You are on page 1of 33

Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tigakaum utama
iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengankepelbagaian kaum dan
etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam
acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaianyang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan
proses pengukuhan dan pemantapankepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada
peradaban bangsa Melayusetelah kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.Keunggulan
yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsaMelayu zaman kegemilangan
menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datanguntuk membina satu bangsa yang hebat
dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan
pandangan semesta orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat
Melayu, peranan BahasaMelayu,system perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan
kedudukanistimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang
progresif dan tangkas.Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah
perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti
berjayamermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu,
disinidikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan
tamadun Malaysia.i.Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah
Melayusebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atauSemenanjung
Tanah Melayu

i. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dangerakkan
sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air
mereka.
ii. .Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan

PEMBENTUKAN PANDANGANSEMESTA MELAYU

Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malkaysia dengan berasaskan
Islam.Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannyaolehmasyarakat Melayu Merubahkan
hampir keseluruhan pandangan semesta orang Melayu pra-Islam. Kedatangan Islam menjadikan
pandangan semesta Melayu mulai berubah darifahaman animism dan Hinduisme kepada konsep tauhid.
Begitu juga dengan pengaruhsistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut memantap dan
mempekukuhkan lagi pandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai
matlamat,manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, alam sbagaitempat atau
alat untuk manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusiamenjalan nsegala urusan untuk
kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan
difahami dan diamalkan oleh orangMelayu.Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah
orang Melayu sudahmemahami bahawa hidup mereka.tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid
ataukepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini, orang Melayumemahami bahawa

1
Tuhan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnyasebagai tempat bergantung harap
dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain sepertimanadalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.Pada
asanya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan semesta dan prinsip tamadun
berasakan wahyu seperti berikut;

i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alamduniadan
alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripadakehidupan di alam
syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alamdunia ini adalah amanah untuk
kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. ii.Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi
segalagelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh
ituwajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insane muslim, Mukmin danMuhsin;
Islam mencakupi akidah, ibadah, mu¶asyarat, akhlak dan ihsan.
iii. iii.Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasanyang
buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah
keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke
dalam syurga Allah; malapetaka /kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai
kifarah pengampunandosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.
iv. iv.Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan
mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,keingkaran, dan penafian
terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram danmakruh, yang halal adalah jelas; adat
bersendikan hukum dan hukum bersendikankitabAllah.
v. v.Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insanyang berilmu,
beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyakmemanfaatkan dirinyadan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;segala ilmu,
pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasaranakehidupan dunia adalah
sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardukifayah demi membantu terbentuknya
insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim,2004:38-39)Berdasarkan prinsip dan asas di atas,
tampak bahawa umat Melayu meletakkan agamaIslam sebagai sesuatu yang amat signifikasi dalam
pembinaan dan pembentukan tamadunMelayu Islam dari era awal islam sehinggalah ke hari ini.
Malah agama islamlah yangtelah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu
meletakkannya dalamsatu rangkaian panIslamikan yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan
Islam itu sendiri.

PEMBUDAYAAN ILMU DANPENGUKUHAN BAHASA

Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal danterpenting bagi
kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu masyarakat dan bangsa.

Dalam konteks pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun Melayu berperananmemberikan makna


yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkanoleh sesebuah masyarakat yang
bertamadun. Semagat Iqra¶ antara aspek social yangmendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di
Alam Melayu. Islam telahmengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu sehingga
menganggapnyasebagai persoalan yang amat penting. Dengan kedatangan dan penerimaan Islam,golongan
ilmuan mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi
2
oleh semua lapisan masyarakat. Ada sebahagiandaripada mereka yang menjadi rujukan kepadapihak istan
dan sekaligus menggantikan peranan pawing dan bomoh yang sebelumnya amat penting dalam industry
pemerintahan.Kedatangan islam juga Berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuandan
pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan sepertidi Acheh dan Pattani, di
samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia juga telah kepada penubuhan beberapa institusi pengajian dan
pendidikan. Antara yang terpenting ialahiastan, masjid, madrasah dan pondok. Istana misalnya, dalam
sejarah keagungan Islam diAlam Melayu menjadi nadi penting dan memain peranan yang cukup besar
sebagai pusat.

perkembangan ilmu pengatahuan kepada golongan bangsawan dan pembesar. Begitu jugadengan
peranan yang dimainkan oleh industry madrasah dan pondok dalam memberikan pendidikan dan ilmu
kepada masyarakat. Istilah-istilah meunasah, rangkang dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-
tahap atau peringkat-peringkat pendidikan yangdiamalkan (Azyumardi,2000:156).Sistem pendidikan Islam
yang berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawiamat relaven dengan keperluan manusia.
Justeru, budaya membaca, mencintai ilmu pengatahuan dan cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan
dan diberi keutamaandalam masyrakat.Oleh kerana pembudayaan ilmu pengatahuan amat signifikan dalam
membina peradaban manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55)mengariskan
beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.Antaranya ialah:

i. Mementingkan ilmu pengatahuan


ii. ii.Berkekalanya hasil ilmiah
iii. iii.Berterusnya usaha keilmuan
iv. iv.Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. v.Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagimerealisasikan budaya
keilmuan.
vi. vi.Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.

Jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawakejayaan,
kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam dengan pemahamanyang sebenar dan
tulen, mengamal ajaran Islam secara sempurna dan menyeluruh dalam pelbagai dimensi kehidupan malah
pembudayaan ilmu pengatahuan telah mengakar dansebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap oleh
Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada
Islam,nescaya kitsmsmpu menegakkan peradaban moden seperti, pasti mkita akan mampu membangun
peradapan moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.

PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN

Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat bertamadun perlu
diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapanyang diperjuangkan oleh
masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang
diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia
Melayu ini ia memerlukankebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas
mutahir ini ialahnilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi
danglobalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapatdiperincikan
menerusi
3
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan
bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati,
salingmenolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. ii.Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang
menjadikankekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat
kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi
bersifatsacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan
jati diri insan Melayu ini, sewajarnyaumat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang
telah diterap oleh umatMelayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap
ajaran Islam yangsyamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman,
bertakwadan berakhlak mulia.

SISTEM PEMERINTAHAN

Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan
yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan kaedaharkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah
bahawa wilayah politik atau negara bangsaMalaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-
kerajaan Melayusebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah
kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Ria, Lingga dan
sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).Hari ini,Malaysia merupakan sebuah negara
bangsa berbentuk persekutuan yangmengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah
menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
negeriSelat.Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasanutama yang
menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysiaialah tamadun Melayu-Islam.
Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintaholeh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem
pemerintahan beraja (skarang ini system pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama
tamadun Melayu kepadatamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu
Yangdi-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan
demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang
mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan
(legislatif) dan badan kehakiman(judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59). Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di
dalam politik dan pemerintahan negara dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya
kepada sesiapa atausuruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan
paksikepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja berpelembagaan kerana
banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah
Menteri seperti yang termajtub dalamPerlembagaan persekutuan Malaysia.

SISTEM PERUNDANGAN

Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri yang berasaskanadat
Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak).Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di
Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala
Berang,Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari1303 m. Ia
mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perludilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab
pemerintahan melaksanakan danmenguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam
atau hukum sebatke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua

4
orangsama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)Satu lagi warisan yang
membuktikan undang-undang Islam telah diamalkandalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang
yang disusun Pemerintahan SultanAbdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh
Undang-undangMelaka.Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak
merosakkankepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya.Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-
undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akanmemperkenalkan
Malay Union (Abdul Monir, 2005:68)

AGAMA DAN ADAT ISTIADAT

Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adatMelayu secara
khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen pentingkemelayuan dalam tamadun Malaysia,
malah ia merupakan struktur yang salingmelengkapi dan berintergrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus
menjadi faktor definitiMelayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamal istiadat Melayu,
berbahasaMelayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayuini telah diletakkan ke dalamPerlembagaan
Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang.

Takrifan ini secara umum bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di rantaualam
Melayu.Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukansahajamenjadi faktor yang
mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam PelembagaanPersekutuan bahawa Islam adalah ketua agama
bagi setiap negeri di dalam PersekutuanMalaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan
Malaysia. Peruntukan initermaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan
menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidangseperti
melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang sepertimelaksanakan pentadbiran hukum
syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yangterbatas dan tertentu sahaja.Dengan termaktubnya agama
Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia,tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau
diamalkan oleh orang bukanMelayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama
tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawalatau
menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.

Dalam konteks pengamal adat dikalanaganorang Melay, Ahmad Ibrahim(1987:316) menjelaskan


bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adatyang lama yang mereka amalkan telah
diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.

KESIMPULAN

Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang pasti ialah budaya
dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu perludiperkasakan dan dijadikan sebagai
teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsaMelayu dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu
pernah membuktikan kepadadunia bahawa mereka pernah mengecap zaman kegemilanganlantaran
berpegang teguhdan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.Islam sebagai cara hidup yang lengkap
menyediakan panduan yang sempurna bagi semuadimensi kehidupan. Maka untuk mencapai era
kegemilangan seperti mana yang dikecapi olehumat Melayu terdahulu, sewajarnya generasi hari ini
kembalimemahami dan menghayatiajaran Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah yang
dinamik dan progesi

5
http://www.scribd.com/doc/8173505/Peranan-Tamadun-Melayu-Dalam-Membina-Tamadun-Malaysia

Tamadun Melayu Sebagai Teras Tamadun Malaysia (TITAS)

Posted by Ahmad Fikrizaman on Mar 25, 2011 in Macam-macam | 3 comments

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan.
Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian
etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang
negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini
adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam
sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing
mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara.
Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk
asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang
dihuni sejak sekian lamanya.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep
yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.

Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama
mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak
semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia,
terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu
yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti
bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi
yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan
agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan
membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara
luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara
yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan
Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang
mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca)
di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.

Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut
didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di
persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun
Melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.

i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan
kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.

6
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan sepenuhnya
oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.

iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut Wikipedia.org (2011),
animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs that there is no separation between the
spiritual and physical (or material) worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other
animals ,plants, rocks, natural phenomena such as thunder, geographic features such as mountains or
rivers, or other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh bomoh
dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka menganut
ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.

“Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan
tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam
falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok
upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa
dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh
agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda.
Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan
Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan,
keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah
mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.”

(http://rujuknota.blogspot.com)

Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik dengan agama yang
dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam. Ketika kedatangan Islam, antara
perkara yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih
tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T.

Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan mereka iaitu:

i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam
akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan
kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan
kehidupan manusia.

ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup
di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua
sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah,
mu’asyarat, akhlak dan ihsan.

7
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi
amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan
dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka /
kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun
untuk meningkatkan maqamnya.

iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan
mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap
sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum
dan hukum bersendikan kitab Allah.

v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu,
beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain.

vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu,
pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah sebagai
alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim,
Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39).

PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA

Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai buktinya, mereka
menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah
menggantikan golongan dukun dan pawang.

Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat untuk belajar setiap
ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan juga sekolah
pondok. Istana adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan
bangsawan dan juga golongan pembesar.

Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang dianuti kerana Islam
menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di akhirat kelak.

Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh. Mengikut
Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan beberapa panduan yang dapat
merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.

Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang di capai pada ketika
itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur
luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-
Qaradwi (1990:16)

8
dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu
menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.

Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan

Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan, sepatutnya perkara ini
diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu kebanggan kepada kita semua.
Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.

Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran
Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin meluntur dalam masyarakat kita.
Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005):

i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat.
Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan
terkikis dari jiwa manusia.

ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai
ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima
dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang.

Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini
kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu
penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan
Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

Sistem Pemerintahan

Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu ketika dahulu. Daripada
hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika
dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia
adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu.

Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat
tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin,
2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).

Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang mempunyai beberapa
buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama
yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-
Islam.

Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamadun Malaysia
dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia
telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang
penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara

9
yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan
perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).

Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik negara
ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda
tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas
arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Sistem Perundangan

Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat Terengganu yang
menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu bersurat ini menceritakan tentang
perundangan yang mengikut Islam yang perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan
melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum
sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada
orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah
Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di
bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau
keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada
orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang
apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir, 2005:68).

Agama Dan Adat Istiadat

Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif
Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi
setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi
peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti
melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum
syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja.

Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak bermakna agama-
agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut
perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal
undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap
menyeleweng atau sesat.

Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316) menjelaskan bahawa
apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai
agar ia selari dengan ajaran Islam.

Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan

10
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa Melayu telah
menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada
itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah meningkatkan taraf,
kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan yang baru
demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis
dan saintifik (Abu Hassan,2001:179).

Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan
masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga
membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam
Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih
peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut
diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu serentak
dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan
tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu
sendiri (Siti Hawa, 2002:10).

Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka tidak Berjaya
memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai
aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu.
Ini kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi
politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula menghalang
perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai
penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim,
2001:112).

Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The
Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan
falsafah romantik, teori sosial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas
bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman,
2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu, namun apabila British
memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti)
pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian
tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan
bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587).

11
Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa
rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di institusi-institusi pengajian.

Kesimpulan

Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus menjadikan Tamadun Melayu
terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam. Kita tidak seharusnya mengikut pandangan Barat
bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa yang diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini
diperkasakan lagi untuk kemajuan Tamadun Malaysia. Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras
kepada Tamadun Malaysia, namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang
sedang ke hadapan. Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam Islam ke arah
mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

http://fikri.my/blog/2011/03/25/tamadun-melayu-sebagai-teras-tamadun-malaysia.html

Judul : Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat


Pengarang : Hashim Hj. Musa
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Esei
Mukasurat : 247 halaman
Cetakan Kedua : 2005
ISBN : 9831002288

12
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Kepentingan pengetahuan tentang pengajian ilmu ketamadunan di seluruh dunia, baik di Amerika, Eropah,
Asia mahupun di Afrika dilihat penting setelah pengisytiharaan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu-Satu melalui UNESCO 2001 sebagai "United Nations' Year of Dialogue Among Civilizations".
Dialog di antara peradaban dan kajian serta amalan mengenainya harus dilakukan dengan kadar yang
segera berikutan berlakunya tragedi serangan pada 11 September 2001 terhadap World Trade Center, New
York yang seolah-olah membenarkan teori Huntington, "clash of civilizations" atau pertentangan tamadun.
Kesinambungan dari perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai siri konflik dan keganasan berdarah di
dunia antara kumpulan budaya, pemeluk agama dan mazhab satu agama yang berbeza. Antaranya ialah di
Palestin antara penganut Islam, Kristian dan Yahudi; di Ireland, konflik berdarah antara pemeluk agama
Kristian daripada Mazhab Katholik dan Protestan; di Sudan dan di Indonesia antara pemeluk agama Kristian
dan Islam dan sebagainya.
Pengajian tentang pelbagai tamadun manusia amat relevan pada masa ini terutamanya dengan
keadaan masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah masyarakat majmuk dan etnik terbesarnya iaitu
Melayu, Cina dan India. Malaysia dapat disifatkan sebagai sebuah masyarakat majmuk yang stabil secara
relatifnya dan mempunyai kesamaan masyarakat majmuk di Kota Madinah pada era awal kedatangan Islam
dari sudut mempertahankan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan. Dari sudut sejarahnya, etnik
Melayu merupakan kelompok masyarakat nukleus yang boleh menjamin kesejahteraan dan kestabilan
masyarakat majmuk Malaysia secara keseluruhannya. Untuk menjaga integriti masyarakat majmuk
tersebut, cabaran-cabaran semasa perlu ditangani secara berhemah. Antara langkah yang boleh diambil ke
arah usaha murni tersebut ialah mengisi semangat kemerdekaan dengan pengisian yang positif dan
berkesan melalui penghayatan sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan.
Jurang kebudayaan dan pencapaian ekonorni yang boleh memisahkan pelbagai etnik dalam
masyarakat majmuk Malaysia juga merupakan suatu cabaran serna sa yang perlu ditangani secara penuh
kesedaran kerana ia merupakan suatu isu sensitif. Walau bagaimanapun ia boleh diatasi dengan
pembentukan kebudayaan Malaysia sebagai teras yang boleh menyatukan semua etnik di Malaysia, tanpa
menafikan kebudayaan etnik yang bersifat individu atau berbeza di antara satu sarna lain.

Sejarah membuktikan bahawa hubungan antara kaum dalam masyarakat Malaysia adalah penting untuk
mengecapi keamanan dan kemakmuran. Penjajahan British di Tanah Melayu secara langsung telah
menyumbang kepada polarisasi kaum, iaitu pemisahan kaum mengikut budaya dan kerjaya. Manifestasi
polarisasi antara kaum dapat dilihat pada peristiwa 13 Mei 1969, iaitu selepas 13 tahun kemerdekaan
Malaysia. Peristiwa ini terjadi disebabkan ketegangan hubungan antara kaum Melayu dengan Cina sehingga
banyak mengorbankan nyawa pada kedua-dua belah pihak (Ezad Azraai Jamsari et al., 2005: 220). Polarisasi
kaum ini wujud disebabkan tiada interaksi positif antara kebudayaan besar Melayu dengan Cina yang
membentuk majoriti rakyat Malaysia. Penjajah tidak mengintegrasikan kaum Cina ke dalam masyarakat
bumiputera yang sebahagian besarnya merupakan orang Melayu. Masyarakat Cina menguasai perniagaan
dan perlombongannya, manakala masyarakat Melayu masih melakukan kerja-kerja kampung. Keadaan ini
telah mencipta jurang budaya dan ekonomi yang berterusan walaupun langkah pembaikan dilakukan
terhadap sistem pendidikan dan ekonomi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Walaupun pelbagai
usaha telah dilakukan pada tahun 1970an untuk mengintegrasikan masyarakat Cina ke dalam masyarakat

13
Melayu yang merupakan kaum majoriti melalui perubahan sistem pendidikan daripada penggunaan bahasa
Inggeris kepada bahasa Melayu, namun usaha ini masih kurang berhasil. lni disebabkan peratusan atau
jumlah sekolah aliran Inggeris lebih banyak berbanding dengan sekolah aliran Melayu. Malahan, sebahagian
besar daripada sekolah aliran Melayu terpaksa ditutup disebabkan peluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris tidak wujud untuk lulusan sekolah Melayu melainkan
selepas penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu, iaitu Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 (Zainal Abidin et aI, 1996 : 385-388).

Selain dasar pendidikan, dasar ekonorni negara selepas merdeka juga tidak membantu ke arah
mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia. Dasar ekonorni negara seperti Rancangan Malaya Pertama
(1956-60) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-65) tidak memberi penekanan kepada perlaksanaan dasar
yang boleh menyebabkan integrasi kaum berlaku. Kerajaan tidak melibatkan diri secara berkesan untuk
mengawal ekonomi pasaran bebas, malahan negara masih bergantung pada eksport dan import dengan
negara bekas penjajah. Akibat kebergantungan tersebut, negara tutut merasai kesan kemelesetan ekonorni
dunia akibat pengurangan permintaan getah dan bijih timah di pasaran dunia. Kesan kemelesetan ekonorni
dunia menyebabkan perubahan berlaku terhadap pembentukan dan perlaksanaan dasar ekonomi negara.
Perubahan tersebut ditujukan kepada realiti ekonomi negara yang boleh mengimbangkan jurang ekonorni
antara kaum. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibentuk merupakan titik tolak penting perubahan
ini kerana ia bertujuan menutup jurang ekonorni antara kaum (Abdul Shukor dan Hassan, 1982 : 310-317).

Konsep kebudayaan Malaysia perlu diasaskan kepada beberapa prinsip yang untuk semua ras atau
penganut agama. Semua agama atau kebudayaan mempunyai nilai persamaan dan perbezaan, nilai
persamaan tersebut perlu dikembangkan dan dijadikan prinsip. Nilai semua agama dan kebudayaan boleh
dilihat dari dua aspek penting iaitu kebendaan dan kerohanian atau spiritual yang dilihat atau dihayati
secara berbeza-beza oleh semua agama dan kebudayaan. Apabila kebendaan dipisahkan daripada nilai
kerohanian atau spiritual atau apabila nilai spiritual disamakan dengan nilai ritual, sahaja, ketegangan dan
keretakan masyarakat berlaku seperti yang dapat dilihat pada Peristiwa 13 Mei.

Secara ringkasnya beberapa pendekatan wajar diberikan perhatian dalam memastikan pembentukan
sebuah negara Malaysia yang harmoni:

(a) Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. Satu hakikat yang jarang difahami oleh kebanyakan
orang bukan Islam ialah bahawasanya Islam merupakan satu cara hidup (way of life) yang mencakupi
semua bidang kehidupan. Islam bukan setakat upacara ibadat pemujaan Tuhan di masjid dan di tempat-
tempat khusus pada masa-masa tertentu sahaja. Selain itu, penganutnya boleh melakukan segala kegiatan
dalam bidang ekonomi, politik, rekreasi, budaya, pentadbiran dan pemerintahan mengikut mana-mana
peraturan buatan manusia. Sebaliknya Islam mengatur segala aspek kehidupan manusia secara individu dan
kolektif.

(b) Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pluraliti etnik, budaya dan agama menerusi
pandangan tamadun Islam. Perbezaan ini boleh ditangani secara mematuhi prinsip kebebasan beragama
dan mengelak tiga gejala buruk, iaitu:

i. Extremism atau pendirian melampaui batas pertengahan dan keseimbangan apabila mentafsir dan
melaksanakan sesuatu peraturan atau hukum secara ekstrem.

ii Chauvanism atau ta'sub apabila menganggap fikiran dan cara sendiri atau kumpulan sendiri adalah
terbaik dan paling benar dan fikiran orang atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak dan ditentang.
iii Fanaticism atau membabi buta (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara,
pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempeduli bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat dan cara
orang lain.

14
(c) Kefahaman tentang ilmu ketamadunan boleh memberikan kefahaman yang jelas tentang landskap
budaya dan negara bangs a Malaysia yang mempunyai pluraliti budaya, etnik dan agama hasil warisan
sejarah. Ia merupakan titik mula untuk memupuk keinsafan yang kukuh tentang keperluan membina
kehidupan bersama secara harmonis secara bersatu padu.

KESIMPULAN

Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina, membangun
dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka mas a yang
lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor
tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan
kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.
http://coretansaberi.blogspot.com/2011/01/pembinaan-tamadun-malaysia.html

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Dr Rahmat Ghazali

Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan
tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan
perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini
berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini
amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah
tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian
Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah
dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun
dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara
pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga
pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi
sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum
merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian
telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they

15
mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival
falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik
negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional
daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat
kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran
tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan
kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’
sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan
elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan
infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival,
memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti.
Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam
konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih
perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan
menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah
banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat
mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan
bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153
(menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa
monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda
masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih
mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak
menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media
massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas
falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945
hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969
sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana
kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu
sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa
penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa
kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi
peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang
pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta
PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam
bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan
dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir
yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang

16
boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik.
Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah
lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan
agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik
kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik
perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan
telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan
menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya
kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan
yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang
dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam
beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang
disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting
pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik
peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur,
tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia
kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau
‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan
kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses
asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek
moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu
bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap
golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga
merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas
nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-
satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan
asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan
yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap
menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti
di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus
penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah
melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat
menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan
perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak
berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing
lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada
2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima

17
ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan
China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah
elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya
mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal
menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan
bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh
semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya
nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996).
Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan
kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa
Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa
Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula
menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada
Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina
dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep
pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang
berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai
suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak
akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada
konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat
sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam
konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi
Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan
India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga
mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa
‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti
Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam
acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya
nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya
lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses
perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan
bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan
hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-
sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak
mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat
bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan
bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan
telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama

18
mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum
India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam
situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya
golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan
hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor
Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang
Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama)
sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum
yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’
Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak
tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di
Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah
bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai.
Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun
terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan
kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang
tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.
http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/

Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:


- Faktor jangka panjang: kesan dasar pecah & perintah British.

- Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum cukup mantap dalam menangani masalah
pembangunan sosioekonomi rakyat dan hbgn etnik.

- Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi dgn isu-isu perkauman & sensitif spt bahasa, agama &
kedudukan istimewa Melayu.

- Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan antara
org Melayu dan bukan Melayu menimbukan rasa tidak puas hati org Melayu.

19
13 MEI SEJARAH HITAM YANG PERLU DIULANGKAJI & DIIKTIBARI PDF Cetak Emel

Oleh: Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir

MUKADDIMAH : Dari awal lagi saya mempunyai hasrat untuk mengisi laman blog
13mei_1969.jpg
Satu album pada 13 Mei 1969

saya ini dengan pelbagai informasi yang boleh membantu untuk memperkasakan bangsa saya, agama saya
dan tanahair saya ; sesuai dengan hasrat dan cita-cita sebagai sebuah bangsa yang merdeka dan berdaulat ,
tanpa perlu memandang curi ke kiri dan ke kanan takut-takut dilihat oleh sesiapa , dalam memperkatakan
hak dan ketuanan bangsa kita di tanah bertuah ini.. Bagi saya semakin ramai orang melihat dan
memperkatakannya, semakin baik demi tujuan yang saya nyatakan di atas itu . Saya mengambil
tanggungjawab penuh diatas setiap tulisan yang saya paparkan di laman saya ini . Sebagai permulaan,, di
sini saya petik satu rencana, ihsan dari BTDM Bil 118/05/03 yang saya yakin sesuai dengan situasi dan
kondisi hari ini, untuk iktibar kita semua . Semoga ia boleh menjadi panduan dan sempadan kepada
penghuni negara ini - Yazid Othman , Pengarang.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat
yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar
menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak
negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak
keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh
mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak
keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila
di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan
kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu
seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal
ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Proses demokrasi yang bergelora

Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan
kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan
penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik
Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut; ‘kapal layar’ Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada
di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula kelihatan ‘mengharungi lautan yang bergelora’ dan di
peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis
keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri.

Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke
Parti Pembangkang; kepada pendatang-pendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah
kerusi yang diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusanya, pihak pembangkang memperolehi 23
kerusi, melebihi satu per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri
di dalam Persekutuan.

20
Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses
demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang
Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969,
Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu,
Selangor telah meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli
parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat
kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei
1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti
pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’ mula mengkucar-kacirkan
keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu
perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.

Ketegangan kaum

Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar
angin yang merebak bagikan api. Tanggapan bahawa perubahan akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa
politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting.
Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada
orang-orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang
mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini telah meletakkan kerajaan negeri
yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang – ambing.

Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri Selangor merupakan
sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat Melayu UMNO telah lama bertapak.
Ketidaktenttuan kestabilan politik di negeri itu juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-
khabar angin yang dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam
pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang asal, tidak terdapat
kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin secara mutlak oleh
pihak parti pembangkang.

Kegagalan law and order

Walaupun wujudnya maklumat-maklumat serta ‘berita’ yang hangat diperkatakan bahawa akan berlakunya
kekacauan dan rusuhan di antara kaum, ia tidak dimaklumkan kepada pihak tentera. Mereka masih
berkeyakinan bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang serius. Beberapa hari semasa berlakunya
kekacauan, tidak terdapat sebarang bentuk perisikan yang sebenar yang disampaikan ke pihak pemerintah
atau pegawai tentera yang terlibat secara fizikal di kawasan tanggung jawab. Ke semua jentera perisikan
kelihatan dibekukan selama tempoh berlakunya kekacauan.

Penugasan utama pasukan tentera pada sekitar akhir tahun 60a bukan sahaja dalam menentangan
ancaman dan kegiatan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping tu, tentera juga
memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia dalam membantu pihak Polis mengawal ketenteraman
awam. Penglibatan tentera dalam ketenteraman awam teruji apabila diberi tanggungjawab oleh negara
untuk mengawal rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Walaupun mengawal ketenteraman awam menjadi tugas sekunder,namun pihak tentera telah
membuktikan bahawa pasukan ini berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan pantas
dan jayanya tanpa perlu mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan harta benda yang berterusan.
Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan
pengisytiharkan perintah berkurung.

21
Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang negara
untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak
tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Op Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Op
Tenteram.

Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN)

Melihat kepada keadaan yang kian meruncing, SPB Yang di – Pertuan Agong di atas nasihat Perdana
Menteri telah mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negara.Pengisytiharkan tersebut telah
diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordnan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 –
P.U.(A) 149.

Dengan pengisytiharan tersebut system kerajaan berparlimen telah dibubarkan. Sebagai caretaker
pentadbiran negara selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’
Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN pada 17 Mei 1969 untuk Perlembagaan Fasal (2) Perkara
150. Untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah Ordinan ini, beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis
yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai
tinggi Polis dan Tentera.

MAGERAN yang dibentuk selepas 13 Mei 1969 bertujuan bagi memulihkan kestabilan dan ketenteraman
awam khususnya untuk mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh
negara. Di antara fungsi-fungsi utama MAGERAN ialah ;

a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara


b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan
c) mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

Bagi melaksanakan tugas-tugas ketenteraman awam yang dipertanggungjawabkan kepada pihak tentera,
Jen (B) Hj. Tun Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengawai Kerja yang menjadi pengerak utama
dalam kegiatan urusetia MAGERAN.

Tugas-tugas utama yang dilakukan oleh pihak tentera

Dalam menangani ketenteraman awam semasa Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, Pasukan-pasukan tempur
dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal
ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2
RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi mengawal keadaan huru
hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di
kawasan sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem. Tugas-
tugas utama yang dijalankan oleh pasukan tentera dalam menangani kekacauan semasa peristiwa 13 Mei
1969 di kawasan Kuala Lumpur adalah seperti berikut;

1. Rondaan. Rondaan dibuat sama ada secara berjalan kaki atau berkenderaan dan tujuan rondaan
dilakukan adalah:
2. Memastikan Keselamatan. Dengan kehadiran tentera bersenjata bertujuan untuk mengawal keadaan
dapat mententeramkan orng ramai. Apabila orang ramai melihat kehadiran pasukan tentera mereka mulai
merasa selamat. Penglibatan ketenteraman awal telah terbukti dan mereka melakukan kerja tanpa
sebarang kepentingan atau menyebelahi mana-mana pihak.

22
3. Memastikan Tiada Pelakuan Jenayah. Rondaan yang dilakukan juga bertujaun untuk mengelakkan orang
ramai dari melakukan pecah rumah, mencuri, menceroboh dan membakar rumah atau bangunan terutama
rumah dan bangunan kedai yang ditinggalkan kosong oleh penghuninya.
4. Mengawal Keadaan. Mengawal kenteraman orang ramai dan memastikan tiada sebarang kejadian huru-
hara dan pergaduhan berlaku dengn mengasingkan kaum dari memasuki kawasan majoriti kaum yang lain
di samping menguatkuasakan perintah berkurung bagi mengelakkan orang ramai dari berkeliaran.Kawasan-
kawasan sensitif yang mana rondaan oleh pasukan tentera dilakukan adalah seperti berikut;
(a) Sekitar kawasan Kg. Baru
(b) Sekitar kawasan Datuk Keramat
(c) Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan persekitarannya.
(d) Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur ( City Center) iaitu di sekitar Jalan Bandar dan Parlimen.
(e) Sekitar kawasan Jinjang dan Kepong
(f) Di sekitar kawasan Salak South ( sekitar Balai Polis Salak South), kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan
Petaling Jaya.
(g) Mendirikan Road Congril Points (RCPs) dan kawalan lalu lintas. Tempat – tempat yang mana RCP telah
diadakan adalah;
(i) Bulan Besar di Chow Kit ( sekarang terdiri dari lampu-lampu isyarat di persimpangan Jalan Ipoh – Jalan
Pahang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz ).
(ii) Edinburgh Circus ( Bulatan Edinburgh) – adalah satu bulatan besar berhampiran dengan Dewan Bahasa
dan Pustaka sekarang.

Tujuan diadakan RCP adalah:

1. Kawalan orang ramai – menyemak dan mencegah kumpulan orang yang tidak berkenaan dari memasuki
mana-mana kawasan yang boleh menimbulkan huru-hara.
2. Menjaga keamanan kawasan.
3. Sebagai amaran awal mengenai kehadiran perusuh.
4. Mengurus, mengawal dan menyelamatkan sesuatu kawasan ( dominate area). Selain dari RCP, kawalan
lalu lintas juga diadakan dengan memeriksa orang yang lalu, barang-barang yang dibawa dalam kenderaan
dan menyemak siapa yang memasuki dan keluar dari sesuatu kawasan.

Light Strike (LSF). Selepas beberapa hari kemudian, pasukan telah dibekalkan dengan tidak kurang dari 12
buah landrover. Tentera telah menubuhkan kumpulan yang diberi panggilan LSF, yang mana anggot akan
meronda dan bergegas serta bertindak pantas ke mana-mana tempat yang diperlukan bantuan.

Tugas – tugas Sampingan Pasukan Tentera

Selain dari tugas-tugas utama tentera yang telah diberi kausa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang
negara bagi menjalankan tugas untuk mengawal dan menyelamatkan keadaan kacau bilau yang berlaku,
tugas-tugas sampingan yang dilakukan oleh pasukan tentera adalah seperti berikut;

(a) Pengiring VIP. Sebagai tugas pengiring bagi orang-orang kenamaan ini hanya dilakukan bila diperlukan
sahaja.
(b) Pengedaran Bahanan Makanan. Pusat pengedaran makanan berada di sekolah-sekolah seperti di
Sekolah Kg. Baru dan juga di masjid-masjid. Sub unit yang berkawal ke rumah dan kepada individu terutama
bagi mereka yang tidak mempunyai makanan. Sebanyak tujuh pusat bantuan makan telah dibuka iaitu di
bulatan Sulaiman Club, Kampung Baru, Dewan Perhimpunan Cina, Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat;
Dewan Orangramai Setapak, Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan; Sekolah Menengah Kampung
Kerinchi dan Sekolah Jalan Maxwell. Kesemua pusat bantuan makanan ini telah ditutup pada 26 Mei 1969

23
dan orang ramai yang masih memerlukan bantuan makanan dikehendaki menghubungi Pejabat Kebajikan
Masyarakat di Jalan Brickfields.
(c) Pemindahan Pelarian. Beratus – ratus orang mengambil pelindungan di masjid ketika kekacauan berlaku,
kebanyakannya orang-orang luar dari Kampung Baru. Masjid dijadikan tempat berlindung dan mendapat
bekalan makanan dan minuman. Berpuluh-puluh kenderaan 3 ton telah digunakan untuk memindahkan ke
semua pelarian tersebut, di antaranya ke kawasan Kg. Pandan.
(d) Aktiviti Menyelamat dan Perlindungan. Antara contoh aktiviti menyelamat dan bantuan perlindungan
yang telah dilakukan oleh anggota Batalion 5 RAMD adalah seperti berikut:
i) Subunit di Kg. Baru diberitahu mengenai terdapat dua orang perempuan Cina tua yang bersembunyi di
bawah rumah mereka tanpa makan dan minum selama hampir dua atau tiga hari. Sub unit telah membawa
keluar wanita tersebut dan diserahkan kepada polis untuk perlindungan mereka seterusnya dan dibawa
keluar dari Kg. Baru.
ii) Balai polis di Salak South diancam oleh perusuh, dan sub unit diarahkan untuk membantu dan
meredakan keadaan.
iii) Kompeni D telah memberi perlindungan kepada beberapa orang pekerja Cina sebuah syarikat
pembinaan di Kampung Datuk Keramat.
iv) Pemindahan pekerja-pekerja sebuah kedai makan yang terkepung di Jalan Ipoh. Tentera tidak memihak
kepada sesuatu pihak atau bangsa sahaja. Mereka menjalankan tugas tanpa mengira diskriminasi kaum
atau agama.

Kuala Lumpur Kembali Tenang

Pada minggu pertama, keadaan mulai tenang di mana orang ramai agak berani untuk keluar rumah tetapi
bersikap berjaga-jaga mulai keluar rumah. Kesemuanya ini dengan adanya rondaan dan kehadiran tentera
sentiasa untuk memberi keyakinan. Pasukan 5 RAMD adalah kumpulan terakhir penglibatan tentera yang
telah ditugaskan untuk menangani ketenteraman awam iaitu selama hampir tiga bulan dan kemudian
menyerahkan tugas dan kawasan gerakan kepada Police Field Force (PFF) pada bulan Ogos 1969. Tindakan
yang dilakukan oleh tentera bagi menyatupadukan penduduk berbilang kaum.

Taklimat Pemimpin Kaum. Tentera ketika itu memainkan peranan sebagai orang perantaraan “Duta’ yang
cuba menguruskan perjumpaan di antara orang Melayu dan Cina khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin
kaum penduduk-penduduk ke dua-dua kawasan iaitu Kampung Baru dan Chow Kit. Pemimpin-pemimpin
kaum diberi taklimat dan penjelasan untuk memulihkan keadaan kepada sediakala dan mengikis segala
perasaaan dendam mendendam.

Perjumpaan Muhibbah. Perjumpaan muhibbah anara pemimpin masyarakat dan penduduk-penduduk ke


dua kaum telah diuruskan oleh pihak tentera. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan dan berbaik-baik
semula orang ramai yang berbalah dan menghilangkan prasangka buruk semua kaum terhadap kaum lain.

Ketua Kaum Kampung Baru. Ketua-ketua kaum Malaya di Kampung Baru pada masa itu telah memainkan
peranan mereka untuk mententeramkan keadaan dengan berhubung rapat dengan pasukan tentera serta
memberi maklumat-maklumat tertentu dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan muhibbah.

Sikap anggota tentera yang terpuji

Tiada siapa yang dapat mengagak tragedi rusuhan antara kaum ini akan berlaku. Semua jentera kerajaan
telah terperangkap pada awalnya dan tidak dapat membuat apa-apa. Yang jelas, pemimpin – pemimpin dan
anggota pasukan yang ditugaskan bagi mengawal keadaan telah menjalankan tugas mereka dengan baik.
Prestasi anggota dari Pegawai Memerintah hingga ke peringkat ketua seksyen begitu tenang dan tidak
tergopoh gapah dalam menjalankan tugasnya. Mereka telah mendapat latihan yang baik dan bersikap adil
dan bukan bertujuan untuk membalas dendam. Bermula dari anggota di barisan hadapan iaitu ‘rifleman’

24
hingga ke anggota pasukan belakang di Kem Sungai Besi, mereka telah memainkan peranan serta
tanggungjawab mereka masing-masing dengan baik dan berkesan. Antara lain anggota tinggal belakang
turut memberi bantuan seperti menyediaka makanan untuk dihantar kepada anggota barisan hadapan di
peringkat awal peristiwa 13 Mei 1969.

Anggota tentera telah menjalankan tugas tanpa berat sebelah. Mereka telah menyelamat, menjaga
keselematan orang ramai dan harta benda serta menembak penjenayah dan perusuh tanpa mengira kaum.
Seebagai contoh, pada satu etika di dalam satu sekatan jalanraya, pemeriksaan dilakukan ke atas semua
kenderaan, orang dan barang yang dibawa. Subunit telah menahan sebuah kereta di tempat pemeriksaan
dan seorang dari dalam kereta telah menganalkandiri seabgai Yang Berhormat. Anggota tersebut lalu
bercakap “Yang Berhormat ke bukan Yang Berhormat itu saya tidak tahu, saya hanya menjalankan tugas
saya untuk memeriksa, selepas periksa boleh jalan.”Peristiwa ini menunjukkan bahawa anggota yang
menjalankan tugas tidak berat sebelah dan mengira kaum mahu pun pangkat.

Sepanjang peristiwa 13 Mei 1969, anggota telah melaksanakan tugas tidak mengira keselamatan diri,
keadan tempat, cuaca, masa dan tenaga serta keletihan. Pada hari pertama dan kedua ( 13 dan 14 Mei
1969) mereka melupakan makan dan minum, anak dan isteri serta keluarga dan melakukan kerja yang telah
diberi demi berkorban untuk negara bertujuan untuk menentukan keselamatan dan mententeramkan
keadaan. Mereka mempunyai fikiran yang tenang, misi yang jelas dan pengorbanan mereka telah
menyelamatkan situasai dari menjadi lebih parah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al Marhum Tunku Abdul Rahman meletakkan tuduhan ke
atas Parti Komunis dan elemen-elemen Kongsi Gelap Kaum Cina sebagai penyebab kepada tercerusnya
peristiwa 13 Mei 1969. Walau bagaimanapun, yang nyata beberapa faktor yang lain boleh dikaitkan;

(1) Perbezaan menginterprestasikan Perlembagaan oleh kaum bangsa Melayu dan bukan Melayu dan
(2) Keresahan ‘ satu bangsa’ dari kaum pendatang yang menentang peruntukan Perlembagaan yang
berhubung kait dengan hak istimewa orang Melayu serta martabat bahasa Melayu ( terutama sekali di
bawah Seksyen 152 dan 153 Perlembagaan) jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. Selain dari itu
perspektif politik pula, wujud juga keengganan generasi muda bangsa Cina ketika itu untuk menerima
tawaran yang diberikan oleh pihak UMNO kepada ‘pemimpin lama’ MCA dan keresahan ini dilanjutkan lagi
dengan apa yang mereka sifatkan sebagai ‘ Malaysia untuk orang Melayu’, sebuah dasar yang
dititikberatkan oleh Kerajaan Perikatan ketika itu.

Bagi orang-orang Melayu pula, wujud pula kekecewaan yang telah lama terpendam, mereka merasakan diri
mereka sebagai bumiputera yang jauh ketinggalan di dalam proses modenisasi yang sedang berlaku di
dalam negeri mereka sendiri. Mereka merasakan diri mereka ‘kelemasan’ ditenggelami oleh mereka yang
bukan Melayu, dari segi jumlah penduduk mahu pun di dalam bidang ekonomi. Mereka perlu
mempertahankan hak dan warisan sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan.

Penutup

Tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic
polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan
sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi
mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian.
Sekiranya pihak tentera lambat bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal
mengakibatkan ramai menjadi mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan
sukar dibendung lagi ketika itu.

25
Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan
keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan
negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera, tapi oleh semua.
Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik
seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi
kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan
dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.

Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-
anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan keadaan.

http://yazidothman.com/content/view/87/12/

Tragedi 13 Mei 1969 - Kisah Sebenar Menjadi Peringatan

13 mei 1969 - the truth


Sumber rujukan: analisis jebat must die dan buku tulisan Tunku Abdul Rahman
olahan semula oleh dozzvader.blogspot.com

ok la..tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan
berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara
2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa
UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka
rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian
Riots 1969".buku tersebut menyatakan bahawa :
1. Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul
Rahman.
2. Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina
tanpa sebarang provokasi.

3. Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.

Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan. Ini la part yang aku nak ceritakan kat
korang semua agar kita sama-sama tahu dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan
komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.

Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei :


1. Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk
merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3
tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang
mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun
1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.

Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini
menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi
komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti
tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."

Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan
tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah
antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila
keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar.

26
2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera.
Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British.
Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang
melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat
telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.

3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor.
Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar
dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah
berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.

4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan
kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul
oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut,
berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba
membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan
berlanjutan.

5. Pada tahun 1967 ketika matawang disusut nilai, elemen komunis didalam Parti Buruh memulakan
'Hartal' (menutup kedai tanda protes) pada 19 November untuk mengekspoitasi isu berkenaan dalam
propaganda anti-susut nilai. Mereka memilih Pulau Pinang sebagai sasaran kerna situasi sensitif
perkauman di pulau tersebut. Ini kerana ketegangan kaum sudah ada sejak 10 tahun (dari rusuhan kaum
yang pertama 10 tahun sebelum). Orang melayu yang tidak tahu menahu tentang 'Hartal' telah diserang
secara kejam oleh kongsi gelap ahli Pembangkang yang berbangsa cina yang menyebabkan kematian
dan kecederaan dimana beberapa rumah dan kereta dibakar. nota : ada blogger pro pembangkang
menyeru dilancarkan 'HARTAL' untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap ISA. Apakah agenda
beliau?!

Tunku mengaitkan -

“The communists however, never left us alone. If they couldn’t carry out open aggression they at least
carried out intensive and extensive acts of subversion. In 1967, we had to adjust our currency to meet
our financial exigency, and so we devalued very slightly our currency – so slightly that nobody noticed.
But in Penang the Socialist Front, an opposition party somewhat hostile to the Alliance Government,
declared a hartal (closing of shops as mark of protest or sorrow)…

So when they declared the hartal the gangsters and thugs took it upon themselves to start trouble, and
attacked the harmless Malay people whom they regarded as the favoured children of the Government. In
fact these Malays were ignorant shoppers who knew nothing valuation or devaluation of our currency,
and they were taken completely by surprise.”

Tunku menulis tersebut pada tahun 1980. Beliau menulis pendapat beliau di dalam kolum mingguan
beliau di The Star. Ini kemudianya dikumpul dan dijadikan buku 'Political Awakening'. Keratan diatas
khususnya telah menunjukan penipuan Kua Kia Soong yang mengatakan Tunku Abdul Rahman telah
berhenti menyalahkan komunis terhadap krisis tersebut.

6. Pada Jun 1968, kekacauan perkauman meletus bila 11 anggota PKM dan 2 melayu telah dijatuhkan
hukuman mati kerana membantu Soekarno menceroboh Johor sewaktu zaman Konfrantasi Malaysia-
Indonesia. Ketika hukuman bunuh kerana khianat terhadap negara hendak dijalankan, MP BATU, Dr Tan
Chee Koon dari Parti Buruh telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Beliau telah
mendapatkan sokongan dari komuniti cina yang pro komunis dan berusaha membakar semangat
perkauman orang cina yang lain. Sementara itu, di luar pagar penjara Pudu dan di sepanjang jalan
menghala ke penjara Pudu (sekarang Jalan Sultan ISmail dan Jalan Pudu), mereka berdemonstrasi
secara ganas dengan membaling botol dan batu kearah kereta dan menghalang pergerakan lalulintas
dijalan-jalan yang sibuk.

27
7. Serangan paling ganas dari Parti Pembangkang berlaku pada 24 April, 1969 ; 2 minggu sebelum
Pilihanraya Umum yang paling bersejarah. Seorang pekerja UMNO bernama Kassim bin Omar telah
dibunuh dengan kejam semasa dari perjalanan pulang dari pusat kempen oleh ahli Parti Buruh yang
berbangsa cina. Ditelah dibelasah seperti binatang dan dibunuh di tepi jalan besar dan cat merah
disapukan ke muka mayat beliau. Pembunuhan tanpa sebab dan sengaja itu telah mengahantar satu
isyarat kepada kerajaan. Parti Pembangkang telah menjadi pembunuh politik (political murderers).

Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan
sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya
kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius
tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan
mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan
sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu
bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.

Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba
dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka
hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.

PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:

En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada
26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu
kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi
melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.(sila klik gambar)

Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969
bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung
Baru. (sila Klik Gambar)

28
slogan-slogan berunsur provokasi dan cacian perkauman terhadap orang melayu yang memerhati di tepi
jalan (sila klik Gambar)

slogan yang menjadi bukti bahawa Pembangkang memang bersekongkol dengan


Komunis dan Rasis Extremis. (Sila Klik Gambar)

Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan
penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih
bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong
oleh Parti Buruh dan DAP.

Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di
Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan
mereka. Orang Melayu masih bersabar.

Perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan (sila Klik Gambar)

Seperti kelaziman juga perarakan mereka sekali lagi telah melencong dan memasuki kawasan
penempatan melayu dan cercaan dilemparkan secara terus-menerus. Orang Melayu masih bersabar.

29
antara provokasi penyokong Gerakan dan DAP (Sila Klik Gambar)

Mesej terakhir pembangkang sebelum tragedi tercetus (sila Klik Gambar)

Ejekan terakhir (Sila Klik Gambar)

Tragedi bermula. Aku lampirkan keratan dari buku Tunku.

Bab X

Mabok "Kemenangan"

Muka 87 ... Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini
telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-
kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus
merasa sombong dan bongkak.
Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak disalahkan jika
pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada

30
keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut
'kemenangan' mereka.

Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu,
Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu
perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat
perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak
mengadakan perarakan pada hari esok-nya, hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan
kebenaran polis. Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan Gerakan.

Muka 90 ...Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan
perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis,
dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila
kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil
kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu
telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas
kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2 menghala masok ka-
Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan
mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-
lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak,
dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan
kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.

Bab XI Api Menyala Malam

Muka 98

... Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok
merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah
Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.

Muka 99

... Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan
perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang
perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.

Muka 100

... Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon
telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan
Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.

Muka 101

Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi
telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku.
Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2
Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.

Muka 106

... Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat
dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat
meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu sa-masa hayat
saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun
31
yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga
menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam
dunia.

Muka 109

... Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima
yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua
batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian
dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang
orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi.
Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh.
Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku
saperti-nya dalam sejarah Malaysia.

32
Impian DAP untuk Melayu.Dulu Kini dan
Selamanya.

Tidak lupa juga ingin aku nyatakan, Jika DAP,Gerakan dan Parti Buruh berusaha memburukan imej
melayu dan Umno dimata masyarakat cina ketika itu, PAS adalah petualang yang memburukkan imej
melayu Umno dan Islam Umno dimata orang melayu sendiri. Mereka juga secara tidak langsung menjadi
ejen menghancur bangsa dan negara dengan membuat pakatan rahsia dengan DAP. Itu adalah fakta.
Jika ada orang PAS yang tidak percaya, silalah rujuk kemana-mana perpustakaan dan carilah topik
berkenaan 13 Mei yang ditulis oleh pejuang negara. Kalau bukak harakah atau buku tulisan penulis pro
komunis memang sampai kiamat takan jumpa punya.

Sebenarnya banyak lagi perbuatan keji DAP dan Parti Buruh menghina bangsa aku ketika itu yang aku
tak nak tulis di sini kerana aku terlalu marah terhadap kezaliman mereka. Aku bukan rasis tapi aku tetap
akan marah jika bangsa aku dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Buat kalian yang membaca,
hayatilah sejarah agar sejarah itu tidak berulang. Semoga Allah melindungi kita semua dari bangsat-
bangsat negara ini. amin
http://sayamelayuislam.blogspot.com/2010/08/tragedi-13-mei-1969-kisah-sebenar.html

33

You might also like