You are on page 1of 3

PK 07/3

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL 3 / 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU

Tarikh : 23 November 2021

Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jeram Batu

Pengerusi : Pn. Nur Ain Bt Zakaria

Kehadiran(Bilangan) : 3/3
1. Nur Ain Bt Zakaria
2. Zaihana Bt Hj.Ali
3. Najihah Syairah Bt Zabidin

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat Bil. 2 tahun 2021 telah disahkan tanpa pindaan.

Dicadang untuk disahkan oleh : Najihah Syairah Bt Zabidin


Disokong untuk pengesahan oleh : Zaihana Bt Hj.Ali

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1 Laporan Program Panitia


4.1.1 Mesyuarat memaklumkan laporan Program Panitia untuk Kecemerlangan
Murid dan Guru perlu disiapkan.

4.1.2 Mesyuarat memaklumkan program panitia untuk tahun hadapan akan


dibincangkan di dalam bengkel pembinaan TSIP 2022 akan datang.

Makluman
4.2 Pentaksiran Akhir Tahun/PBD
4.2.1 Mesyuarat memaklumkan Pentaksiran akhir tahun dibuat menggunakan
Pentaksiran Bilik Darjah sahaja.
Makluman

4.2.2 Mesyuarat memaklumkan data PBD akhir tahun perlu dilengkapkan


sebelum berakhir sesi persekolahan 2021.

4.3. Perbelanjaan Kewangan Panitia:

4.3.1 Mesyuarat memaklumkan buku stok Panitia Muzik tahun 2021 akan
dikemaskini.

Makluman

4.4 Kursus Semakan KSSR 2017 Muzik Tahun 5:

4.4.1 Mesyuarat memaklumkan seorang guru Muzik (Pn.Nur Ain Bt Zakaria) bagi
Tahun 5 telah mengikuti Kursus Semakan KSSR 2017 MuzikTahun 5 secara
atas talian.
Makluman

4.4.2 Mesyuarat memaklumkan kursus ini akan disebar luas bersama ahli panitia
pada sebelum PdPc tahun 2021 bermula.

Tindakan: Guru yang berkursus

5 HAL-HAL LAIN

5.1 PMS:

5.1.1 Mesyuarat memaklumkan semua guru telah selesai menghantar fail PMS dan
telah dinilai oleh SLT dan ML.
Makluman

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

(Najihah Syairah Bt Zabidin)


URUS SETIA
Mesyuarat Panitia Muzik Bil 3/2021

Tarikh : ( 23 November 2021 )

You might also like