Tugasan 3 PTM Lim Pei Pei

You might also like

You are on page 1of 2

LIM PEI PEI

TUGASAN 3 PTM
perkhidmatan awam dalam sebuah negara adalah sangat penting kerana ia
merupakan segala proses, organisasi atau individu yang banyak terlibat dalam
pelaksanaan undang-undang dan peraturan (Gordon dan Milakovich (1995). Segala
pelaksanaan undang-undang dan peraturan ini adalah dipertanggungjawab dan
diputuskan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman bagi mencapai
segala objektif dan matlamat negara. Antara peranan perkhidmatan awam adalah
menjalankan hak dan kuasa, menjamin masyarakat yang adil, bertanggungjawab
dalam institusi utama masyarakat dan negara serta berkhidmat kepada raja,
kerajaan dan masyarakat. Dengan ini, topik yang ingin saya bincangkan dalam esei
ini adalah berkaitan dengan sistem pentadbiran negara di negara kita.
Sistem pentadbiran di Malaysia adalah mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen yang berdasarkan Perlembagaan. Ia merupakan sebuah dokumen
bertulis yang mengandungi semua peraturan dan undang-undang yang penting
tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan
negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan ini, perlembagaan merupakan satu
dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber
bagi memerintah Negara.
Sistem Demokrasi Berparlimen adalah di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan ini merupakan satu pemerintahan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi dan secara bergilir-gilir daripada
kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. Oleh itu, sistem tersebut
ditadbir oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
dan salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga bahagian iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif supaya dapat
mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan
dengan cara pembahagian kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang antara
kuasa tersebut. Badan perundangan adalah bertanggungjawab untuk mengubal
undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat dan parlimen,
badan kehakiman bertanggungjawab untuk menjalankan penghakiman dan
mentafsirkan undang-undang serta melindungi hak-hak asasi manusia daripada
sebarang pencabulan oleh perseorangan. Manakala badan pentadbiran pula
menjalankan kuasa pemerintahan dan menguatkuasakan undang-undang.
Walaupun begitu, rakyat di negara kita juga memainkan peranan yang penting
dalam membuat keputusan seperti mengamalkan kebebasan politik, kesaksamaan
undang-undang dan sistem perlembagaan memandangkan negara kita merupakan
negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
Menurut buku Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam yang disediakan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, peruntukan mengenai perkhidmatan awam
dijelaskan di bawahFasal 1, perkara 132, Perlembagaan Persekutuan seperti
angkatan tentera, Perkhidmatan kehakiman dan perundangan, Perkhidmatan awam

1
LIM PEI PEI

am Persekutuan dan sebagainya. Bagi tujuan melangkah ke masa hadapan yang


lebih cemerlang, negara kita perlulah bijak mengurus organisasi atau agensi sedia
ada dengan melahirkan masyarakat beretika dan kakitangan yang amanah serta
berintegriti. Sebaliknya, organisasi atau agensi-agensi kerajaan di negara kita
sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari dalam
mahupun luar persekitaran perkhidmatan mereka. Seperti yang dikatakan oleh
Awang & Azmi (2012), prestasi dan integriti penjawat perkhidmatan awam di
Malaysia masih berada di tahap yang bermasalah. Salah satu bukti rasuah adalah
dalam tempoh 15 tahun berkenaan, skor purata Indeks Laporan Indeks Persepsi
Rasuah Antarabangsa (CPI) Malaysia telah menguncup ketara dari 5.28 mata
(1995) kepada 4.4 mata pada tahun 2010 di peringkat antarabangsa. Secara tidak
langsung, ancaman ini boleh menjejaskan prestasi, produktiviti serta masa hadapan
sesebuah organisasi. Hal ini secara langsung akan melibatkan ahli-ahli lain yang
akan merosakkan identiti organisasi kerajaan. Lazimnya, ancaman ini mempunyai
hubungkait yang rapat dengan isu etika dan integriti. Pengabaian kedua-dua prinsip
ini boleh membuka peluang untuk berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku
dan salah guna kuasa dalam sesebuah organisasi (Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, 2013).
Dalam konteks pekerjaan atau perkhidmatan, integriti merangkumi sifat-sifat
menyeluruh seseorang individu atau sesebuah organisasi berdasarkan nilai-nilai
murni sejagat termasuk aspek akauntabiliti. Oleh itu, kakitangan organisasi perlu
mempunyai prinsip lebih tegas, kuat dan amanah dalam mengatasi pelbagai
kelemahan,kekurangan diri serta menjaga nama organisasi.

You might also like