You are on page 1of 22

MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

Topik 1
KEMASYRAKATAN MALAYSIA
(Minggu 1)
MPU 1152
PENGAJIAN MALAYSIA
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1.  Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang
kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan,
pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

2.  Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang


kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan,
pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

3.  Menghuraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang


kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan,
pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

4.  Merumuskan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang


kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan,
pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
MPU 1152
PENGAJIAN MALAYSIA
TOPIK TOPIK TOPIK TOPIK TOPIK
KOMPONEN PENILAIAN   1   2   3   4   5   MARKAH  

 
KUIZ 5%     5%    
UJIAN     10%       10%  
PENILAIAN
BERTERUSAN
TUGASAN     10%       70%  
(PB)  
PROJEK     20%    

PEMBENTANGAN   10%          

PENILAIAN
TEORI   30%   30%  
AKHIR (PA)  
1.1 MENYATAKAN SISTEM SOSIAL
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu
Sebelum Campur Tangan British
Pendahuluan
•  Masyarakat Melayu tradisional terbahagi
kepada dua:- golongan pemerintah dan
golongan diperintah.
•  Golongan pemerintah terdiri daripada raja/
sultan, keluarga dan kerabat diraja,
pembesar, pentadbir serta ulama istana.
•  Golongan diperintah ialah orang
merdeheka dan hamba.
ngkammeng8@gmail.com 4
Golongan Pemerintah
1. Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar
•  Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
•  Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran negeri.
•  Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat
dan para pembesar.
•  Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan
dan memajukan negeri.
•  Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
•  Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep
daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
•  Menjalinkan hubungan luar.
•  Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning
hanya untuk raja, payung putih untuk sultan,
payung kuning untuk kerabat, menggunakan
bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran
seperti ngkammeng8@gmail.com
kendi. 5
Golongan Pemerintah
2. Keluarga Dan Kerabat Diraja
•  Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja
dan kerabat diraja.
•  Anak raja tidak semestinya seorang putera
raja yang memerintah.
•  Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
•  Jawatan raja muda diberi kepada putera
sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
•  Putera sultan ada yang dilantik menjadi
pembesar daerah atau pemerintah jajahan
takluk
•  Mempunyai keistimewaan sama seperti raja,
tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
•  Menggunakan bahasa dalam dan payung
kuning.
ngkammeng8@gmail.com 6
Golongan Pemerintah
3. Golongan Bangsawan
•  Terdiri daripada golongan pembesar dan
kaum kerabat
•  Sangat berpengaruh dalam kalangan
pemerintah dan pentadbir.
•  Membantu sultan dalam pentadbiran dan
pemerintahan.
•  Menjadi penasihat/pembesar di daerah-
daerah tertentu.

ngkammeng8@gmail.com 7
Golongan Pemerintah
4. Pembesar Daerah
•  Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf
dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang
bercop mohor.
•  Memegang jawatan seumur hidup dan mesti
menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
•  Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
•  Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan
kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan
rakyat.
•  Menjaga keamanan dan memungut cukai di
kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan
kegiatan ekonomi.
•  Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes
jenayah di daerah mereka.
•  Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam
sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.
ngkammeng8@gmail.com 8
•  Golongan Ulama Dan Pendeta
1. Golongan Ulama
•  Berketurunan Arab Melayu dan merupakan
cendekiawan dalam bidang agama.
•  Berkedudukan istimewa dan sangat
berpengaruh dalam susun lapis masyarakat
Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
•  Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/
hukum syarak.

2. Golongan Pendeta :
•  Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,
kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah
raja.
•  Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan
golongan di istana.
•  Merupakan penulis dan perawi diraja.
ngkammeng8@gmail.com 9
Golongan Diperintah
•  Terdiri daripada rakyat biasa dan orang
asing yang bebas/merdeheka.

1. Rakyat Biasa
•  Petani, nelayan, dagang dan tukang.
•  Tidak mempunyai kuasa politik dan
jawatan dal;am pentadbiran.
•  Mengamalkan tradisi gotong-royong.
•  Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang
dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan
pekerja biasa serta petani dan tukang
mahir.
•  Bebas menjalankan kegiatan ekonomi-
pertanian, perikanan, perlombongan dan
ngkammeng8@gmail.com 10
perdagangan.
2. Rakyat Asing
•  Penduduk bukan Melayu yang
datang ke Tanah Melayu untuk
tujuan tertentu dan tinggal
sementara sahaja.
•  Terlibat dalam pelbagai kegiatan
sosial seperti tentera upahan
kerajaan.
•  Menjalankan kegiatan ekonomi
seperti pelombong dan peniaga
runcit.
•  Tidak wajib mematuhi dan
mengamalkan tradisi kebudayaan
tempatan.
ngkammeng8@gmail.com 11
3. Golongan Hamba
•  Menyediakan tenaga manusia untuk
aktiviti masyarakat seperti gotong-
royong.
•  Menyumbang tenaga untuk
menambah harta tuannya.
•  Melambangkan ketinggian taraf
sosial pemiliknya.

ngkammeng8@gmail.com 12
Terdapat Tiga Jenis Hamba
Hamba Raja :
•  Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba
lain
•  Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

Hamba Berhutang :
•  Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan
sehingga berjaya melangsaikan hutang dan
akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

Hamba Biasa :
•  Menjadi hamba seumur hidup.
•  Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi,
hamba dengan dan biduanda.

ngkammeng8@gmail.com 13
Kesimpulan
•  Adanya hierarki dalam masyarakat
Melayu tradisional adalah untuk
membezakan kedudukan golongan
pemerintah dan golongan yang
diperintah untuk membezakan
kedudukan dan penghormatan.
•  Dapat menentukan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
•  Namun begitu, susun lapis ini
mengalami perubahan selepas
kedatangan campur tangan British.

ngkammeng8@gmail.com 14
1.2 MENERANGKAN KEWUJUDAN DAN
PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK

1.2.1 Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam


Pendahuluan
•  Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam
Melayu.
•  Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan
alam Melayu dan mengurangkan pengaruh
agama Hindu dan Buddha.
•  Menjadi anutan majoriti penduduk.
•  Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan
Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat
jelata.
Perubahan Kepercayaan :
•  Animisme kepada Islam.
•  Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan
banyak Tuhan.
•  Keimanan dan konsep keesaan Tuhan.
•  Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan
rasional – mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi.
•  Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau
diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri
asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-
lain.
•  Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh
agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti
dengan tokoh-tokoh Islam.
ngkammeng8@gmail.com 16
Perundangan dan Peraturan
•  Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan
unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan
minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad,
riba dan lain-lain.
•  Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang
sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan
terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah
Mazhab Shafie.

Pentadbiran
•  Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza
dengan beraja ala Hindu-Buddha.
•  Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan
sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi.
•  Alim ulama’ sebagaingkammeng8@gmail.com
penasihat sultan. 17
Pendidikan
•  Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
•  Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
•  Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
•  Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan
lain-lain.
•  Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam
seperti solat, zakat, puasa dan haji.
•  Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar
dengan Islam.
•  Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau
sebagai tempat mengajar.
•  Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas
tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti
Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.
ngkammeng8@gmail.com 18
Bahasa dan Kesusasteraan
•  Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
•  Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-
franca.
•  Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
•  Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’,
musyawwarah dan lain-lain.

Kesenian Islam
•  Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab,
menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
•  Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan
bunga-bungaan.

Kesimpulan
•  Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat
Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan
Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam.
ngkammeng8@gmail.com 19
1.2.2 Penghijrahan Kaum Cina
1.2.3 Penghijrahan Kaum India
•  Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu
sejak pertengahan dan penghujung abad ke 19 telah membentuk
masyarakat majmuk
•  Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat
dengan kehadiran kaum Cina dan India di samping orang Melayu
yang sedia ada
•  Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu
tinggal di kawasan kampung dan pinggir bandar, orang Cina di
kawasan bandar dan perlombongan serta orang India di kawasan
lading.
•  Pada dasarnya, hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan
terpisah bersesuaian dengan matlamat dasar “pecah dan
perintah”yang diamalkan oleh kerajaan British
•  Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem
pendidikan vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut kaum

ngkammeng8@gmail.com 20
PENILAIAN TOPIK 1
1.  Kuiz (5%) – Soalan Objektif
2.  Pembentangan (10%) – Penilaian Individu mengikut
rubrik yang disediakan dalam Jadual Spesifikasi Ujian.

ngkammeng8@gmail.com 21
CONTOH LATIHAN PEMBENTANGAN
Perkembangan sosio-ekonomi membawa kepada
perubahan struktur masyarakat di Tanah Melayu.
a. Huraikan bagaimanakah masyarakat majmuk wujud di
Tanah Melayu
b.  Apakah pengetahuan dan iktibar / pembelajaran yang
anda perolehi daripada peristiwa kewujudan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu?
c.  Terangkan apakah harapan Negara daripada peristiwa
sejarah ini (kewujudan masyarakat majmuk) di tanah air
kita dan bagaimanakah anda sebagai seorang individu
memainkan peranan dalam memenuhi harapan Negara
itu?

ngkammeng8@gmail.com 22

You might also like