You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JASMIN

________________________________________________

PROGRAM
PENDAFTARAN PRASEKOLAH
2021
DAN MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU BAPA BIL 1/ 2020
_______________________________________

TARIKH :
19.12.2020
(SABTU)
 
TEMPAT:

KELAS PRASEKOLAH INTEGRASI

KERTAS KERJA PROGRAM HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH INTEGRASI


SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JASMIN 2021
PENDAHULUAN
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,
pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah
pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan
mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan
memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah
rendah kelak.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun.Dengan adanya program pendaftaran ini ibu bapa akan mendapat pendedahan tentang
Kurikulum Prasekolah dan program-program yang akan dilaksanakan untuk anak mereka.

MATLAMAT
1. Memberi maklumat kepada ibu bapa tentang program -program prasekolah yang akan dilaksanakan
sepanjang persekolahan anak mereka.
2. Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kurikulum prasekolah dan bagaimana ia dilaksanakan.
 
OBJEKTIF
1. Mewujudkan silaturrahim dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam merancang dan menjalankan
program –program prasekolah
2. Menggalakkan ibu bapa dalam memberi apa jua sumbangan kepada pendidikan prasekolah dan
melibatkan diri secara aktif melalui penubuhan jawatankuasa waris prasekolah.
3. Memastikan ibu bapa sentiasa mengambil berat , memberi sokongan dan memantau perkembangan
anak mereka melalui program-program yang akan dijalankan.
4. Mendedahkan ibu bapa kepada pendidikan awal kanak-kanak bahawa perkembangan yang menyeluruh
dari aspek jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosial amat penting supaya kanak-kanak mempunyai
ilmu dan sahsiah yang tinggi sebagai persediaan ke tahun satu.

SASARAN
- Ibu bapa, penjaga dan murid-murid prasekolah bagi tahun 2021

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Ketibaan ibu bapa/ penjaga dan murid prasekolah integrasi

8.30 pagi : Pendaftaran dan penyerahan borang maklumat murid


9.00 pagi : Taklimat Prasekolah mengenai Kurikulum Prasekolah
program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun

10.00 pagi : Perlantikan AJK Waris

11.00 pagi : Menandatangani borang akujanji peraturan prasekolah

12.00
Tengah hari : Bersurai

 RUMUSAN

Di harap dengan adanya program ini ibu bapa mendapat maklumat tentang perlaksanaan kurikulum
prasekolah dan mengetahui bagaimana ia dilaksanakan. Harapan kami juga ibu bapa dapat memberi kerjasama
dalam melancarkan program prasekolah demi masa depan anak mereka.

Disediakan Oleh ; Disemak oleh;

-------------------------------- ---------------------------------
(PN NURUL NADIRAH BT RAMLI) (EN. ROHAIMI BIN ISHAK)
Guru Prasekolah Integrasi Guru Penolong Kanan 1
SK Desa Jasmin SK Desa Jasmin

Disahkan oleh;

-------------------------
(RAHAYU BT MOHD YUNUS)
Guru Besar
SK Desa Jasmin

You might also like