You are on page 1of 20

LATIHANMENGENALPASTIKEHENDAKSOALANESEI 2021

Arahan:

1. Labelkan dengan T untuk soalan TERTUTUP dan B untuk soalan TERBUKA di bawah nombor
soalan.
2. Gariskan ISU dalam soalan.
3. Tuliskan KEHENDAK SOALAN
4. Setiap soalan wajib jawab dalam masa 30 saat
Bil Esei Kehendak Soalan
1 Globalisasi membawa banyak faedah kepada ekonomi negara
Malaysia.Namun demikian, sekiranya tidak membuat persediaan yang
mencukupi, cabaran globalisasi ini boleh membawa kesan sebaliknya
kepada negara. Bincangkan.
2 Modal insan yang berkualiti memberi manfaat kepada negara.Oleh itu,
kerajaan menjalankan pelbagai usaha kearah mencapai hasrat tersebut.
Bincangkan .
3 Dewasa ini, terdapat pelbagai rungutan tentang sistem pengangkutan
awam di Malaysia. Namun begitu,terdapat pelbagai langkah untuk
menambah baik perkhidmatan tersebut.Bincangkan penyataan ini.
4 Antara faktor berlakunya kemiskinan bandar termasuklah keengganan
individu merebut peluang ekonomi yang disediakan oleh
kerajaan.Bincangkan faktor-faktor berlakunya kemiskinan Bandar dan
usaha-usaha untuk menangani masalah tersebut.
5 Perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.Pelbagai
usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan IKS di Malaysia.Jelaskan.
6 Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara
Hab Halal memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh .Namun begitu
terdapat pelbagai kekangan yang menghalang hasrat murni ini.
Bincangkan.
7 Kemerdekaan negara perlu diisi dengan pelbagai pendekatan untuk
mengekalkan kedaulatan .Kecemerlangan dalam pelbagai bidang
merupakan salah satu cara untuk memastikan kedaulatan sesebuah
negara terjamin.Bincangkan.
8 Modal insan yang berkualiti merupakan aset yang terpenting dalam
pembangunan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai
cabaran dalam melahirkan modal insan bagi menentukan tuntutan
negara.Jelaskan penyataan ini.
9 Budaya berhutang dalam kalangan masyarakat sama ada dengan individu
atau institusi kewangan semakin serius. Oleh itu, pelbagai usaha
dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan
10 “Malaysia Bebas Dadah”. Banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha
mencapai hasrat ini. Jelaskan.
11 Gejala rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan isu
pokok yang mengugat integriti dalam perkhidmatan awam. Kepimpinan
yang tidak baik merupakan antara faktor yang menjadi punca menularnya

1
gejala ini.Bincangkan.
12 Menyedari hakikat penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum, semangat perpaduan amat penting bagi memajukan
masyarakat dan negara.Bincangkan.
13 Perniagaan dalam talian mendatangkan keseronokan kepada peniaga,
tetapi pengguna juga perlu berhati-hati supaya perniagaan sebegini tidak
mendatangkan masalah kepada mereka.Jelaskan.

14 Antara isu yang berkaitan dengan kedaulatan sesebuah negara ialah isu
pemerdagangan manusia. Bincangkan masalah yang akan dihadapi oleh
negara ekoran isu pemerdagangan manusia sehingga mampu
menjejaskan imej negara tersebut.
15 E-Government merupakan strategi yang digunakan oleh kerajaan untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang ternyata
banyak memberi kebaikan kepada rakyat dan kerjaan. Bincangkan.
16 Kenaikan harga barangan yang berpunca daripada pelbagai faktor telah
menyebabkan keresahan rakyat. Oleh itu kerajaan telah mengambil
pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat.
Bincangkan.
17 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dibentuk di bawah konsep ‘Satu
Hentian Pelbagai Perkhidmatan’ telah memberi pelbagai faedah kepada
penduduk tempatan.Bincangkan.)
18 Globalisasi merupakan proses yang menjadikan dunia tanpa sempadan
akibat kemajuan teknologi.Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membuat
persediaan dengan mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk
menghadapi cabaran globalisasi ini. Bincangkan.
19 Integriti penjawat awam ialah melaksanakan amanah dan kuasa yang
diberikan untuk kepentingan umum dan tidak menyalahgunakan kuasa
untuk kepentingan diri.Bincangkan langkah-langkah bagi mengurangkan
kemerosotan integriti dalam kalangan penjawat awam.
20 Perbuatan rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan
dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah diri
sendiri.Jika tidak dibendung jenayah ini akan memberi kesan yang buruk
kepada masyarakat dan negara.Bincangkan.
21 Peranan kerajaan yang dibentuk bukan sekadar untuk menentukan arah
tadbir urus negara, malah lebih daripada itu.Bincangkan
22 Perkhidmatan awam yang baik amat penting bagi melaksanakaan sistem
tadbir urus yang berkualiti.Bincangkan bentuk nilai-nilai murni dalam
pentadbiran awam yang diperlukan
23 Akhir-akhir ini , banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai
berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak
berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang
diberikan.Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan
penyampaian yang baik, serta kesannya jika keadaan itu dibiarkan
berterusan.
24 Media sering menyiarkan kisah individu atau organisasi yang menjadi
mangsa jenayah siber. Kerajaan masih menghadapi pelbagai kekangan
dalam menangani jenayah siber. Bincangkan.
2
25 Pemerdagangan manusia telah menjadi isu global yang disebabkan oleh
beberapa faktor dan seterusnya mendatangkan pelbagai masalah
kepada masyarakat dan negara. Bincangkan
26 Kedaulatan dan kepentingan 3sset3gic Malaysia bukan sahaja bergantung
kepada kekuatan ketenteraan semata-mata.Terdapat juga faktor-faktor
lain yang berperanan dalam mengekalkan kedaulatan dan kepentingan
3sset3gic Malaysia.
27 Pertahanan ialah 3sset penting dalam pembangunan negara.Bincangkan
usaha yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan negara.
28 Pada masa kini, penggunaan laman maya merupakan suatu keperluan
sama ada oleh seseorang individu mahupun suatu organisasi. Malangnya,
kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat
anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan
jenayah siber tersebut kepada pelbagai pihak.
29 Pertahanan negara perlu ditikberatkan bagi memastikan kedaulatan
negara terus terjamin.Bincangkan cabaran yang perlu dihadapi oleh
negara dalam merealisasikan matlamat ini.
30 Jenayah jalanan seperti mencuri , meragut dan rompakan tanpa senjata
telah meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. Bincangkan langkah-
langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk
mengurangkan jenayah jalanan.
31 Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkasakan pertahanan negara
bagi memastikan kedaulatan negara kita terpelihara.Namun begitu,
terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.Ulaskan,
32 Kini,senimenjadipembantupembangunannegara. Peranannya di
dalampembangunan Negara adalahsangatbesarkeranatanpanya Negara
akanrugi.
Berikanpendapatandatentangperanansenidalampembangunannegara.
33 Sains dan teknologi banyak menyumbang kepada pembangunan sektor
pertanian di negara ini. Bincangkan
34 Biodiversiti merupakan kepelbagaian organisma dari pelbagai sumber
sama ada di daratan ataupun samudera. Biodiversiti merupakan khazanah
alam yang memberi kepentingan kepada manusia dan alam
sekitar.Bincangkan.
35 Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia
untuk memperkembang bidang sains dan teknologi.Bincangkan
kepentingan penerokaan angkasa lepas.
36 Seringkali media melaporkan berita atau kes pembunuhan dan tindakan
membalas dendam merupakan antara penyebab yang menjadi punca
kepada peningkatan kes tersebut. Bincangkan.
37 Sungai merupakan elemen alam sekitar yang mempunyai hubungan rapat
dengan manusia . Walau bagaimanapuun, hubungan ini telah terputus
kerana kebanyakan sungai telah mengalami kemerosotan dari segi kualiti
air yang berpunca daripada tindakan manusia sendiri.Bincangkan.

38 Kenaikan harga bahan bakar seringkali dijadikan alasan sebagai punca


utama kenaikan harga barang. Walau bagaimanapun terdapat situasi lain
yang mempengaruhi kenaikan tersebut. Bincangkan.
39 Kerajaan Malaysia begitu serius menangani masalah jenayah yang
3
berlaku di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh
kerajaan bagi mengatasi kegiatan ini.
40 Fenomena jerebu yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan oleh
manusia sendiri. Akibatnya mereka yang terpaksa menanggung kesan
yang memudaratkan. Bincangkan.
41 Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam usaha
membangunkan negara mencapai Wawasan 2020. Jelaskan.
42 Semangat patriotisma pentingkepadasemuawarganegara di Malaysia.
Olehhal yang demikian,pelbagai
caradapatdilakukanolehwarganegarauntukmenunjukkansemangattersebut.
Bincangkan.
43 Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud
antara dua buah negara yang berjiran dan bersempadan. Jelaskan sebab
kegiatan ini kian berleluasa dan implikasinya ke atas kedua-dua negara.
44 Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan
kemajuan kepada rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan
pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia
kemanusiaan.Jelaskan.
45 E-niaga merupakan konsep dan platform perniagaan maya yang menjadi
kegemaran dan kegilaan generasi baharu . Namun demikian sambutan
dan penerimaan terhadap konsep ini masih rendah berbanding negara
maju lain di dunia. Huraikan.

4
LatihanMengenalpastiKehendakSoalanEsei

Bil Esei Kehendak Soalan

1 Globalisasi membawa banyak faedah kepada ekonomi negara Kebaikan dan Keburukan
Malaysia.Namun demikian, sekiranya tidak membuat persediaan yang @
mencukupi, cabaran globalisasi ini boleh membawa kesan sebaliknya Faedah dan kesan negatif
kepada negara. Bincangkan. (3+2@2+3)
2 Modal insan yang berkualiti memberi manfaat kepada negara.Oleh itu, Manfaat dan Usaha
kerajaan menjalankan pelbagai usaha kearah mencapai hasrat tersebut. @
Bincangkan . (3+2@2+3) Kepentingan dan langkah
3 Dewasa ini, terdapat pelbagai rungutan tentang sistem pengangkutan Kelemahan dan Langkah
awam di Malaysia. Namun begitu,terdapat pelbagai langkah untuk
menambah baik perkhidmatan tersebut.Bincangkan penyataan
ini.(3+2@2+3)
4 Antara faktor berlakunya kemiskinan bandar termasuklah keengganan Faktor-faktor
individu merebut peluang ekonomi yang disediakan oleh
kerajaan.Bincangkan faktor-faktor berlakunya kemiskinan Bandar dan
usaha-usaha untuk menangani masalah tersebut.(5+0)
5 Perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan Kepentingan dan Usaha
peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.Pelbagai @
usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan IKS di Malaysia.Jelaskan. Kepentingan dan Langkah
(3+2@2+3)
6 Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara Usaha dan Kekangan@
Hab Halal memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh .Namun begitu Usaha dan Cabaran@
terdapat pelbagai kekangan yang menghalang hasrat murni ini. Langkah dan Kekangan@
Bincangkan. (3+2@2+3) Langkah dan Cabaran
7 Kemerdekaan negara perlu diisi dengan pelbagai pendekatan untuk Pendekatan
mengekalkan kedaulatan .Kecemerlangan dalam pelbagai bidang Kecemerlangan dalam
merupakan salah satu cara untuk memastikan kedaulatan sesebuah pelbagai bidang+4
negara terjamin.Bincangkan (1+4) pendekatan lain
8 Modal insan yang berkualiti merupakan aset yang terpenting dalam Kepentingan dan Cabaran
pembangunan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai
cabaran dalam melahirkan modal insan bagi menentukan tuntutan
negara.Jelaskan penyataan ini. (3+2@2+3)
9 Budaya berhutang dalam kalangan masyarakat sama ada dengan individu Faktor dan Usaha
atau institusi kewangan semakin serius. Oleh itu, pelbagai usaha
dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan (3+2@2+3)
10 “Malaysia Bebas Dadah”. Banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha Cabaran
mencapai hasrat ini. Jelaskan. (5+0)
11 Gejala rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan isu Faktor-faktor
pokok yang mengugat integritidalam perkhidmatan awam. Kepimpinan Kepimpinan yang tidak
yang tidak baik merupakan antara faktor yang menjadi punca menularnya baik + 4 faktor lain
gejala ini.Bincangkan. (5+0)
12 Menyedari hakikat penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat Kepentingan semangat
yang berbilang kaum, semangat perpaduan amat penting bagi memajukan perpaduan
masyarakat dan negara.Bincangkan.(5+0)
5
13 Perniagaan dalam talian mendatangkan keseronokan kepada peniaga, Kebaikan kepada peniaga
tetapi pengguna juga perlu berhati-hati supaya perniagaan sebegini tidak dan masalah kepada
mendatangkan masalah kepada mereka.Jelaskan. (3+2@2+3) pengguna
14 Antara isu yang berkaitan dengan kedaulatan sesebuah negara ialah isu Masalah
pemerdagangan manusia. Bincangkan masalah yang akan dihadapi oleh
negara ekoran isu pemerdagangan manusia sehingga mampu menjejaskan
imej negara tersebut.(5+0)
15 E-Government merupakan strategi yang digunakan oleh kerajaan untuk Kebaikan :
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang ternyata Rakyat dan Kerajaan
banyak memberi kebaikan kepada rakyat dan kerjaan. Bincangkan. (5+0)
16 Kenaikan harga barangan yang berpunca daripada pelbagai faktor telah Faktor kenaikan dan
menyebabkan keresahan rakyat. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah kerajaan
pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat.
Bincangkan. (3+2@2+3)
17 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dibentuk di bawah konsep ‘Satu Faedah RTC
Hentian Pelbagai Perkhidmatan’ telah memberi pelbagai faedah kepada
penduduk tempatan.Bincangkan.(5+0)
18 Globalisasi merupakan proses yang menjadikan dunia tanpa sempadan Peranan:
akibat kemajuan teknologi.Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membuat Rakyat
persediaan dengan mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk Kerajaan
menghadapi cabaran globalisasi ini. Bincangkan. (5+0)
19 Integriti penjawat awam ialah melaksanakan amanah dan kuasa yang Langkah-langkah
diberikan untuk kepentingan umum dan tidak menyalahgunakan kuasa
untuk kepentingan diri.Bincangkan langkah-langkah bagi mengurangkan
kemerosotan integriti dalam kalangan penjawat awam. (5+0)
20 Perbuatan rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan Kesan:
dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah diri Masyarakat
sendiri.Jika tidak dibendung jenayah ini akan memberi kesan yang buruk Negara
kepada masyarakat dan negara.Bincangkan.(5+0)
21 Peranan kerajaan yang dibentuk bukan sekadar untuk menentukan arah Peranan Kerajaan:
tadbir urus negara, malah lebih daripada itu.Bincangkan (1+4) Menentukan arah tadbir
Urus negara (WAJIB)
Peranan lain
22 Perkhidmatan awam yang baik amat penting bagi melaksanakaan sistem Bentuk nilai murni
tadbir urus yang berkualiti.Bincangkan bentuk nilai-nilai murni dalam
pentadbiran awam yang diperlukan (5+0)
23 Akhir-akhir ini , banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai Kepentingan dan Kesan
berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak
berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang
diberikan.Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan
penyampaian yang baik, serta kesannya jika keadaan itu dibiarkan
berterusan. (3+2@2+3)
24 Media sering menyiarkan kisah individu atau organisasi yang menjadi Kekangan @cabaran@
mangsa jenayah siber. Kerajaan masih menghadapi pelbagai kekangan sebab-sebab sukar
dalam menangani jenayah siber. Bincangkan.(5+0) dibendung
25 Pemerdagangan manusia telah menjadi isu global yang disebabkan oleh Faktor dan kesan
beberapa faktor dan seterusnya mendatangkan pelbagai masalah
kepada masyarakat dan negara. Bincangkan (3+2@2+3)
6
26 Kedaulatan dan kepentingan 7sset7gic Malaysia bukan sahaja bergantung Faktor-faktor:
kepada kekuatan ketenteraan semata-mata.Terdapat juga faktor-faktor Ketenteraan (WAJIB)
lain yang berperanan dalam mengekalkan kedaulatan dan kepentingan Faktor lain
7sset7gic Malaysia.(5+0)
27 Pertahanan ialah 7sset penting dalam pembangunan negara.Bincangkan Usaha-usaha
usaha yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan negara.(5+0)
28 Pada masa kini, penggunaan laman maya merupakan suatu keperluan Sebab dan Kesan
sama ada oleh seseorang individu mahupun suatu organisasi. Malangnya,
kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat
anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan
jenayah siber tersebut kepada pelbagai pihak.(3+2@2+3)
29 Pertahanan negara perlu ditikberatkan bagi memastikan kedaulatan Cabaran
negara terus terjamin.Bincangkan cabaran yang perlu dihadapi oleh
negara dalam merealisasikan matlamat ini.(5+0)
30 Jenayah jalanan seperti mencuri , meragut dan rompakan tanpa senjata Langkah-langkah
telah meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. Bincangkan langkah-
langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk
mengurangkan jenayah jalanan.(5+0)
31 Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkasakan pertahanan negara Usaha dan langkah
bagi memastikan kedaulatan negara kita terpelihara.Namun begitu,
terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.Ulaskan,
(3+2@2+3)
32 Kini,senimenjadipembantupembangunannegara. Peranannya di Peranan seni
dalampembangunan Negara adalahsangatbesarkeranatanpanya Negara
akanrugi.
Berikanpendapatandatentangperanansenidalampembangunannegara.(5+0)
33 Sains dan teknologi banyak menyumbang kepada pembangunan sektor Sumbangan
pertanian di negara ini. Bincangkan
34 Biodiversiti merupakan kepelbagaian organisma dari pelbagai sumber Kepentingan:
sama ada di daratan ataupun samudera. Biodiversiti merupakan khazanah Manusia
alam yang memberi kepentingan kepada manusia dan alam &
sekitar.Bincangkan (5+0) Alam sekitar
35 Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia Kepentingan
untuk memperkembang bidang sains dan teknologi.Bincangkan
kepentingan penerokaan angkasa lepas.
36 Seringkali media melaporkan berita atau kes pembunuhan dan tindakan Punca peningkatan kes
membalas dendam merupakan antara penyebab yang menjadi punca pembunuhan:
kepada peningkatan kes tersebut. Bincangkan. (1+4) Membalas dendam
(WAJIB)
Punca lain
37 Sungai merupakan elemen alam sekitar yang mempunyai hubungan rapat Punca@sebab pencemaran
dengan manusia . Walau bagaimanapuun, hubungan ini telah terputus
kerana kebanyakan sungai telah mengalami kemerosotan dari segi kualiti
air yang berpunca daripada tindakan manusia sendiri.Bincangkan.(5+0)

38 Kenaikan harga bahan bakar seringkali dijadikan alasan sebagai punca Punca kenaikan :
utama kenaikan harga barang. Walau bagaimanapun terdapat situasi lain Kenaikan harga bahan
yang mempengaruhi kenaikan tersebut. Bincangkan. (1+4) bakar(WAJIB)
Punca lain

7
39 Kerajaan Malaysia begitu serius menangani masalah jenayah yang Langkah-langkah
berlaku di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh
kerajaan bagi mengatasi kegiatan ini.(5+0)
40 Fenomena jerebu yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan oleh Punca & Kesan
manusia sendiri. Akibatnya mereka yang terpaksa menanggung kesan
yang memudaratkan. Bincangkan.(3+2@2+3)
41 Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam usaha Kepentingan
membangunkan negara mencapai Wawasan 2020. Jelaskan. (5+0)
42 Semangat patriotisma pentingkepadasemuawarganegara di Malaysia. Cara
Olehhal yang demikian,pelbagai
caradapatdilakukanolehwarganegarauntukmenunjukkansemangattersebut.
Bincangkan.(5+0)
43 Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud Sebab & Kesan
antara dua buah negara yang berjiran dan bersempadan. Jelaskan sebab
kegiatan ini kian berleluasa dan implikasinya ke atas kedua-dua negara.
(2+3@3+2)
44 Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan Kebaikan dan keburukan
kemajuan kepada rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan
pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia
kemanusiaan.Jelaskan. (2+3@3+2)
45 E-niaga merupakan konsep dan platform perniagaan maya yang menjadi Sebab
kegemaran dan kegilaan generasi baharu . Namun demikian sambutan
dan penerimaan terhadap konsep ini masih rendah berbanding negara
maju lain di dunia. Huraikan. (5+0)

KENALI SOALAN MEMUDAHKAN PENULISAN

Langkah-langkahnya;

Kaedah Penulisan Karangan Secara Berkesan

1. Kaedah Memahami soalan esei


8
Konsep
Calon haruslah mahir memahami kehendak soalan. Kepelbagaian kehendak soalan sering
memerangkap calon sehingga terdapat calon yang mengarang karangan yang menyeleweng.
Pemarkahan untuk karangan yang menyelewang adalah 1 markah. Sekiranya keadaan ini
berlaku maka pemarkahan calon bagi Kertas 2 akan menjadi rendah kerana sumbangan
markah bagi karangan amat besar berbanding bahagian yang lain.

1.1 KARANGAN SATU ALIRAN


Karangan jenis ini menggunakan kombinasi jawapan 4 + 0

Calon mesti memberi 4 idea yang sama kategorinya atau sama jenisnya berdasarkan kata
kunci dan tajuk.

Karangan 1 aliran mempunyai 3 jenis iaitu 1 aliran terbuka, 1 aliran tertutup dan soalan
yangmemberi 1 idea percuma dan 3 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon.

1.1.1 Soalan 1 aliran terbuka

Kata kunci dan isu yang diketengahkan mempunyai perkaitan yang rapat.

Contoh soalan:
Golongan orang Kurang Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang
produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata
kunci dan Kehendak soalan .Oleh itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat
kedua sahaja. Kesimpulannya,soalan ini memerlukan 4 idea faktor orang kurang upaya
dipinggirkan

Contoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang pekerjaan)

Idea
1.sikap majikan
2.kongkongan dan kebimbangan keluarga
3.sikap masyarakat
4.faktor dalaman golongan OKU itu sendiri

1.1.2 Soalan 1 aliran tertutup


Soalan jenis ini menggunakan idea utama yang dikaitkan dengan isu atau soalan. Kata kunci
hadir selepas pernyataan soalan dan lazimnya menggunakan bincangkan, ulaskan dsb.Oleh
itu calon perlu memikirkan idea yang lahir berdasarkan idea utama dengan isu/tajuk.
9
Seringkali idea yang difikirkan bersifat khusus atau kecil

Contoh soalan:
Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurang upaya sering dipinggirkan
dalam bidang pekerjaan produktif. Ulaskan pernyataan ini.

Ulasan:
Sikap negatif masyarakat ialah idea utama sementara golongan orang kurang upaya yang
dipinggirkan merupakan isu./tajuk.Kedua-dua elemen tersebut dikaitkan secara langsung
dalam satu ayat dan calon akan memikirkan idea yang relevan berdasarkan dua pernyataan
itu Hal ini bermakna calon perlu memberi idea sampingan berdasarkan idea utama

Contoh idea
1.masyarakat memandang rendah
2.masyarakat kurang yakin kemampuan
3.masyarakat yang kurang simpati
4.masyarakat yang hanya mementingkan keuntungan

1.1.3. Soalan 1 aliran dengan 1 idea percuma

Soalan jenis ini menyediakan 1 idea secara percuma dalam pernyataan pertama. Calon
dikehendaki memikirkan 3 idea lain yang setara berdasarkan pernyataan soalan.

Contoh soalan:
Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka
dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.

Ulasan:
Soalan ini membincangkan punca OKU dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam pernyataan
pertama, telah tersedia idea pertama yang wajib diambil oleh calon. Calon hanya memikirkan
3 punca yang lain. Calon yang memberi 4 idea tanpa mengambil idea percuma maka 3 idea
sahaja akan diambil kira. Oleh itu kombinasi jawapan ialah 1 + 3.

Contoh idea
1.sikap merendah diri OKU (idea percuma yang wajib diambil)
2.kekurangan latihan dan kemahiran
3.sikap negative masyarakat
4.dasar dan perundangan kerajaan

2. SOALAN 2 ALIRAN

Konsep
Soalan 2 aliran memerlukan kombinasi jawapan 2 + 2..
10
2.1. Soalan dua aliran yang mempunyai satu isu/tajuk tetapi mempunyai dua kata
kunci

Contoh soalan:
Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna,
akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manafaat kepada pengguna.
Bincangkan

Ulasan:
Soalan ini mempunyai satu isu/tajuk iaitu penggunaan kad kredit tetapi kata kunci soalannya
mempunyai dua iaitu menimbulkan masalah dan membawa manafaat. Oleh itu calon perlu
memberi dua idea masalah dan dua idea manafaat. Keseimbangan jumlah idea berdasarkan
dua kata kunci perlulah dipatuhi (2 + 2)

Contoh idea

Keburukan kad kredit


1. beban hutang
2. berbelanja tanpa kawalan (boros)
3. penggunaan kad yang tidak menyeluruh (terhad)

Kebaikan kad kredit


1.mempunyai cirri-ciri keselamatan
2.memudahkan urusan kaunter
3.dilindungi insuran

2.2.Soalan dua aliran yang mempunyai dua isu/tajuk tetapi mempunyai satu kata kunci
soalan

Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza tetapi kata kunci yang diajukan dalam
soalan mempunyai satu sahaja dan kata kunci yang sama maksudnya.

Contoh soalan
Penggunaan kad kredit membawa impak yang positif, namun penggunaan wang tunai juga
tidak dinafikan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bincangkan

Ulasan
Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza iaitu penggunaan kad kredit dan wang
tunai. Namun demikian kata kunci soalan yang mengiringi tajuk mempunyai persamaan
walaupun menggunakan istilah yang berbeza. Kesimpulannya soalan ini berkehendakan
calon memikirkan kebaikan kad kredit dan kebaikan wang tunai. Oleh itu calon perlu
membahagikan idea secara seimbang (2 + 2)
11
Idea

Kebaikan kad kredit


1.selamat
2.mudah dibawa
3.dilindungi insuran

Kebaikan wang tunai


1.penggunaan tanpa batasan ruang dan waktu
2.dapat mengatasi masalah boros ketika berbelanja

CATATAN PENTING!!!!
1. Soalan terbuka
a.Kedudukan kata kunci (Bincangkan, jelaskan dsb) dan kehendak soalan
berada dihujung ayat ATAU ayat kedua.
b. Tidak perlu analisis soalan pada ayat pertama untuk mendapatkan kehendak
soalan.
1. Soalan tertutup
a. Hanya kata kunci (Bincangkan, jelaskan dsb) sahaja berada pada hujung ayat
ATAU ayat kedua.
b. Wajib analisis ayat pertama untuk menentukan kehendak soalan.
Tambahan Ingat!!!
Kalau ada perkataan seperti..semakin meningkat, semakin berkembang, telah
meningkat, semakin bertambah dalam ayat soalan bererti wajib kena masukkan
factor dalam karangan.

12
3.SOALAN TIGA ALIRAN
Konsep
Soalan berbentuk tiga aliran menggunakan satu isu/tajuk tetapi mempunyai tiga kata kunci soalan yang berbeza. Oleh
itu calon boleh membuat pilihan kombinasi jawapan berdasarkan 1 + 1 + 2 atau 1 + 2 + 1 atau 2 + 1 + 1. Sekiranya
calon tidak mematuhi kombonasi jawapan maka dua idea sahaja akan diambil kira.Lazimnya soalan ini berbentuk
soalan aliran tertutup

Contoh soalan
Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada rakyat negara kita yang tidak
mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak
mendapat nasihat doctor. Bincangkan.

Ulasan
Soalan ini mempunyai tiga pernyataan dan diikuti oleh kata kunci soalan (bincangkan). Calon perlu memikirkan
mengapa rakyat Malaysia gemar mengambil makanan suplemen. Calon juga perlu memikirkan mengapa masih ada
rakyat yang tidak mengambil makanan tersebut. Akhir sekali calon juga perlu memikirkan kesan negatif pengambilan
makanan suplemen..

Idea

Mengapa rakyat mengambil makanan suplemen


1.Memulih dan memelihara kesihatan
2.Menyingkirkan toksik dalam badan
3.Meningkatkan tenaga
13
Mengapa terdapat segelintir rakyat tidak mengambilnya
1.Harga yang mahal/pembaziran/kurang kemampuan
2.Tidak memahami/tidak mendapat maklumat

Kesan negatif makanan suplemen


1.Keracuanan
2.Alahan
3.Merosakkan organ dalaman

4.SOALAN PERBANDINGAN

Konsep
Soalan bentuk perbandingan menggunakan dua isu/tajuk yang berbeza. Kata kunci yang diajukan ialah calon
dikehendaki membezakan ciri yang dikehendaki tetapi berapaksikan elemen yang sama. Calon yang tidak berpaksikan
elemen yang sama ketika membuat perbandingan dianggap menyeleweng

Contoh soalan
Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di
negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?

Ulasan
Calon dikehendaki memikirkan ciri yang sama antara kedua-dua isu tetapi perlu membuat perbandingan ciri secara
serentak dalam satu perenggan. Begitu juga huraian idea yang diberi mesti menampakkan perbezaan yang amat ketara.
Calon yang gagal membuat perbandingan, idea yang diberi mungkin dianggap tidak relevan dan jika hujahan tidak
menunjukkan perbandingan maka markah hujahan juga akan menjadi rendah

Idea
1.Kos (perbelanjaan)
2.Bahasa pengantar
3.Kemudahan prasarana
4.Kursus

Contoh huraian yang diterima


IPTS menggunakan kos pengajian yang tinggi sementara kos pengajian di IPTA adalah rendah. Kos pengajian di IPTS
tinggi kerana institusi ini mengenakan yuran yang mahal sementara kos pengajian di IPTA rendah kerana yuran yang
dikenakan jauh lebih murah. Malahan IPTS mengenakan bayaran tempat tinggal yang mahal sementara IPTA
mengenakan bayaran tempat tinggal yang jauh lebih rendah. Tidak ketinggalan juga IPTS berorientasikan keuntungan
tetapi IPTA banyak berorientasikan kebajikan. Semua keadaan ini menyebabkan kos pengajian di IPTS lebih mahal
berbanding IPTA

14
5 .Soalan karangan berbentuk peribahasa

Konsep
Soalan ini dimulakan dengan peribahasa dan diikuti dengan kata kunci soalan serta isu/tajuk

Contoh soalan
Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan
negara?

Ulasan
Calon dikehendaki mendefinisikan peribahasa yang diberi dan definisi serta huraian peribahasa dianggap idea pertama
calon. Kemudian calon dikehendaki mengaitkan maksud peribahasa tersebut dengan isu/tajuk yang diberi. Perkaitan
peribahasa dengan isu/tajuk dianggap idea calon. Calon yang tidak memberi definisi peribahasa tetapi hanya
mengaitkan peribahasa dengan isu/tajuk maka idea maksima calon ialah tiga sahaja.

Idea
1.Definisi peribahasa

Perkaitan definisi dengan isu/tajuk


1.Wujudnya toleransi
2.Wujudnya kerjasama
3.Wujudnya interaksi sosial

15
KENALI SOALAN MEMUDAHKAN PENULISAN

Langkah-langkahnya;

mengenalpasti kehendak soalan,pastikan di mana kedudukan setem soalan sama ada di hadapan, di tengah atau akhir
soalan. jika setem soalan di hadapan contohnya BINCANGKAN faktor dan langkah meningkatkan mutu sukan maka
pembahagian skema ada 2+2 iaitu 2 faktor dan 2 langkah

Kaedah Penulisan Karangan Secara Berkesan

1. Kaedah Memahami soalan esei

Konsep

Calon haruslah mahir memahami kehendak soalan. Kepelbagaian kehendak soalan sering memerangkap calon
sehingga terdapat calon yang mengarang karangan yang menyeleweng. Pemarkahan untuk karangan yang
menyelewang adalah 1 markah. Sekiranya keadaan ini berlaku maka pemarkahan calon bagi Kertas 2 akan menjadi
rendah kerana sumbangan markah bagi karangan amat besar berbanding bahagian yang lain

1.1 Karangan Satu Aliran

16
Karangan jenis ini menggunakan kombinasi jawapan 4 + 0

Calon mesti memberi 4 idea yang sama kategorinya atau sama jenisnya berdasarkan kata kunci dan tajuk.

Karangan 1 aliran mempunyai 3 jenis iaitu 1 aliran terbuka, 1 aliran tertutup dan soalan yangmemberi 1 idea percuma
dan 3 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon.

1.1.1 Soalan 1 aliran terbuka

Kata kunci dan isu yang diketengahkan mempunyai perkaitan yang rapat.

Contoh soalan:
Golongan orang Kurang Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-
faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata kunci dan tajuk soalan .Oleh
itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat kedua sahaja. Kesimpulannya,soalan ini memerlukan 4 idea faktor
orang kurang upaya dipinggirkan

Contoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang pekerjaan)

Idea
1.sikap majikan
2.kongkongan dan kebimbangan keluarga
3.sikap masyarakat
4.faktor dalaman golongan OKU itu sendiri

1.1.2 Soalan 1 aliran tertutup


Soalan jenis ini menggunakan idea utama yang dikaitkan dengan isu atau soalan. Kata kunci hadir selepas pernyataan
soalan dan lazimnya menggunakan bincangkan, ulaskan dsb.Oleh itu calon perlu memikirkan idea yang lahir
berdasarkan idea utama dengan isu/tajuk. Seringkali idea yang difikirkan bersifat khusus atau kecil

Contoh soalan:
Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurang upaya sering dipinggirkan dalam bidang pekerjaan
produktif. Ulaskan pernyataan ini.

Ulasan:
Sikap negatif masyarakat ialah idea utama sementara golongan orang kurang upaya yang dipinggirkan merupakan
isu./tajuk.Kedua-dua elemen tersebut dikaitkan secara langsung dalam satu ayat dan calon akan memikirkan idea yang
relevan berdasarkan dua pernyataan itu Hal ini bermakna calon perlu memberi idea sampingan berdasarkan idea utama

Contoh idea
1.masyarakat memandang rendah
2.masyarakat kurang yakin kemampuan
3.masyarakat yang kurang simpati
4.masyarakat yang hanya mementingkan keuntungan

1.1.3. Soalan 1 aliran dengan 1 idea percuma

Soalan jenis ini menyediakan 1 idea secara percuma dalam pernyataan pertama. Calon dikehendaki memikirkan 3 idea
lain yang setara berdasarkan pernyataan soalan.

Contoh soalan:
Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat,

17
namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.

Ulasan:
Soalan ini membincangkan punca OKU dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam pernyataan pertama, telah tersedia idea
pertama yang wajib diambil oleh calon. Calon hanya memikirkan 3 punca yang lain. Calon yang memberi 4 idea tanpa
mengambil idea percuma maka 3 idea sahaja akan diambil kira. Oleh itu kombinasi jawapan ialah 1 + 3.

Contoh idea
1.sikap merendah diri OKU (idea percuma yang wajib diambil)
2.kekurangan latihan dan kemahiran
3.sikap negative masyarakat
4.dasar dan perundangan kerajaan

2. Soalan 2 aliran

Konsep
Soalan 2 aliran memerlukan kombinasi jawapan 2 + 2..

2.1. Soalan dua aliran yang mempunyai satu isu/tajuk tetapi mempunyai dua kata kunci

Contoh soalan:
Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya
secara berhemah membawa manafaat kepada pengguna. Bincangkan

Ulasan:
Soalan ini mempunyai satu isu/tajuk iaitu penggunaan kad kredit tetapi kata kunci soalannya mempunyai dua iaitu
menimbulkan masalah dan membawa manafaat. Oleh itu calon perlu memberi dua idea masalah dan dua idea
manafaat. Keseimbangan jumlah idea berdasarkan dua kata kunci perlulah dipatuhi (2 + 2)

Contoh idea

Keburukan kad kredit


1. beban hutang
2. berbelanja tanpa kawalan (boros)
3. penggunaan kad yang tidak menyeluruh (terhad)

Kebaikan kad kredit


1.mempunyai cirri-ciri keselamatan
2.memudahkan urusan kaunter
3.dilindungi insuran

2.2.Soalan dua aliran yang mempunyai dua isu/tajuk tetapi mempunyai satu kata kunci soalan

Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza tetapi kata kunci yang diajukan dalam soalan mempunyai satu sahaja
dan kata kunci yang sama maksudnya.

Contoh soalan
Penggunaan kad kredit membawa impak yang positif, namun penggunaan wang tunai juga tidak dinafikan mempunyai
kebaikan yang tersendiri. Bincangkan

Ulasan
Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza iaitu penggunaan kad kredit dan wang tunai. Namun demikian kata
kunci soalan yang mengiringi tajuk mempunyai persamaan walaupun menggunakan istilah yang berbeza.

18
Kesimpulannya soalan ini berkehendakan calon memikirkan kebaikan kad kredit dan kebaikan wang tunai. Oleh itu
calon perlu membahagikan idea secara seimbang (2 + 2)

Idea

Kebaikan kad kredit


1.selamat
2.mudah dibawa
3.dilindungi insuran

Kebaikan wang tunai


1.penggunaan tanpa batasan ruang dan waktu
2.dapat mengatasi masalah boros ketika berbelanja

3.Soalan tiga aliran


Konsep
Soalan berbentuk tiga aliran menggunakan satu isu/tajuk tetapi mempunyai tiga kata kunci soalan yang berbeza. Oleh
itu calon boleh membuat pilihan kombinasi jawapan berdasarkan 1 + 1 + 2 atau 1 + 2 + 1 atau 2 + 1 + 1. Sekiranya
calon tidak mematuhi kombonasi jawapan maka dua idea sahaja akan diambil kira.Lazimnya soalan ini berbentuk
soalan aliran tertutup

Contoh soalan
Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada rakyat negara kita yang tidak
mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak
mendapat nasihat doctor. Bincangkan.

Ulasan
Soalan ini mempunyai tiga pernyataan dan diikuti oleh kata kunci soalan (bincangkan). Calon perlu memikirkan
mengapa rakyat Malaysia gemar mengambil makanan suplemen. Calon juga perlu memikirkan mengapa masih ada
rakyat yang tidak mengambil makanan tersebut. Akhir sekali calon juga perlu memikirkan kesan negatif pengambilan
makanan suplemen..

Idea

Mengapa rakyat mengambil makanan suplemen


1.Memulih dan memelihara kesihatan
2.Menyingkirkan toksik dalam badan
3.Meningkatkan tenaga

Mengapa terdapat segelintir rakyat tidak mengambilnya


1.Harga yang mahal/pembaziran/kurang kemampuan
2.Tidak memahami/tidak mendapat maklumat

Kesan negatif makanan suplemen


1.Keracuanan
2.Alahan
3.Merosakkan organ dalaman

4.Soalan perbandingan

Konsep

19
Soalan bentuk perbandingan menggunakan dua isu/tajuk yang berbeza. Kata kunci yang diajukan ialah calon
dikehendaki membezakan ciri yang dikehendaki tetapi berapaksikan elemen yang sama. Calon yang tidak berpaksikan
elemen yang sama ketika membuat perbandingan dianggap menyeleweng

Contoh soalan
Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di
negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?

Ulasan
Calon dikehendaki memikirkan ciri yang sama antara kedua-dua isu tetapi perlu membuat perbandingan ciri secara
serentak dalam satu perenggan. Begitu juga huraian idea yang diberi mesti menampakkan perbezaan yang amat ketara.
Calon yang gagal membuat perbandingan, idea yang diberi mungkin dianggap tidak relevan dan jika hujahan tidak
menunjukkan perbandingan maka markah hujahan juga akan menjadi rendah

Idea
1.Kos (perbelanjaan)
2.Bahasa pengantar
3.Kemudahan prasarana
4.Kursus

Contoh huraian yang diterima


IPTS menggunakan kos pengajian yang tinggi sementara kos pengajian di IPTA adalah rendah. Kos pengajian di IPTS
tinggi kerana institusi ini mengenakan yuran yang mahal sementara kos pengajian di IPTA rendah kerana yuran yang
dikenakan jauh lebih murah. Malahan IPTS mengenakan bayaran tempat tinggal yang mahal sementara IPTA
mengenakan bayaran tempat tinggal yang jauh lebih rendah. Tidak ketinggalan juga IPTS berorientasikan keuntungan
tetapi IPTA banyak berorientasikan kebajikan. Semua keadaan ini menyebabkan kos pengajian di IPTS lebih mahal
berbanding IPTA

5 .Soalan karangan berbentuk peribahasa

Konsep
Soalan ini dimulakan dengan peribahasa dan diikuti dengan kata kunci soalan serta isu/tajuk

Contoh soalan
Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan
negara?

Ulasan
Calon dikehendaki mendefinisikan peribahasa yang diberi dan definisi serta huraian peribahasa dianggap idea pertama
calon. Kemudian calon dikehendaki mengaitkan maksud peribahasa tersebut dengan isu/tajuk yang diberi. Perkaitan
peribahasa dengan isu/tajuk dianggap idea calon. Calon yang tidak memberi definisi peribahasa tetapi hanya
mengaitkan peribahasa dengan isu/tajuk maka idea maksima calon ialah tiga sahaja.

Idea
1.Definisi peribahasa

Perkaitan definisi dengan isu/tajuk


1.Wujudnya toleransi
2.Wujudnya kerjasama
3.Wujudnya interaksi sosial

20

You might also like