You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

Isi Kandungan 1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Tanggungjawab Vaksinasi Berlandaskan Al-Quran dan Hadis 2


2.1 Berdoa kepada Allah SWT 3
2.2 Mencegah 3
2.3 Merawat 4
2.4 Tawakkal 5
3.0 Cadangan Mengatasi Golongan Anti Vaksin 6
3.1 Perbincangan Bersama Golongan Anti Vaksin 7
3.2 Tindakan Undang-undang Terhadap Penyebaran Berita Palsu 7
3.3 Memberikan Penerangan yang Terperinci Mengenai Vaksin 7

4.0 Kesimpulan 8

Rujukan 9

1
1.0 PENGENALAN

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak


koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global
berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada
mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China,
dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac
2020.

Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara
cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19. Sejak kemunculan
COVID-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin
COVID-19. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang
dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi ditubuhkan untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara
dapat diperolehi (JKJAV, 2021).

Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur
virus yang telah dimatikan atau dilemahkan (Bahagian Pendidikan Kesihatan, 2021). Dengan
mengambil vaksin, seseorang itu dapat membentuk sistem imuniti terhadap penyakit covid-19 di
dalam badan mereka. Hal ini kerana vaksin memberikan bantuan terhadap sistem imun badan
dengan melatih antibodi ini mengenalpasti kuman- kuman tertentu yang menyerang badan
seseorang. Justeru, perkara ini membuatkan sistem imun badan bersedia untuk mencegah kuman
sebenar daripada menyerang badan kita.

2.0 TANGGUNGJAWAB VAKSINASI BERLANDASKAN AL-QURAN DAN HADIS

Islam merupakan agama yang mengutamakan kesihatan dengan meletakkan beberapa prinsip
asas dalam mengatasi penyakit sama ada sebelum atau semasa penyakit menimpa seseorang.
Antara prinsip yang boleh digunakan untuk berhadapan dengan pandemik yang melanda dunia
pada masa kini adalah seperti berikut:

2
2.1 Berdoa Kepada Allah SWT

Di dalam Islam, berdoa dilaksanakan untuk mengelakkan seseorang itu ditimpa penyakit
atau musibah. Ini seperti doa-doa dan zikir yang diajarkan menerusi pelbagai nas yang
sahih seperti:

‫ﺳَﻘﺎم‬
‫ون واﻟ ﺟَذام و ِﻣن ﺳ ِﯾ ﺊ اﻷ‬Nُ‫ﺟﻧ‬ ‫ﻣن اﻟ َﺑر ك ص‬ ‫ ِﻧّﻲ ﻋوذ‬Nَ‫اﻟﻠ ﮭ ﱠم أ‬
‫واﻟ‬
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu
daripada penyakit sopal, gila, kusta dan juga penyakit-penyakit berbahaya yang
lain.

Riwayat Abu Daud (1554)

Berdasarkan riwayat di atas, umat Islam di ajar untuk memohon perlindungan


daripada Allah agar terhindar dari wabak yang bakal melanda kerana pepatah Melayu
berkata malang tidak berbau.

2.2 Mencegah

Islam amat menitikberatkan tentang pencegahan penyakit sebelum ia menimpa. Jadi,


beberapa langkah pencegahan diharuskan seperti yang ditunjukkan beberapa riwayat
yang sahih. Misalnya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abd Al-Rahman bin ‘Auf r.a
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺳَﻘﺎم‬
‫ون واﻟ ﺟَذام و ِﻣن ﺳ ِﯾ ﺊ اﻷ‬Nُ‫ﺟﻧ‬ ‫ﻣن اﻟﺑَر ك ص‬ ‫ ِّﻧﻲ ﻋوذ‬Nَ‫اﻟﻠ ﮭ ﱠم أ‬
‫واﻟ‬

3
Maksudnya: Sekiranya kamu mendengar tentang taun yang menimpa sesuatu
kawasan, maka janganlah kamu masuk ke tempat tersebut. Sekiranya ia berlaku

4
di sesuatu kawasan dan kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar
daripadanya untuk melarikan diri darinya.

Riwayat Al-Bukhari (5730)

Hadis di atas jelas membuktikan langkah pencegahan yang disyorkan oleh


Rasulullah SAW sebelum dan selepas seseorang itu terlibat dengan wabak penyakit.
Melalui hadis ini kita dapat faham bahawa seseorang yang mengetahui tentang penularan
wabak penyakit di tempat tertentu, janganlah kita pergi ke tempat tersebut bagi
mengelakkan diri daripada terjebak dengan wabak penyakit tersebut. Sama halnya dengan
wabak Covid-19 yang lebih mudah tersebar melalui udara. Jadi, sudah sewajarnya kita
menyokong tindakan kerajaan yang mangawal pergerakan di dalam negara untuk
mengelakkan wabak ini daripada meluas.

Begitu juga dengan langkah pencegahan seperti menjauhkan diri daripada


individu yang menghidap penyakit berjangkit. Hal ini persis seperti hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺳ ِد‬
‫ ﻣن‬Nَ‫اﻷ‬ َ‫ﻣن اﻟﻣ ﺟذُوم ِﻔر ﻛﻣﺎ ﺗ‬ ‫و ِﻓر‬

Maksudnya: Dan hendaklah kamu melarikan diri daripada pesakit kusta


sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa.

Riwayat al-Bukhari (5707)

2.3 Merawat

Ketika seseorang itu ditimpa penyakit, Islam memberi penekanan kepada kepentingan
merawat. Di samping redha dengan takdir Allah SWT, tuntutan untuk

5
merawat penyakit juga tidak boleh diketepikan. Hal ini berdasarkan hadis daripada
Usamah bin Syarik r.a berkata bahawa rasulullah SAW bersabda:

‫ﮭ ر ُم‬
‫ادء ٍد اﻟ واﺣ‬ ‫ﻏْﯾر‬ ‫ِإ َﻻ و ﺿﻊ داء ﺿﻊ َﻟﮫ د َواء‬ ‫وﺟل َﻟ ْم ﯾَ َ� ﻋز‬ ‫ دَ او‬Nَ‫ن ﺗ‬N‫ْوا َﻓ ِﺈ‬

Maksudnya: Hendaklah kamu merawat (penyakit) kerana sesungguhya Allah


tidak menjadikan suatu penyakit melainkan Dia turut menyediakan ubat baginya,
melainkan satu penyakit sahaja iaitu ketuaan.

Riwayat Abu Daud (3855), Riwayat Ahmad (4/278)

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini memberikan isyarat disunatkan


mengubat penyakit. Hal ini menjelaskan bahawa Islam mengajar kita untuk menjaga
kesihatan agar mudah melakukan aktiviti harian serta beribadah kepada Allah SWT.

‫ِ� ﻋز وﺟل‬
‫اﻟ ﱠداء َﺑ د َواء ْذن ِﺑِﺈ‬ ‫ َﻓِﺈَذا د َواء ﺻﯾ‬، N‫ُأ‬ ‫ادء‬ ‫ﻛﻟ ّل‬
‫رأ‬ ‫ب‬

Maksudnya: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka
sembuhlah dengan izin Allah.”

Riwayat Muslim (2004).

2.4 Tawakkal

Setelah segala cara dan ikhtiar sudah dilakukan, agama islam mengajar kita agar
menyerahkan segala urusan seterusnya kepada Allah SWT. Inilah bentuk

6
tawakkal iaitu menyerahkan diri yang mutlak kepada Allah setelah pelbagai usaha
dilakukan. Allah SWT berfirman:

‫ﻛ ِﻠﯾن‬Nِّ ‫ َو‬Nَ‫ﻣﺗ‬
‫ﺣ ٱﻟ ب‬Nُ‫َ� ﯾ‬ ‫ٱ ﻋﻠَﻰ ِإ‬ ‫ذَا ﻋز ﻣۡ َو ﻛ‬Nِ‫َﻓﺈ‬
‫نٱ‬ �ۚ ‫ت ﻓَﺗ ۡل‬

Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka


bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
bertawakkal kepada-Nya.

Surah Ali Imran (159)

Inilah pegangan akidah sejati muslim, yang menghimpunkan usaha seterusnya bertawakal
kepada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan. Namun begitu, jika segala
usaha untuk mengelakkan penyakit seperti doa dan langkah pencegahan telah diambil,
tetapi seseorang itu masih diuji dengan penyakit, maka kita perlu menenangkan diri
seperti firman Allah SWT:

‫َۡ َ ٱﻟ ل ﻣ ۡؤ ِﻣُﻧون‬ ۤ
‫وﻋَﻠﻰ ٱ َوﻛ � ﻓﻠﯾﺗ‬ ‫� ھ َو ۚ ﺎ ٰﯩﻧَ وۡ ﻟ‬
ُ ‫ُﻗل ﱠﻟن ﯾ ﺎ ﻣﺎ ﱠﻻ ﻛﺗ ﻟﻧَﺎ ب ٱ‬
‫ﻣ‬ ‫ﺻﯾ‬
‫ﺑَﻧ‬

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa sama sekali ujian tidak


akan menimpa kita melainkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Dial ah
pelindung kita, dan kepada Allah jugalah golongan beriman itu perlu bertawakal.

Surah al-Taubah (51)


7
3.0 CADANGAN MENGATASI GOLONGAN ANTI VAKSIN

8
Langkah mengatasi golongan anti vaksin perlu diperluaskan oleh semua pihak, bukan
menyerahkan tanggungjawab di bawah Menteri Kesihatan atau pakar bidang kesihatan. Pegawai
Senior Program Kemanusiaan di International Planned Parenthood Federation (IPPF), Dr
Nadirah Babji berkata, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah golongan-
golongan anti vaksin ini melalui langkah-langkah dan kempen- kempen berkesan yang turut
melibatkan pakar dalam pelbagai bidang termasuk psikologi, sosiologi dan yang berkaitan.

3.1 Perbincangan Bersama Golongan Anti Vaksin

Melakukan perbincangan bersama golongan anti vaksin ini amat penting untuk
mengetahui masalah serta memahami keadaan mereka hingga menyebabkan mereka
menentang pengambilan vaksin ini. Misalnya, masalah mengenai keselamatan dan
keberkesanan vaksin tersebut membuatkan mereka merasa ragu-ragu untuk mengambil
vaksin tersebut. Masalah ini menjadi semakin sulit apabila golongan-golongan tertentu
menyampaikan maklumat yang salah kepada mereka. Penyelesaian melalui perbincangan
adalah amat penting agar mereka mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan kesan
baik dan buruk pengambilan vaksin tersebut.

3.2 Tindakan Undang-undang Terhadap Penyebaran Berita Palsu

Penyebaran berita palsu mengenai vaksin ini juga salah satu isu yang sering
diperbesarkan hingga menyebabkan golongan anti vaksin di negara kita semakin
meningkat. Oleh itu, membanteras penyebaran berita palsu dengan mengenakan tindakan
yang berat kepada individu yang menyebarkan berita palsu di dalam sosial media amatlah
penting bagi mengurangkan salah faham golongan anti vaksin ini. Contohnya, individu
yang mendakwa ada yang meninggal dunia selepas mengambil vaksin sedangkan punca
kematian tersebut adalah disebabkan kecelakaan jalan raya. Hal ini menimbulkan
ketakutan kepada orang ramai kerana maklumat yang tidak tepat.

3.3 Memberikan Penerangan yang Terperinci Mengenai Vaksin

9
Akhir sekali, penerangan yang terperinci tentang kesan pengambilan vaksin ini perlu
dijelaskan kepada mereka untuk menyelesaikan salah tanggapan mereka mengenai
vaksin. Hal ini juga dapat memerangi penyebaran berita palsu yang sering menular di
media sosial, justeru membetulkan kesalahpahaman mereka. Namun, usaha yang lebih
gigih perlu diterapkan kerana kita tidak mengetahui apakah informasi palsu yang mereka
terima dari media sosial. Individu yang menjadi kenalan rapat dengan golongan anti
vaksin perlulah memberikan kerjasama terhadap pengharaman penyebaran berita palsu.

4.0 KESIMPULAN

Rumusannya, sebagai umat islam, kita mempunyai kewajipan untuk menegakkan Maqasih
Syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Dalam situasi
pandemik ini, setiap individu perlu memainkan peranan penting untuk melindungi diri antara
satu sama lain beserta ummah. Pihak berkuasa juga perlu berusaha sedaya-upaya untuk
memastikan langkah-langkah keselamatan tetap diamalkan oleh rakyat di Malaysia bagi
mengurangkan penularan wabak ini. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam
untuk mengambil vaksin agar penularan wabak ini dapat dibanteras kerana ia merupakan langkah
pencegahan yang diajarkan di dalam Islam. Pandemik ini hanya dapat diatasi dengan usaha dan
tawakkal kepada Allah SWT yang berhak menentukan segalanya.

1
0
RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Kesihatan. (2021, November 30). Infosihat. Retrieved from Vaksin covid-
19: https://www.infosihat.gov.my/vaksin-covid-19.html

Hal Ehwal Agama. (2020). Pengambilan vaksin covid-19: Hukum dan permasalahannya.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 2021. (2021). Program
imunisasi covid-19 kebangsaan. Urusetia Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan
Covid-19.

Kairol Zulhaidi. (2021, October 18). Harakahdaily. Retrieved from Langkah tangani golongan
antivaksin perlu diperluas:
https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/18/langkah-tangani-golongan- antivaksin-
perlu-diperluas/

Norsaadah Din & Yusni Mohamad Yusak. (2020, November). Researchgate. Retrieved from
Peranan akidah dalam menghadapi penularan pandemik covid-19:
https://www.researchgate.net/publication/349027385_Peranan_Akidah_Dalam_
Menghadapi_Penularan_Pandemik_Covid-19

Rohani Jahis et.al. (2015, July). Soalan lazim mengenai vaksin dan imunisasi.

1
1

You might also like