You are on page 1of 25

BENTUK DAN KESAN PENYAKIT KEPADA MANUSIA, HAIWAN

DAN TUMBUH-TUMBUHAN DALAM AL-QURAN

Muhammad Zulshahmi Bin Md Arshad


Email: p110325@siswa.ukm.edu.my
Pelajar Sarjana di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM

Abstrak

Penyakit merupakan satu bentuk kemudaratan yang perlu dicegah dari awal lagi. Kajian
ini menjelaskan kepelbagaian penyakit dan kemudaratan yang terjadi kepada manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengeluarkan dan
menghuraikan bentuk dan kesan penyakit kepada manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan dalam al-Quran dan kitab-kitab tafsir muktabar serta mengaitkannya dengan
ilmu sains dan perubatan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan dan
data tersebut dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Kepentingan kajian ialah dapat
memberi peringatan kepada masyarakat tentang penyakit dan kemudaratan yang
terdapat dalam al-Quran agar masyarakat berhati-hati dan mengambil iktibar daripada
penyakit tersebut. Hasil kajian didapati bahawa terdapat bentuk penyakit kepada
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam al-Quran dan kesannya terhadap diri
umat Islam.

Kata kunci: penyakit, manusia, al-Quran, haiwan, kitab tafsir, tumbuhan, sains

1- Pengenalan

Manusia, haiwan mahu pun tumbuh-tumbuhan tidak dapat lari daripada penyakit, jika
tidak dicegah dari awal. Penyakit yang dialami ada dua jenis iaitu penyakit fizikal
(luaran) dan penyakit batin (dalaman). Terdapat penyakit yang disebut dalam al-Quran
secara jelas dan tidak jelas. Penyakit yang tidak jelas perlu kepada kitab tafsir muktabar
dan ilmu sains dan perubatan. Contohnya, penyakit anjing gila. Dalam al-Quran ada
disebutkan kalimah anjing (‫ )الكلب‬tetapi tidak dijelaskan penyakit atau kemudaratan
yang boleh datang daripada anjing. Justeru, perlu mengaitkan anjing dengan bidang
sains dan perubatan. Hakikatnya, banyak penyakit yang berpunca daripada anjing dan
menyebabkan sakit kepada manusia atau haiwan lain atau anjing itu sendiri. Antaranya,
penyakit anjing gila (rabies, hidrofobia) ialah penyakit virus membawa kematian yang
boleh menjejaskan mana-mana mamalia, sungguhpun hubungan anjing dengan
manusia yang menjadikan rabies anjing dan kerisauan zoonosis. Kajian ini akan
mengfokuskan pada bentuk penyakit atau mudarat kepada manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam al-Quran serta kesannya kepada umat Islam.

1
2- Penyakit Dalam Konteks Al-Quran

Penyakit ialah sesuatu yang menyebabkan keburukkan, kepincangan hidup dan lain-
lain yang merebak (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia pula, penyakit berjangkit didefinisikan sebagai penyakit yang
boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, makanan atau sentuhan cecair
badan yang mengandungi pathogen iaitu agen penyakit. Penyakit berjangkit biasanya
disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria, kulat atau virus yang membiak dalam
tisu tubuh.

Dalam al-Quran ada beberapa kalimah yang berkaitan penyakit disebut secara
jelas antaranya ialah kalimah (‫ )مرض‬yang mana kebanyakkannya menceritakan tentang
penyakit hati. Daripada sumber al-Ma’ani, kalimah (‫ )قلوبهم مرض‬yang disebut dalam al-
Quran adalah sebanyak 11 kali dalam pelbagai surah seperti surah al-Anfal ayat 49,
surah at-Taubah ayat 125, surah al-Ahzab ayat 60 dan banyak lagi. Manakala, kalimah
(‫ )قلبه مرض‬disebut sekali iaitu pada surah al-Ahzab ayat 32. Semua kalimah tersebut
membawa maksud penyakit hati seperti hasad dengki, menaruh harapan buruk, kufur,
syak ragu-ragu dan sebagainya. Banyak lagi kalimah yang bermaksud penyakit yang
disebutkan Allah S.W.T dalam al-Quran sama ada penyakit luaran mahu pun dalaman.

Selain itu, kisah manusia dijangkiti wabak atau penyakit disebabkan oleh virus
yang tidak dikenali ada dijelaskan dalam al-Quran dan hadith. Antaranya kisah wabak
Tha’un yang meragut banyak nyawa manusia ketika itu. Namun, terdapat beberapa
kalimah yang sinonim dengan wabak antaranya kalimah rijz (‫)رجز‬. Menurut kajian oleh
Robiatul Adawiyah et.al (2020), berdasarkan tafsiran para ahli tafsir terhadap semua
kalimah rijz dalam al-Quran dapat disimpulkan bahawa kalimah rijz bermaksud semua
jenis penyakit berjangkit atau wabak yang menimpa manusia. Menurut al-Razi dalam
kitabnya Mafatih al-Ghaib, kalimah rijz merupakan salah satu daripada jenis azab yang
terburuk.

Al-Quran juga menerangkan tentang larangan kepada umat Islam untuk


memusnahkan diri mereka secara sia-sia seperti tidak menjaga kesihatan sehingga sakit
dan boleh memudaratkan diri sendiri. Diharamkan juga membunuh diri sendiri atau
orang lain atau mencederakan diri atau orang lain. Semua itu dilarang melainkan
dengan sebab yang sah seperti perang, bunuh balas, hukuman dan seumpamanya (Mohd
Asri, 2020). Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah 2:195

)195( ‫ك ِة‬ ‫ل‬ ْ ‫وَل ت ْلقوا بأ ْيديك ْم إَل‬


‫ٱلّت‬
َ ُ َ َِ ُ ِ َِ۟ ُ ُ َ َ

Maksudnya:
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam.
Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Maka, jelas

2
bahawa penyakit dalam konteks al-Quran adalah meliputi penyakit itu sendiri sama ada
penyakit zahir atau batin, juga meliputi azab dari Allah dan larangan Allah S.W.T agar
tidak mendatangkan penyakit atau kemudaratan pada diri sendiri.

3- Penyakit Dalam Konteks Al-Sunnah


Pada tahun 2020, Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah di Universiti Sains
Islam Malaysia telah mengeluarkan satu buku yang bertajuk “40 Hadis Tentang Wabak
Penyakit”. Ini menunjukkan betapa banyaknya hadith-hadith nabi Muhammad S.A.W
yang berkaitan dengan penyakit. Namun, secara umumnya penyakit dalam konteks al-
Sunnah lebih menitikberatkan soal langkah berjaga-jaga dan cara pencegahan terhadap
sesuatu penyakit.
Antara hadith yang menjelaskan akan hal ini adalah sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Sa’d Ibnu Abi Waqqash R.A beliau berkata bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda:

‫ «إِّ َذا ََِّس ْعتُ ْم‬:‫ال‬َ َ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِّه َو َسلَّ َم أَنَّهُ ق‬ َ ‫َّب‬ ‫ َع ِّن النِّ ِّي‬،‫ث َس ْع ًدا‬ُ ‫ ُُيَ يِّد‬،‫ُس َامةَ بْ َن َزيْ ٍد‬
َ‫أ‬
»‫ض َوأَنْ تُ ْم ِِّبَا فَالَ ََتُْر ُجوا ِّم ْن َها‬ ٍ ‫ َوإِّ َذا َوقَ َع ِِّب َْر‬،‫وها‬َ ُ‫ض فَالَ تَ ْد ُخل‬ ِّ ُ‫ِِّبلطَّاع‬
ٍ ‫ون ِِّب َْر‬
Maksudnya:
“Saidina Usamah bin Zaid R.A pernah menceritakan kepada Sa’d bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila kamu mendengar bahawa Tha’un
menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan
tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya
Tha’un, janganlah kamu keluar daripadanya”. Riwayat al-Bukhari, Sahih al-
Bukhari, Kitab al-Tib, Bab Ma Yuzkar fi at-Tha’un, (5728).
Hadith di atas jelas menyatakan tentang langkah pencegahan yang disyorkan oleh
Rasulullah S.A.W sebelum dan juga selepas seseorang itu terlibat dengan penyakit
berjangkit. Sekiranya seseorang itu mengetahui akan penularan sesuatu wabak di
tempat tertentu, janganlah dia pergi ke tempat tersebut bagi mengelakkan dirinya dari
dijangkiti penyakit tersebut. Manakala, jika seseorang itu telah berada dalam kawasan
yang merebak padanya wabak, tindakan pencegahan yang diambil bagi mengelakkan
penularan penyakit tersebut adalah dengan cara tidak keluar dari kawasan tersebut. Ini
dilakukan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar berlaku (Irsyad Usul al-
Fiqh Siri ke-45, 2020).

3
Seterusnya, hadith daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda:

َ‫ َوال‬،َ‫َية‬ ِّ َّ ِّ َِّّ ‫ول‬


َّ َ ‫اَّلل‬
ََ ‫ «الَ َع ْد َوى َوالَ ط‬:‫صلى هللاُ َعلَْيه َو َسل َم‬ ُ ‫ال َر ُس‬َ َ‫ ق‬:‫ول‬ُ ‫ يَ ُق‬،َ‫ال أ ََِب ُه َريْ َرة‬
َ َ‫ق‬
» ‫َس ِّد‬ ِّ ِّ ِّ ِّ ِّ
َ ‫ َوف َّر م َن املَ ْج ُذوم َك َما تَف ُّر م َن األ‬،‫ص َف َر‬
َ َ‫َه َامةَ َوال‬
Maksudnya:
“Kata Abu Hurairah R.A berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda:
Tidak ada jangkitan penyakit, tiada ramalan buruk, tiada sial burung hantu dan
tiada sial bulan Safar, dan larilah daripada pesakit kusta sebagaimana kamu lari
daripada singa”. Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tib, Bab al-
Juzam, (5707).
Pada bahagian awal hadith ini Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa tiada jangkitan
penyakit boleh berlaku melainkan atas kehendak Allah S.W.T. Manakala di
penghujung hadith tersebut pula, Rasulullah S.A.W memberikan nasihat agar muslim
mesti menjauhi mereka yang dijangkiti pesakit kusta sepertimana mereka melarikan
diri dari singa. Ini sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan manusia daripada
ditimpa penyakit. Namun, sekiranya seorang muslim ditimpa penyakit, dia hendaklah
menyakini bahawa hanya Allah lah yang memberikan penyakit dan penawarnya
(Ahmad Sanusi, 2020).
Di samping itu, terdapat juga hadith yang menyuruh kita untuk mencegah
tersebarnya penyakit seperti tindakan kuarantin buat mereka yang ditimpa penyakit.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda:

ِّ ُ‫ «الَ ي‬:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِّه َو َسلَّ َم‬


‫ور َد َّن‬ ُّ ِّ‫ال الن‬
َ ‫َّب‬ ُ ‫ بَ ْع ُد يَ ُق‬،َ‫ ََِّس َع أ ََِب ُه َريْ َرة‬:َ‫َو َع ْن أَِِّب َسلَ َمة‬
َ َ‫ ق‬:‫ول‬
ِّ ‫ض َعلَى م‬
»‫ص ٍيح‬ ٌ ‫ُمُْ ِّر‬
ُ
Maksudnya:
“Daripada Abi Salamah bahawa dia mendengar Abu Hurairah R.A berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda: Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang
sihat”. Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tib, Bab La Haamah,
(5771).
Hadith ini menjadi asas kepada pengasingan atau kuarantin orang yang sakit daripada
orang yang sihat. Pada asasnya hadith ini merujuk kepada arahan mengasingkan
binatang yang sakit daripada mendekati binatang yang sihat. Kata Imam al-Nawawi:

‫اإلرشاد إىل جمانبة ما ُيصل الضرر عنده يف العادة بفعل هللا وقدره‬

4
Maksudnya: “Hadith ini adalah petunjuk atau bimbingan dari Rasulullah S.A.W agar
kita menjauhkan sesuatu yang boleh membawa kepada kemudaratan secara lazimnya
dengan izin Allah dan kuasaNya”. (Ahmad Sanusi, 2020)
Maka, dapat dinyatakan bahawa penyakit dalam konteks al-Sunnah banyak
membincangkan tentang langkah berjaga-jaga dengan penyakit dan cara mencegah
sesuatu penyakit atau wabak daripada tersebar luas. Umat Islam juga disuruh untuk
berusaha sehabis kuat untuk menghindarkan diri dari perkara-perkara yang boleh
menyebabkan terjangkitnya penyakit (Husnul Hakim, t.th). Namun, tidak dilupakan
juga bahawa semua yang berlaku adalah diatas takdir Allah S.W.T. Kita sebagai hamba
perlulah berusaha dan ikhtiar untuk menjauhi segala perkara yang memudaratkan diri
dan orang lain.

4- Bentuk Penyakit kepada Manusia dalam Al-Quran dan Kesannya


Penyakit adalah satu perkara yang memberi kemudaratan kepada manusia, haiwan
mahu pun tumbuhan. Dalam Islam, kita digalakkan untuk berusaha sedaya upaya
mengelak atau mencegah daripada terkena penyakit. Juga tidak dibenarkan untuk kita
memudaratkan diri dan orang lain seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Daripada Ibnu ‘Abbas berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak boleh
memudaratkan dan tidak boleh membalas mudarat dengan mudarat”. Riwayat
Ibn Majah, Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Ahkam, Bab Man Bana fi Haqqihi Ma
Yadhurru Bijarihi, (2341).
Secara umumnya, penyakit kepada manusia yang disebut dalam al-Quran ada
dua kategori iaitu penyakit zahir (luaran/fizikal) dan batin (dalaman/mental). Ada juga
penyakit yang disebut secara terus dengan menggunakan kalimah (‫)مرض‬, kalimah
(‫ )الضر‬iaitu penyakit dan ada juga yang disebut dengan menggunakan kalimah (‫)رجز‬
yang bermaksud wabak atau azab. Juga ada digunakan kalimah selain dua itu untuk
menjelaskan penyakit seperti yang ditimpa kepada kaum bani Israel. Kesan yang akan
dijelaskan oleh penulis ialah kesan atau pengajaran kepada umat Islam terhadap
penyakit yang disebutkan dalam al-Quran. Penulis menerangkan beberapa pengajaran
dan pedoman yang dapat umat Islam perolehi daripada penyakit tersebut.

4.1- Penyakit Zahir (Luaran/Fizikal)


4.1.1 Penyakit tha’un
Surah al-Baqarah 2:59

5
‫لسمٓا ِء ِبما‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬‫م‬ ‫ا‬‫ز‬ ْ ‫فبدل ٱ َّلين ظلموا ق ْو اَل غ ْْي ٱ َّلى قيل لُهْ فأنزلْنا عَل ٱ َّلين ظلموا ر‬
‫ج ا‬
َ َ َ َ َ ِ ِ ۟ ُ َ َ َ ِ َ َ َ َ ََ ُ َ َ ِ ِ َ َ َ۟ ُ َ َ َ ِ َ َ ََ
ْ
)59( ‫وا يفس ُقون‬ ‫كان‬
َ ُ َ۟ ُ َ
Maksudnya:
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan
(perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya;
maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari
langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).”

Juga dalam surah al-‘Araf 7:162

ْ ‫ٱّلى قيل لُهْ فأ ْرس ْلنا عل ْْي ْم ر‬ ْ ‫ْ ْ ْ ا‬


‫وا‬ ‫ان‬‫ك‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ب‬ ‫ء‬ ‫ٓا‬‫م‬‫ٱلس‬ ‫ن‬‫م‬ ‫ا‬‫ز‬‫ا‬ ‫ج‬ َ ‫ْي‬ ِ َ ‫فَب َد َل‬
ِ
۟ ُ َ َ ِ َ َ َ َِ ِ ِ َ َ َ َ ََ ُ َ َ ِ ِ َ َ ‫وا ِمْنُم َقو‬
‫غ‬ ‫َل‬ ۟ ‫ظ َل ُم‬
َ ‫ين‬
َ
‫ٱّل‬
َ
ْ
)162( ‫يظ ِل ُمون‬
َ َ
Maksudnya:
“Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu
dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan
azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka
lakukan.”
Menurut Ibn Manzur semua penyakit wabak dinamakan sebagai rijz (‫)رجز‬. Al-rajz
(‫ )الرجز‬juga merupakan suatu penyakit yang menimpa kaki unta hingga menyebabkan
kakinya bergoncang dan gementar ketika hendak berdiri hingga terjatuh kembali dalam
tempoh yang singkat. Asal kalimah al-rajz bermaksud pergerakan yang berterusan
tanpa henti. Sementara dalam al-Quran ia bermaksud azab yang bergoncangan dengan
amat dahsyat secara berterusan. Ibn Manzur juga turut menjelaskan kalimah rijz
bermaksud kotoran sama seperti kalimah rijs (‫)رجس‬. Menurut Imam al-Thabari,
kalimah rijz di semua tempat dalam al-Quran membawa maksud azab, boleh juga
dimaksudkan penyakit ta’un dan selainnya. Kalimah rijz juga sama ertinya dengan rijs
(‫ )رجس‬yang bermaksud sesuatu kotor. (Robiatul Adawiyah et.al, 2020)
Imam al-Thabari menyatakan dalam tafsirnya: Mereka disebut zalim kerana
enggan mengerjakan apa yang diperintahkan, malah menggantikannya dengan
mengerjakan apa yang tidak diperintahkan. Adapun yang dimaksudkan dengan kalimah
(‫ )الرجز‬adalah siksaan atau bala. Seperti hadith nabi Rasulullah S.A.W yang
menjelaskan tentang wabak penyakit:

6
"‫"إنه رجز عذب به بعض األمم الذين قبلكم‬
Maksudnya:
“Ia adalah siksaan yang ditimpakan ke atas sebahagian umat sebelum kalian”.
(Musnad Ahmad)
Abdul Rahman bin Zaid berkata: Ketika dikatakan kepada bani Israel, maka Allah
menghantar wabak penyakit Tha’un ke atas mereka, sehingga tidak seorang pun yang
ْ ‫ٱّلين ظلموا ر‬ ْ
berbaki dari mereka. Lalu membacakan firman Allah ( ‫ج ازا َِمن‬ ِ َ ‫َل‬ ‫ع‬ ‫ا‬‫ن‬ ‫فأنزل‬
َ ِ ۟ ُ َ َ َ َ َ َ َ ََ
‫)ٱلسمٓا ِء‬.
َ َ
Dia berkata, yang masih hidup adalah anak-anak mereka yang mana baik dari
bani Israel sedangkan orang-orang tua mereka semuanya binasa oleh wabak penyakit
yang menyerang.
Kesannya: Apabila manusia tidak mahu mengikut apa yang diperintahkan Allah S.W.T
dan mengubah apa yang diperintahkannya, maka kesannya ialah Allah akan
menurunkan bala dan azab berupa penyakit kepada mereka. Jadikan kisah umat
sebelum kita sebagai pengajaran dan pedoman dalam hidup agar kita tidak dimurkai
Allah S.W.T. Laksanakanlah perintah Allah dan tinggalkanlah segala yang
dilaranganNya. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan azab Allah itu sangat pedih.

4.1.2 Penyakit kronik (gatal)


Surah al-Anbiya’ 21:83-84

ْ
‫شفنَا ما‬ ‫ك‬ ‫ف‬ ‫ۥ‬‫ل‬ ‫ا‬‫ن‬ ْ ‫) فٱ ْستج‬83( ‫ٱلر ِِحني‬
‫ب‬ ٰ ‫م‬ ‫ح‬ ‫ر‬ْ ‫وأيوب إ ْذ ناد ٰى ربهۥٓ أّن مسنى ٱلضر وأنت أ‬
َ َ
َ َ َُ َ َ َ َ َ ِ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ ُ َ َ ِ َ َ َِ َ ُ َ َ َ َ ِ َ ُ َ َ َ
ْ ْ ْ ‫بهۦ من ضر وءات ْينـه أ ْهلۥ ومثْلُه معُهْ ر ِْح اة م‬
)84( ‫ند َنا و ِذكر ٰى لِلع ٰـ ِب ِدين‬
ِ ‫ن ِع‬ َِ ِ َ ٰ ِ ِ ِ
َ َ َ َ َ َ ُ ََ ُ َ َ َُ ُ َ َ َ َ َ ُ
Maksudnya:
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada
Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang
Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang
mengasihani". (83) “Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami
hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya:
keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan
sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya
bersabar dan mendapat balasan baik).” (84)
Nabi Ayub A.S menderita penyakit yang kronik sehingga rakan-rakannya menjauhinya,
orang ramai merasa jijik, beliau diusir dari daerahnya, dibuang di tempat sampah di luar
kampung halamannya dan orang ramai tidak mahu berhubungan dengannya. Tidak ada

7
seorang pun yang mahu mendekatinya kecuali isterinya. Dialah yang memenuhi segala
keperluannya. Daripada Mujahid, beliau berkata: Nabi Ayub A.S adalah orang pertama
yang terkena penyakit gatal. Para ulama berbeza pendapat berkaitan dengan berapa
lama Nabi Ayub A.S menghadapi ujian. Wahb berpendapat bahawa Nabi Ayub A.S
diuji selama tiga tahun. Anas berkata: Beliau diuji selama tujuh tahun satu bulan.
Disamping itu, beliau dibuang di tempat sampah Bani Israel. Cairan-cairan mulai
meleleh pada tubuhnya, kemudian Allah S.W.T memberikan kelapangan bagi dirinya
dengan melipat gandakan pahalanya serta memujinya. Humaid berkata: Nabi Ayub A.S
menjalani ujian tersebut selama lapan belas tahun. Al-Suddi berkata: Dagingnya mulai
berjatuhan sehingga tidak tersisa sedikit pun selain tulang dan urat. Isterinya sentiasa
menaburkan abu sebagai alas tidurnya. (Zulkifli al-Bakri, 2018)
Syeikh Ali al-Sobuni berkata: Perkara seperti ini adalah dinukilkan daripada
Israiliyyat yang tidak sah. Antaranya seperti rakan taulannya menjauhkan diri
daripadanya, bau badannya busuk sehingga keluar ulat, dia dibuang dari negerinya, dia
dicampak ke tempat sampah, dan lain-lain. Semuanya ini menafikan kedudukan
Nubuwwah sepertimana yang telah diputuskan oleh ulama' tauhid bahawa para nabi
bersih dan selamat dari penyakit yang menggerunkan dan meliarkan. Bagaimana ia
mungkin sesuai dengan martabat kenabian.
Kesannya: Nabi Ayub juga diuji dengan bermacam-macam ujian walaupun terdapat
perbezaan dikalangan ulamak terhadap sakit yang beliau hadapi. Namun, perkara yang
utama ialah jika kita sabar dengan ujian yang Allah beri, pasti kita akan dapat ganjaran
yang besar daripada Allah di dunia dan di akhirat. Seperti mana nabi Ayub A.S yang
akhirnya Allah memberikan kelapangan bagi dirinya dengan melipat gandakan
pahalanya serta memujinya. Ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk menguji kita dalam
kesabaran ataupun sebaliknya. Sesungguhnya, ujian dan musibah diberikan adalah
mengikut kemampuan setiap manusia itu sendiri. Sabar dan redha dengan ujian yang
diberi dan bersangka baiklah dengan Allah S.W.T.

4.1.3 Berubah rupa ke haiwan yang hina (kera)


Surah al-Baqarah 2:65-66

)65( ‫ني‬ِ ‫ـ‬‫س‬ِ ‫ـ‬


ٰ ‫خ‬ ‫ت فق ْلنا لُهْ كونوا ِقرد ا‬
‫ة‬ ِ
ْ ‫ٱعتد ْوا منك ْم ِف ٱلس‬
‫ب‬ ِ
ْ
‫ين‬ َ
‫ٱّل‬
ِ ‫ُت‬‫م‬
ْ
‫ل‬
ِ ‫ع‬
ْ
‫د‬ ‫ولق‬
َ َ َ َ ۟ ُ ُ ُ َ َ ُ َ َ ِ ُ ۟ َ َ َ ُُ َ ََ َ
)66( ‫ني‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ‫م‬‫ل‬
ْ ‫ا‬
‫ل‬ ‫ة‬ ‫ظ‬ ‫ع‬ ‫و‬ ْ ‫فجع ْلنـها نكـ اًل لما ب ْني يد ْْيا وما خ ْلفها وم‬
َ َ
ِ
َ َ ُ ِ َ ِ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ِ ٰ َ َ َ َٰ َ َ َ
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat)
orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu
Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina”. (65) “Maka
Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-

8
orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu
pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (66)
Imam Ibn Kathir dalam menjelaskan ayat ini menyatakan bahawa Allah S.W.T
berfirman bahawa sesungguhnya kamu wahai orang Yahudi adalah mengetahui azab
yang menimpa penduduk kampung itu yang durhaka terhadap perintah Allah S.W.T
dan melanggar perjanjian serta ikrar yang diambil daripada kamu, iaitu kamu harus
mengagungkan hari Sabtu dan mentaati perintah-Nya. Dikatakan demikian kerana hal
tersebut disyariatkan bagi mereka. Akan tetapi, pada akhirnya mereka membuat helah
dan tipu daya agar mereka tetap dapat menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu dengan
cara meletakkan jaring dan perangkap ikan sebelum hari Sabtu. Apabila hari Sabtu tiba
dan ikan banyak diperoleh sebagaimana secara kebiasaan dengan ikan terjerat oleh
jaring dan perangkap tersebut, tiada suatu ikan pun yang selamat pada hari Sabtu itu.
Apabila malam hari tiba, mereka mengambil ikan tersebut sesudah hari Sabtu berlalu.
Ketika mereka melakukan hal tersebut, maka Allah S.W.T mengutuk rupa mereka
menjadi kera.
Kera adalah suatu binatang yang rupanya lebih mirip dengan manusia, tetapi
kera bukan jenis manusia. Dengan kata lain, perbuatan dan tipu muslihat mereka,
mengingatkan apa yang mereka lakukan itu menurut zahirnya seperti mereka
melakukan perkara yang betul, tetapi hakikatnya adalah berbeza bahkan jauh daripada
kebenaran. Maka, sebagai pembalasan mereka disumpah menjadi kera yang sesuai
dengan perbuatan mereka sendiri yang disesuaikan dengan jenis pelanggarannya
(Kamarul Azmi, 2019). Mujahid berkata berkaitan dengan ayat ini bahawa hati
merekalah yang dikutuk dan bukan rupa mereka. Sesungguhnya hal ini hanyalah
sebagai perumpamaan yang dibuat oleh Allah, sebagaimana yang disebutkan dalam
firman lainnya dalam surah al-Jumu’ah 62:5
Maksudnya:
“Samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia
tidak mengetahui kandungannya).”
Menurut Imam Ibnu Kathir, sekalipun sanad yang jayyid (baik) daripada Mujahid,
namun pendapat ini yang dianggap gharib, iaitu aneh. Hal ini demikian kerana makna
ayat ini bertentangan dengan makna lahiriah ayat itu sendiri. Bahkan dalam ayat ini
juga ada disebutkan dengan lebih jelas sebagai firman Allah S.W.T dalam surah al-
Maidah 5:60
Maksudnya:
“Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk
balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang
dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara
mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut.”
Ibn ‘Abbas berkata berhubung dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud, Lalu Kami
berfirman kepada mereka, “Jadilah kamu kera yang hina” (Surah al-Baqarah 2: 65)

9
bahawa Allah S.W.T menjadikan sebahagian dari mereka itu kera dan babi.
Kemungkinan para pemuda dalam kalangan Bani Israel tersebut mereka dikutuk
menjadi kera, sedangkan orang yang sudah lanjut usianya pula dikutuk menjadi babi.
Abu Ja‘far Al-Razi, meriwayatkan dari al-Rabi', dari Abu al-‘Aliyah sehubungan
dengan firman-Nya: Jadilah kamu kera-kera yang hina. (Surah al-Baqarah 2: 65), iaitu
jadilah kamu orang yang dinista dan dihina seperti kera. Tafsiran yang sama seperti
juga yang diriwayatkan oleh Imam Mujahid, Qatadah, al-Rabi', dan Abu Malik
(Kamarul Azmi, 2019).
Kesannya: Kaum Bani Israel mempermainkan Allah dengan melanggar janji yang
telah dibuat dengan Allah S.W.T dengan menangkap ikan pada hari Sabtu. Maka
apabila mereka tidak menepati janji tersebut, Allah mengubah mereka kepada kera
kerana perbuatan mereka. Janji bukanlah suatu perkara yang boleh dijadikan mainan.
Jika berjanji pada seseorang, maka wajiblah untuk kita tepati janji tersebut
semampunya. Jika tidak, janganlah menabur janji pada sesiapa pun. Orang yang
memungkiri janji juga termasuk dalam sifat-sifat orang munafik. Sesungguhnya,
balasan bagi orang munafik amatlah pedih. Umat Islam hendaklah cuba sedaya upaya
menjauhkan diri dari sifat-sifat orang munafik.

4.2- Penyakit Batin (Dalaman/Mental)


4.2.1 Penyakit ‘ain
Surah al-Qalam 68:51,

ْ
ٌ ‫جن‬ ْ ْ
ْ‫ُيلِقونك بأ ْبص ٰـر ِه‬
)51( ‫ون‬ ‫م‬َ ‫ل‬
ُ َ ُ َ ‫ۥ‬‫ه‬َ ‫ن‬‫إ‬ِ ‫ون‬ُ ‫ول‬ ‫ق‬
ُ ‫ي‬ ‫و‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ٱّل‬
َ ِ ‫وا‬
۟ ‫ع‬‫َس‬
ِ
ُ َ ‫ا‬‫م‬َ َ ‫ل‬ ِ َ َ ِ َ َ ُ ُ َ‫وا ل‬
۟ ‫ك َف ُر‬
َ ‫ين‬ ِ َ ُ ‫كاد‬
‫ٱّل‬ َ ‫َو ِإن َي‬
َ َ َ َ
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir
dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan
permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil
berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".
ْ
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (‫ك‬
َ ‫ون‬
َ ‫ُيلِ ُق‬ُ َ‫ )ل‬bermaksud mereka hendak

menggelincirkan. (ْ‫)بأَ ْبص ٰـ ِر ِه‬


َ ِ
"Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki
kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana
perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak
selamat). Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan
pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah S.W.T. Sebagaimana
disebutkan dalam beberapa hadith yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak.
(Tafsir Ibnu Kathir, 2004)

10
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi S.A.W
bersabda:

‫استُ غْ ِّسلْتُ ْم فَا ْغ ِّسلُوا‬


ْ ‫ي َوإِّذَا‬
ُ ْ ‫ي َح ٌّق َول َْو َكا َن َش ْىءٌ َسابَ َق الْ َق َد َر َسبَ َق ْتهُ ال َْع‬
ُ ْ ‫الْ َع‬
Maksudnya:
“Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain
lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi
(untuk penyembuhan), maka mandilah.” Riwayat Muslim (5831)
Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah
S.W.T dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.”
Sumber dari al-Afkar: Penyakit ‘Ain dan Rawatannya (2019), penyakit ‘ain
ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa
takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang
dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafiz
Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang
boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.” Beliau turut berkata:
“‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh
juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang
yang soleh (tanpa disengajakan).” (Fath al-Bari, 2002)
Kesannya: Penyakit ‘Ain ialah satu penyakit yang memang wujud dan boleh
mendatangkan mudarat pada pesakitnya. Berhati-hatilah dengan penyakit ‘ain. Sebagai
umat Islam, kita dilarang untuk hasad dengki sesama sendiri. Bersyukurlah dengan
rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Adil
dalam setiap perkara.

4.2.2 Penyakit jiwa (riak)


Surah an-Nisa’ 4:142

‫اَل يرٓاءون‬
ٰ َ ‫وا كُس‬ ‫ام‬‫ق‬ ‫ة‬
ِ ٰ
‫و‬ ‫ل‬‫ٱلص‬ ‫َل‬‫إ‬ ‫ا‬‫و‬ٓ ‫إن ٱلْمن ٰـ ِف ِقني يخ ٰـ ِدعون ٱّلل وهو خ ٰـ ِدعُهْ وإذا قام‬
َ ُ َُ َ ۟ ُ َ َ َ َِ ۟ ُ َ َ ِ َ ُ ُ َ َ ُ َ ََ َ ُ َ ُ َ َ ُ َ ِ

)142( ‫يًل‬ ‫ٱلناس وَل ي ْذكرون ٱّلل إ ََل قل ا‬


ِ َ ََِ َ َ
ُ ُ َ َ َ َ
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama)
Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada
batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri
hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan)

11
riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”
Dalam Tafsir al-Thabari (2007), Ibnu Zaid berkata; “Mereka adalah orang-orang
munafik, kalaulah tidak kerana riak pasti mereka tidak akan solat.” Tafsir Ibn Kathir
(2004) Mereka riak di hadapan manusia bermaksud tidak ada keikhlasan pada mereka
dan tidak ada hubungan dengan Allah, akan tetapi mereka hanya menunjuk-nunjuk
kepada manusia dengan pura-pura. Oleh itu, mereka banyak meninggalkan solat iaitu
berjemaah di masjid dimana biasanya mereka tidak dapat seperti solat isyak di waktu
gelap gelita dan solat subuh di waktu pagi yang masih gelap.

Surah al-Baqarah 2:264


ْ ْ ٓ
‫اس و ََل‬
ِ َ ‫ٱلن‬ ‫ٓاء‬‫ئ‬
َ ‫ر‬
ِ ‫ۥ‬ ‫ال‬
َ ‫م‬ ‫ق‬
ُ ‫ف‬
ِ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫ى‬‫ٱّل‬
ِ َ ‫ك‬
َ ٰ
‫ى‬ ‫ذ‬
َ ‫ٱْل‬
َ ‫و‬ ‫ن‬
َ ِ ‫م‬ ‫كم ِبٱل‬
ُ ‫وا ص َد َق ٰـ ِت‬
۟ ُ ‫طل‬
ِ ‫وا ََل ت ُ ْب‬
۟ ُ ِ َ ‫ي ٰـأَ َ ُْيا‬
‫ٱّلين ءامن‬
َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ
ْ ْ ْ ْ
)264( ‫اخ ِر‬
ِ ‫ٱّللِ َوٱليو ِم ٱل‬
‫ـ‬ َ ‫يؤ ِمن ِب‬
َ َ ُ ُ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah
kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti,
seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak
beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

Surah an-Nisa’ 4:38


ْ ْ ْ ْ ْ
)38( ‫اخ ِر‬
ِ ‫ون ِبٱ َّللِ َو ََل ِبٱليو ِم ٱلـ‬ ‫اس و ََل يؤ ِمن‬ ‫ّلين ين ِف ُقون أ َ ْم ٰولَ ُُه ِر َئٓاء ٱلن‬
َ ‫وٱ‬
َ َ َ ُ ُ َ ِ َ َ َ َ ُ َ ِ َ
Maksudnya:
“Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-
nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan
tidak juga beriman kepada hari akhirat.”
Kesannya: Dapat dilihat bahawa banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang
riak. Sifat ini juga sering dikaitkan dengan keimanan pada Allah dan Rasul-Nya. Sifat
riak ialah sifat dalaman yang susah untuk kita lihat kerana ianya bergantung pada niat.
Juga salah satu sifat mazmumah yang boleh dikategorikan sebagai penyakit dalaman
jika sering melakukannya. Jangan sama sekali kita ada sifat riak dalam diri kita.
Bersegeralah istighfar jika kita rasa kita sedang riak. Ingat, bahawa manusia mungkin

12
tidak tahu niat kita kerana ia melibatkan hati, akan tetapi Allah tahu jika niat kita itu
sama ada ingin riak ataupun tidak.

4.2.3 Penyakit Hati


Surah al-Baqarah 2:10
ْ
)10( ‫وا يك ِذبون‬ ‫كان‬ ٌ ‫ض فزاده ٱّلل مر اضا ولُهْ عذ‬
‫اب أَلِمي ٌۢ ِبما‬ ٌ ‫ِف قلوِبم مر‬
َ َ ُ ِ
َ ُ َ ۟ ُ َ َ َ ُ َ ُ َ
َ َ ُ َ َ َ َ َ ِِ ُ ُ
Maksudnya:
“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan
hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan
mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab
mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
Surah al-Ahzab 33: 32,
ْ
ْ ‫ا‬ ْ ٌ ‫ٱّلى ِف ق ْلبهۦ مر‬
)32( ‫ض وقُلن َق ْوَل َمْعوفاا‬ َ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ط‬ ‫ي‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ْ ‫خض ْعن بٱلْق‬
‫و‬
ْ
‫ن فَ ًَل َت‬ ‫ٱت َق ْيت‬
ُ َ َ َ ِ ِ َ ِ ِ
َ َ َ َ ِ َ ِ َ َ َ ُ َ ‫ِإ ِن‬
َ
Maksudnya:
“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap
dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang
yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”
Penyakit hati yang disebutkan dalam al-Quran sebanyak 12 kali dengan menggunakan
kalimah (‫ )قلوبهم مرض‬dan (‫)قلبه مرض‬. Imam al-Thabari menyebutkan dalam kitabnya
Jami’ al-Bayan, asal kata (‫ )المرض‬adalah (‫سقم‬
َّ ‫ )ال‬yang bermaksud penyakit. Kemudian ia
dinisbahkan kepada jasmani dan rohani. Dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa
dalam hati orang-orang munafik ada penyakit. Penyakit disini adalah kerosakkan
akidah. Begitu juga yang dimaksudkan dalam surah an-Nisa’ 4:143 maksudnya bahawa
keraguan orang munafik tentang kenabian nabi Muhammad S.A.W dan apa yang
diturunkan kepadanya mereka tidak mempercayainya seratus peratus dan tidak
mengingkarinya seratus peratus.
Kesannya: Penyakit hati dalam al-Quran bermaksud hasad dengki, was-was, keraguan
dan seumpamanya. Penyakit hati jika tidak dibendung dari awal, maka akan
memudaratkan diri dan orang lain. Bersyukur dengan segala yang dikurniakan Allah.
Tidak perlu untuk iri hati dan hasad pada sesiapa. Perbanyakkan istighfar dan bertaubat
pada Allah agar dilindungi dari penyakit hati.
.

13
5- Bentuk Penyakit kepada Haiwan dalam Al-Quran dan Kesannya

Antara jenis haiwan yang disebut di dalam al-Quran seperti singa (‫ )القسورة‬dalam surah
al-Muddassir 74:51, rama-rama (‫ )الفراش‬dalam surah al-Qari’ah 101:4, serigala (‫)الذئب‬
dalam surah Yusuf 12:13, 14 dan 17, ular (‫ )الثعبان‬dalam surah al-A’raf 7:106-107 dan
surah as-Syu’ara’ 26:31-32, belalang (‫ )الجراد‬dalam surah al-A’raf 7:133 dan surah al-
Qamar 54:7 (Widus Sempo, 2019) dan banyak lagi jenis haiwan yang disebut dalam al-
Quran sehinggakan ada juga nama surah dengan nama haiwan seperti surah al-Baqarah
(lembu betina), al-Nahl (lebah), al-Ankabut (labah-labah) dan sebagainya. Haiwan
yang disebutkan dalam al-Quran ada yang memberi manfaat pada manusia dan ada
yang memberi kemudharatan pada manusia. Justeru, akan didatangkan beberapa contoh
haiwan yang disebut dalam al-Quran yang mana memberi kemudharatan kepada
manusia dan haiwan.

5.1 Nyamuk (‫)البعوضة‬

Surah al-Baqarah 2: 26
ْ ْ ْ ‫ضرب مث اًل ما بعوض اة فما ف‬ ْ ْ ْ
ٓ ‫ْح‬
‫وا فَيع َل ُمون أَنَه ُ ٱلح َ ُق‬ ‫ن‬ ‫ام‬ ‫ء‬ ‫ين‬‫ٱّل‬
ِ َ ‫ا‬‫م‬ َ ‫أ‬‫ف‬ ۚ ‫ا‬‫ه‬‫ق‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬َ ‫أ‬ ‫ۦ‬ ِ ‫ٱّلل ََل يَس َت‬ ‫إن‬
َ َ َ ۟ ُ َ َ َ َ َ ََ َ ََ َ ُ َ َ َ َ َ ِ َ ََ َ ِ
)26( ‫ِب ْم‬
ِ َِ ‫ِمن َر‬
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti)
nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada
hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan
mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka.”
Al-Sobuni ketika membahasakan ayat ini telah menyatakan bahawa sesungguhnya
Allah bebas mendatangkan apa jua bentuk perumpamaan iaiu sama ada perkara-perkara
kecil seperti nyamuk atau sesuatu yang lebih kecil daripada itu atau perkara-perkara
besar. Al-Zuhaili juga menyatakan bahawa bukanlah suatu keaiban dan pelik apabila
perumpamaan itu didatangkan dalam bentuk sesuatu yang kecil atau besar. Hal ini
kerana kebesaran dan kehebatan Allah terletak pada perkara yang satu iaitu
“menjadikan dan menciptakan”. Dalam al-Mu’jam al-Wasit dinyatakan bahawa al-
ba’ud ialah sejenis serangga yang memudaratkan serta mempunyai dua sayap dan ia
juga dikenali sebagai al-namus (Anis, Ibrahim et.al, t.th).
Sir Ronald Ross, telah melakukan kajian terhadap penyakit malaria yang
mengorbankan ramai nyawa manusia. Beliau membuat kajian tentang
malaria selama lebih kurang 18 tahun iaitu dari tahun 1881 sehingga 1889. Beliau telah
berjaya membuktikan bahawa penyakit malaria dibawa oleh sejenis nyamuk yang
dikenali sebagai nyamuk Anopheles (Mohd Sukki & M. Y. Zulkifli, t.th). Sejak dari

14
dahulu sehinggalah sekarang, nyamuk adalah serangga yang menjadi punca kepada
masalah kesihatan yang utama bagi manusia dan haiwan ternakan di seluruh dunia.
Pelbagai penyakit yang berlaku adalah disebabkan oleh nyamuk. Antaranya nyamuk
Anopheles merupakan vektor malaria, nyamuk Aedes pula merupakan vektor denggi,
‘yellow fever’ (di Amerika dan Afrika) dan ensefalitis (di Amerika dan Eropah).
Manakala nyamuk Mansonia dan Culex pula merupakan vektor penyakit filariasis
(untut). Daripada penemuan ini, memberikan gambaran jelas betapa sesuatu yang
didatangkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang sia-sia dan
remeh walaupun ianya kelihatan remeh dan kecil di sisi orang yang tidak beriman
kepada Allah S.W.T (Mohd Sukki & M. Y. Zulkifli, t.th).

Kesannya: Allah membuat perumpamaan dengan haiwan yang kecil bukan bermaksud
Allah lemah dan sebagainya. Tetapi menunjukkan bahawa Allah berkuasa atas tiap-tiap
sesuatu dan mampu untuk mencipta perkara yang besar atau pun kecil. Dalam ilmu
sains dan perubatan membuktikan bahawa nyamuk bukanlah haiwan yang biasa-biasa.
Nyamuk boleh meragut puluhan ribu nyawa manusia. Justeru, Islam mengajar umatnya
untuk menjaga kebersihan. Pembiakan nyamuk dapat dikurangkan dengan persekitaran
yang bersih dan teratur. Sentiasa jaga kebersihan diri, tempat tinggal dan sebagainya.

5.2- Lalat (‫)الذِبب‬


Surah al-Hajj 22:73

‫وا ذُبا ابا ولَ ِو‬ ‫ق‬‫ل‬


ْ
‫خ‬ ‫ي‬ ‫ن‬‫ل‬ ‫ّلل‬‫ٱ‬ ‫ون‬ ‫د‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ون‬ ‫ع‬ ‫د‬
ْ
‫ت‬ ‫ين‬ ‫ّل‬ َ ‫ٱ‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ۚ ٓ ‫ۥ‬‫ل‬ ‫وا‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ت‬‫س‬ْ ‫يـٓأْيا ٱلناس ضرب مث ٌل فٱ‬
ِ َ ِ ُ َ ۟ ُ ِ َ َ َ َ َ ِ ُ ُ َ َ َُ َ ٰ َ
َ َ ۟ ُُ َ َ َِ ِ ُ ِ َ ُ َ َ
ْ ْ ْ ْ ‫ٱ‬
)73( ‫ف ٱلطَ َالِب وٱلمطلُوب‬ َ ‫ذوه ِمنه ُۚ َض ُع‬ ُ ‫ّلباب َش ْيـاا ََل ي َ ْستن ِق‬ ُ َ ‫وا َلۥ و ِإن ي َ ْسل ُ ْْبم ٱ‬
۟ ‫جتم ُع‬
ُ َ َ ُ ُ َ ُ َ ُ ُ َ ُ َ َ
Maksudnya:
“Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka
dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang
kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat
mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak
dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah
yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada
menunaikannya).”

Dalam Tafsir al-Zamakhsyari (1995) menurut Ibn `Abbas golongan musyrikin itu telah
menyapu berhala mereka dengan za`faran dan madu, lalu datang lalat lalu
memakannya. Namun begitu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Begitu juga berhala
yang mereka sembah tidak dapat menolong dirinya sendiri. Justeru, hal ini
menunjukkan betapa lemahnya berhala yang mereka sembah itu. Apa tidaknya, berhala
itu dibuat dan diukir oleh mereka sendiri (Mohd Sukki & M. Y. Zulkifli, t.th).
Sememangnya banyak mikroorganisma yang bersekutu dengan lalat,

15
dan mikroorganisma terdiri daripada jenis-jenis bakteria, virus, protozoa, kulat dan juga
cacing-cacing nematod menyebabkan pelbagai jenis penyakit
kepada manusia dan haiwan ternak. Seekor lalat dapat memindahkan
lebih daripada 30 jenis bakteria yang membawa penyakit, dan ia membawa
bersamanya lebih kurang lima juta bakteria (Mohd Sukki & M. Y. Zulkifli, t.th).

Pada tahun 1869, Raimbert telah membuktikan bahawa lalat merupakan agen
pemindah bakteria Bacillus Anthracis, penyebab penyakit antraks. Pada tahun 1895,
Bruce telah membuktikan bahawa penyakit tidur (nagana) pada haiwan ternak di Afrika
adalah disebabkan oleh sejenis tripanosoma yang dibawa oleh lalat tsetse, Glossina
Morsitans. Kemudian pada tahun 1903 Bruce dan Nabarro telah membuktikan bahawa
satu lagi spesies lalat iaitu Glossina Palpalis merupakan vektor utama bagi penyakit
tidur pada manusia dan haiwan ternakan. Pada 1913, Mitzmain telah membuktikan
bahawa penyakit surra pada kerbau di Filipina adalah disebabkan oleh sejenis protozoa,
Trypanosoma Evansi. Serangga yang menjadi pembawa protozoa tersebut ialah sejenis
lalat kuda iaitu Tabanus Striatus. Manakala pada tahun 1922, Connals telah
membuktikan bahawa dua spesies lalat rusa (Chrysops Silacea dan Chrysops Discalis)
merupakan vektor penyakit loaisis (Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat).

Kesannya: Allah datangkan satu perumpamaan antara berhala yang disembah dengan
lalat. Sesungguhnya, berhala tersebut tak akan mampu mencipta haiwan seperti lalat.
Sehinggakan jika lalat itu mengambil dari mereka sesuatu, mereka tidak mampu untuk
mengambilnya kembali. Sembah berhala adalah satu perbuatan yang mensyirikkan
Allah S.W.T dan termasuk dalam dosa-dosa besar. Jaga iman agar kita tidak kuffur
pada Allah. Lalat juga merupakan sejenis haiwan yang membawa microorganisma dan
bakteria. Menurut kajian, lalat mampu menyebarkan penyakit kepada manusia mahu
pun binatang.

5.3- Anjing (‫)الكلب‬


Surah al-A’raf 7:176

‫ب ِإن‬
ْ
‫ل‬ ‫ك‬
ْ
‫ٱل‬ ‫ل‬ ‫ث‬‫م‬ ‫ك‬ ‫ۥ‬ ‫ل‬ ‫ث‬ ‫م‬ ‫ف‬ ۚ ‫ه‬ ‫ى‬ ٰ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ٱت‬‫و‬ ‫ض‬ ْ ‫خَل إَل ْٱْل‬
‫ر‬
ْ ٓ ْ ْ ْ
ِ َ ِ َ َ َ ُُ َ َ َ ُ َ َ َ ََ َ ِ َ َ ِ َ َ َ ‫كنَهُۥ أ‬
ِ ‫َولَو ِشئنَا لَرفَعنَ ٰـه ُ ِِبا َولَ ٰـ‬
َ َ
ْ ْ
‫وا ِبـاي ٰـ ِتنَا ۚ فَٱقص ِص ٱل َقصص‬ ‫ب‬‫ذ‬ ‫ك‬ ‫ين‬ َ
‫ٱّل‬
ِ ‫م‬ ْ ‫ت ْحم ْل عل ْيه يلهث أ ْو تْتكه يلهث ۚ ٰذلك مثل ٱلق‬
‫و‬
ْ ْ ْ ْ ْ ْ
َ ِ َ ُ َ َ َ َِ َ َُ ُ َ َ َ َ ِ َ َ ِ َ
َ َ ُ َ َ ۟ ُ َ َ
ْ
)176( ‫كرون‬ َ ‫لَعلَ ُُه يت َف‬
ُ ََ َ
Maksudnya:
“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab
mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia
dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika
engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika
engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.

16
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka
ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”
Imam al-Qurtubi dalam kitabnya menyatakan bahawa perumpamaan itu berlaku bagi
orang yang tidak melaksanakan ayat-ayat Allah yang telah diberikan kepadanya.
Maksudnya adalah walaupun ia diberi nasihat, ia tetap melanggar perintah Tuhannya.
Ia sama seperti seekor anjing, baik kamu usir atau kamu biarkan, anjing tersebut tetap
saja menjulurkan lidahnya.
Banyak penyakit yang berpunca dari anjing dan menyebabkan sakit kepada
manusia atau haiwan lain atau anjing tu sendiri. Antaranya, penyakit anjing gila (rabies,
hidrofobia) ialah penyakit virus membawa kematian yang boleh menjejaskan mana-
mana mamalia, sungguhpun hubungan anjing dengan manusia menjadikan rabies
anjing kerisauan zoonosis. Parvovirus anjing ialah jangkitan perut usus yang kadang-
kadang membawa kematian yang terutamanya menjejaskan anak anjing. Penyakit ini
berlaku di seluruh dunia. Seterusnya, Koronavirus anjing ialah penyakit perut usus yang
biasanya tidak bergejala atau dengan tanda klinkal ringan. Tandanya adalah lebih teruk
pada anak anjing. Distemper anjing ialah penyakit berjangkit yang kerap membawa
kematian yang terutamanya mempunyai tanda pernafasan dan neurologi. Influenza
anjing ialah penyakit pernafasan berjangkit yang baru-baru ini muncul. Sehingga 80
peratus anjing yang terjangkit akan mempunyai gejala, tetapi kadar mortaliti hanya 5
sehingga 8 peratus. Sekain itu, radang hati anjing berjangkit ialah penyakit hati
berjangkit dan kadang-kadang membawa kematian. Herpesvirus anjing ialah penyakit
berjangkit yang merupakan sebab biasa kematian pada anak anjing berumur kurang
daripada tiga minggu. (Wikipedia:https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_penyakit_anjing)

Kesannya: Perumpamaan anjing yang menjelirkan lidahnya dengan orang-orang


mendustakan ayat-ayat Allah adalah bermaksud apabila diberi nasihat kepada mereka,
mereka tidak endahkannya dan tetap tidak berubah. Di sini mengajarkan kita supaya
bersikap terbuka dan mudah terima nasihat dan pandangan orang lain. Jangan keraskan
hati kita dan rendahkan ego kita dalam menerima kritikan dan pandangan orang. Anjing
ialah seekor haiwan yang boleh memberikan kemudaratan pada manusia jika tidak
dijaga dan dipelihara dengan baik. Islam telah meletakkan garis panduan jika hendak
memelihara anjing seperti tujuan pelihara dan cara peliharanya.

5.4- Khinzir (‫)اخلنزير‬

Surah al-Baqarah 2:173


ْ ْ ْ ْ ْ ْ ‫إنما حرم عل ْيكم ٱلْم‬
‫ْي‬ ‫غ‬ ‫ر‬ُ ‫ط‬‫ٱض‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ف‬ ِ ‫ٱّلل‬ ‫ْي‬ ‫غ‬ِ ‫ل‬ ‫ۦ‬‫ه‬ِ ‫ب‬
ِ ‫ل‬
َ ‫ه‬
ِ ُ ‫أ‬ ‫ٓا‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ير‬‫نز‬ ‫خ‬
ِ ‫ٱل‬ ‫م‬ ‫ح‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ٱل‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫ت‬ ‫ي‬ َ َ َ َ َ ََِ
َ َ َ ِ ََ َ ِ َ َ َ ِ ِ َ َ َ َ َ َ ََ َ ُ ُ
)173( ٌ‫حمي‬ ٌ ْ ‫باغ وَل عاد فاَل إ ْْث عل‬
ِ ‫ٱّلل َغفُور َر‬
ََ َ
‫ن‬ ‫إ‬
ِ ۚ ‫ه‬
ِ ‫ي‬ َ َ َ ِ ََ َ َ َ َ

17
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,
dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana
Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang
dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”

Juga kalimah (‫ )اخلنزير‬terdapat dalam surah al-Maidah 5:3, surah al-An’am 6:145 dan

surah al-Nahl 16:155. Manakala, kalimah (‫ )اخلنازير‬hanya disebut sekali dalam al-Quran
iaitu dalam surah al-Maidah 5:60 (Widus Sempo, 2019). Menurut al-Qurtubi, maksud
ayat diatas ialah wahai orang-orang yang beriman kepada-Ku dan Rasul-Ku, janganlah
kamu mengharamkan atas diri kamu apa yang tidak Aku haramkan atas kamu seperti
bahirah, saibah dan sebagainya. Tapi makanlah ia kerana sesungguhnya Aku tidak
mengharamkan atas kamu kecuali bangkai, darah, daging babi dan binatang yang tidak
disembelih kerana-Ku.
Influenza AH1N1 atau lebih dikenali sebagai selesema babi merujuk
kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam
keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada
babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi
dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali
sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang
diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).
Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua
tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia. Mereka
yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara
langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa
jenis yang mampu menjangkiti manusia.
(Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Influenza_babi)

Kesannya: Khinzir ialah sejenis haiwan yang diharamkan untuk manusia makan
kecuali dalam keadaan tertentu seperti darurat. Jangan kita memandai menghalalkan
yang haram, dan mengharamkan yang halal. Haram tetap haram, halal tetap halal dan
bergantung pada sesuatu keadaan mengikut panduan syariat Islamiyyah.

6- Bentuk Penyakit kepada Tumbuhan dalam Al-Quran dan Kesannya


Pelbagai jenis tumbuhan yang disebut dalam al-Quran sama ada dari jenis tanaman,
sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara yang disebut dalam al-Quran ialah buah tin
(‫ )التين‬dan buah zaitun (‫ )الزيتون‬dalam surah at-Tin 95:1, seterusnya tanaman (‫)الزرع‬
dalam surah al-An’am 6:141, buah-buahan (‫ )فاكهة‬dalam surah ar-Rahman 55:11, pokok

18
bidara (‫ )سدر‬dalam surah al-Waqi’ah 56:28, pokok kurma (‫ )نخل‬dalam surah as-
Syua’ara’ 26:148 dan banyak lagi tumbuh-tumbuhan yang disebut oleh Allah S.W.T di
dalam al-Quran (Annisa Nurul, 2019). Secara keseluruhannya, tumbuhan yang disebut
dalam al-Quran kebanyakkannya memberi manfaat kepada manusia dan haiwan. Akan
tetapi, ada beberapa tumbuhan yang memberi keburukkan kepada manusia disebabkan
akhlak manusia itu sendiri seperti anggur yang dijadikan arak dan tanaman yang rosak
akibat perbuatan manusia. Juga terdapat perumpamaan yang Allah jelaskan berkaitan
dengan tanaman dan juga terdapat buah yang dimakan ahli neraka yang mana tidak
menghilangkan rasa lapar mereka.

6.1- Buah anggur (dijadikan arak dan memabukkan)


Surah al-An’am 6:99
ْ ْ ْ ‫ن أ ْعناب وٱلز‬ ٌ ‫خل من ط ْلعها قنْو‬
ْ ‫ان داني ٌة وجنـت م‬ ْ
‫ْي‬ ‫غ‬ ‫و‬ ‫اا‬
‫ْب‬ِ ‫ت‬‫ش‬ ‫م‬ ‫ان‬‫م‬ ‫ٱلر‬‫و‬
َ َ َ َ ُ َ َ َُ َ َ ُ َ َ ‫ون‬‫ت‬‫ي‬ َ َ ِ َ ٰ َ ِ ِ َ ِ َ ِ ِ َ ‫ن ٱلن‬‫و ِم‬
َ َ َ َ َ َ َ
)99( ‫ش ٰـ ِبه‬
َ َ ‫مُت‬

Maksudnya:
“Dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami
keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan)
kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa
dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.”

Buah anggur telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 11 kali dengan kalimah (‫)أعناب‬,
ٍ ), (‫ )أعناِب‬dan (‫)عنِّبا‬. Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa
(‫)األعناب‬, (‫عنب‬
maksudnya ialah “Kami juga mengeluarkan darinya kebun-kebun anggur. Kedua jenis
buah itu (anggur dan kurma) merupakan jenis yang paling berharga bagi penduduk
Hijaz, bahkan mungkin menjadi dua jenis buah yang terbaik di dunia. Seperti mana
firman Allah dalam ayat yang lain yang bermaksud, “Dan dari buah kurma dan anggur,
kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik (Surah al-Nahl 16:67).
Hal ini terjadi sebelum pengharaman khamar.
Buah anggur apabila disalah guna maka akan jadi mudarat bagi manusia seperti
dijadikan al-khamar atau wain. Sumber dari Wikipedia, menyatakan bahawa wain atau
khamar adalah satu minuman beralkohol dibuat daripada penapaian jus anggur.
Keseimbangan kimia semula jadi bagi anggur adalah seperti mereka boleh menapai
tanpa tambahan gula, asid, enzim, atau nutrien lain. Wain dihasilkan dengan menapai
anggur tanpa tambahan gula, asid, enzim, atau nutrient lain. Wain dihasilkan dengan
menapai anggur hancur menggunakan pelbagai jenis yis yang memakan gula yang
terdapat dalam anggur dan menukar mereka kepada alkohol. Pelbagai jenis anggur dan

19
ketegangan bagi yis adalah digunakan bergantung pada jenis wain yang dihasilkan.
(Wikipedia: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wain)
Minuman beralkohol mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam
kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh
melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah
dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap
hari. Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga
gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh,
mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana
merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan
minuman beralkohol. (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Kesannya: Anggur ialah antara buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran. Akan
tetapi jika disalah guna maka anggur boleh menjadi kemudaratan seperti dijadikan arak.
Arak adalah haram di dalam Islam. Jangan sesekali kita cuba-cuba untuk mendekatkan
diri dengan arak. Haram tetap haram walaupun ianya sedikit. Jaga iman kita agar kita
kuat untuk melawan hasutan syaitan dari meminum arak.

6.2- Perumpamaan tanaman dengan kehidupan dunia (hubbu dunia)


Surah al-Hadid 57:20
ْ
‫ٱْل ْم ٰو ِل‬ َ ‫ك ْم َو َت‬
َ ‫كاث ُ ٌر ِِف‬ ‫ن‬ ْ ‫ب وَل ْ ٌو وزين ٌة وتفاخ ٌۢر ب‬
‫ي‬ َ ٌ ‫ٱعلم ٓوا أَنما ٱلْحي ٰوة ٱل ْنيا ل ِع‬ ْ
َ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َ ِ َ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ۟ ُ َ

‫ْت ٰىه ُ م ْص َف ارا ُْث يكُون حطَ ٰـ اما و ِِف‬ ‫ف‬ ‫يج‬ ‫ْي‬ ‫ْث‬ ‫ۥ‬‫ه‬ ‫ات‬ ‫ب‬‫ن‬ ‫ار‬ ‫ف‬ ‫ك‬
ْ
‫ٱل‬ ‫ب‬ ‫ج‬ ‫ع‬
ْ
‫أ‬ ‫ث‬ ْ ‫و ْٱْل ْولـد كمثل غ‬
‫ي‬
َ ُ ُ ََ َ َ
ُ َ َ ُ ََُِ ُ ُ ََ َ ُ َ َ َ
َ َ ِ َ َ َ ِ َٰ َ َ
ْ ْ ْ ٌ ‫يد وم ْغفر ٌة من ٱّلل ور ْض ٰو‬ ٌ ٌ ‫ٱلْـاخرة عذ‬
)20( ‫ٱلنيٓا ِإ ََل مت ٰـع ٱل ُُغو ِر‬ ‫ة‬ ‫و‬ٰ ‫ي‬‫ح‬ ‫ٱل‬ ‫ا‬‫م‬‫و‬ ۚ ‫ن‬ ِ ِ َ ِ ِ ‫د‬
ِ ‫ش‬ ‫اب‬ َ َ ِ َ ِ َ
ُ ُ ََ َ َُ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
Maksudnya:
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang
melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak
pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka
dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar
(ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di
akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya
mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta

20
keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.”
Menurut Ibnu Kathir, tanaman itu berubah menjadi kering sehingga engkau melihatnya
berwarna kuning setelah sebelumnya berwarna hijau. Dan selepas itu semuanya
berubah menjadi kering dan hancur. Demikianlah kehidupan dunia berjalan. Pertama
muda belia, lalu menginjak dewasa, kemudian menjadi lemah dan tidak berdaya. Ketika
perumpamaan itu menunjukkan lenyap dan musnahnya dunia yang pasti akan terjadi,
tidak mungkin tidak dan bahawasanya akhirat pasti ada.
Syeikh al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bahawa beliau berkata:
Kehidupan dunia dari aspek kebinasaan dan kemusnahan yang begitu cepat
diumpamakan seperti tanah yang ditimpa hujan lebat. Dia menumbuhkan tumbuh-
tumbuhan yang mengagumkan para petani dan menjadikan mereka berasa gembira,
rasa tertarik, bersuka ria dan bersenang-senang, namun ketika mereka diasyikkan
dengan keadaan demikian, tiba-tiba tanam-tanaman itu menjadi kering dan hancur
berterbangan ditiup angin. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan dan kenikmatan
yang akan mengalami kemusnahan, tidak kekal dan hanya cenderung memperdayakan
orang dan sememangnya sudah ramai orang yang telah terperdaya dan kagum
terhadapnya sehingga dia berkeyakinan bahawa tidak ada negeri lain selain dunia ini
dan tidak ada tempat kembali lagi di seberang sana (Al-Kafi, 2019). Apabila terlalu
sibuk dengan dunia dan cintakan dunia sehingga lupa akan akhirat yang kekal abadi.
Itu adalah satu penyakit yang sangat merbahaya kerana apabila dunia yang dikejar tidak
akan dapat apa-apa kecuali sia-sia, akan tetapi jika akhirat yang menjadi tujuan utama
maka syurga ganjarannya.
Kesannya: Tanaman yang subur kemudian mati hancur bersepai diumpamakan seperti
kehidupan dunia. Ia hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal. Hubbu dunia iaitu
cintakan dunia merupakan suatu penyakit yang perlu diberi perhatian. Cintakan dunia
akan membuatkan kita lupa dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sehingga
Allah mengatakan sesiapa yang utamakan dunia akan dapat azab di akhirat dan sesiapa
yang utamakan akhirat akan peroleh keampunan dan redha Allah S.W.T.

6.3- Tanaman rosak (manusia melakukan maksiat)


Surah ar-Rum 30:41

ْ
َ ْ ْ‫تأ‬ْ ْ ْ ْ ْ
‫وا لَعلَ ُُه‬ ‫ل‬‫م‬ِ ‫ع‬ ‫ى‬‫ٱّل‬
ِ ‫ض‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ُه‬ ‫يق‬‫ذ‬ِ
َ َ ُ َ ُ ِ َ ‫ي‬ِ ‫ل‬ ‫اس‬‫ٱلن‬ ‫ى‬‫د‬ِ ‫ي‬َ ‫ب‬ ‫س‬ ‫ك‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫ح‬ ‫ب‬ ‫ٱل‬‫و‬ ‫ب‬ ‫ٱل‬ ‫ِف‬
ِ ُ َ َ ‫ظ َهر ٱل‬
‫اد‬‫س‬ ‫ف‬ َ
َ ۟ ُ َ َ َ َ َ ِ ِ َ َ َِ َ َ
ِ ‫َي ْر‬
)41( ‫ج ُعون‬
َ
Maksudnya:

21
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat).”
Ayat diatas menunjukkan bahawa “telah nampak kerosakkan di darat dan di laut
disebabkan kerana perbuatan tangan manusia.” Bermaksud kekurangan tanam-tanaman
dan buah-buahan disebabkan oleh kemaksiatan. Abu al-‘Aliyah berkata: “Barangsiapa
yang berlaku maksiat kepada Allah di muka bumi, maka bererti dia telah berbuat
kerosakkan di dalamnya kerana kebaikan bumi dan langit adalah dengan sebab ketaatan
(Tafsir Ibnu Kathir, 2004).
Kesannya: Hakikatnya, kerosakkan di bumi adalah berpunca dari perbuatan manusia
itu sendiri. Jangan marah pada sesiapa jika kita diberi ujian bermacam-macam. Lihat
pada diri sendiri dan muhasabah diri. Adakah kita tergolong dalam kalangan yang
melakukan maksiat atau larangan Allah atau pun tidak? Laksanakanlah perintah Allah
dan tinggalkan segala yang dilarang jika kita ingin hidup di dunia dengan aman dan
damai.

6.4- Pokok Zaqqum (siksaan ahli neraka)


Surah as-Saffat 37:62

)62( ‫وم‬ ْ ‫أ ٰذلك خ ْْيٌ نز اَل أ‬


ِ ُ‫ٱلز َق‬ ‫ة‬‫ر‬ ‫ج‬‫ش‬ ‫م‬
َ ُ َ َ َ َ ُ َُ َ َ ِ َ َ
Maksudnya:
“Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok
zaqqum?”
Kalimah Zaqqum disebut 3 kali dalam al-Quran dengan menggunakan kalimah (‫)الزقوم‬
dan (‫)زقوم‬. Menurut Imam al-Qurtubi maksud ayat ini adalah, apakah kemuliaan yang
telah Aku berikan kepada orang-orang mukmin yang Aku sebutkan sifat-sifatnya, dan
nikmat yang Aku berikan kepada mereka di akhirat yang mana lebih baik daripada
pokok Zaqqum yang telah Aku siapkan untuk penghuni neraka? Diriwayatkan bahawa

ketika turun ayat ‫وم‬


ِ ُ‫ٱلز َق‬
َ ُ ‫جرة‬ ‫“ أ ْم ش‬ataukah pokok Zaqqum,” orang-orang musyrik
َ َ َ َ
berkata, “Bagaimana boleh pokok tumbuh di dalam api sedangkan api membakar
pokok?” Allah kemudian berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami
menjadikan pokok Zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim.”
Maksudnya adalah bagi orang-orang musyrik yang berkata demikian. Allah lalu
memberitahu mereka tentang gambaran pokok tersebut dalam ayat-Nya yang
bermaksud “Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok yang ke luar dari dasar neraka

22
jahim.” Ini menunjukkan bahawa pokok Zaqqum merupakan siksaan daripada Allah
S.W.T kepada orang-orang musyrik.
Kesannya: Allah bandingkan sifat-sifat dan nikmat yang terdapat dalam syurga dengan
apa yang terdapat di dalam neraka. Dikatakan selepas memakan buah dari pokok
Zaqqum sehingga penuh perut mereka, ahli neraka akan meminum air yang panas
seperti unta yang sangat haus minum. Bertaqwalah pada Allah kerana itulah ukuran kita
sama ada syurga atau neraka. Jangan lupa melaksanakan kewajipan yang telah
disyaratkan di samping memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat agar kita dapat
menjauhkan diri kita dari neraka dan mendekatkan diri kita dengan syurga Allah S.W.T.

7- Penutup

Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa bentuk penyakit kepada manusia dalam al-
Quran disebut dengan jelas dan ada yang perlu kepada rujukan kitab tafsir muktabar.
Penyakit kepada haiwan pula, perlu dikaitkan dengan ilmu sains dan perubatan untuk
melihat apakah bentuk penyakit yang berpunca daripada haiwan tersebut. Penyakit
kepada tumbuhan dalam al-Quran bermaksud azab siksaan dan perbuatan manusia itu
sendiri. Perkara yang paling utama adalah kita dapat mengambil pengajaran dan
pedoman dari semua penyakit yang disebutkan di dalam al-Quran. Perbanyakkan
muhasabah diri dan mohon keampunan kepada Allah S.W.T.

Rujukan

Al-Quran.
Abdullah bin Muhammad. 1994/1414H. Lubaabut Tafsir Min Ibni Kathir. Kairo.
Muassassah Dar al-Hilal.
Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. 2001/1421H. Musnad Imam
Ahmad. Tahqiq Syuaib al-Arnaut. Turki: Muassasah al-Risalah.
Abu al-Fida’ Isma’il b. Kathir al-Qurashi al-Basri al-Dimashqi. 1999/1420H. Tafsir
al-Quran al-‘Azim. Jil 1. Dar Tayyibah.
Al-Bakri, Ahmad Abrurraziq, Muhammad M. A, Latif M. A, Abdul Hamid M. M.
2007. Tafsir al-Thabari. Terj. Jakarta: Pustaka Azzam.
Al-Hifnawi, Muhammad Ibrahim & Usman M. H. t.th. Tafsir al-Qurthubi. Terj.
Jakarta: Pustaka Azzam.

Al-Thabari, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir. 2001/1422H. Jami’ al-Bayan ‘an Takwil
Ayi al-Quran. Dar Hijr.

23
Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syaraf. 1998/1419H. al-Minhaj Syarh Sahih
Muslim. Beirut: Dar al-Makrifah. Cet. 2.

Al-Qurtubi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad. 1964/1384H. al-Jami’ li Ahkam
al-Quran. Kaherah: Dar al-Misriyyah.
Al-Zuhaili, Wahbah. 1991. al-Tafsir al-Munir, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir.
Azmi, Ahmad Sanusi. 2020. 40 Hadis tentang Wabak Penyakit. Negeri Sembilan:
Terbitan Ulum Hadith Research Centre.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1422H. Sahih al-Bukhari. Tahqiq Muhammad
Zuhair bin Nasir. t.tp: Dar Thauq al-Najah.
Al-Maraghi, Ahmad bin Mustafa. 1946/1365H. Tafsir al-Maraghi. Mesir: Syirkatun
Maktabah al-Babi al-Halabi
Ghazirah Abdi Ummah. 2002. Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Terj. Jakarta:
Pustaka Azzam.
Hakim, Husnul. t.th. Epidemi Dalam Al-Quran (Suatu Kajian Tafsir Maudhu’i dengan
Corak Ilmi). Jakarta: Fakultas Ushuluddin Institut PTIQ.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2018. Bani Israil dan Sumpahan Menjadi Kera: Al-Baqarah
(2:62-66). Program Budaya al-Quran di Kolej Tun Fatimah, UTM.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur,
cetakan 4.
M. Abdul Ghoffar E.M, Abdurrahim Mu’thi, Abu Ihsan al-Athari. 2004. Tafsir Ibnu
Kathir. Terj. Indonesia. Pustaka Imam asy-Syafie.
Mohd Sukki Othman & M. Y. Zulkifli b. Haji Mohd Yusoff. t.th. Perumpamaan
Serangga Dalam Al-Quran: Analisis I’jaz. t.tp. t.pt.
Muslim, Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushayri al-Naysaburi. t.th. Sahih
Muslim. Tahqiq Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi’. Beirut: Dar Ihya’ al-Kutb al-
Arabi.
Al-Zamakhshari, Mahmud bin Amru. 1407H. Al-Kashaf ‘an Haqaiq Ghawamid al-
Tanzil. Cetakan Ketiga. Beirut: Dar al-Kutub al-Arabi.
Robiatul Adawiyah Mohd, Norzulaili Mohd Ghazali & Hishomudin Ahmad. 2020.
Analisis Tematik Kalimah ‘Rijz’ Dalam Quran dan Hadis Nabawi. Proceeding of
the 7th International Prophetic Conference (SWAN) FPQS, Universiti Sains Islam
Malaysia. Paper No. BM032.
Sempo, Muhammad Widus. 2019. 27 Haiwan Istimewa dalam Al-Quran: Tinjauan
Tafsir Tematik dan Sosiolinguistik. Negeri Sembilan: Penerbit USIM.
Zainuddin, HM. 2013. Terapi Jiwa Menurut Islam. Indonesia: UIN Maulana Malik
Ibrahim Malang.

24
Kementerian Kesihatan Malaysia. t.th. Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal
Manusia. http://www.myhealth.gov.my/kesan-alkohol-terhadap-mental-a-
fizikal-manusia/.html.

Puti Yasmin. 2021. Ayat Al-Quran tentang Wabah Penyakit dan Cara Menghadapinya.
https://health.detik.com/berita-detikhealth/d-5333036/ayat-alquran-tentang-
wabah-penyakit-dan-cara-menghadapinya.html [13 Januari 2021].

Mohd Asri Zainal Abidin. 2020. Falsafah Islam Berdepan Penyakit, Wabak.
https://www.malaysiakini.com/news/508534.html [27 Januari 2020].
Mohd Kamal Hj Kamarudin. 2020. Menghadapi Penyakit: Ibrah Kisah Nabi Ayub A.S.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/09/menghadapi-penyakit-ibrah-
kisah-nabi-ayub-a-s/.html. [09 Oktober 2020].

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2019. Bayan Linnas Siri Ke-165: Lalat Dalam Al-Quran
Dan Al-Hadith: Amthal, Kajian Saintifik Dan Jawapan Terhadap Salah Faham.
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3083-bayan-linnas-siri-ke-165-
lalat-dalam-al-quran-dan-al-hadith-amthal-kajian-saintifik-dan-jawapan-
terhadap-salah-faham.html [06 Februari 2019].
Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2019. Irsyad Usul Al-Fiqh Siri Ke- 45: Bagaimana
Mendepani Wabak Dan Penyakit Menurut Perspektif Usul Al-Fiqh.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/4138-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-
45-bagaimana-mendepani-wabak-dan-penyakit-menurut-perspektif-usul-al-
fiqh.html [07 Februari 2020].

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2019. Al-Afkar #43: Penyakit ‘Ain Dan Rawatannya.
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3072-al-afkar-43-penyakit-ain-dan-
rawatannya.html [02 Februari 2019].

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2019. Al-Kafi #1059: Sifat Kehidupan Dunia (Tafsir
Surah Al-Hadid Ayat 20). https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/3041-al-kafi-1059-sifat-kehidupan-dunia-tafsir-surah-al-hadid-ayat-
20.html [23 Januari 2019].

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2018. Al-Kafi #979: Sakit Nabi Ayyub A.S.
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2914-al-kafi-979-sakit-nabi-
ayyub-as.html [23 Disember 2018].

25

You might also like