You are on page 1of 9

PENGARUH HINDU BUDDHA KEPADA

MASYARAKAT
TANAH
MPU 21032 MELAYU
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

DCE 5C

NAMA NO PENDAFTARAN

RAVEENA NAIDU DEVANATHAN 33DCE19F1100

MUHAMMAD HUDZAIFAH BIN 33DCE19F1101


MOHD EMRAN

TASHVEENA VIJAYAN 33DCE19F1099

MEROSHENEE RAMESH 33DCE19F1093

MOHAMAD NAZRIN BIN MOHD 33DCE19F1073


NOOR
PENGARUH HINDU BUDDHA KEPADA MASYARATAKAT TANAH MELAYU

● Upacara dan penyembahan keagaman menjadi lebih susun dan berbentuk rasmi.
● Mengalami proses sinkritisme atau penyerapan dengan kepercayaan tempatan yang asli.
● Hanya berlaku pada lapisan atau masyarakat melayu.
● Tidak benar-benar melibatkan keseluruhan doktrin atau ajaran murni yang terdapat dalam
falsafah hindu-buddha asli yang luhur .
● Kedudukan raja-raja dari aspek spritual dan peranan fizikal diperkukuhkan melalui upacara
keagamaan untuk menjadikan raja-raja sebagai peribadi luhur, suci dan kudus.
● Aspek hindu, sistem masyarakat yang memisahkan golongan raja, para bangsawan ,
golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telan menular ke dalam sistem sosial
kelompok melayu.
● Teras kepada agama hindu berdasarkan telah meningalkan kesan negatif dan positif
terhadap masyarakat di Asia Tenggara dalam aspek-aspek berikut:
Hukum Karma

● Hanya membuat penganut agama hindu agar sentiasa berbuat baik sesama makhluk.
● Untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan-amalan baik dan berbakti semasa
hidup.

Kesan Ke Atas Pemikiran


● Pengaruh dari India telah meningkatkan peradapan di mana kedudukan Raja pada zaman tersebut
mempunyai fungsi dan kebolehan sebagai seorang shaman.
● Raja sebagai pawang atau bomoh yang mempunyai ilmu mentera dan seorang jampi serapah.
● Masyarakat melayu awal pada ketika mempunyai pemikiran bahawa Raja mempunyai kelebihan dan
dapt menguasai alam ghaib yang boleh mempengaruhi kehidupan individu-individu dalam
masyarakat.
● Kebolehan raja yang memiliki kuasa yang luar biasa telah meletakkannya di stau kedudukan yang
tinggi dalam strata sosial masyarakat.
● Seorang raja perlu menyakinkan rakyat dalam taraf pengetahuan yang difahami oleh rakyat sendiri
iaitu dalam bentuk data dan sistem soaial yang wujud sebelum tibanya pengaruh dari India.
Kesan ke atas sistem undang-undang

● Raja dianggap sangat istimewa kerana kedudukan raja yang mempunyai kredibiliti sebagai jelmaan dewa-dewa.
● Raja juga dianggap mempunyai kekuasaan mistik yang luar biasa.
● Apa sahaja yang diucapkan oleh raja adalah merupakan undang-undang yang mesti dipatuhi.
● Kanun diraja lebih utama dan kuat diresapi oleh pengaruh hindhu-buddha kerana golongan aristokrat lebih
menerima pakai unsur-unsur agama dan budaya dari india demi kepentinhan mereka yang prestij itu.

Kesan atas sistem ekonomi


● Raja dianggap pemerintah yang wajib ditaati.
● Rakyat ataupun masyarakat daripada strata bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani terpaksa
membayar ufti yang berupa bentuk emas ataupun cukai daripada hasil pekerjaan mereka kepada Raja
melalui pegawai-pegawai raja yang dilantik khas untuk melaksanakan kutipan cukai daripada rakyat kelas
bawahan.
● Disebabkan terdapatnya susunan hiraki dalam susunan kasta yang pengaruh datang daripada
india,masyarakat bawahan pada zaman pra-kolonial di tamadun Melayu Awal hanya mampu mempunyai
pekerjaan yang setara dengan kelas status sosialnya.
● Masyarakat pada zaman tersebut tidak mampu menaik taraf kehidupan mereka kepada taraf yang lebih
kerana susunan hiraki yang mengikut kasta adalah sebahagian kepercayaan keagamaan.
Kesan atas seni budaya dan adat resam
● Khazanah kebudayaan india lebih diminati dari falsafah agamanya sehingga falsafah iru
diabaikan dan diubahsuai menjadi seni.
● Banyak tarian-tarian keagaaman telah diadaptasi menjadi sebagai tarian seni dan
kebudayaan di india dan telah meresapi kepada masyarakat melayu awal yang menganut
agama hindu.
● Gajah telah dinaik taraf sebagai binatang diraja dan memperoleh kedudukan yang mulia
bagi agama dan buddha.
● Pengaruh konsep drama dan pementasanyan juga di adaptasi daripda kitab-kitab hindu
dan tulisan daripada india.
● Cerita-cerita metos agama hindu tersebut juga telah disadur menjadi versi kesusasteraan
dan seni budaya tempatan.
Perubahan yang dibawa Islam ke atas Tanah Melayu

❖ Perubahan daripada aspek akidah atau kepercayaan


● Kepercayaan masyarakat alam melayu sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh animism dan dinamisme
yang mempercayai setiap perkara atau benda mempunyai semangat atau roh yang memberi kesan baik atau
buruk serta mempercayai kuasa roh nenek moyang. Juga ada yang berpendapat bahawa telah wujud agama
tauhid iaitu kepercayaan kepadaTuhan yang Maha Esa di alam melayu.
● Walau bagaimanapun selepas kedatangan agama Islam, masih ada segelintir masyarakat alam melayu
mempercayai politheisme (percaya lebih dari satu Tuhan) akibat pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-
Buddha.
● Dengan menerapkan amalan tauhid yang sememangnya menjadi akidah Islam kepada masyarakat alam
melayu akan melahirkan amalan yang sebaris dengan syariat Islam terutama ibadah khusus seperti solat lima
waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi zakat, mengerjakan haji bagi yang berkemampuan, membaca
Al-Quran serta seumpamanya.
● Jadi pengaruh akidah, ibadah dan tassawur Islam sangat membantu di dalam kehidupan masyarakat di alam
melayu serta mengukuhkan lagi agama Islam sehingga kini dan susah untuk dipisahkan antara melayu dengan
Islam. Dengan ini menjadikan masyarakat melayu ingin membina tamadun yang lebih gemilang berbanding
zaman sebelumnya.
❖ Perubahan daripada aspek bahasa dan perkataan

● Dengan adanya Islam di alam melayu, pengaruh daripada bahasa dan perkataan juga telah
diberi nafas baru terhadap bahasa melayu. Tulisan daripada Al-Quran yang diasaskan daripada
29 huruf itu telah menyebabkan masyarakat alam melayu pandai membaca dan menulis.
● Selain itu, dari segi sastera juga telah diberi pembaharuan di alam melayu. Sebagai contoh
fungsi dan peranannya telah berubah daripada sifat hiburan kini telah dijadikan kepada media
pendidikan dan pendakwah.

❖ Perubahan daripada aspek perlakuan individu

● Dalam hal sebegini, pendakwah amat memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi
kesedaran kepada anak-anak muda-mudi zaman sekarang berkenaan hal Islam. Hampir setiap
kawasan wujudnya pendakwah-pendakwah bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat
mengenai Islam. Ini bagi memastikan setiap individu mempraktikkan aspek-aspek perlakuan dan
bukan sahaja pendakwah malah setiap umat Islam perlu mempraktikkan asas-asas fardhu ain
serta fardhu kifayah supaya dapat memantapkan lagi perlakuan setiap individu.
❖ Perubahan daripada aspek sosial
➢ Setelah kedatangan Islam sifat dan nilai-nilai murni telah diterap dan ditambah
dengan pendidikan agama terutama al-Quran yang ditekankan masyarakat
melayu. Pengajian agama Islam telah dijalankan secara formal dan tidak formal
sejak dahulu lagi
➢ Penekanan masyarakat melayu dalam bidang pendidikan ini telah membawa
kepada perubahan sosial terhadap masyarakat setempat. Ianya berlaku setelah
berlakunya kesedaran setiap individu setelah mendapat pendidikan secara
kebetulan atau tidak. sebagai contoh pergaulan antara lelaki dan perempuan amat
terbatas bagi yang bukan muhrim. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya
perbuatan yang tidak diingini seperti zina
➢ Disebabkan budaya melayu berteraskan Islam amalan dan masyarakat setempat,
maka aspek-aspek ini menjadi asas utama dalam membentuk budaya masyarakat
melayu yang sinonim dengan agama mereka iaitu agama Islam.

Perubahan daripada aspek sosio-ekonomi
●Berdasarkan sejarah, aspek ekonomi di alam melayu sebelum kedatangan Islam sangat
mundur serta tidak menentu. Ianya boleh diibaratkan sebagai kais pagi makn pagi, kais
petang makan petang. Ada jurang besar antara orang kaya dan orang miskin, pangkat
tinggi dengan pangkat rendah amat ketara sekali. Tetapi semua itu berubah setelah Islam
diperkenalkan serta diperluaskan di alam melayu.

●Ini disebabkan Islam mengajar manusia supaya mengamalkan persamaan taraf di


kalangan manusia. Jangan ada jurang diantara orang kaya dengan orang miskin dan mesti
tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan sesekali wujud perbezaan disebabkan
harta, keturunan, pangkat dan seumpama dengannya.

●Masyarakat di alam melayu perlu bekerjasama demi meningkatkan dan memajukan


ekonomi. Kesanggupan dan kerelaan orang –orang kaya mengeluarkan zakat serta
bersedekah tidak kira dengan cara apa sekali pun merupakan faktor-faktor penting
menyumbang ke arah perkembangan ekonomi dan keharmonian masyarakat serta
kemajuan negara.

You might also like