You are on page 1of 4

SK PARIT KADIR, SENGGARANG

BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM 5 MINIT CEGAH JENAYAH

Anjuran:
Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
KERTAS KERJA
PROGRAM 5 MINIT CEGAH JENAYAH
TAHUN 2013

1.0 PENGENALAN
Pada masa kini, terdapat ramai remaja terdedah kepada kes-kes jenayah seperti jenayah
siber, gengsterisme, vandalisme, jenayah buli, mat rempit, pecah rumah, rogol, ponteng,
dadah, seks bebas dan kes ragut. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan
masyarakat.

2.0 RASIONAL
Adalah diharapkan melalui program ini, dapat memberi pendedahan kepada semua murid
tentang maksud, punca, kesan dan hukuman sesuatu kesalahan jenayah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi
agama, bangsa dan negara.
3.2 Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan
wujudnya jenayah di sekeliling mereka.
3.3 Memberi panduan kepada murid cara menghindar jenayah.

4.0 TEMPOH MASA


30 September 2013 hingga 4 Oktober 2013 (satu minggu)

5.0 SASARAN
Semua murid SK Parit Kadir, Senggarang

6.0 KOS
RM 80.00

7.0 SUMBER KOS


Bimbingan dan Kaunseling
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi: Puan Hajah Zarina binti Sa’adon (Guru Besar)
Naib Pengerusi: Puan Halidah binti Kamsan (GPK Kurikulum)
Puan Juliana binti Ahmad (GPK HEM)
Encik Mustafa bin Yunos (GPK Kokurikulum)
Setiausaha: Puan Rasidayanty binti Saion
AJK: Encik Abdul Ghoni bin Tasliman
Encik Ahmad Zaki bin Shamsuri
Puan Norazlinda binti Sulaiman
Cik Noraini binti Sabri

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Murid mendengar penerangan tentang kesalahan jenayah oleh guru penasihat
kelab setiap pagi sebelum masuk ke kelas selama seminggu.
9.2 Murid mencatat maklumat penting yang disampaikan.
9.3 Murid menjawab kuiz yang dikemukakan pada hari Jumaat (4 Oktober 2013)
mengikut tahap.
9.4 Seramai 10 orang murid tahap 1 dan 10 orang murid tahap 2 yang terbaik akan
diumum sebagai pemenang kuiz.

10.0 PENUTUP
Semoga dengan program ini dapat mengurang kes jenayah dalam negara umumnya dan di
peringkat sekolah khasnya. Penghayatan murid-murid terhadap maklumat yang
disalurkan dapat dimanfaatkan untuk melindungi diri dari kes-kes jenayah yang
membawa padah.

Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

……………………………… ….…………………………
Rasidayanty binti Saion
Guru Penasihat
Kelab Pencegahan Jenayah
LAMPIRAN

You might also like