You are on page 1of 8

Soalan 1

(a) Berikan pengertian riba dan kemukan dalil mengenainya. [4]

Jawapan:
Riba ialah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh atau tambahan dalam
pertukaran barang ribawi.

Dalil pengharaman riba


i. Surah al-Baqarah ayat 275
         
         


ii. Surah al-Baqarah ayat 279


          
  
    
(b) berikan maksud riba hutang, dan jelaskan dua jenis riba hutang berserta contohnya.
[10]
Jawapan:
Riba yang muncul dari hutang,iaitu lebihan yng terhasil disebabkan tempoh

Dua jenis riba hutang:


i. Riba al-Qard
iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkann ke atas pemberian jumlah
pinjaman pokok

Contoh
A ingin meminam RM1,000 daripada B menetapkan syarat bahawa A wajib
membayar semula hutang tersebut RM1,200.Lebihan RM200 merupkan riba al-
Qard.

ii. Riba al-Jahiliyah


merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah
pokok,yang dikenakan oleh pemberi pijaman kepada peminjam akibatsi
peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah lama dipersetujui.
Contoh
B bersetuju member pinjaman kepada C sebanyak Rm500 dan dikehendakai
membayar kembali satu bulan dri sekarang. Tetapi sekiranya C gagal membayar
hutang B sebelum atau 1 bulan yang telah ditetapka, maka C dikehendaki
membayar B sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba jenis
al-Jahiliyah.

(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi kes yang berikut:
i. A telah membuka akaun simpanan salah sebuah bank yang telah menetapkan
bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 5 perats setiap tahun.
[3]

ii. B telah menyimpan sebanyak RM1000,00 di sbuah bank tanpa menetapkan


sebarang keuntungan. Namun begitu, setelah genap setahun B mendapati
bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak RM1100,00.
[3]

Jawapannya:
i. Hukum simpanan tersebut adalah haram kerana kadar keuntungan telah ditetapkan
semasa akad atau berlaku riba.

ii. Hukum pertambahan berkenaan adalah harus kerana ia tidak ditetapkan kadarnya
semasa akad atau ia merupakan saguhati menurut budi bicara bank.

Atau jawab seperti di bawah

No Hukum Alasan

i Haram Kadar keuntungan telah ditetapkan semasa akad

ii Harus Kadarnya tidak ditetapkan semasa akad

SOALAN 2:

(a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim. [6]


Jawapan:
Tiga kedaan yang memerlukan wali hakim:
1. Wali engan(wali`Udul)
2. Wali ghaib/hilang
3. Wali bagi sudara baru
4. Wali bagi anak tak saf taraf
5. Wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali nasab
6. Wali berada dlam ihram
7. Wali ditahan dalam penjara
8. Wali berada jauh 2 marhalah atau lebih jauh dari tmpat pernikahan pihak perempuan
9. Wali belum baligh
10. Perempuan yang tidak diketahui asal usulnya.
11. Wali berkahwin dengan pegantin perempuan

(b) Jelaskan empat syarat yang membolehkan seseorang bapa memaksa anaknya
berkahwin [8]
Jawapan:
Empat syarat yang membolehkan bapa memaksa anaknya berkahwin
1. Tidak ada perseterusan yang nyata di antara bapa dan anak gadisnya
2. Hendaklah calon suaminya itu sekufu/sesuai dengan anaknya
3. Hendaklah suami itu mampu membayar mahar.
4. Anak di bawah jagaan bapa sepenuhnya

(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran untuk kes
yang berikut:
i. Seorang peremuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukmin
yag jaraknya 45km dari kediama bapanya. [3]

ii. Seorang perempuan berkahwin di Narathiwat, Thailand tanpa kebenaran


bapanya. [3]
Jawapan:
i. Tidak sah+alasan
ii. Sah+alasan

No Hukum Alasan

i Tidak Sah Jaraknya tidak melebihi 2 marhalah / 90KM ke atas

ii Sah Negara berbeza / lebih dari 2 marhalah

SOALAN 3:
(a) Berikan pengertian `iddah dan dua hikmah pensyariatannya. [6]
Jawapan:
Pengertian `iddah:
Masa menunggu seorang wanita untuk mengetahui kebersihan rahimnya dari
jamin,atau untuk beribadad,atau unuk menunjukkan rasa sedih wanita kematian
suaminya.

Hikmah pensyariatan `iddah


1. Untuk memastikan kekosongan rahim supaya tidak bercampuar benih kerana
pada kebiasaanya penceraian hanya erlaku selepas daripada persetubuhan di
mana ia adalah merupakan fitrah manusia.

2. Menunjukkan kepentingan perkahwnan dan memberitahu manusia bahawa ia


adalah suatu perkara yang mempunyai risiko yang mampu merubah kesemua
bentuk akad kerana ia merupakan akad perkongsian hidup

3. Membolehkan perempuan yang kematian suami manzahirkan kesedihan yang


dialaminya kerana kehilangan suami dengan meninggalkan segala perhiasan
diri. Ini adalah satu cara untuk menuaika tanggungjawab, kerana buknlah
menjadi satu perkara yang bermaruah seorang isteri bersegera berkahwin
sebaik sahaja kematian suaminya sekalipun suami belum menggaulinya.

(b) Jelaskan Empat hak yang diberi kepada seorang isteri yyang diceraikan degan
talak tiga:

Jawapan:
1. Hak kepada mahar yang belum dijelaskan
Firan Allah surah an-Nisa`:19
          
 
        

“wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kau mewarisi perempuan- perempuan
dengan jalan paksaan, dan jangalah kamu menyakiti mereka(dengan menahan dan
menyusahkan mereka)kerana hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang telah
kamu berikan kepadanya,kecuali(apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata”

2. Hak nafkah `iddah


Surah al- Talak 65:6
        

          
“Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani `iddahnya tu ditempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu
yang menyakiti mereka dengan tujuan menyusahkan kedudukan mereka supaya
mereka keluar meninggalkan tempat itu.”

3. Hak terhadap tunggakan nafkah

Nafkah wajid dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama


mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah
makan,pakaian, tempat tinggal,perkakas rumah dan lain lain lagi menurut
keadaan dan adat di tempat masing-masing berdasarkan juga kemampuan
suami untuk menyediakan keperluan tersebut. Sekiranya isteri taat kepada
suami dan sentiasa menjaga maruah diri dan rumah tngga kepada suami,namun
begitu, suami gagall menyediakan makan minum isteri dan keperluan isteri
maka akan menjadi hutang kepada suami untuk membayar nafkah yang
tertunggak tersebut.

(c) Dengan memberikan alasan, huraikan hukum bagi kes yang berikut:

i. D yang baru setengah jam bergelar isteri tellah diceraikan oleh suaminya dengan
talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa iterinya pernah bersekedudukan
dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka.

Jawapan:
Hukum: Tiada iddah
Alasan: Kerana belum berlaku persetubuhan lagi

ii. E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dan disaksikan
oleh isterinya yang pertama.

Hukum: Ada iidahnya,


Alasan: sebab kematian suami. Iddah kematian iaitu 4 bulan 10 hari

No Hukum Alasan

i
Kerana belum berlaku persetubuhan lagi
Tiada iddah

ii kematian suami. Iddah kematian iaitu 4 bulan 10


Ada iidahnya hari

SOALAN 4.
(a) Dengan memberikan contoh, terangkan jenis al-hajb. [6]
Jawapan
Jenis al-hajbi
i. Hajbu nuqsan
Pendinding yang boleh mengurangkan bahagian waris lain
Contoh:
Ibu si mati mendapat 1/3 akan mendapat 1/6 jika si mati ada anak
ii. Hajbu hirman
Pendinding seseorang waris daripada mendapat harta musaka secara mutlak
Contoh:
Cucu tidak mendapat harta pusaka disebabkan si mati ada anak lelaki
(b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajb dengan halangan pewarisan
(al-man’u) [6]

Al-Hajbu Halangan pewarisan (al-Man’u)

Tegahan mendapat pusaka kerana ada waris Tegahan mendapat harta pusaka keraa ada
lain yang lebih hamper atau lebih berhak halangan pewaris seperti pembunuhan

Waris yang dihijab dianggab sebagai waris Waris yang di haling tidak dinggap sebagai
waris

Waris yang dihijab boleh mempengaruhi Waris yang dihalang tidak member kesan
bahagian waris lain kepada waris lain

(c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut:


i. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, bapa, dan dua orang anak
perempuan [4]

Waris Fardhu Asal Masalah Saham


Suami 1/8 3
24
Bapa 1/6+asobah 1
2 anak perempuan 2/3 2

ii. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu kepada ibu (nenek
sebelah ibu), dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa [4]

Waris Fardhu Asal Masalah Saham


Suami ½ 3
6
Ibu kepada ibu 1/6 1
3 Saudara lelaki seibu sebapa asobah 2
SOALAN 5

(a) Dengan memberikan dalil, terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan
hukuman qisas [8]

Jawapan
Hukuman qisas wajib ke atas penjenayah yang disabitkan melakukan jenayah
i. Pembunuhan dengan sengaja
ii. Jenayah mencederakan dengan sengaja
iii. Menghilangkan anggota badan dengan sengaja
iv. Dalil (surah al-Baqarah ayat 178)
        
(b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi. Bincangkan pendapat ulama
mengenai pelaksanaan hukuman qisas. [4]
Jawapan:
Antara pendapat mazhab
i. Mazhab syafie:
Pelaksanaan qisas ditangguhkan sehingga umur baligh
ii. Mazhab Hanafi:
Qisas hendaklah dijalankan oleh pemerintah tanpa menunggu baligh
iii. Mazhab Maliki:
Wali atau penjaga bagi pewaris kanak-kanak yang belum baligh berhak
menjalankan hukuman qisas tanpa dikehendaki menunggu balighnya atau
pemrintah/pihak berkuasa boleh jalankan hukuman.

(d) “F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya. Tiba-tiba G rebah dan


disahkan meninggal dunia.”
Huraikan kesalahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas
Jawapan:
F boleh didakwa:
i. Membunuh tidak sengaja
ii. Kerana tidak berniat membunuh
iii. Tumbukkan biasanya tidak membawa kematian
iv. Dikenakan diyat mukhafafah
v. 100 ekor unta
vi. Bayaran secara beransur-ansur selama 3 tahun
vii. Setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat
SOALAN 6

(a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]


Jawapan:
i. Baligh dan berakal maka kanak-kanak dan orang gil tidak dianggap murtad
kerana mereka diertggungjawab(tiada taklif). Walau bagaimanapun, hendaklah
bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan pengajarankepadanya dan
memintanya bertubat.

ii. Meminta orang yang murtad itu bertaubat. Tidak boleh mnjatuhkan hukuman
bunuh ke atasnya sebelum diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dengan
segera sekiranya tidak mahu bertaubat

iii. Sabit perbuatan murtad tersebut sama ad dengan ikrarnya atau dengan
kesaksian. Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa kesaksian mestilah
dilakukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil.

(b) “H meminta J menjaga kad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspedisi ke Gunung
Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut kerana dia yang pernah dibeitahu oleh
H. J telah mengambil sejumlah wang daripada akauan H tanpa pengetahuannya dengan
niat untuk mencuri.”

Jelaskan hukum dan alasan bagi kes di atas. [5]


Jawapan:
Hukum hudud sariqah tidak boleh dilaksanakan ke atas H kerana hirz di sini telah
musnah apabila H memberikan nombor pin dan kad tersebut kepada J. J akan dihukum
dengan hukuman takzir kerana syarat-syarat kepada sabitan jenayah curi tidak
sempurna.

(c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyariatan hudud dengan daruriyyat al-
khamsah. [6]

Jawapan:

Daruriyyat
al-khamsah.
Pensyariatan hudud

Menjaga agama
Pengharaman terhadap jenayah murtad.

Menjaga harta
Pengharam terhadap jenayah curi dan rompak

Menjaga maruah
Pengharam terhadap jenayah zina dan qazaf

Menjaga akal
Pengharaman terhadap jenayah meminum minuman yang
memabukkan

Menjaga nyawa
Pengharam terhadap jenayah bunuh, rompak dan baghy

You might also like