You are on page 1of 3

Indeks Keberuntungan (Profitability Indeks)

Teknik indeks keberuntungan atau (Profitability Indeks (PI) menggunakan kriteria yang
dikenali sebagai indeks keberuntungan sebagai asas penilaian untuk projek perbelanjaaan
modal.Teknik indeks keberuntungan atau (Profitability Indeks (PI) menggunakan kriteria
yang dikenali sebagai indeks keberuntungan sebagai asas penilaian untuk projek
perbelanjaaan modal.Teknik PI menggalakkan projek untuk diterima jika PI lebih daripada
satu dan ditolak jika PI kurang daripada satu.Seperti juga NPV, Indeks Keberuntungan (PI)
menggunakan aliran tunai terdiskaun sebagai asas penilaian. Oleh itu, ia berada dalam
kumpulan kriteria aliran tunai terdiskaun. PI didefinisikan sebagai nilai kini setiap Ringgit
bagi pelaburan dan merupakan jenis nisbah faedah-kos.

Projek akan menjana keuntungan jika faedah melebihi kos. Peraturan umum untuk PI
adalah projek perlu diterima sekiranya PI adalah sama dengan atau lebih daripada satu.
Seperti mana yang dibincangkan sebelum ini, nilai firma akan meningkat jika NPV positif.
Perhatikan NPV yang positif sama dengan situasi di mana PI lebih daripada satu. Berikutan
itu, nilai firma akan meningkat jika PI lebih daripada satu. Oleh itu, teknik PI
menggalakkan projek untuk diterima jika PI lebih daripada satu dan ditolak jika PI kurang
daripada satu.

Formula:

Indeks Keberuntungan = ∑Nilai Kini Aliran Tunai Masuk Kos


Pelaburan Permulaan

Keputusan Pemilihan Projek:


Jika IK melebihi atau sama dengan 1, projek boleh diterima. Jika IK kurang daripada 1,
projek ditolak. Projek saling menyingkiri, projek yang IK tertinggi akan dipilih dengan syarat
melebihi 1. Projek bebas, semua projek yang IK melebihi 1 boleh diterima, tetapi IK
tertinggi diutamakan.
Contoh Pengiraan:

Aura Jewels sedang mempertimbangkan dua projek baru, Projek Diamond dan Projek
Aquamarine. Syarikat menetapkan kadar pulangan yang dikehendaki sebanyak 10%
dengan pelaburan awal bagi kedua-dua projek ialah RM30,000. Tempoh bayaran balik
maksimum ialah 4 tahun. Tentukan projek mana yang harus dipilih berdasarkan teknik
Nilai Kini Bersih (NKB). Aliran tunai adalah seperti berikut:
Tahun Tahun Projek Diamond Projek Aquamarine
(RM) (RM)
1 9,000 15,000
2 9,000 14,000
3 9,000 13,000
4 9,000 12,000
5 9,000 11,000

Contoh Pengiraan
Projek Diamond
NKB = PMT (PVIFA i, n) - I
= 9,000 (PVIFA 10%,5) - 30,000
= 9,000 (3.7908) - 30,000
= 34,117.20 - 30,000
= RM4,117.20

IK = ∑NK Aliran Tunai Masuk Kos


Pelaburan Permulaan
= RM34,117.20 RM30,000
= 1.14

Contoh Pengiraan
Projek Aquamarine
Tahun Tahun Aliran PVIF (10%) Nilai Kini (RM
tunai (RM)
1 15,000 0.9091 13,636.50
2 14,000 0.8264 11,569.60
3 13,000 0.7513 9,766.90
4 12,000 0.6830 8,196.00
5 11,000 0.6209 6,829.90
∑Nilai Kini 49,998.90
(-)Pelaburan Awal 30,000
Nilai Kini Bersih 19,998.90

Projek Aquamarine

IK = ∑NK Aliran Tunai Masuk Kos


Pelaburan Permulaan
= RM49,998.90 RM30,000
= 1.67

Keputusan Pemilihan Projek:


Jika projek saling menyingkiri, Aura Jewels perlu memilih Projek Aquamarine kerana IK melebihi 1
dan lebih tinggi berbanding Projek Diamond. Jika projek bebas, Aura Jewels perlu memilih keduadua
Projek Aquamarine dan Projek Diamond kerana kedua-dua IK melebihi 1 tetapi Projek Aquamarine
diutamakan.

Dirumuskan, kriteria penerimaan/penolakan adalah seperti berikut:

(a) Terima projek jika PI  1;

(b) Tolak projek jika PI  1; dan


(c) Jika PI = 0, projek tidak mempunyai kesan terhadap kekayaan syarikat. Oleh itu,
penerimaan atau penolakan suatu projek tidak akan memberi kesan ke atas syarikat.

Kebaikan dan kelemahan Nilai Kini Bersih

Kebaikan teknik indeks keberuntungan adalah seperti berikut:


a) Mengambil kira nilai masa wang
b) Mengambil kira risiko aliran tunai masa hadapan
c) Kekayaan pemilik diambil kira dengan memilih projek yang memberi pulangan
melebihi kos modal. • Dapat mengetahui nisbah keuntungan atas sesuatu projek
pelaburan.
Kelemahan teknik indeks keberuntungan adalah seperti berikut:
a) Kaedah ini memerlukan ramalan terperinci tentang aliran-aliran tunai tambahan daripada
projek.
b) Kaedah ini tidak dapat menunjukkan kadar pulangan dalam nilai kewangan daripada sesuatu
pelaburan.

You might also like