You are on page 1of 21

BBCG 3103

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER SEPT / 2018

BBCG3103

TADBIR URUS KORPORAT


BBPW 3203

BIL ISI KANDUNGAN M/S


1.0 Pengenalan Syarikat : YTL Corporation Berhad 1
1.1 Latar Belakang Syarikat 1- 2
1.2 Jenis Perniagaan Syarikat 3–4
1.3 Misi Dan Visi Syarikat 4
2.0 Ciri – Ciri Firma Keluarga 5
2.1 Pemegang Saham Dan Struktur Pemilikan 5
2.2 Gaya Pengurusan, Motivasi Dan Budaya Keluarga 5
2.3 Rancangan Strategi 6
2.4 Kecekapan, Keuntungan Dan Risiko 6
2.5 Prestasi Perniagaan Dan Kemampanan 7
2.6 Sumber Pengetahuan Dan Hak Pembuatan Keputusan 7
3.0 Bukti Ciri – Ciri Firma Keluarga Yang Konsisten Dengan Firma 8
Tersenarai Awam di Malaysia
3.1 Pemegang Saham Dan Struktur Pemilikan 8
3.2 Gaya Pengurusan, Motivasi Dan Budaya Keluarga 9
3.3 Rancangan Strategi 10
3.4 Kecekapan, Keuntungan Dan Risiko 11
3.5 Prestasi Perniagaan Dan Kemampanan 12
3.6 Sumber Pengetahuan Dan Hak Pembuatan Keputusan 12
4.0 Analisis Hal Tadbir Urus Korporat 13
4.1 Perwakilan Keluarga 14
4.2 Kebebasan Lembaga Pengarah 14
4.3 Pengerusi Keluarga 14 – 15
4.4 Penglibatan Keluarga Dalam Pewarisan 15
4.5 Saiz Lembaga Pengarah 15
4.6 Struktur Kepimpinan 16
5.0 Kesimpulan 17
6.0 Rujukan Dan Petikan 18
1.0 PENGENALAN SYARIKAT : YTL CORPORATION BERHAD (YTL CORP)

1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT


Diasaskan pada tahun 1955 oleh Mendiang Tan Sri Yeoh Tiong Lay, YTL Corp bermula
daripada syarikat pembinaan kecil-kecilan menjadi salah satu syarikat konglomerat terbesar di
Malaysia. Kini, YTL Corp merupakan satu daripada syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa
Malaysia Securities Berhad (Bursa Saham Kuala Lumpur) pada 03 April 1985 dan merupakan
syarikat Asia bukan Jepun yang tersenarai di Bursa Tokyo semenjak Februari 1996. YTL
Corp merupakan pemaju utama kepakaran dalam infrastruktur operasi bersepadu yang meluas
di banyak negara termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Jordan, Australia,
China, Jepun, Perancis dan United Kingdom. Aktiviti perniagaan YTL Corp terdiri daripada
sektor pembinaan, sektor utiliti, pengeluaran dan penjualan simen, pelaburan dan
pembangunan hartanah, perniagaan berkaitan teknologi maklumat dan E-dagang, operasi
perhotelan, perkhidmatan pengurusan dan sebagainya. Perjalanan YTL Corp tidak terhenti
walaupun menerima khabar sedih atas kematian pengasasnya, Tan Sri Yeoh Tiong Lay pada 18
Oktober 2017 . Kini, syarikat keluarga ini diterajui oleh anak pertamanya sebagai pengerusi
iaitu Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh Sock Ping. Di bawah kepimpinan pengerusi baru,
syarikat konglomerat ini mula melangkah ke sektor utiliti dengan menjadi syarikat IPP pertama
Malaysia.

1.1.1 Logo Rasmi YTL

1
BBPW 3203

1.1.2 Pengasas YTL Corp, Mendiang Tan Sri Yeoh Tiong Lay

1.1.3 Pengerusi YTL Corp, Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh Sock Ping

1.2 JENIS PERNIAGAAN SYARIKAT


2
BBPW 3203

YTL Corp merupakan perniagaan keluarga yang berjaya bertahan selama 60 tahun dan
semakin berkembang sehingga tersenarai di Bursa Saham Malaysia. YTL Corp komited dan
konsisten dalam memberikan usaha menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bertaraf
tinggi sehingga dapat meningkatkan lebih 12 juta pelanggan dalam masa 30 tahun.

Menurut Sze (2008), YTL Corp bersama syarikat subsidiarinya yang juga diterajui oleh adik
beradik Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh Sock Ping mempunyai modal pasaran gabungan
mencecah hampir RM30 bilion dan mencatat pertumbuhan tinggi sebanyak 55 peratus
semenjak disenaraikan. YTL Corp beroperasi melalui subsidiarinya seperti berikut:-

a) Segmen Pembinaan
i- Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd
b) Segmen Pengeluaran Simen
i- YTL Cement Berhad
c) Segmen Aktiviti Operasi Dan Penyelenggaraan
i) YTL Power International iv) Wessex Water (UK)
Berhad v) PT Jawa Power (Indonesia)
ii) YTL Communications Sdn Bhd vi) YTL Power Seraya Pte Ltd
iii) ElectraNet Pty Ltd (Australia) (Singapura)
d) Segmen Pelaburan dan Pembangunan Hartanah
i) YTL Land & Development Berhad
e) Segmen Perhotelan dan Resort
i) Pangkor Laut Resort, Tanjung Jara Resort, Cameron Highland Resort, Niseko
Village (Jepun), The Surin Phuket (Thailand), JW Marriott (Kuala Lumpur), The Ritz-
Carlton (Kuala Lumpur), Muse, Hotel De Luxe (Perancis), Hilton Niseko Village
(Jepun), The Majestic Malacca (Malaysia) dan Vistana Hotel (Malaysia)
f) Segmen Perniagaan Teknologi Maklumat dan E-Dagang
i) YTL Info Screen Sdn Bhd.

3
BBPW 3203

1.2.1 Pecahan Jumlah Aset YTL Mengikut Segmen – 2018

1.3 MISI DAN VISI SYARIKAT

Misi YTL Corp


Membuat Masa Depan Menjadi Lebih Baik melalui empat tugu iaitu menerima pasaran,
melindungi alam sekitar, memberdayakan masyarakat dan memperkayakan komuniti.

Visi YTL Corp


Vis YTL Corp adalah menyediakan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia
yang memenuhi jangkaan mereka di samping meminimumkan impak merbahaya kepada alam
sekitar dan komuniti tempatan di sekeliling kita. Ianya juga sebagai peringatan bahawa
perjalanan ke masa depan mampan secara berterusan untuk kita dan pemegang saham kita.

4
BBPW 3203

2.0 CIRI – CIRI FIRMA KELUARGA

2.1 PEMEGANG SAHAM DAN STRUKTUR PEMILIKAN


Keluarga mempunyai impak kuat terhadap pemilikan dan pengurusan perniagaan dan
merupakan karakter yang membezakan perniagaan keluarga dengan perniagaan lain.
(Kontinen, 2011). Menurut Zachary (2011), sesebuah syarikat dianggap sebagai perniagaan
keluarga apabila dikenalpasti sekurang-kurangnya dua generasi keluarga mempunyai pengaruh
bersama terhadap dasar syarikat, kepentingan dan objektif keluarga. Ianya mungkin melibatkan
kombinasi ramai anggota keluarga termasuklah suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak,
keluarga lanjutan yang memegang peranan dalam syarikat seperti pemegang saham, ahli
lembaga, penasihat, rakan kongsi dan pekerja.

Syarikat yang disenaraikan memenuhi definisi perniagaan keluarga apabila pengasas syarikat
memperolehi modal saham syarikat ataupun keluarga atau pewarisnya memegang 25 peratus
hak membuat keputusan disebabkan modal saham mereka. Apabila syarikat disenaraikan dan
mula menjual saham, pemilikan syarikat adalah termasuk keluarga dan juga ahli bukan
keluarga.

2.2 GAYA PENGURUSAN, MOTIVASI DAN BUDAYA KELUARGA


Kelangsungan firma keluarga bergantung kepada tahap kepimpinan generasi keluarga yang
akan datang. Ahli keluarga yang mewarisi firma keluarga perlulah bijak menyesuaikan diri dan
bermotivasi dalam menghadapi cabaran syarikat yang mendatang. Mesyuarat khas atau majlis
keluarga diadakan bagi menggalakkan penglibatan ahli keluarga dalam proses komunikasi.
Majlis ini membenarkan ahli keluarga berkongsi keperluan, matlamat, kekuatan dan kelemahan
dan keupayaan merancang urusan masa depan firma. Ini akan membantu mewujudkan visi
bersatu ahli keluarga dalam mencapai matlamat syarikat bersama.

Majlis keluarga ini juga boleh dijadikan sebagai tempat pembincangan dan penyelesaian
konflik. Dengan mengambil bahagian dalam mesyuarat keluarga ini, ahli keluarga yang muda
dapat memperolehi pemahaman yang lebih baik mengenai peluang dalam perniagaan, belajar
tentang pengurusan sumber, dan mewarisi nilai-nilai dan tradisi.
BBPW 3203

2.3 RANCANGAN STRATEGI


5
Membuat perancangan yang strategik dan berpusat kepada matlamat syarikat dan keluarga
adalah amat penting bagi memastikan kemampanan syarikat. Perancangan ini lebih penting
kepada perniagaan keluarga kerana majoriti aset mereka terikat dalam perniagaan. Apabila
wujud perbezaan matlamat dan berlaku konflik, perancangan diperlukan untuk menyelaraskan
matlamat ini dan merumuskan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Rancangan yang
ideal akan membolehkan syarikat mengimbangi keperluan keluarga dan perniagaan dan
mengurangkan perbezaan matlamat untuk kebaikan semua pihak.

Dalam perancangan peniagaan, pengurusan membuat analisis bagi mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan syarikat termasuklah strukur organisasi, sumber, dan juga budaya. Ini melibatkan
peluang syarikat untuk mencapai matlamat dan objektif yang dipegang oleh firma keluarga.
Pihak pengurusan kemudiannya mengintegrasikan matlamat ini ke dalam strategi perniagaan
dan mengakhiri proses perancangan ini dengan kenyataan misi dan ojektif dan tindakan
tertentu yang boleh memenuhi objektif itu.

2.4 KECEKAPAN, KEUNTUNGAN DAN RISIKO


Mengikut kajian, syarikat milik keluarga didapati mempunyai pendapatan yang lebih kukuh
dan pertumbuhan EBITDA, margin yang lebih tinggi dan pulangan aliran tunai yang lebih
baik. Perancangan jangka panjang syarikat merupakan ciri utama biasa dalam perniagaan
keluarga. Ini kerana strategi pelaburan dan perancangan jangka panjang ini mungkin lebih
efektif dan menguntungkan berbanding strategi pelaburan jangka pendek, kadar risiko yang
lebih rendah dan kadar pertumbuhan syarikat adalah positif dan lebih teguh.

Firma keluarga menunjukkan kadar pusing ganti pengurusan yang lebih rendah berbanding
firma bukan keluarga. Ianya memaparkan kestabilan kepimpinan pengurusan keluarga dan
kawalan syarikat sangat berbeza dengan kadar pusing ganti pengurusan yang tinggi di syarikat
bukan keluarga di mana pengurus sering dihukum disebabkan kegagalan mencapai sasaran
prestasi jangka pendek pasaran.
BBPW 3203

2.5 PRESTASI PERNIAGAAN DAN KEMAMPANAN


6
Perniagaan keluarga meningkatkan prospek kelangsungan syarikat dengan mewujudkan dan
mengekalkan kepercayaan, identiti dan tanggungjawab. Kebiasaanya ahli keluarga memainkan
peranan penting dari segi pembuatan keputusan dan meningkatkan kemahiran mereka dengan
pengambilan pekerja yang mampu menguruskan tugasan lain. Dalam firma keluarga,
penggantian pengurusan sering kali menjadi kebimbangan kerana keluarga bergantung kepada
pendapatan yang dihasilkan firma dan nilai kedudukan pemilikan pemegang saham juga
bergantung kepada proses penggantian pengurusan yang lancar. Kepimpinan dalam firma
keluarga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan perniagaan. Ini
boleh dimulakan dengan proses pendidikan generasi seterusnya dengan secepat mungkin.

2.6 SUMBER PENGETAHUAN DAN HAK PEMBUATAN KEPUTUSAN


Perniagaan keluarga mempunyai pendekatan yang lebih berbeza dalam pembuatan keputusan,
peruntukan sumber dan sokongan kepimpinan untuk inisiatif dan perubahan. Ianya lebih
fleksibel dan sering bergantung kepada sokongan ahli keluarga sebagai inisiatif. Nilai jangka
panjang inisiatif ini membantu dalam mengekalkan perniagaan untuk pemilik keluarga
generasi akan datang. Pengambilan keputusan ini juga dapat dilihat terutama apabila penilaian
impak bahan, keutamaan perbelanjaan, serta keperluan dan kehendak pihak berkepentingan.
Faktor seperti peningkatan jumlah perniagaan, pengembangan pasaran, persaingan yang
meningkat dan perubahan berterusan dalam cara menjalankan perniagaan boleh menguji tahap
pengetahuan dan set kemahiran syarikat dalam membuat keputusan. Sehubungan itu,
mempunyai ahli keluarga yang mengetahui selok belok perniagaan dan pengetahuan luas
terhadap persekitaran dan firma amat membantu proses pembuatan keputusan dengan lebih
cekap dan cepat.
BBPW 3203

3.0 BUKTI CIRI – CIRI FIRMA KELUARGA YANG KONSISTEN DENGAN


FIRMA TERSENARAI AWAM DI MALAYSIA
7

3.1 PEMEGANG SAHAM DAN STRUKTUR PEMILIKAN


Ketujuh – tujuh anak dalam generasi ketiga, di mana Tan Sri Dato' Francis Yeoh adalah anak
sulung, memegang jawatan eksekutif dalam kumpulan YTL. Bersama bapanya, Tan Sri Dato'
Seri (Dr) Yeoh Tiong Lay, mereka mengambil 8 kerusi daripada 12 kerusi lembaga pengarah
YTL Corporation dan memiliki lebih separuh daripada syarikat tersenarai itu. Tan Sri Dato'
Seri (Dr.) Tiong Lay meninggal dunia pada 18 Oktober 2017 dan syarikat menyaksikan anak
beliau Tan Sri Dato' Seri (Dr) Francis Yeoh Sock Ping menggantikan ayahnya menjadi
Pengerusi Eksekutif dan Dato' Yeoh Seok Kian mengambil alih jawatan abangnya sebagai
Pengarah Urusan YTL Corp. Pemegang saham terbesar YTL Corp terdiri daripada Yeoh Tiong
Lay & Sons Holding Sdn Bhd, Estate of Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Tiong Lay dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

3.1.1 Senarai Pemegang Saham Substantial YTL Corp

3.1.2 Senarai Pemegang Saham Yeoh Tiong Lay & Sons Holding Sdn Bhd
BBPW 3203

3.2 GAYA PENGURUSAN, MOTIVASI DAN BUDAYA KELUARGA


Firma keluarga perlu memasukkan perancangan penggantian sebagai bahagian yang penting 8

dalam strategi pertumbuhan dan kelangsungan jangka panjang syarikat. YTL Corp meletakkan
tadbir urus keluarga sama penting dengan tadbir urus korporat dengan menyatukan keluarga
dalam perhimpunan keluarga yang diadakan seminggu sekali. Di dalam mesyuarat keluarga ini,
mereka sering mengingatkan tentang prinsip ketelusan dan nilai-nilai penting dalam menjaga
keharmonian dan perpaduan di kalangan ahli keluarga dan syarikat. Dalam perancangan
penggantian YTL juga, ahli keluarga yang muda didedahkan awal tentang pengurusan syarikat
dan diberi peluang untuk bernaung di bawah pengurusan atasan yang sedia ada. Mereka juga
diberi pendidikan di sekolah perniagaan terkemuka di luar negara dan mempunyai pengalaman
kerja di tempat lain sebelum menyertai perniagaan keluarga(Ikäheimonen, Pihkala, dan
Ikävalko 2013).

Tiada unsur nepotisme wujud dalam perlembagaan keluarga YTL kerana mereka telah diajar
untuk berusaha mendapatkan apa yang mereka mahu dan bukannya diberi begitu sahaja. Nilai
ini membolehkan YTL mempunyai tujuan, menjadi kuat untuk kebaikan dan bukannya
ketamakan peribadi tetapi ramai yang melihat kejayaan YTL sebagai lebih daripada sekadar
nilai keluarga.

3.2.1 Generasi Keempat YTL Corp. Dari kiri. Ruth, Rebekah, Joseph, Jacob dan Joshua
BBPW 3203

3.3 RANCANGAN STRATEGI


9
Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeoh Tiong Lay memulakan syarikat pembinaannya pada tahun 1955
dan membangunkannya menjadi sebuah firma kontraktor bersaiz pertengahan yang sangat
dihormati. Walau bagaimanapun, ketika generasi ketiga keluarga Yeoh mengambil alih
syarikat, rancangan syarikat keluarga ini menembusi sektor utiliti telah berjaya dan syarikat
menjadi pengeluar kuasa bebas pertama (IPP) di Malaysia. Melalui perjanjian bersama Tenaga
Nasional Berhad (TNB), YTL Corp menjamin pendapatan tahunan sebanyak RM1.1 bilion.
Kemudiannya mengembang kepada pelbagai industri seperti pembuatan dan pengeluaran
simen, hotel, teknologi dan pembangunan hartanah sehingga tersenarai di Bursa Malaysia dan
bursa saham Tokyo, dengan permodalan pasaran gabungan sebanyak RM30 bilion (Ibrahim
dan Abdul Samad, 2010).

YTL Corp mengimpikan memegang gelaran kuasa global menjelang tahun 2020 dengan
perkembangan pertumbuhan tahunan syarikat sebanyak 20 peratus sehingga tahun sasaran.
Sasaran ini dijangka akan menghasilkan pertumbuhan pendapatan melebihi RM300 juta
setahun.
Rancangan strategi pertumbuhan YTL Corp menumpukan kepada perolehan perniagaan yang
dikawal selia di bawah konsesi jangka panjang di mana ianya akan menghasilkan keuntungan
dan pendapatan yang boleh dijangka. Dalam usaha mencapai matlamat ini, YTL Corp mencari
peluang pelaburan di luar negara dengan agresif. Usaha YTL Corp mula membuahkan hasil
apabila subsidarinya YTL Power International Bhd berjaya memperolehi syarikat utiliti
Inggeris, Wessex Water di saat kejatuhan syarikat itu

3.3.1 Logo Wessex Water Selepas Pengambilalihan oleh YTL


BBPW 3203

3.4 KECEKAPAN, KEUNTUNGAN DAN RISIKO


10
Profil kewangan dan operasi YTL Corp yang stabil dan kukuh merupakan hasil daripada
pengurusan risiko yang dibangunkan bagi mengurangkan risiko yang timbul sepanjang
perjalanan operasi syarikat. Ini dapat ditunjukkan di mana strategi YTL Corp untuk
memperoleh pengambilalihan aset dan pembiayaan yang dikawal secara dasar tanpa sebarang
alasan. Ini termasuk anak syarikat milik penuh YTL Power, Wessex Water dan YTL
PowerSeraya, serta kepentingannya dalam ElectraNet Pty Ltd, Attarat Power Company dan
P.T. Jawa Power. Aset-aset ini mempunyai ciri-ciri kos operasi dan aliran pendapatan yang
boleh diramalkan, di mana boleh menghasilkan aliran tunai dan keuntungan yang stabil dan
disokong dengan persekitaran pengawalseliaan yang mantap dalam operasi pasaran masing-
masing.
BBPW 3203

3.4.1 Sorotan Kewangan YTL Corp Tahun 2018

3.5 PRESTASI PERNIAGAAN DAN KEMAMPANAN


YTL Corp sentiasa berusaha dalam mengekalkan ketelusan dengan para pemegang saham 11
dengan menyampaikan maklumat mengenai prestasi, strategi korporat dan perkara-perkara lain
yang memberi kesan kepada kepentingan pihak berkepentingan melalui proses komunikasi.
Mereka percaya dalam meningkatkan nilai pemegang saham, hubungan dengan pelabur yang
berkesan dan konstruktif adalah penting dan memahami kepentingan maklumat yang betul dan
tepat kepada pemegang saham.

Bagi menjamin kelangsungan syarikat keluarga dalam zaman globalisasi ini, YTL Corp juga
berupaya menyesuaikan diri dan bersaing dengan penggunaan pendekatan moden dan
teknologi yang terkini. Ini adalah penting memastikan syarikat kekal relevan dan dapat
melindungi perniagaan dan aset keluarga selama generasi di samping menyediakan pemimpin
baru untuk penggantian pada masa depan mereka.

3.6 SUMBER PENGETAHUAN DAN HAK PEMBUATAN KEPUTUSAN


Perjalanan syarikat YTL Corp telah berlangsung selama empat generasi. Di dalam
pembangunan syarikat ini, pelbagai keputusan penting telah dibuat dan ianya memerlukan
pandangan dan pengetahuan yang luas oleh pihak pengurusan. Pengurusan kanan YTL Corp
disandang oleh individu yang telah banyak berkorban membangunkan syarikat dan mengetahui
selok belok tentang syarikat dan persekitarannya. Dalam rancangan penggantian juga, generasi
BBPW 3203

baru YTL Corp diletakkan dibawah naungan Ketua Pegawai Eksekutif bagi mempelajari ilmu
dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan syarikat.

Pengambilan keputusan berkaitan perniagaan memerlukan hubungan rapat antara lembaga dan
pengurusan atasan. Pengambilan keputusan mengenai isu pemilikan menuntut interaksi antara
pemilik dan lembaga, tetapi juga dengan pengurusan atasan. Ianya perlu untuk meramalkan
kesan dan akibat operasi pemilikan untuk perniagaan. YTL Corp melantik pengarah bebas di
dalam Lembaga Pengarah bagi memastikan pengambilan keputusan yang dibuat syarikat tidak
dikawal oleh pemilik kerana kebanyakan firma keluarga cenderung bersetuju dengan
keputusan tertentu dan tidak mampu menghalang pemisahan tugas lembaga pengarah dengan
pengarah syarikat.

4.0 ANALISIS HAL TADBIR URUS KORPORAT


Tadbir urus korporat didefinisikan sebagai struktur dan proses yang digunakan untuk 12
menguruskan dan mengarah perniagaan dan hal ehwal syarikat ke arah pertumbuhan dan
akauntabiliti korporat. Tadbir urus keluarga pula melibatkan pentadbiran keluarga dan
hubunganya dengan syarikat. Halangan utama dalam tadbir urus perniagaan keluarga adalah
berkaitan dengan kewujudan lapisan peranan yang dimiliki oleh keluarga yang membawa
kepada kawalan dalam pengurusan syarikat.
BBPW 3203

4.0.1 Carta Aliran Hubungan Dalam Tadbir Urus Perniagaan Keluarga

4.1 PERWAKILAN KELUARGA


Banyak syarikat diasaskan sebagai perniagaan keluarga. Sehingga hari ini, syarikat keluarga ini 13
masih memegang kawalan ke atas syarikat dan ini memberi kesan kepada tadbir urus korporat
mereka seperti budaya keluarga dan hak untuk mengawal atau membuat keputusan.
Disebabkan itu, banyak syarikat keluarga dikendalikan oleh ahli-ahli keluarga secara eksklusif
sama ada sebagai pemegang saham ataupun lembaga pengarah. Tumpuan perniagaan yang
lebih tinggi dan kemasukan bilangan anggota keluarga yang lebih besar dapat dilakukan
dengan melantik lembaga penyeliaan atau juga dikenali sebagai lembaga pengarah. Lembaga
BBPW 3203

penyeliaan ini boleh melibatkan anggota keluarga dan anggota profesional luar. Lembaga
pengarah bekerja untuk melindungi, mengarahkan dan meninjau lembaga eksekutif. Semua
keputusan dan pelaksanaan transaksi dipandu oleh lembaga eksekutif.

4.2 KEBEBASAN LEMBAGA PENGARAH


Ciri yang penting dalam firma keluarga adalah hampir semua jawatan pengurusan yang penting
dipegang oleh ahli keluarga. Kebiasaannya ahli bukan keluarga merupakan pekerja syarikat
dan hak membuat keputusan terletak pada anggota keluarga. Punca kebanyakan firma keluarga
tidak mengamalkan tadbir urus korporat secara aktif adalah disebabkan takut hilang kawalan
terhadap syarikat serta kurang berminat untuk mendapatkan pandangan luar yang mungkin
tidak memahami situasi persekitaran syarikat keluarga tersebut. Kewujudan pengarah bebas
adalah dijangka untuk membantu pembuatan keputusan yang lebih objektif dan telus,
pengurusan yang lebih cekap dan penilaian data yang lebih banyak.

4.3 PENGERUSI KELUARGA


Walaupun kebanyakan firma keluarga kekurangan pengarah bebas di dalam kumpulan lembaga
pengarah dan kuasa mengundi bagi pemegang saham minoriti, firma keluarga masih menjadi
pilihan pihak berkepentingan selagi pengasas firma dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
ataupun Pengerusi. Ini adalah kerana pengasas mempunyai kemahiran yang bernilai kepada
syarikat. Mereka memastikan pemegang saham dipelihara dengan secukupnya mengenai hal
ehwal syarikat, dan bertanggungjawab memastikan pengarah lain melaksanakan tugas dan
tanggungjawab lembaga yang berkaitan dengan hak dan kepentingan pemegang saham.

Menurut Le Breton-Miller dan Miller (2009), tadbir urus korporat bagi syarikat yang besar
dikaitkan dengan kewujudan masalah agensi. Masalah agensi ini muncul apabila terdapat
konflik kepentingan berlaku disebabkan hubungan antara pemegang saham dengan pengurusan 14
terutamanya hal pemilikan dan kawalan firma. Di dalam firma keluarga, kos agensi pemilik
dan pengurus adalah kurang kerana kebanyakan perniagaan keluarga terdiri daripada pemilik
yang juga merupakan pengurus syarikat.

4.4 PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PEWARISAN


BBPW 3203

Perancangan pewarisan merupakan satu proses yang sangat kompleks yang menarik perhatian
ramai pihak. Banyak syarikat masih gagal untuk merancang dan melengkapkan pemindahan
kepimpinan kepada generasi seterusnya walaupun syarikat mereka menunjukkan tahap
professional dan keuntungan syarikat yang tinggi dalam operasi harian mereka. Pemilihan
kriteria yang telus harus menjadi faktor penentuan dalam pencarian pengganti kerana terdapat
ciri-ciri atau tingkah laku lain yang dapat menentukan potensi seseorang calon pengganti untuk
memimpin pengurusan. Kebarangkalian seseorang calon memiliki semua ciri yang ideal yag
diperlukan untuk menjadi pemimpin seterusnya bagi menggalas tanggungjawab menguruskan
syarikat adalah rendah. Kebiasaannya firma keluarga akan mempertengahkan calon yang
terdiri dariapda ahli keluarga. Namun, mempertimbangkan calon penggantian dari dalam
keluarga boleh membangkitkan pelbagai konflik dari segi kepimpinan, kuasa dan kawalan.

4.5 SAIZ LEMBAGA PENGARAH


Ramai pakar tadbir urus korporat menyatakan tanggungjawab individu sering tidak kelihatan di
dalam kumpulan yang besar. Sehubungan itu, saiz lembagai yang lebih kecil lebih disukai oleh
firma keluarga. Saiz lembaga pengarah yang terlalu besar menyukarkan pembangunan
komunikasi dan kerja berpasukan. Namun, saiz lembaga pengarah yang kecil mungkin lebih
cenderung bersetuju dengan keputusan tertentu dan tidak mampu menghalang pemisahan tugas
lembaga pengarah dengan pengarah syarikat. Saiz lembaga pengarah yang besar membawa
akauntabiliti yang lebih besar kerana setiap ahli lembaga mempunyai kecekapan dan
tanggungjwab untuk memberi penilaian yang terbaik. Oeh kerana itu, saiz lembaga pengarah
yang berkesan bagi firma keluarga terdiri dari 7 hingga 12 orang bergantung kepada tahap
kecekapan individu seperti dinyatakan dalam kolektif lembaga.

4.6 STRUKTUR KEPIMPINAN


15
Tadbir Urus Korporat Malaysia (2001) menyatakan pembahagian tanggungjawab yang jelas
perlu ada pada pengurusan atasan syarikat bagi memastikan keseimbangan kuasa dan kawalan
antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. Dualiti muncul apabila peranan penting seperti
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif disandang oleh individu yang sama dan ini merupakan
perkara yang biasa dialami di dalam firma keluarga. Perniagaan yang dimilik keluarga
merasakan mereka apabila jawatan yang penting dipegang oleh ahli keluarga, individu tersebut
BBPW 3203

akan menjadi lebih prihatin dalam memastikan matlamat syarikat tercapai dan melindungi
warisan untuk kegunaan generasi yang akan datang.

5.0 KESIMPULAN
16

Firma keluarga merupakan perniagaan di mana struktur pemilikan, kuasa dan kawalan dimiliki
oleh ahli keluarga sekurang-kurangnya dua generasi. YTL Corp merupakan syarikat keluarga
yang tersenarai awam yang telah beroperasi empat generasi. Diantara ciri-ciri syarikat
keluarga adalah penglibatan dalam pengurusan secara aktif oleh ahli keluarga, perbezaan gaya
pengurusan, motivasi dan budaya keluarga, rancangan strategi syarikat, kecekapan, keuntungan
BBPW 3203

dan risiko, prestasi perniagaan dan kemampanan, sumber pengetahuan serta hak pembuatan
keputusan. Terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan peralihan
pemilikan, perbezaan dalam isu-isu pengurusan perniagaan, perancangan terhadap pencapaian
matlamat, peranan dan tanggungjawab anggota keluarga, isu-isu yang berkaitan dengan
penggantian, pengaruh keluarga terhadap struktur kewangan firma, dan banyak perkara
mengenai perselisihan keluarga dan pengganti yang memerlukan tadbir urus syarikat. Langkah-
langkah tadbir urus korporat di peringkat keluarga dan perniagaan memberikan penyelesaian
yang baik kepada cabaran pemilikan keluarga dan sering diperlukan untuk kejayaan jangka
panjang perniagaan keluarga terutamanya dengan generasi yang berjaya. Antara mekanisma
tadbir urus korporat yang sering digunakan adalah perwakilan keluarga, kebebasan lembaga
pengarah, pengerusi keluarga, penglibatan keluarga dalam pewarisan, saiz lembaga pengarah
dan struktur kepimpinan. Struktur tadbir keluarga yang jelas amat penting dalam membentuk
disiplin di kalangan ahli keluarga, mencegah konflik yang mungkin, dan memastikan
kesinambungan perniagaan.

(3,183 patah perkataan)

6.0 RUJUKAN DAN PETIKAN


17

Ibrahim, H. & Abdul Samad, F. (2010). Family business in emerging markets: The case of
Malaysia. African Journal of Business Management 4(13): 2586-2595.
BBPW 3203

Ikäheimonen, T., Pihkala, T., & Ikävalko, M. (2013). The evolution of family business board –
a case study In P. Poutziouris, K. Smyrnios & S. Klein (Eds.), Family business research
handbook (1st ed., pp. 184-202), Edward Elgar Publishing. Cheltenham, UK.

Kontinen, T. (2011). Internationalization pathways of family SMEs. Jyväskylä: Jyväskylä


University School of Business and Economics.

Le Breton-Miller, I., & Miller, D. (2009). Agency vs. stewardship in public family firms: A
social embeddedness reconciliation. Entrepreneurship Theory and Practice, 33(6), 1169- 1191.

Sze J (2008). Growing Coffers: Aggregate Wealth of Malaysia’s 40 Richest. Malaysian


Business, February 16th – 29th, 2008, 28

Zachary, R.K. (2001). The importance of the family system in family business. J. Family
Business Management. 1(1), 26–36.

18

You might also like