You are on page 1of 1

(A) Kemahiran Proses Sains

1. Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu menanyakan sesuatu perkara dan


mencari jawapan secara sistematik.
2. Terdapat 6 kemahiran Proses Sains Asas:
1. Memerhati ialah kemahiran menggunakan semua deria untuk mengumpul
maklumat tentang sesuatu objek dan fenomena yang berlaku.
2. Mengelas ialah kemahiran mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena berdasarkan ciri yang sama seperti warna dan bentuk.
3. Mengukur ialah kemahiran membuat pemerhatian menggunakan nombor
dan alat berunit piawai.
1. Cara menggunakan jam randik digital:
1. Tekan butang kiri untuk set semula bacaan kepada sifar.
2. Tekan bukan kanan untuk mula mengambil bacaan.
3. Tekan butang kanan sekali lagi untuk memberhentikan kiraan
masa supaya bacaan boleh diambil.
2. Cara mengukur panjang:
1. Hujung objek diletakkan pada sengat “0”.
2. Kedudukan mata yang betul pada tanda selari dengan bacaan.
4. Membuat inferens ialah kemahiran menyatakan kesimpulan awal yang
munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
1. Inferens yang dibuat terhadap sesuatu pemerhatian mungkin benar
atau tidak benar mengikut langkah berikut:
2. Pemerhatian + Penerangan yang munasabah = kesimpulan awal.
5. Meramal ialah kemahiran yang membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
yang akan berlaku.
1. Ramalan yang dibuat mungkin benar atau tidak benar.
2. Ramalan tidak sama dengan meneka kerana meramal dibuat
berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data dan pola.
3. Ramalan juga boleh dibuat lebih daripada satu.
6. Berkomunikasi ialah kemahiran memberikan penerangan tentang tindakan,
objek, atau peristiwa menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti
jadual, graf, rajah, atau model.
1. Bentuk komunikasi lain yang kreatif adalah seperti melukis poster,
carta bergambar, carta pai dan bercerita.

(B) Kemahiran Manipulatif Sains

1. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains.


2. Terdapat 5 kemahiran manipulatif Sains:
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
3. Melakar merupakan cara untuk merekodkan maklumat dalam bentuk gambar rajah.
Lakaran hendaklah jelas, tepat dan berlabel 

You might also like