You are on page 1of 4

BAB 4 :BAHAGIAN FUNGSIAN

1. Pernyataan manakah yang benar tentang bahagian fungsian?

A. Bahagian fungsian memastikan objektif sesebuah organisasi tercapai

B. Bahagian fungsian yang menyelaras jawatan dan tugasan setiap

pengurus operasi pengeluaran

C. Sesebuah organisasi yang menyediakan senarai jawatan dalam bidang


pengurusan pentadbiran dan pengeluaran

D. Sebahagian atau rantaian dalam sesebuah organisasi yang mempunyai


tanggungjawab dan fungsi secara khusus atau spesifik

2. Maklumat berikut menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Bandar Alor
Gajah, Melaka.

Family Store Kilang Biskut Julie

Bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Julie?

A. Jualan

B. Pembelian

C. Pengeluaran

D. Pengurusan Sumber Manusia

3. Pernyataan manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

A. Merancang kewangan organisasi perniagaan

B. Menjalankan aktiviti sokongan agar aktiviti perniagaan berjalan lancar

C. Menjalankan aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memastikan


pengeluaran dapat dijalankan dengan sempurna

D. Merancang dan mengawal pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi


4. Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian
fungsian E dalam sesebuah organisasi.

 Laman Web
 Blog
 Laman Sosial seperti Facebook dan Twitter

Apakah bahagian fungsian E?

A. Jualan

B. Pembelian

C. Pemasaran

D. Pengeluaran

5. Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam


sesebuah organisasi perniagaan ?

A. Dapat meningkatkan produktiviti

B. Memudahkan pengurusan inventori

C. Memastikan keselamatan system ICT

D. Dapat membuat perancangan kewangan

6. Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh staf bahagian


fungsian pengeluaran ?

A. Mengawal penggunaan sumber secara efektif

B. Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik

C. Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera

D. Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul


7. Maklumat berikut tentang ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan.

 Perlu tempahan

 Tidak tahan lama

Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan produk tersebut
?

A. Pengeluar Pengguna

B. Pengeluar Peruncit Pengguna

C. Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna

D. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

8. Maklumat berikut merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh Encik
Hasbullah.

 Melengkapkan dokumen penghantaran

 Menyediakan jadual pergerakan kenderaan

 Menyelesaikan masalah proses pengedaran

Di bahagian fungsian apakah En Hasbullah bertugas ?

A. Bahagian fungsian jualan

B. Bahagian fungsian pengagihan

C. Bahagian fungsian pemasaran

D. Bahagian fungsian pentadbiran


9. Mengapakah teknolgi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan ?

A. Dapat meluaskan pasaran

B. Dapat memproses barang dengan cepat

C. Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran

D. Dapat mengagihkan barang kepada pengguna

10. Pernyataan berikut menunjukkan kelebihan dalam menggunakan teknologi


maklumat.

Penggunaan teknologi maklumat dalam

sesebuah perniagaan dapat meluaskan

pasaran ke peringkat global.

Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi


maklumat ?

A. Membuat promosi melalui radio dan surat khabar

B. Membina laman web untuk memperkenalkan barang

C. Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

D. Mengambil lebih ramai pekerja untuk memasarkan barang

You might also like