Professional Documents
Culture Documents
Esei Titas Gabungan
Esei Titas Gabungan
PENSYARAH:
SEKSYEN 20
1.0 PENGENALAN
Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun,
tamadun dalam bahasa Arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkaitkan
dengan tamadun antaranya, ‘umran (Ibnu Khaldun, 1332-1406M), hadharah,
tamaddun, madinah dan madaniah. Hanya 2 istilah sahaja yang popular dalam
kalangan penulis-penulis Arab iaitu, tamadun dan hadharah . Di dalam istilah barat
pula tamadun disebut Civilization yang berasal daripada perkataan Latin, civitas yang
bererti bandar. Didalam topik ini, hanya 4 tamadun sahaja yang akan dipelajari oleh
pelajar-pelajar ,iaitu Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Islam serta Tamadun
Melayu.
Agama merupakan asas kepada pembinaan tamadun seperti yang
dipersetujui oleh D.H.Gordon(1996), Morris Justrow(1898), Geoffrey W.Concrad and
Arthur A.Demarest(1984) bahawa komponen penting dalam pembinaan tamadun
adalah agama. Kebanyakkan tamadun akan lahir di lembah sungai atau pantai
kerana air merupakan salah satu sumber yang penting dalam keberlangsungan
hidup. Namun, hanya tamadun Islam sahaja yang lahir di padang pasir yang gersang
dan kering kontang. Tamadun wujud disebabkan oleh beberapa faktor antaranya,
kedudukan tempat yang strategik seperti lembah sungai, orientasi keagamaan dan
kerohanian serta pencapaian bidang teknologi.
Seterusnya, Tamadun Melayu. Tamadun ini sangat berkait rapat dengan
tamadun Islam. Tamadun Melayu merujuk kepada 3 perkara iaitu ras (genetik),
kebudayaan dan bahasa. Sub-keluarga terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu
Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban,
Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Tamadun Melayu terkenal dengan kesenian, antara
kesenian yang terdapat dalam Tamadun Melayu adalah Mak Yong dan Tarian Ulik
Mayang. Tamadun Melayu memiliki artifak yang masih kekal sampai ke zaman kini,
iaitu kain tenunan songket. Ciri-ciri pembinaan dalam Tamadun Melayu lebih
menjurus kepada kesenian Islam, jelas dilihat pada pembinaan masjid dan istana.
Asas kepada Tamadun Melayu adalah agama Islam itu sendiri.
Masyarakat adalah sejumlah manusia yang merupakan satu kesatuan golongan yang
berhubungan tetap dan mempunyai kepentingan yang sama. Masyarakat juga
merupakan salah satu kesatuan sosial atau kesatuan hidup manusia. Kehidupan
bermasyarakat mempunyai kepentingan dan pengaruh dalam menentukan indentiti
dan imej seseorang. Masyarakat berperanan untuk membentuk perilaku sosial
anggotanya selain memastikan nilai-nilai dan norma-norma murni dalam kalangan
masyarakat sentiasa dihormati dan dipatuhi. Selain itu, masyarakat turut
memberikan sokongan moral, psikologikal dan kebendaan kepada anggota
masyarakat sekeliling. Dalam masyarakat tradisional di Malaysia pengasingan
individu dan masyarakat jarang wujud. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai
moral yang tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kepercayaan.
Pengaruh Barat selepas penjajahan amat ketara di negara Asia Tenggara khasnya di
Malaysia. Sejak kebelakangan ini dunia Barat telah meluaskan pengaruh dari segi
kebudayaannya.
Pengaruh Barat yang paling Dominan adalah dari segi hiburan mereka. Jika
kita saksikan pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun, dan komik telah tersebar
secara meluas di Malaysia dan telah mempengaruhi cara hidup masyarakat di
Malaysia. Sebagai contoh, rancangan American Idol telah tersebar luas sehingga
ditiru oleh negara kita Malaysia. Barat telah menerapkan budaya Globalisasi, di mana
nilai-nilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi
diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan (Mohd Hazim
Shah, 2008). Selain itu, budaya hidup Barat, yang ditonjolkan melalui jenama-
jenama seperti Coca-cola, McDonalds, Levis’s, dan lain-lain telah menjadi sebahagian
daripada budaya Global. Masyarakat di Malaysia telah terpengaruh dengan makanan,
pakaian, dan hiburan Barat. Seterusnya, selepas kedatangan Barat juga
telah menyebabkan munculnya amalan dan budaya LGBT dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. LGBT adalah singkatan bagi perkataan Lesbian, Gay,
Biseksual, dan Transeksual. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lesbian
merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum
sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual. Seterusnya, Gay merujuk kepada lelaki
yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya. Biseksual pula adalah
kecenderungan untuk melakukan seks dengan kedua dua jantina iaitu lelaki dan
perempuan. Akhir sekali, transeksual pula merupakan seorang lelaki dan perempuan
yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaanya
secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan
sebagainya. LGBT ini telah diperkenalkan oleh barat dan menjadi ikutan kepada
masyarakat di Malaysia. Masyarakat Malaysia kini lebih
cenderung untuk berfikir secara logik dan tidak mempercayai unsur tahyul. Perkara
sedikit sebanyak disebabkan oleh pengaruh Barat yang telah bertapak di Malaysia
pada suatu ketika dahulu. Hal ini, seiringan dengan ideologi yang diperkenalkan oleh
barat iaitu rasionalisme. Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi
untuk mendapatkan kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan.
Rasionalisme adalah berasaskan nilai-nilai saintifik di mana jenis pemikiran ini
menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana tidak dianggap logik. Ukuran sama ada
sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada sama ada ianya logik atau tidak
(Lacey A.R., 1996).
Dalam kesenian muzik tradisional ianya dipelopori oleh masyarakat Melayu. Muzik
merupakan bunyian yang digunakan untuk hiburan dan juga untuk tujuan tertentu.
Masyarakat Melayu menggunakan muzik untuk mengiringi persembahan seperti
nyayian dan tarian. Sebagai contoh, adalah muzik Ghazal. Ghazal merupakan satu
kesenian tradisional masyarakat Melayu Johor yang popular. Seni muzik ini disebut
sebagai Qamat atau nyanyian riuh rendah dan ianya berasal dari tanah Arab. Di
istana, kesenian muzik Ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan,
pembesar negeri dan golongan istana. Alat muzik yang digunakan dalam kesenian
Ghazal adalah peti harmonium, biola, gambus, gendang, tamborin, dan marakas.
Seterusnya, dalam bidang tarian masyarakat Malaysia tradisional
menggunakan seni tari yang menarik untuk di persembahkan kepada raja dan majlis
keramaian atau perkahwinan. Contohnya, tarian Adai-adai adalah tarian suku Brunei
yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini merupakan cerita
kumpulan nelayan yang pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita
menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengumpul hasil
tangkapan yang diperoleh. Dalam masyarakat di Malaysia, seni tarian merupakan
sebuah cabang kebudayaan sejak zaman silam seperti yang digambarkan dalam
cerita-cerita rakyat dan hikayat-hikayat Melayu. Menurut Ismail Hamid (1991), dalam
kebudayaan Melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian antaranya seperti Zapin,
Inang dan Mak yong.
Selain itu, sebelum kedatangan Kolonial Barat Malaysia sangat terkenal dalam
seni pertukangan. Dari segi reka bentuk seni bina rumah-rumah Melayu
memperlihatkan wujudnya pengaruh unsur-unsur lain di alam Melayu. Sebagai
contoh, reka bentuk rumah Melayu dicipta berdasarkan keperluan, kepercayaan,
keselamatan dan keselesaan penghuninya. Di samping itu, masyarakat masyarakat
Melayu juga memiliki pelbagai jenis kelengakapan persenjataan yang digunakan
untuk mempertahankan diri, keluarga serta negara yang tercinta. Contohnya, adalah
keris, pedang, tombak dan sebagainya. Kemudian, dari segi pertanian dan
perikanan, masyarakat Melayu telah menghasilkan alat pertanian, peralatan
menangkap ikan, perahu dan kapal (Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, 2005).
Selepas penjajahan Barat, mereka telah meninggal kesan yang amat katara di
Malaysia terutamanya dari segi seni Bina. Reka bentuk bangunan dan gaya seni bina
bangunan barat mempunyai keunikan tersendiri dari segi latar belakang negara
Kolonial tersebut. Dengan kedatangan Inggeris, seni bina Islam Moghul dan dan ilmu
handasah 1 untuk membentuk kubah, serta batu bata dan atap genting sebgai
bahan binaan dibawa masuk melalui arkitek Inggeris (Wan Ramli Wan Daud, 2000).
Pengaruh seni bina Barat amat kuat di Malaysia bukan sahaja dalam pembinaan
pejabat, institusi dan rumah kerajaan yang sepenuhnya dibina dengan gaya Inggeris
malahan ianya juga turut mempengaruhi seni bina istana dan masjid. Perubahan
yang paling ketara adalah pebinaan masjid konkrit berbumbung lima. Sebagai
contoh, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1808
masihi (Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, 2000).
Selain itu, Barat juga membawa pengaruhnya dari segi muzik. Muzik Barat
telah menyebabkan Muzik tradisional Melayu kian tenggelam. Kesesuainnya di zaman
kini menyebabkan Muzik Barat lebih dominan kerana memiliki unsur moden dan
menarik. Seterusnya, muzik barat juga amat diminati oleh masyarakat di Malaysia
terutamanya golongan muda yang merasakan alunan muzik Barat lebih
menyelesakan berbanding alunan muzik Melayu Tradisional. Contohnya, dalam muzik
Black Metal, Pop, Jazz, Hip Hop dan sebagainya. Antara jenis muzik tersebut Black
Metal merupakan antara muzik yang membawa kepada kehancuran akhlak remaja.
Muzik ini diperkenalkan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit
serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang di bawa dalam
setiap lagu ialah menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan
keganasan.
Malaysia merupakan antara salah satu negara yang mengamalkan sistem ekonomi
campuran. Sistem ekonomi campuran adalah gabungan antara sistem kapitalisme
dan sosialis. Sistem kapitalisme merupakan sistem yang mengamalkan dasar pasaran
bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir
dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada
kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan
harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini ,
individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan
memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini
berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di
antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu
boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada
pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin
kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur.
Manakala, sistem ekonomi sosialis merupakan satu sistem yang mengenakan
beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Dalam
sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti
bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-
sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar
mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan
itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah
harga dalam pasaran.
Namun begitu, Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi
hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem
ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk
satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan
merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan
sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta
urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.
Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat.
Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.
Rakyat Malaysia bebas memiliki harta persendirian dan kekayaan. Namun begitu,
kerajaan boleh campur tangan apabila keadaan memerlukan.
Sebelum kedatangan penjajah British, aktiviti ekonomi di Tanah Melayu lebih bersifat
ekonomi sara diri atau ekonomi tradisional. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi
yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga.
Maknanya, hasil kegiatan ekonom akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala
kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk
membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti
pakaian dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap
ikan dan sebagainya. Bentuk ekonomi penduduk Tanah Melayu yang lebih bersifat
sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport
dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor
perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh
pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan
yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.
Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan. Selain mata wang
emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain
igunakan di Tanah Melayu seperti :Dinar emas di Kelantan,Wang dan kupang emas
di Terengganu, Jongkong tampang di Pahang. Pedagang Eropah telah
memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.Mata wang perak
Sepanyol diperkenalkan pada 1580.Pada 1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah
pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi
Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.
Mata wang kertas mempunyai piawaian emas sebagai aset rizab negara
tersebut. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah
tertentu. Meninjau sejarah ringkas Dolar Amerika, dalam perjanjian Brettown Woods
1994, persetujuan dicapai untuk menjadikan Dolar Amerika sebagai mata wang
antarabangsa baru menggantikan paun sterling. Walaubagaimanapun, pada tahun
1971, Amerika Syarikat telah menghapuskan sistem piawaian emas dimana Amerika
Syarikat memerlukan perbelanjaan besar bagi membiayai ketenteraan dalam perang
Vietnam. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang
mengeluarkannya dan kuasa pasaran. Ini bermakna nilainya bergantung kepada
permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Wang kertas tidak
disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Namun begitu, wang kertas masih
digunakan kerana masyarakat seluruh dunia termasuk Malaysia telah bersetuju dan
memperakui bahawa wang kertas itu mempunyai nilai untuk digunakan dalam
urusan ekonomi.
6.0 Politik
7.0 PENDIDIKAN
Bermula pada tahun 1824, pendidikan di Tanah Melayu mula dicampur tangan oleh
pihak penjajah barat iaitu pihak British. Matlamat pendidikan penjajah adalah
semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Kemudiaan, sistem pendidikan plural (Plural Educational Sistem) telah
diperkenalkan oleh pihak British disebabkan oleh wujudnya masyarakat berbilang
kaum di Tanah Melayu iaitu orang Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan plural
ini dikendalikan dalam lima aliran Bahasa iaitu Inggeris dan sekolah-sekolah
vernakular seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Arab. Sistem pendidikan ini tidak
dapat menyemai serta memupuk semgangat kebangsaan di kalangan penduduk
yang berbilang kaum.
8.0 Kesimpulan
Arthur Nussbaum. 1958. A History of the Dollar, C 2. New York: Columbia University Press.
Abdul Rahman Abdul Aziz. 1971. Demokrasi Di Malaysia. Malaysia: Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.
Dr Saedah Hj. Siraj, Shahril@Charil Marzuki. 1993. Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Halimi A.J. 2008. Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Malaysia: Utusan Publications.
Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jomo, K.S. 1990. Growth and Structural Change In The Malaysian Economy . London:
Macmillan.
Mohd Yusof Ahmad. 2002. Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam . Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Muhamad Nadzri Mohamed Noor. 2007. Hegemoni hubungan kuasa dalam konstruksi
budaya politik Melayu: satu analisis . Tesis Sarjana, Program Sains Politik, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Selangor: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir. 2000. Seni Bina Melayu Islam: Pengaruh
Agama dalam Alam Bina dalam Tamadun Islam di Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. 1996. Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem Dan Falsafah . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Wan Ramli Wan Daud. 2000. Teknologi Melayu: Melani Ragam Hidup Sepanjang Zaman
Dalam Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.