You are on page 1of 2

TAJUK LPKT: PENAMBAHBAIKAN DALAM MENINGKATKAN

KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN PERKHIDMATAN


SHUTTLE BAS UMS

PENGENALAN

Dalam usaha untuk memartabatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sebuah
institusi pendidikan yang terulung, tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti
pendidikan, kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang disediakan di UMS
haruslah berada dalam keadaan yang memuaskan kerana ini adalah pemangkin kepada
persekitaran yang positif dan berkesan dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dan
berdaya saing selaras dengan aspirasi visi & misi UMS.

Dalam konteks ini, para pelajar didefinisikan sebagai pelanggan atau stakeholders
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menggunakan kemudahan
prasarana dan servis perkhidmatan yang disediakan di sesebuah institusi pendidikan.
Menurut Ashraf dan Ibrahim (2009), kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur dan
didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh pelajar
dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh kerana itu,
penilaian pelanggan terhadap kualiti pengajian tinggi adalah secara menyeluruh dalam
organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya tertumpu kepada bahagian tertentu
sahaja.

Kepekaan terhadap kehendak dan citarasa pelanggan merupakan satu dimensi


yang perlu diberi keutamaan dalam membekalkan sesuatu produk atau perkhidmatan
(Rahim, 1995). Organisasi yang menguruskan perkhidmatan memerlukan pemahaman
terhadap jangkaan pelanggan dan kepentingannya dalam hubungan kualiti
perkhidmatan. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi jangkaan pelanggan yang
relavan dalam konteks pendidikan tinggi termasuklah komunikasi pertuturan,
keperluan peribadi pelajar, pengalaman lepas terhadap kualiti perkhidmatan dan
hubungan luaran daripada penyediaan perkhidmatan (Zeithaml et.al, 1990).

1
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang terdapat pada
sistem operasi perkhidmatan shuttle bas UMS. Terdapat tiga (3) objektif kajian yang
hendak dicapai. Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

I. Mengenalpasti sistem operasi sedia ada pada perkhidmatan shuttle bas UMS

II. Mengenalpasti sejauhmana tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan


perkhidmatan shuttle bas UMS dalam aspek ketepatan masa.

III. Menilai keberkesanan penambahbaikan dalam meningkatkan kepuasan pelajar


terhadap kemudahan perkhidmatan shuttle bas UMS.

PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan latar belakang dan kajian penyelidik telah mengenalpasti masalah yang
terdapat pada operasi sedia ada perkhidmatan shuttle bas Universiti Malaysia Sabah,
maka sesebuah institusi pendidikan itu seharusnya menyediakan kemudahan
prasarana dan servis perkhidmatan yang terbaik dan mencapai tahap kepuasan yang
memuaskan kepada pelajar. Justeru itu, kajian yang dilaksanakan ini adalah untuk
menilai tahap kepuasan para pelajar khususnya terhadap kemudahan perkhidmatan
shuttle bas yang disediakan untuk kemudahan pelajar. Antara masalah-masalah yang
perlu ditangani oleh Sektor Kenderaan, Bahagian kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
pembangunan dan penyelenggaraan UMS, adalah:

I. Menyelesaikan aduan pelajar berkaitan perkhidmatan shuttle bas

II. Menyelesaikan pertindihan jadual tugasan pemandu mengikut syif

III. Menguruskan jadual dan operasi perkhidmatan bas shuttle pelajar.

You might also like