You are on page 1of 17

AT20503

REVOLUSI INDUSTRI DAN


KAEDAH PENYELIDIKAN
(MINI PROPOSAL)
TAJUK: PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM
SEKTOR
PEKERJAAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK
STELLA TANGKAWANG BA20110641

DISEDIAKAN UNTUK: DR RIZAL ZAMANI BIN IDRIS


PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM

SEKTOR PEKERJAAN DI MALAYSIA

1.O PENDAHULUAN

Kesatuan Sekerja atau Kesatuan didefinisikan sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan
orang-orang kerja atau majikan-majikan. Mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967,
Kesatuan Sekerja didefinisikan sebagai mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah
mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran kesatuan sekerja. Pergerakan
kesatuan sekerja adalah satu elemen penting dalam perhubungan perindustrian di Malaysia.
Sebuah Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan berasaskan trade, pekerjaan atau industri tertentu
yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi kepentingan mahupun kebajikan
anggota-anggotanya. Kesatuan sekerja dijadikan sebagai pengantara antara majikan dan pekerja
dalam menyelesaikan konflik atau pun isu yang berkaitan dengan pekerjaan khasnya hal yang
berkenaan dengan terma dan syarat-syarat perkhidmatan. Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan
oleh pekerja-pekerja mahupun majikan. Kesatuan sekerja majikan merupakan kesatuan yang
diwakili oleh pihak-pihak majikan. Fungsinya adalah untuk menghalang gerakan pekerja yang
tidak berpuas hati dengan terma dan kondusi pekerjaan yang telah ditetapkan dalam sesebuah
organisasi. Mereka memainkan agendanya yang tersendiri untuk menghindarkan pekerja-pekerja
untuk menyertai kesatuan sekerja pekerja. Kesatuan sekerja pekerja pula ialah kesatuan yang
terdiri daripada gabungan-gabungan pekerja. Mereka berjuang untuk mendapatkan keadilan yang
lebih baik dan hak mereka dalam pekerjaan. Kesatuan ini terdiri daripada dua pertubuhan dalam
menjadi wakil kepada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul iaitu Malaysian
Trades Union Kongres (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan
Awam (CEUPAC).
Melihat kepada sejarah perkembangan Kesatuan Sekerja di Malaysia Kekurangan
makanan dan keadaan ekonomi yang merungsingkan menyebabkan berlakunya konflik di antara
pekerja dan majikan di mana masing-masing menuntut dan mempertahankan hak dan
kepentingannya. Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dilaksanakan dan dikuatkuasakan ke seluruh
Tanah Melayu pada tahun 1947. Enakmen ini mewajibkan setiap Kesatuan Sekerja didaftarkan
dengan pendaftar Kesatuan Sekerja. Sebuah jabatan baru ditubuhkan bagi mengendalikan urusan
pendaftaran dan penyeliaan aktiviti Kesatuan Sekerja. Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja
ditubuhkan bagi memberi nasihat berkenaan dengan Kesatuan Sekerja. Setelah Jepun menyerah
kalah kepada pihak British pada September 1945, wujud pula General Labour yang dikuasai oleh
Parti Komunis. Pada Februari 1946, kesatuan ini telah menubuhkan cawangan-cawangannya di
setiap negeri termasuk negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Labuan.
Kesatuan ini dianggotai oleh pekerja-pekerja dalam semua sektor perdagangan dan perusahaan.
Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 yang pada asalnya dikanunkan untuk Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu telah diperluaskan pemakainnya atau pegunaannya kepada Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada negeri Perak, Negeri
Sembilan, Pahang dan Selangor manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri
daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu. Pendaftaran yang pertama telah
bermula pada tahun 1947 yang mana pada akhir tahun tersebut terdapat sebanyak 298 bilangan
Kesatuan Sekerja yang mendaftar dengan keanggotaan 195, 113 orang. Pada bulan Jun 1948,
Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah dipinda bertujuan bagi membolehkan pendaftaran
Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja yang dikehendaki menghadkan keanggotaannya.
Kesatuan Sekerja dikehendaki menghadkan keanggotaannya yang mana ahli-ahlinya terdiri
daripada pekerja-pekerja yang bekerja di dalam trade, pekerjaan atau perusahaan yang serupa.
Hal ini penting untuk memudahkan rundingan bersama dan menggugurkan kelayakan
Persekutuan-persekutuan Kesatuan Sekerja yang dikuasai pihak Komunis. Hal ini yang
mengakibatkan aktiviti Parti Komunis Malaya melalui Kesatuan Sekerja menjadi lemah. Apabila
darurat diisytiharkan pada tahun 1948 akibat kegaganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis
Malaya, sebilangan daripada Kesatuan-kesatuan Sekerja ini telah dibubarkan. Apabila negara
telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah
dinamakan semula sebagai Ordinan Kesatuan Sekerja 1959. Pineapple Industry Worker’s Union
telah menjadi perantis pertama yang berdaftar di bawah Ordinan ini. Kemudian kemasukan
Sabah dan Sarawak ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Ordinan Kesatuan Sekerja
1959 telah diperluaskan penggunaannya kepada kedua-dua negeri tersebut pada tahun 1965.
Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada setiap rakyat untuk berpersatuan.
Sebagai sebuah negara yang menganggotai International Labour Organisation (ILO),
Konvensyen ILO 98 telah ditandatangani Malaysia pada 5 Jun 1961 iaitu mengenai hak untuk
mengadakan perundingan kolektif. Daripada perkara ini kesatuan-kesatuan sekerja di Malaysia
boleh membuat perjanjian bersama dengan majikan mereka. Pada tahun 1989, Ordinan Kesatuan
Sekerja 1959 telah ditukar kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959. Nama tersebut kekal hingga ke
hari ini dan ini disesuaikan dengan perubahan dan tanggungjawab jabatan mahupun aktiviti
Kesatuan Sekerja pada masa kini

Penubuhan satu kesatuan sekerja yang baru perlu melalui proses-proses tertentu sebelum
disahkan penubuhannya. Pekerja-pekerja yang ingin menubuhkan satu kesatuan sekerja yang
baru perlu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal kesatuan sekerja untuk mendaftar kesatuan
mereka. Sekurang-kurangnya tujuh orang anggota diperlukan untuk tujuan tersebut. Pekerja yang
ingin mendapatkan keanggotaan kesatuan sekerjanya daripada pelbagai syarikat dalam negara
perlu membentuk sebuah kesatuan sekerja yang dinamakan sebagai Kesatuan Kebangsaan.
Berbeza pula dengan kesatuan dalaman dimana kesatuan ini hanya terdiri daripada pekerja-
pekerja dalam organisasi berkenaan sahaja. Namun, prosedur atau cara untuk memohon
pendaftaran bagi kedua-dua kesatuan tersebut adalah sama. Sebagai alternatif, pekerja boleh
sertai kesatuan sekerja yang sedia ada sama ada kesatuan dalaman mahupun kesatuan
kebangsaan. Sekiranya ingin menubuhkan kesatuan yang baru juga tidak menjadi masalah.
Kedua-duanya juga perlu menjalani proses-proses tertentu untuk mendapatkan pengesahan.
Semuanya bergantung kepada perkerja itu sendiri dalam membuat keputusan demi kepentingan
bersama.

Kesatuan sekerja hanya boleh didaftarkan dan menjadi organisasi yang sah jika beberapa
syarat tertentu dipenuhi. Ini termasuklah semua anggota kesatuan mesti bekerja dalam pekerjaan,
tred atau industri yang sama, semua anggota kesatuan juga mesti bekerja sama ada di
Semenanjung atau Sabah atau pun Sarawak. Sesiapa yang bekerja di Semenanjung hanya
menjadi anggota kesatuan sekerja di Semenanjung sahaja, tidak boleh menjadi anggota kesatuan
yang sama seperti mereka yang bekerja di Sabah atau Sarawak. Sarawak dan Sabah pula tidak
boleh menjadi anggota kesatuan sekerja di Semenanjung bagi mereka yang bekerja di Sabah atau
Sarawak begitu juga mereka yang bekerja di Sarawak tidak boleh menyertai kesatuan yang sama
seperti mereka yang bekerja di Sabah dan sama juga halnya dengan Sabah. Kesatuan di
Semenanjung mempunyai anggota yang bekerja di Semenanjung sahaja, kesatuan di Sabah
mempunyai anggota yang bekerja di Sabah sahaja dan kesatuan di Sarawak mempunyai anggota
yang bekerja di Sarawak sahaja. Selain itu, semua anggota kesatuan mesti berada dalam salah
satu sektor sahaja iaitu swasta atau awam. Sekiranya organisasi seseorang pekerja ialah sebuah
hospital swasta maka pekerja tersebut tidak boleh menyertai kesatuan yang mewakili pekerja
hospital di sektor awam kerana berlainan sektor.

Permohonan pendaftaran adalah dalam tempoh sebulan dari tarikh kesatuan ditubuhkan.
Permohonan ini hendaklah dibuat dalam Borang B yang ditentukan dan mengikut prosedur yang
ditetapkan iaitu ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli, alamat kesatuan perlu
dimasukkan serta nama, umur, kewarganegaraan dan pekerjaan pemegang jawatan perlu
dikemukakan dengan jelas. Ketua Pengarah boleh menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja
jika dia berpendapat bahawa kesatuan sekerja tersebut berkemungkinan untuk digunakan bagi
tujuan yang menyalahi undang-undang atau tujuan yang bertentangan dengan objektif dan
peraturan. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi
mengawal selia, mengarah dan mengawal secara amnya perkara-perkara berhubungan dengan
Kesatuan Sekerja di seluruh Malaysia. Ketua Pengarah diberi kuasa budi bicara yang luas dalam
menjalankan dan melaksanakan segala fungsinya berhubung dengan penguatkuasaan Akta dan
peruntukan-peruntukan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Segala keputusan Ketua Pengarah
boleh dibuat rayuan hanya kepada Menteri Sumber Manusia dan keputusannya nanti adalah
muktamad. Selain itu, kesatuan sekerja yang meliputi sekumpulan pekerja tertentu telah wujud
dan beliau boleh menolak pendaftaran kesatuan sekerja yang baru tersebut jika merasakan
bahawa menubuhkan satu lagi kesatuan boleh menyebabkan permusuhan antara kedua-dua
kesatuan. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mempunyai kuasa untuk membatalkan pendaftaran
atas sebab-sebab tertentu dan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja akan memberi notis kepada
kesatuan selama 30 hari. Hal ini memberi peluang kepada kesatuan untuk menunjukkan sebab-
sebab mengapa perakuan pendaftarannya tidak seharusnya dibatalkan dan seharusnya diterima
dan disahkan.

Pegawai dan pekerja kesatuan akan menentukan hala pergerakan sesebuah kesatuan sama ada
sesebuah kesatuan itu dapat mencapai objektif penubuhannya ataupun tidak. Bagi pegawai dan
kakitangan kesatuan perlulah mencapai syarat tersebut iaitu warganegara Malaysia, berumur 21
tahun ke atas bagi pegawai kesatuan, dan tidak menjadi seorang pemegang jawatan (office-
bearer) atau pekerja sesebuah parti politik. Sebelum tahun 1980, dibawah peruntukan Seksyen 27
Akta Kesatuan Sekerja. Perintah bagi Pengecualian Pegawai-Pegawai Awam 1971 yang
berkuatkuasa pada masa tersebut. Terdapat tiga kumpulan pegawai awam yang tidak boleh
menyertai dan menganggotai kesatuan sekerja iaitu Anggota Polis Diraja Malaysia, Anggota
Angkatan Tentera dan Anggota Perkhidmatan Penjara. Dengan pindaan yang dibuat dalam tahun
1980, dua kumpulan lagi dilarang untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan sekerja iaitu
pegawai-pegawai yang digaji dalam urusan-urusan sulit atau jawatan keselamatan dan pegawai-
pegawai yang memegang jawatan dalam ‘Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas’. Ketua Setiausaha
Negara mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada larangan tersebut kepada
pegawai-pegawai tertentu melalui arahan bertulis yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Oleh
hal yang demikian, pelbagai proses dan syarat yang mesti dilalui dalam menubuhkan dan
menanggotai kesatuan sekerja di Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Penglibatan pekerja dalam Kesatuan Sekerja bergantung kepada pekerja itu sendiri dalam
memenuhi kehendak dan keperluannya dalam pekerjaan. Penglibatan pekerja dalam jumlah yang
ramai akan menambahkan lagi kekuatan Kesatuan Sekerja dalam menuntut hak dan keperluan
serta menjaga kepentingan mereka dalam pekerjaan. Pelbagai faktor yang mendorong kepada
keterlibatan pekerja dalam kesatuan sekerja di Malaysia kini. Terdapat tiga faktor utama yang
mendorong pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja iaitu motif ekonomi, perlindungan hak dan
sebab-sebab sosial (Maimunah Aminuddin, 2011). Motif ekonomi ialah dimana pekerja ingin
menambah baik situasi ekonomi mereka daripada keadaan sedia ada menjadi lebih baik. Hal ini
dikaitkan dengan sesuatu isu yang melibatkan masalah gaji, pembayaran bonus dan juga elaun-
elaun tertentu. Penyertaan pekerja dalam Kesatuan Sekerja dapat menambah baik terma-terma
dan syarat-syarat perkhidmatan seperti upah dan faedah-faedah yang akan diperolehi. Hal ini
hanya mudah dicapai jika adannya kerjasama yang padu antara ahli-ahlinya.

Kerjasama yang kuat diantara ahli-ahli dalam Kesatuan Sekerja memberikan kekuatan secara
kolektif untuk berunding dan melakukan proses tawar-menawar dengan majikan bagi
mendapatkan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik. Tambahan pula,
keperluan dan keinginan yang dikehendaki oleh ahli dalam kesatuan sekerja mudah disepakati
bersama memudahkan lagi urusan yang hendak dilakukan jika kerjasama dalam ahli itu sentiasa
ada. Perkara yang lebih penting adalah untuk kepentingan bersama dan bukannya peribadi yang
mana mungkin memberi kesulitan atau kesusahan kepada ahli yang lain. Di samping itu,
penglibatan pekerja dalam kesatuan sekerja yang sah sudah tentunya akan dilindungi undang-
undang dimana hak dan tindakan mereka akan dilindungi serta hal-hal yang berkaita dengannya
selagi tidak menyalahi Akta Kesatuan Sekerja 1959. Oleh hal yang demikian, kejayaan kesatuan
sekerja dalam memperjuangkan hak-hak pekerja dari segi terma dan syarat yang lebih baik akan
memberi pulangan yang baik dan faedah secara lansung kepada ahlinya. Penambahbaikan dari
aspek ekonomi pekerja sudah pasti menjadi kehendak dan keinginan setiap pekerja dan kesatuan
sekerja merupakan salah satu cara bagi pekerja mencapai matlamat tersebut. Hal ini yang
mengakibatkan kebanyakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja dan berjuang mencapai
matlamat seperti yang diinginkan dan diharapkan. Jika matlamat dan keinginan para pekerja
dapat dicapai maka pembangunan dari aspek ekonomi atau pun dari segi mata pencarian mereka
lebih baik. Bukan sahaja mendatangkan faedah kepada pekerja itu sendiri malah kepada
tanggunggan si pekerja khasnya pekerja yang telah berumahtangga.

3.0 ISU DAN PERNYATAAN MASALAH

Dalam institusi pekerjaan, kesatuan sekerja memainkan peranan penting bagi menjaga
hak-hak pekerja dan kebajikan pekerja. Kesatuan ini tidak ditubuhkan dengan sesuka hati
melainkan terdapat peranan-peranan tertentu yang harus dijalankan.
Dalam kajian ini permasalahan kajian yang hendak ditimbulkan ialah bagaimana
kesatuan sekerja menjalankan fungsinya dalam sektor pekerjaan di Malaysia. Penyelidik ingin
mengkaji sejauh mana organisasi kesatuan sekerja ini memberi impak postif antara hubungan
majikan dan pekerja. Selain itu penyelidik juga ingin merungkai sejauh mana kuasa kesatuan
sekerja ini boleh mempengaruhi kejayaan sesuatu organisasi.

Selain itu, Walaupun dilihat banyak faktor pendorong yang mendorong pekerja
untukmenyertai kesatuan sekerja, serta fungsi utama Kesatuan Sekerja menjurus ke
arahkebajikan pekerja. Namun, didapati penurunan dalam penyertaan pekerja dalam Kesatuan
Sekerja.oleh itu persoalan yang ditimbulkan apakah peranan kesatuan sekerja yang sebenarnya
dalam sektor pekerjaan di Malaysia?.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti apa itu kesatuan sekerja

2. Mengkaji peranan kesatuan sekerja dalam sektor pekerjaan di Malaysia

3. Menganalisis kepentingan kesatuan sekerja terhadap majikan dan pekerja di Malaysia

5.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah peranan utama kesatuan sekerja terhadap sektor pekerjaan di Malaysia?

2. Bagaimanakah kesatuan sekerja memberi manfaat kepada pekerja di Malaysia?

3. Apakah kepentingan kesatuan sekerja terhadap majikan dan pekerja di Malaysia?

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti peranan-peranan kesatuan sekerja di


Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
Kesatuan Sekerja dalam menstabilkan hubungan pekerjaan di Malaysia khususnya antara pekerja
dan majikan.
7.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam aspek metodologi kajian, kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji
semasa menjalankan kajian adalah dengan menggunakan kaedah perpustakaan. Pengkaji mencari
maklumat yang berkaitan dengan mengakses maklumat melalui internet ataupun pegi ke
perpustakaan dengan mencari buku-buku yang berkaitan dengan kajian bagi memperolehi
maklumat dengan lebih mendalam.

Selain itu pengkaji juga menjalankan soal selidik dengan memilih beberapa responden
yang mahir dan berpengetahuan dalam setiap aspek yang dijalankan oleh pengkaji. Dengan
mengedarkan boring soal selidik, pengkaji akan mendapat maklumat yang lebih banyak dan
mengumpul maklumat tersebut untuk dikaji lalu dirumuskan.

Pengkaji juga melaksanakan sesi temubual dengan seorang pensyarah di Universiti


Malaysia Sabah yang juga merupakan seorang yang mahir dalam menjelaskan peranan kesatuan
sekerja dalam sektor pekerjaan di Malaysia.

8. SOROTAN LITERATUR

Kesatuan sekerja memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat kita. Secara


keseluruhannya, komuniti kesatuan sekerja mengatakan bahawa kesatuan memberi satu suara
kepada pekerja, menggunakan pengaruhnya untuk berunding dengan majikan untuk melindungi
hak atau menambahbaikkan faedah pekerja.

Konsep kesatuan sekerja merujuk kepada tujuan penubuhan iaitu antaranya bagi
maksud menggalakkan perhubungan perindustrian yang baik di antara pekerja dan majikan-
majikan, memperbaiki syarat-syarat pekerjaan pekerja atau memperbaiki status ekonomi dan
sosial mereka, atau meningkatkan produktiviti. Kesatuan ini wujud untuk menangani masalah
yang dihadapi oleh pekerja dalam sebarang bentuk seperti mengenai gaji, peraturan kerja
tidak adil, pengaturan masadan sebagainya. Semua pekerja yang bekerja di bawah satu
majikan tertentu diwakili oleh kesatuan pekerja. Semua komunikasi yang berlaku di antara
majikan dan tenaga kerja secara amnya berlaku melalui kesatuan. Semua kesatuan sekerja juga
bertanggungjawab untuk mengekalkan disiplin dalamkalangan pekerja. Pengurusan, pekerja
dan kesatuan sekerja boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerja yang
menyalahi undang-undang, mengganggu keamanan dan keharmonian di tempat kerja.
Kesatuan sekerja memberi perlindungan kepada semua pekerja individu walaupun berbeza
tahap pangkat dalam suatu organisasi. Di Malaysia, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja
amat penting atau elemen penting dalam sistem hubungan industri di negara ini.
Berdasarkan senario di Malaysia, kesatuan sekerja merujuk kepada satu persatuan atau
gabungan pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia dan keahliannya hendaklah terdiri
daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan dan perindustrian yang tertentu
atau yang seakan-akan sama .

Kesatuan sekerja merupakan sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana
organisasi lain. Sesebuah kesatuan yang bebas daripada pengaruh majikan merupakan
kesatuan yang sangat berkuasa. Kesatuan sekerja juga adalah hubungan antara
majikan dengan pekerja. Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan
Sekerja 1959 sebagai satu persatuan gabungan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Kesatuan
sekerja merupakan sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi lain.
Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai satu
persatuan gabungan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Kesatuan sekerja merupakan
sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi lain. Kesatuan sekerja
berbeza daripada organisasi dimana organisasi hanya fokus mencapai keuntungantetapi
kesatuan mengambil berat ahli-ahli yang disertai untuk manfaat ekonomi. Persepsi pekerja
daripada peranan kesatuan telah secara tradisinya dipertingkatkan dengan peranan
kesatuan dalam mentadbir buruh aktif dasar-dasar pasaran dan faedah menyalurkan,
seperti peningkatan kemahiran, perkhidmatan pekerjaan, insuranspengangguran,
penjagaan kesihatan dan pencen. Di samping itu, kesatuan sekerja berhadapan dengan
faktor ekonomi, umumnya di luar kawalan mereka, seperti ancaman penerbangan modal,
dan persaingan di seberang laut. Pergerakan kesatuan sekerja Malaysia berada dalam keadaan
sedemikian dan dapat dikatakan pergerakan itu berhadapan dengan beberapa cabaran dari
perubahan struktur pasar tenaga kerja dan polisi neo-liberal.Kesatuan-kesatuan sekerja di
Malaysia mempunyai tiga kategori iaitu In-house kesatuan sekerja, Negara kesatuan sekerja
dan persekutuan kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja dalaman ditubuhkan dalam butir
penubuhan untuk menjaga kepentingan ahli-ahli di dalam pertubuhan itu.Negara
kesatuan sekerja dikumpulkan mengikut industri, perdagangan, atau pekerjaan, dan
keahlian mereka tidak terhad kepada tempat perniagaansahajatetapi geografi misalnya,
kesatuan sekerja kebangsaan boleh menarik ahli-ahlinya sahaja dari Semenanjung Malaysia, atau
Sabah, atau Sarawak. Kesatuan sepatutnya diuruskan sebagai sebuah badan tetap yang
demokratik. Maka, ia tidak hanya aktif apabila pekerja menghadapi masalah, tetapi merupakan
pertubuhan yang sentiasa memelihara dan memajukan kepentingan ahlinya. Lantaran
itu, kesatuan sepatutnya mewakili dan melindungi pekerja tanpa diskriminasi, baik dari
segi kaum, agama, jantina, umur dan lain-lain. Setiap ahli kesatuan, sama ada ahli biasa
atau pemimpin yang terpilih, mempunyai tanggungjawab untuk memajukan kesatuan.

Fungsi Dan Peranan Kesatuan Sekerja

Terdapat beberapa fungsi dan peranan utama kesatuan-kesatuan sekerja dalam negara kita.
Antaranya adalah :-

i. kesatuan sekerja berperanan sebagai kumpulan pendesak di tempat kerja. Mereka perlu dilihat
sebagai berkeupayaan untuk mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak majikan

yang melibatkan kepentingan dan kebajikan pekerja-pekerja.

ii. Kesatuan sekerja juga berperanan dalam memastikan kedudukan gaji dan faedah-faedah
kewangan yang diperolehi pekerja-pekerja sentiasa dioptimumkan.

iii. Kesatuan sekerja hendaklah sentiasa mengawal selia sIstem perhubungan perusahaan
bersama-sama dengan pihak pengurusan di tempat kerja supaya kebajikan pekerja-pekerja
sentiasa diberi keutamaan dan dilindungi. Perkara ini dapat direalisasikan apabila termetrainya
Perjanjian Kolektif.

iv. Kesatuan Sekerja juga berperanan menyediakan perkhidmatan dan latihan bagi meningkatkan
taraf kehidupan dan social ahli-ahli dari masa ke semasa seiring dengan kemajuan dan
pembangunan ekonomi dalam negara.

Perubahan yang berlaku telah memantapkan lagi fungsi kesatuan sekerja, dimana kuasa
pekerja yang dikumpulkan daripada individu member manfaat kepada setiap ahli dalam
perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan social dan kepuasan diri. Fungsi kesatuan
di sini seumpama kesatuan member balik tanggungjawab yang diamanahkan oleh
individudengan harapan setiap ahli mendapat apa yamg dikehendaki. Responden kami
telahmengukuhkan lagi fungsi tersebut dengan member gambaran yang dimainkan oleh
beliausebagai pemimpin untuk kesatuan sekerja. Pengalaman yang ditimba oleh responden amat
membantu kami kerana maklumat yangdiberi lebih jelas mengenai fungsi kesatuan dan juga
responden bukan sahaja membantu ahlikesatuannya sendiri tetapi turut membantu organisasi luar
yang bukan ahli dalammemperjuangkan hak mereka. Tindakan responden adalah secara sukarela
dan mangsa pulahanya dikenakan minimal token sebagai ganjaran untuk bantuan yang diberikan
oleh respondendalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mangsa di mahkamah.
Hal ini demikiankerana, responden peka akan tanggunjawab kesatuan iaitu memperjuangkan
kebajikan pekerja.Di Malaysia, kerajaan begitu berperanan dalam mengawal pergerakan pekerja
dan jugamengawasi kesatuan sekerja agar selari dengan matlamat kerajaan dalam
meningkatakanekonomi Negara. Undang-undang juga dibuat mengikut cara ketenteraanhasil
pengaruh daripada parti komunis Malaya. Undang-undang yang terbentuk ini juga seakan-
akangambaran kepada pendekatan Marxist kerana pergerakan pekerja adalah dikawal oleh pihak
yangada kuasa dan berpengaruh. Dalam situasi tersebut jelas menunjukkan kesatuan sekerja
diMalaysia sukar untuk berkembang.Disamping itu, kemajuan mengikut konsep majoriti
(pluralistic conception) juga sukaruntuk dicapai kerana kesatuan sekerja di Malaysia sukar untuk
mempertahankan kepentinganahli kesatuan kerana undang-undang di Malaysia begitu ketat.
Perundingan bersama juga terhaduntuk diutarakan dimana tidak dibenarkan untuk
membincangkan isu-isu seperti naik pangkat, pertukaran tempat kerja, perlucutan jawatan dan
mempersoalkan tentang tugasan yang diberikan.Hal ini demikian kerana isu-isu tersebut adalah
tanggungjawab pihak pengurusan dan tidak bolehdipertikaikan.Pindaan undang-undang untuk
pekerja amat mengecewakan kerana Hubungan industri diMalaysia tidak begitu menjurus kepada
kerjasama atau partnership model. Saluran yang bolehdigunakan oleh pekerja untuk
menyampaikan permasalahan mereka adalah melalui pihak yangmewakili pekerja (parallel
engineer of worker representation) yang telah dilantik oleh kesatuansekerja. Ini bermaksud
pekerja di Malaysia tidak ada begitu menerima apa-apa pulanganwalaupun permasalahan di
tempat kerja mereka telah diutarakan kepada pihak pengurusan.

Cabaran Dan Halangan


Begitu juga dengan halangan-halangan dan cabaran-cabaran lain yang perlu diberi perhatian dan
ditangani dengan baik oleh pengurusan kesatuan sekerja bagi memastikan keberkesanan
sesebuah kesatuan sekerja.

Antaranya adalah perkara-perkara seperti :-

a) Hubungan dengan majikan

Seringkali kita mendengar hubungan antara majikan dengan kesatuan sekerja sentiasa dingin.
Majikan dikatakan telah mempunyai persepsi negatif terhadap kesatuan sekerja sejak dari awal
sebelum penubuhan sesebuah kesatuan sekerja lagi. Persepsi sebegini tidak membantu
menyuburkan system perhubungan perusahaan antara majikan dan pekerja-pekerja malah
persepsi negative sebegini hanya akan membantutkan system perhubungan perusahaan dalam
negara kita.

Justeru itu, kesatuan-kesatuan sekerja hendaklah menunjukkan tauladan yang baik yang boleh
memikat hati majikan-majikan. Mereka perlu menunjukkan model kesatuan sekerja yang
sewajarnya dicontohi dan membuktikan kepada majikan-majikan bahawa kesatuan sekerja di

negara kita bukan sekadar menjadi badan pendesak untuk meraih pelbagai faedah kewangan
semata-mata tetapi lebih dari itu kesatuan sekerja mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
membina sistem perhubungan perusahaan yang adil dan sentiasa dihormati.

b) Masalah Kepimpinan

Pemimpin-pemimpin kesatuan hendaklah mengenepikan kepentingan diri masing-masing.


Seringkali kita terdengar wujudnya pertikaian dalaman antara pemimpin-pemimpin kesatuan
sekerja yang masingmasing berebut `kawasan’, pengaruh dan jawatan. Sikap seumpama ini
hanya akan melemahkan pergerakan kesatuan sekerja dan seterusnya gagal menarik minat
kemasukan ahli-ahli baru. Sewajarnya, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja hendaklah
mengutamakan dan memperjuangkan kebajikan pekerja-pekerja dan membina system
perhubungan perusahaan yang mantap bersama-sama dengan pihak pengurusan majikan-majikan
di negara ini. Hanya denganmemiliki sikap yang baik dan bertanggungjawab seperti ini sahaja
akan mengharumkan imej kesatuan-kesatuan sekerja.

c) Keanggotaan Yang Kecil


Seperti kita sedia maklum, keanggotaan kesatuan sekerja tidak sampai 10% daripada gunatenaga
kerja negara kita. Jumlah ini amat kecil dan jelas menunjukkan pekerja-pekerja kurang berminat
dan tidak mengambil tahu berkenaan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini. Perkara initidak
harus dipandang ringan oleh pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja. Keanggotaan kesatuan yang
kecil sudah pasti menyumbang kepada dana kesatuan yang kecil jugak. Tidak banyak perkara
atau aktiviti yang dapat dilaksanakan jika kesatuan tidak mempunyai dana yang besar.
Sehubungan itu, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja haruslah “turun padang” untuk
menjelaskan kepada pekerja-pekerja di luar sana bahawa kesatuan sekerja mempunyai peranan
besar dalam memelihara dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja di negara ini. Hanya dengan
kempen yang agresif dan berterusan sahaja yang dapat memberi kesedaran dan kefahaman
kepada golongan pekerja di negara ini.

9.0 SKOP KAJIAN

ketika menyiapkan kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antaranya
sebahagian daripada soalan yang pengkaji tanya semasa sesi temu-bual kemungkinan di luar
topik kerana pengkaji menggunakan kaedah temu-bual secara terus dimana yang pengkaji
ajukan adalah berdasarkan tindakbalas daripada responden.

Selain itu, pengkaji menghadapi kesukaran dalam menjalankan kajian ini ialah untuk
mengolah maklumat yang kami peroleh daripada responden kerana pengkaji perlu menerangkan
dalam bentuk ilmiah. pengkaji juga perlu melihat kepada kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji lain mengenai peranan Kesatuan Sekerja sehingga kami terkeliru dengan maklumat
yang telah perolehi.Selain itu, maklumat yang pengkaji perolehi daripada responden juga terhad
kerana skop pengkaji hanya melibatkan situasi kesatuan kerja dan bukti juga hanya melalui
masalah-masalah yang dihadapi oleh kesatuan tersebut sahaja.

Disamping itu juga, pengkaji mengalami masalah untuk menjalankan kajian disebabkan
pandemic covid-19 yang berlaku sekarang membataskan pergerakan pengkaji. Dengan adanya
sop-sop perlu dipatuhi telah menghalang pengkaji untuk menjalankan penyelidikan dengan
sempurna dan untuk berjumpa dengan responden juga agak sukar.
10.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesatuan sekerja memiliki pelbagai peranan dalam sektor pekerjaan di


Malaysia. Pergerakan kesatuan sekerja adalah satu elemen penting dalam perhubungan
perindustrian di Malaysia. Sebuah Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan berasaskan trade,
pekerjaan atau industri tertentu yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi
kepentingan mahupun kebajikan anggota-anggotanya. Kesatuan sekerja dijadikan sebagai
pengantara antara majikan dan pekerja dalam menyelesaikan konflik atau pun isu yang berkaitan
dengan pekerjaan khasnya hal yang berkenaan dengan terma dan syarat-syarat perkhidmatan.
RUJUKAN

Bluestone, B.; Bluestone, I. (1992).Negotiating the future - A labor perspective on

Americanbusiness.New York, Basic Books.

Bryson, A. (2000). Have British Workers Lost Their Voice, or Have they Gained a New

One?London:PSI.

Charlwood, A. (2001). Influences on Trade Union Organizing Effectiveness in Great

Britain.London: CEP

Delaney, J. Fiorito J. and Jarley, P. (1993) National Union Effectiveness.Research in


theSociology

of Organizations, 12:1

Lucio, M. and Stuart, M. (2002). Social Partnership and the Mutual Gains
Organization:Remaking

Involvement and Trust at the British Workplace. Economic and Industrial Democracy,

23:2.

Metcalf, D. (2001). British Unions: Dissolution or Resurgence Revisited. London: CEP.

Metcalf, D. (2002). Future of Unions in Modern Britain. London: CEP.


tavros A. Drakopoulos and Loannis Katselidis. (2012).The Developmen of Trade Union
theoryand

Mainstream Economic Methodology. Athens: Munich Personal RePEc Archive

.Thomas, H. (1999).Trade Union and Development. Geneva : International Institute for

LaboourStudies.

Waldinger, R. Ericson, C. Milkman, R. Mitchell, D. Valenzuela, A. Wong, K. and Zeitling,

M.(1998). Organizing to Win: New Research on Union Strategies, New York: ILR Press.

You might also like