(Ada usaha (Hidup
(Alam
manusia) bertambah
semula jadi)
man-made maju)

AKTIVITI 2.3

Kementerian Pendidikan telah menggariskan sepuluh tujuan mata


pelajaran Tamadun Islam dengan penegasannya seperti mana dalam
dokumen awal pelaksananannya. Ia adalah seperti berikut:

1. Memupuk persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati


dalam kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan bangsa dan
budaya di negara ini;

2. Memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai


menerusi musyawarah dan ijmak;

3. Memperkukuhkan jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang


megamalkan toleransi tinggi;

4. Memupuk nilai universal dalam kalangan rakyat Malaysia;

5. Melahirkan siswazah yang berfikiran luas dan berpandangan


global;

6. Melahirkan bangsa Malaysia yang betamadun tinggi dan sanggup


memperjuangkan nilai ketamadunan universal yang luhur dan
murni;

7. Memantapkan penghayatan nilai murni dalam kalangan rakyat


Malaysia;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  37

8. Membekalkan bakal pewaris kepimpinan negara dengan ilmu yang


membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan
dunia dan cabaran global semasa;

9. Membantu melahirkan masyarakat madani dalam erti kata sebenar;


dan

10. Memajukan ilmu ketamadunan demi kemajuan ilmu pengetahuan


seluruhnya.

Berdasarkan tujuan mata pelajaran Tamadun Islam ini, bincangkan


bagaimana pelajar dapat membina peibadi untuk membangunkan bangsa,
agama dan negara.

 Tamadun Islam telah mencapai aneka kegemilangannya dalam sejarah


kemajuan tamadunnya di Afrika Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan Asia
Tenggara. Kini pengaruh Islam mula menapak di Amerika dan Australia.

 Kehebatan Islam bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga ke zaman


Khalifah Al-Rasyidin, Abbasiyah, Umaiyah di Andalusia, zaman Moghul,
zaman Ottoman hingga ke zaman empayar Melayu Melaka memang
mengagumkan dunia. Jadi tidak menghairankan apabila Islam sentiasa
berhadapan dengan mereka yang mencemburui kebesarannya termasuk
Nasara dan Yahudi.

 Zaman kegemilangan tamadun Islam ditandai dengan zaman umara


(pemerintah) menghormati ulamak (ilmuan). Sebaliknya zaman kejatuhan
juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga sanggup memperalat
ulamak.

 Ibn Khaldun (1332-1406) hidup di era kejatuhan tamadun Islam di Afrika


Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana kerajaan yang
gagah perkasa tumbang satu persatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

 Untuk memahami jatuh bangkitnya sesuatu tamadun tidak cukup hanya


dengan melihat kepada pencapaian masa lalu. Kita perlu mengerti bahawa
sesuatu pohon yang rimbun dan kukuh semestinya memiliki akar yang kuat
(asluha thabitun wa farÊuha fi al samaÊ).

 Akar peradaban Islam adalah tawhid, ketinggian budaya ilmu, peranan


ilmuwan sebagai pencerah, akhlak dan nilai moral yang tinggi. Kerosakan
pada akar ini, seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan
ketidakcerdasan pemikiran, hilangnya semangat kekitaan (asabiyyah) dan
nilai akhlak yang rendah, inilah fakor yang boleh dianggap sebagai musuh
peradaban yang sejak mula menjadi musuh Islam (Khalif Muammar 2007).

Akidah Pengertian yang objektif


Hadarah Pengertian yang subjektif
Ijmak Qias
Intelektual Sunnah
IqraÊ Thaqafah
Madaniyah Umran
Mukjizat Wahyu

Abdul Alim Abdul Rahim & Syed Idrus, Syed. Mohamad. (1995). Tamadun Islam.
Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Abdul Karim Zaidan. (1982). MaÊalim al-thaqafah al-Islamiyyah. Beirut, Lebanon:


Muassasah al-Risalah.

Abdul Karim Zaidan. (1987). Usul al-dakwah. Mesir: al-Manaral-Islamiyah.

Awang Yahya Ibrahim. (2004). Ilmu pengetahuan dan tujuan pendidikan


mengikut pandangan Islam. Brunei: Pusat Dakwah Islam Kementerian Hal
Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  39

Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian, Mansor, & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Ed. ke-2. Kuala Lumpur,
Malaysia: Fajar Bakti.

Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala


Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.

Hasan Langgulung. (1987). Pendidikan Islam: Satu analisa sosio psikologikal.


Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Antara.

Hitti, P. K. (1970). History of the Arabs. Ed. ke-10. London, England: Macmillan.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. (2004). Al-Muqaddimah. Beirut, Lebanon: Dar


al-Fikr.

Ibn Khaldun. (2006). Mukadimah Ibn Khaldun. (Terj.) Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Manzur. (1997). Lisan al-arah. Beirut, Lebanon: Dar Ihya al-Turath.

Ibn Taymiyyah, & Ahmad Abd al-Salam. (1988). Al-Siyasah al-SharÂiyyah fi Islah
al-RaÂi wa al-RaÂiyyah. Dlm. Abu YaÊla al-Quwaysani (pnyt.). al-Siyasah
al-SharÊiyyah Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

Ismail Bakar. (1999). Sejarah tamadun Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:


Perpustakaan Negara Malaysia.

Kamil al Baba. (1983). Dinamika kaligrafi Islam. (Terj. Sirojuddin, A. R., 1992).
Jakarta, Indonesia: Dar al-ÂUlum Press.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Khalif Muammar. (2009). Faktor kegemilangan tamadun Islam: Pengajaran dari


masa lalu. Jurnal Hadhari. 2: 15ă31. Kuala Lumpur, Malaysia: Akademi
Islam, Univesiti Malaya.

Leadership Competency Model (LCM): An Islamic alternatif. Kuala Lumpur,


Malaysia: ICLIF.

Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.

Malik Bennabi. (2003). The question of culture, ISTAC: Islamic Book Trust.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Mohd Mokhtar Shafie. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur,
Malaysia: Nurin Enterprise.

Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan sejarah pendidikan Islam. Edi. Ke-2.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Abdul Jabbar Beg. (1980). The image of Islamic civilization. Bangi,
Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Ibrahim et al. (1990). Al-MuÊjam al-wasit. Kaherah, Mesir: MajmaÊ


al-Lughah al-ÂArabiyyah, Dar al-DaÊwah.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim, & Zahiah Haris @ Harith. (2012). Peranan
tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal
Insan. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan. 5(2).

Osman Bakar. (1998). Bengkel pengajian TITAS. Kuala Lumpur, Malaysia:


Universiti Malaya.

Ramlee Mustapha. (2003). Pemikiran dalam pendidikan ke arah memperkasakan


pendidikan menurut acuan Malaysia. Bangi, Malaysia: Fakulti Pendidikan
UKM.

Roziah Sidik. (2011). Tamadun Islam dan Pengusaaan Ilmu dlm Jurnal Usuluddin.

Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terj. Sutejo, 1992)
Bandung, Indonesia: Mizan.

Shuhairimi et al. (2010). Melestari pembangunan manusia ke arah penjanaan


modal insan: Satu tinjauan umum menurut perspektif al-Quran dalam Mohd
Roslan Mohd Nor dan Ahmad.

Syahrul Reza. (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun:
Suatu Kajian terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam. Tesis Sarjana.
Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, & Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). The
ICLIF.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1969). Preliminary statement on a general


theory of the lslamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  41

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1991). The concept of education in Islam.


Kuala Lumpur, Malaysia: ISTAC.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (pnyt.). (1979). Aims and objectives of Islamic
education. London, England: Hodder & Stoughton.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (pnyt.). (1992). Tujuan dan objektif pendidikan
Islam. Terj. Shamsuddin Jaafar, Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1997). Penjelasan budaya ilmu. Ed. ke-3. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). Iklim kehidupan intelektual di Andalusia: Satu
cerminan islamisasi dua-dimensi. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains
Malaysia.

Yaacob Yusoff Awang, & Che Bakar Che Mat. (2012). Keperluan kependidikan
Islam dalam pengajian ketamadunan. Samarahan, Malaysia: Universiti
Teknologi MARA.

Yusuf al-Qaradawi. (1995). Fatawa Muasirah ă Fatwa masa kini (Terj.) Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Zainuddin Jaafar. (2003). Matlamat dan fungsi penubuhan institusi pengajian


Islam. dlm. Suzalie Mohamad. Memahami isu-isu pendidikan Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Institusi Kebajikan Islam Malaysia.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Pendidikan
menurut al-Quran dan Sunnah serta peranannya dalam memperkasakan
tamadun ummah, Jurnal Hadhari Special Edition 2012, Bangi, Malaysia:
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaki Berahim. (2010). Pembangunan modal insan & tamadun dari perspektif
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
APIUM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumbangan
Tamadun
3 Islam
terhadap
Kesejahteraan
Hidup
Insan Sejagat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti sumbangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang;
2. Menyenaraikan kegunaan ilmu astronomi terhadap umat Islam;
3. Membezakan bentuk tulisan khat seperti thuluth, riqaÊah, ijazi dan
dewani; dan
4. Membezakan sumbangan tamadun Islam dalam bidang pertanian dan
botani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  43
INSAN SEJAGAT

 PENGENALAN
Keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan yang
amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Antara ciri-ciri
keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka
dilihat melalui penciptaan mereka dalam pelbagai bidang yang seterusnya
memberi sumbangan terhadap kesejahteraan hidup insan sejagat baik manfaatnya
untuk dunia Timur (Islam) mahu pun dunia Barat (Kristian). Hasil pencipataan
karya mereka dalam pelbagai bidang seperti seni bina, astronomi, ekonomi,
kesenian, politik, ilmu pengetahuan, sejarah, geografi, pertanian, sains, falsafah
dan sebagainya telah melahirkan tokoh ternama yang sangat ramai. Antaranya
ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan sebagainya. Mereka ini
beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar
dalam kemajuan manusia sejagat.

Keagungan sesebuah negara atau bangsa banyak bergantung kepada


pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini akhirnya menjadi
sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal
mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak zaman dahulu hingga kini.
Tamadun Islam banyak memberi sumbangan kepada tamadun dunia seperti
Eropah, Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Afrika
dan lain-lain negara di dunia ini, berbanding tamadun lain yang pernah dibina
dan dicatat dalam sejarah dunia. Dalam topik ini, kita akan membincangkan
sumbangan pelbagai bidang dalam tamadun Islam kepada tamadun dunia seperti
dalam Rajah 3.1. Sumbangan dalam setiap bidang akan dibincangkan lebih lanjut
dalam subtopik yang seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Rajah 3.1: Bidang sumbangan tamadun Islam untuk kesejahteraan sejagat

3.1 SUMBANGAN DALAM BIDANG SOSIAL


Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial
masyarakat Arab daripada hidup berpuak-puak kepada kesatuan umat di bawah
satu agama (Islam). Penyatuan masyarakat yang selama ini tidak pernah wujud
dalam kehidupan bangsa Arab telah menjadi kenyataan dengan kedatangan
Rasulullah s.a.w. Kehidupan mereka menjadi lebih aman dan tenteram.
Contohnya, Rasulullah s.a.w. berusaha mempersaudarakan golongan Ansar
dengan Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk
kepentingan bersama. Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka
dibolehkan menerima harta pusaka kerana sebelum ini mereka tidak punya apa-
apa hak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  45
INSAN SEJAGAT

Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga telah memberi fungsi penting kepada institusi
masjid, iaitu sebagai pusat ibadat khusus sekaligus menjadikan masjid sebagai
sebuah markas, madrasah dan juga parlimen. Rasulullah s.a.w. telah menyusun
segala aktiviti harian yang berbentuk sebaran maklumat dan arahan melalui
institusi masjid. Ia juga berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat
musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.

AKTIVITI 3.1

Selain daripada yang dinyatakan di atas, berikan contoh sumbangan


tamadun Islam dalam bidang sosial lain dari zaman yang berbeza.

3.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI


Melalui keagungan tamadun Islam, orang Eropah juga telah mendapat
pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan,
perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti
sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau juga telah dipelajari daripada orang Islam.
Tokoh Islam yang dicontohi dalam bidang ekonomi ini ialah Ibn Baytar dan al-
Ghafiqi.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. telah mengemaskinikan sistem pungutan zakat, cukai
ghanimah, faiÊ dan kharaj. Pada ketika itu, golongan Yahudi adalah kapitalis yang
menguasai ekonomi Madinah. Mereka mengaut keuntungan tanpa perhitungan
moral. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. telah memberi galakan kepada orang
Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli
yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Melalui cara ini, masyarakat Islam
dapat memecahkan jaringan kewangan golongan Yahudi yang telah
memerangkap golongan orang miskin dengan memberi pinjaman dengan kadar
faedah yang sangat tinggi.

AKTIVITI 3.2

Apakah kesinambungan sumbangan tamadun Islam dalam bidang


ekonomi setelah kewafatan Rasulullah? Bincangkan bersama rakan dan
bentangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

3.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUBATAN
Tamadun Islam juga banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan (lihat
Rajah 3.2). Tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan
al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul Al-Hawi. Buku ini telah
dijadikan sebagai rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn
Sina yang berjudul Al-Qanun yang telah menjadi bahan rujukan penting di
Eropah.

Dalam bidang perubatan, Islam telah memperkenalkan kaedah perubatan melalui


eksperimen, amali dan pemerhatian. Perubatan dalam Islam terbahagi kepada
dua: Tib al-Nabi dan Tib al-Nafs (perubatan jiwa). Ibn Hazm telah menyatukan
dua jenis perubatan ini melalui rawatan jiwa dan perubatan fizikal melalui kauteri,
surgeri serta penyediaan ubat-ubatan. Etika kedoktoran juga mula diperkenalkan
melalui kelayakan, kebersihan badan, kebersihan pakaian dengan warna putih.
Hospital juga mula dibuka 24 jam dan mempunyai bahagian yang berlainan
menurut jenis penyakit. Al-Razi, Haly Abbas dan Ibn Sina antara tokoh terkemuka
dalam perubatan Islam. Ibnu Juljul (934M) telah mengkelaskan ubat-ubatan
menurut spesifikasi farmakologi. Ibn Abd. Al-Rahman Ibn Shuhayd terkenal
dengan cara mengubati penyakit dan pakar mengenai dadah dalam perubatan.
Abu al-Qasim al-Zahrawi (1013M) (Abd Casis) seorang pakar surgeri telah
menulis Al-Tasrif yang merupakan ensiklopedia perubatan yang sangat lengkap.
Abu Marwan Ibn Auhr (1162M) sangat popular di dunia Barat sebagai Avenzoar
yang merupakan doktor perubatan dan farmasi. Beliau telah melakukan banyak
eksperimen dan perawatan mengenai tumor melalui panduan perubatan melalui
kitab Al-Iqtisad fi Islah. Ibn Rusyd (Averoses) juga sangat masyhur di Barat
menulis Kulliyat fi al-Tibb telah diterjemahkan ke bahasa Latin memberikan
penerangan yang lengkap mengenai anatomi fisiologi penyakit, simptom-
simptom serta rawatannya, ubat-ubatan, makanan dan pemeliharaan kesihatan.
Tokoh lain yang masyhur adalah seperti Ibn Bajah, Ibn Tufail, dan Maimonides.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  47
INSAN SEJAGAT

Rajah 3.2: Sebahagian daripada peralatan pembedahan dalam perubatan Islam


Sumber: https://www.google.com/search?rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source

SEMAK KENDIRI 3.1

Senaraikan tokoh perubatan Islam yang telah dibincangkan dan


sumbangannya. Sila buat penambahan tokoh lain yang anda ketahui.
Kemudian, bincangkan.

3.4 SUMBANGAN DALAM BIDANG


MATEMATIK
Bidang matematik telah wujud sejak awal zaman perkembangan Islam (lihat
Rajah 3.3). Pada zaman pemerintahan Islam, ramai penuntut berbangsa Eropah
yang datang belajar ke Andalus. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam
bidang tersebut. Antaranya ialah Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah
berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya
al-Khawarizmi tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah
menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Leonardo Fibonacci of Pisa
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

iaitu tokoh Matematik Eropah pula telah mempelajari ilmu matematik di Andalus.
Karya-karya beliau antaranya LiberabÊci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli
matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna
pada abad ke-15 banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik
Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.

Rajah 3.3: Ilmu matematik awal zaman Islam


Sumber: http://upload.wikimedia.org/wikipedia

3.5 SUMBANGAN DALAM BIDANG


ASTRONOMI
Dalam bidang ini, terdapat beberapa karya Abu MaÊsyar dan al-Khawarizmi yang
telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville.
Karya Al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X.
Romond, ahli astronomi Eropah yang telah menulis karya astronominya
berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali.

Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau telah


mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan
antara bintang-bintang dengan matahari (lihat Rajah 3.4). Selain itu, dalam bahasa
Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab.
Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  49
INSAN SEJAGAT

Pada zaman keagungan tamadun Islam juga, umat Islam telah berjaya mencipta
kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan terciptanya kompas itu,
pelayaran di laut dan juga kegiatan perdagangan semakin berkembang dengan
lebih pesat. Muhammad bin Musa pula telah mencipta astrolab iaitu jam matahari.
Beliau juga telah mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada
abad ke-12, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan
semula kapal yang sudah tenggelam. Sultan Malik Syah telah membina Balai
Cerap (Observatori) untuk kegunaan ahli astronomi mengadakan persidangan.
Di balai cerap inilah Kalendar Parsi diperbaharui (Mahayudin, 2004).

Rajah 3.4: Ibn al-Zarqiyali mahir dalam bidang astronomi Islam


Sumber: https://www.google.com/search?rlz=1C2RNRC_enMY509MY509&source

3.6 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI


MUZIK
Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang
indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis
dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang Islam
telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman
pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat
muzik dijadikan prasyarat untuk diterima bekerja (Mohd Mokhtar, 1993).
Kesannya, lahirlah ramai tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti
al-Farabi dan al-Kindi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Pada abad ke-12, didapati karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang
muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini giat dilakukan di
Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cologne (1190M) telah mengikut jejak
Al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland
dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang
diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.

Al-Farabi (847 Masihi) merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil
karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis
alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983) (lihat Rajah 3.5).
Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan
pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. al-Farabi turut
menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam
yang diberi judul al-Musiqa (Abd Alim dan Syed Idrus (1995), Mahayudin (2004),
Haliza (2006). Menurut Mahayudin (2004), al-Farabi juga terkenal menerusi
karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan
On The Classification of Rhythm. Buku ini menjadi rujukan penting di Eropah.
Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not
muzik.

Al-Kindi (800M) merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak
menghasilkan buku mengenai teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Inggeris; antaranya, Essentials of Knowledge in Music, On The
Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin,
2004). Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila
digabung akan menghasilkan harmoni. Menurut beliau, nada suara yang terlalu
rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan.
al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di
samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap
kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).

Muhyiddin Ibn Arabi merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal.
Karyanya banyak berkisar tentang alat muzik. Di dalam bukunya beliau
menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan
(Mahayudin, 2004). Safi al-Din Abd al-MuÊmin merupakan orang yang pertama
sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa
karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik. Beliau turut digelar ÊFather of
MusicÊ oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya (Mahayudin,
2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  51
INSAN SEJAGAT

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din telah menulis buku muzik dan telah
diterjemahkan sebagai The Jewels of Arrangement in the Knowledge of the
Melodies (Mahayudin, 2004). Selain itu, al-Isfahani telah menulis al-Aghani dan
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan nama The Grand Book of
Songs yang mengandungi 21 jilid (Mahayudin, 2004). Khalil bin Ahmad adalah
orang yang pertama berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah
diterjemahkan bertajuk The Book Notes dan The Book of Rhythm. Hasil karya
beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar universiti di
Sepanyol (Mahayudin, 2004). Al-Urmawi (1230M) pula adalah seorang pemuzik
yang telah mencipta biola dan juga ahli muzik pada zaman Khalifah al-MustaÊsim.

Berdasarkan fakta di atas, dapat disimpulkan bahawa orang Islam bukannya


mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka
begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.

Rajah 3.5: Contoh gambus yang dicipta oleh al-Farabi dalam satu persembahan muzik
Sumber: https://www.google.com/search?q=images+seni+musik+islam&rlz

3.7 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI BINA


Seni bina merupakan antara bentuk seni yang terdapat pada sesuatu tamadun.
Menurut Ab. Alim dan Syed Idrus (1995), seni bina bermaksud satu bidang seni
untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh
manusia untuk digunakan oleh manusia. Mahayudin (2004) pula berpendapat
bahawa seni bina merupakan satu daripada ciri-ciri ketamadunan yang penting
kerana ia merupakan lambang atau mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa
atau negara, contohnya seperti yang kita dapat lihat pada Rajah 3.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Pencapaian dan pembangunan seni bina telah bermula sejak zaman Rasulullah
s.a.w. yang dilihat menerusi pembinaan Masjid QubaÊ dan Masjid Nabawi
(Mahayudin, 2004). Pada zaman pemerintahan KhulafaÊ al-Rashidin, terutamanya
zaman Khalifah ÂUmar al-Khattab, perkembangan seni bina dianggap paling
berjaya kerana beliau amat mengambil berat tentang pembaharuan dalam
pelbagai bidang khususnya pembinaan masjid. Pada zaman Kerajaan Bani
Umaiyah dan Bani Abbasiyah, khalifah yang memerintah telah banyak memberi
sumbangan penting dalam pencapaian seni bina Islam.

Khalifah al-Walid bin ÂAbdul Malik (86-87H) telah membina Masjid Suriah di
Damsyik, membina pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi
mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah,
Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil ÊAqsa di Baitul Maqdis. Beliau juga telah
menyempurnakan pembinaan batu di Baitul Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah
(Mahayudin, 2004).

Khalid bin ÂAbdullah al-Qasri membina parit dan tali air dalam usaha menyiapkan
projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik. Khalifah
Abdul Rahman II membuat projek membina menara lampu di beberapa
pelabuhan untuk memudahkan kapal perdagangan berlabuh di pantai Andalus
(Mahayudin, 2004). Khalifah Abu JaÊafar al-Mansur pula telah mendirikan sebuah
istana yang bernama Al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Reka bentuk istana ini
sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau
menamakannya ÊQasr al-KhuldiÊ yang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah
membina Masjid JamiÊ al-Mansur di hadapan Istana Al-Zahab yang mana
merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad (Mahayudin, 2004).

Khalifah al-Mahdi telah membina Istana Al-Salam di Isabaz dan Masjid JamiÊ
al-Rishafah pada tahun 157H. Khalifah al-MaÊmun sinonim dengan pembinaan
Universiti Nizamiyyah merupakan pusat pengajian tinggi secara formal, Imam
Abu Hanifah, Imam Shafie, Imam Malik, al-Kindi, al-Farabi, Abu Bakar al-Razi
dan Ibn Sina adalah antara tokoh intelektual yang pernah menuntut di universiti
bersejarah tersebut. Al-MaÊmun juga telah membina Bayt al-Hikmah yang
merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terbesar terletak di Baghdad
(Mahayudin, 2004). Pelbagai aktiviti penulisan karya ilmiah dan juga aktiviti
penterjemahan buku ke dalam bahasa Arab dijalankan di kutub khanah ini. Beliau
juga telah memperkembangkan bidang astronomi dengan membina pusat
astronomi di Syamsiyah, berhampiran Kota Baghdad untuk mengawasi
pergerakan bintang (Mahayudin, 2004). Kesan daripada penubuhan ini ahli
geografi Islam telah berjaya membuktikan bahawa bumi ini bulat yang
mengandungi 360 darjah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  53
INSAN SEJAGAT

Seni bina dan seni halus Islam telah berkembang luas meliputi Asia Barat, Asia
Timur dan Selatan Eropah. Bandar baru dibina seperti Kufah, Basrah, Qayrawan
dan Baghdad. Setiap bandar dibina masjid, istana, perumahan, pasar dan tembok.
Monumen dari seni bina Islam diakui keindahan seni binanya baik di luar
mahupun hiasan dalamannya. Masjid Cardoba, rumah rekreasi, istana, dinding
mihrab diukir dengan emas 8 ela panjang, mimbar diukur daripada kayu jati pilar,
Al-Cazar, pintu gerbang yang dihiasi dengan tembaga diukir dengan halus dan
Giralda di Sevile, istana Al-Zahra dan Al-Zahirah yang dilengkapi dengan lukisan
berwarna, ukiran kayu yang berbunga dan geometri, dewan yang dilengkapi
dengan kristal tulen yang disinari oleh cahaya matahari mengeluarkan pelangi
serta Masjid al-HambraÊ di Granada terkenal sebagai Âthe artistic genius of Muslim
SpinÊ. Keindahannya terletak pada kehalusan geometrinya.

Rajah 3.6: Seni bina Islam bercirikan bangunan Turki


Sumber: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/07/Ventanas_con
_arabescos_en_la_Alhambra.JPG

AKTIVITI 3.3

Pada pendapat anda, bagaimana ciri-ciri seni bina dalam tamadun Islam
telah mempengaruhi seni bina bangunan di negara kita, khususnya
dalam pembinaan masjid? Bincangkan beserta bukti yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

3.8 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI


KALIGRAFI
Syeikh Shams al-Din al-Akfani (dalam Mahayudin, 2004) menjelaskan bahawa
seni khat atau kaligrafi adalah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf
tunggal, letaknya dan cara merangkainya menjadi tulisan yang tersusun atau apa-
apa yang ditulis di atas garis-garis, bagaimana cara menulisnya dan menentukan
mana yang tidak perlu ditulis; menggubah ejaan yang perlu digubah dan
menentukan cara bagaimana untuk menggubahnya (lihat Rajah 3.7).

Terdapat banyak khat yang digunakan oleh orang Islam seperti khat kufi, nasakh,
thuluth, rayhan, muhaqqaq, tawqiÊ, riqÊah, diwan, ijazah, parisi, diwan jali, taÊliq
dan nastaÊliq, (Kamil al-Baba, 1992). Terdapat sumber mengatakan bahawa khat
yang tertua ialah khat kufi (Seyyed Hossein Nasr, 1987, Ab. Alim dan Syed Idrus,
1995 dan Mahayudin, 2004). Antara tokoh ilmuwan yang terkenal dalam bidang
seni khat dan kaligrafi ialah Ibn Muqlah, Ibn Bawwab dan juga Yaqut
al-MustaÊsimi.

Ibn Muqlah (886M) merupakan antara ahli kaligrafi yang masyhur di zaman
pemerintahan Bani Abbasiyah. Ibn Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan
khat naskhi yang menggantikan tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi
Islam (Kamil al-Baba, 1992). Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub
(proportional script) di dalam sejarah kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau
telah menetapkan satu sistem ukuran dalam menulis sesuatu huruf. Misalnya
huruf alif ditulis berpandukan titik-titik (3, 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba, 1992).

Ibn Bawwab yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyah dianggap
sebagai pencipta kepada khat rayhani dan muhaqqaq. Terdapat sebanyak 64 buah
al-Quran ditulis oleh Ibn Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat
rayhani (Kamil al-Baba, 1992). Yaqut al-MustaÊsimi selain daripada menjadi ketua
di Perpustakaan Al-Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan
dan ahli pujangga. Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan
Ibn Bawwab. Beliau pernah digelar sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud
kiblat para penulis khat (Kamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan pengasas
kepada „Sittah‰ enam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali Darusalam,
2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  55
INSAN SEJAGAT

Rajah 3.7: Contoh seni khat Islam dan peralatan penulisan khat
Sumber: http://1.bp.blogspot.com/ALSBNwjZhS4

AKTIVITI 3.4

Senaraikan jenis seni khat yang telah dibincangkan dan cari bagaimana
bentuk rupanya. Bentangkan di dalam kelas.

3.9 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI


SASTERA
Kesusasteraan Islam bermula sejak turunnya wahyu dari Allah s.w.t. yang
terakhir iaitu kitab al-Quran al-Karim. Al-Quran merupakan sebesar-besar
mukjizat bagi umat Islam. Menurut Mustafa Haji Daud (1991) al-Quran adalah
sumber kesusasteraan Islam yang dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan
bahasa dan dari segi isi. Terdapat ramai tokoh ilmuwan Islam yang memberi
sumbangan yang besar di dalam seni sastera Islam. Karya seperti The Arabian
Night, Ali Baba and the 40 Thieves, Sinbad the Sailor, dan Aladin and the Magic
Lamp begitu popular hingga ke negara Barat. Antara intelektual Islam yang
terkenal dalam seni sastera ialah Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya
yang berjudul Hikayat 1001 Malam. Ceritanya telah banyak memberi kesan
kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang Barat sehinggakan ia
telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

karya bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
dengan judul Epic Kings (Ghazali Darusalam, 2001).

Ibn Tufayl dalam karyanya menceritakan tentang bagaimana seseorang mencapai


fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada orang lain
atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn
Yaqzan mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu
dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah
diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama
teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Orang Eropah bukan setakat menterjemah
malahan mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah berdasarkan idea
yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang
dihasilkan pada abad ke- 18 (Hasan, 1971).

Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang failasuf dan penyair yang hebat di
zamannya. Malah, beliau pernah menjadi terkenal dalam kalangan dunia Barat
sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa
Inggeris bagi bukunya, Rubayyat. Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz (1067M) banyak
menggubah syair puji-pujian kepada raja untuk mencari rezeki. Selain antologi
syair, beliau juga menghasilkan karya sastera iaitu al-Mulah al-Asriyah, Hadiqah
al-Adab dan al-Risalah al-Misriyyah (Mahmood Zuhdi, 2003). Ibn Bajjah
merupakan seorang sasterawan yang unggul, ahli bahasa dan seorang hafiz
al-Quran. Beliau menghasilkan karya seperti Risalah al-WidaÊ, Al-Risalah al-Ittisal
dan Al-Madinah al-Fadilah (Umar Furrukh, 1983).

AKTIVITI 3.5

Buat kumpulan kecil di kelas anda, bincangkan aspek berikut:

(a) Kedudukan seni muzik dalam Islam;

(b) Perubatan Tib al-Nabi dan perubatan moden;

(c) Keindahan nilai estetika dalam seni bina Islam; dan

(d) Penulisan sastera Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  57
INSAN SEJAGAT

3.10 SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK


Tamadun Islam juga banyak memberi sumbangan yang besar dalam bidang
politik. Menurut catatan Ibnu Hisyam, Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah
adalah perlembagaan negara yang pertama ditulis di dunia yang telah diasaskan
selepas terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian antara
orang Muhajirin dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang
kaum seperti Aus, Khazraj serta kaum Yahudi (Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan
Bani al-Nadir).

Termeterainya perjanjian ini bermakna Rasulullah s.a.w. telah berjaya mengasas


dan memantapkan kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang
sama Baginda telah berjaya mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai
ÂUmmahÊ. Ini juga telah mengubah prinsip suku bangsa yang selama ini
melahirkan ketegangan kaum yang berpanjangan. Kejayaan Rasulullah s.a.w.
dalam bidang ini telah membawa keharmonian kepada penduduk kota Madinah.
Sebarang aktiviti yang tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan kaum munafik di
Madinah juga dapat dibendung dengan baik. Sebarang pihak yang melanggar
perjanjian akan dihukum.

3.11 SUMBANGAN DALAM BIDANG SEJARAH


Mengenai sejarah, Ibnu Khaldun (1332M), berpendapat ahli sejarah sepatutnya
mempunyai tamadun.

Berikut adalah senarai antara tokoh yang telah memberi sumbangan dalam bidang
sejarah pada tamadun Islam:

(a) ÂAbd. Al-Malik Ibn Habib (845M) telah menulis karya sejarah yang masyhur
iaitu Tarikh;

(b) Muhammad Ibnu Musa al-Razi (886M), menulis salasilah keturunan amir-
amir di Andalus serta sejarah ibu kota, jalan raya bandar dan peperangan;

(c) Marwan Ibn Hayyan (987M) menulis buku sejarah yang tebal seperti
Al-Matin yang mengandungi 60 jilid, Al-Muqtabis 10 jilid, menulis protokol
istana, majlis istana juga peperangan;

(d) Ibn Hazm pula telah mengarang 400 judul dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, teologi, moral, perundangan, puisi, sastera dan sejarah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

(e) Ibnu Idhari dengan karya Al-Bayan al-Maghrib, menjadi salah satu sumber
rujukan sejarah mengenai Afrika Utara;

(f) Ibnu al-Khatib (1313M) menulis riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.
secara lengkap; dan

(g) Al-Maqqari (1631M) kitabnya Nafh al-Tib dan Azhar al-Riyad mengandungi
maklumat mengenai sejarah dan kebudayaan di Andalus dan Arab (Azizan
Baharudin, 1986).

3.12 SUMBANGAN DALAM BIDANG


GEOGRAFI
Istilah geografi itu sendiri telah diambil daripada perkataan Arab ÂJughrafiyahÊ.
Bidang ilmu geografi sangat penting dalam mengetahui tentang dunia daripada
segi bentuk, kedudukan tempat, garis bujur dan garis lintang (lihat Rajah 3.8).

Terdapat tiga pembahagian ilmu Geografi, iaitu:

(a) Geografi deskriptif membicarakan hal ketenteraan serta pemerintahan,


topografi, cuaca dan sumber asli. Contohnya, kitab Ilm Ajaib al-Buldan yang
merupakan sebuah ensiklopedia, kamus geografi dan cerita pengembaraan;

(b) Geografi matematik pula menjelaskan bentuk bumi, garisan bujur dan
garisan lintang, dan peta negara dunia;

(c) Geografi teoretikal dan amalinya pula dikenali melalui tokoh seperti
al-Khawarizmi (847M) yang mengarang kitab Surat al-Ard yang di
dalamnya mengandungi peta dunia, Ibn Kurdadhbih (900M) melalui kitab
Al-Masalik wa al-Mamalik menjelaskan kedudukan bumi dan benua.
Ibrahim al-Farazi merupakan seorang ahli geografi Islam yang telah
membuat banyak kajian. Beliau telah berjaya mencipta astrolab yang
digunakan oleh ahli pelayaran sehingga kini (Mahayudin, 2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  59
INSAN SEJAGAT

Rajah 3.8: Peta awal dalam geografi Islam


Sumber: https://www.google.com/search?q=images+zoologi+tamadun+islam&rlz=
1C2RNRC_enMY509MY509&source

3.13 SUMBANGAN DALAM BIDANG INDUSTRI


Bidang perindustrian berkembang sejajar dengan bidang pertanian dan
perlombongan. Al-Qaysariayahd, Andalus adalah sebuah bangunan yang
menempatkan urusan perdagangan yang menjual pelbagai barang seperti tekstil,
logam (emas, perak, besi, tembaga, kuprum), Bab al-Attarin tempat menjual
rempah ratus di Cordoba, Sug al-Itr plaza tekstil. Kilang pengisar tepung telah
wujud sejak kurun ke-8M di Andalus yang digerakkan dengan menggunakan
jentera air melalui tenaga angin dan haiwan. Kilang memerah minyak zaitun juga
telah digunakan pada abad ke-9M. Pertukangan kayu bagi pembinaan perkapalan
berkembang maju di sekitar pelabuhan seperti di Tortosa dan juga industri kulit
dan kertas di Samarkand tahun 704 Masihi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Pada kurun ke-12M pada zaman kerajaan Umaiyah, orang Islam telah
mempelajari membuat kertas yang bermutu tinggi melalui perdagangan dengan
orang Cina serta menjadi bahan eksport ke Timur dan Barat. Pada kurun ke-13M
orang Islam telah membuat kertas daripada kapas dan linen di mana industri
kertas dan penulisan ini mula ditiru di Perancis dan England. Satu lagi
perindustrian yang berkembang maju ialah industri tenunan tekstil di sekitar laut
Mediterranean (Byzantium, Mesir, Sepanyol dan kepulauan Sicily). Industri
tembikar juga mula berkembang sejak kurun ke-10M hingga ke-14M. Selain itu,
pada zaman Islam tembikar emas Hispono-Morisco sangat masyhur di dunia
Eropah.

3.14 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERTANIAN
Masyarakat Arab adalah antara bangsa yang paling rajin dalam mengusahakan
tanah untuk pertanian serta bangsa yang pakar dalam mencipta peralatan
pertanian untuk menambahkan pengeluaran dan juga menggunakan baja serta
saliran air untuk menyuburkan tanah. Ahli botani yang mashyur seperti Ibnu
al-Hajah dan Ibnu al-Awwam telah melakukan kajian mengenai kualiti tanah
kepada 10 kelas mengikut sifat dan jenis tanah untuk pertanian. Terusan air dibina
secara saintifik bukan sahaja untuk pertanian tetapi juga untuk membekalkan air
kepada beribu-ribu masjid dan kepada penduduk tempatan. Jentera hidraulik
dibina di Fez oleh Muhammad Ibn al-Haj pada kurun ke-13M. Pada masa itu
orang Islam juga pandai mengawetkan buah-buahan dan juga bijirin seperti
anggur, jagung, padi, gandum, zaitun, ceri dan pic yang boleh digunakan
sehingga 30ă100 tahun.

Selain itu sains botani mula diperkenalkan pada kurun ke-11M oleh Abu Ubaid
al-Bakri yang telah menyusun buku tentang tumbuh-tumbuhan, menama dan
mengkelaskannya melalui tulisannya. Kemudian pada abad ke-12M Ibn Sarabi
telah menulis buku al-Ghafiqi juga mengenai botani di samping buku al-Nabati
oleh Abu al-Abbas. Serorang lagi tokoh ialah Ibnu Baytar (1197M). Beliau adalah
pengkaji ilmu tumbuh-tumbuhan yang terbaik dengan membuat kajian yang
mendalam melalui pemerhatian dan uji kaji dengan mengembara ke seluruh
benua seperti Afrika Utara Semenanjung Arab, Syiria dan negeri di pesisir lembah
Nil dan Mesopotamia. ÂBuku PertanianÊ yang ditulis oleh Ibn al-Awwam
mengandungi 34 bab (Azizan Baharudin, 1986).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  61
INSAN SEJAGAT

3.15 SUMBANGAN DALAM BIDANG ZOOLOGI


Zoologi adalah ilmu mengenai haiwan. Salah seorang tokoh yang telah memberi
sumbangan dalam bidang ini pada zaman awal tamadun Islam ialah Ibn Jawa Liqi
yang telah menulis buku mengenai perihal pelbagai jenis haiwan tentang, jantina,
sifat dan ciri-ciri, sihat dan sakit seekor haiwan (Azizan Baharudin, 1986) (lihat
Rajah 3.9).

Rajah 3.9: Contoh ilmu zoologi Islam


Sumber: https://www.google.com/search?q=images+zoologi+tamadun+islam&rlz=
1C2RNRC_

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

3.16 SUMBANGAN DALAM BIDANG FIZIK


DAN FALSAFAH
Bidang fizik juga telah bermula dan berkembang pada zaman awal tamadun
Islam. Antara tokohnya ialah Ibn Bajah atau Avenpace yang terkenal dengan teori
Avenpace mengenai teori daya gerak atau pergerakan. Dari sinilah Galileo,
St. Thomas dan Duns Scotus mengembangkan idea Ibn Bajah di dunia Barat
dengan menggunakan formula yang telah ditulis oleh Ibn Bajah (Azizan
Baharudin, 1986).

Dalam bidang falsafah pula tamadun Islam telah mempelajarinya daripada


falsafah Yunani dan Sanskrit pada sekitar kurun ke-7M dan ke-8M dan telah
mencapai kemuncaknya pada kurun ke-10M. Bermula dengan falsafah
Hellenisme Yunani orang Islam telah mengembangkan asas ilmu falsafah ini
melalui penterjemahan buku falsafah ke dalam bahasa Arab. Pada zaman Khalifah
Abbasiyah, al-Mansur (754M) dan al-MaÊmun (833M) telah menterjemahkan karya
falsafah daripada Aristotle, Galen, Hippocrates, Ptolemy dan Euclid ke dalam
bahasa Arab. Ilmu falsafah sangat dipentingkan dalam Islam kerana ia dapat
membantu pemikiran logik mengenai manusia, alam dan ketuhanan yang tidak
bertentangan dengan wahyu.

Al-Kindi (865M) adalah seorang failasuf Islam yang terkemuka kerana telah
menulis lebih daripada 270 karya yang antaranya mencakupi buku falsafah.
Al-Kindi membahaskan Al-Mahiyah dan realiti segala fizik (benda) dan metafizik
(ketuhanan). Al-Farabi (950M) membahaskan jirim dan hubungannya dengan
bentuk dan roh. Ibn Sina (1037M) telah merungkai fahaman Ikhwan al-Safa
mengenai Âmanusia akan mencapai kesempurnaan apabila dapat memahami
bahawa Tuhan itu satu, roh itu satu, alam ini satu, kemanusiaan itu satu, agama
itu satu, kebenaran itu satu dan falsafah itu satuÊ. Ibn Masarrah, Ibn Hazm dan
Ibnu Tumlus menjelaskan kebenaran itu terletak dalam falsafah serta dapat
memadukan antara agama dengan falsafah.

Said Ibn Fattah (1029M) telah menulis Shajat al-Hikmah mengenai pengenalan
terhadap ilmu falsafah. Ibn Bajah melalui kitab Tadbir al-Mutawahhid menulis
mengenai alam metafizik yang dirujuk daripada Plato, Aristotale, Galen,
Al-Farabi, Ibn Sina dan Al-Ghazali. Ibn Tufayl (1106M) dengan kitab Hayy ibn
Yaqzan mengenai kronologi kehidupan seorang manusia. Ibn Rusyd (1198M) atau
Averroism dengan aliran pemikiran bahawa dunia ini abadi, jirim dan bentuk,
jasad dan roh yang dimuatkan dalam kitabnya Fasl al-Maqal dan Tahafut
al-Tahafut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  63
INSAN SEJAGAT

Semua pengetahuan daripada pelbagai disiplin keilmuan khususnya bidang sains


tabii mula mencerah di Andalusia sejak kurun ke-8 hingga kurun ke-13M. Dunia
Eropah pada masa itu berada dalam zaman kegelapan daripada sumber
pengetahuan. Ini kerana pihak gereja melarang penganutnya daripada menuntut
ilmu dengan tujuan memudahkan institusi gereja mengawal orang Kristian. Situasi
ini berubah apabila berlakunya perang agama atau perang Salib pada abad ke-11M.
Pertembungan, pertempuran dan peperangan antara tentera Kristian dengan Islam
telah menyedarkan orang Kristian akan kehebatan keilmuan yang dimiliki oleh
orang Islam. Pertemuan ini telah membuat fikiran mereka berminat terhadap
intelektual Islam. Kemasukan mereka melalui Sepanyol, Syira, Palestin dan Sicily
telah membawa kejayaan dalam bidang keilmuan kerana orang Kristian belajar
dengan orang Islam. Penterjemahan buku Arab ke bahasa Latin membolehkan
khazanah Islam ini tersebar dan berpindah ke dunia Barat sehingga kurun ke-16M.
Orang Islam Andalus yang telah menyampaikan keilmuan Islam ke negara Eropah.

 Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas, sememangnya telah terbukti


bahawa tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar
melalui intelektual Islam di dalam perkembangan sebahagian besar cabang
seni yang wujud pada hari ini.

 Pada hakikatnya Islam tidak pernah menolak kesenian malahan menerapkan


unsur murni yang menjadi teras kepada setiap cabang seni iaitu tauhid
bersesuaian dengan peredaran zaman.

 Jelas menunjukkan bahawa perkembangan seni sama ada seni khat, seni bina,
seni sastera mahupun seni muzik telah pun dibangunkan awal-awal lagi oleh
ilmuwan Islam. Buktinya ramai pencinta seni dari barat mempelajari dan
mengkaji hasil seni ilmuwan Islam dan seterusnya menggunakan
pengetahuan itu untuk menjadi teras kebangkitan ketamadunan mereka.

 Pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin


kepada zaman Renaissance atau Pembaharuan di Eropah yang akhirnya
melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

 Generasi pada hari ini sepatutnya merasa bangga dengan sumbangan


ilmuwan Islam yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia
malahan mereka perlu mempunyai semangat dan iltizam untuk mengulangi
keagungan tahap pencapaian ilmu pengetahuan intelektual Islam satu masa
dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

 Apa yang membantu kejayaan umat Islam dalam bidang ilmu seperti ini ialah
Islam itu sendiri yang bersikap terbuka dan positif terhadap ilmu
pengetahuan.

 Al-Quran juga sentiasa menggesa umat Islam supaya berfikir dan meneliti
tentang manusia dan alam.

 Adalah menjadi aspirasi dan impian kita untuk menyaksikan suatu hari nanti
sejarah keagungan umat Islam seperti dahulu akan kembali berulang.

Astronomi Kitab
Botani Metafizik
Falsafah Monumen
Farmakologi Sains Tabii
Fizik Seni bina
Kaligarafi Zoologi
Khat

Abdul Alim Abdul Rahim, & Syed Idrus Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam.
Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Ed. ke-2. Kuala Lumpur,
Malaysia: Fajar Bakti.

Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pusataka.

Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala


Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP  65
INSAN SEJAGAT

Hasan Langgulung. (1987). Pendidikan Islam: Satu analisa sosio psikologikal.


(t.th.). Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Antara.

Kamil al-Baba. (1983). Dinamika kaligrafi Islam. (Terj. Sirojuddin, A. R., 1992).
Jakarta, Indonesia: Dar al-ÂUlum Press.

Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.

Mohd Mokhtar Shafie. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur,
Malaysia: Nurin Enterprise.

Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terj. Sutejo, 1992).
Bandung, Indonesia: Mizan.

Zulkifli Hassan, & Hanani Harun. (2006). Sumbangan intelektual Islam dalam
seni. Penang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
Melayu
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pembentukan tamadun Melayu;
2. Mengaitkan agama Islam dengan pembentukan tamadun Melayu;
3. Menyenaraikan ciri-ciri tamadun Melayu;
4. Membuktikan tamadun Malaysia berasaskan kepada tamadun
Melayu; dan
5. Membezakan Melayu Deutro dengan Melayu Proto dalam konteks
tamadun Melayu di alam nusantara.

 PENGENALAN
Tamadun adalah suatu peradaban masyarakat yang mempunyai penyusunan
stratifikasi masyarakat yang kompleks mengikut pengkhususan pekerjaan dan
tahap sosial yang berbeza yang tinggal menetap di sesebuah perbandaran.
Memartabatkan sesebuah tamadun bukan satu usaha yang mudah; ia
memerlukan kepakaran dan minat yang mendalam. Zaman moden adalah era
globalisasi dan ianya juga cabaran baru abad ke-21 di mana jurang antara tamadun
Islam dan Barat semakin meluas dan tentunya memberi pengaruh serta kesannya
terhadap tamadun Melayu. Orang Islam di Malaysia berteraskan budaya Melayu
dan tentunya beragama Islam. Dengan itu tamadun Melayu tidak boleh
dipisahkan dengan agama Islam. Tamadun Melayu perlu diteruskan kerana
sumbangan besarnya terhadap tamadun manusia sejagat yang akan membantu
mengangkat tamadun Islam sedunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  67

4.1 KONSEP TAMADUN MELAYU


Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan
bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan
pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu-
Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi (Azam Hamzah, 1997).

Menurut Tenas Effendy (2004), istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam
dan luas. Sebahagian pengkaji menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua
pengertian, iaitu ÂMelayuÊ dan ÂkemelayuanÊ. ÂMelayuÊ dimaksudkan sebagai satu
rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara
ÂkemelayuanÊ mengandungi erti Ânilai anutanÊ dan Âjati diri MelayuÊ. Istilah
Melayu juga boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa dan
bahasanya iaitu Melayu. Pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu-Indonesia
adalah seperti Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis,
Sasak, Melanau, Iban dan Sulu.

Bellwood (1997) pula menegaskan Melayu merupakan satu masyarakat peribumi


atau masyarakat asal rantau ini ă rantau atau wilayah kebudayaan yang disebut
sebagai Malay Archipelago, Kepulauan Melayu atau Alam Melayu. Kesatuan
Melayu ini hidup aman, damai dan rukun lantaran sifat adaptif, akomodatif dan
assimilatif. Kesatuan Melayu begitu mantap dalam kalangan masyarakat Melayu
kerana nilai kemelayuan yang dimiliki. Nilai kemelayuan inilah yang memberi
pengertian kehidupan bangsa Melayu dalam membina jati diri bangsa.

Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau alam Melayu. Pemahaman terhadap tamadun Melayu sebagai satu
tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman
terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan tamadun Melayu bertitik tolak
dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu secara
keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para pendakwah Islam di seluruh
rantau alam Melayu secara berperingkat-peringkat telah membina asas tamadun
Melayu. Islamnya Melayu adalah kerana pengislaman sultan dan pembesar istana
berdasarkan ketaatan rakyat terhadap sultan yang memerintah.

Menurut Ismail Hamid (1985), kedatangan Islam ke nusantara telah membawa


perubahan sehingga menjadikan bangsa Melayu sebahagian daripada dunia
Islam. Perubahan tersebut dapat dilihat daripada semua aspek kehidupan seperti
bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat
istiadat dan kesenian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

SEMAK KENDIRI 4.1

Nyatakan apakah konsep penting tamadun Melayu.

4.2 PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU


Dari segi kronologi pembentukan tamadun Melayu, ia dapat diselusuri bermula
daripada zaman Paleolitik (zaman batu awal) kira-kira 35,000 tahun yang lalu.
Kemudian ia diikuti oleh zaman Meseolitik (zaman batu tengah) 11,000 tahun
yang lalu, zaman Neolitik (zaman batu baru) 5,000 tahun dahulu dan seterusnya
dari zaman besi kira-kira 2,500 tahun yang lalu. Kronologi terakhirnya ialah
zaman kedatangan Islam di nusantara kira-kira abad ke-11 Masihi.

Tamadun Melayu terdiri daripada bangsa Melayu yang mendiami kawasan di


Asia Tenggara yang dikenali sebagai gugusan kepulauan Melayu (The Malay
Archipelago) meliputi Melayu-Indonesia, Alam Melayu nusantara atau dipanggil
sebagai Tanah Jawi (lihat Rajah 4.1). Istilah Melayu juga dikenali dengan ciri-ciri
bangsa Melayu, adat Melayu, berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan
beragama Islam (Shaharir Mohamad Zain, 2000).

Rajah 4.1: Peta alam Melayu


Sumber: https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  69

Bangsa Melayu diperintah oleh kerajaan-kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu awal


mempunyai susunan struktur masyarakat yang kompleks dalam bentuk piramid,
raja sebagai pemimpin diikuti oleh pembesar istana dan paling bawah rakyat
jelata. Sarjana tempatan (Nik Hassan Suhaimi, 1993) mengatakan bahawa orang
Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil
kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia
Tenggara merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo. Jika kita
menerima pendapat tersebut dan menggunakan pentarikhan tapak prasejarah
yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak paleolitik, maka didapati
bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun
dahulu (Ahmad Hakimi, 1998).

Sungguhpun masyarakat dan kebudayaan Melayu mungkin telah wujud lebih


awal di kawasan Asia Tenggara, asas kepada kemunculan tamadun (atau
perbandaran) dan susunan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan
teknologi pertanian tetap pada zaman Neolitik (zaman batu 5,000M) (Ahmad
Hakimi, 2006). Secara umumnya, zaman Neolitik (atau zaman batu baru)
memperlihatkan perubahan teknologi yang berteraskan kepada penubuhan
tempat tinggal tetap (atau petempatan) sepanjang tahun (untuk menjaga tanaman)
dan pertanian tetap (untuk menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang
tahun).

Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah


dalam bentuk kerajaan awal Melayu sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu
(Bellwood, 1997). Kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan praIslam yang
memerintah di Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Selatan
Thailand, empayar Srivijaya di Palembang, Kuala Selinsing di Perak dan Lembah
Bujang di Kedah (Ahmad Hakimi, 2006). Sebahagian besar daripada kerajaan
Melayu awal di kawasan Asia Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti maritim.
Pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan perdagangan jarak jauh.
Perdagangan jarak jauh menunjukkan rangkaian perhubungan yang besar dan
memerlukan penempatan yang agak lama dan tetap untuk memudahkan
pengekalan perhubungan tersebut. Secara umumnya, perdagangan jarak jauh
dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan.

Sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu masa


dahulu begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan
Selat Melaka (Ahmad Hakimi, 2006). Pelabuhan di Semenanjung Malaysia
memainkan peranan sebagai tempat berehat yang penting untuk kapal layar
untuk meneruskan perjalanan sama ada ke Barat ataupun ke Timur mengikut
musim yang bersesuaian. Pelabuhan sedemikian berkembang untuk membentuk
tamadun (atau perbandaran) Melayu yang awal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu awal yang terbentuk di Kuala Selinsing berbeza daripada yang
terdapat di Lembah Bujang oleh kerana ianya tidak berfungsi sebagai sebuah
pusat keagamaan. Pada waktu yang sama, maklumat dari peninggalan arkeologi
yang ditemui di Kuala Selinsing menunjukkan bahawa tamadun ini tidak
dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Buddha. Beberapa artifak yang ditemui di
tapak arkeologi ini menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan sistem
tulisan Pahlavi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu (Nik Hassan
Suhaimi, 1991). Pembentukan tamadun Melayu awal ditandai dengan wujudnya
bandar, penempatan yang lebih tersusun, pusat keagamaan dan pembinaan
monumental (besar) yang menggunakan batu. Contoh kerajaan Melayu awal yang
menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah Angkor Wat di Kemboja,
Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia dan Lembah Bujang di Kedah, Malaysia.

Tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya dibentuk oleh
orang Melayu. Kebudayaan orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal
di rantau Asia Tenggara kerana teknologi mereka pada waktu itu mampu untuk
menguasai laluan perdagangan jarak jauh yang melalui kawasan perairan
kerajaan awal Melayu. Kemampuan ini membezakan masyarakat Melayu
daripada masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yang selalunya lebih tertumpu
ke kawasan pedalaman Asia Tenggara. Selepas kemunculan kerajaan Melayu awal
ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu adalah dalam
bentuk kerajaan Melayu Islam. Kemunculan kerajaan Melayu Islam adalah
penting dalam perkembangan tamadun masyarakat Melayu. Penggabungan
antara kebudayaan Melayu dan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu
yang baru iaitu satu tamadun yang menjadi asas kepada identiti kebudayaan
Melayu dan yang menjadi teras kepada pembentukan tamadun Malaysia.

Terdapat kesinambungan dari kerajaan (tamadun) awal Melayu ke kerajaan Islam


Melayu Melaka hingga ke kerajaan Persekutuan Malaysia yang sedia ada. Sistem
penyusunan kerajaan Persekutuan Malaysia adalah hasil daripada kerajaan
Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh penjajah Inggeris, satu perkembangan
yang mengambil masa lebih 500 tahun. Jika kita mengambil kira bahawa kerajaan
Melayu Islam tersebut telah berkembang dari kerajaan awal Melayu,
perkembangan kerajaan Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini telah mengambil
masa sekurang-kurangnya 2,000 tahun.

Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau alam Melayu. Pemahaman terhadap tamadun Melayu sebagai satu
tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman
terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan tamadun Melayu bertitik tolak
dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu secara
keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para pendakwah Islam di seluruh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  71

rantau alam Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas tamadun Melayu.
Situasi ini bertambah mantap apabila para pendakwah berjaya menarik minat
pemerintah Melayu khususnya golongan istana. Sedikit demi sedikit pemerintah
Melayu beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi kesan yang
amat besar kepada pembinaan tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang
menghubung jalin suku kaum Melayu yang pelbagai.

Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world
view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu
disandarkan kepada falsafah Islam. Justeru itu, akar umbi bagi tamadun Melayu
adalah tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya
merubah kepercayaan, pemikiran, budaya dan tingkah laku masyarakat Melayu
di negara dan rantau ini (Mohd Taib Osman, 1989).

4.3 CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU


Tamadun Melayu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(a) Wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai
melalui etika dan moral yang berwibawa. Sistem ini dikuatkuasakan untuk
menjamin kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak tanduk
masyarakat Melayu dalam segala aktiviti;

(b) Kemajuan ilmu pengetahuan melalui lahir dan berkembangnya daya


kreativiti dalam penciptaan sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan,
falsafah dan sebagainya;

(c) Terdapat penempatan masyarakat Melayu di sesuatu atau beberapa


kawasan yang disatukan menjadi bandar, kota atau negara kota serta
mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun;

(d) Jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang;

(e) Wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh dalam
bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan, agama dan sebagainya;

(f) Penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama atau
serumpun;

(g) Peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan, kesihatan dan


perekonomian; dan

(h) Terdapatnya sistem kepercayaan agama (Islam) dan amalan beragama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

AKTIVITI 4.1

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dibincangkan, berikan contoh yang


sesuai dengan merujuk kepada suatu tempoh masa tertentu. Bentang
dan bincangkan bersama rakan.

4.4 HUBUNGAN TAMADUN MELAYU


DENGAN ISLAM
Interaksi antara tamadun Melayu dengan Islam bermula apabila agama Islam
mula berkembang di alam Melayu. Perkembangan Islam di alam Melayu ini
mulanya dibawa oleh orang Arab yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-7
Masihi. Ini dapat dibuktikan melalui catatan tulisan Arab atau Jawi yang dipahat
di batu nisan dan batu bersurat. Selain daripada itu terdapat juga pendapat yang
mengatakan Islam masuk ke Tanah Melayu melalui India dan China. Kedatangan
Islam ke alam Melayu telah diterima baik oleh orang Melayu kerana faktor
ketaatan mereka terhadap sultan, pembesar istana dan tok guru. Kemasukannya
juga berlaku secara aman berdasarkan faktor dakwah, geografi, perekonomian,
perkahwinan serta faktor politik dan penaklukan.

Coedes (1968) menjelaskan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu telah


mengubah kepercayaan kehidupan beragama daripada dinamisme, animisme,
naturisma, pluralisme (Hinduisme dan Buddhisme) kepada monotisme dengan
menyembah Tuhan yang Esa. Ia juga turut mengubah pemikiran orang Melayu
terhadap unsur religi dan magi. Kedatangan tamadun Islam mengubah corak
pemikiran, akidah dan akhlak masyarakat Melayu melalui sikap hormat-
menghormati antara manusia, cara berpakaian, cara berpolitik, kebudayaan dan
menitik beratkan soal persamaan taraf.

Biar pun Islam telah mengubah kepercayaan dan fahaman keagamaan kepada
orang Melayu, namun masyarakat Melayu masih tekal dengan identiti dan entiti
kemelayuan dengan mengekalkan nilai dan struktur yang tidak berlawanan
seperti lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Didikan ibu bapa atau
keluarga sangat dalam sehingga nilai kemelayuan tidak terhapus dengan
kedatangan Islam. Secara kebetulan pula nilai murni orang Melayu selari dengan
nilai Islam. Ini yang menyebabkan orang Melayu mudah menerima Islam dan
pada masa yang sama masih mengekalkan identiti kemelayuan (Buerah Tunggak
& Hussin Salamon, 2011).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  73

Kesimpulannya, interaksi tamadun Islam dengan tamadun Melayu memberi


kesan besar dalam pembangunan tamadun Melayu, terutamanya dari aspek
pembangunan insan dan kesannya dapat dilihat sehinggalah hari ini.

4.5 TAMADUN MELAYU ASAS TAMADUN


MALAYSIA
Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan
kepada tamadun Melayu yang telah dibina sekian lama berdasarkan kepada
kronologi persejarahan. Tamadun Melayu adalah tamadun yang bersifat sejagat,
dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri berteraskan bahasa Melayu,
berbudaya Melayu dan beragama Islam. Pemahaman terhadap tamadun Melayu
sebagai satu tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada
pemahaman terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan tamadun Melayu
bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu secara
keseluruhannya. Manakala tamadun Malaysia pula dibentuk berdasarkan unsur
Melayu yang dikaitkan dengan keagamaan, keunggulan identiti diri, kesenian dan
budaya, nilai politik dan perundangan.

Dalam subtopik yang seterusnya, kita akan membincangkan beberapa asas utama
yang menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun Melayu seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Asas pembentukan tamadun Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

4.5.1 Pengamalan Agama Islam


Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina tamadun
Melayu. Tanpa kemasukan agama Islam ke alam Melayu sudah tentunya
pengaruh dan nilai Hinduisme-Buddhisme akan menjadi anutan kepada
masyarakat Melayu. Islam datang membawa perubahan secara drastik dengan
menekankan unsur akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan dan kemulian
insan. Agama Islam yang bersifat murunah (lentur) sangat sesuai dengan jiwa dan
budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling bertolak ansur.
Dorongan belajar yang diketengahkan oleh Islam bermula dengan pengajaran
membaca al-Quran dan diselangselikan dengan membaca dan menyelongkar isi
kandungan naskhah kitab yang telah ditulis oleh ulama terdahulu. Fahaman ini
memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk lebih banyak berfikir dan
berdaya maju. Situasi ini telah mencetuskan fenomena baru kepada
perkembangan intelektual masyarakat Melayu. Pendidikan Islam yang bermula
di istana telah dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah dan
universiti.

Sejarah Malaysia telah mencatatkan, ketika membentuk Perlembagaan


Persekutuan 1956, perkara agama tidak diketepikan, malah ia menjadi perkara
penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) memperuntukkan agama
Islam adalah agama bagi persekutuan. Walau bagaimanapun agama lain boleh
diamalkan tanpa sebarang halangan atau gangguan daripada mana-mana pihak.
Dalam erti kata lain, agama adalah salah satu aspek penting dan perlu diambil kira
dalam membentuk dan membangun tamadun negara.

4.5.2 Penerapan Nilai Jati Diri


Kelangsungan tamadun sesuatu bangsa terletak kepada kekuatan nilai jati diri. Jati
diri Melayu diasuh melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai patriotisme
melalui persejarahan bangsa. Antara nilai yang diketengahkan dan menjadi asas
kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada pembentukan
tamadun Malaysia adalah seperti bertanggungjawab, jihad, istiqamah, ihsan, jujur
dan ikhlas, adil, bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi dan
kerjasama.

Jika diperhatikan secara halus, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu bertitik
tolak daripada keluarga. Keluarga dilihat sebagai agen sosialisasi utama dalam
masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah
menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa.
Oleh kerana masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras
kehidupan, mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai nadi pembentukan nilai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  75

dan peradaban di samping nilai asal yang sedia ada dalam masyarakat Melayu
yang terkenal dengan sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra.

4.5.3 Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya


Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan seni estetika seperti seni sastera, seni
lagu, seni tari, seni ukiran, seni bina, seni hias dan seni drama. Sebagai contohnya,
seni bina masjid banyak menerima pengaruh dan kesan daripada seni reka Islam
daripada Timur Tengah dari reka bentuk kubah, hiasan mimbar dan hiasan
dalamannya. Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat juga
berinspirasikan tamadun Islam. Warisan kesenian budaya Melayu ini juga boleh
dilihat dalam pelbagai bentuk hasil seni seperti pada tenunan, arca, ukiran dan
barang hiasan rumah.

Seni lagu dan muzik tamadun Melayu di Malaysia juga tidak terkecuali daripada
menerima pengaruh Islam di samping seni kontemporari semasa seperti muzik
dakwah, nasyid, qasidah, muzik keroncong, muzik Melayu asli dan sebagainya.
Keindahan melodi dan seni kata mengenai unsur alam, kemasyarakatan dan
unsur humanisme mampu meningkatkan imej dan keperibadian diri agar
mendekati nilai murni. Masyarakat Melayu juga terkenal dengan penciptaan
peralatan seperti rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan gong.
Selain itu mereka juga kaya dengan keindahan seni sastera seperti sajak,
gurindam, syair, puisi, prosa, cerpen, cerita pedoman dan nobel, juga kaligrafi
tulisan Melayu klasik yang terpancar melalui tulisan khat ayat al-Quran atau hadis
Nabi.

4.5.4 Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan


Kedatangan Islam di alam Melayu turut merubah aspek politik dan perundangan.
Pentadbiran negara mula ditandai melalui kesultanan Melayu Melaka. Melaka
pada abad ke-13M terkenal sebagai pusat pentadbiran dan perundangan di
kepulauan Melayu. Politik Islam melalui musyawarah dalam membuat sebarang
keputusan telah diimplimentasikan di setiap jabatan kerajaan di samping politik
demokrasi dalam menentukan dan memilih kepimpinan negara.

Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak pemerintahan Kerajaan


Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Kesultanan
Melaka bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli
(muamalat), jenayah (jinayat) dan kemasyarakatan (muamalat) malah melangkaui
bidang sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya naskhah Melayu dalam
perundangan seperti Hukum Kanun Melaka yang mengandungi 27 fasal undang-
undang, sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

terdapat dalam koleksi Muzium British mengandungi 44 fasal (Mahmood Saedon:


219). Menerusi teks ini dapat dibuat kesimpulan bahawa Undang-undang Kanun
Melaka berdasarkan undang-undang Islam dari aliran mazhab Shafie. Selain itu,
kewujudan unsur adat Melayu tidak dinafikan dalam undang-undang Melayu.

4.5.5 Pembinaan Pembangunan Ekonomi


Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah
kegemilangannya dalam urusan perdagangannya dengan negara penjajah dari
Eropah seperti Belanda dan Inggeris. Tidak ketinggalan juga perdagangannya
dengan negara dari Timur Tengah (Arab). Pelbagai jenis barang perdagangan
diperniagakan bagi memenuhi keperluan domestik sehingga ke peringkat
antarabangsa seperti barangan logam, rempah ratus, pembinaan, kayu kayan dan
pertanian. Pada waktu itu urusan jual beli dijalankan dengan menggunakan wang
emas (lihat Rajah 4.3).

Rajah 4.3: Siling wang emas yang pernah digunakan suatu masa dahulu
Sumber: https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu

Perkembangan pesat ekonomi Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan


keperluan tenaga kerja di sektor perladangan dan perlombongan. Bagi mengatasi
masalah ini penjajah Inggeris telah membawa buruh asing khususnya dari India
dan Cina untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Tiga kelompok bangsa ini
mudah dikenali menerusi kegiatan ekonomi yang mereka usahakan dan
penempatan warisan mereka sehingga membentuk masyarakat majmuk. Pada
tahun 1970 kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan
jurang perbezaan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu (pertanian),

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  77

masyarakat Cina (perniagaan) dan masyarakat India (perladangan).


Pengeksportan pertanian negara seperti timah, getah, kelapa sawit, kelapa dan
juga perindustrian turut menyumbang kepada hasil negara. Buat masa ini FELDA
dan PETRONAS menjadi peneraju utama dalam mengukuhkan pendapatan
negara.

4.5.6 Pembinaan Institusi Pendidikan


Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di alam Melayu
ditulis dengan menggunakan huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava,
India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam tamadun Melayu selepas
kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal dari al-Quran telah menggantikan
huruf Kawi dan Nagari. Oleh itu, kedatangan Islam ke alam Melayu ini telah
melahirkan satu bentuk tulisan baru bagi masyarakat rantau ini yang dikenali
sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini kemudiannya telah digunakan secara meluas
dalam bidang penulisan kitab agama Islam yang menjadi medium utama
penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini.

Kedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan Rumi turut menjadi


cabaran kepada tulisan Jawi. Pihak Inggeris enggan mengiktiraf tulisan Jawi
kerana ia mirip tulisan Arab yang dikaitkan dengan agama Islam. Kehadiran
Inggeris dengan misi kristianisasi telah gagal mengubah akidah orang Melayu
yang sangat kuat berpegang dengan akidah Islam tetapi telah berjaya
menggantikan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi. Asas penguasaan tulis-baca
inilah yang menyebabkan institusi pendidikan terus berkembang bermula
daripada pendidikan di istana, rumah tok guru, sistem pondok, sekolah Arab atau
agama, pendidikan Inggeris dan seterusnya tertubuhnya sekolah rendah dan
menengah, kolej, maktab dan universiti.

AKTIVITI 4.2

1. Buktikan tamadun Melayu mempunyai identiti tersendiri


berbanding tamadun lain di dunia ini.

2. Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan tamadun Melayu


adalah asas pembentukan Tamadun Malaysia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

4.6 TAMADUN MELAYU DI ALAM


NUSANTARA
Nusantara merupakan satu nama yang tidak asing dan amat sinonim dengan alam
Melayu. Alam Melayu pula dirujuk kepada negara di Asia Tenggara termasuklah
kepulauan Indonesia, Tanah Melayu dan kepulauan Borneo dan Filipina. Menurut
sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih daripada 5,000 tahun, manakala
tamadun Melayu Deutro (Melayu baru) lebih kurang 3,000 tahun Sebelum Masihi.

Masyarakat Melayu Proto (Melayu lama) yang dominan sebagai pelaut belayar di
sepanjang Sungai Mekong, China, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, Thailand,
hingga Semenanjung Tanah Melayu. Masyarakat Melayu Proto terkenal dengan
teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi. Mengikut teori tersebut Melayu
Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam
bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar
tahun 1500S.M. dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap
ikan yang tinggi. Berlaku pertembungan budaya apabila Melayu Proto dan
Melayu Deutro berkahwin dengan masyarakat dari pulau selatan seperti Jawa
serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito.
Kedua-dua rumpun Melayu Proto dan Deutro mempunyai persamaan adat resam
Melayu yang hampir sama menggunakan bahasa Melayu yang hampir sama.

Tamadun terawal rumpun Melayu dicatat dalam sejarah Khmer ialah tamadun
Khmer Funan di Delta Mekong. Kerajaan Funan wujud dalam abad ke-1 Masihi
hingga pertengahan abad ke-6 Masihi sehingga 800M. Kerajaan Funan
merangkumi sebahagian besar Indo-China hingga ke negeri di utara Semenanjung
Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3 Masihi hingga ke-6 Masihi seluruh selatan
Thailand dan negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini berada di bawah
Funan. Kemudian, Kerajaan Funan dijatuhkan Kemboja atau Chenla mengikut
catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Berlaku migrasi mencari
perlindungan semasa Empayar Khmer Angkor. Palembang dan Melaka
merupakan antara tempat yang mereka datangi dan menetap di situ.

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit mempunyai teks silam Melayu yang
mempunyai persamaan dengan tulisan yang terdapat pada muka pintu (Yunnan,
2006) (lihat Rajah 4.4). Ini menunjukkan terdapat migrasi penduduk Yunnan
sehingga ke Palembang. Tulisan moden Yunnan itu merupakan tulisan tradisional
minoriti Dai iaitu salah satu penduduk asal Wilayah Yunnan, China.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  79

Rajah 4.4: Teks naskhah tertua


Sumber: https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu

Hubungan antara Melayu dan Cham dapat dikesan daripada persamaan bahasa
Cham dan bahasa Melayu dan persamaan tersebut ditemui pada nama tempat
seperti Kampong Cham, Kambujadesa dan Kampong Chhnang. Pada sekitar
tahun 1400 wujudnya komuniti Cham di Melaka dan kenyataan tersebut dengan
jelasnya terdapat dalam Sejarah Melayu. Menurut sejarah, Kerajaan Campa
dihancurkan oleh Vietnam pada 1471 dan telah mengorbankan lebih kurang
120,000 pada pertengahan tahun 1400. Kemudian setelah pengaruh Islam meluas
di nusantara pada ketika itu, Raja Champa telah memeluk Islam sekitar tahun
1600M. Migrasi berlaku apabila raja Muslim yang terakhir Pô Chien
mengumpulkan orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka
yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke
Kelantan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

SEMAK KENDIRI 4.2

Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu:

(a) Rumpun bahasa bangsa Melayu terangkum dalam kelompok


Austronesia-Nusantara.

(b) Kawasan wilayah tamadun Melayu merangkumi kawasan


Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semanjung Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa
kepulauan lain di selatan Thailand, Filipina dan Indonesia.

Masyarakat Melayu era pasca-modernisme telah migrasi ke serata dunia


dari Asia Tenggara, Asia Tengah, benua Afrika, Eropah hinggalah ke
benua Amerika. Adakah masyarakat Melayu minoriti di negara-negara
ini memiliki tamadun Melayu? ă Mari fikirkan dan cari jawapannya.

 Kedatangan Islam di alam Melayu bukan sahaja mengubah landskap


kepercayaan agama bahkan juga turut membina tamadun Melayu yang baru.

 Bangsa Melayu telah berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang


terutama setelah kedatangan Islam ke rantau ini.

 Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan


tamadunnya dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan
pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, amalan pendidikan, kerancakan
ekonomi, keindahan seni estetika, kemurnian budaya serta kesepaduan
sosialnya.

 Dalam membina peradaban Melayu menjelang negara maju 2020, apa yang
perlu dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah terus mempertahankan
eksistensi Melayu dan terus memperkasakan tamadun Melayu melalui
pelbagai aktiviti yang bersifat inovasi serta bergerak aktif dan mampu
berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti China, Jepun, Korea,
dan India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  81

Adaptif Maritim
Akomodatif Melayu Deutro
Assimilatif Melayu Proto
Dominan Nusantara
Huruf Kawi Zaman Maseolitik
Huruf Nagari Zaman Neolitik
Interaksi Zaman Paleolitik

Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006). Arkeologi dan sejarah kebudayaan Melayu:


Satu tinjauan awal. Purba 24, 1ă10.

Azam Hamzah. (1986). Sejarah dan tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur,
Malaysia: Hizbi.

Bellwood, P. S. (1997). Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Ed. semak.


Honolulu: University Of HawaiÊi Press.

Braddell, R. (1935). An introduction to the study of ancient times in the Malay


Peninsula and the Straits of Malacca, Journal of the Malayan Branch of the
Royal Asiatic Society, 13(2), 70ă109.

Buerah Tunggak, & Hussin Salamon. (2011). Mengembalikan kegemilangan


tamadun Melayu-Islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan
akhlak. Sari-international journal of the Malay World and Civilisation, 29(2),
123ă147.

Coedes, G. (1968). The indianized states of Southeast Asia. (Walter, F. V. Trans.).


(2nd ed.). Canbera, Australia: ANU Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

Hashim Awang A. R., Zahir Ahmad, & Zainal Abidin Borhan (Terj.). Pengajian
sastera dan sosiobudaya Melayu: Memasuki alaf baru. Kuala Lumpur,
Malaysia: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Hassan Suhaimi. (1999). Arkeologi pra-Islam pesisir Selat Melaka: Evolusi atau
migrasi. Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,
Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Hamid. (1985). Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar
Bakti.

Mohd Taib Osman. (1989). Malay folk beliefs an intregration of disparate elements.
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. (1993). Menyusuli asal usul orang
Melayu: Dari perspektif arkeologi Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah
dan proses pemantapan negara bangsa. Prosiding Kongress Sejarah
Malaysia kedua. jil. 2.

Shaharir Mohamad Zain. (2000). Angka Melayu sebelum kedatangan Islam.


Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society. Bangi, Malaysia:
Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumbangan
dan Hasil
5 Pencapaian
Tamadun
Melayu
terhadap
Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pencapaian tamadun Melayu dalam pelbagai bidang; dan
2. Memberi contoh pencapaian tamadun Melayu yang sesuai dalam
bidang tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

 PENGENALAN
Asas tamadun Melayu adalah bersumberkan daripada bangsa Melayu yang
tentunya berteraskan kepada agama Islam, kebudayaan Melayu dan bahasa
Melayu. Terdapat sesetengah pengkaji yang menyatakan bahawa kedatangan
agama Islam telah merubah tamadun Melayu kepada tamadun Islam atau
tamadun Melayu Islam kerana sifat asimilasi Islamnya yang kuat menerap dan
memberi kesan terhadap tamadun Melayu. Malah banyak unsur dalam tamadun
Melayu daripada segi intelektual ilmu, penggunaan bahasa, amalan agama dan
pola hidup budaya telah berubah menjadi Islam sepenuhnya. Sehubungan dengan
itu, segala hasil pencapaian dan sumbangan tamadun Melayu terhadap peradaban
dunia yang menjadikan bukti kegemilangan Melayu pada hari ini bersumberkan
daripada ÂworldviewÊ agama Islam.

Memang benar bahawa tamadun Melayu telah wujud sebelum kedatangan Islam
lagi khususnya apabila dirujuk kepada keagungan kota Melaka; tetapi dengan
kedatangan Islam selepasnya pada abad ke-15M, tamadun Melayu telah
bertambah matang dan lebih dikenali melalui kegemilangannya. Pencapaian ini
dibuktikan dalam banyak bentuk seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya,
sains dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga
ke hari ini.

Pada asasnya, sumbangan dan pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban


dunia boleh dilihat daripada tiga aspek utama, iaitu agama dan kepercayaan,
keilmuan dan kebendaan. Kita akan membincangkan ketiga-tiga aspek ini dengan
lebih mendalam lagi pada subtopik yang seterusnya.

5.1 PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU


Banyak pencapaian dalam tamadun Malayu yang boleh dilihat pada hari ini
berasaskan kepada sumbangan para sarjana Melayu pada masa silam. Hasil
material, intelektual dan spiritual dalam tamadun Melayu boleh kita ringkaskan
seperti di dalam Rajah 5.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  85
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.1: Sumbangan pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban dunia

Setiap satu aspek sumbangan dalam ketiga-tiga kategori ini akan dibincangkan
dengan lebih lanjut lagi dalam subtopik seterusnya.

5.1.1 Sumbangan dalam Pembentukan Kerajaan dan


Sistem Pemerintahan
Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah yang berkesinambungan
melalui pelbagai sumber dari penulisan hingga penemuan berbentuk arkeologi.
Menurut Zainal Abidin (2001), dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah
politik atau negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau kerajaan
Melayu sebelumnya (lihat Rajah 5.2). Sistem berkerajaan dan pemerintahan
Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau
pusat tamadun Melayu lama seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan
Lingga yang lain-lain.

Dari segi kerajaan dan sistem pemerintahan negara Malaysia pada hari ini,
Malaysia mengamalkan sistem beraja (monarki) melalui sistem pentadbiran
berparlimen dan berperlembagaan yang merangkumi seluruh 16 buah negeri.
Walau bagaimanapun, empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak diperintah melalui Ketua Menteri dan Gabenor berbanding dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

12 buah negeri selainnya yang diketuai oleh Sultan. Biarpun begitu kesemua
negeri tersebut diletakkan di bawah ÂKerajaan PersekutuanÊ yang diketuai oleh
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Setiap politik Melayu yang dinyatakan di atas, diperintah oleh raja atau sultan
atau Yang di-Pertuan menjadi sistem pemerintahan raja berpelembagaan.
Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja, iaitu Yang di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai komponen penting dalam
pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertuan Agong
merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam
kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan
badan kehakiman (judiciary). Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat di dalam
politik dan pemerintahan negara dan baginda boleh mewakilkan tugasnya kepada
sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atas perkenan baginda berdasarkan bidang
kuasanya. Baginda merupakan payung dan paksi kepada perjalanan sistem
pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja berpelembagaan kerana banginda
tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat Perdana
Menteri atau jemaah menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia (Abdul Aziz Deraman, 2003).

Melalui sistem pemerintahan di atas, maka dapat dilihat betapa majunya tamadun
Melayu di bawah sistem beraja. Melalui payung ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Agong semua sistem pemerintahan dapat disepadukan, keadilan
dapat ditegakkan, agama Islam dapat dipelihara, budaya dan bahasa yang datang
daripada pelbagai kaum juga telah dapat disatukan. Yang menariknya terdapat
sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor,
Pahang, Terengganu dan Kelantan yang terus mengekalkan sistem pemerintahan
secara bersultan. Kesultanan Melayu inilah menjadi tunjang utama dalam
kelangsungan tamadun Melayu hingga sekarang.

Susur galur sistem pemerintahan di Tanah Melayu bermula melalui kerajaan


Islam Palembang, Pasai, Aceh dan Riau di bahagian selatan Tanah Melayu.
Manakala di utara Tanah Melayu dimulai dengan kerajaan Islam Patani. Kesemua
negeri tersebut diperintah melalui sistem pentadbiran berasaskan syariat Islam.
Banyak contoh dan bukti dikutip melalui penemuan batu bersurat dan makam
para raja atau sultan yang betulisan Arab. Begitu juga melalui Undang-undang
Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang juga mengamalkan perundangan
syariat Islam melalui sistem percukaian dan hukum muamalat (perniagaan)
semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Manakala negeri di utara
Tanah Melayu seperti Kedah telah menerima pengaruh kerajaan Islam Patani,
melalui ÂUndang-undang KedahÊ kemudiannya tersebar di Kerajaan Kesultanan
Melayu Perak melalui sistem pentadbiran yang diberi nama Âal-AsmaÊullah dan
ÂUndang-undang 99Ê oleh kerajaan Melayu Pahang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  87
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.2: Kerajaan dan sistem pemerintahan Melayu Melaka


Sumber: http://beta.malaysiakini.com/columns/174272

AKTIVITI 5.1

Secara berkumpulan, kaitkan pencapaian tamadun Melayu dalam


pembentukan kerajaan dan sistem pemerintahan ini dengan peradaban
dunia dengan memberi contoh yang lebih terperinci.

5.1.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi


Dari aspek perekonomian, pelabuhan Melaka, Acheh dan lain-lain di rantau alam
Melayu telah berjaya menggerakkan sistem perekonomian masyarakat Melayu
hingga terkenal ke serata dunia khususnya Eropah, China, Arab dan India pada
waktu itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan bahawa kekayaan dan
kemakmuran ekonomi kerajaan Melayu Melaka telah menjadi faktor utama
penaklukan Portugis ke atas Melaka. Pada awal perdagangan, pelabuhan dikuasai
sepenuhnya oleh masyarakat Melayu Melaka yang dibuat secara mikro
perdagangan melalui individu, pasar dan bandar kecil. Ia kemudiannya bergerak
ke arah perekonomian makro apabila aktiviti perdagangan Melaka mula
menjalankan kegiatan import dan eksport melalui kedatangan para pedagang luar
yang bukan sahaja daripada Eropah, China, Arab dan India malah pedagang
sekitarnya seperti Aceh, Pasai, Makasar, Maluku, Demak, Betawi, Terengganu,
Siam, Pahang, Kedah dan Johor yang turut merancakkan lagi perdagangan di
pelabuhan kota Melaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Kemakmuran kota Melaka pada masa itu telah ditadbir urus oleh Sultan Muzaffar
Shah yang telah menubuhkan satu jawatakuasa khas. Jawatankuasa itu
ditubuhkan bagi mengawasi semua laluan dan aktiviti perdagangan kota Melaka
melalui Datuk Shah Bandar yang memperkenalkan sistem kutipan cukai serta
peraturan perniagaaan yang lain seperti hal timbangan, pertukaran sistem ÂbarterÊ
dan tukaran mata wang.

Kepesatan perekonomian kota Melaka dan kesan hubungan diplomatik dan


perniagaan dengan dunia luar melalui sistem perdagangan terbuka telah
menjadikan kota Melaka sebuah kota yang sangat terkenal. Pekan kecil
disekitarnya telah tumbuh melata menjalankan perniagaan domestik melalui hasil
pertanian, ternakan, perikanan, barangan tembaga, emas, kraf, kayu, gaharu dan
rempah ratus. Desa dan kampung telah berubah menjadi kota, warga desa
bermigrasi ke bandar yang bepusat di kota Melaka. Pertambahan penduduk kota
menyebabkan Sultan Melaka telah menyediakan prasarana yang selengkapnya
seperti jalan, sistem pengairan, perumahan, perparitan, lampu jalan, tempat
mandi dan tandas awam. Masyarakat kota Melaka mula dididik dengan hidup
menurut peraturan dan undang-undang yang merupakan sebahagian daripada
cara hidup bertamadun.

Kegiatan perekonomian masyarakat Melayu kota Melaka bertambah tersusun dan


maju apabila Sultan Muzaffar Shah memperkenalkan penggunaan mata wang
menggantikan sistem ÂbarterÊ (pertukaran barang dengan barang) yang digunakan
dalam semua bentuk perdagangan. Antara mata wang yang telah digunakan ialah
mata wang Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Aceh Darussalam.

AKTIVITI 5.2

Pada pendapat anda, bagaimanakah sumbangan tamadun Melayu


dalam bidang ekonomi ini membantu perkembangan ekonomi dunia
dari dulu hingga kini? Bincangkan bersama tutor dan rakan.

5.1.3 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan


Sistem pendidikan di Tanah Melayu pada awalnya kurang jelas. Selepas
kedatangan Islam, sistem pendidikan di Tanah Melayu mula menampakkan ciri-
ciri pendidikan yang tersusun melalui istana dan kemudiannya tersebar di rumah
ulama atau rumah tok guru, masjid, pondok dan madrasah. Kebijaksanaan para
pendakwah daripada negara Arab yang pada mulanya datang ke Melaka sebagai
pedagang telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Islam.
Mereka menyedari dengan Islamnya Sultan Melaka dan para pembesar istana,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  89
TERHADAP PERADABAN DUNIA

maka seluruh rakyat kota Melaka akan turut menganut agama Islam kerana sifat
taat masyarakat Melayu Melaka terhadap sultannya. Oleh kerana itu sistem
pendidikan Islam yang mula bertapak di istana akan tersebar kepada sekalian
rakyat melalui teori domino tersebut.

Sistem pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu bermula melalui


pendidikan informal yang dibuat secara tradisional melalui pantun, syair, hikayat,
gurindam, seloka, nazam dan sebagainya. Melalui tradisi ini juga, masyarakat
disindir, dihukum dan dinasihatkan melalui perumpamaan, perbidalan,
peribahasa dan simpulan. Manakala pendidikan formal pula dibuat secara lebih
bersistematik melalui institusi pondok dan madrasah. Dari segi kurikulumnya, ia
lebih berfokuskan kepada bidang pendidikan Islam seperti tauhid, fikah, akhlak,
tafsir dan sejarah Islam. (Mohd Salleh Lebar, 2002) (lihat Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Permulaan sistem pendidikan tamadun Melayu

Pendidikan Melayu yang berteraskan pendidikan Islam berkembang maju apabila


sultan mengetuai sistem pendidikan dalam sesebuah negeri. Sejarah Melayu telah
memaparkan situasi ini di mana Sultan Melaka telah membuka sistem pendidikan
melalui pengajian di istana dengan memanggil ramai ulama daripada Tanah Arab
untuk mengajar di istana dan juga kepada rakyat jelata. Sultan Melaka juga telah
memperkenalkan sistem gaji melalui bayaran upah mengajar di rumah tok guru,
masjid, pondok dan madrasah. Bukan itu sahaja malah Sultan Melaka sangat
cintakan ilmu pengetahuan sehingga banyak kitab agama berbahasa Arab telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu melalui tulisan Jawi-Arab seperti kitab
Dur al-Manzum, kitab al-Lumadan, kitab Kifayah al-Muhtajin ila Mashrab
al-Muwahhidin al-Qailin bi Wahdatal-wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Melalui sistem pendidikan ini telah melahirkan ramai golongan intelektual Melayu
yang berperanan membantu kerancakan, kematangan dan penerusan dalam
memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu. Antara intelek Melayu
yang tercatat dalam sejarah ialah Hamzah Fansuri, Shamsuddin
al-SumateraÊi, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad
al-Palembani, Yusuf Tajul Khalwati Makasar, Muhamad Nafis al-Banjari, Muhamad
Arsyad al-Banjari, Daud al-Fatani dan keturunannya (Zainal Abidin Borhan, 2001).

Tokoh dalam kalangan intelektual Melayu inilah yang telah melahirkan karya dan
naskhah Melayu atau manuskrip Melayu. Naskhah Melayu yang dihasilkan oleh
golongan intelek Melayu merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti
perubatan, ilmu falak (astronomi), undang-undang, pemerintahan
(ketatanegaraan), pertanian, pengetahuan Islam, sejarah Melayu dan
kemasyarakatan. Sebagai contohnya, naskhah perubatan berjudul Kitab Tib,
naskhah undang-undang berjudul Hukum Kanun Melaka, naskhah
ketatanegaraan berjudul Bustan al-Salatin, naskhah pertanian berjudul
pembukaan kebun kelapa di Pulau Kemili, naskhah agama Islam dalam bidang
tauhid berjudul MasaÊil al-MubtadiÊ Li Ikhwan al-MubtadiÊ. Naskhah Melayu
mempunyai keunikan yang menampakkan identiti bangsa Melayu apabila ia
ditulis dengan menggunakan tulisan jawi yang berteraskan 30 aksara arab dengan
beberapa penambahan enam abjad Melayu. Naskhah Melayu mempunyai nilai
estetika yang tinggi kerana penulis dan penyalin memaparkan daya kreatif semasa
menghasilkan karya. Ini terbukti dengan adanya ilustrasi dan seni hias pada
naskhah Melayu.

5.1.4 Hasil Pencapaian dalam Bidang Perundangan


Perundangan Melayu yang paling awal dikesan adalah melalui perundangan adat
Melayu dan perundangan Islam (hukum syarak). Antara cacatan awal mengenai
undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang
ditemui pada tahun 1899 di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu. Batu
bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702H bersamaan dengan 22 Februari 1303M.
Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan,
iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa
ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas
penzinaan, hukum menuduh zina dan tentang kesaksamaan antara semua orang
sama ada orang atasan atau rakyat bawahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  91
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan


dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang. Undang-undang Pahang
telah disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
(1592ă1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka, Hukum Kanun Melaka,
Undang-undang Laut Melaka, Adat Perpatih dan Adat Temenggong juga telah
dijadikan sistem perundangan di Melaka pada masa itu (Abdul Monir, 2005).

5.1.5 Hasil Pencapaian dalam Fahaman Beragama


dan Adat Istiadat
Menurut Ahmad Ibrahim (1987), kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu
bukan sahaja telah mengubah sistem kepercayaan beragama tetapi juga turut
memantapkan adat istiadat Melayu selagi tidak bertentangan dengan hukum
syarak. Islam dan adat Melayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur
dan elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia merupakan
struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke wadah kemelayuan. Islam
terus menjadi faktor identiti Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang
mengamal istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang dalam perlembagaan.

Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja
menjadi faktor yang mentakrif Melayu, ia juga dimaktubkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan bahawa orang Islam adalah menjadi ketua agama bagi
setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyebut pihak kerajaan
pusat menerusi jabatan agama Islam bagi setiap negeri boleh melaksanakan
pembangunan agama Islam dan pentadbiran hukum syariah Islam. Dengan
termaktubnya agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia, tidak
bermakna agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama
tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal undang-undang
untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap
menyeleweng atau sesat. Dalam konteks pengamal adat istiadat Melayu dalam
kalangan orang Melayu, ia menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini
menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai
agar ia selari dengan ajaran Islam. Contoh adat istiadat yang dilakukan oleh
masyarat Melayu ialah dalam soal kelahiran, pertunangan, perkahwinan,
berkhatan, pertabalan dan sebagainya (Ahmad Ibrahim, 1987) (lihat Rajah 5.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.4: Perkahwinan dalam masyarakat Melayu yang dipenuhi dengan adat istiadat
Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz

AKTIVITI 5.3

Pilih salah satu daripada adat yang terdapat dalam masyarakat anda
serta kongsikan dengan rakan anda bagaimana adat istiadat tersebut
dilaksanakan. Adakah adat telah ditambah baik atau dilupakan?

5.1.6 Hasil Pencapaian dalam Bidang Komunikasi


Komunikasi di alam Melayu dijalinkan melalui hubungan diplomatik antara
pelbagai negara di samping perdagangan dan interaksi budaya. Komunikasi yang
dibuat secara harmoni berjalan lancar bagi menghubungkan perpaduan dan
penyampaian sistem maklumat secara berkesan untuk mengukuhkan ikatan
pelbagai bangsa dan negara di alam Melayu. Pada zaman dahulu komunikasi
dibuat berasaskan kepada polisi pemerintahan kerajaan.

Hubungan komunikasi melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perantara (lingua


franca) di alam Melayu telah memudahkan para sultan Melayu membuat interaksi
antara satu wilayah ke satu wilayah serta antara satu negeri ke satu negeri juga
dengan negara sekitarnya sama ada di rantau nusantara mahu pun hubungan
antarabangsa. Ilmu persuratan yang dapat dikuasai dengan baik melalui tulisan
Jawi-Arab oleh para pemerintah Melayu telah dapat menghubungkan antara
kerajaan Melayu Islam seperti Melaka, Johor, Kedah, Perak dan Pahang dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  93
TERHADAP PERADABAN DUNIA

kerajaan di Patani, Sumatera, Jawa, China, India, Arab dan Inggeris (catatan di
Arkib Negara menyatakan Sir Stamford Raffles dan Sir Francis Light boleh
menulis dan membaca dalam tulisan Jawi).

Penyampaian sistem komunikasi dibuat melalui perutusan surat antara kerajaan


kepada kerajaan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Melayu Melaka yang
mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan pelbagai kerajaan
sama ada dengan Majapahit di Pulau Jawa mahupun dengan Dinasti Ming di
Tanah Besar Cina dan penjajah British. Di samping itu juga hubungan komunikasi
dibuat melalui perkahwinan antara Kerajaan Aceh Darussalam dengan Kerajaan
Pahang melalui perkahwinan puteri Iskandar Muda Mahkota Alam bernama
Puteri Safiatuddin dengan putera Sultan Pahang bernama Raja Ahmad.

Medium komunikasi yang sangat berkesan pada masa itu dibuat melalui surat-
menyurat. Dalam hal ini kerajaan Melayu telah mengadakan interaksi komunikasi
dengan orang bukan Melayu khususnya kuasa Eropah. Interaksi ini dibuktikan
dengan adanya surat sultan Melayu kepada pegawai British. Contohnya surat
daripada Sultan Cakra Adiningrat dari negeri Madura kepada gabenor general
Thomas Stamford Raffles di Betawi, surat sultan ratu Mahmud Badruddin dari
Palembang kepada Thomas Raffles Esquire di Melaka, surat Sultan Syarif Kasim
Ibni al-Marhum Sultan Syarif Abdul Rahman Ibni al-Marhum Habib al-Husin
al-Kadri dari Pontianak kepada Thomas Raffles Esquire, surat Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Syah dari Kedah kepada Thomas Raffles di Melaka dan surat
yang di-Pertuan negeri Perak kepada Thomas Raffles Esquire di Melaka.

AKTIVITI 5.4

Bincangkan bersama rakan kuliah anda mengenai beberapa persamaan


istilah bahasa Melayu yang digunapakai berdasarkan negeri masing-
masing.

5.1.7 Hasil Pencapaian dalam Bidang Bahasa, Tulisan,


Persuratan dan Sastera
Bahasa adalah medium yang sentiasa berkembang dan berubah (lihat Rajah 5.5).
Suatu masa dahulu daripada abad ke-14 hingga ke-18M ketika kerajaan Melaka
mencapai kegemilangannya, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
perantara (lingua franca) bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh
pedagang dan pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Pengaruh
Islam sangat dominan menerap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih meluas serta mampu digunakan untuk
membahas perkara ilmiah seperti tauhid, tasawuf, hadis, fikah dan falsafah.

Dari segi penulisan, bahasa Melayu bermula dengan penggunaan skrip Sanskrit
(Pahlawi), yang seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (Jawi).
Penggunaan tulisan Jawi telah diperkenal dan digunakan oleh orang Melayu sejak
zaman Melaka di abad ke-14 hasil pengaruh Islam dari istana. Perubahan dari segi
bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada sistem tulisan Jawi Melayu serta menulis kitab agama, hikayat, undang-
undang dan pentadbiran (Anas Ahmad, 1982).

Perkembangan bidang persuratan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa


bahagian seperti sastera rakyat Melayu, sastera pengaruh Jawa dan Hindu serta
sastera pengaruh Islam. Terdapat banyak buku kesusasteraan Melayu yang telah
ditulis khususnya cerita mengenai sahabat nabi dan tokoh Islam seperti Hikayat
Abu Bakar, Hikayat Amir al-Muminin Umar, Hikayat Hassan Dan Hussain (Anas
Ahmad, 1982).

Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi. Prosa merupakan karya dalam bentuk
esei atau karangan untuk menjelaskan satu perkara. Puisi pula merupakan karya
yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan bahasa yang indah melalui
rima bunyi yang tertentu. Sastera prosa Melayu dapat dilihat pada naskhah
Melayu. Penulisannya meliputi pelbagai bidang seperti ketatanegaraan,
pemerintahan, perubatan, undang-undang, agama Islam, ilmu falak dan petua.
Sebagai contoh, buku atau naskah Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Sejarah Melayu,
Hikayat Hang Tuah dan MirÊat al-Tullab (Anas Ahmad, 1982).

Dari bidang sastera, puisi Melayu terdiri daripada beberapa genre, antaranya
syair, pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak. Syair menghasilkan rima bunyi
akhir yang sama: a, a, a, a. Pantun pula menghasilkan rima bunyi rangkap 1 sama
dengan rangkap 3 dan rangkap 2 sama dengan rangkap 4: a,b,a,b. Pantun Melayu
terdiri daripada beberapa rangkap, antaranya pantun dua rangkap, ia juga
dikenali dengan pantun dua kerat, pantun empat rangkap juga dikenali dengan
pantun empat kerat, pantun enam rangkap juga dikenali dengan pantun enam
kerat dan pantun lapan rangkap dikenali dengan pantun lapan kerat (Anas
Ahmad, 1982).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  95
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.5: Manuskrip lama zaman kegemilangan Melaka


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz

5.1.8 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kemahiran


Pembuatan
Menurut Abdul Halim Nasir (1985), masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai
kemahiran pembuatan barang keperluan. Setiap hasil kemahiran disematkan nilai
falsafah Melayu yang berteras kepada agama Islam. Selain itu, hasil kemahiran
masyarakat Melayu juga dipenuhi dengan nilai estetika yang tinggi. Antara
kemahiran tersebut adalah pembuatan rumah (lihat Rajah 5.6).

Kemahiran membuat rumah dalam kalangan masyarakat Melayu menyebabkan


tukang Melayu mampu memberi identiti pada rumah Melayu.

Antara identiti rumah Melayu adalah seperti berikut:

(a) Bumbung seperti bumbung limas;

(b) Kepelbagaian ruang: ruang induk atau ruang ibu, ruang tengah, ruang dapur
dan serambi atau beranda;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

(c) Rumah panggung yang dilengkapi dengan seni hias pada tingkap, dinding,
atap dan lain-lain; dan

(d) Peralatan kelengkapan rumah.

Rajah 5.6: Contoh rumah tradisional masyarakat Melayu


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz

Di samping itu juga masyarakat Melayu awal bijak mengolah tanah liat untuk
menghasilkan keperluan rumah seperti pinggan, mangkuk, cawan, periuk, kuali
dan sebagainya. Masyarakat Melayu di Perak sebagai contoh, terkenal dengan
hasil pembuatan labu Sayong yang merupakan satu bekas air yang dingin tanpa
air batu. Semua keperluan dan peralatan harian dibuat dengan hasil kreativiti dan
inovasi yang diusahakan oleh titik peluh sendiri. Demikian juga perabot seperti
almari, meja dan kerusi. Masyarakat Melayu awal juga mampu menghasilkan
sampan, perahu, bot dan kapal untuk meredah lautan mencari rezeki. Mereka
bekerjasama dan berganding bahu menghasilkan keperluan harian (Abdul Halim
Nasir, 1985).

Satu lagi penciptaan masyarakat Melayu ialah dalam mereka cipta bentuk fesyen
pakaian. Masyarakat Melayu juga merupakan pereka fesyen yang mampu
bertahan lama. Fesyen pereka Melayu jelas memaparkan identiti dan jati diri
bangsa Melayu, contoh yang jelas ialah seperti baju kurung, baju Melayu, kebaya
dan busana muslim (Siti Zainon Ismail, 1949).

Mengenai peralatan menulis, masyarakat Melayu juga bijak menggunakan


tumbuhan di sekeliling mereka bagi menghasilkan kertas (daripada buluh),
peralatan tulis atau pena (daripada batang resam) termasuk dakwat (daripada
buah pinang, akar pokok dan bunga senduduk). Dengan menggunakan bahan
daripada sumber alam untuk membuat kertas, pena dan dakwat telah
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat kreatif dan berdaya maju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  97
TERHADAP PERADABAN DUNIA

5.1.9 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kesenian


Masyarakat Melayu adalah satu bangsa yang sangat kreatif dengan penghasilan
yang bercirikan nilai estetika. Etnik Melayu daripada negeri Kelantan, Terengganu
dan Pahang amat terkenal dengan rekaan seni yang dibuat daripada logam seperti
emas, tembaga dan koper juga ukiran kayu. Manakala masyarakat Melayu Perak
juga turut terkenal dengan ukiran parang dan keris. Contoh lainnya masyarakat
Melayu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor terkenal dengan
pembinaan rumah yang unik dan cantik. Bukan setakat itu sahaja, malah
pencapaian kesenian dalam tamadun Melayu mencakupi seni ukir, seni drama,
seni bina, seni hias, seni tulis, seni tari dan seni lagu.

Dari segi seni bina masyarakat Melayu setanding dengan seni bina bangsa lain
dalam membina tamadun mereka. Banyak seni bina yang berkaitan agama seperti
pembinaan masjid dibangunkan hampir di setiap kampung dan bandar.
Kebanyakan masjid yang dibina adalah kombinasi daripada seni bina Melayu
melalui ukiran kayu di pintu dan mimbar masjid di samping reka bentuk masjid
yang diadaptasi daripada seni bina Yaman, Arab Saudi, China, India dan Iran.
Sebagai contoh Masjid Tengkera di Melaka dan Masjid Kampung Laut di Kelantan
dikatakan mengandungi ciri-ciri seni bina daripada China.

Seni ukiran yang dilhamkan oleh masyarakat Melayu dapat dilihat melalui ukiran
batu-batu nisan yang bermotifkan geometri dengan adunan seni tulisan khat
seperti thuluth, nasakh, dan riqaÊah. Begitu juga seni halus tenunan kain dan
barang-barang hiasan rumah. Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni
pembuatan alat-alat muzik tempatan seperti gambang, rebana, kompang, kecapi,
seruling, gambus dan gong. Tidak kurang juga hebatnya dalam pembuatan senjata
dan ukirannya seperti keris, lembing, tombak dan lain-lain.

5.1.10 Hasil Pencapaian dalam Sains dan Teknologi


Dalam bidang sains dan teknologi, masyarakat Melayu telah banyak
menghasilkan inovasi sebagai manifestasi keperluan dalam kehidupan mereka.
Peralatan pertanian contohnya yang terdiri daripada parang, cangkul, tajak, sabit
dan sebagainya digunakan bagi memudahkan kerja pertanian. Peralatan bagi
menangkap ikan pula adalah seperti bubu, jala, rawa dan rawan. Masyarakat
Melayu juga membuat perangkap haiwan liar, mencipta peralatan bagi menebang
pokok seperti kapak, beliung dan melicinkan permukaan papan seperti ketam dan
pahat. Terdapat pelbagai lagi peralatan yang dicipta oleh masyarakat Melayu
yang boleh digunakan setiap hari bagi memudahkan urusan pekerjaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Sedarkah kita bahawa budaya, peradaban dan tamadun orang Melayu akan
berubah atau terkesan mengikut peredaran masa pada setiap kali datangnya
pengaruh peradaban luar terutamanya daripada pengaruh tamadun dan
peradaban Barat moden. Lihat sahaja apa yang ada di sekeliling kita baik daripada
ideologi, hiburan, intelektual, makanan, fesyen, kebudayaan, bahasa dan
komunikasi, sosial dan sebagainya. Bagaimanakah untuk menangkis pengaruh
yang negatif ini? Sedangkan tamadun Melayu telah menunjukkan aspek kemajuan
yang telah dibangunkan secara bersepadu antara kekuatan spiritual, intelektual,
emosional dan material. Agama dan negara akan menjadi kuat, hebat, cemerlang,
gemilang dan terbilang apabila umatnya mencapai tahap gemilang dari segenap
aspek. Sebab itu, tamadun Melayu akan terhakis dan boleh lenyap daripada dunia
ini jika bangsa Melayu gemar, suka, teruja, cepat meniru dan rela mengadaptasi
pengaruh Barat dalam kehidupan mereka seharian. Oleh itu marilah kita sebagai
bangsa Melayu yang bermaruah tinggi sentiasa memelihara tamadun dan
peradaban Melayu demi kelangsungan ÂTakkan Melayu hilang di duniaÊ ă
Laksamana Hang Tuah.

AKTIVITI 5.5

1. Senaraikan perkataan yang diambil daripada bahasa Arab yang


telah lazim digunakan dalam bahasa Melayu.

2. Apa pendapat kamu apabila orang mengatakan bahawa seni bina


masjid yang banyak terdapat di Malaysia kebanyakannya
bercirikan daripada negara asing seperti Arab, China dan India?
Bincangkan dan beri contoh yang sesuai.

 Tamadun Melayu mempunyai pelbagai pencapaian yang terbukti melalui


catatan naskhah, binaan atau bangunan, batu bersurat, karya-karya seni dan
sastera.

 Ketinggian tamadunnya memaparkan jati diri dan identiti bangsa Melayu.

 Kejayaan masyarakat Melayu silam mencorakkan tamadun dan budaya


menyebabkan bangsa Melayu menjadi satu rumpun bangsa yang dikenali,
dihormati dan disanjung tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  99
TERHADAP PERADABAN DUNIA

 Tonggak kejayaan ini terletak pada pembentukan modal insan yang


berpegang kuat pada agama, falsafah bangsa, jati diri yang teguh dan budi
pekerti yang luhur.

 Kekuatan modal insan telah berjaya membina kecemerlangan dan kehebatan


tamadun Melayu.

Ekonomi makro Kombinasi


Ekonomi mikro Manifestasi
Hikayat Prosa
Identiti Seloka
Inisiatif Seni hias
Jati diri Tulisan khat
Karya

Abdul Aziz Deraman. (2003). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia: Suatu


analisis perkembangan kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Nasir. (1985). Pengenalan rumah tradisional Melayu Semenanjung


Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Fikri.

Abdul Monir. (2005). Islam Hadhari: Himpunan isu kontemporari. Kuala Lumpur,
Malaysia: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ahmad Ibrahim. (1987). The Malaysian legal system. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pusataka.

Anas Ahmad. (1982). Sastera Melayu lama dan baru. Petaling Jaya, Malaysia:
International Book Service.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi
Khairuddin, & Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. (2006). Konsep, latar
belakang dan pandangan semesta masyarakat Melayu, dalam tamadun
Islam dan tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur,
Malaysia: Universiti Malaya.

Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT.
Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication and Distributors.

Siti Zainon Ismail. (2010). 100 pepatah petitih Melayu: Alam terlembang jadi guru.
Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Zainal Abidin Borhan. (2001). Peranan tamadun Melayu dalam membina tamadun
Malaysia. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
China
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kemunculan tamadun China;
2. Membincangkan pembentukan tamadun China;
3. Membezakan zaman pembentukan tamadun China;
4. Menyenaraikan unsur tamadun China;
5. Menghubungkan tamadun China dengan kebudayaan; dan
6. Menghubungkan tamadun China dengan tamadun Melayu serta
peranan tamadun China dalam pembinaan budaya Malaysia.

 PENGENALAN
Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia selain
tamadun Mesir dan India. Tamadun China buat pertama kalinya ditemui di
lembah Sungai Kuning di utara China kira-kira 4000 hingga 2000S.M. Tamadun
China memiliki sifat terbuka, integratif dan dinamik. Sekali pun tamadun China
wujud sezaman dengan tamadun lain di dunia ini, tamadun China tetap berjaya
mengekalkan identitinya yang tersendiri. Seperti juga tamadun lainnya, sungai
tetap menjadi tumpuan manusia dalam membina tamadun bangsa dan negara
kerana dari sinilah bermulanya kelangsungan manusia dalam usaha membina
kehidupan melalui pertanian, perternakan, perladangan, pertukangan dan
sebagainya dengan membuat, mencipta atau menghasilkan sesuatu inovasi untuk
kegunaan serta urusan seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa aspek yang meliputi perihal
tamadun China bermula dengan kemunculan dan pembentukannya sehinggalah
kaitannya dengan tamadun Melayu dan pengaruhnya dalam pembentukan
budaya Malaysia.

6.1 KEMUNCULAN TAMADUN CHINA


Tamadun awal China telah wujud di lembah Sungai Hwang Ho atau lembah
Sungai Kuning kira-kira pada tahun 4000 atau 5000S.M. Kebanyakan ahli sejarah
mempercayai bahawa tamadun China bermula sejak tahun 2500S.M. lagi. Lembah
Sungai Kuning seperti juga lembah Sungai Nil, Tigris, Euphrates (tamadun Mesir),
Indus (tamadun India) dan Lembah Bujang (tamadun Melayu) dijadikan lokasi
munculnya sesebuah tamadun kerana kesuburan tanah yang menjadikan manusia
terus menjalankan aktiviti kehidupan mereka. Penduduk China mendirikan
perkampungan tetap dan membentuk kerajaan yang mempunyai sistem ekonomi
dan struktur masyarakat yang kompleks. Perkembangan di lembah Sungai
Hwang Ho berkembang dengan pesat pada zaman Dinasti Shang (dari 1500
hingga 1027S.M.) atau Dinasti Yin. Melalui kajian arkeologi ia menunjukkan
dinasti ini merupakan dinasti terawal di China. Pada zaman tersebut, gangsa dan
buluh telah digunakan dengan meluas. Pada masa pemerintahan Dinasti Shang,
telah wujud beberapa negara kota. Negara kota yang utama ialah Kota Shang
(200S.M.), Anyang (1800S.M.), Loyang, Chang Chow dan Changgan.

Negara kota Anyang telah muncul di tebing Sungai Hwang Ho dan menjadi ibu
kota Dinasti Shang dan bandar yang tertua di China. Raja China memerintah
dengan kuasa mutlak. Daerahnya diperintah oleh golongan bangsawan yang
berasal daripada kerabat diraja. Penduduknya sungguh taat setia kepada raja.
Mereka membayar ufti kepada raja dan juga berkhidmat dalam tentera raja.
Dinasti Shang telah diganti melalui satu rampasan kuasa. Kezaliman pemerintah
terakhir Dinasti Shang, menyebabkan Wu Wang daripada keluarga Chou
memberontak dan menggulingkan Dinasti Shang pada tahun 1027S.M. Dari
Dinasti Chou (dari 1027 hingga 227S.M.) bermula pula episod tamadun China
yang baru di mana melalui tamadun ini berkembangnya tulisan Cina ke seluruh
negeri. Walaupun tulisan ini dapat dibaca dan difahami oleh kebanyakan
masyarakat China, tetapi sebutannya (ketiadaan fonetik) berbeza antara satu etnik
dengan etnik China yang lain menyebabkan sukar menyatupadukan masyarakat
China.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  103

Keruntuhan tamadun Chou, telah digantikan oleh Dinasti Shih Huang Ti (dari 221
hingga 206S.M.) (lihat Rajah 6.1). Zaman ini terkenal dengan penyatuan orang
China dan zaman yang banyak memberi perkembangan besar dalam bidang sains
dan teknologi. Pada zaman inilah Tembok Besar China dibina, juga
memperkenalkan sistem piawaian seperti timbang berat, lebar jalan raya, bahasa
dan lain-lain. Kegemilangan tamadun Shih Huang Ti terganggu apabila beliau
memusnahkan buku lama (Ghazali Darusalam, 2001).

 
Rajah 6.1: Maharaja Shih Huang Ti
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Qinshihuang.jpg

6.2 PEMBENTUKAN TAMADUN CHINA


Perbentukan tamadun China adalah berasaskan peranan lembah Sungai Hwang
Ho yang mempunyai kawasan sekitar yang subur dan dapat menarik penduduk
nomad untuk membina penempatan dan tinggal menetap. Mengikut catatan
sejarah China, penempatan awal masyarakat China ditemui di kawasan Banpo
sekitar Bandar Sian. Peninggalan masyarakat awal Banpo ditemui melalui kesan
pertanian dan penternakan binatang di samping hasil hutan serta melalui
peralatan yang digunakan bagi tujuan perburuan. Bermula daripada penempatan
awal masyarakat Banpo, penduduk China telah mula berkembang dengan
munculnya penempatan kota di sekitar lembah Sungai Hwang Ho seperti bandar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Anyang. Anyang merupakan penempatan awal yang teratur berasaskan pertanian


yang membawa kepada kemunculan bandar lain di sekitarnya.

Bandar Anyang telah menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi Sungai
Huan dan pusat kerajaan Dinasti Shang. Terdapat istana, kuil dan pusat
pentadbiran Dinasti Shang di bandar ini. Raja yang berperanan sebagai ketua
pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di bandar. Anyang dilengkapi
dengaan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh
perkampungan yang didiami oleh petani. Perluasan kawasan ini bermula dengan
kemunculan Dinasti Chin. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti
Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah
empayar. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan
dalam tamadun China. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di
bawah satu pemerintahan pusat (221 S.M.) dan menyusun semula pentadbirannya.
Beliau telah menghapuskan sistem pemerintahan Ânegeri-negeri diperintah oleh
putera-putera rajaÊ (sistem feudal) dan digantikan dengan sistem ÂchunÊ atau
provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa pemerintahan dinasti ini. Beliau memerintah
secara otokrasi. Beliaulah yang bertanggungjawab membina Tembok Besar China
untuk melindungi China dari serangan puak gasar dari utara (Mongolia) (lihat
Rajah 6.2). Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam (Siti
Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan


wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar lembah Sungai Hwang Ho.
Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai
Yangtze. Semasa Dinasti Han (Maharaja Han Wu Ti dari 141-87S.M.), empayar
China diperluaskan lagi hingga ke wilayah Korea, Manchuria, Panir dan Khokhand
di Asia Tengah. Dasar perluasan kuasa Maharaja Han Wu Ti adalah bertujuan bagi
mendapatkan kekayaan. Beliau juga menjalin hubungan perdagangan dengan
kerajaan di Eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  105

Rajah 6.2: Tembok Besar China


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Mengapakah kemunculan tamadun China berlaku di sekitar


lembah Sungai Kuning seperti juga kemunculan tamadun Mesir di
lembah Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, tamadun India di lembah
Sungai Indus dan tamadun Melayu di lembah Bujang?

2. Apakah ciri-ciri bandar Anyang yang dikatakan telah membantu


pertumbuhan pembentukan tamadun China semasa Dinasti
Shang?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

6.3 ZAMAN PEMBENTUKAN TAMADUN


CHINA
Lok Chong Hoe (1998) membahagikan pembentukan tamadun China kepada
empat zaman seperti dalam Rajah 6.3. Setiap zaman itu akan dibincangkan dalam
subtopik yang seterusnya.

Rajah 6.3: Zaman pembentukan tamadun China

(a) Zaman Pembentukan


Zaman pembentukan tamadun China bermula dengan kemunculan
kerajaaan yang berbentuk dinasti (keluarga) beraja bermula dengan Dinasti
Hsia, Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Chin dan Dinasti Han. Zaman ini
penting dalam tandaan tamadun kerana kemunculan satu sistem politik
yang teratur dan berasaskan perundangan melalui amalan monarki dan
feudalisme. Zaman awal pembentukan tamadun China ini banyak dipenuhi
dengan peperangan antara dinasti tersebut sehinggalah muncul seorang
maharaja China yang kuat dan berwawasan seperti Shih Huang Ti. Beliau
berjaya menyatukan rakyat China menerusi militari dan perluasan empayar
serta menjalankan dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan
pentadbiran.

(b) Zaman Keagungan


Zaman ini dianggap tahap keagungan tamadun China kerana dari zaman
inilah istilah masyarakat ÂHanÊ mula dikenali ekoran dasar penyatupaduan
rakyat China di bawah Dinasti Han. Ciri keagungan tamadun era Dinasti
Han ialah kerana pencapaiannya dalam bidang pentadbiran kerana
mempunyai sistem pemerintahan yang cekap dan berkesan bagi seluruh
wilayah. Zaman keagungan Dinasti Han hanya bertahan selama 350 tahun
sehaja kerana masalah kekacauan politik dalaman yang berakhir dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  107

keruntuhan Dinasti Han. Setelah itu digantikan dengan Dinasti Chin dan
selepasnya Dinasti Sui yang berjaya menyatukan China di bawah Maharaja
Yang Ti. Tidak lama selepas itu digantikan pula dengan Dinasti Tang dan
berjaya membina semula keagungan tamadun China melalui penyusunan
semula pentadbiran yang teratur. Sistem banci dan kerahan dipulihkan
semula. Manakala Empayar Tang dibesarkan lagi sehingga melebihi
keluasan empayar Zaman Han.

(c) Zaman Peralihan


Zaman peralihan merupakan zaman negara China dijajah dan diperintah
oleh orang luar dari kalangan bangsa Mongol dan Manchu. Dalam pada itu
Dinasti Ming telah berjaya menguasai kembali negara China daripada kuasa
penjajah dari utara China ini, tetapi malangnya Dinasti Ming juga tidak
bertahan lama kerana dasar maharajanya yang menutup pintu dan enggan
mengadakan hubungan diplomatik dengan luar menyebabkan kuasa Barat
mengambil peluang mengancam kedaulatan China pada abad ke-19M.

(d) Zaman Moden


Zaman moden tamadun China dilihat dengan campur tangan dan
interaksinya dengan kuasa asing Barat. Pada zaman ini tamadun China
sangat maju kerana dasar maharajanya yang menerima kuasa Barat serta
membuat pemodenan dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi,
ketenteraan dan sosial (Mahathir Mohamad, 1996).

AKTIVITI 6.1

Pembentukan tamadun China dibahagikan kepada empat zaman. Pada


pendapat anda, zaman manakah yang banyak mempengaruhi tamadun
China moden? Berikan sebabnya dan bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

6.4 UNSUR TAMADUN CHINA


Setiap tamadun sesebuah bangsa atau negara mempunyai unsur tamadunnya
yang tersendiri sebagai identiti tamadun yang dimiliki, begitu juga dengan
tamadun China. Rajah 6.4 meringkaskan unsur tamadun China.

Rajah 6.4: Unsur tamadun China

Setiap unsur ini akan dibincangkan dalam subtopik selanjutnya.

(a) Bandar dan Pertumbuhan Penduduk, Pertanian dan Perniagaan


Majoriti penduduk China adalah petani yang mengusahakan tanah
pertanian. Penanaman bijirin seperti gandum, jagung dan sekoi telah
ditemui ditanam di kawasan tanah tinggi China seperti di dataran Loes
tinggi, manakala padi telah ditanam di lembah Sungai Yangtze) di bahagian
utara dan selatan China.

(b) Kerajaan atau Pentadbiran yang Teratur


Wilayah di negara China yang luas telah dikecilkan melalui sistem negeri
yang setiap negerinya diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk
sistem dinasti. Bagi memudahkan pentadbiran negeri, setiap negeri
dipecahkan kepada beberapa bahagian. Rakyat membayar cukai hasil
tanaman kepada maharaja sebagai balasan keamanan dan kesejahteraan
hidup.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  109

(c) Organisasi Sosial yang Tersusun


Masyarakat China mempunyai organisasi sosial yang tersusun serta
mempunyai lebih daripada 56 etnik. Etnik yang paling dominan adalah suku
Han yang terkenal dengan sifat nasionalismenya yang tinggi dengan
mempertahankan identitinya iaitu suka berdikari, peramah serta cintakan
kedamaian. Bagi mengekalkan identiti keturunan sesebuah etnik,
masyarakat China pada umumnya akan menggunakan nama sebelah lelaki.
Dari segi stratifikasi sosial, golongan pemerintah dan tentera menduduki
hirarki tertinggi kemudiannya diikuti oleh pegawai maharaja dan yang
paling bawah ialah rakyat jelata.

(d) Kemajuan Sains dan Teknologi


Ilmu sains dan teknologi China telah wujud seawal sebelum kemunculan
kota Melaka. Hal ini dapat ditandai dengan kemahiran mereka dalam ilmu
perkapalan. Ketika kota Melaka berada di zaman awalnya, kaum pedagang
China telah sampai ke Melaka. Mengikut rekod catatan, pada tahun 1720,
Dinasti Ming telah memiliki 1,350 kapal perang dan 400 buah kubu besar.
Kemajuan sains dan teknologi China juga boleh dilihat dalam pembinaan
terusan, mencipta kompas bermagnet, pembinaan Tembok Besar China,
perindustrian peleburan besi dan juga penciptaan peralatan senjata
peperangan seperti meriam.

Masyarakat China sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya


pembinaan empangan bagi pengaliran air untuk pertanian di samping
teknologi kejuruteraan hidraulik bagi mengatasi banjir dari limpahan Sungai
Kuning di samping digunakan bagi menambah hasil pertanian negara.
Masyarakat China juga telah mencipta pelana dan membuat kereta berkuda
untuk mengangkut barangan, mencipta kereta sorong untuk memudahkan
tenaga kerja, mencipta mesin percetakan semasa Dinasti Tang (dari 618
hingga 906M) yang telah mendahului 400 tahun lebih awal berbanding
teknologi percetakan di Barat.

(e) Sistem Bahasa dan Tulisan


Bahasa Cina merupakan satu-satunya bahasa yang tidak berubah dari
zaman kuno dan masih kekal digunakan sehingga ke hari ini. Oleh kerana
China hanya mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal, maka semua
orang China menggunakan satu sahaja bahasa pengantar untuk
berkomunikasi dengan dialek yang berbeza (lihat Rajah 6.5).

Selain bangsa China, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa lain di Asia
terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun
mereka mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan
sebagai sebahagian daripada tulisan mereka. Mengenai sistem tulisan,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta
berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zhÊshi (lambang
petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan
bentuk-bunyi). Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina
mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah
menyumbang terhadap perpaduan bangsa China dan pembentukan
kebudayaan Cina yang agung di dunia.

Rajah 6.5: Bahasa dan sistem tulisan Cina


Sumber: http://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/bahasa-dan-sistem-tulisan-
china.html

(f) Institusi Agama dan Kepercayaan yang Wujud


Mengikut Lok Chong Hoe (1998), konfusianisme adalah agama terbesar di
China seperti yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (dari 551S.M.
hingga 479S.M.). Asas konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan
klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Pengajaran utama Konfusius
seperti yang terkandung dalam kitab Analects, menekankan pengamalan
sifat serta nilai moral yang mulia seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 TAMADUN CHINA  111

(li), kewajaran (yi), kemaafan (zhi) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao).
Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap
mulia (junzi). Mencius (dari 372S.M. hingga 289S.M.), salah seorang
pujangga agung konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia
adalah baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan
berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat baik tersebut.

Selain itu, agama Buddhisme yang diasaskan oleh Siddhartha Gautama


Buddha (dari 563S.M. hingga 483S.M.) (lihat Rajah 6.6) juga berkembang di
China. Agama yang bersal daripada India pada kurun ke-6S.M. ini telah
tersebar ke China pada kurun pertama Masihi. Bagaimanapun, selepas
tersebarnya Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami
pelbagai pengubahsuaian sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang
menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme
Cina. Ajaran Buddhisme terkenal dengan Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan
Pertengahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

(i) Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul dan


pemikiran yang betul;

(ii) Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul,


tindakan yang betul dan cara hidup yang betul; dan

(iii) Sila (moral) yang meliputi usaha yang betul, pertimbangan yang betul,
dan tumpuan yang betul.

Agama ketiga yang berpengaruh di China adalah Daoisme yang diasaskan


oleh Lao Zi dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula
jadi serta konsep wuwei atau melakukan perbuatan secara spontan dan
tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama
iaitu:

(i) Pemikiran falsafah Dao (daojia); dan

(ii) Aliran keagamaan Dao (daojiao).

Kitab Daoisme iaitu Daodejing mengandungi metafizik Dao. Dao ialah jalan
yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak
dilahirkan dan tidak dapat diperikan. Tahap pencapaian pengamalan Dao
yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Moisme adalah satu lagi kepercayaan yang telah diasaskan oleh Mo Zi (dari
479S.M. hingga 381S.M.). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini
termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka
berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan
mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Di samping itu, ajaran
Taoisme adalah sebuah agama yang diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu
yang menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai
sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik
dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang
merugikan dengan cara meditasi.

Akhir sekali ialah kepercayaan Legalisme yang diasaskan oleh seorang ahli
falsafah Cina, Han Fei Zi. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik
dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya (Sazelin Arif, et al.,
2007).

Rajah 6.6: Gautama Buddha


Sumber: http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/agama-kepercayaan.html

SEMAK KENDIRI 6.2

Senarai dan berikan perbezaan agama dan kepercayaan yang telah


dibincangkan dalam subtopik ini. Bincangkan bersama tutor dan rakan-
rakan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  113

(g) Pusat Utama Kebudayaan Bangsa


Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes dan
tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangtze.

(h) Pembentukan Bangsa Tionghua


Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar
pada zaman purba Cina iaitu:

(i) Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang


dikatakan berasal dari kawasan Loes di Provinsi Shaanxi di bahagian
barat China;

(ii) Kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran yang terletak di


bahagian timur China; dan

(iii) Kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku bangsa di Selatan China.

Hasil daripada asimilasi dan integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama


tersebut di samping suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun,
maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa
Tionghua (Zhonghua minzu) sehingga pada hari ini. Sejarah mencatatkan
bahawa bangsa Tionghoa juga dikenali daripada bangsa Han. Tokoh
terkemuka dalam konteks Malaysia ialah kedatangan Laksamana Zheng Ho
(lihat Rajah 6.7) ke Melaka dan seterusnya ke Pulau Jawa bagi melaksanakan
misi perdagangannya.

Rajah 6.7: Laksamana Zheng Ho yang dikaitkan dengan bangsa Tionghua di Malaysia
Sumber: http://www.erabaru.net/headline/6396

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

AKTIVITI 6.2

Pada pendapat anda, apakah tiga unsur tamadun China yang paling
penting dalam pembentukan tamadun itu dan mengapa anda berkata
demikian? Bincang dan bentangkan bersama rakan.

6.5 HUBUNGAN TAMADUN CHINA DAN


KEBUDAYAAN
Kebudayaan adalah sebahagian daripada tamadun China yang banyak
dipengaruhi oleh aspek tertentu. Rajah 6.8 menunjukkan aspek yang
mempengaruhi tamadun China.

Rajah 6.8: Aspek yang mempengaruhi kebudayaan dalam tamadun China

Mari kita bincangkan lebih lanjut tentang aspek ini.

(a) Kepelbagaian Etnik


Bangsa China adalah satu bangsa yang rencam sesuai dengan negaranya
yang besar. Kerencaman bangsa China dilihat dari sudut terdapatnya
kepelbagaian etnik. Dari segi perangkaan, kelompok etnik yang terbesar
ialah etnik Han yang dipercayai berketurunan daripada leluhur yang sama
dengan Maharaja Kuning dan Maharaja Yan. Orang Han bertutur dalam
berbagai-bagai bentuk bahasa Cina khususnya bahasa ÂHanyuÊ. Etnik kedua
terbesar adalah etnik Man (Manchu), dari golongan etnik Tungusic yang
dikatakan berasal dari Manchuria. Etnik ini mempunyai pengaruh yang
besar dalam kebudayaan Cina khususnya melalui pemakaian baju

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  115

Cheongsam atau qipao dalam kalangan wanita dan kuncir rambut pria bagi
kaum lelaki. Gaya rambut ini di mana setengah bahagian depan kepala
dibotakkan sedangkan setengah rambut di bahagian belakang kepala
dibiarkan panjang dan dikuncir.

Etnik ketiga terbesar adalah kaum Muslim China daripada etnik Hui. Etnik
Hui lebih tertumpu di bahagian barat laut China (Ningxia, Gansu, Xinjiang).
Budaya orang Hui lebih kurang sama dengan orang Han kecuali mereka
adalah penganut agama Islam. Aspek yang ditonjolkan oleh etnik Hui ini
adalah mereka makan makanan yang halal dan memakai kopiah putih
(lelaki) dan tudung (wanita) sebagaimana yang biasa dalam budaya Islam.
Etnik keempat adalah etnik Ming (Monggol). Etnik ini hidup secara nomad.
Antara budaya dalam etnik ini adalah kemahiran mereka memainkan alat
muzik Huobusi yang biasanya dimainkan dalam jamuan, majlis perayaan
dan sebagainya. Etnik kelima adalah etnik Tzang (Tibet). Mereka ini
merupakan sebuah kelompok etnik yang berasal dari Tibet. EtnikTzang
bertutur dalam bahasa Tibet dalam rumpun bahasa Sino-Tibet. Kebanyakan
orang Tzang menganut agama Buddha Tibet.

(b) Kepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang


Menurut Ghazali Darusalam (2001), kepercayaan terhadap roh nenek
moyong mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan
animisme ini berbentuk pemujaan yang dilakukan melalui upacara
keagamaan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke
atas kehidupan mereka atau kehidupan pada masa hadapan mereka.
Upacara pemujaan roh nenek moyang mereka merupakan budaya
masyarakat China yang telah sebati dengan jiwa mereka. Kebanyakan
masyarakat China akan meletakkan gambar nenek moyang mereka di
rumah serta dibuat upacara penyembahan dengan colok bagi tujuan
memohon pertolongan daripada nenek moyang mereka. Di samping itu juga
masyarakat China mempercayai ramalan melalui tenung nasib. Mereka akan
mengetahui susah senang kehidupan mereka menerusi pendeta Cina yang
menggunakan peralatan tukang nujum yang ditulis dengan pelbagai soalan.

(c) Perkahwinan
Adat perkahwinan dalam tamadun China diatur sejak kecil kerana ini boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak
dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan
oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat China pentingkan perkahwinan kerana
dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi
lama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

(d) Adat Resam


Adat ÂkowtowÊ merupakan satu adat resam yang dilakukan dengan penuh
rasa hormat terhadap Maharaja China. Setiap rakyat China dikehendaki
berlutut atau meniarap sebanyak sembilan kali ketika upacara menghadap
Maharaja China. Bagi rakyat China, maharaja mereka adalah mewakili
Tuhan serta mempunyai darjat yang paling tinggi. Bukan masyarakat China
sahaja yang dikehendaki mengamalkan adat ÂkowtowÊ ini malah semua
delegasi luar yang ingin menghadap maharaja juga dikehendaki
mengamalkan adat resam yang sama.

(e) Institusi Kekeluargaan


Institusi kekeluargaan dalam tamadun China berorientasikan humanisme,
iaitu mementingkan unsur dan nilai kesejagatan manusia. Manusia
dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan
penting dalam alam semesta. Humanisme menyebabkan cara hidup orang
China bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan
keagamaan. Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu antara Tian
dengan Di (langit dan bumi). Sistem etika konfusianisme berasaskan pada
keluarga yang berinstitusi sosial merupakan falsafah terunggul dalam
tamadun China. Ibu bapa berusaha untuk membiayai anak dalam pelajaran.
Keharmonian juga dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan
humanisme dan moralisme.

SEMAK KENDIRI 6.3

Bagaimanakah tamadun China boleh dikaitkan dengan kebudayaan


Cina dalam membina peradaban China keseluruhannya.

6.6 HUBUNGAN TAMADUN CHINA DENGAN


TAMADUN MELAYU
Mengikut Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012), hubungan
tamadun China dengan tamadun Melayu telah dibuat melalui kunjungan
beberapa kali daripada pelbagai Dinasti China yang singgah atau melawat ke
Tanah Melayu semenjak zaman Dinasti Han dari 140 hingga 117S.M. Semasa
pemerintahan Sun Quan (dari 222 hingga 252M), dua orang utusan telah dihantar
untuk melawat Funan dan beberapa buah negeri lain di Semenanjung Tanah
Melayu dan juga di alam Melayu. Begitu juga pada zaman Dinasti Tang (dari 618
hingga 907M), yang merupakan dinasti yang paling terkenal dalam sejarah China
kerana hubungan diplomatik yang dibinanya dengan beberapa buah negara asing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  117

Dinasti Tang ini juga telah membuka tujuh jalur jalan perdagangan dengan dunia
luar, melalui alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya dan Jawa
(He-Ling) untuk menyambung perjalanan laut dari Guangzhou dengan India,
Parsi, dan Arab. Pengunjung pertama China yang merakamkan pengalamannya
di Srivijaya ialah I-Tsing (Yi Jing) yang sampai di Srivijaya pada tahun 67 Masihi.
Dalam perjalanannya ke India, beliau sempat singgah di Srivijaya dan menetap di
sana untuk tempoh 14 tahun, mempelajari bahasa Sanskrit dan mendalami ilmu
agama Buddha sebelum meneruskan perjalanannya. Beliau juga telah
menterjemahkan buku agama Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa Cina dan
menulis dua buah buku tentang tamadun Melayu-Srivijaya (Siti Hajar Che Man
dan Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Dinasti Song (dari 960 hingga 1279M) telah meneruskan hubungan baik melalui
bidang perdagangan dengan negara luar seperti di Asia Tenggara, Asia Selatan
dan Asia Barat khususnya di Tanah Melayu. Keadaan perhubungan yang begitu
akrab antara negeri Melaka dan Dinasti Ming selama lebih daripada satu abad
telah dibuktikan dengan ketiadaan perselisihan atau pergaduhan, apatah lagi
peperangan berlaku antara mereka. Hubungan yang paling gemilang ini telah
dibina dalam abad ke-15 Masihi. Pada tahun 1405, satu armada raksasa China
sebanyak 200 kapal dengan anak kapal menjangkau 28,000 orang yang dikepalai
oleh Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zeng He) telah dihantar oleh Raja China,
Ming Cheng Zhu, menjelajah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Pertalian
kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun China pada zaman prapenjajah Barat
tidak banyak membuahkan kesan negatif ke atas tamadun Melayu. Ini adalah
kerana kedatangan orang China ke alam Melayu dan negara luar lain pada zaman
itu bukanlah didorong oleh perasaan ingin menjajah atau memonopoli negara itu.
Sikap yang ada pada diri mereka ialah untuk memperluaskan hubungan yang ada,
di samping menghormati dan mengiktiraf kedudukan yang ada pada mereka (Siti
Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

SEMAK KENDIRI 6.4

Bagaimanakah tamadun China memainkan peranannya dalam


pembinaan budaya Malaysia.

AKTIVITI 6.3

Kemukakan elemen hubungan tamadun China dengan tamadun Melayu


dalam konteks masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

6.7 PERANAN TAMADUN CHINA DALAM


PEMBINAAN BUDAYA MALAYSIA
Abdullah Ahmad Badawi (2001) menjelaskan interaksi tamadun China dengan
dengan Malaysia telah terjalin sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad
ke-15 sehingga ke hari ini. Tamadun China turut menyumbang pembinaan
tamadun Malaysia moden dalam pelbagai aspek seperti melalui:

(a) Amalan Falsafah Konfusianisme


Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid (2004), menjelaskan multiracial
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup
bersama dengan aman damai dan berkongsi nilai universal yang wujud
melalui falsafah Konfusianisme. Melalui ajaran Konfusius yang diambil
daripada buku Klasik Confusius dan Analekta, yang memuatkan konsep
ÂrenÊ atau kebaikan dan kesederhanaan bagi manusia dan konsep ÂliÊ,
tatalaku yang baik jika diamalkan boleh memberi kesan kepada sifat dan
nilai perilaku positif diri. Menurut falsafah Kung Fu-Tze moral manusia
boleh membantu pemimpin yang baik untuk mentadbir negara dengan adil,
amanah, jujur, membantu rakyat dan sebagainya. Begitu juga dengan
penjawat awam boleh mengamalkan ajaran Konfusianisme kerana sifat baik
itu juga merupakan amalan yang paling bernilai dan perlu dimiliki oleh
setiap pegawai. Sikap yang baik boleh dicapai melalui menanam sikap yang
baik ke dalam diri setiap individu terlebih dahulu sebelum ditunjukkan
kepada orang lain.

Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak (2012) telah menjelaskan
bahawa konsep ÂjenÊ adalah satu konsep yang menekankan sifat
berperikemanusiaan terhadap sesama insan. Bagi Kung Fu-Tze, mereka
yang memiliki sifat perikemanusiaan ini akan mempunyai sifat seperti
amanah, budi bahasa, rajin, dan murah hati. Mengikut ajaran ini juga,
kesempurnaan semua manusia adalah kerana usaha mereka sendiri untuk
memiliki sifat atau moral yang terpuji dan tidak ada hubungan dengan kuasa
ghaib seperti roh nenek moyang mereka. Untuk menjadi manusia yang baik
atau junzi, semua manusia mempunyai peluang, asalkan ada usaha untuk
mencapai ke arah itu. Ajaran falsafah konfusianisme yang bersifat universal
ini boleh diguna pakai oleh seluruh warga Malaysia agar setiap individu
mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menjadi individu yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  119

Menurut Siti Hajar lagi, selain itu, ajaran konfusianisme mengenai konsep
Âlima hubungan utamaÊ yang menitikberatkan kejujuran dan kebaikan boleh
juga diamalkan dalam konteks nilai yang universal dalam mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu. Lima hubungan utama itu
ialah:

(i) Hubungan bapa dengan anak;

(ii) Hubungan suami dengan isteri;

(iii) Hubungan saudara tua dengan muda;

(iv) Hubungan raja dan pegawai; dan

(v) Hubungan sesama sahabat.

(b) Falsafah Taoisme


Mengikut Osman Bakar (2009), dua ajaran utama falsafah Taoisme ialah nilai
ÂYinÊ dan ÂYangÊ yang perlu diamalkan kedua-duanya serentak untuk
menghasilkan keharmonian. Ini kerana ÂYinÊ dan ÂYangÊ dianggap sepasang
dan tidak boleh diasingkan. Kenyataan ini sama juga dengan kehidupan
seharian yang wujud secara berpasangan; contohnya, lelaki dan perempuan,
air dan api, sihat dan sakit. Kefahaman mengenainya sangat penting bagi
membentuk kesedaran bahawa hidup ini memerlukan keseimbangan yang
sempurna, saling melengkapi, saling membantu dan saling memerlukan
antara satu sama lain. Pengajarannya adalah antara kaum Cina dan Melayu
saling perlu-memerlukan bagi mencapai wawasan yang sama baik dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Meskipun di Malaysia terdapat banyak
ajaran agama, namun mengenali, memahami dan menghormati ajaran selain
dari ajaran yang menjadi milik masing-masing adalah satu amalan yang
mulia dan seharusnya menjadi budaya hidup masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai etnik.

(c) Pendidikan
Dalam aspek pendidikan pula, tamadun China amat menekankan prinsip
kekuatan pendidikan dalam pembentukan sesebuah negara dan bangsa.
Pendidikan ini penting untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan
kebijaksanaan dan pembentukan akhlak. Sumber pendidikan ini banyak
diperoleh dari sumber lama ajaran tokoh pemikir utama mereka seperti
Kung Fu-Tze. Dengan memahami kepentingan pendidikan dalam tamadun
China, kita sebagai masyarakat di Malaysia lebih memahami rasional
masyarakat Cina yang amat mementingkan pendidikan dalam semua
peringkat pendidikan, bermula dari peringkat rendah hinggalah ke
peringkat universiti (Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

(d) Perkahwinan
Perkahwinan campur antara orang Cina dengan kaum lain seperti India,
Melayu, Sikh dan paling banyak dengan bumiputera Sabah dan Sarawak
telah melahirkan satu komuniti yang bersifat saling ambil-mengambil
daripada aspek kebudayaan, bahasa, makanan, pakaian, amalan nilai moral
dan juga cara pemikiran. Ia juga akan menambahkan lagi kepelbagaian
budaya yang diamalkan.

(e) Perayaan
Perayaan Tahun Baru Cina disambut pada hari kedua bulan pertama
kalendar Cina. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai
menandakan kedatangan tahun baru. Sehari sebelum kedatangan Tahun
Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama-
sama. Jamuan ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan
sesama anggota keluarga setelah lama tidak bertemu.

Hari pertama tahun baru selalunya disambut dengan meriah. Setiap orang
akan menggayakan pakaian baru dengan berwarna merah. Individu yang
telah berumah tangga akan memberi angpau kepada kanak-kanak serta
saudara-mara yang belum berumah tangga. Angpau ini membawa makna
kesejahteraan yang berpanjangan. Buah limau Mandarin dan kuih bakul
menjadi lambang perayaan Tahun Baru Cina. Ungkapan yang paling
popular diucapkan apabila bertemu ialah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud
salam sejahtera dan murah rezeki. Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru
Cina, orang Cina dilarang menyapu. Ini kerana dikhuatiri akan menghalau
keluar segala tuah. Kepercayaan tentang nasib sial yang dibawa oleh
penyapu masih dipegang oleh masyarakat Cina. Selepas hari ketiga barulah
rumah dibersihkan. Tarian naga sering dipersembahkan pada setiap
perayaan Tahun Baru Cina. Naga melambangkan ketangkasan, kekuatan
dan kemewahan. Tarian ini dipercayai boleh mendatangkan tuah kepada
orang yang menganjurkannya (http://www.slideshare.net/tlc1025/adat-
tradisional-masyarakat-di-malaysia).

Pesta Capgome juga dikenali sebagai Pesta ÂYuan SiauÊ. Pesta ini disambut
sebagai menandakan tamatnya sambutan perayaan Tahun Baru Cina iaitu
bermula pada hari yang ke-15. Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang.
Sejak 2000 tahun dahulu ia mula disambut oleh kerajaan Han. Pesta ini
diiringi dengan upacara pemujaan dewa dewi untuk meminta perlindungan
supaya keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka.
Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam. Sepanjang masa
itu setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu. Mercun dibakar
habis-habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Ini dipercayai dapat
menghalau roh jahat. Keramaian pesta ini dimeriahkan lagi dengan tarian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  121

singa dan naga. Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah limau
mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang berhasrat
mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai (Esa Khalid & Mohd Azhar
Abd Hamid, 2004).

Satu lagi perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah Pesta ÂChing
MingÊ. Pesta ÂChing MingÊ pada kebiasaannya akan disambut mengikut
bilangan nombor 33, iaitu pada hari ketiga dalam bulan ketiga kalendar
Cina. Manakala hari bagi masyarakat Cina menziarahi tanah perkuburan
kaum keluarga mereka dipanggil sebagai Hari ÂChing MingÊ. Semua ahli
keluarga akan pergi ke kubur untuk memeriahkan suasana. Selain daripada
itu, mereka akan bekerjasama membersihkan kubur. Tujuan pesta ini
diadakan adalah untuk mengenang jasa nenek moyang mereka. Mengikut
Konfusius, keluarga merupakan institusi yang terpenting dan harus
dikekalkan. Oleh itu, nenek moyang dan mereka yang lebih tua dalam
keluarga perlu dihormati. Penghormatan akan berterusan walaupun mereka
telah meninggal dunia.

Menurut Poon Kin Lun (2013), Perayaan Kuih Bulan ini lebih dikenali
sebagai Pesta ÂTanglungÊ. Ia disambut pada hari ke-15 bulan lapan kalendar
Cina. Perayaan ini dinamakan Pesta Kuih Bulan kerana diadakan sewaktu
bulan sedang mengambang dan mencapai peringkat purnama. Antara
benda yang dianggap istimewa dan dimestikan dalam perayaan ini ialah
kuih bulan dan perarakan tanglung. Perayaan kuih bulan dimeriahkan
dengan adanya perarakan tanglung. Perayaan ini juga sebagai menghormati
seorang bidadari yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya di bulan.

Terdapat berita lain yang menerangkan asal usul bermulanya perayaan kuih
bulan ini. Perayaan ini bermula pada tahun 1271 di negara China. Pada masa
itu negara China diperintah oleh Dinasti Monggol. Pemerintahan Monggol
sangat kejam dan menindas orang China yang berketurunan Han. Perkara
ini telah menimbulkan perasaan marah dalam kalangan kaum Han.
Di bawah pemimpin mereka yang bernama Chu Yuan Chang, satu gerakan
di bawah tanah telah disusun untuk menentang pemerintahan Monggol,
tetapi gagal. Melalui nasihat Liu Po Wen, strategi baru pula telah disusun di
mana Liu Po Wen telah menyamar sebagai seorang sami dan masuk ke kota
Chu Chou. Dia menyebarkan berita bahawa Chu Chou akan ditimpa wabak
penyakit. Penduduk kota itu meminta pertolongan sami tadi. Menurut
beliau,cara untuk mengelakkan wabak penyakit itu ialah setiap orang Han
mesti memasang bendera, menyalakan tanglung dan membunyikan gong
pada tengah hari ke-15 bulan lapan. Beliau juga memberi sekeping kuih
bulan yang mesti dipotong pada tengah malam tersebut dan membaca
azimat yang terkandung dalamnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Menjelang pada malam tersebut, orang Han pun membuat seperti yang
diarahkan oleh beliau. Mereka mendapati azimat itu tertulis seruan supaya
orang Monggol dibunuh pada masa itu juga. Maka dengan itu orang Han
pun bangun menentang orang Monggol dengan dibantu oleh tentera Chu
Yuang Chang. Akhirnya kota Chu Chou dapat ditakluki semula. Perayaan
ini disambut sebagai ulang tahun merayakan kemenangan orang Han yang
berjaya merampas kembali tanah air mereka sampai ke hari ini (Ghazali
Darusalam, 2001).

Tamadun China telah berinteraksi dengan tamadun Melayu dan India di


Malaysia sejak abad ke-14 yang lalu. Kesan positif daripada pertembungan
ketiga-tiga tamadun ini menjadikan masyarakat Malaysia hidup secara
harmonis dalam semua aspek seperti sosial, budaya, bahasa, fesyen,
makanan, pembuatan, teknologi, pembinaan dan sebagainya. Namun
pertembungan tiga tamadun ini tidak memberi kesan terhadap amalan
agama. Setiap bangsa mengikut identiti agama masing-masing, Cina dengan
agama Buddha, India dengan agama Hindu dan Melayu dengan agama
Islam.

 Kemunculan tamadun China mula bertapak di lembah Sungai Hwang Ho atau


di sekitar lembah Sungai Kuning kira-kira 4000 atau 5000S.M., sezaman
dengan kemunculan tamadun Mesir dan India.

 Bandar Anyang merupakan penempatan awal yang menjadi titik kemunculan


tamadun China yang lebih jelas.

 Pembentukan tamadun China boleh dibahagikan kepada empat zaman:


zaman pembentukan, zaman keagungan, zaman peralihan dan zaman moden.

 Keagungan tamadun China terletak pada kehebatan Tembok Besar China


yang menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia.

 Unsur tamadun China adalah termasuklah kerajaan atau pentadbiran yang


teratur, organisasi sosial yang tersusun, sistem bahasa dan tulisan, kewujudan
institusi keagamaan dan yang lain-lainnya seperti yang telah dibincangkan.

 Aspek kebudayaan dalam Tamadun China banyak dipengaruhi oleh


kepelbagaian etniknya, kepercayaan kepada penyembahan nenek moyang
dan beberapa perkara lain seperti yang telah dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  123

 Sifat kreatif dan inovatif maharaja China serta dibantu oleh rakyat China yang
bersatu padu dalam menjayakan visi serta misi maharajanya yang telah
menjadikan tamadun China sangat dikagumi di seluruh dunia.

 Terdapat beberapa peranan tamadun China dalam pembinaan budaya


Malaysia seperti dalam bidang pendidikan, perkahwinan, perayaan dan lain-
lain.

 Biarpun penduduk China paling ramai di dunia iaitu 1.3 bilion orang namun
mereka tetap menjaga kualiti penciptaan melalui produk dan monumen yang
dihasilkan.

 Jika dilihat pada hari ini, China telah bangkit menjadi kuasa politik dan
ekonomi yang dapat mengimbangi homogeniti kuasa besar lain seperti
Amerika dan Russia.

Bangsa Tionghua Identiti bangsa


Dinasti Interaksi tamadun
Evolusi politik Monarki
Falsafah Konfusianisme Sistem feudal
Falsafah Taoisme

Abdullah Ahmad Badawi. (2001). Ucapan Perdana Menteri Malaysia semasa


merasmikan Seminar dialog peradaban: Peranan dan kepentingan di
Malaysia. Kuala Lumpur, 27ă28 Ogos.

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian tamadun asia. Bentong, Malaysia: PTS.

Azizan Baharudin. (2000). Latihan Kakitangan Resource. Kertas kerja Bengkel


Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran TITAS. Kuala Lumpur.

Esa Khalid, & Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Beberapa aspek tamadun Melayu,
India, China, dan Jepun. Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
124  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan asia. Kuala Lumpur, Malaysia:
Utusan Publication & Distributors.

Khoo, K. K. (2005). Asimilasi tamadun Cina dan India dalam konteks pembinaan
tamadun Malaysia. Prosiding seminar pemantapan kurikulum TITAS dan
hubungan etnik peringkat kebangsaan. Kuala Lumpur.

Lok, C. H. (1998). Tamadun Cina: Falsafah, pandangan hidup, dan aspek-aspek


kesenian. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Mahathir Mohamad. (1996). Ucapan Perdana Menteri Malaysia. The 2nd


Malaysia-China Forum. Beijing, 25 September.

Osman Bakar, et al. (2009). Modul pengajian tamadun Islam dan tamadun asia.
Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Sazelin Arif, et al. (2007). Tamadun Islam dan tamadun asia. Shah Alam, Malaysia:
McGraw Hill.

Siti Hajar Che Man, & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran kursus
tamadun Islam dan tamadun Asia di institusi pengajian tinggi awam
Malaysia: Platform Utama. Journal Sosiohumanika, 5(1), 49ă64.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
China dan
7 Sumbangannya
terhadap
Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sumbangan tamadun China terhadap tamadun-tamadun
dunia;
2. Mengenal pasti pengaruh tamadun China ke atas tamadun-tamadun
dunia; dan
3. Menganalisis kesan-kesan tamadun China ke atas tamadun-tamadun
dunia.

 PENGENALAN
Penggunaan istilah tamadun lebih memberi perhatian terhadap keupayaan
sesebuah negara dan bangsa dalam mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang.
Tamadun China pada dasarnya adalah sebuah tamadun yang berasaskan kepada
sistem pertanian mengikut geografi negara tersebut serta banyak dipengaruhi oleh
iklim sejuk dan lembab. Proses membangunkan tamadun China mengambil masa
lebih daripada 5,000 tahun. Tamadun China dikatakan merupakan salah sebuah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

tamadun yang tertua di dunia selari dengan tamadun lain seperti tamadun
Mesapotamia, tamadun Mesir, tamadun India dan tamadun Greek.

Tamadun China telah berkembang dan membawa kepada kegemilangan dalam


beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik,
pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera, dan institusi sosial yang maju.
Kegemilangan tamadun China turut memberi sumbangan kemajuan dan
kemakmuran kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Sebagai
contohnya pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu daripada tujuh
keajaiban dunia seiring dengan Piramid di Mesir, Taman Tergantung Babylon di
Iran dan Taj Mahal di India.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan sumbangan lain tamadun China
terhadap peradaban secara menyeluruh. Ianya merangkumi aspek ekonomi,
sosial, pendidikan dan pelbagai lagi.

7.1 SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI


Dari segi pertanian, orang China telah mengamalkan sistem tanaman bergilir
untuk menambah hasil tuaian. Tenggala juga telah digunakan untuk membuat
batas tanaman dan mencipta kolar kuda untuk mengemburkan tanah. Selain
daripada itu, mereka juga telah mengadakan sistem pengairan dan tanah tinggi
ditereskan untuk menambah keluasan tanah pertanian. Semua ini telah dilakukan
sejak zaman Dinasti Shang. Dari segi kewangan pula, penduduk China telah
menggunakan wang kertas sejak akhir abad ke-11M untuk memudahkan urusan
perdagangan.

Semasa Dinasti Qin dan Han, orang China telah menjalankan perdagangan bebas
melalui jalan sutera (jalan darat) dengan negara Timur Tengah dan Eropah,
di samping melalui jalan laut seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho
(dari 1405 hingga 1433M). Di samping itu, industri besi terbesar di China juga
dimajukan untuk memenuhi permintaan dalam bidang ketenteraan. Begitu juga
dalam bidang pembinaan kapal. Orang China juga telah mencipta sutera dan
menjadi pengeluar sutera utama di dunia. Pedagang sutera di China berdagang
hingga ke Rom. Kemakmuran ekonomi China telah membawa kepada perubahan
sosial dengan munculnya golongan menengah dalam kalangan peniaga.

AKTIVITI 7.1

Dengan merujuk kepada dinasti pemerintahan tertentu, berikan lain-lain


contoh sumbangan tamadun China terhadap peradaban dunia.
Bentangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  127
PERADABAN DUNIA

7.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KETENTERAAN
Dalam bidang ketenteraan pula, Sun Tzu dikatakan sebagai seorang pemikir
terkenal dalam mengatur strategi ketenteraan. Beliau telah berkhidmat dengan
kerajaan Wu untuk menakluki negeri Chu dan Ying. Pada zaman beliaulah buku
mengenai ilmu ketenteraan (Seni Peperangan) yang mengandungi 13 bab dan 13
strategi taktikal peperangan telah ditulis. Sun Tzu juga telah mengemukakan lima
perkara yang wajar diberi pertimbangan dalam sesuatu peperangan iaitu:

(a) Kepimpinan;

(b) Bentuk muka bumi;

(c) Iklim;

(d) Moral; dan

(e) Strategi peperangan.

Sun Tzu juga turut menyatakan beberapa strategi peperangan seperti:

(a) Sebarang peperangan yang dilancarkan mestilah dibuat dalam tempoh yang
singkat;

(b) Hendaklah menggunakan ejen perisik untuk melemahkan musuh; dan

(c) Berundur seketika bila terdesak untuk mengatur strategi yang lebih
berkesan.

Idea Sun Tzu ini telah banyak dipraktikkan oleh ramai pemimpin tentera di Jepun,
Korea dan negara Asia yang lain selama lebih 200 tahun. Dari aspek ketenteraan
juga, China mempunyai kelengkapan kapal perang yang banyak. Misalnya pada
tahun 1402M, Dinasti Ming mempunyai 1,350 kapal perang. Kemajuan yang
dicapai oleh orang China sejak abad ke-14 Masihi jelas menggambarkan bahawa
masyarakat China telah lama maju berbanding masyarakat lain di Asia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

SEMAK KENDIRI 7.1

Apakah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum dan


semasa berperang yang diilhamkan oleh Sun Tzu?

AKTIVITI 7.2

Berikan contoh peperangan yang telah berlaku dalam tamadun China.

7.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERTANIAN
Bidang pertanian China semasa zaman Dinasti Han sangat maju pada ketika itu
kerana terdapat banyaknya inovasi atau penciptaan peralatan pertanian seperti
kereta sorong beroda yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian, bajak
untuk menggemburkan tanah dan juga kereta kuda bagi penghantaran hasil
pertanian ke serata tempat di wilayah China. Begitu juga semasa Dinasti Ching,
Song, Ming, Yuan dan Tang, bidang pertanian bertambah maju dan moden
dengan adanya bantuan dan intensif daripada Maharaja China melalui sistem
penanaman secara bergilir bagi tanaman kontan khususnya di kawasan
perbukitan yang diratakan bagi memperluaskan kawasan pertanian. Ini bagi
memenuhi permintaan penduduk China yang pesat bertambah semasa Dinasti
Shang. Masyarakat China suka tinggal setempat tanpa berpindah-randah dan
telah tahu bercucuk tanam serta membina terusan bagi sistem pengairan pertanian
di samping untuk kawalan banjir. Bangsa Cinalah yang telah mencipta bajak dan
cangkul, mereka barang daripada logam serta membina perahu.

AKTIVITI 7.3

Berdasarkan dinasti tertentu, senaraikan dengan terperinci tentang


sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian kepada peradaban
dunia. Bentangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  129
PERADABAN DUNIA

7.4 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUSAHAAN
Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman
Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar
China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera
Darat (lihat Rajah 7.1) dan kemudian melalui Jalan Laut semasa Dinasti Tang.
Buktinya terdapat tembikar China di tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan
tersebut.

Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan. Hasil perusahaan China itu
bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negara China sendiri. Di
negara China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran
golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan perusahaan yang pesat
dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan
raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Rajah 7.1: Jalan sutera perdangangan China


Sumber: http://it411x34.tripod.com/peningkatan_ekonomi.htm
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
130  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 7.4

Pada pendapat anda, apakah perbezaan dan persamaam sumbangan


bidang perusahaan tamadun China ini kepada peradaban dunia
berbanding bidang ekonomi yang lain? Bincangkan.

7.5 SUMBANGAN DALAM SISTEM


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran dalam tamadun China, perluasan
kuasa telah mengubah landskap politik China daripada sistem feudal kepada
pemerintahan monarki sejak zaman Dinasti Chin (dari 221 hingga 206S.M.).
Melalui sistem monarki, kerajaan China telah bertukar daripada sistem beraja
kepada maharaja yang mempunyai kuasa yang lebih luas. Sebagai contoh,
maharaja boleh melantik seseorang pegawai yang dipilih dalam kalangan
pembesar istana untuk mengetuai pentadbiran awam atau satu jawatankuasa
yang dianggotai oleh rakyat jelata juga dibenarkan membuat perlantikan jawatan
tersebut di wilayah masing-masing, dengan syarat, calon yang dipilih mesti
mempunyai rekod keputusan peperiksaan yang terbaik di peringkat negeri.
Peraturan dan syarat yang demikian telah diamalkan sejak zaman pemerintahan
Dinasti Shi Huang Ti.

Daripada ini dapat dilihat bahawa sistem pemerintahan yang wujud ialah sistem
pemerintahan beraja dan raja berperanan sebagai orang perantaraan antara rakyat
dengan Tuhannya. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti, negara China menjadi
sebuah negara yang maju dan lebih moden dengan sistem politik pemerintahan
yang teratur dan berpusat, juga mempunyai sistem perhubungan, sistem timbang
dan sukat, ketenteraan yang kuat dan mempunyai hubungan yang baik dengan
negara luar.

AKTIVITI 7.5

Senaraikan nama maharaja dalam tamadun China dan dinastinya serta


apakah sumbangannya yang anda rasakan berguna terhadap peradaban
dunia. Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  131
PERADABAN DUNIA

7.6 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KEBUDAYAAN DAN PERAYAAN
Kehidupan masyarakat China banyak dilingkari dengan kepercayaan dan juga
adat istiadat. Mereka mempunyai pelbagai kepercayaan dalam kehidupan dan
kebudayaan mereka. Mereka inginkan kesempurnaan dalam segala hal, seperti
kelahiran yang sempurna, perkahwinan yang sempurna, kematian yang
sempurna dan juga pengebumian yang sempurna. Adat dan kepercayaan
masyarakat China ini dapat dilihat dengan jelas dalam upacara kelahiran,
perkahwinan, kematian dan pengebumian. Selain daripada keempat-empat
upacara tadi, terdapat satu lagi adat yang ketara dalam kehidupan mereka iaitu
perayaan.

Dari segi upacara perkahwinan mengikut kepercayaan masyarakat China,


terdapat enam pendekatan dalam menjayakan upacara perkahwinan:

(a) Na chai (pemilihan jodoh);

(b) Wen Ming (pertanyaan nama bagi menentukan keturunan);

(c) Na Ji (keserasian dan penyesuaian);

(d) Na Cha (penerimaan dan persetujuan);

(e) Qing Qi (keserasian atau persamaan tarikh atau masa); dan

(f) Ying Qing (majlis perkahwinan).

Dari segi upacara kematian dan pengebumian, rakan-rakan dan saudara-mara


mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada si
mati. Mereka berada berhadapan dengan tempat pemujaan dan di sisi tempat
pemujaan itu diletakkan keranda si mati. Makanan dan bahan pemujaan
diletakkan di atas tempat pemujaan. Penganut ajaran Buddha dan Taoisme
dijemput untuk membacakan doa dan bersembahyang. Wang kertas palsu akan
dibakar. Pembahagian waktu dalam upacara ini sangat penting kerana keranda
harus sampai ke tempat pengebumian mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Ayam jantan putih akan diletakkan di atas keranda. Selepas upacara
pengebumian, ayam tadi akan dibawa pulang ke rumah. Masyarakat China
percaya bahawa ayam itu boleh melindungi rumah kerana telah mempunyai
semangat nenek moyang si mati tadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Selain dari adat dan kebudayaan yang telah dijelaskan tadi, masyarakat China
juga sangat kaya dengan perayaan. Banyak perayaan yang dijalankan berkaitan
dengan upacaya keagamaan. Contohnya setiap tahun pada hari kedua bulan
pertama mengikut kelendar China diadakan sambutan perayaan Tahun Baru
Cina. Seperti lazimnya masyarakat China akan menyambutnya secara besar-
besaran kerana kedatangannya hanya setahun sekali di samping bertujuan bagi
menyambut kedatangan tahun baharu. Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru
Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama-sama. Jamuan
ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan sesama anggota
keluarga setelah lama tidak bertemu. Angpau turut diberikan yang juga
membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan. Tarian naga sering
dipersembahkan pada setiap perayaan Tahun Baru Cina. Naga melambangkan
ketangkasan, kekuatan dan kemewahan. Tarian ini dipercayai boleh
mendatangkan tuah kepada orang yang menganjurkannya.

Mengikut Morton (1995), terdapat pesta Capgome yang juga dikenali sebagai
Pesta ÂYuan SiauÊ. Pesta ini disambut sebagai menandakan tamatnya sambutan
perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada hari yang ke-15. Pesta ini
mempunyai sejarah yang panjang. Sejak 2000 tahun dahulu ia mula disambut oleh
kerajaan Han. Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewa dewi untuk
meminta perlindungan supaya keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa
sebarang malapetaka. Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam.
Sepanjang masa itu setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu. Mercun
dibakar habis-habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Ini dipercayai dapat
menghalau roh jahat. Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah limau
mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang berhasrat mendapatkan
jodoh atau pasangan yang sesuai.

Terdapat juga Pesta Ching Ming yang disambut pada hari ketiga dalam bulan
ketiga kalendar China. Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang China pergi
ke kubur untuk menziarahi nenek moyang serta saudara-mara yang telah
meninggal dunia. Selain itu, ada juga perayaan Kuih Bulan yang lebih dikenali
sebagai Pesta ÂTanglungÊ. Ia disambut pada hari ke-15 bulan lapan kalendar China.
Perayaan ini dinamakan Pesta Kuih Bulan kerana diadakan sewaktu bulan sedang
mengambang dan mencapai peringkat purnama. Antara benda yang dianggap
istimewa dan dimestikan dalam perayaan ini ialah kuih bulan dan perarakan
tanglung. Perayaan ini juga sebagai menghormati seorang bidadari yang menjadi
dewi dan menyalakan cahaya di bulan. Perayaan ini bermula pada tahun 1271 di
negara China (Ghazali Darusalam, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  133
PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 7.6

Senaraikan jenis adat dan perayaan yang telah diadakan sejak dulu
hingga kini dalam tamadun China. Adakah ianya berubah? Bincangkan.

7.7 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KEMASYARAKATAN
Mengikut Abdul Aziz Harjin (2013), susunan masyarakat dalam tamadun China
menunjukkan raja menduduki hierarki yang tertinggi. Di bawah raja terdapat
golongan bangsawan. Mereka ini merupakan golongan yang berpengaruh.
Selepas golongan bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting.
Semasa Dinasti Chou, kebanyakan petani menjadi hamba berhutang tidak dapat
mengeluarkan hasil makanan yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar
menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China.

Dari konteks sosial, tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal
ialah datong. Datong diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai
hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi
atau dibahagikan kepada semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa
membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua
akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada
perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan.

7.8 SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS


DAN TEKNOLOGI
Sains dan teknologi telah maju sejak zaman Dinasti Shang. Antara kemajuan yang
diperolehi ialah:

(a) Penghasilan senjata dan alat pertanian yang diperbuat daripada gangsa;

(b) Penciptaan alat tembikar dan barang perhiasan yang diperbuat daripada
batu jed;

(c) Penghasilan sutera; dan

(d) Sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Pada zaman Dinasti Chou, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi semakin
berkembang di mana pada zaman ini wang telah dihasilkan daripada logam.
Mereka juga menerbitkan buku serta memperkenalkan alat tulisan. Teknologi
tamadun awal dalam bidang seni bina jelas memperlihatkan peningkatan
tamadun. Tembok Besar China merupakan peninggalan bukti seni bina yang unik
dan mengagumkan (lihat Rajah 7.2). Tembok Besar China ini dibina oleh Maharaja
Shih Huang Ti untuk menghadapi pencerobohan orang nomad. Ciri-ciri Tembok
Besar China ini ialah:

(a) Ia merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia;

(b) Ianya setinggi bangunan tiga tingkat dan panjangnya kira-kira 2,410
kilometer;

(c) Ia dibina merentangi bukit-bukau;

(d) Ia dibina sepenuhnya oleh tenaga manusia dan mengambil masa lebih
kurang 100 tahun untuk disiapkan; dan

(e) Ia dibina untuk mempertahankan negara China daripada serangan kaum


Barbar (tartar) Monggol.

Rajah 7.2: Tembok Besar China


Sumber: http://p4a09glkuan-ppc.blogs.smjk.edu.my/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  135
PERADABAN DUNIA

Orang China juga terkenal sebagai pencipta mesin tenun yang boleh menenun
kain dengan banyak dan pantas. Mereka juga merupakan bangsa pertama yang
membuat kertas di dunia. Orang China mempunyai teknologi untuk menjadikan
bahan seperti kulit pohon mulberi, bahan terpakai seperti kain buruk, tali and
sebagainya menjadi pulpa dan akhirnya diproses menjadi kertas. Teknologi
membuat kertas ini kemudiannya telah sampai ke negara Eropah dan negara
Islam menjelang kurun ke-13 Masihi. Selain itu, mereka juga menghasilkan seni
tembikar dan seramik yang dihiasi dengan gambar yang menarik.

7.9 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KESUSASTERAAN DAN PENCIPTAAN
KALENDAR
Banyak kajian dan karya telah dihasilkan dalam bidang kesusasteraan dan sejarah
pada zaman Han. Antara buku yang ditulis semula ialah Chien Han Shu, Shih
Ching, Li Chi, Shu Ching dan banyak lagi. Shi Ching yang ditulis oleh Su Ma Chien
merupakan catatan tentang peristiwa dan personaliti penting yang merangkumi
tempoh 2,000 tahun. Su Ma Chien adalah tokoh kesusasteraan yang penting pada
zaman Han. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China.

Buku Chien Han Shu atau sejarah Dinasti Han ditulis oleh Pan Ku, Pan Piao dan
Pan Chao. Seorang sarjana Liu Hsin mengumpul teks lama untuk disunting.
Kamus yang pertama di dunia iaitu Shou Wen telah dihasilkan pada zaman Han
iaitu kira-kira 100S.M. Kamus ini memberi penerangan kepada lebih kurang 2,000
perkataan.

Ahli cendekiawan China juga telah memperkenalkan sistem membahagikan hari


kepada hari siang dan malam dengan seragam. Tiap-tiap hari yang baru akan
bermula pada tengah malam. Orang Han mencipta jam matahari untuk
mendapatkan masa yang lebih tepat. Ahli sains Han mengkaji matahari, bulan dan
bintang untuk mendapatkan kalendar yang tepat. Kalendar China telah
digunakan untuk lebih kurang 2,000 tahun.

Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat


30 hari sebulan dan 360 hari setahun. Kalendar digunakan oleh raja untuk
menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan sistem kalendar turut
digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan,
pemburuan dan pengebumian (Gernet, 1996).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah kepentingan kalender dalam tamadun China pada awalnya?


Bincangkan.

AKTIVITI 7.7

Senaraikan contoh hasil sastera yang telah dibincangkan. Bolehkah anda


membuat tambahan kepada senarai itu berdasarkan hasil pembacaan
yang lain?

7.10 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUNDANGAN
Melalui sistem perundangan, tamadun China telah memperkenalkan dua
hukuman iaitu:

(a) Hukuman berat; dan

(b) Hukuman bercorak sosial (kemasyarakatan).

Sistem perundangan tersebut telah menggunakan falsafah legalisme yang buat


pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Maharaja Han Fei Tsu (lihat Rajah 7.3)
semasa Dinasti Chin (dari 221 hingga 206S.M.). Dinasti Chin adalah dinasti yang
pertama dalam empayar China.

 
Rajah 7.3: Han Fei Tzu
Sumber: http://history.cultural-china.com/en/49History9316.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  137
PERADABAN DUNIA

Sistem perundangan China pada ketika itu banyak dipengaruhi oleh Falsafah
Konfusianisme yang bersifat authoritarianisme iaitu melalui penguatkuasaan
perundangan yang tegas serta hukuman berat kepada pesalah bertujuan
membendung jenayah sosial. Kuasa menjatuhkan hukum terletak di tangan kuasa
maharaja yang berperanan menjatuhkan hukuman atas kuasa lagislatifnya sebagai
maharaja yang memegang tampok kuasa pemerintahan.

7.11 SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK


Menurut Del Testa (2001), dalam tamadun China, perluasan kuasa telah
membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin (221S.M.) iaitu di
bawah pemerintahan Shih Huang Ti (dari 259 hingga 209S.M.) yang telah berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara
autokratik iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa
golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk
mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar,
beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China. Kejatuhan Dinasti
Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han.

Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar
sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan takluknya
melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya
ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze,
Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. Pada zamannya, pengaruh China telah
tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negara China
telah berjaya diwujudkan.

7.12 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PENDIDIKAN
Mengikut catatan Wang (1991), masyarakat China sangat menghargai pendidikan,
perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah
untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu:

(a) Pendidikan Rendah


Pada pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan
ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

(b) Pendidikan Menengah


Pada peringkat ini, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera.

(c) Pendidikan Peringkat Tinggi


Tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.

Pada peringkat pendidikan tinggi ini juga, sistem pendidikan mengandungi tiga
tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin
Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan
sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada
zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua
di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana,
iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus dengan ijazah kelas pertama akan
berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah kelas ketiga pula layak menjadi
pendidik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem
peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

AKTIVITI 7.8

Jelaskan peringkat pendidikan dalam tamadun China. Apakah anda rasa


ia masih kekal hingga ke hari ini? Bincangkan.

7.13 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUBATAN
Menurut Zulkiflee Haron (2005), perkembangan bidang perubatan China telah
bermula sejak 10,000 tahun dahulu. Amalan perubatan China berkembang hasil
daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia
dan beberapa jenis penyakit. Kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh
masyarakat China dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan
sebelum peralatan dicipta. Amalan perubatan China juga diperoleh dari karya
tulisan pengamal perubatan China. Antara karya perubatan yang dihasilkan ialah
Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod
teori perubatan China. Namun demikian, karya teks klasik yang awal dan
terpenting ialah Yellow EmperorÊs Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada
tahun sekitar 200S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah
perubatan China klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik
dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  139
PERADABAN DUNIA

Semasa Dinasti Han muncul, Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang
ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan
ialah Materia Medica (Pen Ts›ao Kang Mu) yang ditulis oleh Li Shih-chen semasa
Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan
mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam
bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara Asia Timur dan Eropah.

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu:

(a) Materia medica. Ia adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan seperti
herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang China telah
membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu
mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi
mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi
mengubati penyakit beguk dan sebagainya;

(b) Moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau


moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan; dan

(c) Akupuntur yang merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada


tempat tertentu. (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, & Ramli Awang,
2005).

AKTIVITI 7.9

Apakah cara merawat penyakit yang selalu dilakukan dalam tamadun


China? Bincangkan kebaikan dan keburukannya, jika ada.

7.14 SUMBANGAN DALAM BIDANG


ASTRONOMI
Dalam bidang astronomi, sumbangan besar orang China sejak 1300S.M. dapat
dilihat melalui cara mereka merekod dan membuat katalog mengenai bintang,
komet dan gerhana bulan serta matahari yang hampir tepat dengan penulisan
astronomi daripada tamadun Mesir, India dan Barat. Astronomi China telah
menemui crab nebula pada abad ke-11. Mereka juga telah menemui komet Halley,
mencipta gnomon sebagai satu instrumen yang terdiri daripada tiang tegak bagi
menentukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-
bayang pada waktu tengah hari dan clepsydra iaitu alat bagi mengukur masa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

berdasarkan aliran air yang melalui suatu lubang kecil yang terdapat pada alat
tersebut.

Satu manuskrip tertua di dunia mengenai astronomi telah ditemui di gua


Dunhuang, wilayah Gansu (Mohd. Azhar Abd. Hamid et al., 2006). Kegiatan
dalam bidang astronomi menyebabkan orang China dapat membuat kalendar
dengan tepat berdasarkan peredaran bulan dan matahari.

7.15 SUMBANGAN DALAM BIDANG


MATEMATIK
Terdapat dua buah karya matematik yang tertua China iaitu:

(a) Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalendar, pengiraan
masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik; dan

(b) Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira,
ukuran dan beberapa teori matematik.

Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperiksaan. Maharaja


Shih Huang-Ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem
sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China. Antara ahli matematik China
yang terkenal ialah Li Zhi (dari 1192 hingga 1279M), Liu Hui, Zhu Shijie (1300M)
dan Li Shanlan (dari 1811 hingga 1882M). Liu Hui pernah menerangkan mengenai
teorem matematik seawal tahun 220ă267 Masihi.

Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi


empat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila
angka baris yang menegak, mendatar atau miring dicampurkan ia akan mendapat
jumlah yang sama iaitu 15. Orang China juga memperkenalkan angka positif dan
negatif serta angka genap dan ganjil. Selain itu juga, orang China telah pandai
menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar (Wang, 1991).

AKTIVITI 7.10

Pada pendapat anda, bagaimanakah sempoa berperanan dalam


perkembangan matematik dan kira-kira dalam tamadun China?
Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  141
PERADABAN DUNIA

7.16 SUMBANGAN DALAM BIDANG


FALSAFAH, AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Goossaert dan Palmer (2011), menyatakan sukar untuk dipisahkan antara falsafah,
agama dan kerpercayaan dalam tamadun China. Ini kerana ketiga-tiga aspek
berkenaan saling berkait dan mempunyai isme yang sama. Falsafah
Konfusianisme (dari 551S.M. hingga 479S.M.) diasaskan oleh Kong Fu Tze semasa
Dinasti Chou. Ia telah dijadikan doktrin asas oleh kerajaan China kerana fahaman
ini mencakupi hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia baik dari segi
falsafah, agama mahupun kepercayaan. Berdasarkan kitab Analects,
konfusianisme bukanlah satu fahaman agama sebaliknya ia hanyalah doktrin
falsafah daripada ajaran Kong Fu Tze mengenai moral dan sifat humanisme.

Menurut Ghazali Darusalam (2001), ajaran falsafah konfusianisme mencakupi


pola laku manusia yang berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik
iaitu:

(a) Perikemanusiaan (ren);

(b) Kewajaran (yi);

(c) Kesusilaan (li); dan

(d) Kearifan (zhi).

Falsafah China juga dibentuk melalui ajaran Buddhisme. Asas ajaran Buddhisme
ialah penderitaan yang berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar
kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan dari mengikuti lapan
jalan yang betul atau jalan pertengahan bagi mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Ajaran konfusius juga menekankan pada lima jenis hubungan baik untuk
mewujudkan masyarakat yang aman iaitu:

(a) Pemerintah yang baik;

(b) Ibu bapa dengan anak;

(c) Suami dengan isteri;

(d) Abang dengan adik; dan

(e) Kawan dengan kawan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Mengikut ajaran Konfusius, keluarga ialah unit terpenting dalam masyarakat.


Konfusianisme sangat penting pada zaman Han di mana ia telah dijadikan agama
rasmi Empayar Han. Konfusianisme pada zaman Han mempunyai atau
mengandungi ajaran Legalisme, Mohisme dan Taoisme. Karya ahli falsafah
Konfusianisme menjadi satu bahan kajian utama di sekolah pada zaman Han. Ia
juga menjadi asas kepada Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk memilih
pegawai baru. Teks klasik yang rasmi telah diukirkan di atas batu dan dipamerkan
di luar Akademi Negeri di ibu kota (Ghazali Darusalam, 2001).

Toisme atau Daoisme pula adalah sebuah ajaran falsafah agama berdasarkan teks
Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. Kitab
Daode Jing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao
kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka
kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. Daoisme
merupakan agama bagi kebanyakan orang China. Ajaran ini menekankan satu
jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia
menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia
tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri
daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara
meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ÂTao Te ChingÊ. Setiap tindakan ditentukan
oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan
secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Buddhisme (lihat Rajah 7.4) diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (dari 563
hingga 483S.M.) yang bermula di India pada kurun ke-6S.M. dan kemudiannya
disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Selepas Buddhisme
disebarkan ke negara China, Buddhisme telah mengalami perubahan atau
diubahsuai melalui ciri-ciri kecinaan dan dikenali sebagai Buddhisme China.
Namun begitu, asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan berpunca
daripada hawa nafsu yang merupakan penyebab kepada pelbagai masalah
manusia. Manusia perlu mengawal hawa nafsu dengan mengikuti Jalan Lapan
Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan iaitu menjauhi daripada perbuatan yang
melampau.

Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu:

(a) Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman dan pemikiran yang


betul;

(b) Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan dan tindakan yang betul
serta cara hidup yang betul; dan

(c) Sila (moral) yang meliputi usaha, pertimbangan dan tumpuan yang betul.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  143
PERADABAN DUNIA

Penganut agama Buddha mesti melakukan amalan hidup yang suci, seperti
bersedekah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan menipu dan jangan
berzina. Buddha juga mengajar tentang ahimsa iaitu tidak boleh memusnahkan
atau merosakkan segala benda hidup.

Rajah 7.4: Buddhisme


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz

Moisme pula diasaskan oleh Mo Zi (dari 479S.M. hingga 381S.M.). Antara konsep
penting dalam pemikiran aliran ini termasuklah beberapa aspek seperti:

(a) Kasih sayang sejagat (jianÊai);

(b) Menyerah kepada nasib (feiming);

(c) Mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian); dan

(d) Mengecam sikap suka berperang (feigong).

Disebabkan penegasan aliran ini yang tertumpu kepada sikap mengejar


kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat Tuhan yang
dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep
nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah
mempelopori analisis logik di negara China.

Legalisme adalah salah satu daripada empat aliran utama falsafah China.
Legalisme telah diasaskan oleh Han Fei Zi (lihat Rajah 7.5), seorang ahli falsafah
Cina di zaman pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme adalah suatu fahaman
falsafah politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan tingkat tinggi seperti
alam dan tujuan kehidupan. Ajaran dan fahaman legalisme lebih berteraskan
kepada undang-undang atau perundangan yang lebih praktikal berbanding
ajaran dan falsafah konfusianisme yang menekankan aspek teladan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Masyarakat China telah lama mengamalkan sistem kepercayaan yang berkait


rapat dengan manusia dan alam semesta (naturalistik). Sebagai contohnya
masyarakat China didapati memuja roh datuk nenek moyang mereka yang
dipercayai berada di atas langit atau dipanggil tian (langit) sebagai makhluk
unggul yang menguasai nasib seseorang di samping kepercayaan primitif iaitu
animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi.

Masyarakat China juga lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh


memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.
Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral
dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia
sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep
ketuhanan. Bagi masyarakat China, kepercayaan dan agama merupakan perkara
yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan
yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi
ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak
mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan Tuhan yang
satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat China
menggambarkan kewujudan Tuhan mereka dalam bentuk dewa dewi dan
mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu
mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat (Ghazali
Darusalam, 2001).

Rajah 7.5: Han Fei Zi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  145
PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 7.11

Senaraikan falsafah, agama dan kepercayaan dalam tamadun China


yang telah dibincangkan. Adakah perbezaan atau persamaan antara
kesemuanya? Bincangkan.

7.17 SUMBANGAN DALAM SISTEM TULISAN


Salah satu sumbangan penting tamadun China terhadap peradaban dunia ialah
sistem tulisannya (lihat Rajah 7.6). Dinasti Han merupakan dinasti yang banyak
memberi sumbangan kepada ciptaan sistem tulisan China yang dikenali sebagai
Hanzi atau sistem tulisan Xiang Xing yang merupakan sistem tulisan yang dibuat
secara menggunakan lambang bergambar. Hanzi merupakan sistem tulisan yang
tertua dalam tamadun China. Zaman pemerintahan Maharaja Han merupakan
zaman penting dalam penulisan di mana penyelidikan telah dibuat terhadap
tulisan purba dan penulisan kamus. Pada zaman Dinasti Tang pula muncul
cetakan yang menggunakan blok.

Bidang penulisan juga berkembang terutamanya penulisan puisi, begitu juga


dengan lukisan. Manakala sistem tulisan zaman Dinasti Shang wujud dalam
bentuk gambar yang melambangkan sesuatu benda atau perkara. Tulisan dalam
bentuk simbol digunakan untuk menggambarkan idea abstrak. Terdapat lebih
kurang 3000 simbol yang kekal selama 3,500 tahun. Bentuk tulisan dalam simbol
dipanggil ideogram. Ia ditulis menegak dalam lajur yang kecil. Jurutulis yang
mahir mambaca dan menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk
menulis di atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu, batu, jed dan sutera. Contoh
tulisan Hanzi atau sistem tulisan Xiang Xing adalah seperti berikut 日 (rì) untuk
„matahari‰, 月 (yuè) untuk „bulan‰, dan 木 (mù) untuk „kayu‰ (Gernet, 1996).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Rajah 7.6: Sistem tulisan masyarakat China


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+china&rlz

Kertas tertua yang berumur lebih daripada 2,000 tahun dijumpai pada tahun 1957.
Kertas itu mempunyai 12 huruf sahaja. Bukti ini melambangkan penyebaran
kertas pada masa itu.

7.18 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KESENIAN
Kesenian dalam tamadun China boleh dilihat melalui Dinasti Yuan yang memberi
sumbangan dalam bidang muzik China. Tamadun dari negara China ini sedikit
sebanyak telah mempengaruhi ketamadunan dunia (Ghazali Darusalam, 2001).
Pada masa pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou, alat seni diperbuat
daripada gangsa dan kain sutera. Masyarakat China sangat kreatif dan inovatif
dalam mencipta instrumen muzik China sesuai dengan minat yang mendalam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  147
PERADABAN DUNIA

dalam kalangan maharaja China dan pegawai istana. Satu masa dahulu muzik
China hanya boleh diperdengarkan dalam kalangan kerabat maharaja sahaja.
Biasanya peralatan muzik China dibuatkan dengan bahan seperti logam, batu,
tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh (lihat Rajah 7.7).

Rajah 7.7: Contoh peralatan muzik China


Sumber: http://4.bp.blogdport.com

Kesenian kaligrafi Cina merupakan seni khat menggunakan berus Cina selama
4,000 tahun dalam penulisan. Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk,
menekankan keharmonian, keseimbangan, impule dan momentum semasa
menulis (lihat Rajah 7.8). Hurufnya mempunyai teks yang berbeza dari segi
bentuk, gaya, dan pergerakan yang digelar sebagai penulisan kai, xing, cao,
li, dan da zhuan. Kai dan xing ialah bentuk normal. Cao dan li berbentuk cakar
dan ditulis dengan cepat, da zhuan pula bentuknya seperti tulisan Cina purba Jia
gu wen (tulisan Han). Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah
Wang Xizhi (321ă379M).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Rajah 7.8: Keindahan kaligrafi Cina


Sumber: http://4.bp.blogdport.com

Pemerintahan zaman Dinasti Song (dari 960 hingga 1279M) menjadi penanda
terhadap kemajuan seni lukis kerana ramai pelukis mahir dan terkenal telah
muncul pada zaman tersebut. Ramai dalam kalangan pelukis yang bukan sahaja
mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi. Kebanyakan
lukisan Cina merupakan kombinasi antara seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga
seni ukir cap. Seni lukis Cina boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu lukisan
xieyi yang dihasilkan secara spontan dan gonghi (menggunakan garis halus dan
teliti dengan memberi perhatian kepada butir objek yang hendak yang dilukis
berdasarkan objek) (lihat Rajah 7.9). Pelbagai bentuk dan jenis lukisan telah dilukis
pada kain sutera, tembikar, pinggan dan peralatan lainnya. Ia biasanya terdiri
daripada gambar yang berlatarbelakangkan cerita mitos da peristiwa yang benar-
benar berlaku.

Rajah 7.9: Contoh seni lukis masyarakat China


Sumber: http://4.bp.blogsport.com
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  149
PERADABAN DUNIA

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan
daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok
Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan
oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1,500 batu dari Kansu ke
Peking (lihat Rajah 7.10). Sementara itu bandar China purba seperti Changan,
Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok
batu. Tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-
bata. Malahan di kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah
lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang
besar dan menara (Akashah Ismail, 2009).

Rajah 7.10: Kedudukan Tembok Besar China


Sumber: http://it411x34. tripod.com/latar_belakang_tamadun.htm

Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah


istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini
mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai
penghadapan serta tempat pagoda. Kuil ini terdiri daripada beberapa buah
bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.
Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula
berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi
semua binaan dan tempat (Morton, 1995).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia


menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam
persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks.
Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea
baru dalam memaju dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat
diukur melalui pencapaian manusia dalam tiga aspek utama, iaitu peningkatan
politik, peningkatan ekonomi dan peningkatan sosial. Kesemuanya telah
dibincangkan dalam topik ini.

AKTIVITI 7.12

Dengan menggunakan kemudahan Internet di tempat anda, cari


maklumat tambahan berkenaan aspek berikut:

(a) Pemerintahan dan pentadbiran (i) Politik

(b) Kebudayaan (j) Pendidikan

(c) Perubatan (k) Perundangan

(d) Kemasyarakatan (l) Astronomi

(e) Sains dan teknologi (m) Mathematik

(f) Falsafah, agama dan kepercayaan (n) Kesusasteraan

(g) Kalendar (o) Sistem tulisan

(h) Kesenian (p) Perundangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP  151
PERADABAN DUNIA

 Tamadun China telah memainkan peranan dan memberi sumbangan yang


besar kepada masyarakat global.

 Penghasilan produk yang pelbagai bermula daripada penciptaan kompas


bermagent, kelendar, tembikar, peralatan dapur, instrumen muzik
sehinggalah kepada aspek falsafah, kepercayaan dan agama di samping
monumen Tembok Besar China adalah bukti kemajuan negara China yang
sehingga ke hari ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia
ini.

 Kemajuan negara China sewajarnya menjadi contoh kepada umat manusia


sedunia kerana keagungan tamadunnya tidak dapat ditandingi oleh
tamadun Barat.

Akupuntur Pemerintahan monarki


Autorianisme Pendidikan menengah
Datong Pendidikan rendah
Falsafah Konfusianisme Pendidikan tinggi
Falsafah Taoisme atau Daoisme Seni peperangan
Kaligrafi Sistem feudal
Kuasa legislatif Sistem tulisan
Metafizik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Akashah Ismail. (2009). Fokus ACE SPM: Sejarah. Kuala Lumpur: Pelangi.

Gernet, J. (1996). A history of chinese civilization. London, England: Cambridge


Universty Press.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Utusan Publication.

Goossaert, V. & Palmer, D. A. (2011). The religious question in modern China.


Chicago: The Univestity of Chicago Press.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi Othman.
(2006). Reka cipta & inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.

Morton, W. S. (1995). China: ItÊs history and culture. New York, NY: McGraw Hill.

Tenhouten, W. D. (2001). Lives & legacies: An encyclopedia of people who


changed the world. New York, NY: Routledge.

Wang, G. (1991). The chineseness of China. Hong Kong: Oxford Universtity Press.

Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, & Ramli Awang. (2005). Tamadun Islam:
Kepentingan ilmu ketamadunan kepada pembangunan negara. Skudai,
Malaysia: Universiti Teknologi MARA.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
India
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pembentukan tamadun India melalui fasa zaman yang
terlibat;
2. Menghuraikan nilai dan unsur utama dalam tamadun India;
3. Membincangkan keistimewaan tamadun India daripada sudut jangka
masa dan agama; dan
4. Menilai hubungan tamadun India dengan negara lain di Asia
Tenggara.

 PENGENALAN
Perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjo-Daro
di Harappa (kini Pakistan), lembah Sungai Indus. Tamadun ini berkembang sejak
2,500S.M. Pencapaian tamadun ini adalah sama dengan tamadun purba seperti
Mesir dan Babylon. Masyarakat lembah Sungai Indus pada masa itu telah
mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan
kebendaan, nilai dan kepercayaan.

Bukti menunjukkan bandar besar yang maju telah wujud di tebing Sungai Indus.
Ia meliputi kawasan tanah hampir satu batu persegi dengan lorong dalam bandar
raya berbentuk 90 darjah. Rumahnya kukuh dan diperbuat daripada batu-bata
dan hampir setiap rumahnya mempunyai bilik mandi. Tempat mandi awam juga
telah ditemui, mempunyai taraf kesihatan yang baik, dan terdapat juga sistem tali
air yang sempurna. Sesetengah pengkaji pula berpendapat bahawa tamadun
Hindu dikesan bermula 4,000 tahun dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Tamadun India adalah sama usianya dengan tamadun China dan ia masih
berlanjutan. Ayat daripada Veda (kitab suci sejak zaman Arya) masih lagi dibaca
dalam sembahyang pagi, petang, malam dan juga upacara perkahwinan, seperti
yang diamalkan 4,000 tahun dahulu. Asas sistem undang-undang dan sosial
mereka telah diwujudkan sebelum Rom diasaskan. Malah, sebelum Socrates
dilahirkan telah ada ahli falsafah India.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan fasa pembentukan tamadun India,
unsur pembentukannya, nilainya, keistimewaannya serta kaitannya dengan
tamadun lain di dunia. Setiap fasa tersebut akan dibincangkan di dalam subtopik
yang berikutnya.

8.1 PEMBENTUKAN TAMADUN INDIA


Sejarah India sebelum 500S.M. agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang
dapat membantu dalam menerangkan pembentukan tamadun India. Mengikut
Azharudin Mohd Dali (2004), tamadun India terbentuk melalui beberapa fasa
seperti yang diringkaskan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Fasa Pembentukan Tamadun India

8.1.1 Zaman Lembah Indus (1500S.M.)


Mengikut tulisan Azharudin Mohd Dali (2004), tamadun India pada awalnya
ditemui di sekitar Lembah Indus (Rajah 8.2). Terdapat banyak pemerintahan pada
zaman tersebut yang terdiri daripada kerajaan Vedik, Maurya, Gupta, Sangam,
Palava dan Chola. Apabila kerajaan tersebut runtuh, tamadun India tidak lagi
menyerlah di Lembah Indus sebaliknya telah berpindah ke kawasan lain terutama
di Gujarat. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan tembikar merah yang
pernah ditemui di Lembah Indus juga ditemui di Gujarat, begitu juga pelbagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  155

jenis periuk dan benda logam. Penemuan dari galian di Ankamedu dan
Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur yang sama dengan
tamadun Indus.

Rajah 8.2: Lembah Indus


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz

(a) Zaman Kerajaan Vedik (dari 1500 hingga 500S.M.)


Pada zaman ini dikatakan bermulanya asal usul orang-orang Indo Arya yang
pernah mendiami kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan
kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong kaum ini
untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagian daripada
kumpulan ini telah bermigrasi ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan
perjalanan mereka sehingga sampai ke benua kecil India. Kedatangan
mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah
berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan. Walaupun
kumpulan Arya dapat mengekalkan beberapa unsur budaya yang dibawa
bersama mereka tetapi pertembungan ini menyebabkan kemunculan satu
budaya komposit di kawasan utara India yang dikenali sebagai Budaya Indo
Arya (Budaya Vedik). Orang Indo Arya telah mencipta teks agama atau
Veda-veda yang mengandungi mazmur agama. Dari Veda-veda ini,
terutama Rig Veda yang disusun antara tahun 1200S.M. dan 1000S.M.
(Azharudin Mohd Dali, 2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah Kula
(keluarga) yang diketuai oleh Grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam
sebuah kampung (Grama) yang diketuai oleh Gramina; beberapa kampung
adalah sebahagian daripada Visya (bandar) yang diketuai oleh Visyapati dan
beberapa Visya adalah sebahagian daripada Jana yang diketuai oleh raja
(Rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati oleh
Mantriparishad (ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya
dikawal oleh pandangan umum dan rakyat mempunyai kuasa untuk
menggantikan seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan
iaitu Sahha (anggotanya terdiri dari ketua dan orang kaya raya) dan Samriti
(perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa
raja Azharudin Mohd Dali (2004).

Menurut Azharudin Mohd Dali (2004) lagi, dari sudut percukaian, cukai ke
atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian merupakan aktiviti utama orang
Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu barli dan gandum. Selain itu,
kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang Indo Arya
menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber susu.
Terdapat juga orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang dobi,
penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar,
peminjam wang dan pedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota
penting dalam perdagangan luar.

Zaman Vedik yang terkemudian (dari 600 hingga 320S.M.) adalah


penubuhan sebuah republik dan negeri beraja di kawasan utara India telah
membawa sejarah tamadun India ke satu tahap yang penting. Pemerintahan
secara republik pada zaman kerajaan Vedik terletak di kawasan kaki
Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab, manakala negeri yang
mengamalkan sistem beraja terletak di kawasan Sungai Ganges.
Pemerintahan secara republik terdiri daripada beberapa puak seperti
Shakya, Koliya dan Malla atau gabungan puak seperti Vriji dan Yadava.
Corak pemerintahan dibuat dalam bentuk kerjasama antara pihak kerajaan
dengan rakyat. Biasanya pihak kerajaan akan bertermu dengan wakil puak
atau ketua keluarga untuk membincangkan perkara penting. Salah seorang
wakil akan mempengerusikan pertemuan itu dan wakil tersebut diberi
gelaran ÂrajaÊ dan pangkat ini bukan secara turun-temurun. Sumber
pendapatan sesebuah republik adalah dari cukai tanah, perindustrian dan
perdagangan. Bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman verdik
antaranya Shravasti, Champa, Rajagriha, Ayodhya, Kaushambi dan Kashi.
Bandar terpenting adalah Vaishali, Ujjain, Taxila dan Bharukachcha di
sebelah barat India yang mengadakan hubungan ekonomi yang lebih luas.
Semasa zaman Vedik tidak ada sekatan atau tentangan terhadap pandangan
individu yang berbeza dan ini menyebabkan kemunculan pemimpin dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  157

pemikir yang membawa pandangan bukan ortodoks seperti Siddharta


Gautama (Buddha) dari puak Shakya dan Vardhamana (Mahavira) dari
puak Jnatrika (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Semasa pemerintahan kerajaan Magadha dan Bimbisara dikatakan sebagai


zaman keemasan bagi zaman Vedik kerana rajanya merupakan seorang
yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin dengan puteri
Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan di barat dan utara, mendirikan dan
menyusun pentadbiran dengan cekap, membina jalan raya, melantik
pegawai untuk mengukur tanah dan menggalakkan pembangunan dalam
bidang pertanian. Kegemilangan zaman Vedik tidak dapat bertahan lama
apabila apabila berlaku perebutan kuasa dan wilayah jajahan antara rajanya.
Contohnya peperangan antara kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha
dan republik Vriji yang berlaku selama seratus tahun dan akhirnya Magadha
dapat mengekalkan kuasanya di India Utara. Pada tahun 413S.M.,
Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan dinasti bukan Kshatriya yang
pertama. Baginda mewarisi kerajaan Magadha, mengenakan cukai tanah
yang tinggi, membina saluran air dan sebagainya. Namun begitu,
perkembangan ini tersekat kerana Chandragupta Maurya dapat
mengalahkan Nanda dan menerajui kerajaan pada tahun 321SM (Azharudin
Mohd Dali, 2004).

Manakala kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah


pengaruh Cyrus dari Persia (Iran) (dari 558 hingga 520S.M.) dan puak dari
Kemboja. Kerajaan India di bawah Gandhara dan kawasan Indus
dikehendaki membayar ufti kepada kerajaan Cyrus. Pengaruh Persia ini
dapat dilihat pada duit syiling India dan skrip kesusasteraan lama India
seperti Kharoshti mempunyai unsur skrip Aramaic yang digunakan di
Persia. Pada tahun 519S.M. Wilayah Hindush dianggap sebagai wilayah
kedua puluh empayar Persia dan terdapat askar India yang bertugas dalam
tentera Persia. Pada tahun 330S.M., Maharaja Alexander dari Macedonia
(Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke Punjab, berperang
dengan Raja Poros (Puru) di Jhelum, kemudiannya menakluki puak
tempatan dan melantik gabenor untuk mentadbir wilayah tersebut. Oleh
sebab tenteranya tidak ingin meneruskan dasar perluasan kuasa, Alexander
akhirnya terpaksa membatalkan rancangannya untuk menakluki seluruh
India. Dasar perluasan kuasa dan serangan Maharaja Alexander telah
menyebabkan terbentuknya beberapa petempatan orang Greek di Punjab.
Pergerakan tentera Greek ini telah merintis dan membuka beberapa jalan
perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia ke Laut
Mediterranean (selatan Eropah) (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

(b) Zaman Kerajaan Maurya (dari 321 hingga 185S.M.)


Zaman ini telah memberi dimensi baru terhadap kejelasan kemunculan
tamadun India. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana empayar
Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai kebanyakan
kawasan di India. Pengasas empayar Maurya adalah Chandragupta Maurya
telah menggantikan Nanda pada tahun 321S.M. Ketika baginda berusia 25
tahun, baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa dengan menakluki
kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. Pada tahun 297S.M.,
Chandragupta telah memeluk agama Jainisme dan menyerahkan takhta
kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar sehingga
ke Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya
menakluki Kalinga di timur. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah
Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini
menimbulkan kesedihan kepada Asoka sehingga baginda memeluk agama
Buddha yang menekankan ahimsa (tidak melakukan kekejaman). Di bawah
pemerintahan Asoka sistem Buddhisme disusun semula semasa Majlis
Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250S.M. Majlis ini juga
memutuskan supaya dihantar pengembang agama Buddha ke kawasan lain
di India dan ke luar India. Asoka telah menghantar utusan diplomatik dan
agama ke Syria (Antiochus II Theos dari 260 hingga 246S.M.), Mesir (Ptolemy
III Philadelphus dari 285 hingga 247S.M.), Macedonia (Antigonus Gonatus
dari 276 hingga 239S.M.), Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander).
Kemerosotan Empayar Maurya (dari 200S.M. hingga 300 Tahun Masihi)
bermula dengan peristiwa politik yang lebih dipengaruhi oleh keadaan di
Asia Tengah. Empayar Maurya diganti oleh kemunculan Dinasti Shunga
(keluarga Brahmin) yang diketuai oleh Pushyamitra pada tahun 180S.M.
Kerajaan ini sering berperang dengan kerajaan di selatan, dengan Greek di
barat laut dan Kalinga di Tenggara. Dalam masa seratus tahun, empayar
Maurya menjadi semakin kecil dan kawasan Magadha yang diperintah oleh
Shunga dikuasai oleh dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan
sehingga tahun 28S.M. Dinasti Kanva mencapai zaman kegemilangan di
bawah pemerintahan Raja Kharavela dengan kawasan yang dikuasai
terbentang sehingga ke India Selatan (Azharudin Mohd Dali, 2004).

(c) Zaman Kerajaan Gupta (dari 300 hingga 600 Tahun Masihi)
Zaman ini kemudiannya digelar sebagai Zaman Klasik atau Zaman
Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara
India. Asal usul Gupta tidak begitu jelas dan dipercayai suatu keluarga tuan
tanah beransur-ansur menguasai arena politik kawasan Magadha, tinggalan
Empayar Maurya. Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra
Gupta II berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi, suatu puak ternama
dan mengambil gelaran Maharajadhiraja. Puteranya, Samudra Gupta yang
menaiki takhta pada tahun 335 telah meluaskan kawasan pengaruhnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  159

sehingga raja di timur dan selatan tunduk serta membayar ufti. Baginda
mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep Devaraja dan
Asamedha, meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran yang
cekap. Raja Meghavarnadari Ceylon (dari 352 hingga 379) telah meminta
kebenaran untuk membina biara dan rumah rehat di Bodh Gaya bagi orang
Ceylon yang berziarah ke tempat suci ini. Bandar pada zaman Gupta
dirancang dengan baik kerana mempunyai jalan raya yang teratur, sistem
perparitan yang baik, saluran bekalan minuman, sistem pembuangan najis
yang teratur dan tempat mandi yan sempurna. Selepas kemerosotan
empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah kerajaan iaitu,
Gupta di Magadha, Maukhari di Uttar Pradesh barat, Pushyabhuti di
Thanesar (di utara Delhi) dan Maitraka (asal usul Persia) di Gujarat. Kerajaan
Maukhari menewaskan Gupta dan mengadakan hubungan kekeluargaan
dengan Pushyabhuti. Keluarga Pushyabhuti menjadi kuasa penting dan
selepas kemangkatan raja Maukhari, pemerintah Pushyabhuti iaitu Harsha
telah menggabungkan kedua-dua kerajaan ini. Manakala kerajaan Maitraka
kekal sehingga pertengahan kurun ke-8, tetapi kemudian menghadapi
serangan dari orang Arab (Azharudin Mohd Dali, 2004).

(d) Zaman Kerajaan Sangam (dari 300S.M hingga 200 Tahun Masihi)
Zaman ini lahir di India Selatan, rekod kesusasteraan Sangam memberi
gambaran jelas tentang peristiwa politik. Kerajaan Chera di barat, Chola di
timur dan Pandya di selatan sering berperang antara satu sama lain. Pada
tahun 200S.M., kerajaan Chola telah menakluki dan memerintah Ceylon
Utara sehingga dihalau oleh Raja Sinhala Duttagamini. Masyarakat India
Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara melalui
kawasan Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan
negara barat seperti Romawi dan Greek. Chola mengendalikan perdagangan
Lautan India, membina kapal besar dan kecil yang digunakan dalam
pelayaran ke rantau Asia Tenggara. Kewujudan pelabuhan atau pangkalan
kapal, dermaga, menara api, pejabat kastam dan bangunan membuktikan
terdapatnya perdagangan luar (antarabangsa). Kapal Yavana (dari Asia
Barat dan Laut Mediterranean) berlayar ke Kaveripattinam untuk berdagang
atau bertukar barang (barter) mereka dengan barangan dari Asia Tenggara
dan China. Kepentingan Arikamedu dan Kaveripattinam dalam
perdagangan lautan boleh dibandingkan dengan kepentingan Bharukachcha
dan Taxila di barat laut India yang mengendalikan perdagangan luar dari
Persia, Afghanistan dan Asia Tengah (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

(e) Zaman Kerajaan Pallava (dari 600 hingga 900 Tahun Masihi)
Zaman ini terbentuk di selatan India selepas zaman Sangam dan dikatakan
oleh para sejarawan India sebagai sebagai zaman gelap. Namun begitu,
terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India
Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan
mementingkan bahasa Sanskrit. Dari keterangan kitab Buddhisme dapat
diketahui bahawa raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan agama
Buddha dan penyair Buddha telah mendapat layanan yang baik. Cara
pemerintah Kalabhra mengembangkan agama Buddha telah membangkitkan
kemarahan orang Tamil yang menyifatkan mereka sebagai raja yang zalim.
Selepas pemerintahan Accuta, kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta
mengusir golongan Kalabhra. Raja Pandya Kandungon menewaskan
Kalabhra pada tahun 575M dan menamatkan pemerintahan golongan ini yang
telah berkuasa selama tiga ratus tahun di India Selatan. Walaupun zaman
Kalabhra digelar zaman gelap terdapat beberapa sumbangan penting
(istimewa) yang berlaku. Selain daripada Perhimpunan Penyair Jain (Sangam
Jain) yang diadakan pada 470M, dipercayai karya etika Tamil yang disanjung
tinggi oleh masyarakat Tamil seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli telah
disusun pada zaman ini (Azharudin Mohd Dali, 2004).

(f) Zaman Kerajaan Chola (dari 850 hingga 1200S.M.)


Zaman ini dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri. Chola merupakan
sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah di kawasan yang
dikenali sebagai Rayalaseema. Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan
pembinaan sebuah kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada
850S.M. merupakan langkah pertama ke arah kebangkitan semula kerajaan
Chola. Kerajaan Chola muncul semula dari kemerosotan dan berkembang
menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus lima puluh tahun. Raja yang
termasyhur dalam dinasti Chola adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga dan
pemerintahnya menggunakan gelaran Chakravarthigal. Kerajaan Chola
melalui dasar perluasan kuasa, meluaskan wilayahnya sehingga meliputi
seluruh kawasan India Selatan. Walaupun Tanjore dipilih sebagai ibu negeri
utama tetapi selepas penaklukan kerajaan Pallava, Kanchi menjadi ibu
negeri yang kedua pentingnya dalam empayar Chola. Pemerintah Chola
begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil, reklamasi tanah, menggalakkan
kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Mereka juga
menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan Kepulauan
Melayu dan negeri lain di rantau Asia Tenggara. Penemuan inskripsi Tamil
di Takuapa, membuktikan kegiatan persatuan pedagang iaitu Manigaman
bergiat dalam perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi ketenteraan
dan serangan Rajendra Chola I pada tahun 1025S.M. terhadap empayar
Srivijaya membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  161

empayar itu yang menunjukkan dasar luar kerajaan China (Azharudin


Mohd Dali, 2004).

Pada kurun ke-13, sejarah dan empayar Chola telah berakhir. Kekosongan
kerajaan India telah digantikan dengan empat buah kerajaan baharu seperti
Pandya, Hoysala, Kakatiya dan Yadava. Keempat-empat kerajaan Hindu
tersebut saling bermusuhan dan asakan daripada tentera Islam daripada
kuasa Mughal yang berterusan menyebabkan kerajaan Hindu tersebut terus
lemah dan kucar-kacir. Tetapi pada abad ke-14 telah muncul satu kerajaan
Hindu yang kuat. Kerajaan Vijayanagar (1336ă1570) di bawah pentadbiran
Harihara I telah menyatupadukan seluruh wilayah di India serta kembali
menyatupadukan antara golongan Hindu dan Muslim. Begitu juga semasa
zaman Krishnadewa Raya, empayar Vijayanagar yang berpusat di Selatan
India terus maju dan gemilang melalui perluasan wilayah, hubungan
diplomatik dan perdagangan dengan negara luar. Dikisahkan bahawa
Krishnadewa Raya adalah seorang pahlawan yang sangat berani berperang
serta mengetuai semua peperangan, pentadbir yang cekap, penaung seni
dan kesusasteraan, melayani dengan baik delegasi luar, cintakan agama dan
sangat menyayangi rakyatnya. Selepas kemangkatan Krishnadewa Raya,
kerajaan Vijhayanagar terus runtuh kerana ketiadaan tokoh yang berwibawa
serta tidak dapat menandingi kuasa kerajaan Islam yang semakin kuat dan
mula menakluki wilayah Vijayanagar.

SEMAK KENDIRI 8.1

Apakah zaman kerajaan pemerintah yang terdapat semasa zaman


Lembah Indus dalam Tamadun India? Senaraikan contoh yang terdapat
dalam setiap kerajaan tersebut dan ciri-cirinya.

8.1.2 Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan Islam


(dari 1000 hingga 1756M)
R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran (1994) menjelaskan sebaik hancurnya
empayar Chola Hindu, negara India telah memasuki zaman baharu, iaitu zaman
yang ditandai dengan pengaruh Islam ke atas masyarakat India yang meliputi
kesultanan Delhi, Dinasti Khilji, Tughluq, Sayid, Lodi dan Babur atau Mungal.
Zaman Muslim India Utara tidak bebas daripada ancaman dan serangan luar sejak
sebelum tahun Masihi. Kumpulan orang Greek, Scythia, Parthia dan Hun yang
datang sebagai orang asing untuk memerintah India, akhirnya mereka telah
diasimilasikan. Sebaliknya, kedatangan kumpulan Muslim (orang Islam) adalah
berbeza kerana mereka dapat mengekalkan agama mereka di India.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu:

(a) Hubungan pedagang Arab dengan penduduk India dari kawasan pantai di
India Selatan yang menyebabkan mereka memeluk agama Islam sehingga
tahun 1000S.M. Pengaruh politik mereka begitu kuat sehinggakan pedagang
kuda dan peniaga Arab di Korkai dilantik sebagai menteri dalam kerajaan
Pandya.

(b) Pemelukan Islam selepas penaklukan mula berlaku selepas kumpulan


Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai kawasan di
India dan menubuhkan kesultanan mereka. Ini bermula dengan serangan
Mahmud Ghaznih dari tahun 1008 hingga 1026M yang menyebabkan
beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura
dimusnahkan. Ini diikuti pula oleh serangan Muhammad Ghuri pada tahun
1191M dan pembukaan petempatan di India Utara. Pada tahun 1206M,
Ghuri telah dibunuh oleh Qutb-ud-din Aibak, seorang pengikut (hamba)
Ghuri yang kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi. Pemerintah
Dinasti Hamba (dari 1206 hingga 1290M) digantikan oleh Dinasti Khiiji (dari
1290 hingga 1320M), Dinasti Tughluq (dari 1320 hingga 1412M), Dinasti
Sayyid (dari 1412 hingga 1450M) dan Dinasti Lodi (dari 1451 hingga 1526M).

Selepas Dinasti Lodi, tampuk pemerintahan India telah disambung oleh Dinasti
Mughal. Kerajaan Mughal sangat masyhur di bawah pemerintahan Genghis Khan
dan Akhbar (1526M) yang mencakupi wilayah dari Khasmir di Utara hingga
Deccan di Selatan India. Bagi menjaga kestabilan politik Mughal, Akhbar telah
mengadakan hubungan politik dengan kerajaan Hindu melalui perkahwinan
campur serta melantik pegawainya dalam kalangan orang Hindu memegang
jawatan pentadbiran, juga melantik penjawat awam dalam kalangan etnik lainnya
seperti Uzbek, Turki, Afgan, Kayastha, Ternuni dan lain-lain. Bagi mengelakkan
sebarang konflik dengan entik Hindu, Akbar telah memansuhkan cukai jizyah,
membina dan memulihara kuil Hindu serta memberi kebebasan dalam hal yang
berhubung dengan agama dan budaya. Begitu juga dengan agama Islam, diberi
kebebasan bagi masyarakat India memeluk dan mengamalkannya.

Selepas Akhbar, politik dan kerajaan India telah dipegang Jahangir (dari 1605
hingga 1627M). Jahangir tidak meneruskan dasar serta polisi pentadbiran yang
telah diperkenalkan oleh Akhbar. Jahangir mula memusuhi agama Sikh dengan
membunuh ketua mereka. Begitu juga halnya semasa zaman pemerintahan Shah
Jahan (dari 1628 hingga 1658M) yang tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu.
Semasa pemerintahan Aurangzeb (dari 1658 hingga 1707M) baginda tidak
membenarkan masyarakat India yang telah memeluk Islam untuk keluar
memeluk agama Hindu serta menukarkan pegawai kerajaan yang beragama
Hindu kepada pegawai-pegawai Muslim. Tindakan yang sedemikian telah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  163

mendapat tentangan dalam kalangan kaum Hindu seperti Rajput, Peshwa,


Maratha juga daripada etnik Sikh yang tidak lagi memberi sokongan moral
kepada kerajaan Islam India. Hal ini dapat dibuktikan apabila kedatangan British
ke India untuk menyerang kerajaan Islam, kaum Hindu, Sikh dan etnik lainnya
membantu Inggeris untuk menggulingkan kerajaan Islam.

Islamisasi India telah memberi kesan dalam pelbagai sektor seperti agama, politik,
ekonomi, budaya, seni, bahasa dan intelektual. Terdapat percampuran dalam
bidang tersebut khususnya dari segi bahasa Urdu dengan bahasa Arab, seni muzik
Vinai Hindu dengan seni muzik gambus Arab, seni bina Hindu-Turki-Afghan,
juga termasuk pakaian Farsi-Hindu. Kedatangan Islam ke India juga telah
melahirkan tamadun baharu India yang unik dengan integrasi unsur Islam,
Hindu, Jaina dan Sikh.

SEMAK KENDIRI 8.2

Bagaimanakah Islam telah berkembang di India pada Zaman


Pertengahan ini? Berikan contoh yang sesuai.

8.1.3 Zaman Tamadun India Moden (dari 1750


hingga 1947M)
Zaman ini adalah zaman era penjajahan British ke atas India sehinggalah ke zaman
kemerdekaan India serta zaman bermulanya pembahagiaan wilayah Hindu dan
Islam. Kedatangan imperialis Inggeris ke India pada tahun 1612 hingga 1750M
telah mengubah tamadun India kepada kehidupan yang lebih moden. Penaklukan
tentera British hanyalah satu pertiga negara India sahaja kerana dua pertiga lagi
negara India tidak dapat dijajah kerana wilayah tersebut mengamalkan sistem
beraja.

Kerajaan British telah menggunakan dasar ÂPecah dan PerintahÊ dengan


membahagikan India kepada tiga residensi; wilayah Bombay di Barat, Madras di
Selatan dan Benggal di Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor
British serta dibantu oleh seorang ketua pentadbir berketurunan India. Digelar
Zaman Tamadun India moden pada ketika itu kerana penguasa British telah
memperkenalkan dasar, sistem dan amalan British dalam hampir semua lapangan
hidup rakyat India termasuklah dari segi politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan
pendidikan kecuali aspek budaya dan agama kerana pihak British menganggap
ianya tidak penting untuk dikuasai kerana tiada unsur komersial. Hal ini dapat
dilihat apabila pihak British melantik Gabenor Jeneral Warren Hasting bagi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

mengetuai pentadbiran moden, Lord Mountbatten mengetuai dasar politik India,


Lord Dalhosi mengetuai perluasan dan penaklukan wilayah India, Lord Curzon
mengetuai dasar luar negara dan William Bentinck mengetuai pendidikan India.

Pada awal kurun ke-19M, pihak British telah memperkenalkan revolusi


perindustrian dan dasar perdagangan dengan membawa masuk mesin
pembuatan dan barangan dari England untuk dipasang dan dipasarkan di India.
Hal ini menyebabkan barangan tempatan India gagal bersaing. Di samping itu
juga kerajaan British tidak menghiraukan sensitviti bahasa, budaya, adat tradisi
dan agama orang India. Atas kedua-dua faktor ini maka pada tahun 1857M rakyat
India bangun melawan penjajah British. Ekoran peristiwa tersebut pihak British
telah memperkuatkan kuasa tentera dan undang-undang bagi menghalang
kebebasan orang India.

Pihak British juga telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris melalui


pembinaan sekolah mubaligh dengan motif tersembunyi untuk mengkristiankan
masyarakat Hindu, Buddha, Jaina, Sikh dan Islam. Melalui platform Âreformasi
sosial dan agamaÊ pihak British telah berjaya mengurangkan amalan adat dan
ritual masyarakat Hindu serta dapat memperbaiki kedudukan kaum wanita
Hindu yang sebelumnya mundur.

Tindakan penjajah British yang banyak mencampuri urusan kehidupan rakyat


India telah menyebabkan kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat India. Organisasi seperti Arya Samaj, Ramakrishna Mission, Prarthana
Samaj, Brahman Samaj dan sebagainya telah bangkit menentang dasar Inggeris.
Kemuncak daripada itu lahirlah pertubuhan Indian National Conggress (1885M)
yang diketuai oleh Mahatma Gandhi yang lantang bersuara menuntut
kemerdekaan India daripada cengkaman British sehinggalah pada tahun 1947M.
India telah mendapat kemerdekaan melalui persetujuan pembahagian India
kepada dua negara, India diperintah oleh orang Hindu dan Pakistan ditadbir oleh
orang Muslim.

AKTIVITI 8.1

Berdasarkan kepada tiga zaman pembentukan tamadun India yang telah


dibincangkan, apakah kesinambungan antara ketiganya yang membawa
kepada India pada hari ini? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  165

8.2 NILAI TAMADUN INDIA


Menurut Bahree dan Patricia (1977), tamadun India menekankan beberapa nilai
yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan,
menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat. Rajah 8.3 menunjukkan antara nilai dan kepercayaan yang
menyumbangkan kepada unsur tersebut yang akan dibincangkan lebih lanjut
dalam subtopik seterusnya.

Rajah 8.3: Nilai dan kepercayaan yang membentuk tamadun India

(a) Dharma
Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan
masyarakat. Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif
(sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma masyarakat
memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang
harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yang harus
dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam
kehidupan. Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan
mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama)
harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu


kumpulan seperti vamadharma (bagi vama), jatidharma (bagi jan),
rajadharma (bagi raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma
meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang
pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan
kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu
berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja


yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak
melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan
rakyat dan rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap
kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai
tugas utamanya. Oleh itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas,
tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia
iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dalam
kehidupan keseluruhan.

(b) Kepercayaan kepada Tuhan


Dalam karya Upanishad, konsep ketuhanan telah dipelopori secara
mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek
iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek
Saguna, Brahman adalah ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-
galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Brahman adalah
pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya
memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk
dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan
berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan
kebebasan, sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai
Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek Nirguna kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan


kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifatnya. Dialah
yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat
diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak
pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya
(Rajendran dan Ee, 1995).

(c) Karma
Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran
dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan
kedudukannya dalam kelahiran semula (Reincarnation). Perbuatan yang
baik membantu seseorang individu mengumpulkan Punya Karma dan
perbuatan sebaliknya mengumpulkan Pava Karma. Kepercayaan bahawa
seseorang yang mempunyai banyak Pava Karma akan lahir semula dalam
keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan supaya tidak
membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia
berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan
bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu
orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata
yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  167

baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur cara hidup yang
disyorkan bagi seseorang yang menuju ke Punya Karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan Nishkama Karma atau membuat kerja


tanpa menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan Karma Yoga sebagai
salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang
penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen
Tuhan tanpa mengharapkan apa jua pun balasan. Agama Sikhisme yang
merupakan agama yang menggabungkan unsur Hinduisme dan Islam juga
menerima prinsip karma dalam ajarannya.

(d) Ahimsa
Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh
pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti
mempunyai kuasa untuk mengawal emosi dan keinginan, beransur-ansur
melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman
bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk lain. Oleh yang
demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam
budaya India sejak zaman purba. Di dalam semua benda yang bernyawa
wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh
yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang
menyebabkan pengumpulan Pava Karma yang menjauh individu dari
mencapai Nirvana atau pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa Ahimsa merupakan instrumen untuk


mengubah individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk
kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan.
Menggunakan kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar
mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah
dalam perlawanan kerana perkembangan rohani terhenti dan pencarian
kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya, pihak lawan merupakan kuasa
kekejaman yang wujud dalam diri manusia. Menurut Mahatma Gandhi,
beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih sayang dan simpati
kerana mereka merupakan mangsa kuasa jahat. Seseorang haruslah
melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosi
supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

(e) Satya
Satya adalah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang
kekal abadi, tidak berubah dan terdapat dalam sifat semulajadi semua
manusia. Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di
peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga
dianggap sebagai kuasa kebaikan. Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar
yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan
pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kehidupan kerana kedua-dua ini
dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang
mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan
mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai
sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri
tindakan, dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah
merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna tujuan dan cara
mempunyai sifat semulajadi yang sama. Doktrin Karma Yoga iaitu bertindak
tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu ajaran
penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan Satya.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah


menggunakan Satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping
mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British
beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan.
Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga
mati dengan harapan penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman
pihak pemerintah dan juga pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan
Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan prinsip Satya
(Krishnan dan Rajantheran, 1994).

(f) Perpaduan
Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama
dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat
dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah
mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  169

(g) Sistem kekeluargaan


Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama
iaitu:

(i) Ashrama Dharma ă tahap yang harus dilalui oleh manusia; dan

(ii) Purusartha ă empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan,
iaitu:

 Aramldharma ă diperolehi melalui pendidikan yang bersifat


kerohanian yang mementingkan moral dan etika. Ianya merupakan
objektif yang utama dalam kehidupan ini;

 Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran


hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui
cara yang halal;

 Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara


halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan
moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi
makanan dan pakaian ahli keluarga; dan

 Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana


golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu
dan keinginan terutama perkara duniawi. Mereka melakukan kerja
amal di samping menyebarkan ajaran agama.

AKTIVITI 8.2

Jelaskan nilai yang terdapat dalam tamadun India berserta contoh yang
bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

8.3 CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN INDIA


Pada umumnya Stutley dan Margerat (1985) menjelaskan ciri-ciri utama dalam
tamadun India bersubjekkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme
mengenai amalan yang menjadi teras dalam kehidupan seharian masyarakat
India.

Secara ringkasnya unsur utama tamadun India adalah seperti berikut:

(a) Sistem Pemerintahan


Salah satu unsur tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem
pemerintahan Tamadun India bercorak monarki sejak kerajaan awal
sehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dikenali
sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti,
Rendan, Arasar dan Mannar yang dikenali sebagai Ketua Negara. Raja
mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri. Raja dilantik secara
turun-temurun, manakala penyandang jawatan Raja Mahkota akan
berpeluang menjadi bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang
rapat dengan golongan Brahmin.

Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat. Unit infantri


mereka adalah unit gajah dan unit kuda. Semasa India di bawah
pemerintahan kerajaan Islam, sultan dianggap sebagai khalifah yang
mengetuai undang-undang ÂSyariahÊ. Manakala pentadbiran sivil diketuai
oleh seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan
percukaian, akaun dan perbelanjaan negara di samping menjadi penasihat
kepada raja atau sultan. Perdana Menteri akan diberi kuasa untuk melantik
para menteri yang akan mengetuai kementerian seperti pendidikan,
ekonomi, agama, tentera, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Pentadbiran
di peringkat wilayah atau negeri pula akan diketuai oleh seorang gabenor
serta dibantu oleh patwari (akauntan), Chauduri (pendaftar) dan seorang
ketua kampung.

(b) Pentadbiran Wilayah


Oleh kerana India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar
maka bagi memudahkan urusan, pentadbiran negara telah dibuat secara
pentadbiran wilayah. Wilayah ini pula dibahagikan kepada kampung besar
(Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam). Apabila British
datang menjajah selatan India, British telah memperkenalkan sistem
Âpresidensi Ê seperti yang diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  171

(c) Agama
India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik, kepelbagaikan kaum ini membawa
kepada kepelbagaian agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha, Jaina,
Sikhisme dan juga Islam.

(d) Ilmu Sains dan Matematik


Ilmu sains dan matematik India sangat maju setanding dengan negara lain
yang bertamadun. Dari segi fizik dan kimia, konsep jirim diperkenalkan.
Alam ini terdiri daripada lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan
angkasa. Dari segi perubatan, tamadun India memiliki bidang perubatan
seperti fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga) reproduksi
manusia, farmakalogi serta perubatan binatang. Buku perubatan terkenal
ialah Cakara dan Susruta. Dari segi matematik pula, konsep Geometri telah
digunakan dalam upacara keagamaan dan memperkenalkan sistem
perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah ialah Bakshali dan
Aryabhatiya.

Dari segi Astronomi pula, India merupakan pelopor bidang astronomi.


Unsur matahari, bulan dan bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab
Rig Veda ada dinyatakan mengenai keterangan lintasan matahari yang
dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36
bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

(e) Bahasa dan Sastera


Dari segi penggunaan bahasa dan sastera, masyarakat Indo-Arya yang
mendiami bahagian utara India menggunakan bahasa Sanskrit, manakala
masyarakat Dravidia yang menduduki bahagian selatan India
menggunakan bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan
bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya epik yang utama ialah
Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita. Tema yang dibincangkan dalam
Ramayana adalah tentang peperangan antara Rama dan Ravanab.
Manakalan Mahabrata pula tentang peperangan antara Kaurava dengan
Pandara dan Arthasastra pula menceritakan tentang aspek politik, ekonomi,
pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.

Pada zaman Islam, kesusasteraan India dikenali dengan kesusasteraan


Siddha. Karya utama Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Pada
zaman Mughal muncul tokoh sasterawan Islam seperti Abu Fazl,
Nizamuddin dan Badauni. Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir adalah antara
sultan yang amat mencintai kesusasteraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

(f) Seni Bina Hindu


Seni bina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil
menggunakan ukiran Hindu. Seni bina Buddha bermula pada zaman
Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha.
Seni bina Islam menggabungkan ciri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa
pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan Masjid
Quwait al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu Islam. Seni
bina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur
dan Allahabad, Masjid Moti di Agra, Taj Mahal dan Kota Merah di Agra.

(g) Kemasyarakatan dan Kekeluargaan


Daripada aspek kemasyarakatan dan kekeluargaan, masyarakat India
mengamalkan sistem kasta. Masyarakat Brahmin adalah golongan yang
paling mulia dan paling tinggi darjat kedudukannya berbanding dengan
masyarakat yang lain seperti Kystira yang terdiri daripada kalangan tentera
dan keselamatan, Vaisya pula peniaga dan Sudra pula petani. Kaum wanita
mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun
Lembah Indus yang dikenali sebagai Mother Goddes (Conby, 1980).

AKTIVITI 8.3

Jelaskan unsur utama yang terdapat dalam tamadun India berserta


contoh yang bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia.

8.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN INDIA


Keistimewaan tamadun India terletak kepada:

(a) Kemampuannya bertahan ribuan tahun serta dapat mengekalkan tradisi


kebudayaanya tanpa banyak mengalami perubahan;

(b) Pengaruh agama yang menjadi asas pembentukan terutamanya agama


Hindu, Buddha, Sikh dan Islam; dan

(c) Penguasaan tradisi pra-Arya dan kelangsungannya dengan pembentukan


Tamadun India yang baru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  173

8.5 HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN


TAMADUN NEGARA LAIN
Seperti juga dengan tamadun negara yang lain, India juga mempunyai hubungan
dengan negara luar seperti Greek, Rom Mesopotamia, Parsi, bahagian tengah
Asia, Burma, China, Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu. Hubungan tamadun
India dengan negara seperti yang disebutkan di atas bermula dengan pembukaan
jalan di genting seperti Genting Bolan dan Genting Khyber. Hubungan tamadun
India dengan tamadun negara lainnya amat jelas melalui kebudayaan seperti yang
akan dibincangkan dalam topik berikutnya.

8.6 HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN


KEBUDAYAAN
Patmanathan (1985) menyatakan dalam persejarahan India sehingga zaman
pertengahan, berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan
dunia luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula sejak
zaman sebelum Masihi di mana pedagang India telah berlayar ke lautan Asia
Tenggara untuk mencari kekayaan termasuklah rempah ratus, kayu-kayan,
damar, emas dan sebagainya. Melalui penemuan arkeologi, cari gali di Arikamedu
di Selatan India, Oceo di Indo-China dan Kuala Selinsing di Perak menunjukkan
kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara,
kawasan India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh Masihi.
Inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (Selatan Thai) dan Labu Tuwa
(di Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syarikat perdagangan India di
Asia Tenggara.

Para pedagang India yang mempunyai hubungan perniagaan dengan negara Asia
Tenggara dan Asia Selatan telah membawa budaya, bahasa, sastera, seni dan
agama kepada negara seperti China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Australia
hingga ke negara Timur Tengah khususnya negara Arab. Banyak peninggalan
kebudayaan India di negara tersebut khususnya dari segi bahasa Tamil, agama
Hindu, Buddha dan pakaian sari. Di Thailand contohnya, nyanyian suci Tevaram
dan Tiruvacakam yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Tamil digunakan bagi
istiadat pertabalan Raja Thai. Kedua bahasa ini juga digunakan di Candi
Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, Kuil Hindu di Bali dan Candi Angkor
Torn di Kampuchia, cerita Ramayana, Mahabharata dan Jataka yang telah
memperkaya seni pentas wayang kulit di Kedah dan Kelantan juga Ramakien di
Siam. Semuanya menjadi bukti difusi tamadun India melalui kebudayaan ke
negara luar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan kata dan bahasa di Asia Tenggara


diperkayakan melalui pinjam-meminjam daripada banyak perkataan yang
diadaptasi daripada bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil, perkataan ÂrajaÊ, ÂtaliÊ, ÂistanaÊ
dan sebagainya dikatakan diambil daripada bahasa Tamil. Manakala pengaruh
tamadun India melalui kebudayaan juga dapat ditemukan di China dan Sri Lanka
melalui penyebaran agama Buddha sejak zaman kerajaan Asoka.

AKTIVITI 8.4

1. Dengan mengambil peta Asia Tenggara, tunjukkan melalui


beberapa anak panah hubungan tamadun India dengan negara lain
yang berdekatan serta jelaskan hubungan tersebut daripada sudut
pengaruh:

(a) Bahasa;

(b) Agama;

(c) Kebudayaan;

(d) Perdagangan;

(e) Politik; dan

(f) Sosial.

2. Mengapakah tamadun India gagal mengekalkan pengaruhnya


dalam tamadun Melayu? Adakah kerana aspek berikut:

(a) Agama Islam;

(b) Kebudayaan Melayu;

(c) Bahasa dan tulisan Jawi Melayu;

(d) Adat dan istiadat Melayu; dan

(e) Pola pemikiran masyarakat Melayu.

(f) Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  175

 Kehebatan tamadun India menyamai tamadun Mesir dan tamadun China


kerana keunikannya dan sifat bertahan lama serta pengaruhnya begitu
menyeluruh daripada segenap aspek politik, ekonomi, sosial, agama,
kebudayaan dan keilmuan.

 Zaman pembentukan tamadun India boleh dibahagikan kepada zaman


Lembah Indus, zaman Pertengahan atau zaman kerajaan Islam dan zaman
tamadun India moden.

 Tamadun India menekankan beberapa nilai penting seperti kepercayaan


kepada Tuhan, karma, perpaduan dan sistem kekeluargaan.

 Pengaruh agama Hindu dan Buddha amat meluas khususnya di negara Asia
Tenggara dan kekal sehingga ke hari ini, begitu juga kebudayaan dan seni bina
kuilnya yang dibangunkan di serata pelosok negara Asia.

 Tamadun India mempunyai keistimewaan dan cirinya yang tersendiri dalam


memastikan kelangsungan dan eksistensinya.

 Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya adalah


hasil sikap terbuka dan boleh menerima segala perubahan dan pengaruh
tamadun lain asalkan ia memberi manfaat kepada sesuatu bangsa berkenaan.

 Tamadun India sifatnya saling berinteraksi dengan tamadun lain melalui


perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan sifat kemanusiaan sejagat yang
tidak pernah putus dalam sepanjang peradaban manusia.

 Interaksi antara tamadun India kepada tamadun lain ada yang meninggalkan
kesan positif dan juga impak negatif. Perkara yang amat penting ialah hasil
dan pencapaian sesebuah tamadun itu dapat dikongsi bersama dalam
membawa dunia ke tahap yang lebih maju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Ahimsa Yoga
Brahmin Zaman Lembah Indus
Dharma Zaman Pertengahan
Karma Zaman Tamadun India moden
Satya
Sistem presidensi

Abd Aziz Harjan. (2012). Tamadun Islam di India. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Pemikir dan Kefahaman Islam.

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Bahree, P. (1977). The Hindu world. Kuala Lumpur, Malaysia: KL Silver Burdett
Company.

Besham, A. L. (1967). The wonder that was India. (3rd ed.). London, England:
Sidgwick & Jackson.

Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press.

Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antrabangsa. Petaling Jaya,


Malaysia: Pelanduk Publication.

N. Rajendran dan Ee Ah Meng. (1995). Pendidikan moral (Dinamika Guru). Kuala


Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  177

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun


India. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun


Islam. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.

Stutley, M. (1985). Hinduisme. England: England The Aquarian Press.

Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan sejarah Sains. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumbangan
Tamadun
9 India terhadap
Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sumbangan tamadun India terhadap peradaban dunia;
2. Menghuraikan kesusasteraan India;
3. Membincangkan cabang seni India yang memberi sumbangan besar
kepada peradaban dunia; dan
4. Menerangkan sumbangan tamadun India terhadap peradaban dunia
daripada aspek sistem sosial dan kekeluargaan, falsafah, sains sosial,
bahasa, ilmu perubatan dan agama.

 PENGENALAN
Tamadun India adalah tamadun yang dikatakan juga sebagai tamadun yang
paling awal ditemui oleh para pengkaji 1,000 tahun lebih awal daripada tamadun
China dan 3,000 tahun terkemudian daripada tamadun Mesir purba. Tamadun
India juga adalah tamadun yang tertua di dunia yang muncul kira-kira 3000S.M.
Tamadun India berpusat di sekitar lembah Sungai Indus yang dikenali sebagai
ÂHarrapaÊ. Tamadun India sangat istimewa kerana kemampuannya bertahan
beribu tahun serta masih lagi mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  179

mengalami perubahan. Keunikan tamadun India juga terletak pada pengaruh


ketiga-tiga agama besar dunia iaitu Hindu, Buddha dan Islam. Daripada tiga
agama terbesar inilah lahirnya sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India
yang dilihat daripada pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan,
pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan
kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian dan seni
bina.

9.1 SUMBANGAN DALAM SISTEM SOSIAL


DAN KEKELUARGAAN
Dalam bidang sosial, aspek yang paling ketara bagi masyarakat India ialah sistem
kastanya. Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat
India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati.

Teori sistem kasta ini mengatakan bahawa Tuhan telah membahagikan


masyarakat kepada empat kasta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Pembahagian Masyarakat India kepada Sistem Kasta

Bahagian Kasta Peranan

Brahmin Melaksanakan upacara pengorbanan dan keagamaan. Terdiri


daripada para pemimpin, ketua masyarakat, tokoh politik, raja,
sultan dan peniaga.

Ksatriya Berperang dan menjaga keamanan. Mereka terdiri daripada


tentera.

Vaisya Terlibat dengan beberapa pekerjaan yang menguntungkan.


Mereka terdiri daripada para pekerja, petani dan tuan tanah.

Sudra Melaksanakan tugas yang paling hina. Mereka terdiri daripada


kalangan buruh dan kuli.

Ketiga-tiga anggota kasta yang pertama di atas terdiri daripada bangsa Arya
(Brahmin, Ksatriya, Vaisya) dan yang keempat (Sudra) ialah orang biasa. Tetapi
amalan kasta ini dikatakan tidak pernah sejajar dengan teorinya. Pemerintah dan
pahlawan enggan menerima golongan Brahmin sebagai golongan atasan yang
baik dan individu sekali-sekala berpindah kepada satu kasta ke satu kasta yang
lain. Pada zaman Gupta amalan kasta telah dimajukan sepenuhnya iaitu susunan
keutamaan dalam kalangan kasta telah ditakrifkan dengan tepat dan corak
kelakuan mengikut adat di dalam dan di luar setiap kasta tertentu yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

menunjukkan dengan munasabah satu takrif kelakuan yang betul dalam


kehidupan lazim untuk semua orang India.

Di India hari ini, wujud beribu-ribu kasta. Banyak kasta moden baru telah muncul.
Kemunculan kasta ini bermula dan terbentuk pada asasnya di sekitar golongan
pekerja. Contohnya, satu kasta yang terdiri daripada penjaga kenderaan telah
dibentuk beberapa tahun yang lalu. Sistem India moden yang kompleks wujud
secara kasar menjelang 500S.M. Ia mungkin bermula sejak hubungan awal antara
bangsa Arya dan bangsa bukan Arya. Zaman antara 700 dan 500S.M apabila kota
mula menjadi penting di India, merupakan masa yang genting bagi prinsip kasta
kerana individu daripada pelbagai unsur bercampur gaul dalam persekitaran
kota. Pada masa itu, mereka mungkin lebih bebas mengubah status masing-
masing.

Selain sistem kasta, sistem Varna juga menjelaskan mengenai pembahagian kelas
sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini menghadkan
mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu:

(a) Brahmin (lihat Rajah 9.1) iaitu golongan bangsawan, Pedanda (imam) atau
pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain;

(b) Kshtriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara;

(c) Vaishya iaitu kelas perekonomian;

(d) Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas; dan

(e) Panchama atau Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Sistem jati juga termasuk dalam stratifikasi kelas sosial masyarakat India. Pada
akhir zaman Veda (dari 1000S.M. hingga 500S.M.), terdapat pelbagai suku kaum
yang berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi
dapat menjamin keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga
kebajikan masing-masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang
Indo-Arya meletakkan dan menyusun masyarakat mereka kepada unit
pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna
menjadi lumpuh dan ini merintis jalan bagi kewujudan unit kecil yang dikenali
sebagai jati yang pada asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian
dalam jati ditentukan menurut kelahiran (warisan atau keturunan) dan pada
peringkat awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  181

Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang


mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India
Utara dan kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada
sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem
pentadbiran, peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi
jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan
pusat tidak dipedulikan oleh ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh
jati mereka dan ini bermakna jati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil
jati akan memastikan kebajikan masing-masing dipelihara. Semangat jatisme
semakin bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan
(nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula
pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan.
Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan sebagainya) digunakan
sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing.
Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati tidak dicemari.

Sistem jati bukan sahaja wujud dalam kalangan orang beragama Hindu,
sebaliknya terdapat juga di kalangan penganut agama lain seperti Kristian, Islam,
Bahai dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing.
Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam
sehinggakan terdapat jati yang dianggap Âtidak boleh disentuhÊ (untouchables)
iaitu Harijan dan mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman
jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini
sekarang dikenali sebagai ÂHarijanÊ (anak-anak Tuhan) (Bahree, 1977).

Rajah 9.1: Gambaran kedudukan masyarakat Brahmin


Sumber: https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 9.1

Pada pendapat anda, adakah sistem kelas sosial berhierarki dalam


kalangan masyarakat India memberi kesan positif terhadap penyatuan
pelbagai etniknya? Bincangkan.

9.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG SASTERA


Menurut Krishnan dan Rajantheran (1994), bersesuaian dengan dua kumpulan
keluarga besar India dan juga bahasa Indo-Arya dan Dravida, kesusasteraan India
turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan
kesusasteraan Dravida.

(a) Kesusasteraan Indo-Arya


Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua
dan terkemuka di India. Hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan
dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi
menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan
bahasa utama dalam kumpulan bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan
diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

Kesusasteraan Indo-Arya ini mempunyai jenis dan ciri kesusasteraannya


yang tersendiri seperti berikut:

(i) Kesusasteraan Vedik


Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500S.M. sehingga
500S.M. Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat
dan mengetahui. Sastera cerita terdapat dalam kesusasteraan Vedik
menjelaskan sastera cerita dongeng Jataka. Cerita Jataka yang bersifat
pendidikan moral dimasukkan ke dalam ajaran Buddhisme pada
kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak
mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

(ii) Kesusasteraan Epik


Kebanyakan teks dharma (ajaran mengenai keadilan dan kebaikan
yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan
langsung tanpa ulasan tambahan dan bukan semua lapisan masyarakat
dapat memahami. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh
rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita seperti ini
digunakan untuk menyebarkan ajaran dharma.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  183

Terdapat dua cerita epik yang masyhur, iaitu:

 Epik Mahabharata
Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun
400S.M. dan 400 Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang
100,000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di
dunia. Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan
Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah
berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan
Kaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai jenis
cerita sisipan. Cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik,
memberi ajaran agama dan moral. Secara ringkas Mahabharata
boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa
(kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan).

Selain daripada itu, Mahabharata mengandungi pelbagai perkara


yang menarik perhatian sarjana dalam pelbagai bidang seperti
agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah
Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang membincangkan
sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan), purana (cerita
tentang dewa dewi), akhyana (yang mengandungi lagenda dan
mitos), dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis
dharma), arthasastra (karya yang menyentuh perkara kerajaan dan
pemerintahan), Kamasutra (yang membincangkan percintaan),
nitisastra (yang menekankan idea etika) dan moksasastra
(membincangkan cara membebaskan diri daripada kelahiran
semula).

Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa


benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut
takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia
mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara
kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan
ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak
yang mendukung dharma.

 Epik Ramayana
Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang
pertapa di antara tahun 200S.M. hingga tahun 200 Masihi. Epik ini
mengandungi 24,000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di
Ayodhya. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk
menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna,
iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap


manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal
pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta
pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama
digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang
bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia,
penegak keadilan dan sebagainya.

Epik Ramayana, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah,
ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar
perihal keadilan. la menerangkan prinsip abadi (sanatoria dharma)
dan menjelaskan sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.

(iii) Drama
Dalam arena drama, ciptaan Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks
drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada
perkembangan drama. Buku ini membincangkan mengenai seni bina
teater, konvensi pentas, teknik produksi, persembahan dan artis.
Misalnya teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam
sistem pelbagai pergerakan fizikal. Natya Sastra menyatakan terdapat
13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan untuk
badan dan lain-lain. Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para
hadirin dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi
(sthayihhava). Contoh drama sebegini ialah seperti drama Sakuntala
(yang menggambarkan cinta dan belas kasihan), Mudraraksasa
(menggambarkan heroisme) dan Mrcchakatika (menggambarkan
kama). Oleh kerana terdapat bahan falsafah dan dramatik yang
dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan
mengambil masa selama tiga hingga 15 hari.

(iv) Karya Linguistik


Karya linguistik ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4S.M.
Karya nahu ini menandakan pencapaian terkemuka dan terulung
dalam bidang linguistik. Menurut Basham (2001), ketepatan prinsip
linguistik yang terdapat dalam karya ini tidak pernah dicapai oleh
tamadun lain di seluruh dunia sehingga kurun ke-19M. Karya ini
mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan
saintifik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  185

(b) Kesusasteraan Dravida


Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa
Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan
yang kaya. Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam
keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi
keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan
Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

(i) Karya Nahu Tolkappiyam


Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300S.M.
merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil.
Karya ini mengandungi tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan
sintaksis dan konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting
dalam bidang nahu serta konvensi Tamil.

(ii) Kesusasteraan Sangam


Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair agung. Penyair
ini menghasilkan karya berbentuk puisi zaman Sangam yang meliputi
tempoh masa dari kurun ke-3S.M. sehingga kurun ke-2M. Puisi
Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi
iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu
perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi). Tema puisi Sangam
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham dan puram. Aham
bererti bahagian dalaman atau pun perasaan dalam hati. Dalam
konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati
dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam
konteks puisi Sangam menandakan sifat mulia seperti semangat
keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

(iii) Tirukkural
Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali
sebagai Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural
merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana
kewibawaan ajarannya yang bersifat universal dalam kalangan
masyarakat Tamil. Karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar
(Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1,330
kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika atau kebenaran) yang
mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan atau politik) yang
mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25
bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah
sangat penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak
mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia
kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan
satu kata-kata hikmat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
186  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

(iv) Kesusasteraan Bhakti


Angkatan Bhakti disertai oleh wali Hindu bagi menghapuskan
pengaruh agama Buddha dan Jaina yang mula meresap masuk dalam
kalangan masyarakat Tamil di India Selatan. Kesusasteraan Bhakti
dikategorikan kepada dua, iaitu ă nayanmar dan alvar. Nayanmar dan
alvar menggunakan bahasa Tamil yang mudah untuk menyebarkan
ajaran mazhab Hindu mereka melalui lagu suci yang dinyanyikan
dengan iringan muzik dicipta oleh mereka sendiri. Koleksi lagu suci ini
bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.

(v) Karya Bahasa


Tatabahasa, gaya bahasa (rhetoric) dan perkamusan (lexicography)
sentiasa diberi perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya
kesusasteraan bertulis. Perkembangan yang besar dalam bidang ini
berlaku pada zaman Chola. Yapparungalam dan
Yapparungalakkaarigai merupakan karya tentang Prosodi yang
disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke-
10. Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk
mengetahui sejarah teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

SEMAK KENDIRI 9.1

Senaraikan semula contoh kesusasteraan India dalam bentuk peta


minda.

9.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH


Falsafah dalam tamadun India wujud dalam ajaran agama yang dipengaruhi oleh
kesusasteraan Mahabharata. Perbincangan mengenai falsafah yang terkandung
dalam Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran
falsafah India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava,
Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa
membunuh sanak saudara dan ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan
sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati
kebenaran suci untuk mencapai taraf hidup yang kekal abadi. Krishna
menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan
menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan. Beliau juga menjelaskan bahawa
medan peperangan merupakan badan manusia di mana segala peristiwa
berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava) merupakan kuasa jahat yang ada
dalam badan kita, Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  187

gentar, tanpa egoisme) dan Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam hati
setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada Arjuna agar melawan kuasa
jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup


seseorang untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga
(disiplin badan dan minda), karma-yoga (jalan kesempurnaan), nanayoga (melalui
pengetahuan benar) dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai
jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi,
kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang
dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan
kepada Tuhan.

Menurut Ghazali Darusalam (2001), falsafah Vedik mementingkan lima konsep


yang saling berkaitan antara satu sama lain, seperti yang diringkaskan dalam
Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Konsep dalam Falsafah Vedik

Konsep Penerangan

Brahman Ia menandakan Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang


menyelubungi segala-galanya (roh duniawi).

Atman Ia adalah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk
diserap ke dalam roh Brahman.

Karma Ia adalah merupakan perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang


dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang
akan dialami dalam kehidupan akan datang.

Samsara Ia adalah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman.

Moksha Ia adalah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan


dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk
membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha.

SEMAK KENDIRI 9.2

Terangkan semula beberapa falsafah yang penting dalam tamadun


India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

9.4 SUMBANGAN DALAM BIDANG BAHASA


Kejayaan dari segi bahasa yang menakjubkan bagi India ialah tatabahasa Sanskrit
bersama dengan pengajian linguistik yang berkaitan seperti penyusunan kamus
dan sistem metrik. Tatabahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang kerana
keperluan untuk peraturan umum dalam membantu golongan Brahmin
mengingat sukatan pelajaran suci Veda. Pnini, seorang ahli tatabahasa India pada
abad ke-4S.M. menulis tulisan Sanskrit dalam bentuk klasik. Pengajian tatabahasa
menjadi syarat wajib bagi semua pendidikan lanjutan. Di negara India, terdapat
lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui
menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada rakyat India
menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa tersebut dan peratus penggunaannya
ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%),
Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam
(2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa di India dibahagikan
kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida.

Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa
Sanskrit. Apabila orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah
Ganges dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa
perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800S.M., bahasa Sanskrit
mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat baru
zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni dan Magadhi. Pada zaman
Buddha (500S.M.), loghat ini dianggap sebagai bahasa tempatan yang
dihubungkan dengan kawasan geografi masing-masing. Bahasa ini menjadi
awalan kepada bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa dalam
kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi,
Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi. Mengenai bahasa Dravida,
bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa
Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi
(Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan dalam
kalangan puak Toda dan Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di
Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku).
Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo,
Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum
diklasifikasikan termasuklah Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di
kepulauan Andaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  189

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskripsi zaman Asoka (kurun ke-3
S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan
di barat laut India dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip
Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang Muslim dari Arab dan Parsi masih
digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan
ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip India
mempunyai asal usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai
bunyi bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India
Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk
menyambung huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi tempatan seperti
Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang
digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu hurufnya
mempunyai perhiasan bulat. Orang Tamil mengembangkan huruf mereka
tersendiri.

AKTIVITI 9.2

1. Bagaimanakah kedudukan sastera dalam masyarakat India?

2. Jelaskan perkaitan antara falsafah dan agama dalam konteks


tamadun India.

3. Kemukakan alasan anda mengapa penduduk India mempunyai


pelbagai bahasa.

9.5 SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS


Penemuan awal dan penciptaan yang telah dilakukan dalam bidang sains telah
menjadikan tamadun India sangat dikenali oleh negara lain. Pengetahuan orang
India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang
logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan
tamadun dunia.

(a) Ilmu Matematik


Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri
telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319
Tahun Masihi), India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan
ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh
mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan
nombor abstrak dan nombor kuantiti objek ataupun keluasan ruang.
Berbanding dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih
awal lagi. Orang India menggunakan nombor asas dengan simbol 0 hingga
9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun
India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.

Dalam batu bersurat atau inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis
dengan menggunakan simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah
digunakan sembilan notasi (notation) bagi sembilan angka pertama diikuti
dengan angka Â0Ê dan Â0Ê menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya.
Inskripsi seumpama ini bertarikh 595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India.
Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun sampai ke Syria dan juga telah
tersebar sehingga ke Indo-China. Ada sarjana yang beranggapan bahawa
sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik adalah ciptaan awal
orang Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan
bidang matematik sebagai Hindisat, ertinya seni India dan ini membuktikan
bahawa sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India. Sebenarnya orang
Arab telah mempelajari seni matematik dari orang India. Ini
berkemungkinan besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang
kukuh antara India dan Timur Tengah sejak kurun sebelum masihi lagi.
Terdapat juga kemungkinan orang Arab mempelajarinya setelah mereka
menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh


pakar matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9)
dan Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah diketahui di Eropah sehingga
berlakunya zaman Renaissance (Pemulihan Budaya). Orang India telah
mengenali nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga
dapat menyelesaikan persamaan kuadratik dan beberapa persamaan. Orang
India juga telah memahami trigonometri, geometri bulatan, kalkulus dan
sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti telah diketahui lebih awal di India
berbanding dengan tamadun lain.

(b) Ilmu Astronomi dan Kalendar


Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan
astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan
masa bagi upacara pengorbanan. Dari sudut astronomi orang India
menggunakan kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya
menemui tujuh planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet tersebut ialah
Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua
lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada
arah bertentangan 180. 27 bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai
27 bintang dan sembilan planet ini mempengaruhi kehidupan manusia.
Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik
(astrologi).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  191

(c) Ilmu Fizik dan Kimia


Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan
dengan agama dan teologi. Dari sudut ilmu fizik, konsep jirim muncul
berdasarkan intuisi dan logika dan bukannya eksperimen. Dipercayai
bahawa alam semesta terdiri dari gabungan lima elemen iaitu tanah, angin,
api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak angkasa.
Hampir semua aliran agama di India percaya bahawa unsur alam kecuali
angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen dan
berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana
(sezaman dengan Buddha). Menurut Jaina, corak percantuman atom yang
berbeza menghasilkan elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat
atom sebagai Âoccupying minutest space in the minutest timeÊ. Mengikut
falsafah Vaisesika pula, atom membuat satu percantuman diacldsin triad
yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan.
Orang India percaya bahawa elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api
jenis menaik, padu dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi
malangnya usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan
dalam bidang ini. Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen.
Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat untuk memahami
intonasi sebutan mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak awal lagi oktaf
(octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan


kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada
emas, seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi
hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa
bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang
mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan sudah
mencipta ubat bedil.

(d) Bidang Logam


Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada
Iron Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan
sebatang besi tujuh meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat.
Mereka berkemahiran dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam
buatan mereka begitu dihargai di zaman Empayar Romawi dan di Asia
Barat.

SEMAK KENDIRI 9.3

Berikan contoh terperinci sumbangan tamadun India dalam bidang


sains.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

9.6 SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU


PERUBATAN
Ilmu perubatan India dikesan sejak abad pertama masihi atau bermula pada
zaman Vedik melalui bukti penemuan satu katalog lama yang sistematik tentang
penyakit berjangkit dan rawatannya. Pengetahuan perubatan orang India seperti
fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia,
farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun masihi. Teks
perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun
ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan
lebih maju pada keseluruhannya (Stutley, 1985).

Dalam ilmu perubatan India, jampi, ilmu sihir, ubat dan pembedahan memainkan
perana penting dalam teknik perubatan Hindu. Manakala doktrin falsafah tentang
jasad dan jiwa, bersama-sama dengan pendapat keagamaan tentang kosmologi,
syaitan dan dewata mempunyai pengaruh terhadap teori perubatan India. Satu
buku teks Sustura merupakan buku panduan ringkas dan tersusun dengan baik
menjadi contoh untuk semua tulisan perubatan yang berpengaruh di India.
Sustura mengakui pembedahan sebagai satu seni keupayaan doktor dan juga
mengesyorkan upacara pembedahan mayat sebagai satu cara mempelajari
anatomi, walaupun tuntutan upacara keagamaan menghalang pembedahan.

9.7 SUMBANGAN DALAM PELBAGAI CABANG


SENI
Tamadun India juga memberi banyak kesan peninggalan yang bermakna dalam
bidang seni. Cabang seni yang akan dibincangkan adalah seperti dalam subtopik
yang berikutnya.

(a) Seni Bina dan Perbandaran


Perubahan hidup masyarakat India terus berkembang seperti dalam ilmu
seni bina. Ini terbukti melalui pembinaan kuil Hindu. Sebelum zaman Gupta
(dari 320 hingga 540 Masihi) tidak ada pembinaan kuil, tetapi zaman Gupta
telah wujud kemahiran seni bina. Pembinaan kuil semakin meluas pada
zaman pertengahan dinasti Hindu (dari 750 hingga 1250 Masihi). Terdapat
bukti yang menunjukkan bahawa bandar ini dirancang dengan baik kerana
mempunyai jalan raya yang teratur, sistem perparitan yang baik, saluran
bekalan air minuman, sistem buangan najis yang teratur dan tempat mandi
yang sempurna, yang menunjukkan taraf pencapaian pemikiran dan bidang
ilmu yang tinggi (Wan Fuad, 1990).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  193

(b) Seni Ukir


Semua seni ukir dan lukisan terbaik zaman Gupta yang wujud merupakan
inspirasi Buddha. Walaupun agama Buddha merosot ketika itu, tetapi
pelukis yang diamanahkan oleh biara Buddha memiliki teknik kemahiran
yang amat tinggi dalam bidang mengukir dan melukis. Antara hasil karya
terbaik yang terdapat di India ialah lukisan gua Ajanta dan Buddha Sarnath,
juga kecantikan serta ketetapan badan patung Boddhisattra yang tiada
beranggota dari Sanchi. Seni ukir patung Tuhan Hindu mula dicipta apabila
orang Hindu cuba memberi gambaran kepada dewa dewi mereka dan
menempatkan imej sedemikian di tempat kediaman yang setanding
keindahannya.

(c) Seni Halus


Perkembangan seni halus (tarian, taridra dan muzik) di India mula meluas
pada zaman awal Masihi iaitu dengan wujudnya karya sastera yang disusun
oleh Bharata (dari abad ke-2 hingga ke-6 Masihi). Dalam karya sastera juga
dijelaskan tentang drama, bahasa persajakan, tarian dan muzik. Kehidupan
orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang
seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahun masihi lagi.
Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju. Asimilasi budaya Hindu
dan Muslim memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam bidang seni
bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil India.

(d) Seni Muzik


Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama.
Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram
biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan
dengan tangan dan jari di bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang
kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas,
mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat.

Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang


disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu
(kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat muzik India terbahagi
kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali), kedua, avanaddha (dram),
ketiga, ghana (solid atau ideophone) dan keempat, susira (angin). Alat muzik
India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara,
sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram
dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India
Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal
usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

(e) Seni Tarian


Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik
mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik
Hindustani (India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India
Selatan). Manakala taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi
sastera, misalnya taridra Katakkali yang berdasarkan bahan epik Purana dan
taridra Manipuri pula berdasarkan tema dari Bhagavata Purana dan Gita
Govinda. Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata
antara kurun ke-2 dan ke-6 Masihi. lanya membincangkan secara
keseluruhan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, bahasa
persajakan, dan emosi dramatik.

Jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui
oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara
tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis wanita
sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir
kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath Tagore pada
tahun 1920an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai
penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada
muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari
kurun ke-17. lanya dipersembahkan oleh penari istana (rajasadasi) dan
penari di kuil (deva dasi). Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis lelaki
berasal dari Kerala pada kurun ke-16 dan taridra ini dilambangkan dengan
pakaian berwarna-warni. Kathak yang dipersembahkan oleh artis lelaki atau
wanita secara solo dan kadang-kadang dipersembahkan oleh dua atau tiga
orang penari. la berasal dari India Utara pada kurun ke-14. Tarian lain seperti
Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana
dianggap sebagai tarian minor.

(f) Seni Lukis


Bidang seni lukis India banyak dipahat di dinding istana dan ruang dalaman
rumah golongan berada yang dihiasi dengan lukisan yang menarik.
Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat
agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti
Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah antara
contoh bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua
Ajanta adalah agama tetapi ianya turut memuatkan unsur lukisan bersifat
sekular. Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan
asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Akbar
telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan gaya lukisan
Islam dengan Hindu (Conby, 1980).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  195

9.8 SUMBANGAN DALAM KEPERCAYAAN


BERAGAMA
Menurut Patmanathan (1985), tamadun India juga tidak dapat lari daripada
perkembangan dalam bidang keagamaan. Terdapat pelbagai agama di India,
termasuk yang berikut:

(a) Agama Brahmin


Agama Brahmin muncul selepas penaklukan orang Arya ke atas India.
Agama ini dikatakan menerima seluruh lapisan rakyat India yang terdiri
daripada petani yang percayakan tahyul.

(b) Agama Jaina


Pengasas agama Jaina ialah Mahavira dan Gautama Buddha. Mereka adalah
merupakan dua orang tokoh yang telah mempopularkan fahaman
Upanishad ini. Pengajaran mereka bermula secara besar-besaran dan
merupakan pergerakan agama di India. Penganut agama Jaina dan Buddha
memberikan cabaran hebat kepada upacara Brahmin. Dua abad selepas
kematian Buddha, India hampir menjadi sebuah negara Buddha.
Brahminisme terus wujud dan menentang, hanya untuk mengubah apa yang
dikenali sebagai agama Hindu. Dalam proses ini, ia banyak menggabungkan
sifat dan cita-cita yang diutarakan oleh Upanishad.

(c) Agama Buddha


Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Agama
Jaina dan Buddha, kedua-duanya mempunyai banyak persamaan. Namun
agama Buddha dikatakan sangat bererti kepada sejarah India. Buddha tidak
mengajar mengenai hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana
beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha
merupakan ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan
kehidupan. Ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan
(Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma). Idea
utama agama Buddha mengatakan bahawa kehidupan melibatkan
penderitaan dan pengetahuan yang betul dan tabiat hidup yang baik dapat
menghapuskan penderitaan tersebut, kelihatan mudah. ÂJalan Lapan RukunÊ
yang diperkenalkan dalam mencapai kebebasan daripada penderitaan ini
melibatkan usaha yang sistematik untuk membangunkan pendangan yang
betul, cara hidup yang betul dan pemikiran serta keasyikan yang betul.
Agama Jaina dan Buddha juga diaktakan sebagai agama Heterodoks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

(d) Agama Hindu


Agama Hindu berkembang setelah kurangnya penganut agama Brahmin,
agama Brahmin kemudiannya telah dibentuk kembali dan dipopularkan
melalui agama Hinduisme yang akhirnya berkembang di India. Pada zaman
Gupta, Maharaja sendiri merupakan penganut dan penaung bagi
kepercayaan ini.

(e) Agama Islam


Agama Islam telah muncul di India melalui perdagangannya dengan orang
Arab yang datang daripada Asia Tengah pada kurun ke-18M. Biarpun
agama Islam dianuti oleh minoriti masyarakat India namun ia terus
berkembang dan diberi tempat setanding dengan agama tempatan yang lain.

AKTIVITI 9.3

Bahagikan ahli kelas anda kepada empat kumpulan kecil serta


bincangkan sumbangan tamadun India daripada aspek berikut:

(a) Sains;

(b) Ilmu perubatan;

(c) Kesenian; dan

(d) Agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  197

 Tamadun India unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti


agama, falsafah, ekonomi, fizik, matematik, seni, bahasa budaya dan
sebagainya.

 Tamadun India turut dianggap unggul kerana telah melahirkan beberapa


cendekiawan yang banyak memberi sumbangan besar kepada keilmuan dan
peradaban dunia khususnya pencapaiannya dalam mengembangkan agama
besar dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh, di samping peranannya
dalam memperkembangkan agama Islam ke Asia.

 Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun Asia yang lain.
Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik dan sosial.

 Dalam konteks Malaysia, hubungan tamadun India sangat memberi pengaruh


terhadap perkembangan agama dan kebudayaan Hindu dan Buddha.

Agama Jaina Kesusasteraan Indo-Arya


Atman Moksha
Brahmin Samsara
Epik Mahabharata Seni halus
Epik Ramayana Sistem jati
Karma Sistem Kasta
Kesusasteraan Dravida Sistem varna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Bahree, P. (1977). The Hindu world. Kuala Lumpur, Malaysia: KL Silver Burdett
Company.

Basham, A. L. (2001). The wonder that was India. London, England: Sidgwick &
Jackson.

Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Utusan Publication & Distributors.

Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antrabangsa. Petaling Jaya,


Malaysia: Pelanduk Publication.

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun


India. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun


Islam. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.

Stutley, M. (1985). Hinduisme. England, London: England the Aquarian Press.

Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan sejarah sains. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Isu Semasa
dan Masa
10 Hadapan
Berkaitan
dengan
Tamadun
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan persamaan dan perbezaan tamadun Melayu, China
dan India;
2. Mengenal pasti keilmuan asas kesinambungan peradaban manusia;
3. Menghuraikan sistem nilai dan jatuh bangunnya sesebuah tamadun;
4. Menghuraikan pertembungan tamadun Barat dan Timur serta
impaknya terhadap pascamodernisme;
5. Membincangkan realiti globalisasi dan cabaran abad ke-21;
6. Menjelaskan pengaruh isme barat terhadap tamadun Asia; dan
7. Menerangkan persefahaman antara pelbagai tamadun menjana
kesatuan ummah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

 PENGENALAN
Memetik kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-5 (2001) yang menegaskan bahawa generasi muda yang bakal
menjadi pemimpin dan penggerak pembangunan negara semestinya memahami
perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kalangan peradaban yang menjadi
asas kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Pihak kerajaan akan sentiasa
memberi komitmen yang tidak berbelah bagi ke atas usaha yang mampu
menjayakan agenda membudayakan dialog antara peradaban dunia. Sebenarnya
di peringkat antarabangsa, komitmen Malaysia dalam agenda global Âdialog
antara peradabanÊ telah pun ternyata apabila Malaysia merupakan salah sebuah
negara (daripada 25 buah negara) yang telah menyokong usul atau idea dialog
antara peradaban apabila dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Bangsa-
bangsa Bersatu pada tahun 1999.

Dalam topik terakhir ini, sepintas lalu kita akan membincangkan isu semasa dan
masa hadapan yang berkaitan dengan tamadun. Ianya akan dilihat dari beberapa
aspek seperti dalam subtopik seterusnya.

10.1 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN


TAMADUN MELAYU, CHINA DAN INDIA
Persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga tamadun Melayu, China dan India
boleh dilihat daripada pelbagai sudut, khususnya daripada aspek agama, budaya,
bahasa dan etika. Persamaan dan perbezaan antara tamadun Melayu, China dan
India boleh dilihat berdasarkan Jadual 10.1 dan 10.2 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  201
TAMADUN

Jadual 10.1: Persamaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek
Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India
Persamaan

Agama Meyakini agama Meyakini agama itu Meyakini agama itu


penting dan perlu penting dan perlu penting dan perlu
dianuti serta diamalkan melalui diamalkan melalui
mengimani nilai moral yang boleh nilai moral yang boleh
wujudnya satu kuasa membawa membawa
yang mengawal kesejahteraan kepada kesejahteraan kepada
manusia dan alam manusia. manusia melalui
ini melalui keimanan upacara ritual di kuil.
kepada Allah s.w.t.

Budaya Masyarakat Melayu Masyarakat Cina Masyarakat India


sangat menjaga halal mengutamakan sangat mengutamakan
dan haram sesuatu makanan yang bersih, kekeluargaan,
budaya seperti pergaulan yang baik, menegah
daripada aspek pakaian yang sopan penganutnya
makanan, pakaian, dan kesenian yang memakan daging
pergaulan, kesenian menghiburkan. lembu dan sentiasa
dan sebagainya. menjaga adab dan
pergaulan.

Bahasa Menjaga adab dan Menjaga adab dan Menjaga adab dan
sopan santun ketika sopan santun ketika sopan santun ketika
bercakap atau bercakap atau bercakap atau
berkomunikasi berkomunikasi berkomunikasi
terhadap semua terhadap semua terhadap semua
orang. orang. orang.

Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Cina juga Masyarakat India juga


sangat sangat sangat mengutamakan
mengutamakan mengutamakan kebersihan, moral, dan
kebersihan, akhlak, kebersihan, moral dan hormat menghormati
dan adab pergaulan saling hormat khususnya dalam
khususnya dalam menghormati aspek hubungan
aspek hubungan khususnya dalam manusia dengan
manusia dengan aspek hubungan manusia dan
manusia dan manusia dengan hubungan manusia
hubungan manusia manusia dan dengan alam.
dengan alam. hubungan manusia
dengan alam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Jadual 10.2: Perbezaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek
Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India
Perbezaan

Agama Masyarakat Islam Masyarakat Cina Bagi masyarakat India,


mempercayai Allah khususnya yang mereka mempercayai
s.w.t. adalah satu zat beragama Buddha kepada pelbagai dewa
yang Maha Esa yang menolak kewujudan seperti Brahman,
wajib disembah dan Tuhan yang esa Vishu dan Siva.
ditaati melalui amal sebaliknya
ibadah khususnya menggalakkan
lima rukun Islam. penganutnya
menjauhi kemewahan
dunia dan menjauhi
hawa nafsu.

Budaya Boleh dilihat Daripada aspek Masyarakat India


daripada aspek berpakaian mengenakan sari
fesyen pakaian masyarakat Cina sebagai pakaian rasmi
menutup aurat bebas memilih kaum India yang
kerana mentaati pakaian asalkan dikaitkan dengan
perintah agama dianggap selesa dan agama Hindu.
Islam. bersopan.

Bahasa Masyarakat Melayu Tamadun China telah Masyarakat Hindu


menggunakan tulisan mencipta tulisan menggunakan Bahasa
jawi yang berasal Hanzi yang dibaca Sanskrit dan Tamil
daripada huruf daripada atas ke serta lain-lain bahasa
al-Quran, dibaca bawah juga dari kiri utama mengikut
daripada kanan ke ke kanan. wilayah dan etnik.
kiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  203
TAMADUN

Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Cina yang Masyarakat India


tidak membenarkan berfahaman lebih mengutamakan
unsur yang konfusionisme kaum wanita
membawa kepada memandang rendah berbanding kaum
Âmatlamat kepada golongan lelaki dan sangat
menghalalkan caraÊ peniaga yang menghormati ibu.
seperti riba, dikatakan sentiasa Harta kekayaan
penindasan, terlibat dengan keluarga terletak di
penipuan dan penipuan dan tangan wanita atau
sebagainya. keuntungan semata- isteri. Bagi warga tua
mata. dikehendaki
Masyarakat Melayu menunjukkan contoh
memandang sama Masyarakat Cina lebih dan teladan kepada
rata antara lelaki dan mengutamakan kaum golongan muda.
wanita dalam banyak lelaki berbanding
aspek kecuali hal kaum wanita.
harta pusaka di mana
kaum lelaki
dilebihkan
berbanding kaum
wanita.

AKTIVITI 10.1

Bagaimanakah persamaan dan perbezaan ini dapat menjamin


kesejahteraan hidup bersama? Bincangkan.

10.2 KEILMUAN ASAS KESINAMBUNGAN


PERADABAN MANUSIA
Ilmu atau pengetahuan amat penting dalam peradaban manusia membina
tamadun bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa hakikat ilmu mempunyai
kelebihan yang banyak daripada pelbagai sudut seperti mengelakkan kejahilan,
membentuk minda, memandu cara berfikir dengan betul, memperoleh kebenaran,
berkemampuan mencipta dan sebagainya. Asas ilmu adalah teori, dari teori ia
dikembangkan dalam bentuk praktikal sehingga seseorang itu berkemampuan
dalam membuat analisis, sintaksis, menilai dan mentaakul. Manusia mesti
mencintai ilmu agar mereka lebih memahami agama dan ketuhanan, serta
menemukan kebenaran, mencipta dan memiliki daya fikir yang tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Penguasaan terhadap pelbagai bidang ilmu sama ada ilmu dalam kelompok
agama atau sains sosial (bahasa, sejarah, geografi, matematik, sastera, politik,
sosial, ekonomi dan lain-lain) serta kemunculan sains dan teknologi
memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun bangsa.
Kelahiran para sarjana dalam membuat kajian dan kegiatan kepelbagaian
keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusat intelektual. Sejarah dan
peradaban manusia telah mencatatkan Baghdad, Andalus, Melaka, Patani, China
dan India adalah antara pusat intelektual yang terkenal.

Legasi kesinambungan peradaban manusia melalui ilmu tidak pernah terputus.


Banyak contoh sejarah boleh dilihat seperti keilmuan Islam yang pernah runtuh di
zaman Bani Umaiyah telah disambung di zaman Khalifah Abbasiyah, apabila
kerajaan Abbasiyah runtuh, keilmuan Islam berpindah ke kerajaan Uthmaniyah,
Uthmaniyah runtuh, keilmuan Islam telah berhijrah ke negara Asia sehingga ke
hari ini. Dalam konteks Malaysia melihat kepada sejarah silam, kita dapati apabila
kerajaan Melayu Melaka tumbang ekoran penjajahan Inggeris, keilmuan Melaka
berpindah ke Acheh, Pahang, Kedah dan Johor.

Melalui perkembangan ilmu tamadun, dapat kita saksikan semakin tinggi


keilmuan yang tinggi dimiliki oleh sesuatu bangsa maka semakin tinggilah nilai
penciptaan terhadap penghasilan tamadunnya. Untuk membina sesebuah
tamadun yang hebat sesuatu bangsa perlu memiliki pelbagai jenis keilmuan dan
kemahiran yang tinggi dalam mencipta dan menghasilkan sesuatu produk dan
monumen. Dewasa ini bangsa Barat amat dikagumi oleh hampir semua negara di
dunia kerana kemajuan dan penguasaan mereka dalam bidang sains dan
teknologi, di samping negara seperti Rusia, Jepun, China dan Korea Selatan.

Tidak terdapat satu peradaban pun yang wujud tanpa didahului oleh bangkitnya
tradisi ilmu. Tanpa terkecuali, peradaban Melayu, China dan India. Keilmuan
tamadun Melayu bermula di istana sultan kemudiannya merebak ke rumah tok
guru, madrasah, masjid, pondok dan sekolah dengan melahirkan ramai
cendekiawan dalam pelbagai bidang. Tokoh dalam kalangan intelektual Melayu
inilah yang telah melahirkan karya dan naskhah Melayu atau manuskrip Melayu.
Naskhah Melayu yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu merangkumi
segala aspek kehidupan masyarakat seperti perubatan, ilmu falak (astronomi),
undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian, falsafah, agama,
sejarah Melayu dan kemasyarakatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  205
TAMADUN

Begitu juga keilmuan dalam tamadun China, kita dapati tamadun China telah
dibina dan diperkembangkan sejak 4,000 tahun yang lalu telah membawa kepada
kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan
kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera dan
institusi sosial yang maju. Melalui keilmuan seni bina yang sangat tinggi bangsa
China telah berjaya membina Tembok Besar China dan menjadi salah satu
daripada tujuh keajaiban dunia sehingga ke hari ini.

Hasil pencapaian dalam tamadun India juga berasaskan kepada ketinggian


keilmuan masyarakat India sehingga mereka berjaya membangunkan peradaban
mereka daripada pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan,
pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan
kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian dan seni
bina. Seperti juga tamadun China, tamadun India telah berjaya membina
monumen Taj Mahal yang juga menjadi salah satu daripada tarikan pelancong
dunia.

SEMAK KENDIRI 10.1

Jelaskan kepentingan ilmu sebagai asas kesinambungan peradaban


manusia.

10.3 SISTEM NILAI DAN JATUH BANGUNNYA


TAMADUN
Kelahiran tamadun Melayu, China dan India semuanya bertitik tolak daripada
perkembangan agama dan falsafah hidup yang dipegang. Biar pun intelektual
(ilmu) menjadi faktor penentu maju mundurnya sesebuah tamadun bangsa,
namun aspek agama dan kepercayaan turut juga menjadi penyumbang utama
bangunnya sesebuah tamadun. Ilmu dan agama mempunyai sistem nilainya yang
tersendiri, dengan itu jatuh bangunnya sesebuah tamadun bertunjang daripada
nilai yang diamal atau dibuang dalam kehidupan ketiga-tiga bangsa tersebut.
Pengabaian terhadap nilai agama, intelektual dan ketiadaan pimpinan yang
berkarisma boleh menjadi petanda awal keruntuhan sesebuah tamadun yang
dibina, walaupun bangunan kukuh yang didirikan masih tersergam indah. Hal ini
terjadi kerana pembangunan fizikal semata-mata yang bersifat material tidak
dapat menjamin keabadian sesebuah tamadun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Mari kita lihat kesan pangabaian nilai tersebut.

(a) Kesan Pengabaian Nilai Keagamaan


Tamadun Melayu dibina berasaskan kepada agama Islam. Pemelukan
agama Islam dalam kalangan kaum Melayu telah mengubah landskap
pemikiran dan budaya hidup masyarakat Melayu. Sebagai contohnya,
sistem tulisan Jawi menyebabkan orang Melayu celik huruf serta
berkebolehan menulis dan membaca sehingga banyak karya naskah Melayu
telah dihasilkan baik dalam bentuk kesusasteraan, keagamaan dan bahasa.
Kefahaman dan amalan masyarakat Melayu melalui pengkajian terhadap
al-Quran banyak membuka minda mereka dari segi akidah keagamaan,
kemajuan dan kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.

Dikatakan juga bahawa tamadun India dibina berasaskan kepada agama


Brahmin dan Hindu yang dianuti oleh masyarakat India kerana pengamalan
terhadap agama ini telah membuka minda mereka terhadap kebenaran serta
kenyataan sebenar berbanding kepercayaan tahyul yang diamalkan
sebelumnya. Agama Buddha yang dianuti juga telah mengajar masyarakat
India mengenai intelektualisme pemikiran falsafah, psikologi dan etika.

Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral


yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan dan menjaga institusi
kekeluargaan. Begitu juga melalui ajaran Toisme, masyarakat Cina mula
mengenal ilmu falsafah. Ajaran Toisme menekankan satu jalan atau cara
untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan
keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak
mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik. Ajaran Mohisme telah
menjadikan masyarakat China hidup dengan aman damai melalui kasih
sayang sejagat serta bencikan peperangan.

Keruntuhan ketiga-tiga tamadun Melayu, India dan China akan berlaku


apabila mereka melupakan amalan agama. Kehilangan nilai agama ini boleh
menyebabkan masyarakat hilang pedoman dan panduan hidup, hidup
tanpa peraturan, hilang kasih sayang sesama manusia, mengikut hawa nafsu
dan mementingkan materialistik adalah faktor yang menghilangkan sifat
peradaban manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  207
TAMADUN

(b) Kesan Pengabaian Nilai Akhlak dan Moral


Nilai akhlak bagi masyarakat Melayu dan nilai moral bagi masyarakat Cina
dan India perlu diamalkan kerana ia berkait dengan nilai agama sebagai
salah satu unsur dalam pembinaan tamadun. Nilai akhlak mahmudah yang
diamalkan boleh melahirkan insan Muslim yang bertakwa, beriman dan
beramal soleh. Manakala nilai moral yang diamalkan oleh masyarakat Cina
melalui perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), kearifan (zhi)
boleh mengelakkan daripada melakukan perbuatan melampau dengan
mengikut hawa nafsu. Nilai murni dalam masyakat India boleh ditemui
melalui ÂArjunaÊ merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak
gentar, tanpa egoisme), ÂKrishnaÊ merupakan jiwa yang bersemayam dalam
hati setiap manusia, ÂsvadharmaÊ atau kewajipan hidup seseorang untuk
mencapai kebenaran, ÂrajayogaÊ disiplin badan dan minda, Âkarma-yogaÊ
jalan kesempurnaan, ÂnanayogaÊ melalui pengetahuan benar dan Âbhakti
yogaÊ melalui kebaktian kepada Tuhan). Nilai moral tersebut telah
mengangkat tamadun India sebagai sebuah tamadun yang berasaskan nilai
sejagat.

Apabila nilai akhlak dan moral diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan
menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas empayar Melaka
apabila Kitul yang diamanahkan telah belot dan meminta bantuan kepada
kuasa asing untuk menakluk Melaka. Hal yang sama juga dalam tamadun
China melalui Dinasti Shang telah diganti melalui satu rampasan kuasa
ekoran kezaliman pemerintahnya Wu Wang daripada keluarga Chou
memberontak dan menggulingkan Dinasti Shang. Hal yang sama ditemui
juga dalam tamadun India melalui amalan sistem kasta yang merosakkan
stratifikasi masyarakat yang hidup dengan kebencian, diskriminasi, dendam
dan permusuhan yang berpanjangan.

(c) Kesan Pengabaian dalam Politik dan Pemerintahan


Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam
menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu
bangsa. Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat
mengekalkan sesebuah tamadun. Sebaliknya, kepincangan dan kelemahan
kepimpinan akan mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina
oleh tamadun sesebuah bangsa.

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju,


pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan
tamadun sesuatu bangsa. Sebaliknya, apabila pemimpin mementingkan diri
sendiri, berfoya-foya, melakukan penyelewengan, rasuah berleluasa dalam
kalangan para pegawai kerajaan, keruntuhan akhlak dan moral akan
melemahkan pemerintahan. Sejarah juga memaparkan bahawa keadaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

politik yang kacau bilau, kelemahan pentadbiran, pergolakan dalaman


menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. Suasana ini dapat dilihat pada
kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah, Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan
Islam di Andalus dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Pergolakan dalaman
dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina penuh
gemilang menemui titik penamatnya.

Gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam
sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat
tamadun Islam di Asia Tenggara yang terunggul sebaliknya di zaman Sultan
Mahmud Shah, Melaka terus lemah dan dijajah oleh emperialis Inggeris.
Melihat ke dalam tamadun China pula Dinasti Chin telah berjaya
memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Kelahiran
empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun
China. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah
satu pemerintahan pusat tetapi asakan demi asakan daripada puak gasar
atau bar dari bangsa Monggol utara (Monggolia) serta dari bangsa Manchu
menyebabkan Dinasti China menjadi lemah. Begitu juga dengan Dinasti
Ming juga tidak bertahan lama kerana dasar maharajanya yang menutup
pintu dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan dunia luar.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku


antara kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji.
Peperangan berlaku selama seratus tahun dan akhirnya Magadha dapat
mengekalkan kuasanya di India Utara. Pemerintah Magadha dan Bimbisara
memerintah pada pertengahan kedua kurun ke-6SM dan merupakan
seorang raja yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin
dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan di barat dan utara,
mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan raya,
melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan
menggalakkan pembangunan di bidang pertanian, tetapi keagongan ini
tidak bertahan lama kerana Mahapadma Nanda akhirnya tunduk membayar
ufti kepada kerajaan Cyrus yang mahsyur dari Persia (Iran).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  209
TAMADUN

(d) Kesan Pengabaian Sosial


Keharmonian sosial antara individu dalam masyarakat dengan berteraskan
ilmu, kesepakatan dan toleransi yang mempunyai wawasan boleh
meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina. Hal
inilah yang dapat kita saksikan semasa pemerintahan awal kerajaan Melayu
Melaka, biarpun sentiasa diancam oleh musuh luar, namun mereka mampu
membina masyarakat yang berkualiti. Pembinaan tamadun Melayu yang
ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara masyarakat Melayu zaman itu
ini mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelusuk alam nusantara
sehingga ke China, malah terus berkembang ke seluruh dunia timur dan
barat sehingga Portugis dan Inggeris datang menjajah, merampas hasil bumi
Melaka sehingga meruntuhkan tamadun Melayu Melaka.

Menyorot kembali sistem sosial tamadun India kita dapati biarpun


masyarakat India dibahagikan mengikut sistem kasta seperti Brahmin,
Ksatriya, Vaisya dan Sudra tetapi mereka dapat hidup aman dan damai
melalui jenis tugas yang dilakukan, individu daripada pelbagai unsur
bercampur gaul dalam persekitaran kota yang pada masa itu, mereka
mungkin lebih bebas mengubah status masing-masing. Tetapi keharmonian
sosial masyarakat India tersebut juga tidak bertahan lama apabila pada akhir
zaman Veda, terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara satu sama
lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin keselamatan
rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing.
Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit pentadbiran kecil berasaskan
pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini
merintis jalan bagi kewujudan unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada
asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja.

Begitu juga dalam tamadun China, kita dapati melalui golongan petani
mempunyai stratifikasi masyarakat yang rapat, saling membantu dalam
urusan pertanian. Pun begitu sistem masyarakat agrarian ini tidak juga
bertahan lama apabila semasa Dinasti Chou menjadikan masyarakat petani
sebagai hamba untuk bekerja di ladang bagi membayar hutang kepada
golongan istana yang akhirnya tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian
yang mencukupi untuk makanan.

Begitulah jika sistem sosial menjadi longgar kerana kerapuhan jati diri
sehingga masyarakat berpecah kerana faktor politik, hiburan, kelekaan dan
bebas dengan budaya hedonistik pastinya akan mengundang keruntuhan
sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

(e) Kesan Pengabaian Ekonomi


Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu membangun dan
mengembangkan sesebuah tamadun. Tamadun silam membuktikan
masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan,
pertanian, penternakan secara lokal dan glokal, biarpun mereka bermula
dari kegiatan ekonomi sara diri berskala mikro. Sebagai contoh, masyarakat
Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya membina satu pusat
perdagangan bertaraf antarabangsa melalui pelabuhan Melaka. Pelabuhan
ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang Arab, India, China
serta bangsa Eropah. Disebabkan faktor perebutan pelabuhan antara Melaka
dan Portugis, akhirnya kegiatan perdagangan import eksport yang rancak di
pelabuhan Melaka telah terjejas.

Tamadun India terkenal dalam bidang pertukangan besi dan kerja logam,
membuat hasil kreatif kerja tangan melalui barangan logam buatan mereka
begitu dihargai di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat. Ketinggian
ilmu kerja logam dan sumber logam yang banyak di India menyebabkan
pihak penjajah British datang menakluk India. Kedatangan British menjajah
India telah meruntuhkan nilai tamadun yang telah sekian lama dibina.

Menurut Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012),
penduduk China telah menggunakan wang kertas sejak akhir abad ke-11M
untuk memudahkan urusan perdagangan. Di samping itu, industri besi
terbesar di China juga dimajukan untuk memenuhi permintaan dalam
bidang ketenteraan. Begitu juga dalam bidang pembinaan kapal. Bangsa
China telah berjaya menjelajah dan berdagang di seberang laut sejak dahulu
lagi seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho (dari 1405 hingga
1433M). Orang China juga telah mencipta sutera dan menjadi pengeluar
sutera utama di dunia. Pedagang sutera di China berdagang hingga ke Rom.
Kemakmuran ekonomi China telah membawa kepada perubahan sosial
dengan muncul golongan peniaga. Semasa pemerintahan Shih Huang Ti,
Dinasti Chin ini telah memerintah secara autokratik, beliau juga telah
menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan
panglima tentera untuk mentadbir. Hal ini menyebabkan gabenor dan
panglima tentera terlalu berkuasa sehingga menganggu kebebasan
perniagaan dalam kalangan pedagang China, keruntuhan tamadun China
daripada aspek ekonomi bertambah parah apabila sentiasa diancam oleh
orang gasar daripada wilayah Monggolia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  211
TAMADUN

Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan bahawa jatuh bangunnya sesebuah


tamadun adalah berdasarkan teori berikut:

(a) Teori Irama


Kemerosotan dan kejatuhan sesebuah tamadun berlaku apabila tiada
terdapat lagi keseimbangan antara aspek fizikal, mental dan spiritual.

(b) Teori Kitaran


Naik dan turunnya sesebuah tamadun seperti satu kitaran, dimulakan
dengan fasa pengasasan, kemajuan dan kegemilangan dan akhirnya kepada
fasa kemerosotan serta keruntuhan. Satu kerajaan kepada satu kerajaan yang
lain akan mengalami proses yang sama. Apabila tamatnya sesebuah
pemerintahan, maka kekosongan itu akan diambil alih oleh sebuah kerajaan
atau peradaban yang lain. Kerajaan atau dinasti baru itu akan mengikut
kitaran yang serupa seperti kerajaan sebelumnya.

(c) Teori Linear


Linear bererti aliran yang sehala. Teori ini menyatakan bahawa sesebuah
tamadun akan berubah mengikut aliran yang sehala atau serupa. Teori ini
menunjukkan bagaimana sesebuah tamadun itu dilahirkan, berkembang
dengan pesat, mencapai puncak kegemilangan dan kemudiannya
mengalami kemerosotan dan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran.
Kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh faktor dalaman dan
bukannya faktor luaran contohnya pihak pemerintah yang leka dengan
kemewahan dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai memudaratkan
sesebuah peradaban.

(d) Teori Pertembungan


Pertembungan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lainnya melalui
interaksi dan defusi akan mengalami saling saing menyaingi atau saling
ambil mengambil, pindah memindah. Sesebuah tamadun yang amat
dominan akan menakluk atau melemahkan tamadun yang lainnya.

(e) Teori Pendekatan Psikologi atau Ketuhanan


Kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun bermula dengan kelahiran
agama yang diamalkan memberi sumber dan inspirasi untuk terus mencapai
kehidupan yang lebih maju. Sebaliknya kejatuhan sesebuah tamadun
berpunca daripada sikap alpa meninggalkan tuntutan agama dan hidup
dengan nilai sekularistik dan ekstrimis terhadap kebendaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

AKTIVITI 10.2

Apakah peranan sistem nilai dalam menentukan jatuh bangunnya


sesebuah tamadun?

10.4 PERTEMBUNGAN TAMADUN BARAT


DAN TIMUR SERTA IMPAKNYA
TERHADAP PASCAMODENISME
Huntington (1993) telah menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang
kepada kekuatan sesebuah tamadun moden serta ada juga faktor yang menjadi
penentu kurangnya pengaruh sesebuah tamadun. Setiap tamadun sentiasa
mengalami perkembangan dan kemunduran. Huntington juga menjelaskan
bahawa pertembungan antara tamadun merupakan era terbaru dalam konflik
pasca modenisme khususnya selepas era perang dingin. Menurutnya, identiti
tamadun pada masa hadapan dan sebahagian dunia akan dibentuk oleh interaksi
tamadun besar ini. Tamadun besar itu termasuklah tamadun daripada negara
Barat dan tamadun daripada Timur seperti tamadun China, Jepun, Islam, Hindu,
Slavic-Orthodox, Amerika Latin dan mungkin juga tamadun Afrika.
Pertembungan dan konflik yang akan berlaku pada masa hadapan yang boleh
meretakkan hubungan antara Barat dan Timur.

Huntington meletakkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya


pertembungan dan keretakan antara tamadun, iaitu:

(a) Pembeza satu tamadun dengan tamadun yang lainnya terletak pada bahasa,
sejarah, tradisi, budaya dan yang paling penting ialah agama;

(b) Interaksi antara manusia daripada berlainan tamadun semakin bertambah


kerana dunia kini semakin mengecil;

(c) Proses perubahan sosial dan pemodenan ekonomi di seluruh dunia telah
memisahkan orang daripada identiti dan jati diri tempatan yang telah lama
berakar umbi dan proses ini melemahkan negara bangsa sebagai asas
identiti;

(d) Kesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan dipercepatkan oleh
peranan Barat. Pada satu pihak, Barat berada di puncak kekuasaan dan pada
masa yang sama sebagai kesan kekuasaan Barat menyebabkan dunia Barat
mencari jalan keluar seperti pengislaman semula Timur Tengah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  213
TAMADUN

(e) Ciri dan perbezaan sesuatu kebudayaan agak sukar untuk diubahsuai dan
dikompromikan berbanding dengan ciri-ciri ekonomi dan politik. Agama
merupakan tekanan yang hebat dalam kalangan umat manusia. Seseorang
itu mungkin boleh dianggap separuh Perancis dan separuh Arab dan
seterusnya menjadi warga dua negara. Namun tidak mungkin boleh menjadi
separuh Katolik dan separuh Islam; dan

(f) Keserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan kerjasama


serantau menguntungkan negara anggota kesatuan berdasarkan tamadun
yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau yang
diamalkan dan dikongsi bersama seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC).
Bergantung kepada asas dalam budaya di Eropah dan Kristian Barat tetapi
kejayaan ini tidak mutlak akibat timbul masalah tentang tiadanya
persefahaman seperti itu. Penggunaan mata wang Euro memperlihatkan
Britain enggan menyertainya. Sungguhpun tamadun lain di Asia Selatan dan
Asia Tenggara mempunyai organisasi serantau mereka sendiri seperti South
Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) dan Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN), namun kejayaan kerjasama dalam
bidang ekonomi kurang menggalakkan.

Pertembungan antara dua tamadun Barat dan Timur ini telah memberi impaknya
terhadap pascamodenisme. Pada umumnya pascamodenisme adalah satu gaya
hidup bebas, tanpa batas adat, agama dan moral dengan penolakan terhadap
agama dan apa sahaja kebenaran yang hakiki, juga penolakan terhadap nilai yang
mutlak. Pascamodenisme merupakan satu produk budaya dan gaya hidup baru
sebagai pemikiran dan amalan. Selain itu, ia merupakan cara pemikiran dan
penteorian baru tentang kehidupan manusia dan masyarakat hari ini. Zaman yang
punya cara dan gaya serba baru membuang semua gaya kuno dan lapuk.

Nilai pascamodenisme sangat merbahaya kepada nilai agama dan moral kerana:

(a) Menolak rukun iman dan rukun Islam;

(b) Ia menentang nilai rohaniah yang hakiki dan menolak ibadat seperti
sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya;

(c) Ia menolak nilai moral dan etika yang mutlak dalam agama, kerana semua
nilai dalam agama dan moral boleh dirasionalkan; dan

(d) Ia menolak sistem hukum yang dibawa oleh agama dalam bentuk hukum
hakam syariat (Mohd. Azhar Abd. Hamid et al., 2013).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

SEMAK KENDIRI 10.2

Senaraikan impak atau kesan pascamodenisme akibat pertembungan


antara tamadun Barat dan Timur.

10.5 REALITI GLOBALISASI DAN CABARAN


ABAD KE-21
Menurut Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses yang mana
manusia di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyakakat dunia
(single world society) atau masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang
dan waktu bersifat maya dan pendek, dimensinya boleh digerakkan sepantas
yang mungkin. Melalui jaringan komunikasi manusia semakin cepat dan dekat.
Maklumat dapat disalur dan diterima hanya dalam beberapa saat. Sekaligus,
globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun
hidup manusia.

Menurut Wan Hashim (1997), globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat
langsung ledakan teknologi maklumat merupakan suatu proses re-westernisasi
atau imperialisme budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan
mempunyai kesan melemah dan akhirnya meminggirkan proses Islamisasi.
Ia menjadikan masyarakat Malaysia secara relatifnya lebih materialistik dan
berorientasikan kepenggunaan, serta berorientasikan perniagaan untuk mengaut
keuntungan sebanyak mungkin.

Arus globalisasi memberi impak dan cabaran baru dalam abad ke-21 dalam
konteks tamadun meliputi:

(a) Asimilasi, akulturasi dan difusi dalam pelbagai budaya;

(b) Membina keperibadian maya dengan nilai, norma dan moral yang bersifat
maya;

(c) Mengutamakan nilai materialistik;

(d) Pengamalan budaya hedonisme;

(e) Mementingkan diri sendiri; dan

(f) Hilangnya sifat dan semangat kekitaan, kekeluargaan, kejiranan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  215
TAMADUN

Di samping itu juga cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada abad ke-21
ini meliputi:

(a) Pembinaan sebuah masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu serta
demokratik dengan mengamalkan semangat 1Malaysia;

(b) Membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang beretika, berakhlak,


bermoral dan yang berpegang kuat kepada nilai agama dan rohaniah serta
mempunyai standard etika yang tinggi;

(c) Melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang bertoleransi daripada aspek


agama, budaya dan bahasa; dan

(d) Membentuk masyarakat pelbagai kaum yang penyayang, berteraskan satu


sistem sosial yang berpegang kepada konsep kolektif mendahului
kepentingan individu.

SEMAK KENDIRI 10.3

Jelaskan maksud globalisasi dan senaraikan cabaran terkini dalam abad


ke-21.

10.6 PENGARUH ISME BARAT TERHADAP


TAMADUN ASIA
Siri penjajahan Barat ke negara Asia telah bermula sejak abad ke-14 dan lebih
drastik pada abad ke-18 dan 19. Penjajahan Barat yang begitu lama tentunya
meninggalkan kesan yang negatif dan tentunya ada juga impak yang positif.
Sepanjang abad ke-19, 20 dan 21 Barat telah membina tamadunnya di negara-
negara Asia khususnya di Malaysia, China, India dan negara Asia lainnya.
Pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Melayu, China dan India dapat
dilihat dari segi sistem pentadbiran negara, perundangan, sains dan teknologi,
budaya, pemikiran, fesyen, sosial, media, pendidikan, bahasa dan komunikasi.
Negara Asia yang mengamalkan sistem politik, media, ekonomi, sosial dan
budaya Barat telah mempengaruhi rakyat dari segi pelaksanaan serta amalannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Pengaruh isme Barat terhadap Tamadun Asia boleh dilihat dari segi:

(a) Sekularisme (fahaman pemisahan antara agama dengan politik, sosial,


ekonomi dan lain-lain);

(b) Materialisme (fahaman kebendaan yang melampau); dan

(c) Hedonisme (fahaman budaya bebas tanpa unsur-unsur nilai etika dan
estetika).

SEMAK KENDIRI 10.4

Bagaimanakah isme Barat boleh mempengaruhi tamadun Asia?

10.7 PERSEFAHAMAN ANTARA PELBAGAI


TAMADUN MENJANA KESATUAN
Dialog antara tamadun sebagai mekanisme menghadapi abad ke-21 telah
diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ÂTahun
Dialog TamadunÊ. PBB melihat dialog antara tamadun ini amat signifikan kepada
dunia dalam keadaan masyarakat dunia dilihat tidak seimbang dari segi
perbezaan ideologi dan pendapat serta berlaku pengasingan budaya yang sangat
ketara antara tamadun Barat dan Timur. Dialog ini juga penting bagi mencari
persefahaman dan titik pertemuan antara pelbagai tamadun dunia.

Bagi menjana kesatuan kaum di Malaysia, dialog antara tamadun ini sangat
penting kerana ia dapat:

(a) Membincangkan perkara yang boleh disepakati dari segi kompromi kaum,
kesatuan ideologi, nilai kemanusiaan, alam sekitar dan fahaman beragama;

(b) Memperbetulkan salah faham terhadap tamadun lain;

(c) Memupuk nilai sepadu yang boleh dikongsi bersama;

(d) Memahami dan menghormati tamadun sesuatu bangsa; dan

(e) Memahami isu yang memisahkan antara tamadun Melayu, China dan India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  217
TAMADUN

Pertentangan atau pertembungan antara pelbagai tamadun selalunya berkaitan


dengan sesuatu perubahan sama ada perubahan tersebut ke arah yang lebih positif
mahu pun yang negatif. Contohnya, pertembungan antara tamadun Barat dan
Timur banyak memberi impak positif daripada segi pemindahan keilmuan,
kemahiran, kepakaran sama ada dalam bidang bahasa, mahu pun dalam bidan
sains dan teknologi. Tidak kurang juga dalam pertembungan ini Tamadun Barat
telah memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tamadun Timur (khasnya
rantau Asia) dari segi pemindahan budaya, sosial, bahasa, agama, sekularisasi,
isme, media dan telekomunikasi yang mungkin tidak sejajar dengan kepercayaan
dan pemikiran masyarakat Asia khususnya di Malaysia. Satu lagi kesan
pertembungan antara dua tamadun ini adalah pengaruh globalisasi yang memberi
impak berganda terhadap tamadun Islam, Melayu, China dan India. Ini kerana
dunia yang kita lihat pada hari ini seolah-olahnya telah menjadi sebuah tamadun
Barat yang besar dan berpengaruh dengan sifat hegemoninya tidak lagi
memperlihatkan identiti tamadun tempatan, lihat sahaja dari segi jenis makanan,
pakaian, pendidikan, hiburan, gajet dan sebagainya.

 Ilmu merupakan aspek yang sangat penting dalam proses membentuk


sesebuah tamadun. Ketinggian ilmu dan pendidikan merupakan lambang
masyarakat bertamadun dan beberapa tamadun dunia yang dibina juga
berakar umbi daripada asas keilmuan yang kukuh dan pelbagai.

 Dengan sebab itu mana-mana negara yang mempunyai tamadun yang hebat
sangat memberi keutamaan terhadap ilmu dengan mendirikan universiti yang
ternama demi mentamadunkan rakyatnya.

 Tamadun adalah penciptaan terhadap penghasilan atau produk. Dengan


sebab itu setiap tamadun mempunyai sumbangannya yang tersendiri kepada
masyarakat, baik tamadun Islam, Melayu, China, India dan juga tamadun
Barat.

 Jika diteliti isi kandungan setiap tamadun tersebut, banyak iktibar, nilai dan
pengajaran yang bermakna boleh dikutip untuk membina tamadun diri.
Contohnya kemajuan, kemakmuran dan ketenteraman hidup dalam setiap
tamadun tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan tolak ansur antara
masyarakatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

 Adalah sangat penting bagi generasi sekarang untuk mempelajari tamadun


awal bangsa atau negara serta sedar bahawa mereka boleh menyumbang ke
arah kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa atau pun agama.

 Juga diharapkan agar kita semua boleh belajar dan mendapat faedah daripada
interaksi antara tamadun bagi memupuk persefahaman tulen dan sikap
hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan,
bangsa dan budaya khususnya kepada generasi yang bakal menjadi pemimpin
negara.

Akulturasi Lokal
Asimilasi Materialisme
Difusi Pascamodenisme
Glokal Sekularisme
Hedonisme

Fariza Md. Sham et al. (pnyt). (2000). Dakwah dan perubahan sosial. Kuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publications dan Distributors.

Hunting, S. (1993). Clash of civiliztions. Foreign Affairs, 72(3): 22ă49.

Hunting, S. (1993). The clash of civilization and the remaking of world order.
Foreign Affairs, 72(3): 22ă49.

Huntington, S. P. (1992). Pertembungan peradaban. Terj. Normala Soulie


Mohamad. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Strategik Kajian Antarabangsa
Malaysia, 1992, 4ă6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN  219
TAMADUN

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi Muhamed Fauzi Othman,
& Othman A. Kassim. (2013). Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden:
Antara realiti, harapan dan gagasan. Skudai, Malaysia: Universiti Teknologi
Malaysia.

Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran kursus
tamadun Islam dan tamadun Asia di institusi pengajian tinggi awam
Malaysia: Platform utama ke arah memperkenalkan tamadun Cina. Journal
Sosiohumanika, 5(1).

Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad
kedua puluh satu. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wilson, J. (1990). A new introduction to moral education. London, England: Casell.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like