You are on page 1of 1

SOALAN KAJIAN KES 1

BAB 1 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

Keropok House & Industry Sdn.Bhd


Keropok House & Industri Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan keropok
lekor sejuk beku. Pada awal penubuhan syarikat ini, permintaan terhadap produk keropok
lekor sejuk beku sangat memberangsangkan sehingga pihak syarikat mengalami masalah
kekurangan tenaga buruh untuk menerima tempahan daripada pelanggan. Namun, pada masa
ini, pihak syarikat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan berusaha untuk
menangani cabaran ini dengan bijak bagi memastikan kelangsungan syarikat.
Permintaan yang tinggi terhadap produk keropok lekor sejuk beku menyebabkan ramai
pengusaha menceburkan diri dalam pengeluaran produk yang sama. Pada masa ini, terdapat
17 buah syarikat yang menghasilkan produk keropok lekor sejuk beku di sekitar negeri
Selangor. Selain itu, pihak syarikat berhadapan dengan kenaikan kos bahan mentah yang
tidak menentu. Hal ini seterusnya telah menyebabkan pihak syarikat terpaksa menanggung
segala kenaikan kos bahan mentah yag dijangka akan terus berlaku dan hal ini menyukarkan
pihak syarikat yang menentukan harga jualan produk yang sesuai. Pihak syarikat juga
berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk menjalankan proses
pengeluaran keropok lekor sejuk beku. Di samping itu, kaedah promosi yang tidak sesuai
mungkin menjadi faktor penyebab produk syarikat kurang mendapat sambutan dalam
kalangan pelanggan.
Keropok House & Industry Sdn.Bhd berhasrat untuk membesarkan perniagaannya pada
masa hadapan. Selain itu, pengasas syarikat ini, iaitu Encik Zainal Abidin Bin Abu Samah
juga bercadang untuk mempelbagaikan jenis produk yang dihasilkan oleh syarikat. Sebagai
contoh, syarikat bercadang untuk mempelbagaikan perisa keropok lekor seperti perisa sotong
dan udang. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
berkaitan inovasi produknya dilaksanakan bagi memastikan syarikat boleh menghasilan
produk yang diterima oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

(sumber: disesuaikan daripada laman http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz)

Berdasarkan kes di atas,


a) Huraikan bentuk entiti perniagaan yang diasaskan oleh Encik Zainal Abidin bin Abu
Samah. [5]
b) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Keropok House & Industry Sdn.Bhd. [16]
c) Terangkan strategi yang dilakukan oleh pihak Keropok House & Industry Sdn.Bhd bagi
memastikan syarikatnya terus berjaya. [9]

You might also like