You are on page 1of 10

TUGASAN Kod Kursus: UL02102

KUMPULAN 3
Nama Kursus: UUM
(30%)
Seskyen: 1
BICARA
NARATIF

1. Slaid
Objektif Penilaian Tugasan:
Pembentang
an 15% To develop the soft skills of the students, particularly the ability to express their respective
views, both orally (participation during on-line discussions) and in writing (essay-oriented
2. Skrip assignment) and enable them to do so in a critical, analytical, clear and effective manner)
Pembentang
an 15%
Nilai Tambah Tugasan 3 (30%)

Transferable Skills: Method of academic writing skills

Arahan:

1. Sila isi informasi jadual di bawah.

2. Setiap pelajar wajib lengkapkan template BICARA NARATIF TV1. Ini diikuti slaid &
skrip pembentangan dengan mengenalpasti, menghuraikan dan menulis secara
akademik berhubung isu-isu yang dipilih berdasarkan tajuk pilihan masing-masing.

3. Sila pilih Person-in-Charge (PIC) setiap kumpulan bagi penghantaran Tugasan 3


daripada ahli-ahli ke dalam google drive pensyarah.

4. PIC wajib buat pengesahan penghantaran Tugasan 3 BICARA NARATIF TV1


sebelum atau pada tarikh penghantaran iaitu 12 June 2022, sebelum jam 12 tengah
malam.

5. Format Esei:
(1) Sila rujuk CONTOH FORMAT SKRIP PEMBENTANGAN (Lampiran 1)
(2) Wajib letak rujukan bagi bahan akademik yang dimasukkan dalam
perbincangan isu-isu. Setiap isu bagi setiap pelajar wajib meletakkan 5
jurnal akademik sebagai rujukan utama.
(3) Tahoma 12, Single Spacing

Nama Pelajar No Matriks Alamat No D 05- Ahad 11:59 Markah


U
06- pm
E
Emel UMS Tel 20
22
S1 UL02 UUM
5 102

REFLY BIN SUMAN BC21160168 Rely_suman_bc21 01364730 Important Note:


@iluv.ums.edu.my 13
a Submission to
google drive (only 30
SHAH JEHAN BIN
YAHIA
BA21110373 Shah_jehan_ba21@
iluv.ums.edu.my
01398910
48
by an appointed
group PIC:
%
compilation of all
team members
CAESYZIZI LIAKIM BC21160038 Kcye6121@gmail.c 01781472 assignment)
om 34

MELVYN ANDANG BA21160857 MELVYN_ANDANG 01261827


_BULINDA_BA21@ 04
iluv.ums.edu.my

GARRY GREGORY BC21160132 Garry_gregory_bc2 01896275


MAZILIN 1@iluv.ums.edu.my 36

Tug BICARA Tarikh Siaran Tajuk: SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA


asan NARATIF
TV1

3 SEMARAK 21/02/2022 Isu PELAJAR 1 (PICT3): Pengutamaan Digitalisasi dalam


NIAGA Perniagaan Mikro Oleh PMKS
KELUARGA
MALAYSIA
Isu PELAJAR 2: keperluan sumber pembiayaan terhadap PMKS
di malaysia

Isu PELAJAR 3: keperluan sumber pembiayaan terhadap PMKS


di malaysia

Isu PELAJAR 4: Cabaran PKS sepanjang PKP

Isu PELAJAR 5: Kesukaran PKS untuk mengakses Pembiayaan


SLIDE 1 DAN 2: UCAPAN

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Irma Wani binti Othman dan rakan-
rakan seperjuangan sekalian. Kami merupakan kumpulan 18 yang terdiri daripada
saya Refly bin Suman iaitu PIC bagi tugasan ini, Shah Jehan bin Yahia, Caesyzizi
Liakim dan juga Melvyn Andang akan membentangkan tajuk tugasa 3 ini iaitu Lensa
IPTA: Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang ditayangkan pada 21 Februari 2022 di
youtube RTM. Tanpa membuang masa kami akan mulakan sesi pembentangan ini.

SLIDE 3: PENGENALAN

Tajuk ini merupakan tajuk yang amat bagus untuk semua golongan sama ada dari
golongan masyarakat pelajar mahupun bukan, Semarak Niaga Keluarga Malaysia
yang menyediakan skim penyaran melalui pinjaman secara langsung, jaminan
pembiayaan serta suntikan ekuiti bagi manfaat setiap usahawan.Program ini
bertindak sebagai platform untuk usahawan dari perusahaan mikro, kecil dan
sederhana untuk menggunakan atau memperkasakan perniagaan mereka. Antara
isu-isu yang terdapat dalam program ini ialah Pengutamaan Digitalisasi Dalam
Perniagaan Mikro Oleh PMKS, Keperluan sumber pembiayaan terhadap PMKS di
Malaysia, Manfaat semarak niaga kepada pembangunan PMKS dan yang terakhir
ialah Kesukaran PKS untuk mengakses pembiayaan. Itu merupakan isu-isu yang
terdaapat dalam semarak niaga keluarga Malaysia. Seterusnya mari kita lihat kepada
pembentangan isu yang pertama.

ISU 1: Pengutamaan Digitalisasi Dalam Perniagaan Mikro Oleh PMKS


(SLIDE 4-6) (Refly bin Suman)

Salam sejahtera saya ucapkan sekali lagi kepada Dr. Irma Wani binti Othman, saya
Refly bin Suman akan membentangkan isu yang pertama iaitu Pengutamaan
Digitalisasi Dalam Perniagaan Mikro Oleh PMKS. Dalam isu yang pertama ini,
digitalisasi merupakan sesuatu yang seharusnya dijalankan oleh peniaga PMKS untuk
memajukan perniagaan mereka namu terdapat isu yang menghalang mereka
berbuat demikian. Misalnya, peniaga PMKS masih belum menerima bahawa
digitalisasi merupakan salah satu aspek penting dalam perniagaan untuk terus maju,
releven untuk pelangga. Apa yang dimaksudkan dengan releven untuk pelanggan,
ialah cara penjualan sesuatu produk itu adakan mengikuti arus perkembangan
perniagaan atau tidak, seperti cara pembayaran atau pembelian produk. Hal ini akan
menjadi titik tolak kepada peniaga untuk maju dengan program digitalisasi dalam
perniagaan. Seterusnya, isu kedua ialah, kesediaan peniaga PMKS di Malaysia untuk
mengutamakan digitalisasi demi kesejahteraan perniagaan. Hal ini menjadi isu
kerana, masih terdapat peniaga yang tidak bersedia menerima pendigitalan dalam
perniagaan, misalnya penggunaan pembayaran secara cashless yang mana menjadi
isu yang besar untuk para pelanggan yang tidak menggunakan wang fizikal. Oleh hal
yang demikian, isu ini seharusnya diambil serius oleh pihak yang berwajib.

Rasional pengutamaan digitalisasi dalam perniagaan mikro oleh PMKS ini ialah
digitalisasi perniagaan bagi mengikut arus perkembangan atau pembangunan
perniagaan. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu pandemik yang berlaku
menyebabkan perniagaan yang tidak menggunkan teknologi terpaksa menutup kedai
mereka kerana kurang mendapat pelanggan. Hal ini sudah memberi banyangan
bahawa perniagaan yang tidak didigitalisasi kan akan mengalami kerugian yang
besar. Seterusnya, pengutamaan ini rasional kerana, digitalisasi mampu memangkin
sektor ekonomi terutamanya ekonomi perniagaan mikro, kecil dan sederhana
(PMKS). Hal ini kerana, seperti yang kita lihat, peningkatan pembelian secara atas
talian merupakan bukti digitalisasi dalam perniagaan mampu memangkin sesebuah
ekonomi. Contohnya pada April 2020, terjadi penigkatan yang tinggi dalam aspek
pembelian secara atas talian itu peningkatan sebanyak 20% lebih peratus. Selain itu,
Digitalisasi juga mampu memudahkan pekerjaan dalam perniagaan. Misalnya, dalam
hal merekod keluar serta masuk kewangan perniagaan, hal ini menjadi mudah bila
digitalisasi dalam perniagaan diutamakan.

Selain itu, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam usaha


pengutamaan digitalisasi dalam perniagaan mikro oleh PMKS, iaitu peniaga PMKS
kekurangan atau tidak dapat mengakses teknologi yang terkini, hal ini disebabkan
oleh peniaga PMKS kurang diberikan peluang untuk mengakses teknologi terkini
untuk membantu mereka dalam menjayakan perniagaan mereka.Hal ini sudah tentu
akan menjadi cabaran besar dalam isu yang saya bincangkan. Terdapat juga
cabaran yang kedua iaitu, kurang percaya terhadap pendigitalan dalam perniagaan.
Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pendidikan yang diberikan kepeda
peniaga PMKS atau kurang mendapat informasi berkaitan digitalisasi perniagaan. Hal
ini menyukarkan pengutamaan digitalisasi dalam perniagaan. Oleh hal yang
demikian, pihak berwajib seharusnya mengambil perkara ini dengan serius dengan
menangani cabarang yang dihadapi oleh peniaga PMKS dalam usaha pengutamaan
digitalisasi dalam perniagaan mikro oleh PMKS.

Terdapat beberapa cadangan dari saya untuk isu pengutamaan digitalisasi


dalam perniagaan mikro oleh PMKS ini, yang petama memudahkan peniaga PMKS
mengakses teknologi agar mampu membantu peniaga PMKS lebih mengikuti dalam
arus perniagaan yang sedang perkembangan pesat ini. Yang kedua, ialah pihak
berwajib memberikan pendidikan kepada peniaga PMKS berkaitan digitalisasi dalam
perniagaan agar mereka boleh menggunakan teknologi yang sedia ada untuk
memaksimakan perniagaan mereka. Selain itu, cadangan yang ketiga ialah, semua
pihak harus bekerjasama untuk memberikan fokus terhadap pengutamaan
digitalisasi terhadap perniagaan oleh PMKS. Itu sahaja daripada saya, saya serahkan
kepada pembentang seterusnya.

ISU 2: KEPERLUAN SUMBER PEMBIAYAAN TERHADAP PKS DI MALAYSIA


(SLIDE 7-8) (Shah Jehan bin Yahia)

Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya akan meneruskan pembentangan


yang seterusnya mengenai isu keperluan PKS mendapatkan sumber pembiayaan.
Akibat daripada penularan jangkitan covid-19, bantuan kewangan melalui sumber
pembiayaan perlu dilaksanakan bagi membantu pmks mendepani cabaran
perniagaan sepanjang tempoh pandemik. Antara isu-isu yang timbul dalam
mendapatkan sumber pembiayaan oleh pmks ialah sumber dokumen yang tidak
lengkap. Hal ini dikatakan demikian kerana, wujudnya masalah seperti tiada
penjamin yang layak, masalah kewangan aliran tunai serta dokumen perniagaan
yang tidak lengkap. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada pihak pks untuk
membuat pinjaman. Kerajaan telah menyediakan pelbagai paltform bantuan
kewangan kepada pmks. Buktinya, terdapat lebih kurang 36 buah dana disediakan
bagi membantu mereka. Misalnya yayasan tekun nasional (YTN), telah mula
memberi bantuan modal kepada pengusaha pmks. Selain itu, terdapat juga institusi
kewangan lain menawarkan seperti SME, SPED, dan BPMB bertujuan membantu
pengusaha pmks mendapat modal untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
Pada masa yang sama, kerajaan juga turut menubuhkan kemudahan pinjaman
kredit untuk memberikan pinjaman kepada usahawan pmks yang baharu.

Rasionalnya, pemberian sumber pembiayaan dan pinjaman kepada


pengusaha pmks dapat disegerakan bagi memulihkan semula perniagaan pihak
pengusaha pmks selepas berlakunya pasca pandemik covid-19. selain itu, pelbagai
inisiatif turut disediakan oleh kerajaan untuk membantu khususnya dalam industri
pmks ini. Pelbagai program juga turut dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan
maklumat penting bagaimana cara yang betul untuk pengusaha pmks ini untuk
mendapatkan pembiayaan. Pihak berkenaan juga perlulah bertimbang rasa dengan
melonggarkan syarat pinjaman bagi memudahkan semua pmks dapat diberi
pembiayaan yang sepatutnya. Sumber pembiayaan ini juga disediakan bagi
membantu pmks agar terus berkembang maju ke hadapan dan berpotensi menjana
ekonomi negara.

Dalam mendapatkan sumber pembiayaan, pihak pmks tidak terlepas daripada


menghadapi cabaran dalam membuat pinjaman. Salah satu cabaran yang dihadapi
mereka ialah tidak mempunyai dokumen yang mencukupi, serta masalah aliran
tunai. Hal ini menyebabkan pihak institusi kewangan menganggap mereka tidak
mampu untuk membayar balik byaran dan kadar faedah. pihak pmks juga
berpandangan bahawa permohonan untuk mendapatkan sumber pembiayaan amat
sukar dan mengambil masa yang agak lama. Lagi memburukkan keadaan. Apabila
permohonan sudah diluluskan tetapi berlaku masalah dalam proses penyaluran wang
tunai ke dalam akaun bank yang mengambil masa agak lama.

ISU 3: MANFAAT SUMBER PEMBIAYAAN TERHADAP PERUSAHAAN MIKRO,


KECIL DAN SEDERHANA (SLIDE 9-13) (Caesyzizi Liakim)

Salam Sejahtera, saya akan meneruskan pembentangan yang seterusnya mengenai


isu manfaat sumber pembiayaan terhadap pmks. Penularan Covid-19 telah
memberikan kesan negative kepada pengusaha PMKS dan sector informal. Dalam
hal ini, Pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Semarak Niaga Keluarga
Malaysia. Program ini merupakan Skim Pembiayaan yang memberikan peruntukkan
berjumlah RM40 billion sebagai sebahagian daripada strategik induk bajet 2022
untuk membantu sector perniagaan untuk bangkit semula. Program ini telah
mendapat sambutan dan sokongan daripada SME Corporation (SME Corp) iaitu
agensi penyelaras pusat (CCA) dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi. Ia bertindak sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan dan penyebaran
data mengenai PKS seterusnya menyediakan khidmat nasihat perniagaan untuk PKS
dan usahawan di seluruh negara. Pihak SME Corp telah menjalankan kajian selidik
mengenai Pandemik Covid-19. Mereka telah mendapat penermuan terhadap
pembiayaan berkenaan 80% PMKS tidak ada rekod kewangan yang lengkap dan
teratur yang mungkin akan menyebabkan akses kepada pembiayaan merupakan
satu kesukaran.
Terdapat beberapa contoh kemudahan pembiayaan yang disediakan melalui
Program Semarak Niaga yang dapat membantu pengusaha seperti memberikan
Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kerajaan telah
memperuntukkan sebanyak RM14.2 billion. Sesebuah perniagaan dianggap PKS jika
ia memenuhi salah satu daripada dua kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau
bilangan pekerja sepenuh masa yang mana satu lebih rendah perniagaan PKS ini
mendapat pinjaman mudah. Pinjaman mudah tanpa syarat ini perlulah diperkenalkan
kepada setiap usahawan sebagai pelan jangka masa pendek yang dapat menyuntik
dana bagi perusahaan yang mereka jalankan.

Selain itu, jaminan pembiayaan. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan


(SJPP) merupakan sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan
dan ditubuhkan pada 2009 untuk mentadbir dan mengurus skim jaminan yang dapat
membantu PKS mendapat keuntungan. Peruntukan jaminan pembiayaan ini
berjumlah RM22 billion. Melalui skim ini, banyak PKS mendapat akses kepada
kemudahan pembiayaan dengan membenarkan dan menggalakkan institusi
kewangan menawarkan kadar, terma, dan syarat yang lebih baik kepada PKS.
Saya akan memberikan salah satu contoh penerima manfaat melalui Program
Semarak Niaga iaitu Tuan Sheikh Khalib Bin Sheikh Abdul Majid yang menjalankan
perusahaan keropok lekor. Syarikat beliau dikenali sebagai Syarikat Nurteha
Entreprise yang berpangakalan di Bukit Beruntung, Rawang. Beliau menyatakan
bahawa cabaran yang dihadapi apabila berlakunya penularan Covid-19, beliau telah
mendapat kerugian yang sangat besar dalam perusahaannya. Dalam hal ini, beliau
telah mendapat bantuan daripada Pihak Kerajaan yang disalurkan melalui Pihak
Agrobank untuk membantu mempertahankan perusahaan beliau.

Oleh itu, sumber pembiayaan seperti ini sepatutnya perlu diperkenalkan


kepada setiap pengusaha dan usahawan kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang
berinovasi yang dapat meningkatkan kejayaan peluang pasaran. Skim pembiayaan
ini dapat memastikan semua usahawan dapat terus bertahan dan meneruskan
perniagaan mereka sekali gus merancakkan ekonomi Kembali setelah pandemik
Covid-19. Sokongan daripada pihak kerajaan dengan kerjasama pihak lain yang
holistik akan membantu dan memulihkan perusahaan mereka ke arah yang lebih
baik. Sekian, terima kasih.

ISU 4: CABARAN PKS SEPANJANG (SLIDE 14-20) (Melvyn Andang)

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr dan rakan-rakan saya, saya Melvyn
Andang merupakan pembentang yang ke-4 akan membentangkan tentang isu
cabaran yang dihadapi oleh perniaga PKS sepanjang PKP. Seperti kita tahu,
Kemunculan virus COVID-19 mendatangkan malapetaka kepada ekonomi negara,
memaksa banyak perniagaan dan kilang pembuatan ditutup. Bagi menghentikan
perkembangan wabak COVID-19 di seluruh negara, kerajaan terpaksa mengeluarkan
arahan yang mengarahkan penutupan aktiviti komersial, pembinaan dan pembuatan.
Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, lebih 78,420 firma
telah ditutup setakat Mac 2021. Penutupan aktiviti ini telah memberi kesan yang
besar kepada keuntungan perusahaan dan majikan yang cuba mengekalkan
perniagaan mereka.

Bagi isi saya, saya telah menyediakan 5 cabaran utama yang dihadapi oleh PKS
sepanjang PKP berlangsung di Malaysia. Isi-isi yang saya sediakan ialah waktu
berniaga yang telah dihadkan oleh pihak kerajaan, kelewatan dan keenganan pihak
bank untuk proses pinjaman PKS, ekonomi negara yang jatuh secara signifikan,
peniaga PKS yang telah mengeluarkan wang simpanan mereka serta kesukaran PKS
untuk mengembangkan produk mereka setelah mengalami kerugian yang besar.
Terdapat banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh PKS sepanjang PKP namun
cabaran-cabaran yang saya nyatakan pada slide saya ini merupakan cabaran utama
PKS sepanjang PKP di Malaysia.

Bagi isi yang pertama, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
kerajaan mengehadkan waktu perniagaan kepada 8 malam sahaja, menghalang
banyak perniagaan beroperasi seperti biasa, termasuk PKS yang mengharapkan
sesuap nasi sehingga senja. Akibatnya, usahawan PKS tidak boleh memilih untuk
keluar daripada perniagaan; sebaliknya, mereka terus membuka pintu dan
mengubah jadual kerja mereka. Usahawan dalam sektor PKP harus terus berusaha
untuk mencari rezeki. Akibatnya, ahli syarikat PKS harus mengurangkan kos mereka
pada masa yang sama. Ini berikutan masa yang dibenarkan untuk mengendalikan
kedai adalah terhad sehingga memberi kesan kepada ekonomi keluarga mereka
yang bekerja di sektor PKS.
Cabaran yang seterusnya adalah, kelewatan dan keengganan bank untuk
mendapatkan pinjaman, Program Subsidi Gaji mengehadkan pilihan untuk
sesetengah perniagaan, pengecualian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak
berdaftar, e- perdagangan yang mempunyai kesan berbeza terhadap pelbagai jenis
perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan jurang dasar yang diwujudkan oleh
kerajaan yang menjejaskan proses e-dagang dan pengurusan hutang. Operasi bank
memerlukan keperluan Kenali Pelanggan Anda (KPA), yang menggunakan
metodologi pemarkahan konvensional dan menghasilkan masa pemprosesan yang
lebih panjang. Masa menunggu yang lama adalah salah satu sebab mengapa bank
lebih suka berurusan dengan pelanggan semasa kerana mereka mungkin diberi
kebenaran lebih cepat. Ini menyukarkan mendapatkan Kemudahan Bantuan Khas
untuk perniagaan kecil dan sederhana (CBC). Sesetengah firma sedang mencari
untuk berkembang.Perniagaan kecil dan sederhana boleh memohon Kemudahan
Bantuan Khas (CBC). Sekiranya sumber kewangan syarikat kehabisan, sesetengah
organisasi ingin melindungi pilihan untuk mengurangkan atau menilai pampasan
untuk mengoptimumkan kakitangan mereka.
Selain itu, walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, kesan
penularan wabak Covid-19 terus memberi pengaruh besar kepada ekonomi negara.
Bekerja dari rumah, bekerja dalam talian, mengehadkan bilangan orang yang
bekerja pada satu masa, dan amalan dan kaedah perniagaan yang lain perlu diubah.
Tidak dinafikan, tidak semua usahawan mampu menyesuaikan perniagaan mereka
dengan peraturan baharu. Wabak Covid-19 telah memberi kesan yang besar
terhadap tabiat dan pendapatan syarikat kecil dan sederhana (PKS). Seperti contoh,
perniaga gerai Burger akan sukar untuk menjual produk mereka.

Di samping itu,, apabila PKP 1.0 dikeluarkan dua tahun lalu, kebanyakan PKS masih
mempunyai simpanan untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, tetapi
selepas lebih setahun, keadaan tidak berubah; mereka tidak lagi mampu wujud
sendiri tanpa bantuan. "Sepanjang tempoh PKP kali ini, kira-kira 30% daripada PKS
kehabisan wang, dan jika had itu berterusan, ramai daripada mereka perlu ditutup."
Dalam Tinjauan Ekonomi Malaysia terbarunya, Bank Dunia juga menyatakan bahawa
PKS di negara ini mempunyai aliran tunai yang lebih lemah berbanding di kawasan
itu. Daripada menetapkan strategi pemulihan untuk kita dan bagaimana Malaysia
boleh kembali ke landasan yang betul, Pelan Pemulihan Nasional (PPN) sebelum ini
lebih "tenang." seperti sebelum wabak.

Akhirnya, sepanjang tempoh PKP, PKS mengalami kerugian yang besar. Sebagai
contoh, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,
sebelum ini menyatakan bahawa sektor PKS adalah tulang belakang ekonomi
negara, menggaji lebih tujuh juta rakyat Malaysia dan menyumbang kira-kira 40%
daripada KDNK (KDNK). "Ia lebih daripada 70%." Tahun lepas, PKS mengalami
kerugian. Sudah tentu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyeluruh dan
teruk, yang menjejaskan lebih 900,000 perusahaan di seluruh negara, akan memberi
kesan buruk kepada sektor PKS.

Itu sahaja daripada saya, sekian dan terima kasih.

ISU 5: KESUKARAN PKS UNTUK MENGAKSES PEMBIAYAAN (SLIDE 21-28)


(Garry Gregory Mazilin)

Seterusnya, saya Garry Gregory Mazilin, no matriks BC21160132 akan


membentangkan isu kelima iaitu kesukaran PKS untuk mengakses pembiayaan.

Faktor pertama yang menyebabkan PKS gagal untuk mendapatkan bantuan


kewangan ialah masalah dokumentasi, hal ini berlaku kerana kebanyakkan PKS
bermula dari satu perniagaan informal dan ini menyebabkan dokumen-dokumen
tentang perniagaan mereka kurang lengkap dan bersih. Dokumen-dokumen formal
ini diperlukan oleh pihak institusi kewangan bagi mengesahkan keuntungan dan
prestasi perniagaan PKS. Ketiadaan dokumen-dokumen ini akan menyebabkan pihak
institusi kewangan ragu-ragu untuk memberikan pinjaman kepada PKS. Oleh itu,
pihak kerajaan perlullah memberikan pendidikan tentang asas perniagaan kepada
pengusaha-pengusaha PKS agar mereka dapat menyediakan dokumen-dokumen
yang diperlukan oleh institusi kewangan. Selain itu, pengusaha-pengusaha PKS juga
harus memanfaatkan teknologi yang ada bagi membuat dokumen yang lengkap dan
sistematik.

Seterusnya adalah, masalah kos. Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu masalah kos untuk mendapatkan pembiayaan, dimana PKS harus mengeluarkan
belanja yang besar bagi proses pengauditan serta menyusun dan melengkapkan
akaun. Masalah kos yang kedua adalah kos pembiayaan, dimana ia menjadi masalah
apabila PKS tersebut tidak mendapat keuntungan yang mencukupi.
Kemudian, PKS juga mengalami masalah dari segi daya maju perniagaan. Masalah
ini timbul apabila, PKS tersebut baru sahaja memulakan perniagaannya serta
mencuba untuk meneroka pasaran baharu. Hal ini menyebabkan daya maju
pernigaan tersebut terlihat rendah di atas kertas walau pada hakikatnya ia
mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, pengusaha-pengusaha PKS perlu berfikiran bijak dan kreatif untuk
meyakinkan pihak institusi kewangan untuk meluluskan pinjaman kewangan kepada
mereka.

Selain itu, masalah kos cagaran juga menghalang PKS dari mendapatkan
akses kepada pembiayaan. Hal ini terjadi kerana PKS tidak mempunyai barangan
yang boleh dicagarkan. Hal ini akan menyebabkan pihak institusi kewangan untuk
menolak permohonan pinjaman kewangan PKS. Cagaran ini diperlukan oleh pihak
institusi kewangan adalah untuk mengurangkan risiko daripada peminjam lari dari
membayar semula pinjaman mereka serta menunjukkan komitmen PKS untuk
meminjam dan membayar semula pinjaman mereka.
Tambahan lagi, perusahaan kecil dan sederhana juga mengalami masalah untuk
mendapatkan maklumat serta kekeliruan dalam memilih program pembiayaan. Hal
ini disebabkan kurangnya maklumat mengenai program pembiayaan yang ada,
kemudian PKS juga keliru untuk memilih program pembiayaan yang sesuai dengan
perniagaan mereka. Jika PKS melakukan kesilapan dalam memilih progam
pembiayaan mereka, ini menyebabkan mereka akan dibebani oleh hutang yang
besar.

Seterusnya, ialah kesukaran pihak-pihak institusi Keagan untuk


menganggarkan risiko dalam meluluskan permohonan pinjaman PKS. Ia bukanlah
sesuatu perkara yang mudah untuk meluluskan pinjaman pengusaha-pengusaha
PKS, jika pemgiraan risiko tersebut dilakukan dengan tidak teliti dan semberono, ia
akan mendatangkan kerugian yang besar kepada pihak institusi kewangan. Hal ini
juga menyebabkan PKS lambat untuk mendapatkan pembiayaan tersebut. Justeri itu
, institusi kewangan pada era pemodenan ini perlulah memanfaat teknologi moden
untuk memberi unjuran yang tepat berkaitan dengan risiko yang berkenaan dengan
pembiayaan.

Akhir sekali, ialah kerenah birokrasi. Pembiayaan dari kerajaan sememangnya


lebih baik daripada syarikat korporat. Namun, pelbagai prosedur yang perlu diikut
semasa membuat peminjaman, dan ini membuatkan PKS terpaksa menunggu waktu
yang sangat lama dan ini akan menyebabkan PKS lambat untuk memulakan
perniagaan mereka. Justeru itu, kerenah birokrasi ini perlulah dibuang bagi
memudahkan dan mempercepatkan urusan peminjaman. Itu sahaja daripada saya,
sekian terima kasih.

SLIDE 29:

Sekian dan terima kasih itu sahaja daripada kami kumpulan 18.

You might also like