You are on page 1of 7

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA LANGAT

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MENGELUARKAN KEWANGAN


BAGI PENGANJURAN PERTANDINGAN
KEMAHIRAN SUKAN HOKI
MSSD KUALA LANGAT DALAM TALIAN
TAHUN 2021
PELAKSANAAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN HOKI
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA LANGAT SECARA
DALAM TALIAN TAHUN 2021

1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan menggunakan peruntukan
kewangan yang disalurkan oleh PPD Kuala Langat berhubung penganjuran
Pertandingan Kemahiran Sukan Hoki MSSD Kuala Langat Sukan Secara Dalam
Talian dan membawa Kontinjen MSSD Kuala Langat ke Kejohanan MSS Selangor
bagi tahun 2021. Permohonan ini dibuat berikutan SMK Sungai Manggis telah
dilantik sebagai pengelola kejohanan/pertandingan sukan MSSDKL 2021.

2. LATAR BELAKANG

Pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi ancaman kepada


kesihatan dan keselamatan semua negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ini
secara langsung telah membentuk norma baharu dalam gerak kerja di semua sektor
termasuk sektor pendidikan. Penularan wabak ini turut memberi impak yang besar
terhadap pelaksanaan aktiviti dan kejohanan sukan di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa. Ini termasuk kejohanan tahunan seperti Majlis Sukan
Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), MSSM dan
kejohanan antarabangsa di bawah pengurusan Asian School Sport Federation
(ASSF), Asian School Footbal Federation (ASFF) dan ASEAN Schools Sports
Council (ASSC).
Bagi memastikan pertandingan sukan terus disemarakkan, pelaksanaan
pertandingan secara dalam talian dilihat sebagai alternatif yang terbaik dan boleh
dilaksanakan di pelbagai peringkat tanpa menjejaskan keselamatan murid pada
ketika ini. Pelaksanaan pertandingan sukan ini secara tidak langsung memberi
peluang kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mendapat manfaat
melalui pencapaian markah dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK).
Pelaksanaan pertandingan secara dalam talian ini adalah sejajar dengan
hasrat kerajaan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 khususnya dalam
kalangan murid sekolah. Pertandingan kemahiran ini akan turut mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

3. OBJEKTIF PERTANDINGAN

3.1 Memberi peluang kepada murid menyertai pertandingan di peringkat


daerah, negeri dan kebangsaan.
3.2 Mewujudkan pertandingan secara dalam talian bagi memastikan murid
terus bergiat aktif dalam bidang sukan

4. MATLAMAT

4.1 Menyokong pelaksanaan Dasar Sukan Negara


4.2 Menyemarakkan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
4.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mendapat markah terbaik
dalam penilaian PAJSK.

5. SASARAN

5.1 Terbuka kepada semua murid-murid


5.2 Terdapat enam (6) kategori umur yang akan dipertandingkan mengikut
sukan seperti ketetapan berikut:

5.2.1 Lelaki Bawah 12 Tahun;


5.2.2 Lelaki Bawah 15 Tahun;
5.2.3 Lelaki Bawah 18 Tahun;
5.2.4 Perempuan Bawah 12 Tahun;
5.2.5 Perempuan Bawah 15 Tahun; dan
5.2.6 Perempuan Bawah 18 Tahun
6. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

6.1 Peringkat Sekolah Tarikh : 9 hingga 27 Ogos 2021


Tempat : Di kediaman masing-masing atau tempat
bersesuaian

6.2 Peringkat Daerah Tarikh : 30 Ogos hingga 3 September 2021


Tempat : Di kediaman masing-masing atau tempat
bersesuaian

7. KAEDAH PELAKSANAAN

7.1 Dalam talian dengan menggunakan format pertandingan yang sebenar.


Contoh, Sukan Catur.
7.2 Rakaman video kemahiran secara dalam talian (tujuan penjurian)

8. AHLI JAWATANKUASA
8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KEMAHIRAN HOKI
MSSD KUALA LANGAT SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021

PENGERUSI : EN AZHAR BIN A KADIR


Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Kuala Langat

NAIB PENGERUSI 1 : TN HJ ZULKIFLI BIN MOHAMED


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
PPD Kuala Langat

NAIB PENGERUSI 2 : PN JURAIZA BT ABDUL JAMIL


Pengetua
SMK Sungai Manggis

SETIAUSAHA : EN MOHD ZULKIFLY BIN MOHAMED


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid
PPD Kuala Langat

P. SETIAUSAHA : PN PARIDAH BINT DASIR


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Manggis

BENDAHARI : PN UMI KHALSOM BINTI MOHD AGUS


Kerani Kewangan
SMK Sungai Manggis

AHLI JAWATANKUASA : PENGETUA/GURU BESAR


Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah
Daerah Kuala Langat
PTPS MSSD Kuala Langat

8.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG : EN AZHAR BIN A KADIR


Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Kuala Langat

PENASIHAT : TN HJ ZULKIFLI BIN MOHAMED


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

EN MOHD ZULKIFLY BIN MOHAMED


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pembangunan Sukan
PPD Kuala Langat

PENGERUSI : PN JURAIZA BINTI ABDUL JAMIL


Pengetua
SMK Sungai Manggis

PENYELARAS : PN PARIDAH BINTI DASIR


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Manggis
SETIAUSAHA : MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAMSURI
S/U Sukan
SMK Sungai Manggis

BENDAHARI : PN UMI KHALSOM BINTI MOHD AGUS


Kerani Kewangan
SMK Sungai Manggis

AJK Kecil : PN NOORHAFILLAH BT ABD RAHIM


AJK ICT
SMK Sungai Manggis

PN ROHAYU BINTI ARIFFIN


AJK Statistik
SMK Sungai Manggis

9. IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 WARAN PENGELOLAAN DARIPADA PPDKL

RM 600.00

9.2 ANGGARAN PERBELANJAAN DIJANGKA UNTUK PENGANJURAN


PERTANDINGAN

Bil Perkara Jumlah Catatan


Pengurusan Pertandingan MSSD Kuala
1. RM 100.00
Langat dalam talian
2. Hadiah johan keseluruhan RM 500.00
3. Hadiah pencapaian individu Disediakan oleh
4. Sijil PPDKL

JUMLAH RM 600.00

*** CADANGAN HADIAH YANG BOLEH DIBELI :


1. POWER RESISTENCE WAIST BELT (250) - 1 PCS
2. STAP LADDER (6M) - 1 PCS
3. ADJUSTEBLE MINI HURDLE - 5 HURDLE
4. FITNESS BAND RING - 4 PCS
5. CARRY BAG - 1 PCS

10. KESIMPULAN
Bagi memastikan sukan dapat dibudayakan meskipun negara dilanda pandemik
COVID-19, langkah proaktif perlu diambil dan dipertimbangkan bermula di
peringkat akar umbi. Pelaksanaan Pertandingan dan Kemahiran Sukan Secara
Dalam Talian MSSD Kuala Langat dilihat sebagai platform yang terbaik.
Sehubungan itu, adalah amat diharapkan agar pihak tuan sudi memberi
kelulusan untuk mengeluarkan peruntukan yang disalurkan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Langat bagi kegunaan penganjuran peringkat daerah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................ .......................................................
MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAMSURI PN PARIDAH BINT DASIR
S/U Sukan Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Manggis SMK Sungai Manggis

Diluluskan,

........................................................
PN JURAIZA BINTI ABDUL JAMIL
Pengetua
SMK Sungai Manggis

You might also like