You are on page 1of 38

Bab 5: Elektronik

5.1 ELEKTRON

❖ PANCARAN TERMION

1. Semua logam merupakan konduktor haba yang baik. Oleh itu,


setiap logam mempunyai elektron yang bebas bergerak di
dalamnya.

Rajah 5.1 Elektron bebas di dalam suatu konduktor

2. Walau bagaimanapun, elektron-elektron ini hanya bergerak di


dalam atau di permukaan logam sahaja.
3. Apabila logam dipanaskan, suhunya meningkat dan tenaga kinetik
elektron di dalamnya turut bertambah.
4. Apabila elektron mempunyai tenaga kinetik yang cukup, elektron
akan terbebas daripada permukaan logam.
Rajah 5.2 Elektron terbebas daripada permukaan suatu konduktor

5. Pancaran termion merupakan proses yang melibatkan pemancaran


elektron dari permukaan logam yang panas.

Rajah 5.3 Pancaran termion daripada permukaan suatu konduktor

Proses Pancaran Termion


6. Kadar pancaran termion bergantung kepada:
1. Kawasan permukaan logam
Lebih besar kawasan permukaan, lebih banyak bilangan elektron
yang dipancarkan.

2. Suhu logam
Semakin tinggi suhu, lebih banyak bilangan elektron yang akan
mendapat tenaga yang cukup untuk melepaskan diri dari
permukaan logam.

3. Jenis logam
Jenis logam yang berbeza memerlukan jumlah tenaga yang
berlainan bagi elektron untuk melepaskan diri.

4. Sifat permukaan logam


Apabila permukaan logam disalut dengan oksida logam, elektron
boleh dipancarkan pada suhu yang lebih rendah.
❖ SINAR KATOD

Rajah 5.4 Penghasilan sinar katod dalam tiub vakum

1. Sinar katod adalah aliran elektron yang bergerak daripada


katod ke anod dengan halaju yang tinggi.

2. Ciri-ciri sinar katod:


i. Bergerak dalam garis lurus
ii. Menghasilkan kesan pendarfluor
iii. Bercas negatif (dipesongkan oleh medan magnet dan medan
elektrik)
iv. Dipesongkan oleh medan magnet
v. Menghasilkan sinar-x
Sifat Pemerhatian
1. Sinar katod bergerak dalam
garis lurus

2. Menghasilkan tompok
cahaya (kesan pendarfluor)

3. Sinar katod terpesong ke


arah plat positif dalam
medan elektrik.
⚫ Menunjukkan elektron
bercas negatif.

4. Dipesongkan dalam medan


magnet

5. Menghasilkan sinar-x
⚫ Jika ia mengenai plat logam
yang keras.
⚫ Tenaga berlebihan
dibebaskan sebagai haba.
Jadual 5.1 Ciri-ciri sinar katod
❖ HALAJU ELEKTRON DALAM TIUB SINAR KATOD

1. Apabila elektron-elektron dibebaskan dari katod, elektron memiliki


tenaga keupayaan elektrik.
2. Tenaga keupayaan elektrik berubah kepada tenaga kinetik apabila
elektron-elektron bergerak menuju ke skrin berpendafluor.
3. Apabila elektron-elektron menghentam skrin berpendafluor, tenaga
kinetik berubah kepada tenaga cahaya.
4. Dari prinsip keabadian tenaga, bagi setiap elektron,

Tenaga keupayaan elektrik = Tenaga kintetik


1
𝑒𝑉 = 𝑚𝑣 2
2

Oleh itu, tenaga kinetik;

2𝑒𝑉
𝑣= √
𝑚𝑒

Di mana, e = cas elektron, 1.6 × 10−19 𝐶


m = jisim elektron, 9 × 10−31 𝑘𝑔
V = beza keupayaan antara anod dan katod, V
v = halaju elektron, ms-1
Contoh:

Rajah 5.5

Rajah 5.5 menunjukkan suatu tiub vakum yang telah memancarkan


sinar katod dengan beza keupayaan 3 kV di antara anod dan katod.
Hitungkan;
a. tenaga kinetik elektron
b. halaju elektron dalam sinar katod.
[Diberi, jisim satu elektron, m = 9.1 x 10–31 kg, cas satu elektron, e = 1.6 x
10–19 C]

Penyelesaian;

a. Tenaga kinetik elektron,

𝐸 = 𝑒𝑉
𝐸 = (1.6 × 10−19 )(3000) = 4.8 × 10−16 𝐽
b. Halaju elektron,

2𝑒𝑉
𝑣= √
𝑚𝑒
√2(1.6 × 10−19 )(3000)
𝑣=
9.1 × 10−31
𝑣 = 3.25 × 107 𝑚𝑠 −1

5.2 DIOD SEMIKONDUKTOR

❖ SEMIKONDUKTOR

1. Konduktor adalah bahan yang membenarkan arus elektrik


mengalir melaluinya dengan mudah. Hal ini disebabkan konduktor
mempunyai elektron bebas yang boleh bergerak secara bebas
antara atom. Oleh itu, konduktor mempunyai rintangan elektrik
yang rendah.
2. Kebanyakan logam seperti argentum adalah konduktor elektrik
yang baik.
3. Penebat adalah bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik.
4. Kebanyakan bukan logam seperti getah adalah penebat yang baik.
Walau bagaimanapun, karbon adalah pengecualian.
5. Semikonduktor adalah bahan yang rintangannya adalah antara
konduktor yang baik dan penebat yang baik.
6. Silikon, dan boron adalah beberapa contoh semikonduktor tulen.
Sifat-sifat semikonduktor

1. Kekonduksian semikonduktor herhasil disebabkan oleh dua jenis


pembawa cas iaitu;
i. Elektron sebagai cas negatif
ii. Lohong sebagai cas positif

⚫ Setiap atom silikon mempunyai empat


elektron valens di petala terluarnya.
⚫ Setiap elektron valens ini akan membentuk
ikatan kovalen dengan satu elektron
daripada atom bersebelahan.
⚫ Apabila suhu hablur tulen meningkat,
elektron dikeluarkan dari ikatan kovalen, ia
akan membentuk lohong.
⚫ Satu elektron terluar dari atom
bersebelahan mengisi lohong ini dan
membentuk lohong pada atom jiran. Oleh
itu, lohong boleh bergerak melalui kekisi
dan bertindak sebagai pembawa cas.
⚫ Elektron adalah pembawa cas negatif
manakala lubang adalah pembawa cas
positif.
⚫ Semikonduktor tulen bertindak sebagai
penebat pada suhu rendah kerana tidak
ada elektron bebas yang boleh digunakan
sebagai pembawa cas.
⚫ Apabila suhu semikonduktor meningkat
tenaga haba yang dibekalkan ditukarkan
kepada tenaga kinetik elektron. Hasilnya,
lebih banyak elektron bebas dihasilkan
sebagai pembawa cas. Oleh itu,
semikonduktor bertindak sebagai konduktor
pada suhu tinggi.
⚫ Kekonduksian semikonduktor juga boleh
ditingkatkan dengan menyinari cahaya
pada mereka atau menambah bahan
asing kepada semikonduktor.

❖ PENDOPAN

1. Jenis-jenis semikonduktor

Jenis-jenis
semikonduktor

Intrinsik Ekstrinsik

Tulen (tiada
Wujud bendasing
tambahan
atau dopan
bendasing)

Jenis-n Jenis-p
2. Pendopan adalah proses menambahkan bendasing ke dalam kekisi
hablur semikonduktor untuk meningkatkan kekonduksian elektrik.
3. Dengan menambahkan pelbagai jenis benda asing, dua jenis
semikonduktor boleh didapati; semikonduktor jenis-p dan
semikonduktor jenis-n.

PENDOPAN

Menambahkan sedikit bendasing


(pendopan)

Tujuan

Meningkatkan kekonduksian
elektrik

❖ SEMIKONDUKTOR JENIS-N

1. Semikonduktor jenis-n dihasilkan apabila semikonduktor tulen


didopkan dengan bendasing pentavalen.
2. Bendasing pentavalen ialah unsur yang mempunyai 5 elektron
valens.
3. Contoh bendasing pentavalen ialah fosforus, arsenik dan antimoni.
4. Rajah di bawah menunjukkan struktur hablur semikonduktor jenis-n.
Rajah 5.6 Struktur kekisi hablur semikonduktor jenis-n

5. Setiap atom pentavalen mendermakan satu elektron bebas.


6. Oleh itu, elektron berlebihan dihasilkan.
7. Elektron berlebihan yang bercas negatif itu ialah pembawa cas
majoriti dalam semikonduktor jenis-n.

❖ SEMIKONDUKTOR JENIS-P

1. Semikonduktor jenis-p dihasilkan apabila semikonduktor tulen


didopkan dengan bendasing trivalen.
2. Bendasing trivalen ialah unsur yang mempunyai 3 elektron valens.
3. Contoh bendasing trivalen ialah boron, galium dan indium.
4. Rajah di bawah menunjukkan struktur hablur semikonduktor jenis-p.
Rajah 5.7 Struktur kekisi hablur semikonduktor jenis-p

5. Setiap atom trivalen menambahkan satu lohong bebas.


6. Oleh itu, lohong berlebihan dihasilkan.
7. Lohong berlebihan yang bercas positif itu ialah pembawa cas
majoriti dalam semikonduktor jenis-p.

Jenis
Semikonduktor jenis-n semikondukt Semikonduktor jenis-p
or
Persamaan
• Mengandungi silikon (Si) and germanium (Ge)
• Mempunyai elektron bebas dan lohong sebagai pembawa cas.
• Kekonduksian ditingkatkan dengan menambah bendasing
(pendopan)
Perbezaan
• Antimoni Bahan • Boron
• Arsenik pendopan • Galium
• Fosforus • Indium
Sebagai atom penderma Peranan Sebagai atom penerima
bahan
pendopan
Pentavalen Valensi Trivalen
bahan
pendopan
Elektron bebas Pembawa Lohong
cas majoriti
Lohong Pembawa Elektron bebas
cas minoriti
Jadual 5.2 Perbandingan antara semikonduktor jenis-n dan jenis-p
❖ DIOD SEMIKONDUKTOR

Rajah 5.8 Diod semikonduktor

1. Diod semikonduktor merupakan peranti elektronik yang terhasil


daripada cantuman semikonduktor jenis-p dan jenis-n.

Rajah 5.9 Pembentukan simpang p-n daripada cantuman


semikonduktor jenis-p dan jenis-n dalam diod

2. Sempadan antara semikonduktor jenis-p dan jenis-n dikenali


sebagai simpang p-n.

Rajah 5.10 Simpang P-N


3. Simpang p-n terbentuk apabila semikonduktor jenis-p dan jenis-n
bercantum bersama-sama.
4. Pada simpang p-n, elektron daripada semikonduktor jenis-n
mengalir merentasi simpang untuk mengisi lohong pada
semikonduktor jenis-p.

Rajah 5.11 Pergerakan lohong dan elektron merentasi simpang p-n

5. Lapisan susutan merupakan kawasan yang bercas neutral. Oleh itu


ia merupakan konduktor elektrik yang lemah.
6. Kesan daripada pergerakan ini, semikonduktor jenis-p mempunyai
cas negatif dan semikonduktor jenis-n mempunyai cas positif. Hal ini
akan menghasilkan beza keupayaan yang bertindak dari
semikoduktor jenis-n ke semikonduktor jenis-p merentasi simpang p-n.
Beza keupayaan ini dipanggil voltan simpang.
7. Kesan daripada voltan simpang ini adalah untuk mengelakkan
pembawa cas daripada meresap di simpang.
8. Rajah di bawah menunjukkan lapisan susutan dan voltan simpang
diod.
Rajah 5.12 Pembentukan lapisan susutan

9. Untuk membenarkan arus elektrik mengalir melalui diod, voltan yang


digunakan merentasi diod mesti melebihi voltan simpang.

Fungsi Diod

1. Diod merupakan peranti yang hanya membenarkan arus mengalir


dalam satu arah sahaja.

Arus mengalir, mentol menyala.

Tiada arus mengalir, mentol tidak menyala.


2. Diod berfungsi berdasarkan 2 keadaan;
i. Pincang depan
ii. Pincang songsang
3. Arus hanya dapat mengalir apabila sambungan diod adalah
dalam pincang depan, iaitu terminal positif sel disambung kepada
anod diod dan terminal negatif disambung kepada katod diod, dan
voltan sumber, d.g.e melebihi voltan simpang.

Rajah 5.13 Mentol menyala apabila diod dalam keadaan pincang


depan
①Semikonduktor jenis-p disambung kepada terminal positif
bateri.
②Semikonduktor jenis-n disambung kepada terminal 19egative
bateri.
③Elektron dan lohong akan bergerak melintasi simpang p-n.
(Elektron tertarik ke terminal positif, lohong tertarik ke terminal
19egative)
④Lapisan susutan menjadi sempit.
⑤ Rintangan adalah rendah dan arus mengalir dari anod ke
katod.
⑥Mentol menyala.

4. Sekiranya sel disambung secara songsang dengan diod, maka arus


tidak dapat mengalir melalui diod. Keadaan ini dikenali sebagai
pincang songsang.
5. Dalam pincang songsang, lapisan susutan menjadi semakin lebar
kerana lohong yang bercas positif akan tertarik ke terminal
19 egative manakala 19 egative bebas akan tertarik ke terminal
positif.
6. Hal ini menyebabkan voltan simpang bertambah sehinggan
menjadi sama dengan voltan sumber (d.g.e).
7. Arus elektrik tidak dapat mengalir merentasi simpang p-n.
Rajah 5.14 Mentol tidak menyala apabila diod dalam keadaan
pincang songsang

①Semikonduktor jenis-p disambung kepada terminal 20egative


bateri.
②Semikonduktor jenis-n disambung kepada terminal positif bateri.
③Elektron dan lohong akan bergerak menjauhi simpang p-n.
④Lapisan susutan menjadi lebar.
⑤ Rintangan adalah tinggi dan arus tidak dapat mengalir dari
anod ke katod.
⑥Mentol tidak menyala.
Pincang depan Pincang songsang
Proses

Pengalira
n arus

Sempit Lapisan Lebar


susutan
Rendah Rintangan Tinggi
Jadual 5.3 Perbandingan antara pincang depan dan pincang
songsang di dalam diod
❖ DIOD SEBAGAI REKTIFIER

1. Apabila diod simpang p-n berada dalam pincang depan, diod


hanya membenarkan arus mengalir dari anod ke katod.
2. Diod boleh menukar arus ulang-alik ke arus terus. Ini dikenali sebagai
rektifikasi. Oleh itu, sebuah diod boleh berfungsi sebagai rektifier.
3. Rektifikasi ialah proses mengubah beza keupayaan arus ulang alik
kepada arus terus.
4. Terdapat dua cara untuk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus:
a) Rektifikasi gelombang separuh
b) Rektifikasi gelombang penuh

Rektifikasi gelombang separuh

1. Rektifikasi gelombang separuh dihasilkan dengan menggunakan


satu diod.
2. Rajah di bawah menunjukkan litar rektifikasi yang mudah dengan
paparan OSK bagi bentuk input dan output gelombang.

Rajah 5.15 Litar dan isyarat output rektifikasi gelombang separuh


3. Arus hanya boleh mengalir ke arah hadapan melalui diod.
4. Dalam kitaran separuh pertama (ACDB), di mana arus mengalir dari
terminal positif ke terminal negatif diod adalah pincang depan. Arus
boleh mengalir melalui diod.
5. Dalam kitaran separuh kedua (BDCA), diod adalah pincang
songsang, arus tidak mengalir dalam diod.
6. Bacaan arus yang diperolehi adalah sifar.
7. Proses rektifikasi menggunakan diod yang membolehkan arus
mengalir dalam kitaran separuh dikenali sebagai rektifikasi
gelombang separuh.

Rektifikasi gelombang penuh

1. Rektifikasi gelombang penuh dihasilkan dengan menggunakan


empat diod.
2. Rajah di bawah menunjukkan litar yang digunakan untuk
menghasilkan rektifikasi gelombang penuh.

Rajah 5.16 Litar dan isyarat output rektifikasi gelombang penuh


3. Ketika separuh kitar positif, iaitu arus mengalir dari terminal positif ke
terminal negatif melalui diod A dan diod D, kerana diod A dan D
mengalami pincang depan manakala diod B dan C mengalami
pincang songsang.
4. Manakala apabila arus mengalir dari terminal negatif ke terminal
positif, arus akan mengalir melalui diod B dan C kerana diod B dan
C mengalami pincang depan tetapi diod A dan D akan mengalami
pincang songsang.
5. Pengulangan proses ini akan menghasilkan voltan rektifikasi
gelombang penuh.

❖ KAPASITOR SEBAGAI PERATA ARUS

1. Kapasitor berfungsi menyimpan cas di dalam litar.


2. Kapasitor hendaklah disambung secara selari di dalam litar.
3. Apabila kapasitor diletakkan di dalam litar rektifikasi, ia akan
mengalami proses mengecas dan menyahcas yang berterusan di
dalam litar.
4. Semasa diod mengalami pincang depan, kapasitor akan
mengecas tetapi ia akan menyahcas apabila diod mengalami
pincang songsang.
5. Rajah di bawah menunjukkan beza keupayaan untuk rektifikasi
gelombang separuh dengan melicinkan.
⚫ Perataan Rektifikasi Gelombang Separuh

Rajah 5.17 Litar perataan rektifikasi gelombang separuh

Rajah 5.18 Isyarat perataan rektifikasi gelombang separuh


⚫ Perataan Rektifikasi Gelombang Penuh

Rajah 5.19 Litar perataan rektifikasi gelombang penuh

Rajah 5.20 Isyarat perataan rektifikasi gelombang penuh


5.3 MEMAHAMI TRANSISTOR

❖ TRANSISTOR

1. Selain diod, semikonduktor juga digunakan untuk membina


transistor.
2. Transistor ialah peranti elektronik yang juga diperbuat daripada
gabungan semikonduktor jenis-p dan jenis-n.
3. Suatu transistor mempunyai tiga terminal yang masnig-masing
dikenali sebagai pengeluar, E, tapak, B dan pengumpul, C.
4. Transistor mempunyai banyak kegunaan seperti amplifier arus, suis
automatik dab sebagainya.
5. Terdapat dua jenis transistor iaitu transistor n-p-n dan transistor p-n-p.

Transistor NPN

Rajah 5.21 Transistor NPN

⚫ Terdiri daripada lapisan nipis semikonduktor jenis-p yang diapit oleh


dua lapisan semikonduktor jenis-n.
⚫ Dalam transistor npn, kedua-dua pemungut dan pemancar
adalah semikonduktor jenis-n manakala tapaknya adalah
semikonduktor jenis-p.

Transistor PNP

⚫ Terdiri daripada lapisan nipis semikonduktor jenis-n yang diapit oleh


dua lapisan semikonduktor jenis-p.
⚫ Dalam transistor pnp, kedua-dua pemungut dan pemancar adalah
semikonduktor jenis-p manakala tapaknya adalah semikonduktor
jenis-n

Rajah 5.22 Transistor PNP


Sifat transistor

⚫ Sekiranya terdapat arus kecil di litar tapak-pemancar, transistor


dihidupkan dan mengalirkan elektrik.
⚫ Arus kecil di litar tapak-pemancar membolehkan arus yang lebih
besar mengalir dalam litar pemancar-pengumpul.
⚫ Kedua-dua ciri ini menunjukkan bahawa transistor boleh digunakan
sebagai amplifier arus dan suis kawalan.
Pengaliran arus dalam transistor n-p-n

Rajah 5.23 Pemancar (E) membekalkan lohong kepada pengumpul (C)


melalui tapak (B)
1. Apabila arus dihidupkan, simpang tapak pengeluar adalah
pincang ke depan. Lapisan susutan menjadi sempit dan
rintangannya rendah. Ini menyebabkan elektron mengalir dari E
ke B.
2. Bilangan lohong dalam lapisan susutan berkurang, sangat sedikit
elektron bergabung dengan lohong. Sebahagian elektron
mengalir balik ke litar tapak dan yang lain-lain mengalir ke litar
pemungut.
3. Simpang tapak pemungut adalah pincang songsang. Ini
menyebabkan elektron-elektron dihalang mengalir dari C ke B.
Prinsip Operasi Transistor n-p-n

Rajah 5.24 Litar transistor NPN

1. Jika arus tidak mengalir dalam litar tapak, arus tidak dapat
mengalir dalam litar pengumpul. (Jika IB = 0 maka Ic = 0)
2. Arus dapat mengalir dalam litar tapak tanpa dipengaruhi oleh
litar pengumpul. (Jika I c = 0 maka I B  0 )

3. IB adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan Ic. (Ic >>>>> IB)
4. Berdasarkan sifat ini, transistor boleh digunakan sebagai penguat
arus.
5. Faktor penggandaan amplifier, β bagi arus pengumpul ini boleh
diperolehi dengan mengira kecerunan graf IC melawan IB seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.25.
Rajah 5.25 Graf IC melawan IB

Faktor penggandaan amplifier, β

𝐼𝐶
𝛽=
𝐼𝐵

Contoh;
Berdasarkan Graf 5.1, tentukan faktor penggandaan amplifier, β.

Penyelesaian;

80 − 0
𝛽= = 200
0.4 − 0

Ini bermakna jika arus tapak mengalami perubahan sebanyak 1 mA,


arus pengumpul mengalami perubahan sebanyak 200 mA.
❖ TRANSISTOR SEBAGAI AMPLIFIER ARUS / PENGUAT ARUS

1. Jika terdapat perubahan arus yang kecil di dalam litar tapak akan
menyebabkan perubahan arus yang besar dalam litar pengumpul.
2. Oleh itu apabila arus yang kecil dibekalkan kepada litar tapak,
suatu arus besar akan terhasil pada litar pengumpul.
3. Dengan itu, transistor boleh berperanan sebagai amplifier sebagai
penguat arus.
4. Suatu litar transistor boleh diubah suai kepada litar pembesar suara
seperti dalam Rajah 5.26 di bawah.
5. Mikrofon dipasang pad alitar tapak mneukarkan tenaga bunyi
kepada tenaga elektrik dalam bentuk arus dalam litar tapak.
6. Suatu arus yang dikuatkan oleh transistor akan disalurkan kepada
pembesar suara.
7. Pembesar suara menukarkan arus yang telah dikuatkan kepada
tenaga bunyi yang kuat.
8. Maka suara lebih kuat dapat dihasilkan.

Rajah 5.26 Transistor sebagai penguat arus


Prinsip kerja transistor sebagai amplifier
① Gelombang bunyi sampai ke mikrofon
→ Arus dihasilkan berubah-ubah.
② Kapasitor membenarkan arus berubah-ubah mengalir melaluinya.
③ Arus tapak berubah dan menyebabkan satu perubahan besar
dalam arus pemungut, Ic.
④ Arus pemungut mengalir melalui pembesar suara.
⑤ Gelombang bunyi dengan amplitud lebih besar dihasilkan.
→Suara yang lebih kuat kedengaran.

❖ TRANSISTOR SEBAGAI SUIS AUTOMATIK

❖ Pembahagi Voltan

Rajah 5.27 Transistor sebagai suis automatik

1. Selain bertindak sebagai amplifier, transistor juga boleh bertindak


sebagai suis automatik untuk menghidupkan alatan elektrik
berdasarkan syarat-syarat tertentu.
2. Suatu perintang R1 dan R2 disambung kepada litar transistor seperti
dalam Rajah 5.27 di atas.
3. Perintang R1 dan R2 bertindak sebagai pembahagi voltan.
4. Apabila R2 ditingkatkan, beza keupayaan merentasi litar tapak akan
turut bertambah.
5. Dengan ini arus dapat menghidupkan transistor dan arus yang
cukup akan mengalir melalui peralatan elektrik yang dipasang
pada litar pengumpul.
6. Jika R2 berkurang, beza keupayaan merentasi litar tapak juga akan
berkurang.
7. Arus tapak yang kecil tidak dapat menghidupkan transistor.
8. Maka peralatan elektrik tidak dapat berfungsi akibat kekurangan
arus daripada litar pengumpul.
9. Berdasarkan pembelajaran kita dalam Bab 3, Elektrik suatu litar sesiri
mempunyai magnitud arus yang sama.
10. Maka hubungan antara voltan dengan rintangan adalah;
𝑅2
𝑉𝑜𝑢𝑡 = × 𝑉𝑖𝑛
𝑅1 + 𝑅2

11. transistor sebagai suis automatik dalam kehidupan seharian seperti;


i. Suis pengawal cahaya (digunakan dalam kediaman sebagai suis
lampu automatik)
ii. Suis pengawal haba (digunakan dalam sistem penggera
kebakaran)
❖ Suis pengawal cahaya

Rajah 5.28 Transistor sebagai suis pengawal cahaya

⚫ Pada waktu siang

Cahaya Voltan Tiada Tiada arus


Rintangan Litar pengumpul
terang tapak di arus
PPC transistor mengalir dan
menyinari PPC bawah tapak
berkurang. tertutup. mentol tidak
(Perintang nilai mengalir.
Peka Cahaya) minimum. menyala,.

⚫ Pada waktu malam

Tiada cahaya Voltan


Rintangan Arus Litar Arus pengumpul
menyinari PPC tapak
PPC tapak transistor mengalir dan
(Perintang melebihi
meningkat mengalir. terbuka. mentol menyala.
Peka Cahaya) nilai
minimum.
❖ Suis pengawal haba

Rajah 5.29 Transistor sebagai suis pengawal haba

⚫ Apabila haba dikesan

Voltan
Rintangan Arus Litar Suis geganti
Suhu tapak
termistor tapak transistor dibuka. Penggera
melebihi
meningkat berkurang. mengalir. terbuka. diaktifkan.
nilai
minimum.

⚫ Apabila tiada haba dikesan

Voltan Tiada
Litar Suis geganti
Suhu Rintangan tapak di arus
transistor ditutup. Penggera
termistorm bawah tapak
menurun. eningkat
nilai
tertutup. dimatikan.
mengalir.
minimum.
Contoh;

Rajah 5.30
Rajah 5.30 di atas menunjukkan suatu litar bertransistor. Jika beza
keupayaan yang melalui R1 ialah 2.5 V, nyatakan
a. Beza keupayaan yang melalui R2.
b. Rintangan R2.
c. Jika beza keupayaan yang melalui perintang 10 Ω adalah 3 V
adakah lampu L akan menyala? Terangkan jawapan anda.
Penyelesaian;
a. V2 = V – V1 = 6 – 2.5 V = 3.5 V

b. 𝐼1 = 𝐼2
𝑉1 𝑉2
=
𝑅1 𝑅2
2.5 3.5
=
10000 𝑅2
3.5 × 10000
𝑅2 = = 14 𝑘Ω
2.5
c. Lampu, L tidak menyala, kerana beza keupayaan yang
diperlukan untuk menghidupkan litar tapak haruslah melebihi
beza keupayaan minimum merentasi perintang R2 iaitu 3.5 V

You might also like