You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/269223543

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Article · January 2012

CITATIONS READS
2 80,036

1 author:

Norayu Basir
Universiti Malaysia Perlis
9 PUBLICATIONS   8 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Norayu Basir on 08 December 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Siti Norayu Mohd Basir

Pendahuluan

Malaysia didasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat pluraliti ini membawa

bersama perbezaan kehendak dan kemahuan sekaligus mahu menjaga kepentingan kaum mereka

sendiri. Bagi sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum,agama dan budaya,

perpaduan adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Perpaduan merupakan

intipati yang sering dilaungkan oleh pemimpin dalam menjamin kelangsungan keamanan negara.

Rentetan itu banyak medium yang digunakan bagi mewujudkan dan mengutuhkan perpaduan

khusunya di Malaysia sebagai langkah memastikan negara tidak kucar- kacir akibat

persengketaan antara kaum dan antaranya adalah menggunakan bahasa Melayu sebagai

pengantara kepada perpaduan kaum.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang diangkat sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Faktor

sejarah dimana bahasa Melayu merupakan lingua franca di zaman kepulauan Nusantara telah

melayakkan bahasa Melayu dijulang sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan secara rasmi di

negara. Selaian itu bahasa Melayu mudah dipelajari dan difahami serta mempunyai bilangan

penutur majority di Malaysia (Nazarudin hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu

Samah & Ismail Hj. Mohd Rashid (2001:165)


Atas pertimbangan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Reid telah bersetuju menjaga nilai sejarah

Bahasa Melayu dan keunikannya yang yang nyata digunapakai sejak zaman kesultanan Melayu

Melaka lagi. Sejarah juga telah membuktikan bahasa kesanggupan masyarakat plurality

menggunapakai satu bahasa sebagai bahasa pengantar telah mewujudkan satu keadaan

perniagaan dan kehidupan berkomuniti yang harmoni. Atas dasar inilah bahasa Melayu diangkat

sebagai bahasa perpaduan iaitu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat

tanpa ada rasa prasangka. Namun begitu persoalan timbul apabila penggunaan Bahasa Melayu

adalah tidak menyeluruh dikalangan masyarakat Malaysia yang terkandung di dalamnya pelbagai

etnik.

Kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub di bafwah Perlembagaan

Persekutuan. Ia sinonim dengan kewujudan negara yang semestinya mempunyai satu bahasa

rasmi yang tersendiri. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan tertakluk di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas

menyatakan bahawa bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-

apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen dengan syarat

bahawa (Lembaga penyelidikan Undang-undang (2008:110-111).

Perkara 152 menjelaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu sangat nyata perlu digunakan dalam

urusan rasmi. Bahasa rasmi seperti yang digunakan dipejabat-pejabat kerajaan, dalam pengajaran

dan pembelajaran serta perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan rasmi. Kamus Dewan

(1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran,bahasa perhubungan awam,


bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kamus

Besar Bahasa Melayu Utusan (1995:130) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa

pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua

urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa

rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan

pentabiran dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih

daripada satu fungsi bagi sesebuah negara.

Toleransi penggunaan bahasa di kalangan masyarakat pelbagai kaum

Wujudkah toleransi dalam penggunaan bahasa lain di Malaysia? Persoalan ini sering di

gemburkan bagi menjaga kepentingan kaum masing-masing. Toleransi atau tolak ansur antara

kaum merupakan senjata ampuh dalam mewujudkan perpaduan. Walaupun bahasa Melayu

mendapat keistimewaan diangkat sebagai bahasa rasmi negAra akan tetapi ia tidak harus

digunakan secara membuta tuli dan menafikan hak etnik lain dalam mengembangkan

pemahaman dan penggunaan bahasa ibunda mereka. Di bawah Perkara 152, fasal (1) (a) dan (b)

umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak

dalam konteks kegunaan rasmi (Lembaga penyelidikan Undang-undang (2008:110-111)

Keterbukaan ini membuktikan toleransi terhadap kaum lain tetap wujud bagi menjamin rasa

senang dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dimana di bawah Perkara 152 juga

menyatakan bahawa tiada halangan dalam menggunakan bahasa ibunda masyarakat yang

pelbagai. Sebagai contoh masyarakat Cina dan India bebas menggunakan bahasa ibunda mereka

dalam perbualan harian selagi mana ia tidak mengganggu penggunaan bahasa Melayu dalam
urusan rasmi. Ia jelas memaparkan sifat tolak ansur dikalangan masyarakat berbilang kaum di

Malaysia.

Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri yang dikongsi masyarakat berbilang kaum

Bahasa bukan sahaja sebagai medium dalam menyampaikan maklumat akan tetapi merupakan

lambang kepada wujudnya sesebuaha negara. Ia berperanan luas sebagai bahasa pemersatu.

Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang

jati diri warganegara Malaysia. Jati diri merupakan satu sifat yang perlu ada di dalam

warganegara tidak kira dari ras dan etnik yang berbeza. Jati diri yang sama perlu di kongsi

bersama bagi memupuk semangat cinta akan negara serta sanggup berkorban untuk kepentingan

negara dan agama.

Memupuk semangat jati diri yang dikongsi bersama dalam kalangan masyarakat majmuk yang

berlainan agama,anutan,kepercayaan dan cara hidup adalah perkara yang sangat rumit. Namun

konsep jati diri yang utuh dijelaskan dengan memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan

di mana hanya satu bahasa diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bukan ertinya bahasa lain tidak

dapat memupuk semangat jati diri dalam masyarakat Malaysia tetapi kesamaan penggunaan satu

bahasa dan bahasa Melayu sebagai lambing bahasa rami negara memantapkan lagi semangat jati

diri dalam masyarakat berbilang kaum.

Menurut Abdullah Hassan (2009:59-81), masyarakat Jepun yang mendapat ilmu menggunakan

bahasanya sendiri membuktikan mereka maju kerana minda mereka bebas dari dipengaruhi oleh

bahasa asing. Justeru bahasa Melayu yang dikongsi bersama oleh masyarakat yang berbilang
kaum di Malaysia dapat memacu pembinaan jati diri mengikut acuan kita sendiri dalam

mencapai Wawasan 2020 ( Bahasa Melayu Komunikasi, 2003:3-4).

Namun hal yang berlaku pada hari ini, penggunaan bahasa Melayu yang melambangkan jati diri

masyarakat Malaysia amat membimbangkan. Ia dibuktikan dengan pencampuran bahasa Inggeris

dan bahasa Melayu dalam penuturan masayarakat Malaysia. Jati diri yang di bawa bersama

dengan keunukan bahasa Melayu seolah dikikis dengan slang-slang bahasa dari Barat.

Merebaknya penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul juga mendorong kepada kelemahan

pengusaan bahasa itu sendiri. Menyedari impak bahasa sebagai jati diri dan negara adalah sangat

besar, maka bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dihormati iaitu dengan melahirkan

rasa bangga dan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekalkan dan memantapkan jati diri

nasional Malaysia melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

(http://www.malaysianbar.org.my).

Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

Umum mengetahui pluraliti masyarakat di Tanah Melayu telah membentuk masyarakat majmuk

pada hari ini. Apabila membicarakan tentang kemajmukan ia bukan hanya dilihat dari segi ras

yang berbeza tetapi budaya, tutur kata, acuan dan bahasa yang pelbagai. Menurut Mansor Mohd

Noor (1999), masyarakat majmuk di Malaysia berbeza dari segi etnik, budaya dan agama tetapi

berpegang kuat dengan ikatan kewarganegaraan yang kuat. Kepelbagaian kaum di Malaysia pada

walnya dikesan sejak zaman Kepulauan Melayu dan Nusantara. Penghijrahan antara wilayah di

kepulauan Melayu telah mewujudkan masyarakat yang saling berhubung walaupun pada

dasarnya mereka adalah berbeza ras dan etnik. Perdagangan dan perniagaan telah menarik minat
pedagang-pedagang asing untuk masuk ke Tanah Melayu seterusnya menambah bilangan etnik

lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Ia merupakan rentetan sejarah awal wujudnya masyarakat

berbilang kaum di Malaysia pada hari ini.

Konflik etnik merupakan cabaran terbesar bagi negara yang di dalamnya terdiri dari masyarakat

yang pelbagai kemahuan dan kehendak. Keharmonian masyarakat yang pelbagai di dalam

sesebuah negara amat penting bagi menjamin kelansungan politik, ekonomi dan keharmonian

hidup berkomuniti. Konflik antara etnik akan mewujudkan suasana kucar kacir sekaligus

membantutkan usaha memajukan masyarakat, ekonomi dan negara. Konflik etnik boleh

mengancam bukan sahaja keselamatan negara malah pembangunan negara secara menyeluruh.

Bagi Malaysia yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum, isu perkauman tidak dapat

dielakkan. Malaysia pernah mengalami situasi di mana ia mengukir sejarah pahit di kalangan

masayarakat yang berbilang kaum. Justeru banyak agenda kerajaan dibentuk dan dilaksanakan

bagi mengelakkan berlakunya perbalahan kaum terjadi semula. Antaranya adalah mewujudkan

semangat perpaduan antara etnik di Malaysia.

Perpaduan adalah medium penting dalam mewujudkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Antara perkara yang diguna pakai oleh kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum

adalah dengan mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Selaras dengan factor sejarah dan merupakan bahasa yang mempunyai penutur terbanyak di

Malaysia, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan. Bukan sahaja sebagai bahasa

rasmi tetapi bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat disangkal kerana bahasa ini

merupakan bahasa yang paling mudah difahami oleh semua peringkat umur. Pemahaman

terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat penting bagi menjamin intipati perbualan dapat

difahami dengan jelas. Pengunaan bahasa yang berbeza dapat mewujudkan sikap prasangka

di mana maksud sebenar perbualan tidak dapat difahami. Sebagai contoh, kebanyakan

masyarakat Melayu tidak pandai berbahasa Tamil dan berbahasa Cina, tetapi kebanyakan

masyarakat India dan Cina pandai menuturkan bahasa Melayu.

Perpaduan menggunakan bahasa Melayu diperkuatkan lagi apabila bahasa Melayu digunakan

sebagai bahasa pengantar bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Ghazali

Abdullah (2009: 254-263), falsafah pendidikan negara yang didasari oleh Penyata Razak 1956,

Ordinan Pelajaran 1957, Laporan rahman Talib 1960, dan Akta Pendidikan 1961 dengan jelas

menyatakan bahawa tujuan dasar pelajaran di Malaysia adalah berhasrat untuk menyatupadukan

pelajar yang berbilang kaum dan budaya dengan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan

yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disetiap negeri.

Perkongsian bahasa yang satu di dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu usaha

dalam membentuk perpaduan dikalangan generasi muda untuk saling lebih memahami. Bahasa

Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi medium dalam

menyemarakkan lagi semangat perpaduan dikalangan pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan

yang dibentuk seawal zaman persekolahn rendah akan membawa kepada perpaduan yang utuh

apabila pelajar memasuki pusat-pusat pengajian tinggi. Ia sekaligus mengutuhkan semangat

saling berharmoni antara pelajar yang berbilang kaum dan bangsa.


Kesimpulan

Hubungan etnik di Malaysia pernah mengalami sejarah hitam yaang pahit untuk ditelan dan

dilupakan. Pergolakan yang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh kegagalan menyeimbangkan

ekonomi diantara masyarakat yang berbilang kaum tetapi pada dasarnya pergolakan yang

berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya rasa tolak ansur dan perpaduan antara kaum yang

terlibat. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dilihat sebagai

salah satu usaha kerajaan dalam mendokong semangat perpaduan dikalangan masyarakat yang

berbilang kaum. Bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa yang mempunyai penutur teramai dan

mudah difahami sehingga dapat mengelakkan rasa prasangka dalam kalangan masayarakat yang

berbilang bangsa dan agama. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-

sekolah menyemarakkan lagi penggunaan bahasa tunggal dikalangan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum. Walaupun begitu bahasa ibunda setiap kaum masih dijaga dengan toleransi

bahasa yang berlaku. Ia digunakan sebagai bahasa pertuturan harian.

Matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan telah tercapai dengan penggunaannya yang

meluas di Malaysia. Akan tetapi apa yang mencacatkan keindahan bahasa Melayu yang bukan

sahaja sebagai pemangkin perpaduan antara kaum dan pencorak jati diri masyarakat Malaysia

adalah sikap masyarakat yang kurang sayang dengan nilai bahasa itu sendiri. Percampuran

bahasa dengan bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa yang tidak betul harus dilihat agar ia

dapat membawa bersama nilai jati diri mengikut acuan Malaysia.


Rujukan
Abdullah Hassan, (2009), Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan

Globalisasi, Jurnal Kemanusiaan 16, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bahasa Melayu lambang jati diri nasional, (2009)

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/bahasa_melayu_lambang_jati_d

iri_nasional.html

____________, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS Publication &

Distributor Sdn. Bhd

Kamus Dewan (2005).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2008), Perlembagaan Persekutuan hingga 15


Mei2008, Petaling Jaya: International Law Book Srvices

Mohd Ghazali Abdullah, (2009), Dasar dan Perlaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan: Satu
Penilaian Semula, Bangi: Universiti Putra Malaysia

Nazaruddin Hj. Mohd Ali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi abu Samah & Ismail Hj. Mohd
Rashid, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Ed.Kedua,
Petaling Jaya: Prentice Hall.

View publication stats

You might also like