You are on page 1of 1

Selamat pagi dan selamat sejahtera

Terima kasih saudara pengacara majlis


Yang Berusaha Encik Hasri Bin Yong,Guru Besar SK Pengkalan Pegoh
Yang dihormati barisan Pentadbir Sekolah
 En. Ahmad Ansary B. Musa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
 En. Mohd. Rizalme B. AKSani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Pn. Rozana BT. Mohd.Said, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
 Pn. KN Selvi A/P Nadarajah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Yang dihormati, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat sejahtera dan selamat pagi…

Pada minggu ini iaitu mulai dari hari ini, 14 Nov 2022 hingga Jumaat 18 Nov 2022
Kumpulan saya bertugas yg terdiri daripada saya, Cikgu Kumar, Cikgu Sri, En.Shahrul Rizal, Pn.
Noraini dan Pn. Noor Azlina.
 
Seperti biasa, murid boleh merujuk guru bertugas jika terdapat sebarang masalah dan perkara yang
perlu dibantu…..

Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah…Etika Penggunaan Media Sosial ( facebook, instagram, twitter,
youtube, tik tok dan sebagainya...

Media sosial aktiviti paling popular pengguna internet kini.

Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2020


melaporkan 93.3 peratus pengguna internet menjalankan aktiviti di media sosial.

Namun, dalam keghairahan mengejar like dan share serta mahu menjadi yang
pertama menularkan sesuatu perkara, umum sering kali terlupa ia boleh menjadi
'perangkap' membinasakan.

Etika juga diwujudkan di dalam penggunaan media sosial. Oleh itu, terdapat juga
etika-etika yang harus dipatuhi semasa menggunakan media sosial supaya tidak
menjejaskan orang lain dengan pengaruh negatif ataupun dengan menyinggung
perasaan orang lain.

1. Menggunakan bahasa yg sopan dan tepat. Tidak mengelirukan


2. Biasakan menyebarkan maklumat yang benar dan berfaedah supaya tidak menimbulkan
konflik.
3. Hindari membuat ataupun menyebarkan maklumat negatif dan palsu.
4. Hindari berkongsi maklumat dan menyebarkan gambar berunsur kekerasan, keganasan,
kemalangan lalulintas dan sebagainya. Supaya menghormati keluarga mangsa.
5. Memeriksa kebenaran informasi yg diterima sebelum disebarkan.
 Jangan terlalu berkongsi maklumat dan gambar yg bersifat peribadi.

You might also like