You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI

PERTAMA 2017

Tarikh : 20 Feb 2017 (Isnin)


Masa : 1.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sungai Pergam

Kehadiran

1. En. Mohd Shafii bin A. Bakar (Guru Besar SKSP)


2. En. Khairil Izat bin Harazaman (GPK Pentadbiran)
3. En. Zakaria bin Mat Nawi (GPK Hem)
4. En. Suhardi Mamat (GPK Ko Kurikulum)
5. En. Abu Bakar bin Mahamed
6. En. Mohd Zabarudin bin Mat Yadi
7. En. Sabri bin Mustafa
8. Pn. Rozita binti Ahmad
9. Pn. Ruzita bt Samad
10. Cik Radiah binti Ismail
11. Pn. Siti Atiqah Aisyah Mukhtar
12. Pn. Siti Nur Raidah bt Md Yusuf

Tidak Hadir
1. Pn. Azhieeda bt Ahmad (cuti bersalin)

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Majlis

1.0 Tuan Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua ahli mesyuarat bagi membincangkan program Latihan Dalam
Perkhidmatan di SKSP pada tahun ini.

1.1 Tujuan mesyuarat ini juga untuk membincangkan program kursus dalam
perkhidmatan yang akan diadakan.
Agenda 2 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa

2.1 Pengerusi mengistiharkan AJK Latihan Dalam Perkhidmatan dan senarai


tugas AJK sebagaimana yang terkandung dalam Buku Takwim
Persekolah SKSP 2017.

2.2 Jawatankuasa ini merupakan satu jawatankuasa yang baru dibentuk


selaras dengan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri untuk memantapkan
program latihan perkhidmatan di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini
menggabungkan Jawatankuasa Perkembangan Staff yang sedia ada
dengan pentadbir sekolah

Agenda 3 : Pengisian Kursus.

3.1 Guru Penyelaras LADAP meminta agar semua guru dapat mengadakap
kursus kepada semua guru yang berkaitan setelah hadir ke kursus-kursus
tertentu.
3.2 Guru-guru diminta agar dapat mengemaskini portal LADAP individu
dengan kadar segera.
3.3. Lain-lain kursus dan seminar yang difikirkan sesuai akan diadakan dari
semasa ke semasa.

Majlis ditangguhkan pada jam 2.30 pm dengan membaca surah Al-Ars.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………… …………………………………………
SITI NUR RAIDAH BINTI MD YUSUF En. Mohd Shafii bin A. Bakar
(Penyelaras LADAP SKSP) (Guru Besar SK Sungai Pergam)

You might also like